Muqaddimah - Bab 5 - Hadith 15

Hadith 15 :

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (HR Bukhari dan Muslim )

Muslimin/muslimat rahimmakumullah. Hadith yang ke 15 yang kita baca pada kali ini, mengajar kita tentang suatu sifat. Yang mana kita diajar supaya menjauhkan diri daripada sifat yang tidak baik di dalam Islam, iaitulah sifat mementingkan diri sendiri dan melupakan orang Islam yang lain. Sebab orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."...Kemudian disebut juga oleh Nabi saw dalam sebuah hadith yang lain, dimana mafhum hadith tersebut mengajar kita bahwa umat-umat Islam yang beriman ini seperti suatu anggota tubuh. Katakanlah salah satu daripada anggota tubuh kita sakit, maka yang lain juga turut berjaga dan merasai kesakitan itu. Kita ambik contoh sakit gigi; yang mana kesakitannya sehingga kita mengerang sampai mata tak boleh tidur. Kemudian pada keesokan paginya, yang berjalan pi klinik ialah kaki. Ataupun yang menghidupkan enjin kereta untuk ke klinik ialah tangan. Masing-masing turut merasai keperitan yang dihadapi oleh si gigi. Jadi, dalam keadaan si gigi sedang sakit, maka kaki dan tangan akan tidak mendiamkan diri melainkan berperanan membawa si gigi pergi menjalani rawatan untuk menyembuhkan kesakitannya dengan izin Allah swt. Inilah misalan yang Nabi saw ajar kepada kita. Dan inilah yang kita beritahu kepada masyarakat, samada yang berlaku di Palestin, Chechya, Ambon ataupun yang berlaku di mana sahaja; umat Islam adalah saudara kepada saudaranya yang lain. Sepertimana kita mahu diri kita mendapat kebaikan, maka begitulah hendaknya, kita juga mahu supaya saudara Islam kita yang lain juga mendapat kebaikan. Akan diusahakan sedaya mungkin, supaya saudara kita yang Islam itu turut merasakan keamanan seperti diri kita. Paling tidak pun, kita akan mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah swt supaya orang-orang Islam yang ditindas oleh puak-puak kuffar di seluruh dunia mendapat keamanan sama seperti diri kita sendiri. Inilah sifat orang-orang yang beriman yang dinyatakan di dalam hadith ke 15 ini.

Kalau kita merujuk di dalam kitab "Hadith 40" matan arba`in Imam Nawawi rahimmallahu ta`ala, kita akan dapati Imam Nawawi menghuraikan hadith ini dengan begitu detail sekali. Dimana diantara terjemahan lain yang disebut di dalam "Hadith 40", mafhum hadith ini ialah Nabi saw telah bersabda, "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."...Menurut Ust Halim Nasir, inilah penafsiran yang agak lengkap kalau nak dibandingkan dengan penafsiran yang terdapat di dalam kitab "Mastika Hadith". Kerana di dalam matan hadith ini ada kalimah "cinta", maka sebab itulah ustaz Halim merasakan agak lebih tepat penafsiran di dalam matan arba`in ini, sepertimana yang disebut oleh Imam Nawawi rahimmallau ta`ala itu...Okay "cinta" yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi itu adalah cinta yang diasaskan kepada cinta akan ugama Allah swt. Dan itulah sekira-kira makna yang pernah disabdakan oleh Nabi saw di dalam sebuah hadith yang lain, iaitulah ketika mana baginda sedang menghuraikan persoalan tentang "kemanisan iman". Hadith tersebut terdapat dalam riwayat Bukhari; dimana Nabi saw telah menyatakan bahwa antara tanda iman yang manis itu ada 3. Kata Nabi saw, "Barang siapa yang memiliki 3 perkara itu, maka dia telah merasai akan kemanisan iman."...Tapi ust Halim tidak membahaskan hadith ini, cumanya beliau hanya nak memfokus kepada perkara yang kedua dalam hadith tersebut tu sahaja. Yang selebihnya, yakni perkara 1 dan 3, bolehlah muslimin/muslihat rujuk sendiri dalam Sahih Bukhari.

