Hadith 22 :
Dari Ibnu Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; -
Pelajarilah perkara-perkara yang difardhukan di dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah al-Quran dan
ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain), dan ilmu
juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap), dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan
berselisih dua orang dalam suatu perkara yang difardhukan, yang mereka tidak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara
yang diperselisihkan itu." (Al-Darimy dan al-Darokhuthni)
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke22 yang kita baca pada kali ini, masih lagi membicarakan perkara
yang berhubung dengan kepentingan ilmu dan perkara-perkara yang ada hubung-kaitnya dengan menyampaikan ilmu itu kepada manusia.
Sebab itu Nabi saw menyebut di dalam hadith ini bahwa paling tidak kita mesti pelajari 3 perkara utama ini.
1) Belajar ilmu-ilmu agama; 2) Belajar perkara yang difardhukan oleh ugama; dan 3) belajar tentang al-Quran.....dan
kemudian; ajarkan pula kepada orang lain.
Okay mari kita bahaskan dengan lebih lanjut akan hadith di atas:
1) Nabi saw amat-amat menekan umatnya supaya memahami betapa besarnya faedah mencari dan menuntut ilmu. Kerana ia merupakan
suatu perkara yang boleh menghapuskan kejahilan daripada diri kita. Jahil ini sebenar adalah gelaran yang diberi oleh Rasulullah
saw kepada seorang manusia yang bernama Umar bin Hisyam (Abu
Jahal). Gelaran ni dia dapat bukan kerana dia tak ada kuasa, bahkan dialah sebenarnya PM Mekah waktu jahiliyah dulu. Dia ada ahli exconya yang menerajui
pelbagai jabatan; seperti jabatan perangnya, jabatan jaga airnya, jabatan pertaniannya; semuanya ini di bawah kawalan PM si
Abu Jahal. Sebelum Nabi saw jadi rasul, kekuasaan Abu Jahal begitu terserlah sehingga ada orang panggil dia "Abal hakam" (ketua hakim). Sebab segala
keputusannya hendaklah diterima walaupun bercanggah dengan Islam. Tetapi bila Nabi dilantik Allah menjadi rasul, maka gelaran
"Abal Hakam" itu Nabi tukar jadi "Abu Jahal".
Pasai apa jadi lagu tu, tuan-tuan?...Ini adalah kerana dia tak reti Islam. Walaupun dia ada ilmu memerintah dan dia
amat tahu selok belok perdagangan export import apa ni semua, sehinggakan Allah isytihar kepada mereka Surah Quraisy kerana
kehebatan mereka berniaga; tetapi bila tak kenal halal haram, maka Nabi saw panggil dia dengan gelaran "Abu Jahal" (paling
bodoh manusia). Inilah dia contoh orang yang tak mengaji dan contoh orang yang tak ada ilmu. Maka benarlah seperti apa yang
disebut dalam pepatah Arab, "Kejahilan itu adalah pembunuh bagi kehidupan."...Bila dah kena bunuh, maka mana mungkin nak dibezanya
yang mana satu haq dan yang mana satu kebathilan. Dah tak tahu nak beza dah antara perkara asas yang perlu kita belajar, dengan
perkara-perkara yang boleh menghancurkan aqidah, iman dan sebagainya.
Sebab itu Nabi saw berpesan benda begini kepada kita, supaya nanti kita ada bekalan. Kerana dengan ilmu itulah akan
menghasilkan amalan. Dan dengan amalan itulah nanti, kita akan bawa untuk berbekal di hadapan Allah swt pada hari Qiamat kelak.
Sebab itu Nabi saw menyebut di dalam satu hadith yang lain, ketika baginda menghuraikan kod etika kehidupan di dunia; iaitu
bagaimana kita nak dapat "Fiddun ya hasanah wa fil akhiratil hasanah wa qina aza bannar"?...Mafhum hadith itu, "Jadikanlah kehidupan kamu di dunia ini seperti dua orang
jenis manusia. Yang pertamanya ialah seperti orang yang duduk dalam keadaan sedang merantau di luar negeri..."...Mengapa
Nabi saw ajar macam tu?...Sebab apabila seseorang itu pergi merantau, pasti akan wujud satu perasaan di dalam hati kita bahwa
kita sentiasa rindu nak balik ke kampung halaman. Biarlah berpuluh tahun dirantau orang, tapi perasaan rindu nak balik kampung
ini pasti ada.
