Hadith 24 :
Dari Muawiyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia
seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama; dan bahwa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang
Allah ta`ala jualah yang memberi; dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun
dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah." (HR Bukhari dan Muslim)
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke 24 ini diambil daripada Muawiyah bin Abu Suffian ra. Dimana
beliau adalah merupakan salah seorang daripada pemimpin dikalangan Bani Umaiyah. Memang ada dikalangan kita apabila sahaja
disebut nama Muawiyah bin Abu Suffian, mereka seolah-olah meletakkan suatu prasangka yang buruk terhadapnya. Memanglah kita
tidak menafikan, pernah berlaku dan wujudnya sedikit kelemahan terutamanya di bawah pemerintahan Saidina Usman bin Affan ra.
Iaitu apabila Saidina Usman naik menggantikan Saidina Umar al-Khatab ra sebagai Khalifah, Saidina Usman ra telah melantik
gabenor-gabenor yang memegang tampuk di bawah pemerintahan (baik di Syam, baik di Yaman, baik dimana saja) kebanyakannya terdiri dari
kalangan Bani Umaiyah. Oleh sebab inilah, maka pernah Abu Dzar al-Ghifari menunjukkan sikapnya yang tidak senang dengan tindakan Saidina Usman
itu. Dan akibat daripada sikapnya itulah, maka Abu Dzar telah dihalau dan dibuang daerah, sehingga beliau akhirnya meninggal
dunia di tempat yang beliau dibuang daerah.
Diantara yang menjawat jawatan Gabenor dalam pemerintahan Saidina Usman ra ialah Muawiyah bin Abu Suffian ra. Memang
kita tidak nafikan, bermula dari pemerintahan Saidina Usmanlah berlakunya kekecohan demi kekecohan sampai ke tahap berlakunya
suatu peperangan yang dinamakan Perang Siffin; iaitu diantara Saidina Ali kw dengan Muawiyah bin Abu Suffian. Memang berlaku
betul, tuan-tuan. Apa boleh buat, benda sudah berlaku. Perang Siffin inilah yang menghasilkan majlis tahkim diantara Abu Musa
al-Ashaari (seorang sahabat Nabi saw yang bertaraf ulama`) yang mewakili Saidina Ali kw dengan Amru bin al-`As yang menjadi
setiausaha politik kepada Muawiyah bin Abu Suffian. Dalam rundingan tersebut, tiada penyelesaian yang dicapai. Ini
mengakibatkan perang itu berlanjutan. Memang kita tidak nafikan berlakunya keadaan sedemikian sebab tanyalah mana ulama` sirah
pun; jawapan yang sama akan tuan-tuan perolehi. Tapi walau bagaimanapun, peristiwa yang berlaku itu tetap dah berlaku. Dan
point saya sebenarnya ialah nak bagitau bahwa walau apa pun yang telah berlaku, tapi tuan-tuan jangan lupa jasa Muawiyah.
Oleh sebab semua peristiwa kecoh itu berlaku selepas zaman wafatnya Nabi saw, maka kita serahkan sahaja kepada Allah swt.
Toksahlah kita complaint lebih-lebih, sekadar bercerita untuk ambil ikhtibar, tak apa. Janganlah sampai memaki hamun Muawiyah
sebab Muawiyah juga adalah dikalangan sabahat ra yang berperanan mengembangkan Islam sehingga sampai kepada kita pada hari
ini.
Ingat tak tuan-tuan cerita bagaimana Saidina Abi Bakrin ra diberi nasihat oleh Saidina Umar selepas selesainya Perang
Yamamah?...Perang Yamamah ini adalah perang yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Abi Bakrin apabila timbulnya ramai
nabi-nabi palsu selepas wafatnya baginda Rasulullah saw. Golongan yang mendakwa diri mereka sebagai nabi ini diketuai oleh
Musailamatul Kazab. Maka sebab inilah, Saidina Abi Bakrin terpaksa memerangi mereka. Dan dalam Perang Yamamah itulah, yang
paling banyak para syuhada`nya ialah para hufaz (penghafal-penghafal Quran). Menyebabkan Umar ra risau dan menasihati
Abi Bakrin supaya mengambil suatu langkah drastik untuk kumpul dan tuliskan Quran. Kata Umar, "Selagi kita membiarkan para
hufaz terkorban, maka bagaimana generasi selepas kita nak baca Quran?"...Jawab Abi Bakrin, "Kalau kamu suruh aku ubahkan
bukit lebih aku sanggup daripada kamu suruh aku tulis Quran, iaitu benda yang Nabi saw tak pernah buat."...Tu dia betapa
berhati-hatinya Saidina Abi Bakrin terhadap benda yang Rasulullah saw tak pernah wasiat dalam hadith baginda. Kemudian kata
Umar ra, "Memang benar sepanjang kita hidup dengan Nabi saw, memang baginda tak pernah suruh; tapi kamu fikirlah wahai
Khalifah, kamu berkuasa sekarang. Kamu boleh arahkan sahabat-sahabat supaya menulis Quran. Kerana kalau kamu biarkan tidak
ditulis, apa akan jadi pada kalam Allah kemudian harinya?...Generasi selepas kita tidak boleh baca lagi sebab ramainya sahabat
yang mati syahid adalah majoritinya para hufaz!"...Abi Bakrin bila dengar Umar kata lagu tu, rasa tersentak juga. Lalu
dia pun setuju, dan dipanggilnya Zaid bin Tsabit (jurutulis Nabi saw dan seorang penyair Islam paling hebat. Dia bukan jenih buat pantun
2-3 kucing kurap punya style; tapi dia lah penyair Islam yang meniup semangat jihad dikalangan tentera-tentera Islam ketika
dipanggil ke medan perang.)