Dimana Nabi saw menyebut bahwa tanda iman manis yang kedua ialah, "Adalah dia kasih kepada saudaranya; dan kasihnya itu adalah kerana Allah swt."...Maksud hadith ini ialah tiadalah dia mencintai seseorang itu, melainkan kerana Allah swt. Dan inilah yang disebut oleh Imam Nawawi rahimmallahu ta`ala bahwa "cinta" itu adalah didasarkan kepada ugama Allah swt, yakni berdasarkan kepada iman dan ketaqwaan sepertimana yang diajar oleh Nabi saw. Bukannya kasih kita itu kerana ada tujuan yang lain; umpamanya sebab-sebab duniawi yakni harta benda kemewahan. Kalau kita gantungkan kasih kita kerana benda-benda itu, maka ia tidak akan dikira oleh syara`.

Dan diantara perkara yang penting yang disebut oleh Imam Nawawi rahimmallahu ta`ala berhubung dengan hadith ke 15 ini ialah katanya, "Maka wajiblah seseorang Islam itu mencintai saudaranya yang Islam supaya dia (saudaranya itu) terus kekal di dalam Islam."...Inilah di antara tugas kita. Jadi, apakah maksud kata-kata Imam Nawawi itu?...Maksudnya ialah kalau saudara kita itu menyeleweng, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menegur dia supaya dia terus kekal di dalam ugama Allah swt. Kita wajib mencintai dan kasihan kepada dia kerana telah jauh terlajak daripada hidayah dan petunjuk Allah. Tapi kalau kita saja yang kasihan padanya, sedangkan dia sendiri tidak kasihan pada dirinya, apa boleh buat.

Dan antara tanda kita simpati kepada orang-orang yang terlajak ini ialah kita buat majlis-majlis kuliyyah dan ceramah untuk kita beri penerangan tentang Islam yang sebenar supaya apabila dia dengar, moga-moga dia akan terus kekal di dalam Islam. Kecualilah kalau dia termasuk dalam golongan yang mensyirikkan Allah sepertimana yang difirmankan oleh Allah swt dalam Surah Haamiim Fusilat (as-Sajdah):5 yang bermaksud, "Dan berkatalah mereka: Di dalam hati kami ada pendinding-pendinding sebab itu kami tak boleh mendengar kuliyyah maupun ceramah. Dan di telinga kami pula ada penyumbat-penyumbat sebab kami benci pada majlis kuliyyah/ceramah kerana kuliyyah/ceramah ni semata-mata dok mengata kat orang tak habih-habih. Dan diantara kami dengan Islam ada hijab, maka tak berupayalah untuk kami bersama dengan Islam. Lalu mereka berkata pada Islam: beramallah kamu wahai Islam dengan apa yang kamu amalkan, tapi kami tetap lakukan apa yang kami rasa kami suka."...Kalau kita berhadapan dengan jenis lagu ni, maka tak upaya dah untuk kita nak kasihkan dia. Samalah juga kalau mai satu jenis lagi, iaitulah jenis sepertimana yang Allah sebut dalam Suratul Kahfi:57 yang bermaksud, "...Wahai Muhammad! kalau kamu dakwah mereka kepada hidayah petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat hidayah itu buat selama-lamanya."...Jenis ni lagi tak upaya untuk kita kasihan sebab dia langsung tidak kasih kepada dirinya sendiri. Jadi, selain daripada 2 golongan yang disebut oleh Allah dalam ayat-ayatNya tadi, maka kata Imam Nawawi, "Wajiblah bagi kita mencintai saudara Islam kita itu supaya dia terus kekal di dalam Islam."...Apabila saudara kita itu terus kekal sebagai umat Islam, maka dia akan terus mendapat hidayah dan tarbiyah yang baik daripada ugama Allah swt.