Jadi, bila balik kampung tu, takkan balik dengan tangan kosong aje. Takkan takdak
satu dua cenderamata apa ka kat orang tua?...Dan samalah jugak, takkan nak kembali kepada Allah dengan tangan kosong aje.
Kata Nabi saw, "Mesti ada bekalan. Dan bekalan
itu ialah amalan. Dan amalan ini, semuanya berpunca daripada ilmu yang kita pelajari.".
2) Kemudian yang keduanya pula kata Nabi saw, "Ajar pada orang ramai."...Sebab itu tak boleh kita adakan suatu
kaedah nak sekat dan nak matikan peranan masjid dalam menyampaikan risalah Allah swt. Tak boleh tuan-tuan, berdosa kita. Sebab
Nabi saw sendiri yang perintah kita supaya ajar ilmu kepada orang ramai. Dan sebaik-baik tempat untuk kita curahkan ilmu adalah
di rumah Allah. Yang di dalamnya, kita dapat niat iktikaf, dan di dalamnya juga terdapat ribuan malah jutaan malaikat yang
sedang bersusun-susun sehingga ke Arasy Allah. Kata Allah, "Malaikat-malaikat ini meminta ampun kepada Allah supaya orang yang duduk dalam
majlis ilmu diampunkan dosanya."...Sebab
itulah, sebaik-baik penyebaran ilmu adalah di masjid, atau di madrasah ataupun di mussola. Oleh sebab inilah juga kita nak
bagitau bahwa jangan ada sebarang gangguan dan sebarang sekatan terhadap majlis pengajian. Di Selangor dan KL sekarang ni
nampak begitu ketara dengan aktiviti merampas masjid. Sampai ada yang berlaku kekecohan. Dua imam ni kira lali dah di KL tu.
Adegan lawan rampas merampas mic ni kira biasa saja di KL. Sebab apa berlaku demikian?...Ini adalah sebab orang yang tak berkelayakan
untuk mentadbir masjid tapi oleh kerana dia ada sedikit sengat dalam politik ataupun dalam bisnes walaupun tak reti Islam
(dengan seluaq pendek memanjang), dilantik juga oleh pejabat agama untuk mentadbir masjid. Inilah punca lingkupnya masjid.
Diganggu dan dikacau, sehingga nak mengaji kuliyah pun payah. Bukan kata masjid dan surau saja yang dikacau, malah sekarang
Pasti pun turut menjadi mangsa. Bila Pasti tutup, anak-anak kita yang perlukan bimbingan agama nak hantar ke mana tuan-tuan?...Nak
hantar ke kemas ka atau tabino?...Daripada bangkit pagi-pagi boleh kita dengar suara halus membaca doa, nak keluar rumah baca
doa, nak makan baca doa; bertukar kepada bangkit pagi-pagi menyanyi, nak keluar rumah menyanyi atau nak makan pun menyanyi
ka?...Orang-orang yang bertuhankan nafsu begini akan menanggung dosa di hadapan Allah swt sebab Nabi saw sendiri yang pesan
supaya kita ajar ilmu agama ini kepada manusia dan jangan dibiarkan masyarakat menjadi jahil agama.