Kata Saidina Abi Bakrin pada Zaid, "Wahai Zaid, dengan kuasa Khalifah yang aku ada; aku memerintahkan kamu supaya
mencari pelepah-pelepah tamar, cari daun-daun kayu, samak kulit-kulit binatang dan tulislah diatasnya ayat-ayat al-Quran!"..Kamu
fikirlah wahai Zaid; kalau aku tak buat benda ni, apa akan jadi pada Quran kemudian hari kelak?"...Ini membuatkan Zaid
termenung sejenak. Kemudian baru Zaid setuju, tapi diletakkannya syarat supaya ada dua orang lagi sebagai pembantu. Sebab
kalau berlaku apa-apa, bukan Zaid seorang sahaja yang dipertanggungjawabkan. Perasaan bimbang tetap ada dalam hati Zaid sebelum
merealisasikan projek yang amat besar ertinya kepada seluruh umat Islam ini. Lalu kata Abi Bakrin, "Siapakah gerangan sahabat
yang boleh membantu kamu wahai Zaid?"...Maka kata Zaid, "Panggillah Ali dan juga panggillah Muawiyah bin Abu Suffian!"...Jadi,
apakah tugas Muawiyah dalam peristiwa ini, tuan-tuan?...Tugasnya ialah menulis wahyu. Tu dia besarnya jasa Muawiyah, tuan-tuan.
Walaupun akhirnya dia berperang dengan Ali kw dan berlakunya pula peristiwa Yazid bin Muawiyah pi bunuh cucu Rasulullah saw
apa semua ni; kita serahkan saja pada Allah swt. Kerana tak layak kita nak komen dan tak layak kita nak caci sebab mereka
adalah sahabat-sahabat ra yang hidup bersama dengan Nabi saw, yang pernah melihat wajah Rasulullah saw dan menyentuh tubuh
Rasulullah saw. Siapalah kita yang nak komplen sangat tentang Muawiyah, orang yang menjadi jurutulis wahyu. Inilah jasa terbesar
Muawiyah. Kalau tidak, mungkin kita sampai ke hari ini pun tak reti nak baca al-Quran.
Maka Abi Bakrin kata, "Okay, tak ada masalah. Kamu boleh panggil dua orang ini."...Kemudian bila semua
persediaan telah pun siap, maka orang yang mula-mula sekali mereka approach atas rekomen Abi Bakrin ialah isteri Nabi saw
iaitulah Saidatina Habsah binti Umar al-Khatab. Maka bila dipanggil Habsah dan disuruhnya baca ayat-ayat Allah, maka bermulalah
ketiga-tiga orang ini bertungkus-lumus siang dan malam bercengkang mata menulis bagi mengumpul al-Quran...Inilah dia jasa
Muawiyah bin Abu Suffian. Apa yang berlaku semasa pemerintahannya, iaitu segala perang apa semua ni; kita serahkan sahaja
kepada Allah yang menghukumnya kerana ini haq Allah. Bagi kita, jasa Muawiyah tetap ada; iaitulah mengumpul al-Quran dengan
menulis wahyu Allah. Besar peranan dia tuan-tuan.
Okay, kembali kita kepada hadith di atas. Hadith ini diambil oleh Muawiyah bin Abu Suffian daripada Nabi saw. Dia kata
bahwa dia mendengar Nabi saw bersabda :
1) "Siapa-siapa dia yang sejak azali lagi sudah ditentukan Allah untuk jadi baik, maka Allah akan bagi kepadanya
suatu tanda; iaitulah dia akan faham Islam."...Tuan-tuan boleh check sendiri tanda yang disebut oleh Nabi saw tu. Yang
mana tanda Allah nak jadikan kita ni orang baik, diantaranya ialah diberikanNya kepada kita kefahaman yang sungguh-sungguh
faham tentang ugama Allah swt. Maka inilah tandanya Allah memilih kita untuk menjadi orang yang baik...InsyaAllah, kita yang
dok pi mengaji ni; sekiranya kita faham Islam, maka itulah tandanya Allah pilih kita untuk jadi orang yang diberikan kebaikan
dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Sebab itu, pentingnya kefahaman tentang Islam ni.
Jangan jadi macam setengah orang kita, walaupun mengaji ugama sampai ke timur tengah, tapi masih juga tak boleh nak
beza yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebathilan. Sehingga dia boleh kata Firaun pun beriman; ni apa cerita ni.
