Muqaddimah - Bab 7 - Hadith 25

Hadith 25 :

Dari Abu Musa al-Asha`ari ra, katanya: Rasulullah saw sabdanya: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayah petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak; dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (dengan tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanafaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (walau sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah bandingan orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah, dan (bandingan orang) yang beroleh manafaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain, dan juga bandingan orang yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu, dan tidak mahu pula menerima petunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya." (HR Bukhari, Muslim dan an-Nasaie)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang kita baca pada kali ini diambil daripada seorang sahabat Rasulullah saw yang namanya Abu Musa al-Asha`ari radiallahuanhum. Dikalangan para sahabah, Abu Musa ini dia ada dua peranannya. Yang pertama, dia adalah seorang panglima tentera, sama seperti Abu Ubaidah Amir al-Jarrah, Saad bin Abi Waqqash, Ja`afar bin Abi Tolib dan beberapa nama lagi yang memang terkenal dengan pahlawan gagah berani. Dan yang keduanya, Abu Musa al-Asha`ari adalah merupakan seorang ulama` dikalangan para sahabat. Dimana memang kita sedia maklum bahwa para sahabah ra, mereka mempunyai title dalam peringkat-peringkat yang berbeza. Ada yang penghafal Quran, ada yang panglima perang, ada yang ahli korporat, ada yang jadi golongan yang tidak ada apa pun (sekadar sahabat sahaja); pendekata memang banyaklah kategorinya dikalangan para sahabah ra ni. Jadi, Abu Musa al-Asha`ari ini adalah panglima perang, dan sekaligus seorang ulama`.

Dalam Perang Siffin yang berlaku di zaman pemerintahan Ali karramallahu wajhah antara Saidina Ali kw dengan Muawiyah bin Abu Suffian ra (adalah satu peristiwa yang kita tak suka nak sebut tetapi itulah yang telah berlaku di dalam sejarah tamadun Islam selepas wafatnya Nabi saw), Abu Musa al-Asha`ari berperang di pihak Ali kw. Bila berlakunya majlis tahkim (gencatan senjata), maka dilantiklah wakil masing-masing untuk berunding. Lalu dilantiklah Abu Musa al-Asha`ari oleh Ali menjadi wakilnya, manakala Muawiyah bin Abu Suffian melantik Amr bin al-`As sebagai wakilnya. Maka berlakulah perbincangan, yang akhirnya kedua-dua belah pihak menyerahkan kepada kaum muslimin. Ini kisah zaman dulu, jadi kita serahkanlah sahaja kepada Allah swt untuk menghukumnya, sepertimana yang saya sebut dah dalam sesi pengajian yang lalu ketika baca Hadith 24. Yang ambik hadith tu ialah Muawiyah bin Abu Suffian ra. Walaupun dia berperang dengan Saidina Ali kw, tetapi kita mesti faham bahwa Muawiyah bin Abu Suffian adalah penulis wahyu. Besar jasanya pada umat Islam keseluruhannya, tuan-tuan; sehingga ada satu hadith yang menyebut bahwa Muawiyah bin Abu Suffian ra juga adalah ahlul Jannah. Ini ceritanya. Berlaku perang apa semua tu, sekadar berbincang, takpa, tapi jangan caci maki.

Okay, berbalik kita kepada hadith di atas; Abu Musa al-Asha`ari telah mendengar Rasulullah saw menyampaikan suatu hadith yang menunjukkan tentang bandingan antara Nabi saw dengan manusia sekeliannya. Segala apa yang Nabi saw sampaikan kepada kita, yang berupa hidayah, berupa ilmu pengetahuan, berupa nasihat dan teguran, kesemuanya ini diumpamakan seperti air hujan yang turun. Okay point pertama yang kita nak ambik ialah kenapa Nabi saw sebut bahwa segala apa yang disampainya itu seumpama air hujan yang turun?...Nabi saw sebut begitu sebab air hujan yang turun daripada langit itu adalah rahmat Allah. Sepertimana firman Allah dalam Suratul Baqarah:164 yang bermaksud, "...dan apa yang Kami turunkan daripada langit (air hujan), dengannya Kami menumbuhkan bumi yang sudah mati,..."...Dengan air hujan itu, maka turunnya rahmat Allah. Kerana binatang-binatang boleh minum dan tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh elok. Sebab itu dalam satu hadith yang lain, Rasulullah saw ada menyebut, "Kalaulah Allah pikirkan perangai manusia, sah hujan tak turun."...Kenapa Nabi saw kata lagu tu?...Sebab manusia hari ini dengan ketegaqnya, dengan kepala batunya, dengan lawan Allah nya, dengan lawan ulama`(suruh ulama` bertaubat tapi bini dia cukoq bulu kening. Banyak cantik muka hang!) apa semua ni; pasti tidak akan dapat pertolongan daripada Allah...Nauzubillahiminzalik. Tetapi oleh kerana Allah kesian tengok segala binatang-binatang yang ada di atas mukabumi ini, seperti semut-semut dalam lubang, lembu-lembu di ladang dan sebagainya; Allah bagi jugak hujan turun. Sebab tu, satgi bila jumpa lembu, tuan-tuan mau shakehand dan ucapkan terima kasih kat lembu. Sebab pasal kamu lah lembu, hujan turun. Ini Rasulullah saw yang sebut, tuan-tuan. Kalaulah difikirkan perangai manusia hari ini, pasti Allah takkan turunkan hujan. Tapi Allah sayang kesian tengok lembu-lembu nak minum, semut-semut dalam lubang nak minum, binatang-binatang melata nak hidup; maka Allah turunkan juga hujan. Lalu kita manusia pun tumpang tui sekali.