Cuba kita tengok apa yang disebut oleh Saidina Ali kw bila ditanya berkenaan dengan ilmu, "Mana lebih baik antara
ilmu dan harta?"...Jawab Ali, "Ilmu lah yang lebih baik kerana ilmu ini bila kamu sebarkan, dia akan semakin bertambah
semakin bertambah. Tetapi harta, sekiranya kamu membelanjakannya, maka semakin berkurang dan semakin berkuranganlah dia."...Sebab
itulah Nabi saw pesan supaya tolong ajar ilmu Islam kepada manusia. Besarnya persoalan ilmu ini adalah kerana supaya nak menjadikan
masyarakat faham Islam dan supaya masyarakat tahu haq dan bathil sama sekali tidak boleh duduk sekali. Ini suatu kenyataan
yang tidak boleh dinafikan. Kalau tuan-tuan rujuk sejarah Surah Hamiim Fusilat (as-Sajdah), kita akan diajar haq dan bathil
memang tak boleh bertemu. Sejarahnya ialah apabila Abu Jahal mengadakan mesyuarat untuk membentuk suatu jawatankuasa teknikal
yang akan dipengerusikan oleh Utbah bin Rabi`ah. Mesyuarat diadakan oleh Abu Jahal sebab dia tengok Muhammad dok lagu tu jugak
walaupun habih ikhtiar dah. Hantar FRU hantar SB, tak jadi apa jugak; ceramah dok jalan macam biasa jugak. Tak upaya dah Abu
Jahal sebab ada permit ka, takdak permit ka; ceramah tetap jalan. Jadi pening Abu Jahal. Akhirnya mesyuarat ambik keputusan
untuk melantik Utbah bin Rabi`ah, kata depa, "Hanglah kena jadi wakil dengan menubuhkan suatu jawatankuasa teknikal untuk
berjumpa dengan Muhammad!"...Nak pi berjumpa dengan Nabi saw ni kira nak ambik jalan perdamaianlah kononnya tu. Tok sah
dok hentam menghentamlah; sebab Arab sama Arab, nak gaduh pasai apa.
Lalu Utbah dilantik dan perlantikan Utbah ni ialah atas dua alasan. Pertamanya Utbah ni fasih berbicara dan yang keduanya
Utbah ini seorang tua yang dihormati. Kira macam JKKK lah kalau nak senang faham. Bila Utbah pergi jumpa Muhammad, waktu tu
Rasulullah saw sedang duduk berehat bawah pokok. Utbah pun jumpa Nabi saw dan mengemukakan 3 tuntutan. Tuntutan pertama ialah
nak lantik Nabi saw jadi raja. Tuntutan kedua ialah nak beri Rasulullah saw harta benda. Dan tuntutan ketiga dari pihak Abu
Jahal ialah kalau Nabi tak ndak harta, maka ambiklah wanita dan kawinlah banyak mana yang dia nak kawin; tetapi syaratnya
satu saja, iaitulah hentikanlah segala ceramah-ceramah. Itu aje. Kata Utbah, "Kami pening dah sebab terlalu banyak sangat
permit yang nak kami luluskan. Jadi, pertimbangkanlah 3 tuntutan ini. Tapi kalau kamu ambik tawaran kami, maka ceramah umum
hendaklah dihentikan terus. Mengajar takpa, ceramah tak boleh."...Bila Utbah sebut begitu, lalu kata Nabi saw, "Habih
dah ka hang nak cakap?"...Kata Utbah, "Ya, habih dah. Hat tu lah yang Abu Jahal suruh aku sampaikan."...Kata Nabi
saw, "La ni hang dengaq pula hujjah aku..."....Lalu Nabi saw pun baca Surah Hamiim Fusilat dari ayat 1 sampailah ke
ayat 37 yang memerintahkan kita sunat sujud tilawah. Ketika itu Nabi saw sujud dan apabila Nabi saw angkat kepalanya, baginda
pun berkata, "Utbah, hang dengaq dak apa aku baca tadi?..Hang dengaqkan. La ni hang pi berambuih balik dan sampaikan salam
maut aku dekat Abu Jahal!"...Ini lah sejarah Surah Hamiim Fusilat.
Jadi, apa yang Nabi saw nak pesan melalui hadith ini ialah hendaklah diajarkan kepada masyarakat supaya faham Islam.
