Sahih Bukhari - Jilid 2 - Bab adakah imam menerima pakai pendapat orang lain apabila syak?

Salam,          

Musim liga bolasepak di Eropah sudah kembali. Dalam masalah aktiviti riadah yang menyeronokkan seperti bolasepak, sebenarnya Islam tidak memusuhinya selagimana ia berada di dalam batasan syarak. Tetapi yang menjadi masalah kepada masyarakat kita hari ini ialah kadar yang diberikan kepada aktiviti-aktiviti sampingan (harus) ini telah melebihi kadar yang sepatutnya sehingga kadang-kala menyebabkan masyarakat tertinggal tumpuan kepada yang wajib. Ada golongan yang memberi tumpuan kepada bolasepak dengan kadar depa tak pernah miss. Kalau miss, depa rasa kecewa kerana tidak dapat keputusan bolasepak yang mutakhir. Dalam keasyikan tengok bola sehingga tak bangun solat subuh, sedangkan dalam satu hadith Bukhari bahwa Nabi saw melarang bersembang kosong selepas Isyak sehingga menyebabkan tidak bangun solat fajar.

Bola boleh menjadikan kita lupa kepada isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan seluruh masalah di bumi orang Islam. Kita sedang ditipu tuan-tuan. Pihak kuffar telah benar-benar berjaya melekakan umat Islam dengan permainan rekaan mereka. Oleh itu kita kena sentiasa berhati-hati termasuklah politik bohong mereka. Jangan kita cepat melenting dengan isu-isu terbaru yang dibangkitkan oleh Amerika. Isu Iran umpamanya. Amerika saja menonjolkan kekuatan Iran kerana untuk menguji negara-negara Arab di kelilingnya. Di Iraq, memang cita-cita Amerika untuk menyerahkan Iraq di bawah Iran, supaya melebar-luaskan kawasan syiah, dan ini sekaligus akan mengakibatkan timur tengah sentiasa bergolak mazhab antara sunni dan syiah. Di Iraq sekarang, Amerikalah yang memberi senjata kepada syiah supaya membunuh orang-orang sunni secara berleluasa. Prof Dr Yusof al-Qardhawi dalam satu khutbahnya telah menggesa ulama-ulama syiah di Iraq mengeluarkan fatwa bahawasanya haram membunuh orang-orang sunni di Iraq, namun tidak ada seorang pun ulama syiah mengeluarkan fatwa. Ini semua percaturan Amerika tuan-tuan.             

Sahih Bukhari

Jilid 2

Bab adakah imam menerima pakai pendapat orang lain apabila syak?

Abdullah bin Maslama menyampaikan kepada kami katanya Malik bin Anas menyampaikan kepada kami daripada Ayyub bin Abi Tamimah daripada as-Sakhyani daripada Muhammad ibni Sirin daripada Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w solat bersama kami pada salah satu solat siang[1], ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Kebetulan seorang laki-laki bernama Zulyadain[2], yang bertanya: Ya Rasulullah, adakah solat tadi memang diqasarkan ataupun engkau lupa[3]? Baginda s.a.w berkata: Saya tidak lupa dan solat tidak pula diqasarkan. Kemudian baginda tanya kepada sahabat yang lain: Adakah benar kata-kata Zulyadain? Para sahabat menjawab: Ya, benar.

Lalu Nabi s.a.w pun bangun dan menyelesaikan solat lagi dua rakaat, kemudian baginda memberi salam. Kemudian baginda takbir, kemudian baginda sujud seperti sujud biasa tetapi agak panjang sedikit, lalu baginda angkat kepala dan takbir lagi lalu sujud seperti biasa hanya agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali. ”    

Menurut para muhadhithin, bahwa hadith ini menunjukkan kepada kita bahwa seseorang yang terlupa dalam solatnya (eg tak cukup rakaat) kemudian bagi salam, lalu ditegur oleh seseorang, kemudian dia berdialog untuk memastikan kesilapannya, maka dia boleh bangun kembali untuk menghabiskan solatnya.”...Contohnya dalam solat Isyak, saya solat 3 rakaat saja lalu saya bagi salam. Ada sahabat tegur saya, “Ni sheikh enta solat 3 rakaat saja pasai apa?” Saya kata, “Aih! betoi ka 3? 4 kot.” Saya tanya kat sorang lagi sahabat, “Betoi ka aku semayang 3 rakaat tadi?” Sahabat tu kata, “Ya, aku pun tengok hang semayang 3 saja.” Saya pun bangun buat 1 rakaat lagi. Boleh tak saya buat macam tu tuan-tuan?...Boleh, dengan berdalilkan hadith di atas. Bukannya apa, setengah orang kata kalau dah sembang cakap melayu (selain arab), kita kena buat lain, tak boleh sambung. Ini dalil dari mana saya pun tak tau tuan-tuan.

