Muqaddimah - Bab 5 - Hadith 18

Hadith 18 :

Dari Abdillah bin Amru ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya." (Muslim)

Muslimin/muslimat rahimmakumullah. Hadith yang sependek ini walaupun ringkas tetapi cukup padat pengertiannya untuk diapply dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab ringkasnya hadith ini, maka ulama` muhadithin menggariskan bahwa diantara style ucapan Nabi saw ialah adakalanya ucapan Rasulullah saw ini nampak saja sabdaannya begitu ringkas tetapi maknanya begitu kamil dan sempurna sekali. Contohnya ialah seperti hadith yang akan kita bahas kali ini...Pada kali ini, Nabi saw telah menyentuh tentang 2 pancaindera daripada anggota tubuh badan manusia, iaitulah lidah dan tangan. Nampak seolah-olah simple saja ceritanya kali ini, tapi sebenarnya kedua-dua anggota ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan bermasyarakat di dunia ini.

Sebelum kita pergi dengan lebih detail lagi, mari kita lihat dulu bagaimana Allah swt (Tuhan yang Maha bijaksana dan Tuhan yang begitu indah PenciptaanNya) yang PenciptaanNya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana manusia di atas mukabumi ini sepertimana yang pernah Allah firmankan dalam Surah al-Mulk:3 yang bermaksud, "...; tidaklah kamu akan melihat adanya kepincangan, kecacatan, kekurangan kepada penciptaan Allah swt;..."...Jadi barang yang Allah cipta ni; baik manusia, baik binatang atau siapa saja yang namanya makhluk; Allah kata, "Cuba perati kalau-kalau kamu boleh pertikai Penciptaan Aku!"...

Kemudian Allah sebut lagi dalam Surah az-Zaariyaat:21 yang bermaksud, "Dan pada tubuh mu sendiri, apakah kamu tidak boleh melihat?"...Allah swt tanya kepada kita tentang keunikan PenciptaanNya yang menyebabkan lemahnya insan untuk berlawan denganNya. Jangankan kata seluruh tubuh kita, dengan hanya mengambil sekeping lidah sudah cukup untuk kita melihat kebesaran Allah swt itu. Itulah yang Allah sebut, "Dan satu lidah dan dua ulas bibir." (Surah al-Balad:9)...Lidah yang Allah beri pada kita ini adalah yang begitu hebat dan unik sekali penciptaanNya. Sehingga tak ada mana-mana ahli sains, para cerdik pandai atau menteri yang tadbir kilang industri mana sekali pun di dalam dunia ini yang buat kilang, yang namanya kilang "Lidah". Pi lah cari kat mana pun, memang gerenti tak jumpa punya. Mengapa?...Sebab lidah yang Allah buat ini (MasyaAllah, tabarakallahu ta`ala) adalah sekeping lisan lidah itu yang cukup segala-galanya. Dengan masinnya, dengan masamnya, dengan tawarnya, dengan manisnya; semuanya duduk di dalam satu lidah. Tak payah nak gaduh kalau nak makan apa pun. Tak payah gaduh tukar lidah jenis mee kari kalau nak makan mee kari. Tak payah gaduh nak pi tukar lidah yang boleh trace rasa masam bila nak makan tomyam. Kalaulah setiap lidah itu hanya specific untuk satu rasa sahaja; jawabnya kalau nak pi berjalan tu, jenohlah nak kena bawak spare satu beg punya lidah. Mula-mula nak breakfast, siap pakai lidah bercitarasa roti canai sebab memang niat masa bangkit tidoq tadi nak makan roti canai. Tapi masa time nak makan, tiba-tiba member pi order nasi lemak pulak dah; jenohlah nak suruh tunggu sat, pasai nak tukar lidah yang rasa nasi lemak pulak. Tapi ini semua kita takkan jumpa tuan-tuan (masyaAllah tabarakallah) sebab dengan lidah sekeping itulah kita makan tomyam, dengan lidah sekeping itulah kita makan mee rebus dan dengan lidah yang sekeping itulah untuk segala-galanya; jadi mengapa masih nak lawan Allah wahai manusia-manusia biadap?...Mengapa masih nak kurang ajar dengan Allah swt sedangkan Allah beri kepada kita suatu lidah yang tidak ada tolok bandingnya di sudut keunikan dan kehebatan penciptaannya.

Begitulah juga halnya dengan tangan. Tuan-tuan tolong pi cari (jangan kata dalam M`sia, pi lah cari ke seluruh pelusuk dunia sekali pun), kalau ada kilang yang buat skrew ensel untuk tangan. Jawabnya mana ada tuan-tuan. Kalau ada yang kudung, walaupun diberi tangan palsu, dia takkan sama dengan hat original yang diberi oleh Allah swt. Walaupun dah lama kita pakai tangan palsu, tapi pergerakannya tetap tidak sama seperti tangan kita yang asal. Maka dengan kerana itu, hendaklah kita banyak-banyak bersyukur kepada Allah swt.