Hujjah yang digunakannya ialah Surah Yunus:90-91. Memang betul dalam ayat itu Firaun declare kata dirinya beriman. Tapi ucapan
Firaun itu hanyalah berbentuk pengakuan beriman, bukannya lahir dari hati yang benar-benar beriman. Orang yang beriman dengan
orang yang melafazkan kata-kata beriman adalah dua benda yang berbeza. Begitulah juga bezanya antara orang yang menyebut lafaz
Allah dengan orang yang berTuhankan Allah.
Contohnya cuba kita imbas kembali sebelum berlakunya peperangan Badar yang jatuh pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan
tahun 2 Hijrah. Oleh kerana kawasan Badar ni agak jauh dari Mekah, maka Abu Jahal pun mengumpulkan bala tenteranya untuk bertolak
awal sikit iaitu pada hari Khamis. Sebelum bertolak tu, dia pun susun tenteranya yang terdiri daripada pasukan yang bawa tong-tong
arak, penyanyi dan penari-penari gelek, pasukan pemanah, pasukan baju besi dan apabila semuanya sudah beratur bersiap sedia
untuk bertolak; maka Abu Jahal pun mengadap Ka`abah dan dia berdoa (tuan-tuan jangan hafal doa ni. Takut sat gi sapa yang
hafal tu jadi serupa Abu Jahal pulak). Abu Jahal pun berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku! di pagi perang itu nanti; Engkau musnahkanlah, Engkau
kalahkanlah dan Engkau hancurkanlah orang yang telah memecah-belahkan perpaduan umat Arab."...Inilah dia perangai Abu Jahal; sapa yang
tak sokong dia aje akan dicop sebagai pemecah-belah. Orang tak minum arak dah, Abu Jahal kata pemecah-belah. Orang tak
berzina dah, pun dikatanya pemecah-belah. Orang tak sembah dah berhala lata mannat uzza pasai semua pakat habih pi ikut
Rasulullah saw, Abu Jahal kata pecah-belah. Orang tak tanam dah anak perempuan hidup-hidup, juga dikatakannya pemecah-belah.
Pendekata siapa yang tak ikut jalan kejahatannya aja, kira pemecah-belah. Tapi kalau ikut, kira bagus sebab ada semangat bersatu-padu...Ini
yang orang kata akai lebih ni.
Nampak tak tuan-tuan, teruknya pemikiran Abu Jahal sehingga dia boleh berdoa sedemikian rupa. Dia kata dalam doanya,
"Engkau kalahkanlah orang yang telah memecah-belahkan umat Arab ini!"...Sapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad saw yang
dimaksudkannya. Pada dia, Muhammad saw lah orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Arab sebab Nabi saw berdakwah, Nabi
saw berkempen supaya jangan minum arak, jangan berjudi, jangan berzina, jangan tanam anak perempuan hidup-hidup, jangan sembah
patung; maka semuanya ini dianggapnya pecah-belah belaka bila semua orang pakat habih ikut Rasulullah saw. Kira "borang" habih
laku la time tu, sampai tak sempat nak print la katakan. Sehinggakan Nabi sebut bahwa golongan muda lah terutamanya yang begitu
berani menonjol memback-upnya. Sepertimana kata Nabi saw dalam satu hadithnya, "Yang menguatkan aku dan Islam di kota Mekah
ialah Syababun (golongan pemuda)!"...Nabi saw sendiri mengaku dalam hadithnya bahwa yang menguatkan Islam di kota Mekah
ialah geng muda-muda belaka; seperti Zubair al-Awwam, Abu Dzar al-Ghifari, Saad bin Abi Waqqash, Abdurrahman bin Auf, Thalhah
bin Ubaidillah dan beberapa nama lagi. Mereka semua ini adalah Syabbab, yakni pemuda-pemuda yang telah mencurahkan tenaga
untuk perjuangan Islam. Manakala yang masih tinggai setia dengan Abu Jahal ialah hat saluran 1 punya line. Line ni semua geng
jenis orang tua-tua, jenis berkarat susah nak kikih, jenis mata dah rabun, jenis "yesman" angguk sampai apa pun tak tau; depa
ni semualah yang menjadi penyokong kuat Abu Jahal....Apa macam tuan-tuan?...Sama dak dengan keadaan kita sekarang?...Sama
aje tuan-tuan. Inilah bunga-bunga menunjukkan kebangkitan Islam akhir zaman akan berulang seperti di zaman Nabi saw.