Bila sebut "tarbiyah", apakah ciri tarbiyah Islam yang sebenar-benarnya, yakni supaya saudara kita yang terlajak ini boleh kembali duduk dalam hidayah dan risalah Allah?...Ciri tarbiyah yang betul itu telah dinyatakan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi di dalam banyak kitab-kitabnya. Diantara ciri-ciri tarbiyah yang utama itu boleh dirujuk dalam kitab "Pertembungan Sekular dan Islam" karangan Prof Dr Yusof al-Qardhawi pada ms47, yang mana Prof Dr Yusof al-Qardhawi telah menyenaraikan ciri-ciri tarbiyah yang paling utama yang mesti dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah swt. Ciri-ciri itu ialah :

1) beriltizam dengan aqidah yang bersih dan selamat dari sebarang kurafat.

Maknanya, aqidah mesti mantap. Tali perhubungan antara kita dengan Allah yang dipanggil sebagai "aqidah" itu, mesti ditentukan supaya line itu clear. Seperti tidak ada unsur-unsur kekuffuran, syirik, nifaq dan sebagainya. Dan kita mesti pasak dalam minda bahwa diantara ciri aqidah yang benar ialah sepertimana yang disebut oleh Allah dalam Suratul Hujuraat:7. Kalau tuan-tuan baca ayat ini, tuan-tuan akan tahu siapakah dikalangan orang-orang Islam yang cerdik. Dimana Allah menyebut dalam ayat ini bahwa orang yang cerdik ialah orang Islam yang membenci akan 3 perkara. Jadi, kalau kita nak tahu aqidah kita okay ka atau tak okay, maka kita kena check tengok ada tak perasaan benci dalam diri kita terhadap 3 perkara ini. Maknanya, kita kena tentukan yang Allah telah campakkan perasaan itu (yakni perasaan benci) ke dalam jiwa kita. Firman Allah dalam Suratul Hujuraat:7 yang bermaksud, "...Dan dihiaskan di dalam hati kamu (orang-orang yang beriman) dengan perasaan benci kepada 3 perkara..."...Makna kata, siapa yang tak benci akan 3 perkara ini, maka imannya belum lagi sempurna. Silap-silap, dia tidak langsung beriman kepada Allah...nauzubillah.

Jadi, apakah 3 perkara itu?...Yang pertamanya ialah ia benci akan kekuffuran. Segala jenis kerja kuffur, hendaklah kita benci. Manakala yang keduanya pula ialah benci akan kefasikan. Fasik ni ialah jenis buat dosa besar tak ingat apa dah. Dah kalau dosa besar pun tak takut nak buat, apatah lagi dosa-dosa kecik ni, lagu minum air aje lah. Orang yang fasik ni, jangan kita ambik ringan tuan-tuan. Bukankah ada hadith Nabi saw yang menyatakan apabila orang fasik bawa sesuatu berita, kita tak boleh terima bulat-bulat, yakni kena siasat dulu akan kesahihan berita yang dibawanya itu?...Maknanya kesaksian orang fasik dipertikaikan. Tapi lagi celaru bila ada orang fasik pi jadi imam sembahyang; kita patut mufarakah tuan-tuan. Bukan apa tuan-tuan; sesetengah orang (makmum yang jenis tak mengaji ni) depa tak peduli langsung akan status orang yang jadi imam tu. Asalkan depa boleh sembahyang, cukup. Depa tak tau yang tok imam tu kaki ekoq ka, kaki pompuan ka, atas masjid saja nampak alim tapi luar masjid dialah yang pertikaikan hukum Allah, petang-petang jogging pun pakai seluaq Hawaii aje dan sebagainya. Yang depa tau hanyalah kata, "Biar le Allah yang menentukan, dia orang Islam jugak."...Memanglah tok imam tu orang Islam dan sah sembahyang kita kalau ikut dia pun; tapi sayang la tuan-tuan sebab barakahnya takdak. Begitu jugalah dengan wali nikah yang fasik; memanglah sah pernikahan tu di sudut fekah, tak payahlah diulang akadnya, tapi kesian la kat pasangan pengantin tu sebab takdak keberkatanNya. Jadi, mestilah kita benci akan kefasikan.

