Hadith 30:
Dari Ibn Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan irihati melainkan pada dua keadaan:
1) Keadaan orang yang dikurniakan Allah hartabenda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara
kebajikan yang sebenar-benarnya; dan 2) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya
dan mengajarkannya." (HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke30 yang kita baca pada kali ini menerangkan sebahagian daripada
sifat-sifat yang dibenarkan di dalam syara` walaupun pada peringkat awalnya sifat-sifat tersebut dihukum haram dan berdosa
jika kita melakukannya kerana termasuk dalam sifat-sifat mazmumah. Tetapi apabila sampai kepada satu keadaan dan suasana,
maka sifat-sifat yang mula-mula diharamkan itu boleh bertukar menjadi sifat yang boleh kita miliki berdasarkan kepada beberapa
keadaan dan peristiwa yang kita kena rujuk dan mengaji di dalam kitab.
Kes ini samalah juga seperti haramnya makan babi umpamanya. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:173, "Sesungguhnya Allah mengharamkan
kamu memakan bangkai, darah (kecuali hati), daging khinzir dan binatang-binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah.
Namun, kalau kamu terpaksa memakannya (darurat), maka tiadalah menjadi dosa kepada kamu."...Maknanya boleh makan babi dan bangkai, sekiranya
sampai tahap ad-darurah yang kita kena rujuk di dalam kitab-kitab fekah, kitab-kitab tasawuf dan juga kitab-kitab tafsir,
dalam menghuraikan ayat tersebut.
Begitulah juga dengan sifat-sifat yang tidak baik ini. Allah swt memang melarang kita menipu kepada manusia kerana
menipu itu seperti yang dinyatakan oleh Nabi saw, adalah sebahagian tanda sifat orang-orang munafik. Namun begitu, Islam juga
adakalanya membenarkan kita berdusta (tipu) di dalam berbagai-bagai perkara. Antaranya ialah :
i) untuk mendamaikan dua orang yang sudah berpuluh-puluh tahun bermusuh. Katakanlah si A dan B tidak bertegur sapa
sudah hampir 20 tahun, walhal mereka hanya berjiran. Sehingga jalan berlaga bahu pun tak bertegur. Jadi, bagaimana kita nak
buat untuk bagi mereka berbaik-baik kembali?...Dalam keadaan seperti inilah, Islam mengizinkan kita berdusta. Buatlah apa
yang patut, seperti pergi jumpa si A dan kata kat dia, "Wahai A, masa aku pi rope-walk tadi, aku jumpa dengan si B. Aku pun belanja la dia roti canai
dengan teh tarik apa ka. Kami pun bekebang sakan la.Tapi masa tengah-tengah dok rancak bersembang tu, bila aku sebut saja
nama hang, tiba-tiba aku tengok raut muka dia seolah-olah seperti timbul rasa menyesal dia bergaduh dengan hang. Jadi, dia
kirim salamlah kat hang dan dia nak ajak hang pi minum teh kat rumah dia."...Kita reka cerita tu pada A, sedangkan sebenarnya tak
ada apa pun yang berlaku. Tapi pembohongan yang kita buat pada waktu itu, dapat pahala tuan-tuan. Sebabnya ialah kerana niat
kita ikhlas nak mendamaikan dua orang yang telah bergaduh sekian lama. Kemudian bila si A ni dengar B kirim salam, lalu
jadi sejuk hatinya. Kata A, "Padanlah kemarin dia jeling-jeling kat aku."...Si A dok perasan kata B dok intai dia,
walhal mata si B tu memang juling. Bila kita tengok A cool down, kita jumpa pula si B. Kita kata, "Wahai B, si A kirim
salam pada kamu..."...Kita reka cerita tu. Ini bermakna kita sedang berdusta ketika itu. Tapi dikala itu, berdusta menjadi
harus hukumnya. Sebab niat kita ikhlas untuk mendamaikan 2 orang atau 3 orang atau lebih daripada itu yang bermusuh antara
satu sama lain, hanya kerana perkara yang remeh temeh.
ii) Antara lagi yang boleh kita berdusta ialah dalam peperangan. Berdasarkan satu hadith Rasulullah saw yang mengatakan
bahwa peperangan itu adalah satu tipu daya. Sampai ke tahap kalaulah semua tentera tu dah tua-tua belaka, pakat semua dah
beruban dah pun, maka Islam menggalakkan mereka dye rambut supaya nampak hitam muda kembali. Inilah cara Islam. Supaya mereka
nampak handsome kemas sikit, biar musuh jadi gerun. Jadi dalam Islam, tipu daya adalah salah satu taktik dan strategi peperangan.