Okay, apa yang Nabi saw kata tentang ilmu yang baginda bawa seperti risalah-risalah hadith ini adalah seumpama air hujan. Maknanya segala apa yang Nabi saw bawa adalah rahmat, seperti juga air hujan. Segala ucapan dan tindakan Nabi adalah rahmat. Sepertimana firman Allah dalam Suratul Anbiyaa`:107 yang bermaksud, "Tiadalah Kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam."...Jadi, Nabi saw itu sendiri adalah rahmat seperti juga hujan...Dalam musim haji yang lalu, ada kawan-kawan yang balik dari Mekah cerita kat saya bahwa hujan turun waktu depa wukuf di Arafah. Begitu juga time depa pi melontar, hujan jugak. Keadaan sebegini memang jarang-jarang berlaku di tanah suci. Ini menunjukkan dunia hampir nak qiamat dah tuan-tuan. Sebab Nabi saw pernah sebut bahwa diantara tanda hari nak qiamat ialah Arafah menjadi hijau. Begitu juga yang diceritakan oleh kawan-kawan yang baru balik umrah 2-3 hari sudah, depa kata Arafah la ni hijau mata memandang sebab pokok-pokok cukup banyak dah sekarang. Inilah tanda hari nak qiamat kata Rasulullah saw apabila Arafah subur menghijau.

1) Baik, sekarang kita tengok macamana Nabi saw buat bandingan. Hujan itu dia (Nabi saw), manakala bumi itu kita (umatnya). Kata Rasulullah saw, "Bila hujan turun, sifat bumi yang ditimpa hujan itu terbahagi kepada tiga jenih. Maknanya manusia juga terbahagi kepada 3 golongan apabila aku beritahu mereka tentang Islam. Yang pertamanya, bila hujan turun, ada jenis bumi yang terima elok dan serap pun elok. Ini tanah jenis elok sebab bila dia serap elok maka akar pun akan dapat air, lalu tumbuhlah pokok-pokok dan buah-buahan. Inilah contoh bumi yang baik."...Inilah contoh manusia jenis golongan yang pertama. InsyaAllah, mudah-mudahan kita yang mengaji ni lah hendaknya, tuan-tuan. Yang bila Nabi saw beritahu saja halal haram apa semua ni, kita pun terima dan mengamal dengan bersungguh-sungguh apa yang kita terima tu. Orang jenih ni bila dapat saja ilmu, dia tak cakap banyak dah, dia menjadi seperti orang-orang yang disebut Allah di dalam Surah an-Nur:51 yang bermaksud, "Sesungguhnya ucapan dan respon orang-orang yang ada iman, apabila diseru Allah dan rasul supaya dihukum antara mereka dengan al-Quran dan hadith, maka mereka berkata: Kami dengar dan kami taat."...Inilah jenis orang yang ada iman, yang berhati elok dan yang jenis beramal dengan ilmunya. Dan akhirnya Allah kata, "Manusia jenis ni lah yang akan mendapat al-Falah (pasti mencapai kejayaan) di dunia dan di negeri akhirat!"...Berdoalah banyak-banyak kepada Allah, mudah-mudahan kita termasuk dalam jenih ni tuan-tuan (InsyaAllah). Yang hanya cakap sekali saja kita dah faham, kemudian kita beriman dan beramal dengan ilmu yang kita dapat tu, kemudian tu kalau boleh, kita pulak yang mengajar pada orang lain sekadar yang kita mampu.