Hadith yang ringkas dan pendek ini, walaupun Nabi saw hanya mentioned tentang lidah dan tangan sahaja, tapi message nya memang cukup jelas. Iaitu Nabi saw nak sebut tentang ciri dan sifat muslim yang sejati. Dengan hanya dilihat dari cara penggunaan lidah dan tangan sahaja, kita dah boleh tahu siapa dia muslim yang benar-benar sejati imannya. Tapi saya rasa tuan-tuan pernah dengar satu hadith yang cukup masyhur yang mengatakan bahwa hati yang jadi penentu. Yang mana mafhum hadith itu kata Rasulullah saw, "Di dalam tubuh kamu ada seketul daging. Sekira daging itu baik, maka baiklah tubuh. Tapi sekiranya daging itu jahat, maka jahatlah tubuh. Itulah dia hati kamu."...Jadinya, kadang-kadang Nabi saw tentukan hati menjadi sebagai penentu, baik atau jahatnya seseorang. Tetapi dalam hadith yang kita baca pada kali ini, Rasulullah saw menentukan lidah dan tangan pula sebagai gambaran iman seseorang. Sehingga Nabi saw menyebut bahwa diantara tanda muslim yang benar-benar sempurna imannya ialah orang lain selamat daripada lidah dan tangannya. Apa maksud Nabi saw kata lagu tu tuan-tuan?...Maksudnya ialah kalau seseorang itu menjadi muslim yang jahat (Islam dia jenis haprak punya) yang tak sempurna imannya, maka dia akan guna lidahnya untuk memberi bencana kepada masyarakat Islam yang lain. Dia akan menjadi insan yang menggunakan lidahnya untuk menghina hukum Allah swt dengan mencaci maki al-Quran dan mencerca para ulama`. Mudah sekali digerakkan lidah sesuka hatinya kerana pepatah Melayu pernah mengatakan bahwa lidah ini memang tidak bertulang. Sebab itu, al-Imamul Ghazali rahimallahu ta`ala di dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" telah menggariskan beberapa perkara yang berhubung dengan bahaya lidah itu sendiri di bawah tajuk "Bencana Lisan". Kalau kita rujuk dalam kitab ini, kita akan dapati berbelas-belas bencana yang akan terhasil daripada lidah kita ini sekiranya kita tidak menjaganya. Diantaranya ialah seperti berbantah-bantah tentang Islam, mengumpat yang tidak haq, berdusta yang tidak haq, menceritakan perkara-perkara kebathilan seperti pesta arak umpamanya, kisah orang perempuan dan banyak lagi yang Imam Ghazali sebut di dalam bab tersebut yang muslimin/muslimat boleh rujuk sendiri.

Bahayanya lidah ini sehinggakan Nabi saw sebut dalam hadith yang lain, mafhumnya, "Kebanyakan manusia akan disembamkan oleh Allah ke dalam api neraka, hasil daripada tuaian lidah-lidah mereka sendiri."...nauzubillahiminzalik...Sebab itu, kita perlu memahami bahwa memang wujud golongan-golongan yang menyalah-gunakan lidah mereka ini. Sepertimana kata Allah swt melalui firmanNya di dalam al-Quran yang menggariskan bahwa betapa banyaknya manusia-manusia yang salah-guna lidah mereka sehingga akhirnya mengheret mereka masuk ke dalam neraka Allah walaupun mereka dah lupa apa yang mereka cakap. Contohnya sepertimana firman Allah dalam Surah al-Mujaadalah:6 yang bermaksud, "...Mereka lupa dah, tapi Allah tak pernah lupa..."...Haaa! kita sama-sama mau ingat amaran Allah ini. Ataupun kita lihat apa yang Allah kata dalam Surah Qaaf:18 yang bermaksud, "Dan tiadalah perkataan yang dilafazkan oleh seseorang itu, kecuali Kami hadirkan disisinya dua malaikat iaitulah Raqib dan `Atid."...Dua malaikat inilah yang mencatit segala ucapan manusia, samada yang baik maupun yang jahat, sejak dari dia baligh lagi. Jadi, apabila seseorang itu sudah mukallaf, maka apa saja yang dia bercakap dan apa saja tindakannya, akan dicatat oleh para malaikat. Dan inilah yang akan dibentangkan di hadapan Allah swt. Sebab itu, kita sebagai orang yang dah mengaji; bila saja nak start bercakap, mau ingat baik-baik tentang kehadiran dua malaikat Allah ini.

Sebenarnya, memang cukup ramai manusia yang akan guna lidahnya untuk memutar belit Islam. Ini Allah sendiri yang bagitau.

1) Cuba tuan-tuan perati tengok dalam Suratul Baqarah:204 yang bermaksud, "Dan ada diantara manusia itu (wahai Muhammad saw) yang kamu akan merasa ta`ajub mendengar ucapannya di dunia dan dia mempersaksikan kepada Allah apa dalam hatinya, padahal dia adalah sebesar-besar musuhmu."...Cuba kita imbas kembali ke zaman 80an dulu. Perasan tak tuan-tuan dengan reaksi kakak-kakak kita dan makcik-makcik kita bila dengaq suara mengancam si matdet suatu masa dulu. Ada setengah tu, tengah dok masak di dapar pun, tiba-tiba bila dengaq suara si matdet di tv, depa boleh terpa dengan kuali sendok sekali ke depan tv. Ta`ajubnya depa dengaq suara dia. Tapi sekarang, apa dah jadi?...Bukan kata suara, muka pun menyampah depa nak tengok...Tapi bukan kata takdak langsung yang nak dengar, ada juga; tapi yang sebaya dengan dia lah. Sampai meleleh air liur dibuatnya; terutama sekali bila dia start bersembang pasai Islam. Dia punya sembang punya sembang, "Mari lah kita kembali kepada Islam, marilah kita kembali kepada Islam."; tengok-tengok bulu kening bini hilang sebelah. Make-up pula sebijik macam tok pekong cina yang main wayang tongkoi tu, takdak rupa orang dah. Mana ada orang bulu kening lurus melainkan dicabut, betoi tak tuan-tuan?...Nabi saw pernah sebut dalam satu hadith bahwa Allah melaknat perempuan yang mencabut bulu keningnya. Kerana wajah yang dicipta Allah, kita tak boleh pi ubah.