Kalau tuan-tuan buka kitab sirah, banyak diperkatakan tentang hal ini. Sebab itu, bila kita tengok Taliban berundur dari Afghanistan,
bukannya bererti mereka kalah. Tapi itulah taktik dan strategi yang akan memberi pukulan maut kepada puak kuffar dan munafiqun.
InsyaAllah, sama-sama kita ikuti perkembangan seterusnya, sebab memang ada hadith yang mengatakan bahwa Islam pasti kembali
kuat, dan ianya bermula dari bumi Khurasan (sekitar Afghanistan).
iii) Perkara lain yang Islam membenarkan kita menipu ialah dalam hal rumahtangga; iaitu dalam kes suami beristeri lebih
dari sorang. Dia boleh menipu isterinya dalam keadaan yang tertentu sahaja. Bukannya sa dengaq-dengaq boleh menipu, hangpa
nak menipu sakan. Bukan lagu tu. Dia ada la syarat-syaratnya. Kata Imam Ghazali rahimallahu ta`ala, "Kalau suami tak guna kaedah menipu, akan rosaklah
rumahtangganya. Maka dikala itu, menjadi harus suami itu berdusta."...Jadi, untuk menyelamatkan rumahtangganya dari bercerai berai,
dia boleh berdusta. Tapi kemudiannya, janganlah dia mengulangi perangai yang menyebabkan dia terpaksa berdusta tadi.
iv) Boleh berdusta untuk menyelamatkan nyawa orang. Katakanlah, satu hari tu masa kita berehat-rehat di rumah, tiba-tiba
kedengaran kecoh di luar rumah. Bila kita buka pintu, terpa datang sorang manusia dalam keadaan berdarah-darah, kelihatan
sebelah telinganya pun dah hampir nak putus, tangannya pun berdarah-darah kerana ditetak orang; lalu dia meminta simpati kita
untuk sembunyi dalam rumah. Bila berlaku keadaan kritikal begitu, kita pun tak cakap banyak, sembunyikan dia dalam rumah.
Kemudian selang beberapa minit, berkejaran pula beberapa orang dengan parang terhunus di tangan masing-masing bertanyakan
kepada kita tentang mangsa mereka yang tercedera tadi. Kita kata, "Saya tak tahu, dan saya tak nampak apa-apa pun."...Ketika
itu, kita sudah berdusta, walhal kitalah yang sembunyikan mangsa tersebut. Maka dikala itu, dusta menjadi harus kerana untuk
menyelamatkan nyawa dan kita dapat pahala bila berdusta pada waktu itu.
Nampak tak tuan-tuan, betapa luasnya ilmu agama ni. Sebab itu, kita diseru supaya mengaji, maka barulah kita tahu dalam
keadaan bagaimana kita boleh menggunakan tipu muslihat ini. Begitu jugalah dengan hal riak. Allah swt memang mengharamkan
riak. Sehingga Nabi saw mengatakan riak ini adalah syirik yang kecil. Bahaya tuan-tuan kalau kita buat amalan kerana nak menunjuk-nunjuk
kat orang. Sampai ada satu hadith yang
memberitahu bahawa pada hari Qiamat kelak, Allah akan panggil orang-orang yang suka sangat riak ni dan Dia suruh mereka ni
pi minta pahala dekat orang yang di dunia dulu mereka buat amalan kerana untuk menunjuk-nunjuk kat orang tu. Allah kata, "Hangpa pi minta kat orang tu. Jangan minta
kat Aku!"...Inilah
dia dahsyatnya akibat riak tuan-tuan. Sembahyang kita jadi sia-sia saja kalau sembahyang kita tu hanya nak tunjuk kat orang.
Yang kita pi kuliyyah ni pun, kalau timbul rasa berlagak mengatakan konon kitalah yang alim, orang lain semua tak alim, maka
ketika itu kita jadi riak. Dan kita berdosa besar ketika itu...Tetapi dalam Allah dok kata tak boleh riak, tak boleh riak;
disebalik itu juga ada kalanya diwajibkan pula kita berlaku riak, sekiranya untuk mengajar seseorang.
