Mastika Hadith
- Muqaddimah
Kuliyyah Maghrib
ini disampaikan oleh Ustaz Halim Nasir di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Bab 1 : Sebenar-benar
perkataan dan sebaik-baik jalan pimpinan.
Hadith 1.
Hadith ini diambil
daripada Jabir bin Abdullah ra. Katanya: Pernah Rasulullah saw merah menyala matanya bila berpidato serta lantang suaranya
dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi arahan yang menyatakan kepada angkatan tentera tentang
kedatangan musuh, dengan katanya, "Bahwa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan mungkin pada waktu petang."...Serta
baginda bersabda, "Masa aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti 2 jari ini, yakni Nabi tunjuk sambil merapatkan jari
telunjuk dengan jari tengah...." (HR
Muslim)
Saidina Jabir bin
Abdullah radiallahuanhuma adalah seorang sahabat Nabi saw dari kalangan orang-orang Ansar. Beliau juga antara yang terlibat
dalam Perjanjian `Aqobah yang kedua yang berlaku di Bukit `Aqobah. Yang sekarang ni kita boleh lihat di kawasan melontar Jam`atul
`Aqobah. Pada siapa yang pernah pergi ke kawasan melontar, disana kita akan melihat ada sebuah bangunan macam masjid. Walaupun
tidak digunakan masjid itu, tetapi dari apa yang orang-orang Arab di sana bagitau dekat Ustaz Halim bahwa masjid itu didirikan
bersempena mengambil peristiwa Perjanjian `Aqobah. Perjanjian ini telah Nabi menteraikan antara dirinya dengan 72 orang Ansar
pada tahun yang ke 12 kerasulan Nabi saw, yakni setahun sebelum berlakunya hijrah. Jadi, salah seorang diantara 72 orang itu
ialah Saidina Jabir bin Abdullah ra daripada Bani Salamah dari kalangan orang-orang Ansar.
Sepertimana yang
kita tahu, Bai`atul `Aqobah berlaku sebanyak 2 kali. Yang pertama, Bai`atul `Aqobah al-awal berlaku pada tahun ke 11 kerasulan
Nabi, yang dihadiri hanya seramai 12 orang sahaja dari kalangan Ansar, yang ketika itu datang untuk mengerjakan haji. Peristiwa
ini berlaku setelah Nabi melihat orang-orang Mekah dah tak mau dengan Islam. Dengan Saidatina Khadijah pun dah wafat, datuknya
Abdul Muthalib pun dah mati, dan Nabi pun dah di Israk-Mikrajkan oleh Allah swt; maka Nabi saw pun mendapat satu semangat baru
apabila Nabi melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah swt, lalu Nabi pun mengorak langkah dengan menyampaikan Islam
kepada orang-orang Ansar yang datang mengerjakan haji mengikut "haji adab" pada waktu itu, yakni mengikut sunnah Nabi Ibrahim
as
Perjanjian yang pertama
yang dinamakan "Perjanjian `Aqobah yang pertama" itu, Nabi ikat di malam hari dengan ditemani oleh bapa saudaranya yang masih
belum memeluk Islam ketika itu, iaitulah Saidina Abbas bin Abdul Muthalib. Selepas perjanjian itu dimeterai, Nabi suruh yang
12 orang ni balik ke Madinah dengan hanya dipesannya: i) mengerjakan solat, (ii) jaga Islam, (iii) dan jangan mencuri. Itu
saja buat masa tu. Lalu 12 orang ni pun balik, mereka pun menyebarkan cerita tentang Nabi saw kepada masyarakat di Madinah;
maka tahun depan iaitu pada tahun ke 12 kerasulan Nabi, mereka datang dengan lebih ramai iaitu 72 orang, lalu termeterai pula
Perjanjian `Aqobah yang kedua. Yang mana isi kandung perjanjian itu ada 6 kesemuanya. Salah satunya ialah mempertahankan Islam
dan mempertahankan Nabi saw. Lalu 72 orang ni balik ke Madinah dan menjadi perintis-perintis yang menyediakan tapak untuk
kedatangan Nabi saw. Dimana pada tahun hadapannya, yakni tahun ke 13 kerasulan Nabi, maka berlakulah "Hijrah". Akhirnya bila
Nabi saw berhijrah, maka kesemua mereka yakni orang-orang Ansar, sedang menanti dengan tangan yang terbuka akan kedatangan
Nabi saw.