Sembang pasai Islam ni seolah-olah kita nampak dialah champion. Macamana kita tak kata champion?...Kalau kita dengar dia sembang tentang keadilan Islam, kemajuan Islam, kemakmuran Islam, tamadun Islam, lepas tu boleh cerita pulak tentang kisah-kisah kerajaan Islam zaman Umaiyah, zaman Abbasiyah, segala jenis boleh diceritanya; kita akan rasa ta`ajub. Dalam kita dok rasa ta`ajub tu, tiba-tiba bini dia dok pakai rambut palsu lagi. Sebab itu, di hujung ayat 204 Suratul Baqarah, Allah kata, "Sebenarnya wahai Muhammad, dialah musuh engkau no.1!"...Nampak tak tuan-tuan; Allah sendiri yang dedahkan. Hat sembang Islam deraih tulah musuh Islam no.1, sebab cakap tak serupa bikin. Mulut saja cakap nak kepada Islam; tapi tangan lanyak ulama`, sekat ceramah, tak boleh kuliyyah dan kenakan berbagai-bagai larangan. Allah dah dedah perkara ni lama dah.

2) Cuba kita perati tengok pula apa yang Allah kata dalam Surah Ali Imran:78. Ianya cerita berkenaan dengan orang yang reti agama. Yang mana asal ayat ni turun ialah berkenaan ahlul kitab yahudi di zaman Rasulullah saw. Tapi bila kita faham betul-betul ayat ini, kita akan dapati serupa saja ahlul kitab yahudi zaman dulu dengan ulama` al-fulus zaman la ni. Jadi, ulama yang jenis sayang kat benda dan tak suka kat hukum Allah ni; memang memiliki sifat orang-orang yahudi.

Perangai buruk orang-orang yahudi terserlah bila kita baca kisah Nabi saw bertemu dengan orang-orang yahudi untuk bertanya, "Diantara banyaknya malaikat-malaikat Allah ni; siapa dia yang kamu benci dan siapa dia yang kamu suka?"...Serentak yahudi menjawab, "Kami benci Jibril!"...Tanya Nabi saw, "Mengapa?"...Mereka kata, "Jibril lah yang bawa turun ayat-ayat al-Quran melalui wahyu yang mengharamkan arak, mengharamkan judi, mengharamkan riba, kerat tangan pencuri, sebat orang berzina dan lain-lain lagi. Ini semua kerja Jibril. Benci dan meluatnya kami padanya kerana menghalang nafsu kami. Sikit-sikit haram, sikit-sikit haram!"...Kemudian Nabi saw tanya lagi, "Jadi, malaikat mana yang kamu suka?"...Jawab mereka, "Kami suka Mikail."...Kata Nabi saw, "Mengapa?!"...Jawab orang yahudi, "Kerana kerja dia ialah menumbuhkan pokok-pokok, menumbuhkan buah-buahan dan menumbuhkan padi-padi. Yang ni semua cerita "masuk" punya cerita. Ia menepati citarasa kami. Cerita-cerita pasai makan, memang kesukaan kami. Kain pelikat cap gajah terguling, kami suka. Beras cap rambutan masam, kami suka. Tapi kalau cerita pasai hudud-hudud ni, minta maaflah, tarak masa."...Nie dia yang kata yahudi, tuan-tuan. Cuba tuan-tuan perati kat M`sia ni, ramai tak puak-puak ni?...Cukup belambak tuan-tuan, malah berteraburan di atas mukabumi M`sia sekarang ni. Pasai apa jadi lagu ni tuan-tuan?...Pasai perangai serupa aje. Mereka suka Mikail tapi mereka benci Jibril. Inilah dia perangai orang yahudi terutamanya ahlul kitab yang tahu duduk perkara sebenar, tapi memutar-belit ayat-ayat Allah hanya kerana sedikit habuan dunia.

Memang ayat 78 dalam Surah Ali Imran tu turun tentang cerita orang yahudi (ahlul kitab). Walaupun asbabnya pada mereka, tetapi ayat Al-Quran ni dia berjalan sampai qiamat sebab ayat ini memang tidak di nasakhkan maknanya. Yang ni yang kita orang Islam mesti faham, iaitu dalam Quran terdapat juga ayat-ayat yang nasikh mansuh. Ada juga ayat yang hukumnya sudah dinasakhkan, tetapi lafaz bacaannya kekal. Seperti ayat 54 dalam Suratul Baqarah yang bermaksud, "Dan berkatalah Musa kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menzolimi diri kamu sendiri dengan mengambil sapi itu menjadi tuhan. Lalu Allah murka kepada kamu, maka hendaklah kamu menebus dosa-dosa kamu dengan bertaubat kepada Pencipta kamu (Allah). Dan cara bertaubatnya ialah bunuhlah diri-diri kamu..."...Hukum bertaubat dengan cara bunuh diri berjalan dak sekarang?...Dak kan, sebab cara taubat kita sekarang ialah dengan taubat nasuha, tak payah bunuh diri. Ayat tadi ialah untuk umat Nabi Musa as sahaja. Jadi, sekarang ni hukumnya sudah tidak ada, tetapi lafaznya tetap kena baca. Inilah keadaan yang dipanggil "nasikh mansuh". Tetapi apa yang kita nak bagitau ialah ayat dari Surah Ali Imran:78 itu, tidaklah termasuk dalam senarai "nasikh mansuh". Iaitu tidak dinasakhkan hukumnya, ini bermakna hukumnya berjalan sampai qiamat.