Dan yang ketiganya ialah benci akan kedurhakaan. Jadi, kita mesti kena benci segala perkara yang membawa kepada durhakakan Allah. Dan diakhir ayat ini Allah sebut, "Merekalah orang yang cerdik dan pandai."...Jadi, orang yang Allah kata cerdik ni ialah orang yang benci dengan segala bentuk kekuffuran, orang yang bencikan kefasikan dan orang yang bencikan kedurhakaan...Macamana ni tuan-tuan?...Allah sendiri kata bahwa orang yang membenci ini ialah orang yang cerdik. Bukan pasai apa tuan-tuan; sebab ada setengah orang bila depa dengar saja ada orang benci kepada seseorang, lalu tanpa usul periksa, terus depa cop orang yang membenci itu sebagai "penghasut no.1". Bila jadi lagu ni, silap-silap haribulan, puak-puak Melayu "pelahap" (ambil istilah Mat Sabu) ni boleh tuduh Allah lah yang menjadi penghasut; sebab Allah lah yang suruh kita bencikan kekuffuran, kefasikan dan kedurhakaan.

Okay, cuba kita tengok; kekuffuran/kefasikan/kedurhakaan semua ni, dia takkan datang secara automatik sekira tanpa pelakunya; betoi tak tuan-tuan?...Yakni mesti ada orang yang melakukannya. Jadi, bila ada pelakunya, maka kebencian juga turut akan tertuju kepada orang yang melakukan perkara itu; betoi tak tuan-tuan?...Jadi, adakah Melayu "pelahap" nak kata inilah dia isu hasut menghasut, maka bolehlah di charge dibawa akta 48?...AKTA KEPALA HOTAK KAMU!!...Allah sendiri yang ajar sebegitu, "Kamu mesti bencikan maksiat, kekuffuran, kefasikan dan kedurhakaan."...Dan takkan semua benda ni berlaku dengan sendirinya, melainkan ada orang yang buat kerja tu. Yakni takkan automatik ada fasik, kecuali mesti ada orang yang fasik. Begitu jugalah, mesti ada orang yang kuffur dan durhaka; maka kata Allah, "Bencilah kamu kepada golongan-golongan ini."...Nampak tak tuan-tuan; Allah yang suruh kita benci kat puak-puak ni. Tapi, tiba-tiba kita pula yang dituduh sebagai penghasut...Apara punya bodo tak mengaji puak-puak ni!...

2) Ciri tarbiyah yang kedua ialah kuat keyakinan dengan akhirat.

Inilah dia ciri tarbiyah yang benar yang kita mahu semua saudara Islam kita turut dapat. Kita boleh muhasabah diri sendiri; kuatkah keyakinan kita dengan akhirat?...Kuatkah keyakinan kita dengan hari kebangkitan, dengan mizan, dengan timbangan Allah swt?...Kalau kita perati tengok gelagat umat akhir zaman ni, nampak gayanya pakai tarak la. Sebab baru-baru ni, ada orang bercakap nak hapuskan usrah yang berbentuk militant. Ish! ish! ishhh!..setan mana la yang dok pi bisik kat telinga dia?...Apa hang ingat Nabi saw berusrah hanya cerita pasai bangsa Arab yang haprak sebab mudah sangat lupa saja ka?...Yang Nabi saw pi perang sampai 23x tu apa; yang tu bukan militant ka?...Hang tau ka maksud militant tu apa, Mid Man ooit!?...Apa hang ingat militant tu pengganas ka?...Maksud "militant" ialah persediaan untuk bertindak dengan lebih aggresif. Habih semua benda aggresif tu pengganas ka?...Inilah dia ulama al-fulus, yang dok bagi masyarakat celaru habih. Orang yang tak mengaji, kira lega dengaq lagu tu punya fatwa. Kawan memang dah tak ndak pi berjihad, kemudian diberi pulak fatwa sebegitu, maka jawapannya ialah al-lingkup wal hancur.

3) Berani mengisytiharkan kebenaran.