Okay berbalik kita kepada doa Abu Jahal tadi. Nampak dak tuan-tuan macamana dia menyebut kalimah "Allah" dalam doanya itu. Jadi, adakah dia sama dengan orang yang
berTuhankan Allah?...Sebenarnya dia tidak berTuhankan Allah, kerana yang hanya dia sebut ialah lafaz Allah. Ke mana akhirnya
dia tuan-tuan?...Ke neraka Allah...Nauzubillah. Dia mati dibunuh dalam Perang Badar. Nabi saw arahkan para sahabat kumpulkan
mayatnya bersama-sama dengan mayat JKKKnya iaitu al-Walid al-Mughirah, mayat Utbah bin Rabi`ah, Syaibah bin Rabi`ah, al-Walid
bin Utbah, an-Nadar al-Haris (kesemua mereka ini adalah ahli exco kanan yang mati dalam perang Badar); dan lemparkan mayat
puak-puak ni dalam satu telaga buruk aja. Inilah akibatnya hanya menyebut lafaz Allah tanpa beriman kepadaNya...Jadi, samalah
dengan Firaun pun. Semasa dia tenggelam timbul tenggelam timbul dalam laut, sebenarnya dia tidak beriman sebab dia hanya menyebut
lafaz iman...Okay, iman ini apa, tuan-tuan?...Kalau kita refer pada hadith, yang dikatakan iman ni ialah "tasdiq
bil qolbi, takrir bi lisan wa amalu bi jawarih". Inilah iman. Maksudnya ialah membenarkan di dalam hati, menyebut dengan lidah
dan beramal dengan anggota tubuh kita. Cuba kita tengok, ada dak 3 ciri ini pada Firaun sebelum kita kata dia beriman?...Mana
ada tuan-tuan. Jadi macamana si Astora Jabat boleh kata Firaun pun beriman?...Macamana orang yang tak reti nak segregate yang
mana satu iman dan yang mana satu lafaz iman, pun boleh dibenarkan menulis dalam akhbar (dalam ruangan ugama pula tu!)?
Tuan-tuan, orang yang beriman memang gerenti selamat. Tapi bagi orang yang hanya buat statement bahwa dia beriman,
belum tentu selamat. Sebab Allah swt yang sebut dalam Suratul Baqarah:8 yang bermaksud, "Ada manusia wahai Muhammad, dia mengaku beriman
pada Aku dengan mengatakan: Aku beriman pada Allah dan pada hari kemudian. Tapi padahal dia tidak beriman."...Ini bermakna, sebarang pengakuan iman yang dibuat, Allah
boleh tolak dan Allah boleh terima. Tetapi bagi orang yang beriman, lain pula sebab mereka istimewa di sisi Allah. Firaun
ada ka sifat begini sehingga si Astora Jabat boleh sewenang-wenangnya tulis Firaun pun beriman?...Cuba tuan-tuan refer dalam
Quran cerita tentang Nabi Musa as dengan Firaun dalam Surah an-Naazi`aat:15-24 yang bermaksud, "Wahai Muhammad, sudah sampaikah kepada mu
perihal Nabi Musa as?...Ketika dia merayu pada Tuhannya di sebuah lembah yang suci yang bernama Athwa (sekarang ini di semenanjung
Sinai dan di situlah Nabi Musa as dilantik Allah menjadi rasul). Lalu Kami kata pada Musa: Pergilah engkau kepada Firaun sebab
sesungguhnya dia dah melampau. Maka katakanlah kepada dia: Wahai Firaun, tak ndakkah bersihkan diri engkau dari sebarang kejahatan?...Kemudian
hendaklah engkau pandu dia kepada jalan Tuhannya, semoga mudah-mudahan dia takut kepada Allah."...Inilah dia 3 keadah yang Allah syorkan kepada Nabi Musa
as bila nak pi jumpa Firaun. Kemudian kata Allah, "Lalu Nabi Musa a.. pun pergi bersama dengan abangnya Nabi Harun untuk berdakwah kepada
Firaun sehingga ke tahap Nabi Musa menunjukkan ayat-ayat Allah yang besar berupa mu`jizat. Namun Firaun tetap mendustakan
dan menderhakainya (beriman ka orang lagu ni?). Kemudian Firaun berpaling meninggalkan Musa, sambil dia menyeru kepada kaumnya
supaya berkumpul, lalu dia berkata: Akulah tuhan kamu yang paling tinggi!"...Sampai ke tahap dia declare kata dia tu tuhan; beriman apa lagu
ni tuan-tuan.