Okay sekarang mari kita tengok maksud ayat itu (Surah Ali Imran:78), kata Allah, "Ada sebahagian diantara mereka wahai Muhammad!..."...Yang dikatakan "mereka" itu ialah ahlul kitab (yang faham kitab). Tapi kalau dimaksudkan perkataan "mereka" itu dalam konteks kita hari ini ialah yang ada PhD Usuluddin, PhD Syariat dari Univ Winsconsin, dari Univ St Andrew, Univ Alabama, Univ of Glasgow dan sebagainya. Mereka ni yang reti ugama, yang kalau dia cakap bab tauhid, boleh cair kita tuan-tuan. Tapi apa jadi kemudiannya kata Allah, "Mereka memutar-mutar belitkan lidah mereka..."...Maksudnya disini ialah mereka mengubah ajaran Islam dengan lidah, kepandaian dan dengan ilmu agama yang telah mereka belajar. Pindaan yang mereka buat itu, sehinggalah Allah kata, "Kamu akan menyangka apa yang mereka sebut itu adalah daripada kitab, walhal dia bukan daripada kitab!"...Inilah pembohongan yang dilakukan oleh cerdik pandai hari ini. Ada ka sebat 6 rotan, lepas tu nak sembang Negara Islam?...Inilah pembohong namanya. Cara pukulan pun kena check juga; entah ke pukoi macam Tiger Wood ka?...Saya ingat tak payah check lah sebab hat bilangan sebatan pun dah bercanggah, inikan pula cara sebatan (tak sanggup kita melihatnya). Macam ni punya gaya, depa boleh kata Negara Islam?...Tak ke pembohong namanya tu?...Pembohong salah satu sifat munafik, betoi dak?...Jadi, betoilah kalau kami kata umno tu munafik.

Sebenarnya Allah dah dedah lama dah kat kita tentang perangai puak-puak pembelit ni bilamana depa kata, "Dan ini daripada sisi Allah!"...Tapi Allah sendiri yang menafikannya, "Bukan daripada Allah. Mereka inilah pendusta terhadap ugama Allah, sedangkan mereka tahu itu dusta tapi mereka buat juga."...Pasai apa depa buat juga?...Pasai pulus punya pukulan la tuan-tuan. Kerana pulus, pangkat, darjat dan sebagainya; membuatkan mereka sanggup memutar belit ugama Allah. Jadi, apa yang kita nak beritahu ialah golongan seperti ini memang wujud. Bukannya sikit, tapi belambak punya dok ada la ni. Lain yang Quran sebut, lain pula yang disebut mereka. Sebab itu, Allah swt peringatkan kepada kita bahwa golongan-golongan ini cukup jahat di sisi Allah swt.

Dah 44 tahun umno bersama BN memerintah M`sia, tapi satu hukum Allah pun tak ditegakkan. Dah la tak mau buat hukum Allah, di putar belit pulak ayat-ayat Allah. Tapi mengapa T`ganu yang baru setahun jagung itu boleh buat pinjaman tanpa riba walaupun disekat sumber royalti minyaknya?...Nak buat pinjaman beli rumah kos rendah kat T`ganu, kita boleh pinjam sebanyak RM25k dan bayar balik pun sebanyak RM25k tu juga; tanpa ada satu sen pun riba. T`ganu boleh buat, pasai apa hangpa tak boleh buat?...Takkan hangpa tak tau yang riba ni haram sampai budak-budak nak masuk ipta/ipts kalau nak pinjam dari tabung pendidikan pun hangpa kenakan riba 4%. Momerandum bantahan yang setebal 16 mukasurat yang dihantar oleh Persatuan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia hangpa ketepikan. Bukan kata suara Mahasiswa hangpa tak mau dengar, malah fatwa Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan riba 4% itu pun hangpa membakul-sampahkan. Apa punya manusia hangpa ni, sampai budak-budak nak mengaji pun hangpa kenakan riba...Inilah dia golongan yang Allah perjelaskan dalam al-Quran. Sebab itu, kita mesti menyedari bahwa memang ada golongan-golongan sebegini, yakni yang salah menggunakan lidah mereka dengan membelit ayat-ayat Allah. Jadi, apa yang kita nak bagitau kepada golongan macam ni ialah marilah kembali kepada Islam dan bertaubatlah elok-elok kepada Allah kerana ayat haram riba tidak dimansuhkan Allah. Jadi, hukumnya tetap berjalan sampai la ni. Beratnya dosa riba ni sepertimana kata Nabi saw dalam sebuah hadithnya, "Sekecil-kecil dosa riba ialah seperti kamu berzina dengan ibu kamu sendiri kalau kamu lelaki. Atau seperti kamu berzina dengan ayah kamu sendiri kalau kamu perempuan. Manakala sebesar-besar dosa riba ialah kamu berperang dengan Allah dan rasul."...Allah dan rasul isytihar perang tuan-tuan. Sebab itu, jangan kita main-main dengan hukum haram riba ni. Jadi, kita minta kementerian pendidikan; tolong peka keadaan ini. Bagaimana nak berkat mengaji kalau ada unsur riba di dalamnya.