Contohnya; katakanlah kita berjiran dengan Mamat. Dan Mamat ni kita tau sangat-sangatlah akan perangai dia. Dia cukup
rajin ke masjid bersembahyang jemaah dan rajin juga attend kuliyyah-kuliyyah ugama apa semua ni. Tapi sepanjang kita berkawan
dengan dia, kita lihat dia ada satu saja kekurangannya, iaitulah dia agak bakhil. Sebab kita lihat tiap kali bergerak aje
tabung, kita aje yang dok bubuh, dia langsung tak bubuh. Walhal kita tahu dia adalah seorang pegawai executive, allowancenya
saja dah ribu-ribu, tu tak masuk lagi gajinya lagi; tapi bila pi masjid, tabung pun dia tak mau tengok. Jadi, bagaimana kita
nak ajar dia?...Dalam keadaan sebegini, maka kita boleh berlaku riak. Kalau sebelum ni kebiasaannya kita pi masjid bawa seringgit
dua ringgit je duit not, tapi kali ni kita bawa duit syiling seringgit sepuluh keping. Bila tabung mari, kita pun pi duduk
sebelah Mamat dan saje aje kita jatuhkan duit-duit syiling tadi dalam tabung dengan kuat. Kalau tabung tu buat dari tin milo,
berdentum bunyinya. Kita buat lagu tu, supaya Mamat tengok. Dan waktu itu memang kita berlaku riak, tapi riaknya kita time
tu ialah hanya semata-mata nak ajar Mamat tu supaya jangan kedekut. Pemurahlah macam kita. Maka waktu tu kita terpaksa riak
untuk tunjuk kat Mamat supaya dia
juga rajin bersedeqah. Dan dikala itu, riak mendapat pahala. Semua ni kita kena mengaji tuan-tuan, maka barulah kita tahu
kaedah Islam yang sebenarnya.
Samalah juga dengan mengumpat. Firman Allah dalam Surah al-Hujuraat:12, "Wahai orang yang beriman! Jauhkanlah sangka-sangka
buruk. Dan janganlah kamu mengintip-intip hal saudara kamu; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Apakah
kamu suka memakan bangkai mayat saudara kamu sendiri?..."...Nampak tak tuan-tuan bagaimana Allah hukum kejinya mengumpat itu, sepertimana
kita pi ziarah mayat orang, kemudian kita pi ratah mayat tu pula. Inilah marahnya Allah bila kita mengumpat seseorang. Tapi
disebalik itu, mengumpat menjadi wajib pula ke atas 6 perkara sepertimana yang digariskan oleh al-Imamul Ghazali di dalam
kitabnya Ihya` Ulumudin. Oleh sebab terlalu panjangnya kalau nak dihuraikan keenam-enam perkara tersebut, jadi saya cuma nak
sebut diantaranya ialah apabila kita nak cegah kemaksiatan, maka tak dapat tidak, kita wajib mengumpat dengan menyebut nama
dan perangai pelaku maksiat tersebut supaya orang lain jangan ikut perangai dia. Dalam batasan ini saja yang dibenarkan oleh
syara`. Jangan kita umpat keturunan seseorang sebab ini dilarang oleh Imam Ghazali rahimallahu ta`ala. Jaga tuan-tuan, walaupun
jahat mana sekali pun orang itu, keturunan dia tak boleh kita caci maki. Kata-kata seperti, "Ini mamak tongkang nak mampuih!...",
tak boleh kata tuan-tuan. Saya sendiri pun kadang-kadang terlepas juga bila dah terlalu geram. Bila berlaku begitu, hendaklah
kita istighfar cepat-cepat. Sebab itu, Nabi saw ajar, lepas saja majlis apa pun, kita kena baca tasbih kifarah. Supaya moga-moga
kalaulah kita ada dosa dalam suatu majlis, maka Allah kafarahkan dosa kita tu.
Ingat tuan-tuan, keturunan memang tak boleh kita sentuh. Yang boleh kita umpat ialah perangai dia. Kalau orang tu clear
kefasikannya, maka bolehlah kita umpat. Kalau dia sendiri mengaku dia tak pernah baca Quran dalam bahasa Arab, ini kira dah jadi bapak fasik dah ni.