Inilah cara belajar
yang disyorkan oleh para alim ulama`. Yakni bila saja ada nama sahabat masuk dalam pengajian, maka eloklah kita hurai sedikit
tentang sahabat tu sebab nak ambik barakah, kerana semua sahabat Nabi adalah orang yang diberkati oleh Allah swt. Okay sahabat
Nabi yang kita bincang ini ialah Jabir bin Abdullah ra. Istimewanya Jabir ini ialah kerana ayahnya. Ayah Jabir, Abdullah bin
Amr telah memeluk Islam ketika Nabi berhijrah ke Madinah. Beliau terlibat dalam 2 peperangan besar iaitulah Peperangan Badar
dan Uhud. Sebelum dia bergerak ke medan Uhud, Saidina Abdullah bin Amr telah pun memberitahu kepada keluarganya bahwa katanya,
"Saya rasa saya tak lama hidup."...Dia boleh rasa nak jadi syuhadah. Dia boleh rasa dah bau-bauan syurga ketika itu. Lalu dia pesan kepada
isteri dan anak-anaknya, "Ayah mungkin
tak lama lagi. Ayah rasa perang Uhud ini akan memisahkan kita."...Lalu dia pun pergi ke medan jihad dan benarlah gerak hatinya bahwa dia gugur sebagai syuhadah di medan
Uhud, bersama dengan Mazhab bin Umar dan bersama dengan seorang yang digelar oleh Nabi dengan Saiyyidul Syuhada Hamzah bin
Abdul Muthalib, iaitulah ayah saudara Nabi saw, yang kita ziarah makamnya di kaki Bukit Uhud. Sebab itu sehingga ke hari ini,
apabila kita ziarah makam Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, maka hendaklah ucapkan salam kepada Mazhab bin Umar, ucapkan
salam kepada Abdullah bin Jahashi, ucapkan salam kepada Hamzah bin Abdul Mutalib dan ucapkan salam kepada seluruh para syahid
yang gugur di medan Uhud. Inilah yang diajar oleh Nabi saw sehingga menjadi satu sunnah.
Mengikut riwayat,
bila Nabi saw melakukan pembersihan mengutip jenazah para sahabat yang gugur di medan Uhud, ada satu jenazah dijumpai hancur
mukanya dan dia hanya dikenali oleh anaknya melalui cincin dijari. Setelah anaknya mengaku bahwa itu ayahnya, barulah Nabi
saw tahu bahwa jenazah yang tidak dikenalinya itu adalah seorang lagi bapa saudaranya iaitu al-Haris bin Abdul Mutalib. Al-Haris
bapa saudara Nabi inilah yang menyerbu ke arah musuh apabila tersebar khabar angin mengatakan bahwa Nabi sudah terbunuh. Tuan-tuan
bayangkanlah, puak-puak kuffur ni punya la benci kepada orang-orang Islam sampai depa bunuh tak dak ayat dah. Depa boleh balun
muka sampai hancur sehinggakan Nabi saw pun tak boleh kenai bapa saudaranya sendiri. Dan termasuk syuhadah dalam medan Uhud
itu ialah Abdullah bin Amr yakni ayah kepada Jabir.
Lalu Jabir yang meriwayatkan
hadith yang akan kita bahas ini, menangis apabila dia dapat tahu ayahnya turut gugur. Apabila melihat keadaan Jabir yang sedang
menangis itu, lalu Nabi saw kata kat Jabir, "Wahai Jabir, apa yang kamu tangiskan?..Kamu tahu tak apa yang sedang ayah kamu buat sekarang?..Ayahmu, Abdullah sekarang
sedang berada di dalam syurga. Dan ayahmu sedang bercakap-cakap dengan Allah tanpa hijab."...Inilah kelebihan orang mati syahid. Sebab itu, kita kena minta kepada Allah supaya dimatikan sebagai syuhadah. Sehinggakan
Nabi saw menyebut dalam hadithnya yang lain bahwa orang yang beriya-iya benar nak mati syahid, tapi tiba-tiba Allah matikannya
di atas katil, maka tetap dibayar pahala syuhadah.