Sekarang ni pulak tengah hangatnya pergolakan di Afghanistan, maka mulalah kedengaran definasi demi definasi tentang jihad. Sehingga sanggup menggunakan hadith yang sangat dhoif sebagai hujjah. Hadith itu sering kita dengar sekarang ni, iaitu bilamana tentera Islam balik daripada Badar, Nabi saw kata bahwa ada jihad yang lebih besar daripada ini sedang menanti umat Islam; iaitulah jihad melawan nafsu. Ini hadith dhoif tuan-tuan sebab para muhadhithin mempertikaikan salah seorang perawinya. Tapi mereka gunakan juga sebagai hujjah; sebab apa?...Sebab mereka amat takut semangat jihad sebenar masuk meresap ke dalam jiwa-jiwa anak-anak muda kita; apa lagi kalau bukan jihad qital. Kalau anak-anak muda ni bangun, puak-puak haprak ni kira habis la tuan-tuan. Sebab itu, mereka habis-habisan merosakkan akhlak anak-anak muda kita. Tak cukup dengan bar, pub, lounge; ditambah pula dengan konsert demi konsert, sehingga melekakan remaja-remaja kita seleka-lekanya. Tak cukup dengan artis tempatan, diimpot pula artis-artis barat yang merosakkan...Sekarang ni bukan kata konsert saja yang boleh merosakkan, malah wayang tongkoi cina pun sama teruk juga. Kat Penang ni, bila mai saja bulan hantu cina; pecah kepala la puak-puak ni. Satu hari tu masa balik dari mengaji, sepanjang jalan daripada Sg Pinang sampai ke Jelutong, tepi-tepi jalan saja; dum! Dam! dum! Dam! memekak aje bunyinya. Polis tak pi kacau pun. Tapi cuba kalau buat ceramah ajak orang kepada Islam kat tepi jalan, sure kena angkat punya. Kemudian tu bila sampai malam-malam terakhir "bulan hantu", wayang tongkoi akan berubah jadi konsert live tepi jalan. Time tu kira wayang tongkoi apa semua ni kira takdak dah; tapi orang pulak pi jadi tongkoi. Mau tak kata macam tu; satu hari tu saya pi la riki tengok pasai apa ramai (termasuk orang Melayu) pakat dok menongkoi depan stage sampai tak berkelip mata langsung. Ushar-ushar tengok; MasyaAllah!!!...pompuan cina yang dok ada atas stage tu, pakai baju serupa tak pakai, tuan-tuan. Sikit aje pakaian dia kat badan. Rasa kesian pulak, sampai rasa macam nak buka jubah bagi kat dia.

Berbalik kita pada perbahasan kita tadi. Sebab itu, Nabi saw mengajar kita cara bagaimana nak selamat dengan penggunaan lidah kerana hadith di atas sebut bahwa orang Islam yang sempurna ialah orang lain selamat daripada lidah dan tangannya. Maknanya bila lidah dia jahat, orang lain tak selamat. Awat tak selamatnya, kalau dari mulut dia sorang yang celupar berani memaki hamun Islam, kemudian bila orang lain tengok maka depa pun ikut berani menghina Islam; takke bahaya situasi tu sebab Allah kalau murka, Dia tak kira dah kita sapa, dengan kita-kita sekali nanti kena.

Sebab itu, Nabi saw mengajar dalam hadith yang lain bagaimana kita nak guna lidah yang sekeping ini. Mudah dan simple saja bunyinya hadith ini, kata Nabi saw, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah dia lakukan beberapa perkara....(banyak isi kandungnya, jadi saya ambik dipangkalnya)...Antara tanda kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian ialah bercakaplah benda yang baik atau kamu diam sebab itu lebih baik."...Inilah cara Nabi saw ajar guna lidah. Kalau nak cakap juga, tolong cakap benda baik. Sembang bab Islam ka, cerita tentang hadith ka, cerita tentang Quran ka, tentang jihad ka; ataupun kalau kamu tak ada apa nak cakap, lebih baik kamu diam sahaja. Mengapa Nabi saw ajar begitu?...Sebab setiap perkataan yang dikeluarkan akan dicatit oleh Raqibun `Atid. Inilah yang amat menakutkan kita.

Okay, yang di atas tadi adalah hadith yang mengajar kita cara mana nak gunakan lidah sebaik-baiknya, sekarang kita tengok pula satu ayat Quran yang Allah berfirman dalam Surah Hamiim Fusilat:33 yang bermaksud, "Siapa dia yang paling baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia kembali kepada Allah dan beramal soleh, dan berkata: Aku ini orang yang menyerah diri dan patuh pada hukum hakam Allah swt."...Inilah dia orang yang paling hebat ucapannya kata Allah, yakni yang menyeru manusia, "Ayuh mari kita berpegang kepada al-Quran dan kembali kepada ugama Allah!"...Dan orang ini bukan hanya bercakap, malah dibuktikannya dengan amal yang soleh. Dia bukan jenis cakap tak serupa bikin; cakap Islam berdegar-degar tapi anak bini telanjang tak pakai tudung. Kita kena jadi seperti golongan yang disebut Allah dalam Surah Hamiim Fusilat:33 itu.

Jadi, yang kata orang baik tu ialah orang lain selamat daripada lidahnya. Tambah-tambah kalau dapat jiran yang lidah jenis jahat, dengan lidahnya itu dia akan buat fitnah, boleh lingkup kita tuan-tuan. Hidup kita tak senang walhal kita tak buat pun benda tu. Dia gunakan lidahnya itu untuk memporak-perandakan ketenteraman orang lain. Dan yang paling bahaya bilamana lidah itu diguna untuk mencaci hamun ugama Allah swt. Ini lagi-lagilah amat bahaya kerana boleh menyebabkan cacatnya aqidah dan hancurnya iman.

Okay tadi kita sembang bab lidah. Sekarang mari kita ulas pula bab tangan (yadun) yang termasuk jari jemari apa semua. Tangan yang dikurniakan Allah kepada kita, bukannya untuk melakukan kerosakan. Sebab itu dalam ilmu tasawuf, al-Imamul Ghazali rahimallahu ta`ala menghukumkan zolim bagi sesiapa yang duduk tak duduk dengan sengaja menggugurkan walaupun sehelai daun tanpa sebab. Sambil-sambil tunggu bas tu, saja-saja dia pi lurut-lurut daun pokok tepi jalan, kemudian dia rentap. Inilah perbuatan yang dikatakan oleh Imam Ghazali sebagai melakukan kezoliman yakni terhadap pokok. Jadi, dia telah menyalah-gunakan tangan yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya. Yang ni yang kita kena faham sebab tangan pemberian Allah itu ada fungsinya. Saya rasa kalau nak cerita pasai makan apa semua tu kira tak payahlah sebab bab ni semua orang tahu. Yang kita nak bagitau ialah perkara yang lebih besar daripada itu. Iaitu yang boleh direlatekan dengan tangan dalam hadith ini, apa lagi kalau bukan "kuasa".