Teringat saya pada satu hadith yang mana Nabi saw pernah sebut ketika baginda sedang berhimpun bersama-sama dengan para sahabatnya, katanya, "Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifah aku."...Lalu ada sahabat yang hairan, "Ya Rasulullah, siapa dia khalifah engkau yang engkau minta supaya Allah rahmati mereka?"...Nabi saw kata, "Khalifah-khalifah aku itu ialah mereka-mereka yang datang selepas aku mati. Maknanya bukan kamu (sahabat) sebab kamu bersama dengan aku. Selepas aku mati nanti, akan muncul segolongan umat yang belajar sunnah aku. Mereka ulang hadith-hadith aku. Kemudian mereka ajar pulak hadith-hadith aku ini pada seluruh manusia. Inilah dia khalifah-khalifah aku!"...Macamana tuan-tuan?...Tak mau join ka jadi "khalifah-khalifah" Nabi?...Yang mana Nabi saw sendiri yang minta kepada ALLAH supaya merahmati khalifah-khalifahnya. Ini adalah doa Rasulullah saw, yang pasti tidak ada hijab dengan Allah. Ini bermakna doa Nabi straight Allah makbulkan. Sebab cuba tuan-tuan bayangkan yang kata Nabi saw ni; walaupun dia tak minta, Allah tetap nak bagi jugak. Inikan pula Nabi minta?...Seperti yang kita pernah dengar macamana Jibril as pernah turun di Mekah lalu sound kat Nabi, kata Jibril, "Ya Rasulullah, Allah suruh kamu cakap aje. Kamu cakap aje apa yang kamu mau. Kalau kamu mau, aku boleh tukar semua bukit-bukit disekeliling kamu ini menjadi emas belaka. Ambiklah kat kamu!...Kamu angguk aje, aku akan buat untuk kamu sebab Allah yang izin."...Nampak tak tuan-tuan; tu tara Nabi saw tak minta.

Begitu juga dengan peristiwa Nabi saw dibaling batu di Taif. Semasa Nabi saw rehat bawah pokok, tiba-tiba turun Malaikat yang jaga gunung pi kat Nabi. Ada Nabi saw minta kat Allah suruh bawa turun mana-mana malaikat untuk bantu dia?...Nabi tak minta tuan-tuan. Kata Malaikat jaga gunung tu, "Ya Rasulullah, kalau kamu kata "YA" aje; habih puak-puak ni aku kerjakan!"...Sebab tu, Malaikat gunung tak mau mai jumpa kita. Saya cakap terus terang, kalaulah dia jumpa kita, kira selesailah jawabnya, tuan-tuan. Tak payah suruh dia gulung gunung; suruh dia katok dengan kayu sorang sekali dah la. Yang jenih rasuah, jenih mentahkedarah duit haram, jenih kroni apa semua ni; mau suruh malaikat ambik kayu kemudian katok sorang sekali bagi depa mati senang. Sebab jenih ni kecik-kecik dulu tak mau mati, tapi bila dah besaq, menyusahkan orang.

Itu tara Nabi saw tak minta, tuan-tuan; itu pun turun jugak para malaikat untuk hulurkan bantuan. Hebatnya Rasulullah. Inikan pula Nabi minta?...Yang baginda minta pula bukan short term punya, tapi yang dia minta ialah long term basis, "Ya ALLAH, rahmatilah khalifah-khalifah aku!"...Siapa dia yang dimaksudkan dengan "khalifah" Rasulullah itu?...Iaitulah mereka-mereka yang hidup selepas wafatnya Rasulullah saw, kemudian mereka belajar hadith Nabi, mereka belajar Quran, belajar Islam, kemudian ajar pulak kat orang dan akhirnya ajak orang berjuang mempertahankan Islam pulak...Allahurabbi...Besarnya pahala. InsyaAllahu ta`ala, mudah-mudahan kita tuan-tuan, yang termasuk dalam khalifah Rasulullah tu.