Kalau hang tak reti, pi la mengaji. Nie dak, dia boleh kata lagi dengan sifat angkuhnya bahwa Quran hendaklah ditafsir semula...Banyak
cantik muka hang. Pemimpin apa lagu ni kalau Quran pun tak reti baca?...Buat malu kat budak Pasti je. Sebab tu dia marah sangat
kat budak Pasti gamaknya, yang lebih pandai berbahasa Arab daripada dia. Sehingga dok tak duduk habih semua Pasti diperanginya...Jadi,
bila dia isytihar kata dia tak tau baca Quran dalam bahasa Arab, maka kita bolehlah umpat dia dan ceritakan tentang kejahatan
dia. Seperti dia makan rasuah, dia menyeleweng, dia zolim, dia penipu, dia sepatutnya dikenakan hukum qazaf dan ditolak kesaksiannya
sebab tuduh orang berzina tanpa saksi. Malah menjadi hukum wajib kita umpat dia sebegitu, supaya orang lain faham bahwa dia
ni lah sebenarnya bapak kezoliman. Tapi setakat bidang itu saja yang dibolehkan kita mengumpat. Jangan lebih-lebih sampai
ke keturunan.
Okay berbalik kita pada hadith yang dibahaskan. Hadith ini Dia ajar kita bahwa ada satu lagi sifat yang Allah marah
pada peringkat awalnya, tapi boleh buat jika kena pada syaratnya; iaitulah sifat hasad dengki. Perasaan hasad dengki ni pada
asalnya sangat bahaya tuan-tuan. Sehinggakan Nabi saw pernah kata, "Jauhilah sifat hasad dengki ini kerana ia akan memakan pahala kita seperti api memakan
kayu."...Habih
pahala kita tuan-tuan. Pahala mai kuliyyah, pahala berjuang, pahala takbir, pahala pasang bendera atas pokok, pahala tampal
poster, etc; semuanya lingkup habih kalau kita turut sangat dengan sifat hasad dengki ni. Bercakap pasai hasad dengki ni,
melayu memang cukup cekap dalam bab ni tuan-tuan. Lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan. Kawan ni baru saja berniaga, dah
maju. Tapi kawan nu tak maju-maju walaupun dah lama berniaga...Siap! Nang buti nang, koe buti koe; kawan yang baru tu mesti
kena punya!...Melayu bab-bab lagu ni memang diakui cukup cekap. Sehingga dia sanggup jadi syirik pi jumpa bomoh siam untuk
tumbangkan pesaingnya. Nauzubillahiminzalik.
Nabi saw kata bahwa jangan sekali-kali ada perasaan irihati kecuali dalam dua kes sahaja. Selain daripada dua
keadaan ini, berdosa kalau kita berdengki. Tapi kalau kamu dengki juga, maka ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan
kayu. Berdengki pi curi minyak orang bila dah kalah, tak termasuk dalam dua kes tu tuan-tuan. Mampuih puak-puak karat
ni nak menjawab depan Allah di akhirat esok, sebab perbuatan mereka itu lahirnya dari hasad dengki yang dilarang oleh Allah
swt.
Yang Nabi saw kata, dalam dua keadaan sahaja yang bolehkan kita berdengki ialah:
a) yang pertamanya, kita boleh berdengki pada seseorang yang banyak harta. Walaupun dia korporat yang berjuta-juta
duitnya, tapi dia hambur untuk perjuangan Islam. Mana sekolah agama yang dia tak bantu?...Mana Pasti dan markaz yang dia tak
derma?...Mana ceramah yang dia tak hulur?...Kita jealous tengok dia sebab kita takdak harta nak sumbang sepertimana dia. Dengan
hartanya yang banyak tu dia dapat berganda-ganda
pahala infaq fisabilillah. Dalam keadaan sebegini, kita dibolehkan berdengki dan irihati, "Tunggulah! satu hari aku pun
jadi macam hang."...Bukan makna kata bila boleh dengki tu, kita ambik jalan short-cut pi tikam ekoq pulak. Hat tu masuk
neraka la. Sebab mana boleh dengan cara haram. Mestilah ikhtiar secara halal.
Cuba kita pikiaq, pasai apa dibolehkan kita dengki dalam keadaan begini walhal dengki itu satu sifat yang keji?...Ni
semua pasai pahala la tuan-tuan. Kita dengki sebab korporat tu lebih banyak pahala daripada kita. Walaupun dia kaya, tapi
dia tak kedekut. Dia infaq sungguh-sungguh kerana Allah ta`ala. Yang kita jenih makan gaji ni, ada la dalam RM800 sebulan.