Yang Nabi sujud dua kali itulah yang disebut sebagai sujud sahw. Namun tidak ada satu hadith pun yang meriwayatkan tentang adanya bacaan khusus bagi sujud sahw. Dalam sebahagian buku-buku memang disebut tentang doa sujud sahwi ini termasuklah buku-buku yang ditulis oleh ulama yang hebat, namun ia ditulis tanpa dalil. Dalam buku-buku, doa itu ditulis: Subha na malla yanamu wala yasy ru`. Sebenarnya jika disemak berkenaan bacaan ini, tuan-tuan tidak akan menemui sebarang dalil pun sujud sahwi dibaca dengan bacaan ini. Tidak dari hadith hasan, maupun yang dhaif walaupun dari yang palsu sekali pun. Macamana perkara begini boleh berlaku, sedangkan kita tahu bahwa setiap bacaan di dalam solat perlulah bersumberkan daripada Nabi s.a.w? Maka apabila persoalan ini ditanya kepada ulama-ulama hadith: Apakah bacaan ketika sujud sahw? Mereka semua menyebut jawapan yang sama iaitu apa yang disebut oleh Nabi dalam sujud biasa “Subha narobbi yal a`la”.

Hadith di atas sebut tentang kita ditegur oleh orang lain sebab solat tak cukup rakaat. Tapi macamana pula kalau kita sendiri terkeliru ketika solat? Tengah-tengah solat kita keliru antara 3 atau 4 rakaat, maka kita kena buat sepertimana yang disebut oleh Nabi s.a.w dalam satu lagi hadith riwayat Bukhari: “Apabila salah seorang dari kamu ragu-ragu dalam solat hingga tak pasti berapa rakaat yang sudah dikerjakan, apakah tiga ataupun empat?, maka baiklah ia menghilangkan mana yang diragukan dan menetapkan mana yang diyakini, kemudian sujud dua kali sebelum salam.”...Dalam hal ini selalunya kita syak pada 4 rakaat dan kita yakin dah buat 3 rakaat. Begitu juga bila buat tawaf. Bila syak 6 ataupun 7, dan barangkali memang pada kali ke 7, tapi yang yakinnya kita dah buat 6. So kita buang 7, kita tetap pada 6.

Dalam al-Umm, imam as-Syafie rahimallahu ta`ala menyebut bahwa sesiapa yang yakin dia bersuci kemudian syak berhadas, ataupun dia yakin berhadas namun dia syak bersuci, maka yakin tidak dapat dibuang oleh syak. Contohnya lepas kita solat zuhur, start motor pi kerja. Tengah asyik kerja, masuk waktu asar, tiba-tiba kita confuse, “Aih! wuduk ada lagi ka takdak?” Bila berlaku confuse macam ni, kita balik kepada kaedah yang disebut oleh imam as-Syafie dalam al-Umm tadi. Inilah yang disebut sebagai al-istis-haq, pecahan ilmu usul fiqh. Yang kita yakin, kita ambik wuduk masa nak solat zuhur tadi. Kemudian timbul rasa syak kemungkinan sudah batal selepas start motor pi kerja apa semua. Kalau ditanya batal ataupun tidak wuduk dalam kes ini, kita katakan tidak batal sebab yang diyakini ialah kita ambik wuduk tadi sebelum zuhur, manakala kemungkinan batal hanyalah syak sahaja. So yakin tidak boleh dibuang dengan syak. Contoh satu lagi ialah berkenaan pakaian yang dipakai ketika solat. Masa kita pakai nak pi kerja, memang confirm pakaian kita bersih. Selepas buat kerja, kita syak kemungkinan pakaian kita tu kena najis. Masuk waktu solat, boleh tak kita solat dengan pakaian kerja kita tu? Jawapannya boleh sebab yakin tidak boleh dibuang dengan syak.