Inilah jenis orang yang pertama, seumpama tanah yang serap elok air hujan yang ditimpa ke atasnya. Bila air serap elok ke dalam tanah, maka mudahlah bagi akar untuk membawa air ke bahagian-bahagian pokok yang lain. Kemudian bila pokok dah dapat cukup air dan cukup cahaya matahari, maka akan berlakulah fotosintesis yang akhirnya akan menghasilkan buah-buahan. Dan buah-buahan ini akan memberi manafaat pula kepada makhluk sekelian alam. Jadi, kita harap sangatlah bahwa tanah jenis ni adalah kita sendiri, walaupun tiap-tiap hari dimaki, dicaci dan kena macam-macam sebab mentang-mentanglah si Mahathir dah isytiharkan M`sia ni Negara Islam. Tapi bila kita ajak bincang tentang isu ni, dia tak mau pulak. Lepas tu apa lagi, kuncu-kuncu dia pun masuk tv serupa burung kakak tua lah jadinya, hentam kita sampai takdak ayat. Ni lah yang orang kata, "Orang banyak harta, dipanggil hartawan. Orang yang banyak tak tau, dipanggil tak ketahuan."...Jenih ni lah yang dok masuk tv tiap-tiap hari, entah apa-apa yang dicakapnya, sampai orang pun tak faham. Dulu bising pasai amanat TG Hj Hadi, kononnya nak panggil TG untuk settle perkara ni, tapi sengap lagu tu aje. La ni dok kecoh pasai Negara Islam pulak. Awat, tak boleh ka kita duduk semeja berbincang elok-elok tentang isu ni?...Kamu panggillah majlis fatwa kamu ke, ulama` olok-olok kamu ke, sapa pun yang kamu rasa kamu nak panggil, silakan, kami tak ada masalah. Kamu bawa la sapa pun mai duduk sekali dengan TG Hj Hadi, Ustaz Fadhil dan TG Nik Aziz; kita bincang elok-elok. Ini cara Islam. Kamu bawalah dalil dan hujjah-hujjah kamu kalau kamu orang yang benar. Ini yang Allah ajar (cara face to face). Jangan dok kelirukan orang sembang sorang-sorang dalam tv. Mana aci lagu tu.

Bila duduk semeja dan masing-masing beri penjelasan, apa yang saya takut sat gi, puak-puak ni pakai pampers la kot. Pasai tu yang tak berani tu. TG buka aje firman Allah, buka aje sabda Rasulullah saw, depa ketaq dah. Saya bimbang yang tu je. Tapi walaubagaimanapun, memang kita sarankan, "Ayuh! Mari kita berbincang. Takdak nak cakap banyak punya. Bukalah kitab mana hangpa nak buka, takdak masalah. Jangan bukak kitab 52 sudah."...Bila kita duduk sekali berbincang, InsyaAllah, kita akan jumpa jalan penyelesaian. Kerana kita bercakap berdasarkan ilmu. Sebab itu, kitalah seumpama tanah jenis pertama yang Nabi saw sebut ini. Lalu kitalah orangnya yang nak ajak masyarakat mari balik kepada Islam; walaupun kita dimaki, dicaci dan dituduh macam-macam. Sebab pernah Nabi saw ajar kita, "Bila kamu nak berdakwah mengajak orang kepada Islam, maka jangan kamu peduli apa orang nak kata!...lantak pi kat depa."...Kalau kami tak betul, mari kita bersemuka. Tunjuk kat kami, tang mana yang kami tak betul tu. Sebab Islam ajar begitu.

InsyaAllah, golongan yang pertama ni harap-harapnya, kitalah tuan-tuan. Sepertimana yang pernah disebut oleh asy-Syahid Hassan al-Banna rahimallahu ta`ala, "Bagi para pejuang Islam, bagi orang faham Islam, bagi orang yang mengajar Islam; dia hendaklah menjadi seperti pokok yang berbuah lebat. Bila ada orang lalu dibawahnya, orang akan ambik kayu balik ke arah pokok itu untuk mendapatkan buahnya. Walaupun pokok itu dibaling tara mana pun sekali, pokok itu tetap setia mengeluarkan hasil buahnya tiap-tiap tahun."...Pokok itu adalah kita. Hangpa maki lah, hangpa caci lah; aku tetap cakap benda betoi.

2) Jenis golongan yang kedua kata Rasulullah saw, "Bila hujan turun, ada juga jenis tanah yang hanya menakungkan air sahaja (seperti lopak atau perigi) tanpa menyerapnya."...Jadi, jenis ni, dia tak boleh tumbuhkan buah-buahan. Tapi walaupun begitu, air yang ditakungkannya itu, orang boleh ambik manafaatnya. Seperti orang ambik air dari perigi, kemudian pi siram pokok bunga, ataupun bagi minum binatang ternakan. Inilah jenis tanah yang kedua, yang mana dia boleh bertakung tapi dia tak boleh serap. Begitulah juga jenis manusia yang kedua, kata Nabi saw...Jenis manusia yang kedua ni kata Nabi, "Bila aku sampaikan Islam, golongan jenis ni dia akan terima; lalu dia pun berilmu. Tapi sayang, dia tidak beramal dengan ilmunya. Betul dia boleh ajar orang, tapi dia sendiri tidak beramal dengan apa yang diajarnya itu"...Tuan-tuan, bahaya tak kalau tak beramal?...Cukup bahaya, tuan-tuan.