Diantara sifat orang yang ditarbiyah secara benar ialah dia berani isytihar kebenaran. Kerana kata Allah, "Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, maka janganlah kamu menjadi orang yang ragu."...Dan mengisytiharkan kebenaran juga adalah perintah Nabi saw sepertimana sabdanya, "Beritahulah yang haq walaupun pahit untuk didengar oleh orang lain."...Inilah yang Nabi saw ajar. Barang siapa yang menyembunyikan kebenaran, maka Nabi saw menyebutnya sebagai "syaitan-syaitan bisu". Sekarang ni berapa ramai dalam masyarakat kita yang tergolong dalam golongan "syaitan bisu"?....Belambak tuan-tuan. Yang mengajinya hebat-hebat belaka; ada yang usuluddin, ada yang syariat Islam, sehingga ada yang mencapai PhD dan sehingga ke Masters Degree/1st degree pun ada; tetapi kadang-kadang mereka menjadi "syaithonul akhras" yakni syaitan bisu, kerana mereka lebih mengutamakan "kerusi empuk" daripada melihat kebenaran tertegak. Mereka lebih mengutamakan ribuan ringgit yang diterima setiap bulan daripada mereka mahu melihat masyarakat menegakkan "yang halal, dihalalkan. Dan yang haram, diharamkan."...Mereka membisu seribu bahasa. Maka mereka-mereka ini, pada hari qiamat kelak akan dikengkang mulut-mulut mereka dengan kengkang api neraka....Nauzubillahiminzalik...

Sebab itu, berani mengisytiharkan kebenaran adalah sifat orang yang telah menerima tarbiyah Islam yang paling berkesan sekali. Sebab itulah juga, berani adalah salah satu sifat Rasulullah saw. Sepertimana yang pernah disebut oleh Saiyyidina Ali karramallahu wajhah, "Nabi Muhammad saw lah insan yang paling berani. Kerana apabila berlaku saja sebarang kekecohan di Madinah, orang yang pertama sekali sampai di tempat kekecohan itu berlaku ialah Rasulullah saw."...Ini bermakna, kalaulah berlaku apa-apa rompakan ka ataupun pembunuhan; sebelum sempatnya sahabat sampai ke tempat kejadian, Nabi saw dah terpa awai-awai dulu....Inilah sifat Rasulullah saw, dengan keberaniannya yang terserlah.

Sebab itulah, para-para mujahid Islam bersifat seperti lilin, yang membakar diri-diri mereka sendiri supaya orang lain mendapat cahaya. Mereka rela bersusah payah kerana Islam. Bukan senang untuk kita menegakkan kalimah Allah ni tuan-tuan. Banyak risiko dan banyak halangannya; terutamanya dalam suasana Islam diintip, Islam dikacau dan diganggu-gugat. Susah jadinya bagi orang-orang yang berani mengisytiharkan kebenaran, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Sepertimana yang disebut oleh Nabi s.a.w., "Umat Islam di akhir zaman memegang Islam seperti menggenggam bara-bara api."...Sakit tangan kita tuan-tuan bila genggam bara api, tapi apa boleh buat, itulah Islam yang betul di akhir zaman. Disebabkan sayang kepada Islam, kita pegang juga walaupun tangan kita panas melecur. Golongan yang genggam bara api inilah yang pernah disebut oleh Nabi saw kepada para sahabat suatu ketika dahulu; katanya, "Kamu tahu tak, siapa dia golongan manusia yang hebat pahalanya serta hebat keberkatan amalannya?"...Lalu para sahabat menjawab, "Sudah tentulah para malaikat, ya Rasulullah. Sebab malaikat ni depa takdak dosa."...Nabi kata, "Bukan. Malaikat tu memang la lagu tu sebab dia takdak nafsu, maka depa takdak la dosa."...Lalu kata sahabat, "Kalau bukan malaikat, maka golongan itu tentulah kami."...Nabi saw kata, "Tidak. Kamu semua mujur duduk dengan aku, yakni hidup sezaman dengan aku. Sebab itu, kamu semua jadi lagu ni sebab ditarbiyah terus dari aku."...Lalu kata sahabat, "Kalau bukan kami; siapa lagi yang hebat amalan pahalanya?"...Rasulullah saw menjawab, "Merekalah umat selepas daripada kita. Yakni yang tidak pernah melihat dan bertemu dengan aku, tapi mereka yakin dengan hadith-hadtih ku dan mereka yakin dengan Islam. Merekalah yang lebih hebat amalan pahalanya daripada kamu."...Siapa lagi tuan-tuan; kalau bukan kita. Daripada hadith ini, silap-silap kita lebih hebat daripada sahabat. Tetapi kita manusia akhir zaman jugak, silap-silap lebih hina daripada khinzir lagi....Nauzubillahiminzalik.