Kemudian kata Nabi
lagi kepada Jabir, "Kamu nak tahu tak apa yang ayah kamu sedang bualkan?"...Jawab Jabir, "Ya, wahai
Rasulullah."...Lalu Nabi cerita kepada
Jabir secara "live", "Bahwa sekarang Allah
Ta`ala sedang tanya ayahmu: Wahai Abdullah, apa lagi jenis makanan yang kamu mahu? Mintalah apa yang kamu hendak lagi."..Lalu
berkatalah Saidina Abdullah bin Amr, "Wahai Allah, aku mengucapkan syukur diatas segala nikmat yang Engkau beri pada ku yakni
nikmat masuk syurga. Cumanya aku nak minta sekali lagi wahai Allah, hidupkanlah aku balik dan hantarkan aku ke dunia. Kemudian
biar musuh Allah bunuh aku, lalu aku mati balik dan masuk balik dalam syurga. Hidup balik, kemudian matikan aku balik, lalu
masuk dalam syurga. Sebab aku seronok sangat merasai mati syahid ini."..Lalu kata Allah, "Kamu nak hidup? Tapi tak boleh sekarang.
Esok pada hari kebangkitan, boleh."..Lalu jawab Saidina Abdullah, "Kalau begitu, siapa yang nak cerita kepada sahabat-sahabat
aku, nikmatnya mati syahid. Kalau aku masih duduk di syurga ni, siapa yang nak cerita kepada sahabat-sahabat aku yang masih
hidup tu bahwa sedapnya mati syahid ni? Siapa yang nak cerita kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan agama
Allah, kalau aku masih di syurga ni?"..Lalu jawab Allah, "Akulah yang akan beritahu."...Maka turunlah pada waktu itu ayat 169 Surah Ali Imran bersempena dengan permintaan
Saidina Abdullah bin Amr, yang minta dia dihidupkan kembali untuk menceritakan kepada sahabat-sahabat di bumi termasuklah
kita, betapa indahnya mati mempertahankan Islam. Lalu Allah turunkan di waktu itu kepada Nabi saw ayat 169 Surah Ali Imran
yang bermaksud, "Dan janganlah engkau
menyangka orang-orang yang terbunuh mempertahankan Islam, yakni mati pada jalan Allah, jangan kamu sangka mereka mati; bahkan
mereka itu hidup di sisi Allah, serta diberi rezeki."...Allah turunkan ayat ini
untuk beritahu kita bahwa orang yang mati syahid sebenarnya tak mati, sebaliknya dia hidup. Lalu ulama membahaskan bahwa maksud
"hidup" di sini, dia ada 2 makna:
i) hidupnya "nama" mereka. Bila sebut syuhadah saja, kita akan sebut Saidina Hamzah, Abdullah bin Rawahah, Imam
al-Syahid Hassan al-Banna, al-Syahid Sayyid Qutb dan lain-lain. Disebut nama-nama mereka di seluruh pelusuk bumi orang Islam.
Ini menandakan mereka hidup dalam setiap hati pejuang-pejuang Islam. Walaupun kita tak pernah berjumpa dan bersalaman dengan
al-Syahid Hassan al-Bana maupun Sayyid Qutb, tetapi nama mereka akan terus meniti dari bibir ke bibir sampailah ke hari qiamat.