Dalam suatu hadith yang saya lupa matannya, Nabi saw sebut, "Orang yang paling teruk kena azab dalam neraka ialah orang yang tidak beramal dengan ilmunya."...JAGA tuan-tuan. Mengaji kat Masjid Batu ni nak jadi lagumana Univ dah. Tiap-tiap malam ada saja ustaz yang mai mengajar. Hangpa habag aje mau ustaz jenih macamana; semuanya ada kata masjid ni. Hangpa nak yang jenih "peluru berpandu"?...Nak yang jenih kayuh slow punya?...Nak jenih yang tak cakap banyak, teruih pancung pun ada. Pendekata, macam-macam jenih punya dok ada. Jadual sebulan tu penuh dengan mengaji aje, termasuklah dengan kuliyyah Subuhnya dan kuliyyah Hajinya sekali. Jadi, dalam keadaan lagu ni, kalau ada yang tiba-tiba tidak beramal dengan ilmunya, memang cukup bahaya.

Mai ana test. Okay sapa tak tau baca Quran tu baguih?...Semua orang tau. Tapi pasai apa tak baca jugak?...24 jam setiap hari Tuhan bagi masa kat hang, tapi pasai apa tak boleh baca jugak?...Kemudian, sapa tak tau sembahyang witir tu sembahyang sunat yang paling dituntut kita lakukan tiap-tiap malam?...Semua orang pun tau. Tapi pasai apa tak buat jugak walaupun satu rakaat?...Yang depa tau, tunggu Ramadhan, baru nak buat witir. Kemudian, sapa tak tau sedeqah tu baguih?...Semua orang tau. Tapi pasai apa dok bagi sekupang tu jugak?...Paling tidak sepatutnya mau bagi lah lebih daripada RM5 sebab sekarang pun harga rokok dah nak sampai RM5 sari. Tapi dok sekupang tu lah jugak. Hangpa ingat boleh beli bidadari dengan harga sekupang aje ka?...Mana boleh, sebab bidadari mahal tuan-tuan oooi!...

Bila cakap pasai ilmu yang tak boleh nak dimanafaatkan, saya teringat kata-kata dari seorang ulama` yang bernama Hamid al-Affaz rahimmallahu ta`ala, katanya, "3 tanda Allah akan tunjuk sekiranya Dia nak membinasakan seseorang (Nauzubillahiminzalik). Yang pertamanya ialah beramal tanpa sifat ikhlas..."...Seperti minta dipuji dan disanjung. Bukankah kita pernah baca hadith yang Nabi saw ceritakan tentang 3 golongan yang mula-mula sekali akan kena balun dalam neraka. 3 golongan tu sapa dia tuan-tuan?...Hadith ini turun ketika Nabi saw sedang duduk dengan Abu Hurairah ra. Lalu kata Nabi, "Wahai Abu Hurairah! Kamu nak tahu tak siapa dia 3 golongan yang mula-mula sekali kena bakar dalam neraka?...Yang pertama wahai Abu Hurairah, mereka itu ialah orang yang menghafal al-Quran..."...Inilah golongan pertama akan dipanggil Allah untuk mari mengadapNya. AllahH kata, "Wahai sipolan bin sipolan (atau sipolan binti sipolan), apa yang kamu dah buat dengan ilmu yang Aku bagi dulu?"...Jawab ahlul Quran, "Ya Allah, dengan ilmu Quran yang Engkau beri, saya telah mengajarkannya pula kepada manusia supaya mereka hampir kepada Mu."...Tapi Allah jawab, "Engkau pembohong!...sebenarnya engkau baca dan mengajar Quran bukannya sebab nak bawa manusia rapat kepada Aku, tetapi engkau ingin digelar qari (atau qariah). Engkau mahu disebut-sebut orang: amboi! Sedapnya suara dia. Lalu markah diberi 99.999%. Engkau dah dapat semua itu kerana orang dah panggil engkau qari yang hebat. Sekarang wahai Malaikat, lempar dia ke dalam neraka!"...Nampak tak tuan-tuan; bukan penyembah patung yang mula-mula sekali kena, tapi ahlul Quran yang tidak ikhlas yang first sekali akan kena.