Agama Islam ini mudah sebenarnya tuan-tuan. Tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang buat banyak procedure-procedure baru, akhirnya ia menyusahkan kita. Contohnya macam kerenah kaum muslimah, kalau dia tutup aurat elok apa dah, dia boleh solat dengan pakaian dia tu. Tapi hari ini kita tengok, selagi takdak telekung, depa rasa kekok nak sembahyang. Sedangkan takdak pun rukun solat ataupun sunat-sunat solat sebut kena pakai telekung color putih tu. Info yang kita dapat, hanya muslimah di Malaysia, Indonesia dan selatan Thai sahaja yang bila nak solat, maka telekung kena pakai. Mungkin dulu era 60an, 70an dengan kebaya ketat, bila nak sembahyang, telekung kena cari. Tapi hari ini, kita tengok ramai dah tutup aurat elok, jadi proceed saja sembahyang, tak payah tunggu ada telekung.        

Kaedah “yakin tidak boleh dibuangkan dengan syak” juga boleh diapplikasikan dalam hal-hal lain. Contohnya dalam hal makanan sembelihan. Yang kita tau, mamat yang sembelih ayam kat market tu orang Islam sebab kita sendiri pernah tengok dia pi solat Jumaat. Tapi tiba-tiba hari ni kita dengar dari seorang kawan bagitau mamat tu dah murtad. Asalnya mamat tu seorang beriman, kita hanya dengar khabar angin dia murtad dengan tanpa bukti. Jadi kita hanya syak kemungkinan mamat tu murtad. Dalam masalah ini, boleh tak kita makan ayam sembelihan mamat tu? Jawapannya, boleh sebab kita yakin dia Islam. Tuduhan murtad itu hanya syak. Lainlah kalau dapat dibuktikan si mamat tu murtad, baru sembelihannya tak boleh dimakan.

Kaedah ini turut digunakan di mahkamah. Asal seseorang dianggap tidak bersalah, melainkan datang bukti bahwa dia bersalah. Maka seseorang yang didakwa di mahkamah Islam, tidak boleh dituduh bersalah sehingga dibukti bersalah. Oleh sebab itu, sesiapa yang menuduh, hendaklah dia datangkan bukti. Ini hebatnya Islam.                           

----------------------------------------------------------------------------

[1] Ada riwayat menyebut solat tersebut adalah solat zuhur, dan sebahagian riwayat menyebut ianya adalah solat asar. Baginda pendekkan dari 4 rakaat jadi 2, sedangkan baginda tidak bermusafir.   

[2] Disebabkan Zulyadain ini menegur Nabi, maka hadith ini disebut hadith Zulyadain. Ibn Hajar menyebut bahwa nama sebenar Zulyadain ini adalah Khirbaq. 

[3] Kalau ada sapa declare tok sheikh dia tak pernah lupa, maka itu sebenar-benar pembohongan yang nyata sebab Nabi saw seorang yang paling dikasihi Allah pun pernah lupa, apatah lagi seorang tok sheikh yang tidak maksum. Begitu juga syiah, dalam kitab mereka usudul kahfi, mereka mengatakan bahwa “imam-imam yang 12 itu mengetahui yang ghaib dan yang bathil, mengetahui segala isi langit dan bumi, mengetahui lebih daripada apa yang dimiliki oleh semua para nabi.” Nampak tak tuan-tuan bagaimana syiah menjadikan imam-imam mereka sebagai tuhan. Sebab itu tidak hairan seorang penulis syiah bernama almajlisi, di dalam kitabnya yang sebanyak 110 jilid itu dilukis berbagai-bagai gambarajah yang penuh dengan ilmu sihir sebagai dalil bahwa mereka mewarisi ilmu dari imam-imam mereka yang mengetahui yang ghaib dan yang bathil. A`uzubillah. Sedangkan Nabi saw disuruh oleh Allah menyebut, “Katakanlah, aku (Rasulullah) ini manusia seperti kamu juga, cumanya aku hanya diwahyukan.” Bila Nabi itu manusia, lupa itu pasti berlaku.          

Allahu`alam.

Jumaat 26 Rejab 1428 / 10 Ogos 2007

f1.jpg