Kemudian bila Nabi Musa as dan pengikut-pengikutnya diburu Firaun sehingga sampai ke tepi laut, maka Allah kata, "Wahai Musa, pukul laut itu dengan tongkat kamu."...Bila Nabi Musa as pukul, laut itu pun terbelah
jadi 12 lorong. Oleh sebab ada 12 kabilah, maka masing-masing kabilah ambik satu lorong. Kemudian bila lihat Nabi Musa as
bersama dengan pengikutnya selamat sehingga sampai ke tebing sebelah sana, maka Firaun pun bergerak dengan tenteranya ikut
melintas laut yang terbelah tu. Time tu lah dengan izin Allah, laut itu pun bertemu kembali. Bila laut bertemu, apa jadi pada
Firaun?...Maka tengelam timbul tenggelam timbullah Firaun dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya, lalu waktu tulah Allah
cerita dalam Surah Yunus:90-91. Allah kata bahwa, "Sehinggalah Firaun hampir tenggelam di dalam laut, tiba-tiba Firaun berkata: Aku telah
beriman kepada Allah Tuhan Bani Israil dan aku mengakulah bahwa aku muslim hari ini. Tetapi disanggah oleh Allah, "Baru sekarang
kamu nak beriman?...Sedangkan dulu bukan main lawan Aku!"...Inilah dalil yang menunjukkan Allah tolak pengakuan iman si Firaun ni. Takkan ini pun Astora
Jabat tak tahu nak beza. Sebab itu, kita nak bagitau bahwa orang yang Allah nak pilih dia jadi baik, maka Allah akan beri
dia kefahaman tentang ugama. Seperti faham dengan kaedah-kaedah Islam sebab ini amat penting. Itu pun kalau Allah mahu dia
jadi baik. Tapi kalau Allah tidak mahu dia jadi baik, maka akan jadilah sebaliknya iaitu Allah akan bagi dia tak faham Islam
walaupun dia mengaji Islam. Sebab mengaji dan faham adalah dua benda yang berlainan. Bukan kata Astora, dalam hizbi pun nampak
macam ada jugak 2-3 orang jenih lagu ni. Tapi yang paling teruknya, ada yang mengaji tinggi sampai dapat PhD Usuluddin, PhD
Syariat, sehingga bergulung-gulung ijazah pun ada; tapi bila bercakap, "Judi takpa, boleh main sebab ini kebebasan berugama.
Nombor ekor boleh tikam sebab kubur masing-masing. Arak boleh minum, takpa sebab nanti bila dah insaf, bolehlah bertaubat
pada Allah..."...Macam-macam yang kita dengar dari mulut orang mengajinya tinggi tentang ugama, tapi hakikatnya depa sebenarnya
tak faham apa yang depa mengaji tu. Orang macam ni bukannya pebetoi, malah melingkupkan lagi masyarakat yang memang dah lingkup
sekarang ni.
Sebab itu, bila kita mengaji ugama, hendaklah kita faham betul-betul apa yang kita mengaji. Kerana dengan kefahaman
itu, Allah akan drive kita menuju ke suatu tahap keimanan dan ketaqwaan yang Allah akan ikhtiraf. Ini yang kita ndak. Kalau
setakat mengaji saja, tapi apa yellow pun tak faham, habih lingkup kita. Inilah maksud hadith di atas, iaitu siapa yang Allah
mahu dia jadi baik, Allah akan bagi dia faham ugama. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua, tuan-tuan. Bila Allah pilih kita
faham ugama, maka secara automatik kita akan turun berjuang di jalanNya. Contoh yang paling dekat, sapa tuan-tuan?...Sapa
lagi kalau bukan MB K`tan/T`ganu. Depa faham ugamalah sebab tu diharamnya judi dan arak. Sebab apa depa boleh sekat beri pinjaman
cara riba?...Sebab apa T`ganu/K`tan boleh buat, tapi k`jaan M`sia yang diterajui umno tak boleh buat?...Dalam kabinet masing-masing,
sama-sama ada orang yang mengaji di Mesir dan Madinah, tapi pasai apa kawan ni boleh buat, yang hangpa umno tak boleh buat?!...Tuan-tuan
tak terpikir ka ni semua?...Inilah dia tanda Allah pilih, bukannya semua orang dapat.
Kerajaan T`ganu bagi notis 4 bulan kepada pekerja-pekerja kedai judi sebelum ditutup sepenuhnya. Mengikut undang-undang,
lesen memang dikeluarkan oleh kerajaan pusat, tapi tempat untuk berjudi adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Jadi,
bila tempat tidak disediakan walaupun ada lesen, puak-puak ni nak berjudi kat mana?...Atas pokoklah jawabnya, tuan-tuan. Mengapa
T`ganu/K`tan boleh buat; hangpa umno tak boleh buat?...Kat T`ganu/K`tan, pinjaman perumahan RM25k, kemudian bayar balik pun
RM25k jugak tanpa riba; kenapa depa boleh buat, hangpa umno tak boleh buat?...Hangpa pun ada yang hebat juga iaitu yang mengaji
di al-Azhar, Mesir; tapi mengapa tak boleh buat?...Ini dia benda yang tuan-tuan mesti fikir; kenapa yang sorang ni boleh tutup
segala kedai judi dan kurangkan kedai arak, tapi yang sorang lagi tak boleh buat?...Lihat saja di T`ganu; semua manager-manager
hotel dipanggil untuk diberi taklimat oleh kerajaan negeri tentang arahan semua pekerja Islam di hotel-hotel T`ganu tidak
boleh lagi menghidangkan arak kepada orang yang bukan Islam. Kalau depa nak hidang arak juga, depa kenalah hire orang yang
bukan Islam untuk buat kerja tu, bukannya orang Islam. Dan respon yang diterima amatlah positif sebab kesemua manager tu akur
kata setuju. Walaupun kebanyakan mereka bukan Islam, tapi mereka akur sebab mereka ada rasa hormat dengan undang-undang Islam.