Sepertimana hadith Nabi s.a.w. yang selalu kita dengar, "Siapa yang lihat kemungkaran, tolong cegah dengan tangannya..."...Inilah antara fungsi tangan yang paling penting sekali, iaitulah mencegah kemungkaran. Maka ulama` membahaskan bahwa tangan yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah "kuasa". Jadi, dalam konteks demokrasi di M`sia pada hari ini, yang dikatakan "kuasa" yang ada pada tuan-tuan, itulah dia yang kita dok pi pangkah 5 tahun sekali tu. Manakala bagi pemerintah pula, tangan bagi dia yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah kuasa yang rakyat berikan kepada dia untuk dia melaksanakan dasar-dasar di dalam negara yang dia perintah. Jadi kalau dia silap guna "tangan"nya itu, maka silaplah rakyat kerana memilih dia. Dan akan hancurlah masyarakat tersebut yang akan dihumban sekali dengan pemimpin mereka ke dalam api neraka...Nauzubillahiminzalik. Sebab itu, bila tangan disalah-guna dan melakukan kerosakan sepertimana cerita lidah tadi, maka umat Islam tak akan selamat. Jika seorang pemimpin yang diberi kuasa menggubal tapi dia tak mau juga gubal undang-undang Islam bagi mengawal segala jenis maksiat yang berlaku, maka kita akan lihat kerosakan demi kerosakan dalam masyarakat semakin menjadi-jadi.

Sebagai contoh, kita ambik kerosakan yang disebabkan arak yang semakin berleluasa hari ini. Cuba kita refer statistik dari balai polis; berapa banyak kes-kes kemalangan yang membabitkan mabuk di tengah jalanraya?...Bukankah polis telah melakukan bermacam-macam usaha untuk membendungnya seperti sekatan-sekatan jalanraya, kompaun demi kompaun, amaran-amaran melalui media-media massa; tapi pasai apa masih juga berlaku kemalangan berpunca daripada arak ini?...Jawapannya, sampai bila pun masalah sebegini tidak akan selesai sekiranya ibunya (kilang-kilang arak) masih tidak kita tutup. Time ni lah sepatutnya pemimpin mau gunakan kuasa (tangan) yang ada padanya bagi menggubal satu rang undang-undang mengetatkan penjualan arak dalam masyarakat. Kalau orang bukan Islam berhak minum arak, kita tak boleh larang dia minum. Tapi bagi orang Islam, dia tak boleh minum arak sebab Allah swt mengharamkannya. Jadi, apalah salahnya sekiranya pemimpin pusat mencontohi K`tan/T`ganu dalam menangani isu penjualan arak ni. Kalau T`ganu kamu tak mau tengok sebab "luka masih belum sembuh lagi", apa salahnya kamu tengok K`tan, yang sudah 3 penggal (10 tahun) berjaya menangani isu ini. Sehingga pernah ditulis dalam Utusan Meloya akhbar pro-BN itu sendiri macamana seorang penulis yang lupa pula saya namanya mengatakan bahwa, "Setakat hari ini (2001), masih tidak ada formula yang dijumpai lagi oleh BN bagi menawan semula negeri K`tan."...Sapa kata tu tuan-tuan?...Geng karat juga tu. Jadi kita bagitau, jangan mimpi la hangpa nak ambik balik K`tan daripada tangan jamaah Islam. Memang payah dah. Sebab apa?...Sebab rakyat dah nampak hari ini lagumana hebatnya, amannya dan harmoninya pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh seorang ulama` yang hebat iman dan ketaqwaannya kepada Allah swt. "Tangan"nya benar-benar digunakan untuk memahami ugama Allah, sebab itu beliau melaksanakan dasar-dasar Islam. Lalu kita boleh tengok bagaimana arak dan judi disekat di K`tan, yakni tidak bebas dijual. Judi sport toto, magnum 4 digit nombor ekor apa semua ni, langsung takdak dah. Yang ada, sup ekor aje la. Tapi arak masih lagi diberi kebenaran untuk dijual kepada orang bukan Islam sahaja. Depa nak minum sampai terguling, semuanya di kedai sahaja. Bungkus bawa balik, tidak dibenarkan. Begitu jugalah di T`ganu pun.

Perlaksanaan mengetatkan penjualan arak dan penutupan kedai-kedai judi di K`tan/T`ganu bukan dibuat dengan cara tergesa-gesa. Sebelum semua kedai judi itu ditutup, kerajaan negeri T`ganu dah bagi notis 2-3 bulan kepada pekerja-pekerja 4 nombor ekor itu supaya berusaha mencari kerja lain sebelum menutup semua premis-premis judi itu. Awat towkey-towkey premis tu boleh faham yang Islam minta lagu tu, dan mereka patuh?...Pasai apa K`tan/T`ganu boleh buat, hangpa tak boleh?...Kita bukan zolim tutup begitu saja. Maka amanlah masyarakat bila guna "tangan" dengan cara yang betul. Sehingga kita baca dalam akhbar Harakah bahwa ada isteri-isteri cina di K`tan yang begitu seronok sebab suami-suami mereka pulang ke rumah tidak lagi dalam keadaan mabuk dan tidak lagi mengamuk sebab kalah judi. Jadi aman masyarakat tuan-tuan. Tapi sebaliknya kalau silap guna "tangan", boleh lingkup masyarakat. Ini yang berlaku di Kedah. Sehingga Ketua Polis negeri Kedah pernah sebut dalam radio bahwa jenayah di negeri Kedah meningkat pada tahun 2000 yang lalu. Terutamanya jenayah curi kereta. Dan kereta yang paling banyak dicuri ialah Perodua. Jadi, sapa-sapa yang pakai kereta Perodua, mau jaga-jaga!...Kalau boleh mau letak tepi kereta tu sekoq rimau apa ka, pasai dia kereta kancil.