Tu pun bila tolak duit kereta RM600, tinggai la dalam RM200. Yang RM200 ni lah segala makan minum pakaian apa semua ni. Saya
sendiri pernah alami keadaan sebegini tuan-tuan (time baru-baru dapat kerja la katakan). Sampai ke tahap makanan asasi bertukar
daripada nasi kepada roti canai tiap-tiap hari. Nasib tak baik, kena towkey kedai yang nak save kos; dia bubuh kat kita kuah
lama, boleh cirit birit kita jadinya. Siang malam, roti canai tuan-tuan. Punya la sabarnya kita menahan sedikit kesusahan
keperitan dunia.
Punya la nak jimat sampai pi pasar malam pun beli keropok je, tak beli apa dah. Murtabak tu kira mahal dah, tak berani
nak beli. Beginilah pahit maungnya kerja makan gaji ni, lebih-lebih lagi masa baru-baru dapat kerja tu. Lepas aje 10hb mulalah
dok temenung tengok langsir. Masuk aje 20hb, baru boleh senyum. Tapi sebelah je. Belah kanan aje. Kemudian masuk 25hb, baru
boleh senyum belah kiri. Nuuu 2-3 hari lagi gaji nak masuk. Lepas tu, bila dapat gaji, habih pi settle hutang apa semua, temenung
balik. Aku tengok muka hang. Hang
tengok muka aku...Saya tahu bebenorlah suasana macam ni tuan-tuan, sebab saya pun dulu bujang jugak.
Kita yang gaji sikit ni, bila tengok kawan tu korporat yang beratus ribu duitnya sumbang fisabilillah, maka kita jadi
jealous, "Tunggu hang! nanti aku berniaga elok-elok; insyaAllah bila aku kaya nanti, aku nak infaq macam hang."...Inilah
dengki yang diizin syara`. Dan inilah contoh dengki para sahabat ra. Perangai Nabi saw bila nak pi berjihad mana-mana ka,
baginda akan iklankan pada orangramai. Iklannya bukan iklan kosong, tapi semua medan jihad ini diiklankan sebab untuk menarik
sahabat-sabahat supaya berlumba-lumba bagi harta. Iklan nak pi Uhud, sekian-sekian tarikh. Iklan nak pi Tabuk, sekian-sekian
tarikh. Iklan nak pi Muktah, sekian-sekian tarikh. Maka sahabat pun berlumba-lumba untuk menginfaq. Sehingga apa yang kita
pernah dengar, sampai ahli korporat seperti Saidina Usman ra sanggup menyumbang 700 ekor kuda perang, complete dengan kelengkapannya
sekali seperti pelana, tali kekang dan juga ladam, siap complete. Ada juga sahabat yang menyumbang 4-5 guni buah tamar. Ada
yang bagi air. Ada yang bagi pedang. Ada yang bagi segala apa yang mereka boleh beri.
Tapi ada juga sahabat-sahabat yang miskin tuan-tuan. Jenih ni masa Perang Badar, pergi perang jugak walaupun pedang
takdak. Tau ka apa senjata depa?...Senjata depa hanyalah pelepah tamar dan serban lama yang dah koyak aje. Itulah senjata
depa. Sahabat-sahabat yang miskin ni lah bila dengar saja ada peperangan diiklan, mereka datang jumpa Nabi saw dalam keadaan menangis. Pasai apa depa
menangis?...Pasai takdak apa langsung nak bagi. Tu dia yang kata sahabat, tuan-tuan....Kita pulak lain ceritanye. Mau kalau
kita, tak bagi tu jadi lega. Tabung tu lari tak kena kat kita, kita jadi lega, "Selamat duit aku hari ni."...Tu dia
kita tuan-tuan. Tapi sahabat kalau depa tak dapat sumbang, menangis depa. Tu dia jauhnya kita kalau nak compare dengan sahabat
ra. Jangan kata dengan Rasulullah saw, dengan sahabat ra pun kita kena jauh-jauh. Sebab itu, kata Nabi saw, "Jangan kamu hina sahabat
aku. Siapa diantara kamu yang menafkahkan di jalan Allah emas sebesar bukit Uhud, tak sama pahalanya dengan sahabat aku yang
sedeqah hanya secupak."...Nampak tak tuan-tuan betapa tingginya nilai sahabat. Patutlah mereka bergelar "radiallahu anhum wa raduan" (Allah
redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah).