Tak rasa pelik ka tuan-tuan?...Orang bukan Islam boleh akur setuju, sedangkan orang Islam sendiri yang mengaji PhD Usuluddin
pulak tu, boleh tak setuju...Apa nak jadi ni?...Kamu yang mengaji agama di peringkat tinggi boleh menjadi penghalang supaya
tidak terlaksana syariat; yang ni kira berat tuan-tuan.
Sekarang ni bila kita tengok banyak orang dah faham Islam dan mereka pun mahu kepada sistem Islam; maka mereka akan
dicop sebagai pemecah-belah. Tak kacau punya cerita ka tuan-tuan kalau lagu ni?...Sebijik macam kita cerita hal Abu Jahal
tadi. Bila orang faham agama dan tinggalkan arak dan judi aja, kira akan disenaraikan sebagai pemecah-belah. Kalau tak ikut
depa tengok Deep Purple di KLIA, pun kira pecah-belah jugak. Kalau tak ikut buka baju sambil belalak-lalak macam budak-budak
melayu buat masa pi tengok konsert tu, pun boleh dikira pecah-belah jugak tu. Pendekata, sapa yang tak pi tengok konsert tu,
kira ejen pecah-belah la...Nauzubillahiminzalik...Last sekali kita nak bagitau, "Tolong la tuan-tuan, biar faham ugama.
Jangan sampai tak faham langsung sehingga tak reti dah nak bezakan antara haq dan kebathilan.".
2) "Aku
ni hanyalah membahagikan, sedang Allah lah yang memberi..."...Maksudnya ialah kerja Nabi saw hanyalah tolong sampaikan Islam sahaja. Sementara
yang bagi kefahaman dan hidayah adalah haq Allah mutlak. Maksud Nabi saw, "Kerja aku hanyalah cakap Islam. Hangpa ikut,
InsyaAllah hangpa selamat. Tapi kalau hangpa lawan, nerakalah jawabnya. Itu aje."...Semuanya bergantung kepada kita sendiri.
Kerana Allah kalau Dia nak bagi seseorang tu faham, seseorang itu mestilah memenuhi syarat-syarat yang Allah kehendaki; seperti
berlapang dada sentiasa berfikir macamana nak improve Islam ni. Maka barulah Allah akan memberi kefahaman.
Tuan-tuan, kalau Nabi saw pun tugasnya hanyalah menyampaikan sahaja, apatah lagi tok-tok guru, alim ulama` dan ustaz-ustaz.
Jadi, saya yang menulis ni pun, kira hanya tolong menyampaikan saja. Saya tak bertanggungjawab ke atas tuan-tuan. Tuan-tuan
nak faham ka atau tuan-tuan tak nak faham ka, itu terpulang pada hati masing-masing. Tapi mau ingat satu aje, iaitu Allah
akan campakkan kefahaman kalau kita buka pintu hati. Yang ni mau ada dalam minda kita.
Sebab inilah jugak, Nabi saw merasa amat bimbang bila turunnya Surah asy-Syu`arak:214 yang bermaksud, "Ya Muhammad! berilah amaran kepada kaum keluargamu
yang terdekat."...Bila turun ayat ni, ulama`
mengambil kefahaman bahwa inilah ayat yang secara official memerintahkan Nabi saw supaya berdakwah secara terang-terangan.
Kira secara sembunyi-sembunyi selama tempoh 3 tahun Allah bagi, kira habih dah. Tuan-tuan tau ka, Nabi saw bila dapat ayat
tu, dia pun termenung...Sehingga ada riwayat menyebut Nabi saw termenung macam orang sakit. Sampai mak dan pak sedara dia
mai ziarah la ingatkan dia sakit sungguh. Depa tanya, "Wahai Muhammad, kamu ni apa hal?...Sakit ka?...Kalau sakit, kami
boleh tolong carikan tabib."...Jawab Nabi saw, "Aku tak sakit."...Depa tanya lagi, "Kalau tak sakit, yang termenung
murung aje ni apa hal?"...Lalu Nabi saw kata, "Sebenarnya, baru sebentar tadi Allah menurunkan firmanNya memerintahkan
aku supaya berdakwah secara terang-terangan!...Tu yang aku termenung tu. Sebab aku tau dah lepas ni aku nak kena apa. Jadi,
untuk permulaannya, Allah perintah aku supaya beritahu kepada kaum keluarga hat dekat dulu."...Lalu jawab mak sedara dia,
"Kami sedia mendengarnya wahai Muhammad. Kamu panggillah semua kaum keluarga kita ke rumah Abu Talib. Tapi aku nak pesan
satu aje. Kamu jangan panggil Abu Lahab. Kalau dia kamu panggil, buat rosak program aje."...Jadi, kaum keluarga Nabi saw
sendiri pun tau macamana teruknya Abu Lahab tu.