ii) Dan maksud "hidup"
yang kedua ialah hidupnya mereka di sisi Allah, yakni di dalam syurga Allah swt. Mereka diberi makan macam kita makan, malah
lebih enak daripada kita makan, sebab makanan mereka daripada syurga. Dan Nabi saw pernah menyebut dalam hadith lain bahwa
setiap pagi dan petang, dibawa makanan oleh bidadari kepada orang-orang yang mati syahid. Dan kata Nabi lagi bahwa orang-orang
yang mati syahid ini boleh memberi syafaat kepada 70 ahli keluarganya yang confirm akan masuk neraka. Sebab itu, kalau kita
tengok anak kita bersemangat untuk ke medan jihad, biar kat dia, jangan larang. Benarkan dia berjuang di jalan Allah dengan
kita backing bagi semangat kat dia. Kalau ditakdirkan anak kita itu syahid, maka kita boleh la tumpang di bawah syafaat dia
di hari qiamat kelak, walaupun atas dunia dulu, kitalah penakut nak mampuih, hanya setakat berangan nak mati syahid saja.
Jadi, Saidina Jabir
bin Abdullah ra inilah yang bawa hadith yang pertama ini berkenaan dengan cara Nabi saw berpidato. Bila kita mengaji sirah
Nabi, kita boleh lihat Nabi saw berkomunikasi dalam berbagai ragam dan style mengikut suasana dan kaedah. Ada kalanya Nabi
senyum saja, bercakap dengan penuh lemah lembut. Lembutnya pertuturan Nabi itu sehingga Allah swt tidak mengizinkan sahabat
lebih tinggi suara daripada Nabi saw. Sebab itulah turunnya Surah al-Hujuraat, yang mana mengajar kita beradab dengan Nabi
saw. Contohnya, ayat 2 dalam Surah al-Hujuraat yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu tinggikan suaramu di atas suara Nabi,..."...Ayat ini menimbulkan satu persoalan di zaman Imam Malik; iaitu sekarang
Nabi dah wafat, jadi macamana ayat ini dengan kita yang hidup selepas Nabi tiada?...Lalu Imam Malik mengatakan ayat ini ada
2 makna :
i) ketika kita berada
di makam Rasulullah saw, maka janganlah tinggikan suara, janganlah buat bising di hadapan makam Nabi saw dan jangan bercakap
benda-benda merapu. Maksudnya, bila kita ziarah makam Rasulullah, pandanglah makamnya, rendahkan suara dan mohonlah syafaat
daripada Allah swt.
ii) Mengajar kita
adab diantara pengikut dengan pemimpin. Menurut ulama tafsir, inilah kaedah yang Allah swt ajar kepada kita supaya tidak meninggikan
suara di hadapan pimpinan jama`ah. Daripada Surah al-Hujuraat ini kata para ulama, ia mengajar kita juga adab-adab berjemaah
yakni adakala kita boleh bergurau senda dan adakala kita kena respect antara satu sama lain, sehinggakan ke tahap tidak boleh
meninggikan suara di hadapan pimpinan.
Berbalik kepada style
Nabi berkomunikasi tadi, iaitu adakala dia senyum, lemah lembut dan adakala dia marah sampai timbul urat dahinya. Sepertimana
kata Usamah bin Zaid ra (anak kepada Zaid
bin Harithah) bahwa ketika Nabi marah apabila seorang wanita bernama Fatimah daripada Bani Mahzum ditangkap kerana mencuri.