Dan hasil daripada kefahaman tersebut akan secara automatik membuatkan masyarakat dapat membezakan antara haq dengan yang
bathil. Bathil mestilah diruntuhkan dan haq hendaklah ditegakkan di atas keruntuhkan kebathilan. Kalau nak bincang mengenai
haq dan bathil ni; ratusan ayat boleh kita jumpa dalam Quran. Antara contohnya ialah dalam Surah Thahaa:24 juzuk 16 yang menceritakan
bagaimana Allah swt memerintah Nabi Musa a.. untuk pergi kepada Firaun, kerana sesungguhnya Firaun telah melampaui batas.
Ayat ini menunjukkan bahwa bukannya Firaun menjemput Nabi Musa as, tapi Allah sendiri yang memerintahkan Nabi Musa as untuk
pergi bertemu dan menasihati Firaun. Bukan makna kata bila Nabi Musa pergi jumpa Firaun, maka Nabi Musa nak join kabinet Firaun;
tidak tuan-tuan. Tak kebuloq dia. Ini hanya sekadar menunaikan tanggungjawab dia atas perintah Allah, untuk berdakwah kepada
Firaun. Inilah kaedah yang Islam ajar. Nabi Musa as pun disuruh Allah supaya pergi berdakwah, inikan pula kita ummat akhir
zaman.
Tapi bila Pas turun padang berceramah dan berdakwah kepada masyarakat, menerangkan akan Islam yang sebenar, maka bermacam-macam
tohmahan yang dilemparkan. Puak-puak kalihamput ni menggunakan habis-habisan media massa mereka dengan memutar-belitkan secukup
rasa mengatakan bahwa Pas menghasutlah, Pas menghuru-harakanlah, Pas nak gulinglah, itu inilah dan macam-macam lagi. Padahal,
kita sebenarnya nak mengajar masyarakat supaya faham dengan hak Allah; kerana hak Allah tidak boleh dicabul. Itu saja. Kami
jemaah Islam berkewajipan menegur kamu (umno), bila kamu biadap dan kurang ajar terus-terusan mencabul hak Allah. Sebab mencabul
hak Allah adalah suatu kezoliman. Sehinggakan pernah Nabi saw bersabda dalam satu hadith, mafhumnya, "Bantulah saudara
mu yang dizolimi dan yang menzolimi."...Maksud membantu "yang menzolimi" ialah dengan kita menegur puak-puak zolim itu
supaya mereka berhenti melakukan kezoliman. Ini yang Nabi saw suruh, bukannya kami nak menghasut. Awat yang bangang sampai
tara tu umno ni?...Inilah dia contoh bila hati sudah busuk dengan bau kejahatan. Dalam isu tazkirah bulan Ramadhan, sampai
depa tak tau nak beza dah yang mana satu wajib dengan yang mana satu sunat?...Sembahyang tarawih walaupun hanya ada dalam
bulan Ramadhan, tapi ia sunat aje. Manakala tazkirah pula adalah suatu peringatan yang sudah menjadi kewajipan kepada semua
ummat Islam melaksanakannya. Jadi mana lebih afdal?
Tapi inilah yang Allah sebut dalam Surah Yaasiin:9-10 yang menjelaskan akibat sifat tamak dan rakus mereka kepada dunia,
maka Allah jadikan di hadapan mereka suatu dinding...Apakah yang dimaksudkan dengan "dinding" tu, tuan-tuan?...Maksudnya ialah mereka tidak boleh lihat buruk dan hinanya
dunia ini di sisi Allah swt. Tapi apa yang mereka lihat ialah dunia inilah segala-galanya bagi mereka sehingga mereka berani
rampas hak Allah kerana dunia yang serba hina ini.