Bila kita cerita pasai sedeqah, kalau kita baca Quran, kita akan dapati selain Allah cerita berkenaan dengan pahala-pahala
bersedeqah, Allah juga ajar tentang adab-adab bersedeqah. Firman Allah dalam Suratul Baqarah:261, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, dan tiap-taip tangkai itu pula
ada 100 biji. Ingatlah! Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya;..."...Maknanya kalau tuan-tuan infaq saja ke
jalan Allah (tak kiralah berapa banyak pun yang tuan-tuan sumbang), nama saja fisabilillah, maka pelaburan pokok yang kita
dapat ialah 7x100=700 pahala. Ini baru pelaburan pokok. Maknanya tak berenti tang 700 saja, malah dilipatgandakan lagi kepada
siapa yang Dia ndak. Jadi, ada yang dapat 800, ada yang dapat 1000, ada yang dapat 2000 bila sekali infaq. Ini janji Allah.
Cumanya yang kita kena ingat ialah dalam Quran juga ada menceritakan tentang adab bersedeqah. Antaranya ialah dalam Suratul
Baqarah, juga dalam juzuk 3 ayat 264, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu hapuskan pahala sedeqah kamu dengan mengungkit-ngungkit
pemberian kamu..."...Maknanya tuan-tuan, adab bersedeqah ialah tak boleh sekali-kali kita ungkit. "Alah K`tan/T`ganu tu kalau kami tak bagi duit,
mampuih tak makan la depa tu."...Dia
ungkit pemberiannya, Allah kata, "Batal
pahala sedeqahnya!"...Time bagi kira dah elok, pasai dapat 700; tapi bila ungkit aje, kosong jadinye...Inilah dia adab bersedeqah.
Tuan-tuan, bagitau mai sat sapa dalam dunia ni yang tak cemburu bila tengok orang jadi kaya lebih daripada dia?...Sebenarnya
memang dah menjadi fitrah manusia, adanya sifat cemburu tersebut. Baru-baru ni masa bulan Posa, kat markaz kami, tiba-tiba
sapa ka mai longgok berkampit-kampit beras, gula, bihun, minyak masak, termasuk juga berkotak-kotak milo, kopi, coco oat,
oren jus, kicap, sos dan banyak lagi kalau nak sebut. Kemudian dalam keadaan tak tau lagi sapa yang bagi ni, kami diarah pek
semua item ni serba satu dalam beg plastik, kemudian pi bagi kat orang-orang miskin di Sik, Kuala Nerang dan Kuala Kedah.
Bila habih semua selesai, baru kami tahu ada la sorang dua korporat yang sumbang. Tu pun mujur ada sahabat yang bagitau, "Depa
ni lah yang bagi."...Kalau sahabat saya tak bagi tau, mampuih saya tak tau punya. Sebab penampilan yang kata geng korporat
ni pun, simple je. Kalau sapa tengok mesti confius punya, "Betoi ka dia ni korporat?"...Awat tak confuse, orangnya
simple je, tapi kos semua item yang disedeqahkannya tu ialah RM40,000. Lagu tu aje RM40000 boleh dia bagi. Jealous kita tengok
tuan-tuan. Dalam hati kita dok kata, "Ish! ish! ish!...dia ni, pahala banyak sungguh. Bagi RM40000 senang-senang aje."...Cemburu
saya tuan-tuan.
Begitu juga baru-baru ni bila pi ke Sridu, Kuala Kedah. Habih saja program penyerahan anak-anak tahun 1, sahabat pun
bawa saya melawat ke tanah wakaf di Kampung Papan, Kuala Kedah, yang telah dibeli oleh Ketua Cawangan kami sendiri dengan
harga RM65000 dan beliau mewakafkannya untuk buat masjid dan sekolah. Terdetik hati saya sekali lagi, "Ish! ish!...mulia
sungguh hati orang tua ni. Allah saja lah yang membalasnya."...Cemburu lagi saya tuan-tuan.
Kemudian apa lagi. ..