Yang kedua kata Nabi saw yang dipanggil mengadap Allah ialah orang hartawan. Allah tanya, "Kamu buat apa dengan harta yang Aku bagi?"...Orang hartawan tu jawab, "Ya Allah, aku sedeqah habih dahhhh!...Mana fakir miskin aku tak tolong?...Mana janda aku tak tolong?...Mana anak yatim aku tak tolong?...Habih semua harta aku, aku bagi."...Allah kata, "Hang bohong! Sebenar hang buat semua tu supaya hang dipanggil dermawan. Supaya orang kata: Kalau takdak dia tu, kebuloq habih makan ubi kayu lah rakyatnya. Sekarang kamu dah dapat gelar itu. Wahai Malaikat, campak dia ke dalam neraka!".

Manakala orang yang ketiga dipanggil Allah kata Nabi saw ialah golongan yang mati syahid. Allah tanya, "Hang dah buat apa dah dengan kekuatan tubuh yang Aku bagi?"...Kata mereka, "Engkau pun tahu Ya Allah, terburai habih perut aku pasai nak mempertahankan Islam. Aku berjuang kerana nak mempertahankan ugama Engkau, sehingga akhirnya aku mati syahid."...Tapi Allah jawab, "Hang pun pembohong jugak! Sebenarnya hang buat semua tu supaya dipanggil pahlawan gagah berani. Sekarang engkau sudah pun dapat gelaran itu. Wahai Malaikat, lempar dia ke dalam neraka!"...Inilah dia 3 golongan yang mula-mula sekali dibakar dalam api neraka. Kerana mereka tidak ikhlas.

Okay berbalik kita kepada kata-kata Hamid al-Affaz tadi. Katanya, "Tanda kedua Allah nak binasakan kita ialah ada ilmu tapi tak beramal."...Sebab itu, jangan main-main dengan ilmu ni, tuan-tuan. Beramallah walaupun sedikit, daripada banyak ilmu tapi tak beramal...Dan yang ketiganya kata Hamid al-Hafaz ialah jirannya adalah orang yang baik-baik dan ada yang bertaraf ulama`, tapi dia tidak mengambil manafaat daripada ulama` yang menjadi jirannya itu...Sepatutnya kita mau seronoklah sebab jiran kita tok guru, sebab kalau jadi apa-apa, kita boleh rujuk kat dia. Tapi kita lagu kita jugak, buat dek aje petang-petang dengan seluaq pendek. Orang macam ni, belambak tuan-tuan. Termasuklah dalam area TG Nik Aziz pun ada orang lagu ni (mamat cashier kedai yang berdepan dengan jalanraya tu. Sapa pi Pulau Melaka, dia tau la.)

Jadi, inilah bandingan manusia jenis kedua dengan tanah yang boleh menakung air tapi tak boleh meresap. Maknanya, manusia jenis kedua ni, dia ada ilmu dan boleh mengajar orang lain, tapi dia sendiri tidak beramal dengan ilmunya...Nauzubillah.

3) Dan yang terakhir Nabi saw kata, "Ada jenis tanah, dia takung air pun tidak, serap air jauh sekali."...Punyala keras tanah jenis ni. Inilah jenis manusia yang ketiga, iaitu yang memiliki hati yang keras seperti batu. Jenis ni, sama aje tuan-tuan. Mai lah ceramah ka, kuliyyah ka, depa tetap tidak akan beriman. Sebab sebenarnya jiwa depa dah mati, roh depa dah pengsan, mata hati depa dah tertutup. Tertutup kerana apa?...Apa lagi kalau bukan habuan dunia. Sepertimana satu hadith Nabi saw, katanya, "Pagi dia Islam, tapi sebelah petang, dia sudah menjadi kafir. Bila sebelah petang dia beriman, tapi sebelah Subuh pula dia menjadi kafir."...Jenih ni Subuh jadi imam, bantai baca Surah sampai 3 juzuk setengah (punyala lama baca), tapi bila mai petang, terang-terang dia lawan Allah, "Hudud mana sesuai dah zaman moden sekarang. Begitu juga dengan riba`, mana boleh haramkan sebab ekonomi kita bergantung pada hasil riba` jugak. Begitu jugak dengan cerita kerat tangan pencuri apa semua ni, ini semua punca pelabur lari."...Piiirraah!...dalam tak kerat pun, index BSKL merudum sampai la ni tak naik-naik lagi.