Begitulah juga bila suatu hari semasa Nabi saw berjalan-jalan dengan para sahabat ra, tiba-tiba Nabi saw terjumpa dengan
bangkai seekor kambing hitam yang cacat. Lalu Nabi saw pun pegang bangkai tu dan ditunjuknya kepada sahabat, Nabi kata, "Siapa
mahukan bangkai kambing hitam cacat ini sekiranya aku bagi secara percuma saja?"...Lalu sahabat jawab, "Kami tak mahu
walaupun percuma. Sebab kami rasa jijik dengannya."...Tuan-tuan tau ka apa Nabi saw jawab kat sahabatnya balik?...Nabi
saw kata, "Allah ta`ala lebih jijik dan hina memandang dunia ini, daripada jijiknya kamu memandang kambing yang sudah menjadi
bangkai ini."...Sebab itulah bagi orang yang tamak dan rakus sangat akan dunia ini, Allah akan membuat di hadapan mereka
suatu dinding supaya mereka tidak nampak betapa hodohnya rupa dunia ini. Sebab itu, halal ka haram ka, tindas aniaya orang
ka, maki ulama` ka; dia bantai semacam je. Kemudian kata Allah lagi, "Dan Kami buat di belakang mereka dinding.."...Apa maksudnya tuan-tuan?...Maksudnya ialah mereka tak nampak
dah akan huru hara Mahsyar. Dan akhirnya kata Allah, "Akibat daripada itu, Kami tutup pintu hati mereka, lalu mereka tak nampak apa dah."...Dan jenih ni kata Allah, "Depa ni sama aje Muhammad oooi!...Hang bagi ingatan
ka atau hang tak bagi ingatan ka, hang bagi ceramah ka atau hang tak bagi ceramah ka; serupa aje keadaan mereka ni, iaitu
takkan sama sekali beriman."...Sama lah dengan umno ni pun,
"Hang bincang ka atau hang tak bincang ka; sama saja. Lagu tulah perangai depa."...Inilah ceritanya.
3) Tuan-tuan, pasal apa Nabi saw suruh kita mengaji dan kemudiannya disuruh pula kita mengajarkan kepada orang ramai?...Ini
adalah disebabkan Nabi saw kata, "Aku pun akan mati."...Ini bermakna Nabi saw tidak hidup selama-lamanya kerana baginda
pun seperti makhluk yang lain. Maksud Nabi saw ialah kalaulah Islam tidak diajar kepada masyarakat selepas kematian Nabi saw,
maka Islam tidak akan berkembang. Dan memang pun Nabi saw, dah pun wafat. Kewafatan Nabi saw itu amat-amat menggemparkan semenanjung
tanah Arab ketika itu, sehinggakan Umar al-Khatab tidak boleh terima kewafatan Nabi saw kerana sayang dan cintanya kepada
Rasulullah saw. Dia kata bahwa Nabi hanya munajat seperti Nabi Musa as munajat kepada Allah. Sebab itulah Umar ra masih mengharapkan
Nabi saw akan sedar kemudiannya. Ketika peristiwa itu berlaku, Saidina Abi Bakrin baru saja pulang setelah menziarahi isterinya
yang baru saja bersalin pada pagi tersebut. Selesai melihat anaknya yang baru, dia pun datang ke rumah Nabi saw dan melihat
berlakunya kekecohan bilamana Umar menghunus pedang. Saidina Umar dengan tegas berkata, "Sapa-sapa berani kata Nabi Muhammad
mati hari ini, akan aku penggal kepalanya!"...Sampai ke tahap tu tuan-tuan, teramat sayangnya Umar kepada Rasulullah saw.
Bila melihat keadaan semakin buruk, Abi Bakrin ra menggunakan kebijaksanaannya dengan memanggil satu perhimpunan, lalu beliau
berucap, "Siapa yang sembah Muhammad, bahwasanya Muhammad sudah mati. Tapi siapa yang sembah Allah, Allah itu hidup dan
tidak akan mati buat selama-lamanya!"...Kemudian dibacanya pula sepotong ayat Quran dari Surah Ali Imran:144 yang bermaksud, "Tiadalah Muhammad itu, melainkan dia adalah
seorang rasul. Telah berlalu sebelum Muhammad, beberapa orang rasul. Adakah kalau Muhammad itu mati atau dia terbunuh di medan
pertempuran, maka kamu akan berpaling ke belakang (tinggalkan Islam)?"...Lalu kata Allah, "Siapa yang meninggalkan Islam selepas wafatnya Muhammad saw, maka kerjanya tidak akan
memberi sedikit mudarat pun kepada Allah. Sesungguhnya kamulah yang rugi!"...Bila Umar dengar Abi Bakrin baca ayat tu, maka jatuhlah pedangnya.