Begitu juga dengan peningkatan jenayah para remaja di Kedah. Inilah akibat cacatnya undang-undang ciptaan manusia. Apa boleh buat; dulu kita bagi mandat dan kuasa suruh laksana Islam, tapi tak juga buat. Yang depa buat ialah projek tanam padi atas bumbung, projek cabut uban suami, pertandingan ratu cantik lembu, panjat tangga seribu kenari gunung Jerai dan macam-macam lagi benda-benda pelik bin ajaib yang tak reti kita nak sebut. Kita bagi mandat suruh buat lslam, depa pi buat benda lain pula; takke celaru tu?...Sedangkan kuasa ditangan kamu, tapi macamana jenayah boleh semakin meningkat?...Dalam DUN pun wakil kita sebut masalah ini. Iaitulah YB Munir (Engineer) adun Kuala Nerang yang mengemukakan fakta tersebut untuk dibahas. Walaupun disanggah oleh beberapa wakil BN, tapi bila YB Munir kata, "Saya dapat statistik ini daripada pihak polis!", terus termangu wakil-wakil BN di situ. Sebab statistik daripada polis adalah benar sebab pihak polis mencatit semua report tentang berlakunya jenayah apa ni semua. Inilah ceritanya bila silap guna "tangan", maka lingkuplah masyarakat jawabnya. Kuasa yang ada mesti digunakan dengan sebaik-baiknya.

Sebab itu, Nabi saw mengingatkan bahwa orang yang menggunakan lidah dan tangan dengan elok, maka selamatlah orang lain. Inilah yang berlaku di Mekah/Madinah. Pi sembahyang, kedai tak gaduh nak tutup pun. Kedai emas buka lagu tu saja, bila masuk waktu solat. Sapa nak pi curi, try la tengok. Sebab Mekah/Madinah melaksanakan hudud. Pencuri dikerat tangan, penzina direjam, manakala merogol dan membunuh dihukum bunuh. Ustaz Halim lihat sendiri pada tahun 1996, yang mana seorang rakyat Pakistan dihukum bunuh dihadapan perkuburan Baqi` di Madinah selepas sembahyang Dhuha, iaitu lebih kurang pukul 10.00am. Rakyat Pakistan itu ditangkap kerana merogol dan membunuh seorang wanita Arab, lalu Pak Arab isytihar suruh datang tengok hukuman dijalankan di hadapan Baqi`. Ustaz Halim kata dia pergi dan beliau tengok lagumana tergoleknya kepala setelah dipancung dengan darah memancut-mancut. Kata beliau lututnya menggeletar sampai ke malam bila mengingati kejadian itu. Takut orang bila tengok lagu tu punya hukuman. InsyaAllah, tak berani dah orang nak buat jahat. Ini adalah sebab pemerintah guna "tangan" yang ada pada mereka untuk melaksanakan Islam. Ini ceritanya...Tapi kalau kita di M`sia ni; hang buatlah apa pun, masuk dalam 3 bulan, kemudian keluar rogol balik. Tangkap lagi, duduk dalam lagi 3 bulan, kemudian keluar rogol balik. Tak selesai-selesai. Ini adalah kerana hukum Islam tidak ada campurtangan di dalam sistem perundangan kita. Mengapa jadi lagu tu?...Ini adalah sebab "tangan-tangan" yang di atas adalah "tangan-tangan" yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah swt...Macam kita naik bas ekspress la tuan-tuan. Kalau dapat driver bas jenis gila ni, silap-silap haribulan, dengan kita-kita sekali terjun gaung. Dia bukan kira masuk waktu solat ke belum; dia kira dia saja, pederaih 160km/h memanjang. Sebab tu tahun 2004, kena tukaq buang driver tu!...Biaq cari yang elok sikit.

Tuan-tuan tak perasan ka apa dah berlaku sekeliling nusantara kita?...Hilang dah nama Joseph Estrada daripada pesada politik dunia, iaitu bekas cowboy punya pelakon. Walaupun mahkamah Filipina telah membebaskan dia hasil keputusan juri, 12 mengatakan dia tidak bersalah, manakala 11 mengatakan dia bersalah, lalu mahkamah membebaskan dia dengan keputusan majoriti 1 undi; tetapi selepas daripada itu, kesemua pendakwaraya mengambil keputusan pula untuk meletakkan jawatan kerana tak puashati. Selepas itu baru rakyat bangun tunjuk perasaan dengan berdemontrasi, akhirnya polis dan tentera take-over, lalu dia disuruh turun. Dan sekarang ni kita lihat seorang perempuan pula meneraju Filipina. Jadi, habis dah yang belah-belah tepi-tepi ni pun, tinggai yang tengah-tengah tu saja yang dok keteqaq...Ish! Ish! ish!...tak kecut ke tu tuan-tuan?...Pening bimbang tu pasti ada punya. Itu yang habis diharamnya ceramah-ceramah tu.