Haaa! Tuan-tuan ingat dak Kolej Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Bila ust Fadhil Nor minta derma, ada yang bagi RM1juta,
tuan-tuan percaya tak?...Jangan main-main tuan-tuan, sebenarnya ramai geng korporat belah kita. Sat mai dari KL lah, dari
T`ganu lah; sebab tu, Muassasah kita siap dengan begitu cepat. Kemudian bila dicheck korikulumnya pula, dengan senang hatinya
ia diikhtiraf oleh Univ Al-Azahar; Alhamdulillah. Maknanya, ambik diploma di Kolej Muassasah, kemudian boleh sambung setahun
di al-Azhar ambik ijazah. Dan berita terbaru yang kita dengar ialah al-Azhar suggest kita supaya menupgradekan taraf kolej
Muassasah kepada Universiti. Kata ust Azizan Razak, "Dalam dewan rakyat, terkejut beruk puak-puak umno karat hangit ni
bila dengaq ada orang derma RM1juta kat ust Fadhil Nor untuk buat kolej Muassasah tu."...Bukan kata umno saja yang cemburu,
saya pun cemburu juga. Sebab tu tak tau berapa ratus ribu Allah nak bagi pahala kat si penderma. Mau tak jealous, depa bagi
ribu-ribu juta-juta, tapi kita baru RM10-20. Hat tu aje la yang mampu bagi pun. Tapi walau bagaimana pun Nabi saw kata, "Dengki yang sebegini, diizinkan syara`."...Maknanya, boleh pahala kita bila dengki lagu
tu.
b) tadi yang pertama. Jadi, yang kedua pula, Nabi saw kata, "Kamu boleh dengki kepada seseorang yang banyak ilmu."...Kita lihat sahabat kita
ni dia ada ilmu, kemudian dia beramal dengan ilmunya itu dan diajarkannya pula kepada orang lain. Yang kita ni baru tahu sikit-sikit.
Sahabat kita tu pulak, kita tengok dia memang cukup hebat dengan ilmu Qurannya dan ilmu hadithnya; jadi cemburu kita tuan-tuan.
Sebut saja ulama` mana; Sayyid Qutb, al-Bukhari, al-Qardhawi; habih semuanya dia tahu. Sebut saja hadith ni jenis apa, dia
boleh hurai A to Z. Terlopong kita tuan-tuan dengaq dia dok hurai satu persatu. Kita pun jadi jealous dan berazam nak jadi
macam dia; supaya lebih berilmu, lebih pandai dan lebih cerdik daripada dia. Ketika itu, dengki sebegini dibolehkan syara`.
Sebab itu, ilmu ini penting tuan-tuan. Kalau takdak ilmu, alamat lingkuplah kita.
Bila sebut jahil takdak ilmu ni, ust Halim pun menceritakan kepada kami tentang beberapa kejadian pelik telah berlaku
di Langkawi. Semasa beliau buat kuliyyah bulanan di Langkawi tahun lepas, ada sahabat cerita kat dia bahwa beberapa benda
yang sepatutnya hitam, tiba-tiba hari ini ada orang jumpa bercolor putih. Sebenarnya ada 4 benda yang dah dijumpai color putih.
Ini cerita betoi tuan-tuan. Yang pertamanya, ikan keli warna putih. Yang kedua, rusa putih. Yang ketiga, kera putih. Dan yang
terbaru sekali ialah pokok kelapa tumbuh daunnya color putih. Bila berlaku keadaan lagu ni, yang teruknya ialah puak-puak
jahil tak mengaji ni lah
tuan-tuan. Ada ka depa boleh pi minta ubat dekat pokok kelapa daun color putih tu?....Lailahaillallah...Sampai tahap tu syiriknya
melayu kita hari ini tuan-tuan. Ada sahabat ajak pi tengok, "Jom sheikh kita pi tengok!"...Kata saya, "Tak kelapaq
aku. Satgi aku terajang dengan pokok pokok tu sekali!"...Benda buat orang syirik bukan saya boleh tengok, pantang saya.
Nampak tak tuan-tuan, melayu jadi jahil bila takdak ilmu sampai ke tahap nak hancur aqidah...Nauzubillah...Ada sahabat kata,
"Tunggu la apa pulak 3 lagi nak keluaq bagi cukup 7."...Memang nampak pelik kejadian-kejadian seperti ni. Sebab jarang
ikan keli putih. Yang selalu kita dok tengok, hitam. Tapi ada orang dah tangkap keli putih. Begitu juga, jarang ada rusa putih.
Jarang ada pokok kelapa daun putih. Yang kita dok tengok, hijau....Hijau...putih...Betoi la tuan-tuan, bahaya tu pasai dia
hijau putih. Maknanya, mungkin kot-kot Langkawi nak jatuh ke tangan pemerintah Islam. Mungkin juga tanda tu Allah nak tunjuk.
Pokok kelapa memang dah hijau, Dia pi bubuh putih pulak. Jadilah hijau putih. Boleh jadi jugak tu tuan-tuan...Ini tafsiran
saya le.