Terduduk dia dan menangis sepuas hatinya kerana barulah dia tahu bahwa Nabi saw sudah pun wafat.
Okay bila Nabi saw sendiri kata bahwa dia pun akan mati, maka sebab itulah kita kena ambik inisiatif berdakwah serta
berceramah secara non-stop. Pilihanraya ka tak pilihanraya ka; kuliyah dan ceramah kena jalan jugak, supaya masyarakat tahu
apa itu hak Allah yang mesti ditunaikan. Ada orang kata, "Ya Sheikh!..cukup la tu, takyah la ceramah dah sebab pilihanraya
pun dah habih."...Mana boleh lagu tu!...Kami kalau tak hayun dalam internet ni, boleh demam oooo!...Dalam demam-demam
pun, tapi kalau dapat pc, boleh sihat jadinya. Dah begitu keadaannya, nak buat macamana?...Kerana beginilah caranya Islam
ditegakkan, iaitu di atas nasihat menasihati.
Bila cerita pasai kewafatan Nabi saw; sebenarnya sebelum wafatnya Nabi, baginda telah diberi pilihan oleh Malaikat
Izrail, "Ya Rasulullah!..Allah beritahu aku supaya suruh tanya kamu: Nak hidup ka lagi?"...Tu dia tuan-tuan, betapa
mulianya makam Nabi saw di sisi Allah. Itu Nabi. Tapi mau kalau tanya kat kita, hummm...sampai bila pun tak mau mati-mati
punya...Tapi Rasulullah saw kata kat Malaikat Izrail, "Aku nak pergi untuk jumpa dengan kekasih aku. Cukup lah setakat
ini kehidupan aku."...Maka Izrail pun ambik nyawa dia. Begitu mulianya Rasulullah sehingga diberi pilihan samada nak hidup
lagi atau nak mati. Tapi Baginda pilih untuk mati kerana dia kata, "Sampai dah masa aku untuk bertemu Allah kerana tugas
aku dah selesai.".
4) Dan akhir sekali dalam hadith di atas, Nabi saw kata, "...Bila aku mati, ilmu akan diangkat oleh Allah sedikit
demi sedikit..."...Sebab itu, ada jugak disebut dalam hadith yang lain yang menyatakan bahwa sesungguhnya Allah tidak
akan mencabut ilmu sekali gus daripada dada manusia. Maksudnya, bukan makna kata bila Allah ambik-ambik ilmu tu, kita jadi
bangang terus. Nak sembahyang Isya` pun tak tau dah. Nak ambik wudhu pun pi jadi terbalik, pi basuh kaki dulu. Bukan lagu
tu. Tetapi yang dimaksudkan angkat ilmu itu ialah dengan Allah mematikan para ulama`. Inilah dia cara Allah menarik ilmu.
Kemudian apabila para ulama` mati, kata Nabi saw, "Manusia akan melantik menjadi pemimpin mereka dari kalangan orang yang
jahil."...Apa akan jadi bila orang yang jahil diangkat
menjadi pemimpin?...Kata Nabi saw, "Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya tentang Islam; mereka akan memberi fatwa jawapan
tanpa ilmu. Dengan ini, mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain."...Inilah dia bahayanya bila melantik pemimpin yang
tidak tahu tentang halal haram dalam ugama. Dan kita menyedari bahwa perkara ini sudah pun berlaku, yang menandakan hampirnya
ketibaan hari Qiamat. Inilah yang disebut oleh Nabi saw bahwa diantara tanda hari Qiamat itu ialah Allah tarik ilmu dan cara
Allah tarik ilmu ialah dengan Allah mematikan para ulama`. Dan bila ulama` dah mati, maka takdak lagi dah orang yang faham
Islam menjadi pemimpin. Tidak akan ada lagi dah zaman seperti zaman Abbasiyah yang memerintah 3/4 dunia selama 700 tahun,
yang merangkumi dari Andalusia sehinggalah ke negeri China. Inilah hebatnya bila ulama` memerintah.