4) Memusuhi kebathilan.

Kita mesti anti kepada segala perkara bathil yang kita sebut tadi. Apa saja yang bukan daripada Islam adalah kebathilan. Bathil ini adalah benda yang tidak elok; samada dari segi hukumnya, ajarannya, cara hidupnya dan apa saja; maka kita hendaklah memusuhi kebathilan.

5) Menasihati kerana ugama.

Antara tugas dan peranan orang yang memiliki ciri tarbiyah yang berkesan ialah dia akan menasihati manusia kerana ugama. Sebab itu, kalau ada orang halang tak bagi kita buat sebarang ceramah ni, kira dia memang setan sungguh. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab puak-puak haprak wal pelahap ni, mereka menggunakan kuasa bagi menghalang kita dari berceramah menyampaikan Islam yang sebenar. Bukankah itu kerja setan segala setan?...Itulah ayat paling sesuai untuk puak al-karatul kubra.

Kata Prof Dr Yusof al-Qardawi, "Kita mesti menasihati kerana ugama. Sebab ugama ni adalah addinun nasihah."...Sebab itu, Melayu dok kata, "Nasihat, nasihat, nasihat!"...Ianya diambil daripada kalimah "nasoha", yakni yang bermaksud "menjahit". Jadi, kalau Nabi saw kata, "Ugama itu addinun nasohah"; ini bermakna "ugama itu menjahit". Bila sebut "menjahit", ini bermakna mesti ada benda yang koyak. Jadi, apakah dia yang koyak dalam konteks ugama?...Sebagai contohnya; seperti aqidah yang telah koyak, ekonomi yang telah koyak, sistem jinayah yang telah koyak dll...Jadi, menasihati kerana ugama adalah sifat orang yang menerima tarbiyah Islam, dan ia melakukannya sebab sayang dan cinta akan saudara se Islamnya.

6) Berjihad dengan jiwa dan harta mereka di jalan Allah.

Berjihad di jalan Allah dengan nyawa, harta dan dengan segala apa saja yang boleh dicurah adalah antara satu sifat yang utama daripada hasil pentarbiyahan yang berkesan.

7) Merubah kemungkaran dengan tangan, lidah dan hati.

Sifat orang yang menerima tarbiyah seterusnya ialah merubah kemungkaran dengan tangan, lidah dan hati. Itulah yang kita buat semasa berceramah, iaitu dengan menggunakan lidah untuk menyebut kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang dengan niat supaya orang lain tidak akan terikut-ikut dengan kejahatannya. Maka dikala itu kita telah mengumpat, tetapi umpatan seperti itu membolehkan kita dapat pahala pula kerana mengumpat pada ketika itu adalah wajib. Jadi, pada siapa yang masih confuse dengan masalah mengumpat, tolong buka kitab Imam Ghazali rahimmallahu ta`ala yakni "Ihya Ulumuddin" ataupun "Sirus Salikin" dan cuba tengok dibawah tajuk perbahasan "Bencana Lisan". Di situ, tuan-tuan boleh perati tengok macamana Imam Ghazali menghuraikan berkenaan dengan mencegah menggunakan lidah adalah mengumpat yang dibolehkan.

8) Memerangi kezoliman dan penindasan.

Kesan pentarbiyahan Islam yang lekat di hati setiap pejuang agama Allah, tidak akan sekali-kali kata "yes" kepada sebarang bentuk kezoliman maupun penindasan. Depa tukaq pi la cara pendekatan lagumana sekali pun, samada cara lembut maupun keras; kata nak bersekongkol, tidak sekali. Pasai tu lah, depa geram sangat kat usrah-usrah ni. Sebab sejak daripada Rasulullah saw hinggalah ke hari ini, melalui gerakan usrah lah, maka lahirnya mujahid-mujahid Islam yang kental aqidah mereka.