Baiklah, pada siapa yang ada kuasa tu, gunalah ia dengan seelok-eloknya. Sebab itu, Nabi saw sentiasa mengingatkan akan hal ini, iaitu bilamana di hari qiamat kelak; segala kaki, tangan, semuanya akan bercakap kecuali mulut. Sepertimana ayat yang selalu kita baca dalam Surah Yaasiin:65 yang bermaksud, "Pada hari ini Kami tutup mulut-mulut kamu..."...Inilah indahnya bahasa al-Quran ni sehingga sastera Arab pun tidak dapat menandinginya. Jadi bila Allah kata tutup mulut, maka dengan lidah-lidah sekalilah terkatup. Tak payahlah Allah nak mendetailkannya, sampai nampak bodoh sangat kita ni. Dah Allah kata tutup mulut, jadi lidah nak bergerak lagumana?...Walaubagaimanapun, lidah ini hendaklah kita guna dengan sebaik-baiknya.

Jadi hadith yang kita bahaskan kali ini, mengajar kita satu benda besar. Lidah mau jaga elok-elok. Kalau nak cakap, biar ada faedah. Tapi bukan makna kita nak diam memanjang sampai tak mau sembang langsung dengan orang. Rasulullah saw pun bersembang dan Rasulullah saw pun bergurau. Jadi taklah salah kita nak bergurau senda dengan sahabat-sahabat dan anak isteri, tetapi kenalah jaga batasannya. Jangan sampai bergurau berdusta dan jangan sampai bercakap berlebih-lebihan yang tidak ada faedah di sisi ugama Allah. Lainlah kalau kita bercakap dalam kuliyyah/ceramah, yang mana memang ada faedah sebab kita menyeru manusia balik kepada ugama Allah dan menegur orang-orang yang zolim. Bukankah Nabi saw pernah menyebut dalam satu hadithnya, "Bantulah orang yang dizolimi dan orang yang menzolimi."...Bila dengar Nabi kata lagu tu, ada sahabat yang pening kepala. Lalu ada sahabat tanya, "Ya Rasulullah, setakat engkau kata bantulah orang kena zolim, hat tu kami faham. Tapi bila engkau kata bantulah orang yang menzolimi, kami nak bantu lagumana?"...Lalu Nabi saw menjawab, "Maksudku ialah bantulah mereka itu yang kerja mereka menzolimi orang dengan engkau tegur, menasihati dan tunjuk ajar dia, supaya dia berhenti daripada melakukan kezoliman."...Jadi, salahkah kita tegur semua pihak yang buat kerja zolim ni?...Ini Nabi saw yang ajar. Jadi hat yang kena zolim, kita kena bantu. Dan hat yang menzolimi, lagi-lagilah kita kena bantu dia. Dah kalau kita nak bantu, tapi dia pula tak mau terima bantuan kita, apa boleh buat?...Inilah yang Allah swt kata dalam Surah an-Najm:29 yang bermaksud, "Berpalinglah daripada mereka-mereka yang berpaling daripada peringatan Aku. Kerana mereka mengutamakan kehidupan di dunia sahaja."...Inilah pesanan Allah. Jadi, untuk puak-puak karat ni, nasihat tetap kita kena bagi, tapi nak joint tumpang semangkuk, minta maaf. Tambah-tambah lagi kalau depa bagi borang minta kita isi, lagi geli geleman. Sebab itu, puak-puak karat biru ni depa kena faham, bukan saja-saja kita tak boleh joint depa, tapi ini Allah yang pesan. Kata Allah, "Paling muka, jangan joint depa. Tapi buat teguran adalah wajib."...Dalam Surah an-Nissa`, ada satu ayat Allah kata, "Dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (yang boleh mendekatkan mereka pada Islam)."...Jadi, inilah yang kita lakukan; cakap, tegur dan nasihat. Tapi kalau nak joint kamu, tak boleh, minta maaf banyak-banyak. Kalau kamu nak joint kami, Yes!...Kami nak joint kamu, Impossible!...Ini mustahil sebab takkan berlaku kebathilan nak bercampur dengan yang haq. Melainkan yang haq itu mesti meruntuhkan kebathilan. Dan inilah yang kita nasihat kepada masyarakat; baik dia orang biasa maupun dia pemimpin apa pun termasuklah pemimpin negara. Kerana kita semua tidak maksum sebab kita semua ada dosa di sisi Allah.

Jadi, kita amat perlu nasihat menasihati antara satu sama lain kerana agama itu sendiri adalah nasihat menasihati. Tapi dah kalau kita nasihat pun depa tak mau terima, apa boleh buat?...Cuba tuan-tuan tengok apa kata Allah dalam Surah Hamiim asy-Syuraa:15, maksudNya, "Wahai Muhammad!..dakwahlah mereka dan istiqomahlah engkau, dan janganlah engkau ikut hawa nafsu mereka. Dah kalau engkau seru mereka, tapi mereka tak mau terima, katakan begini: Allah itulah Tuhan kami dan Tuhan engkau juga. Jadi bagi kami, amalan kami. Manakala bagi kamu, amalan kamu. Tunggu!..nanti Allah akan mengumpulkan kita di Padang Mahsyar dan kepadaNyalah kita akan kembali."...Inilah pemutusnya. Dah nasihat pun tak mau terima, kira la ni hangpa punya suka la!...Hangpa buatlah apa hangpa nak buat, kami cara kami, hangpa cara hangpa. Kami ada prinsip kami sendiri. Hangpa ndak juga dengan prinsip yang tak betul, silakan!...Nanti Allah akan kumpulkan kita dan Allah akan selesaikan di hadapanNya besok. Inilah keyakinan kita. Sebab itu, kerja kita hanyalah menyampai. Hangpa kalau ikut, selamat. Tak ikut jawabnya jadi Kassim Selamat. Itu saja.

Wallahu ta`ala `alam

mountain12_mountains.jpg