Selepas itu, barulah Allah mematikan sedikit demi sedikit para ulama` sehinggalah ke hari ini, maka tinggallah golongan
yang jahil memerintah. Maka berlaku keadaan yang sesat dan menyesatkan. Ingat tak tuan-tuan peristiwa yang berlaku ketika
PM Turki Prof Najibudin Erbakan datang ke M`sia dalam siri lawatannya bersama-sama dengan pemberita-pemberita Turki?...Bila
sampai di Subang airport ketika itu sebagai seorang yang bermusafir, Prof Najibudin Erbakan ini pun buatlah sembahyang jamak
qasar. Lalu disalah tafsir oleh pemberita-pemberita yang jahil ini, maka mereka pun menghantar lapuran kepada kerajaan Turki
mengatakan bahwa Prof Najibudin ini dah sesat sebab sembahyang Zohor hanya dua rakaat...Tu dia tuan-tuan, sampai ke tahap
tu punya jahil. Maka benarlah kata Nabi saw tentang akan berlakunya dua orang bertelingkah mengenai sesuatu masalah dan
mereka tak akan jumpa dah orang yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Kita hari ini kalau bertelingkah, Alhamdulillah,
masih boleh lagi mencari ulama` untuk buat rujukan. Tapi akan sampai masanya segala pertelingkahan tidak akan ada jalan penyelesaiannya
walaupun berhubung dengan persoalan basic dalam ugama....Nauzubillahiminzalik.
Inilah dia amaran Nabi saw tentang kehilangan ilmu. Peringatan demi peringatan teramat-amatlah penting dalam Islam.
Bukan kata nak tunggu dalam kuliyah dan ceramah sahaja baru kita nak cakap, bukan lagu tu. Sebenarnya tang mana pun, kita
sepatutnya mesti bercakap bagi menyatakan tentang ugama Allah swt ini. Kerja kita hanyalah menyampaikan, dan seterusnya yang
membuka minda atau memberi hidayah, bukannya kerja kita lagi; tapi ini semua adalah kerja Allah. Sebagai contoh, cuba kita
kembali kepada kisah Nabi Ibrahim as, yang memanjat Jabal Abi Qubais ketika selesai dia bersama anaknya Nabi Ismail as meninggikan
Ka`abah. Inilah yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim as apabila selesainya kerja meninggikan Ka`abah, iaitu disuruhNya
Nabi Ibrahim as panggil manusia supaya mereka datang beramai-ramai ke Ka`abah untuk buat haji dan umrah. Lalu Nabi Ibrahim
as tanya, "Ya Allah! macamana aku nak panggil?"...Kata Allah, "Tu, kamu kena pi panjat Bukit Abi Qubais (berhadapan dengan Babul Salam)!"...Lalu dia pun panjat, kemudian Nabi Ibrahim as kata, "Aku nak cakap macamana?"...Allah kata, "Cakap! Panggil mereka supaya datang mengerjakan
haji dan umrah."...Kata
Nabi Ibrahim as, "Kalau begitu, hanya setakat sekitar bukit ini sahajalah yang akan dengar. Macamana dengan yang jauh dari tempat ni?"...Kata Allah, "Engkau cakap sajalah!...Aku akan menyampaikannya!"...Inilah keyakinan kita. Walaupun posting-posting
saya dihantar hanya sekitar hizb dan beberapa yahoogroups, tapi yakinlah (InsyaAllah), Allah akan menyampaikan hasrat kita
ini keseluruh pelusuk bumi ini. Sepertimana Nabi Ibrahim as yang disampaikan suaranya oleh Allah dengan berkat doanya yang
bermaksud, "Jadikanlah
negeri ini aman dan damai."...Inilah
doa Nabi Ibrahim as, sehingga berduyun-duyun manusia datang pada musim haji atau pun umrah. Inilah keyakinan kita, walaupun
kesusahan yang kita alami sekarang ini dengan dihalang, diganggu dan dilakukan dengan berbagai-bagai tekanan; tapi kita tetap