9) Tidak tunduk kepada orang yang zolim.

Orang yang mantap kesan pentarbiyahannya tidak akan tunduk kepada orang yang zolim, bahkan dia akan memerangi segala bentuk kezoliman.

....Inilah dia ciri-ciri yang ada pada orang yang menerima pentarbiyahan Islam, yang disebut oleh Prof Dr Yusof al-Qardawi. Setelah kita meneliti kesemua ciri-ciri ini, maka sebab itulah kita perlu faham bahwa kecintaan kepada saudara seIslam adalah kecintaan yang paling utama sekali. Jangan ada di dalam diri kita perasaan ingin masuk syurga sorang-sorang. Bahkan Imam Ghazali pernah menyebut di dalam kitabnya "Bidayatul Hidayah" di bawah Bab "Adab Sopan Terhadap Ugama Allah" bahwa, "Jangan kamu rasa lega bila melihat orang kafir. Kerana boleh jadi, si kafir yang kamu tengok tadi, berkemungkinan boleh masuk Islam pada keesokannya. Manakala kamu yang dah Islam ni pula, silap-silap haribulan boleh masuk neraka."...Nauzubillah. Inilah dia langkah berhati-hati yang diajar oleh Imam Ghazali. Maknanya, bukan kita nak menafikan kekafiran seseorang yang jelas akan kekafirannya, tapi cumanya Imam Ghazali mengajar kita supaya berhati-hati dengan runtunan perasaan kita. Sebab itu, kita kena mencintai mereka sebagai sesama makhluk ciptaan Allah, walaupun mereka nampak jauh daripada Islam. Kena ada pada diri kita perasaan bahwa mereka juga satu hari akan mendapat hidayah daripada Allah swt. Lainlah kalau mereka sendiri yang melemparkan diri mereka ke arah kehancuran. Ataupun mereka sendiri yang tak hendak kepada hidayah dan memang nak masuk neraka, maka apa boleh kita buat?...Tak upayalah kita sebab itu kehendak mereka. Tetapi walau macamana pun kita sebagai orang yang beriman, inilah yang Nabi saw pesan, iaitulah kita kena mencintai mereka supaya mereka mendapat terus pentarbiyahan Islam dan terus berada di dalam Islam yang benar.

Hal ini juga pernah disebut oleh as-Syahid Sayid Qutb rahimallahu ta`ala di dalam tafsirnya "Fii zilalil Quran" ketika mana beliau menafsirkan Surah al-Kafirun. Kata beliau dalam tafsirnya itu, "Islam yang macamana kita mahu, supaya saudara Islam kita yang lain juga dapat sama, lalu membuatkannya terus kekal dalam hidayah?"..Lalu kata Sayid Qutb, "Untuk mengekalkan mereka dalam aqidah yang mantap ialah mereka perlu faham bahwa Islam yang benar itu akan membawa manusia kepada 4 peringkat."...Dimana ustaz Halim Nasir menamakan keempat-empat peringkat itu dengan "4K". Iaitulah :

a) yang pertamanya ialah "ketinggian".

Kata Sayid Qutb bahwa Islam yang benar akan membawa kita kepada ketinggian. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud, "Jangan rasa lemah, jangan rasa letih dan jangan rasa berdukacita; sesungguhnya kamulah yang tinggi jika sekiranya kamu beriman kepada Allah swt.".

b) Kemuliaan.