Juai saham time dotcom, kesian tarak sapa kebuloq nak beli. Tanyalah mana-mana pakar ekonomi pun, tak pernah dalam sejarah apabila suatu saham dijual, tak pernah lagi orang tak beli. Selalunya licin habih. Tapi bila saham time dotcom dijual, yang beli hanyalah 25% sahaja, nak dibandingkan dengan yang tak beli ialah 75%. Tak ke parah kalau macam ni tuan-tuan. Pasai apa jadi lagu tu?...Haaaa! Kalau nak tau, kena la bagi permit kat kami buat ceramah. Dalam ceramah, kita nanti korek dari A sampai Z. Tapi pointnya yang saya nak bagitau ialah walaupun hudud tak jalan, tapi ekonomi tetap parah teruk sampai ke hari ini. Sebenarnya, ini berlaku sebab hangpa punyala tak reti nak berbahasa dengan Allah. Inilah jenih hati orang yang sudah mati. Cakaplah apa pun, dia pasti tak akan faham Islam. Sehingga Nabi saw kata, "Pagi iman, petang kafir. Petang iman, pagi pulak kafir."...Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai orang macam ni, dia juai agamanya hanyalah untuk nak dapat sedikit habuan dunia. Bukan tara mana habuan dunia tu pun. Pasai nak dapat kain pelikat selai, pasai nak dapat beras cap rambutan masam, pasai nak dapat angpau RM10; dia sanggup jual agama dengan menyokong kemungkaran dan kebathilan. Inilah dia jenih yang Nabi saw kata pagi beriman, petang kafir....Ooooih! Puak-puak melayu bersatu kalau dengaq lagu ni, depa nanti kata, "Ooohoo! Nabi pun takdak kerja lain ka?...Rupanya dia pun dok kafiaq mengkapiaqkan orang jugak ka?"...Beginilah teruknya bila tak faham Islam kerana hati depa dah jadi hati batu. Jenih ni tuan-tuan boleh rujuk dalam Surah Hamim Fusilat (as-Sajadah):5 yang mengisahkan semasa Utbah bin Rabi`ah jumpa Nabi saw untuk memujuk Nabi supaya terima 3 benda yang depa offer tu lah.

Dalam ayat inilah Allah cerita bagaimana puak-puak jahiliyah ni kata kat Nabi, "Wahai Muhammad! hang ceramahlah, hang kuliyyahlah, hang buatlah apa pun; tapi kami nak habag kat hang bahwa hati kami sebenarnya sudah pun tertutup. Begitu juga dengan telinga kami, sudah pun disumbat."...Sama saja dengan orang Melayu hari ini, tuan-tuan. Sebenarnya telinga depa jugak telah disumbat tanpa disedari. Disumbat dengan bollywood, disumbat dengan hollywood, disumbat dengan ideologi-ideologi yang bercanggah dengan Islam; sampai tak reti dah nak dengaq Islam.

Kemudian kata puak-puak jahil tu lagi dalam ayat yang sama, "Antara kami dengan kamu (Islam), ada hijab. Sebab kalau kami ikut Islam, kami akan susah."...Nampak tak tuan-tuan; sama saja dengan ucapan puak-puak umno hari ini. Depa pernah kata, "Mana boleh ikut Islam hari ini, payah!...Ditakuti pelabur akan lari, lalu ini akan mengakibatkan negara dilanda huru hara."