menyatakan bahwa hak Allah mesti disampaikan. Jadi, apa saja yang berlaku ke atas kita hari ini, itu hanyalah ujian yang kita
kena hadapi. Persoalannya sekarang, kita sekali-kali tidak boleh berhenti daripada menyatakan yang Haq. Oleh sebab itu, bagi
golongan yang menerima teguran, buat apa nak kacau-kacau kami. Kalau kami kata benda betoi, terima aje la. Selesai masalah,
berpadu habih Melayu, InsyaAllah (kalau nak berpadu la). Tapi kita minta utamakan perpaduan Nasional yang berlandaskan Islam
dibincangkan dulu. Yang Melayu ni kira nombor dua aje la. Kerana itu yang Nabi saw ajar kepada kita, "Berpeganglah dengan tali
Allah..."...Perpaduan berdasarkan Islamlah
yang akan mengawal seluruh bangsa. Inilah yang Nabi saw lakukan 10 tahun baginda di Madinah, membuatkan seluruh bangsa berada
di bawah aman damai. Kerana Islam sajalah yang mampu memberikan keadilan kepada semua pihak. Lain daripada Islam, minta maaf;
tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya. Perpecahanlah yang akan terus melanda masyarakat Islam, sekiranya selain daripada
Islam yang diambil. Sebab itu, kita menegaskan sekali lagi, "Kalau Islam tidak menjadi pilihan kamu dalam segala perundingan,
maka kami pun tak kebuloq nak bersama dengan kamu (umno)!"...Ini jelas kerana mana mungkin kita nak compromise dalam perkara-perkara
yang menyentuhkan hak dan dasar Allah yang tak boleh kita nak ubah sesuka hati kita. Kalau umno mahu, ayuh!...kita berbincang
berpandukan aqidah Islam, maka barulah boleh kita bersama. Jangan kita meletakkan aqidah hanya pada ugama rasmi sahaja. Jangan
meletakkan aqidah hanya pada lidah yang tak bertulang. InsyaAllah kalau kita bertemu atas dasar Allah yang satu yang kita
sembah, maka saya yakin takkan berlaku lagi pertelingkahan dengan izin Allah swt.
Tapi kita nak mengatakan bahwa hak dan bathil tidak sama sekali boleh bersama. Kepada pendukung kebathilan, kita nak
bagitau, "Kamu mesti kena leburkan kebathilan kamu dulu, kemudian baru kamu boleh bersama dengan perjuangan yang haq."...Ini
kita kena tegas kerana tidak ada compromise dalam perkara ini kerana kita tidak akan menggadaikan ayat-ayat Allah hanya untuk
sedikit kesenangan dunia. Kita tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan dan kita menyatakan bahwa itu adalah perkara yang
serious kerana kita tidak bermain-main di dalam perkara ini. Dan akhir sekali, kita nak menyatakan kepada Melayu ka atau siapa
saja, bahwa kalau nak bersatu; maka Islamlah jalan penyelesaiannya.
Maka secara kesimpulannya, hadith ini mengajar kita untuk terus bercakap dan terus bercakap menyampaikan Islam di mana-mana
sahaja. Yang boleh bercakap, bercakap lah. Manakala yang boleh menulis, tulislah. Yang boleh buat apa pun; mau buat, jangan
tak buat. Asalkan Islam boleh dipertahankan. Dan sememang pun Islam itu akan dijaga oleh Allah swt. Dan akhirnya,
hadith ini mengajar kita; kalaulah manusia tidak diberitahu tentang Islam, maka akan berlakulah fitnah sehingga dua orang
yang bertelingkah sampai tidak tahu macamana keputusan nak diambik untuk selesaikannya; walaupun hanya melibatkan perkara-perkara
asas yang diajar oleh ugama Allah swt seperti sembahyang, puasa dan sebagainya.
Allahu ta`ala `alam.