Janganlah kita lupa dengan ucapan yang masyhur daripada Saiyyidina Umar ra, dimana katanya, "Kita adalah kaum dan bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah bila kita pegang Islam. Tetapi kalau kita menyeleweng daripada Islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah swt."...Inilah kata-kata daripada Saiyyidina Umar al-Khatab. Dan inilah yang berlaku di Palestin, yang mana walaupun Yahudi itu hanya sekangkang kera sahaja, tetapi kita hanya boleh jadi pemerhati sahaja, tanpa ada sebarang usaha untuk membantu umat Islam di Palestin. Persidangan demi persidangan, OIC demi OIC; tapi tak boleh nak buat apa pun. Bekalkanlah pejuang-pejuang agama Allah di sana dengan senjata; apakah kita sanggup biarkan mereka menentang yahudi laknatullah itu dengan batu sahaja, sedangkan tentera-tentera Israel siap dengan helikopter pejuangnya yang lengkap dengan peluru-peluru berpandu?...Sementara itu, kita yang menjadi dunia negara-negara Islam, hanya datang untuk bermesyuarat tetapi apa saja keputusannya masih lagi tidak memberi manafaat kepada pejuang-pejuang Intifadhah di Palestin. Kalau kita ikutkan logika akal, sepatutnya yahudi bangsat ini dah lama dikuburkan. Tetapi inilah akibatnya apabila umat Islam sendiri pilih lain daripada Islam, maka Allah swt hinakan kita. Lalu yahudi pulak menjadi mulia dalam kacamata manusia....Nauzubillahiminzalik...

c) Keikhlasan.

Tarbiyah Islamiyah yang betul akan membawa kamu kepada suatu sifat keikhlasan yang paling hebat. Bila ada keikhlasan, maka segala-galanya akan menjadi selamat.

d) Kemerdekaan yang hakiki.

Kamu akan merdeka daripada menyembah sesama manusia. Kamu hanya menyembah Allah, sepertimana yang disebut oleh Rub`i bin Amir ketika dia mengucapkan ucapan kemerdekaannya kepada Rostam yakni General Parsi yang berjaya ditumbangkan oleh Rub`i bin Amir di zaman Umar al-Khatab. Dimana Rub`i menyatakan bahwa, "Kami datang untuk membebaskan manusia daripada menyembah sesama manusia, kepada hanya menyembah Allah swt."...

...Inilah dia "4K" yang disebut oleh as-Syahid Sayid Qutb; iaitulah bila kita pegang Islam yang betul, maka inilah "4K" yang kita akan dapat. Iaitulah ketinggian, kemuliaan, keikhlasan dan kemerdekaan; dimana keempat-empatnya ini tidak akan ada dalam ajaran-ajaran yang lain, tetapi ianya wujud di dalam ugama Allah swt. Maka kerana itulah, Imam Nawawi berpesan bahwa mesti ada perasaan mencintai saudara Islam kita yang lain. Yakni macamana kita merasai duduk di dalam hidayah Allah, begitulah juga kita mahu mereka juga duduk di dalam hidayah Allah swt. Sebab itu, kita gunakan kuliyyah/ceramah bagi membimbing mereka supaya mereka tidak terus terjerumus ke dalam dunia maksiat dan kemungkaran, akibat kejahilan mereka.

Tetapi kadang-kadang apa boleh kita buat?...Sebab sesetengah manusia ni, ego mereka terlalu tebal sehingga mereka sanggup tunduk kepada nafsu bebalnya sendiri. Mereka sanggup mempertuhankan kebodohan mereka sendiri; apa boleh kita buat?...Kita telah cuba buat segala-galanya untuk membimbing mereka, tetapi kalau itulah yang mereka pilih maka "selamat tinggal"lah kita ucapkan kepada mereka.

Inilah perkara yang dipesan oleh Nabi saw, yang telah pun saya sampaikan pada kali ini. Dan semoga dengan sedikit hadith yang dibahaskan ini, boleh mendapat pengajaran yang besar daripada Allah swt. Dan semoga hadith ini boleh membantu kita bagi menambahkan lagi amal ibadah kita kepada Allah swt. Oleh itu, maka sayangilah saudara Islam kita. Awlanya ialah adik beradik kita dan sepupu separe part kita, yang mana masih jauh daripada Islam. Kita tak nafikan bahwa mereka ni iaitulah kawan-kawan kita, sanak saudara kita, pak dan mak penakan kita; yang masih jauh daripada ugama Allah. Maka bimbinglah mereka sekadar yang kita mampu dengan izin Allah swt.

Allahu ta`ala `alam.

sunset.jpg