Dan akhirnya depa kata lagi, "Oleh kerana itu wahai Muhammad, hang buatlah apa yang hang nak buat. Kami tetap dengan cara kami!"...Sama tak tuan-tuan dengan ucapan umno, "Dulu, kini dan selamanya..."...Sama aje tu tuan-tuan. Sebab itu, sebenarnya dah berpuluh tahun dah kita sebut, "Perpaduan Islam! Perpaduan Islam! Perpaduan Islam!"...Berpuluh tahun dah jugak kita sebut, "Kembalilah kepada hukum Allah, kembalilah kepada hukum Allah!"...Tapi depa tetap tak mahu tunduk kepada hukum Islam. Jadi, sebenarnya puak-puak umno ini sedang mengulangi ucapan Utbah bin Rabi`ah, "Hang buatlah apa yang hangpa nak buat wahai Jamaah Islam, kami tetap dengan cara kami. Mampuih pi lah hang terpekik terlolong dalam Parlimen pun, kami tetap dengan cara kami!"...Ini sebenarnya yang sedang berlaku dalam Parlimen, tuan-tuan. Sampai naik letih dah Ust Fadhil Nor, sampai naik letih dah ust Nasharudin Mat Isa, naik letih dah ahli-ahli Parlimen Pas; yang tak putus-putus bercakap berkenaan dengan Islam. Tapi puak-puak umno, depa lagu depa jugak. Boleh buat "kering", buat dek aje. Cuba tuan-tuan buka dalam internet, macamana Husam Musa berhujjah, macamana ust Nasharudin Mat Isa berhujjah, macamana ust Fadhil berhujjah; semua ucapan ahli Parlimen kita sentiasa menjurus ke arah Islam. Inilah hebatnya Pas. Kita selalu ajak masyarakat balik kepada Islam; termasuklah perpaduan Islam, ekonomi Islam dan begitu juga dengan hukum Islam...Tapi ahli Parlimen umno; dok lena lagu tu lah jugak. Jenih ni akhir sekali depa nanti kata, "Hangpa punya suka lah apa hangpa nak buat. Kami tetap dengan cara kami."...Jenih ni tuan-tuan, penghujungnya pasti lingkup, kalau depa tak balik kepada Islam.

Sebab nak balik kepada Islamlah, maka saudara Lutfi kita buat report kat BPR tu. Jadi, dari pihak kita, kita mintaklah BPR supaya siasatlah elok-elok. Sebab dalam report yang dibuat oleh saudara Lutfi tu ada asas dan buktinya, bukan dia sembang kosong. Jadi, BPR kena siasat sebab kes ini melibatkan harta rakyat negeri Selangor yang bukannya sedikit. Salah tak salah, kita tak tau, janji mau siasat dulu. Bila adanya laporan, maka BPR kena siasat, sebab BPR maupun polis akan bertindak di atas laporan. Ini undang-undangnya. Depa tak akan siasat kalau tidak ada laporan. Jadi, sekarang saudara Lutfi sudah buat report, maka kita mintak BPR siasat. Panggillah individu yang terbabit, kalau dia tak salah, bebaskan dia. Tapi kalau salah, suruh dia cari lawyer untuk dibawa ke mahkamah. Kita nak tengok tara mana ketelusan pihak BPR maupun polis dalam menangani isu sebegini. Sebab inilah yang siang malam rakyat dok monitor. Kalaulah pihak BPR masih jugak nak menunjukkan berat sebelahnya, maka inilah puncanya perpaduan tidak boleh dicapai.

Tanah jenis ketiga inilah kalau manusia ikut, maka dia akan tak reti apa sebab hatinya sudah mati dan jiwanya sudah lingkup. Yang ini, kita kena minta berlindung dengan Allah, tuan-tuan. Minta sungguh-sungguh pada Allah; janganlah adanya mak ayah kita, pak mentua kita, adik beradik kita, jadi seperti tanah yang ketiga. Mintalah kepada Allah supaya kita semua jadi seperti tanah yang pertama. Subur, cakap apa pun faham.

Kesimpulan :

1) Rasulullah saw dan risalahnya adalah seperti air hujan. Apa makna air hujan?...Itulah dia "rahmat". Jadi, Rasulullah saw membawa rahmat.

2) Bila hujan turun, dia timpa bumi. Bumi itu lambang manusia. Tanah bumi itu akan pecah kepada 3 kategori, begitulah juga manusia ini akan pecah kepada 3 katogeri terhadap risalah yang Nabi saw bawa.

3) Kita mintak jadi seperti tanah jenis yang pertama sebab tanah yang serap air elok, melambangkan manusia yang terima risalah Allah. Dan kita mohon berlindung supaya jangan jadi seperti tanah yang kedua, yang terima risalah Allah dan ajar orang, tapi tidak beramal. Ini cukup bahaya. Dan akhir sekali, jangan sekali-kali jadi seperti tanah yang ketiga, yang tidak terima langsung risalah Allah. Yang ni "cerah" masa depan...Nauzubillahiminzalik.

Semoga Allah merahmati kita dan menjadikan kita "khalifah-khalifah" Rasulullah saw sepertimana doa yang disebut oleh Nabi saw, "Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifah aku."...Siapa dia "khalifah-khalifah" Rasulullah?...Merekalah yang hidup selepas Nabi wafat, dengan belajar hadith-hadith Rasulullah saw, kemudian mengajar pula kepada orang ramai dan mereka beramal dengannya.

Allahu ta`ala `alam.

48560_wallpaper280.jpg