Tapi apa pun orang Langkawi kena berjaga-jaga. Manalah tahu mungkin itu semua adalah alamat daripada Allah. Kot-kot
keluaq lagi 3, malaikat dia tampaq, boleh terbalik pulau tu satgi. Apa tak nye; dengan araknya, dengan maksiatnya, dengan
judinya, dengan setin anchor beer lebih murah daripada setin pepsi cola; nie apa cerita?...Pelacuran tak payah sembang. Belambak
dah la ni. Nampak tak tuan-tuan, macamana habih lingkupnya aqidah orang Islam di pulau lagenda tu. Jadi, apa yang kita nak
bagitau kat sahabat-sahabat di Langkawi, memang kita tak boleh buat apa-apa la ni untuk cegah maksiat di sana, sebab bukan kuasa di tangan kita. Apa yang boleh kita
buat ialah buatlah sembahyang hajat banyak-banyak. Sebenarnya bukannya kita nak takutkan sapa-sapa, tapi nampaknya memang
pelik. 4 benda putih yang dijumpai tu memang pelik. Mau kalau keluaq lagi 3 bagi cukup 7, tak tau lah apa nak jadi. Ini kerja
Allah swt. Tapi pointnya di sini ialah puak-puak jahil ni sampai apa yellow pun tak tau sehingga tahap sanggup syirik kepada
Allah sebab mintak ubat kat pokok kelapa daun putih....Celaru habih puak ni tuan-tuan.
Sebab itu dalam hal berilmu ni, Nabi saw ajar, "Kita hendaklah tengok orang yang lebih pandai daripada kita."...Tengok macamana dia baca Quran, dia hafal
Quran dan dia reti Quran. Yang kita ni baru nak merangkak. Maka timbullah rasa cemburunya kita pada dia. Bukannya cemburu
tak bertempat. Tapi cemburunya kita berhasrat supaya jadi macam dia, dan kalau boleh kita nak bit dia. Makna kata kita kena
jealous dengan ulama`-ulama`, ustaz-ustaz yang lebih pandai daripada kita. Inilah cara Islam ajar supaya kita terus maju dalam
menuntut ilmu.
Tetapi lain pula kalau bab dunia, tuan-tuan. Kalau bab ilmu dan akhirat, kita kena tengok orang yang lebih "tinggi"
daripada kita. Tapi kalau bab dunia, kita kena tengok orang yang lebih "rendah" daripada kita. Contohnya, kalau ada kereta,
kita kena tengok orang naik motor. Orang naik motor, kena tengok pula orang naik basikal. Orang kayuh basikal, kena tengok
orang jalan kaki. Akhirnya orang jalan kaki kena tengok orang yang dah mati. Inilah yang Nabi saw ajar. Jangan pulak masa
naik kereta tu pi berangan naik lori. Silap-silap haribulan, boleh mampuih bawah lori. Jangan lagu tu. Kita yang naik kereta,
mau tengok orang bawa motor. Pasai kalau hujan, kita tak basah. Tapi kawan kita yang naik motor tadi habih basah lenjun kena
selsema semua cukup. Maka kita kena bersyukur pada Allah sebab Allah bagi lebih rezeki pada kita. Inilah dia cara bersyukur...Orang
bawa motor, jangan dok asyik tengok kereta. Berangan, "Bila lah aku nak dapat kereta ni. Asyik dok pulaih masuk gear aje
tiap-tiap hari."...Terkejut dari berangan, takdan nak break, langgar pokok, kira syahid la tu jugak. Punyala teruk. Sebab
itu, Nabi ajar bahwa dalam bab dunia, kita hendaklah tengok orang yang bawah daripada kita. Jadi, orang yang ada basikal,
jangan tengok motor. Syukur lah sebab kamu ada basikal. Manakala orang jalan kaki, jangan tengok orang naik basikal, tapi
dia kena tengok orang yang dah
mati. Sebab kamu masih mampu berjalan dan mampu hirup udara Allah; sedangkan orang yang dah mati, apa pun dia dah tak boleh
buat. Nak bangun dengar kuliyyah pun dah tak boleh. Nak sembahyang sunat dua rakaat macam kita dok buat pun dah tak boleh...Jadi
bab dunia, kita kena tengok orang bawah. Tapi bab akhirat, kita kena tengok orang lebih tinggi. Inilah tanda syukur kepada
Allah swt yang Rasulullah saw ajar kepada kita.
Inilah dua benda dengki yang diizinkan syara`.
Allahu ta`ala `alam.

|