Bila semua pakat setuju nak dengar, maka Nabi saw putuskan perjumpaan yang pertama diadakan di rumah Abu Talib. Lalu
Ali kw pun diperintah oleh Nabi saw supaya sembelih 2 ekor kambing untuk bagi makan kaum keluarga pada hari yang ditetapkan
tu (sebab tu, masa buat kuliyah kadang-kadang kita buat nasi bungkus. Pasai hat jenis tak mai masjid ni kalau dengaq ada syoru,
kemungkinan dia pun mai jugak. Itu kaedahnya. Kadang-kadang apa yang Nabi saw buat tu menunjukkan cara Islam untuk menarik
perhatian masyarakat). Bila Ali sembelih 2 ekor kambing, dan perjumpaan ni secara bagi handbil aje (poster tak buat pasai
takut Abu Lahab tahu), tapi dalam bagi handbil pun Abu Lahab sampai jugak. Dengaq-dengaq ada makan, dia pun pi. Sampai-sampai,
dia syoru dulu. Nabi saw bila tengok Abu Lahab datang, baginda mengambil keputusan untuk postponed dulu ceramahnya ke hari
yang lain.
Bila sampainya hari yang ditetapkan, seperti biasa Nabi saw pun buat makan macam hari sebelum tu. Bila ada makan aje
walaupun tak bagitau, Abu Lahab tak peduli, dia tetap datang. Tapi kali ni Nabi saw pun tak peduli dah, baginda bangkit terus
ceramah. Abu Lahab tengah makan, mulut tengah penuh, jadi dia tak boleh lari. Mau tak mau dia kena dengaq jugak apa yang Nabi
saw nak kata. Diantara apa yang Nabi saw ucapkan ketika itu ialah, "Ingatlah! Bahawasanya kita semua akan mati sepertimana kita tidur. Dan kita semua akan
bangun daripada kubur macam bangun tidur. Terpinga-pinga tak tau apa."...Inilah ceramah umum pertama Nabi saw. Belum lagi di Bukit Saffa.
Ini baru di rumah Abu Talib. Lalu Nabi sambung ceramah, "Ingat! Kamu semua akan dipertanggungjawabkan terhadap perbuatan
kamu, dan selepas daripada itu samada kita semua ke syurga selama-lamanya atau kita semua akan ke neraka (Nauzubillah) buat
selama-lamanya."...Nabi sawpun berenti, takat tu dulu ceramah dia. Habih-habih Nabi ceramah, bangun Abu Talib lalu berkata,
"Wahai Muhammad anak sedara kami yang kami sayang. Apa yang kamu sebut tadi, kami tahu. Semua tu betoi. Sebab kami tak
pernah tengok kamu bohong, kami tak pernah tengok kamu mengelat walau sekejap pun, sesungguhnya kamulah al-Amin yang memang
kamu cakap apa pun pasti betul; tapi untuk kamu suruh kami tinggalkan ugama Abdul Mutalib tu kira payah sikit la Muhammad
oooi!...Bagi kami takdak masalah pasai ceramah-ceramah ni. Kamu nak ceramah, ceramah lah. Aku boleh bagi permit. Kamu teruskanlah
dengan ceramah kamu itu dan kami akan membantu kamu selagi kami hidup!"...Inilah dia kata-kata Abu Talib. Tapi selamat
tak dia tuan-tuan?...Tak selamat tuan-tuan, ke neraka akhirnya dia tuan-tuan. Sebab walaupun dia sokong Islam, tapi dia tak
ikut Islam.
Serupalah dengan Melayu hari ini. Bukan depa tak tahu Islam tu betoi; depa tahu. Bukan depa tak tahu hukum potong tangan
pencuri tu betoi; depa tahu. Bukan depa tak tau rejam orang yang berzina tu betoi; depa tau. Semua sebenarnya depa tau, tapi
tak nak ikut juga; akhirnya jadi macam Abu Talib. Orang yang paling ringan menerima siksa neraka ialah Abu Talib. Oleh sebab
Allah kenangkan jasanya bela Rasulullah saw, maka dia dikenakan siksa yang paling ringan dengan dia dipakaikan terompah daripada
api neraka yang dibawah kakinya terdapat butir-butir bara neraka sehingga membuatkan otaknya menggelegak. Tu kira siksa paling
kecik tu.
Habih saja Abu Talib bagi speech, Abu Lahab pulak bangun. Abu Lahab kata, "Tangkap segera Muhammad! Kita ISAkan
dia dulu sebelum orang lain tangkap dia!"...Tu dia Abu Lahab, punyala kurang ajar, ada ka dia suruh tangkap terus?...Lalu
bangun Abu Talib menyanggah sikap Abu Lahab, katanya, "Tidak! Kami yang akan mempertahankannya selagi kami masih hidup!"...Walaupun
berlaku pertengkaran antara Abu Talib dengan Abu Lahab, tapi akhirnya dua-dua pi neraka. Abu Lahab, jangan kata apa lah, sampai
Allah bagi satu surah kat dia (Surah al-Lahab). Hat Abu Talib, Allah bagi paling ringan siksaan dalam neraka. Sebab dia tahu
Nabi baik, dia sokong Rasulullah saw dan dia tahu Islam tu betul, sehinggakan dia sendiri tengok anaknya Ali kw sembahyang
dengan Rasulullah (ulama` sirah sebut ketika itu Nabi saw sembahyang ikut sunnah Nabi Ibrahim as iaitu 2 rakaat pagi dan 2
rakaat petang); bila dia tengok Ali habis saja sembahyang, dia panggil Ali. Abu Talib tanya, "Ali, kamu buat apa?"...Ali
kata, "Ayah, saya sedang beribadah kepada Allah sebab saya sudah ikut ugama Muhammad. Ayah bila lagi nak ikut Muhammad?"...Abu
Talib kata kepada anaknya, "Takpalah, kamu ikutlah dulu. Ayah tak kacau."...Ucapan macam nilah yang selalu kita dengar
keluar dari mulut-mulut orang Melayu kita, "Hang pi la dulu, aku ikut kot belakang"...Sama tak tuan-tuan?...Sama aje
tu. Tak terfikir ka depa yang walaupun Abu Talib ni sokong Islam, tapi dia tak selamat juga. Jadi, pointnya di sini apa tuan-tuan?...Point
dia ialah sekadar simpati dan sokong aje tak cukup, melainkan mesti bersama-sama memperjuangkan Islam. Setakat tahu Islam
tu bagus tapi tak terjunkan diri bersama-sama perjuangan Islam, tak aci tu.
3) Nabi saw menyebut bahwa akan tetap ada dikalangan umat Islam ini, yang sentiasa tetap terus berjuang bagi menegakkan
ugama Allah swt. Ini bermakna Islam tak akan mati sebab ini jaminan Nabi saw. Kata Rasulullah saw, "Sehinggalah ke hari
Qiamat akan tetap ada segolongan umat Islam yang akan berjuang menegakkan ugama Allah dan mereka tidak akan diganggu-gugat
oleh mereka-mereka yang cuba untuk mengganggu perjalanan ugama Allah swt."...Dan yang paling kita harapkan orang yang
memperjuangkan Islam itu adalah kita sendiri. Sepertimana kata asy-Syahid Sayyid Qutb rahimmallahu ta`ala, "Sekiranya ada
50 orang yang berjuang Islam, maka salah seorang yang berjuang itu adalah kamu. Jika ada 10 orang yang berjuang Islam, salah
seorang yang 10 itu adalah kamu. Dan jika hanya tinggal seorang sahaja yang berjuang Islam, maka yang seorang itu adalah diri
kamu sendiri."...Inilah ucapan asy-Syahid Sayyid Qutb rahimmallahu ta`ala, yang mengajar kita betapa pentingnya untuk
kita membela ugama Allah swt.
Tugas bagi meninggikan syiarNya, meninggikan syariatNya dan meninggikan haq-haq yang ditentukan oleh Allah, hendaklah
diteruskan walaupun mungkin kemenangan yang dijanjikan oleh Allah itu masih belum kita lihat; tapi yakinlah bahwa perjuangkan
Islam itu sendiri adalah merupakan kemenangan awal yang dijanjikan oleh Allah di alam barzakh. Walaupun kemenangan zahiriyah
di atas mukabumi ini mungkin kita tak sempat tengok (mungkin anak cucu cicit kita yang dapat melihatnya), tetapi bila kita
duduk dalam perjuangan sepertimana yang Nabi saw sebut tentang golongan yang tetap ada berdiri membawa ajaran Islam dengan
menegakkan risalah Allah; maka kita tidak akan berupaya diganggu dan dirosakkan oleh mereka-mereka yang cuba mengganggunya.
Ini bermakna umat yang menegakkan risalah Allah tetap akan wujud sampai qiamat. Sebab itu, kita nak bagitau kat puak-puak
umno, tak payahlah hangpa susah-susah dok pi sekat segala ceramah-ceramah agama apa ni semua, sebab Nabi saw sendiri yang
bagitau bahwa selagi mungkar ada maka selagi itulah akan ada orang yang akan bangkit menentangnya. Dan kita minta di abad
ini dan di zaman ini bahwa kitalah orangnya yang akan bangkit itu; InsyaAllahu ta`ala yang akan diberi ganjaran oleh Allah
sesuai dengan apa yang telah kita lakukan.
Kesimpulan:
1) Hendaklah kita belajar ugama dan pastikan kita faham dengan apa yang kita belajar tu. Bila dah faham ugama, kita
kena ikut ugama. Seperti halal haram apa semua tu.
2) Hadith ini mengajar kita bahwa hidayah dan petunjuk adalah milik Allah. Dan kita kalau dapat hidayah, bukalah pintu
hati dan sangka baiklah dengan ugama Allah swt.
3) Hadith ini mengajar kita bahwa setiap orang hendaklah duduk dalam perjuangan Islam dengan membawa risalah Allah.
Dan Nabi saw beri jaminan bahwa sampai Qiamat pun akan tetap ada golongan yang akan membawa risalah ugama Allah swt. Allahu ta`ala`alam.

|