Lalu ada pula konspirasi yang nak cuba lepaskan Fatimah daripada hukuman had (hudud) kerana Fatimah ini adalah seorang bangsawan yang kaya...Tang mana pun, kalau ada saja orang kaya, mesti ada konspirasi. Yang ni
pasai dia malu la kot. Ada ka satu orang kaya, nak kena potong tangan?…Jatuh la standard. Lalu Fatimah panggil Usamah bin Zaid, kerana dia tahu Nabi cukup sayang
dengan Usamah sebab Zaid telah meninggal dunia. Anak angkat Nabi bernama Zaid bin Harithah telah gugur syahid dalam peperangan
Mu`tah bersama Abdullah bin Rawahah dan Ja`afar bin Abi Talib. 3 orang sahabat ini gugur syahid dalam peperangan Mu`tah di
sempadan Jordan, dimana Nabi telah bersabda, "Aku telah melihat ketiga-tiga mereka masuk syurga serentak apabila mereka mati syahid."...Jadi, bila Zaid mati, maka Nabi tumpahkan kasih sayangnya kepada Usamah, lalu perempuan itu pujuk Usamah supaya Nabi
jangan kerat tangan dia. Lalu bila Nabi dengar Usamah memujuknya, maka marahlah Nabi sebagaimana hadith yang selalu kita dengar,
kata Nabi saw, "Demi Allah, jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad
mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."...Maka dikala itu kata Usamah, "Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak Allah cuba dicabuli."...Inilah sifat yang mesti kita contohi. Memangla kita sesama kita, boleh bersenyum dan bergurau
senda, tetapi dalam bab hukum, kita kena bertegas. Tapi yang susahnya orang kita, bila kita bertegas, ada pula yang kata kita
ni melenting melatah tak bertempat. Tu la, orang suruh pi mengaji, hangpa pi relax kat kedai kopi, jadi macamana ilmu nak
terpancar dalam hati. Apa yang kita nak bagitau ialah kaedah berkomunikasi dalam Islam ada banyak caranya. Bukan kata lembut
saja memanjang. Ada time kita perlu bertegas, yakni bila hak Allah dicabuli. Dalam hal macam ni, takdak kompromi lagi. Macam
ustaz Kazim kata hari tu tentang cara menegur sesama kita, dia kata, "Adakalanya kita kena guna kaedah main snooker (secara
indirect). Dan adakala pula kaedah main golf cukup berkesan, yakni pukoi terus masuk lubang (sound direct)."...Kita
punya la dok terang Islam begini-begini sampai berbuih dah mulut-mulut, tapi tak reti-reti jugak; hah! Yang ni mau guna kaedah
main golf, mau hentam terus.
Jadi, ada masa kita
kena flexible. Tapi yang paling afdal, kita mau ikut kaedah Nabi saw. Iaitu apabila sampai ke tahap perkara yang cukup besar,
Rasulullah saw akan bercakap dengan penuh lantang. Menurut Jabir bin Abdullah dalam hadith di atas, Nabi saw seolah-olah seperti
seorang panglima tentera sedang memberi arahan kepada anak-anak buah di medan perang. Ya la, sebagai seorang komandan tentera,
bila saja nak berperang dan bertempur dengan musuh, takkanlah dia nak beri arahan itu dengan lemah lembut. Mestilah dengan
keras. Begitulah kata Jabir bin Abdullah, "Pernah
kami melihat Nabi bila dia berpidato, merah sungguh mukanya dan tinggi suaranya."...Dan berbetulan apa yang Nabi sebut itu adalah persoalan yang berhubung dengan
qiamat. Kata ulama, maknanya apabila Nabi menceritakan persoalan qiamat, Nabi akan serious kerana persoalan qiamat adalah
satu benda yang cukup besar, yang tidak boleh dipermain-mainkan oleh manusia.
Sebagaimana yang
dikatakan oleh Jabir, sabda Nabi berkait dengan qiamat, "Dibangkitkan aku dan hari qiamat itu seperti ini (dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya)."...Para ulama mengatakan bahwa dengan kelahiran Nabi saw
itu sendiri, bermakna itulah tanda besar hari qiamat. Diantara lain tanda-tanda besar hari nak qiamat yang kita tahu ialah
seperti Nabi Isa as diturunkan untuk berentap dengan dajjal, keluarnya yakjuj wal makjuj, terbitnya matahari daripada barat
jatuh ke timur selama 3 hari, yang mana pintu taubat ditutup Allah pada waktu itu. Jadi, berdasarkan hadith ini, ulama mengatakan
bahwa lahirnya Nabi saw, itu bermakna tanda qiamat sudah dekat. Dan kita boleh calculate berapa jauh Nabi dah tinggalkan kita.
1423 (tahun hijrah) + 13 (tahun di Mekah) + 40 tahun (sebelum jadi Nabi) = 1476 tahun...Ini
bermakna lama dah Nabi tinggalkan kita, tuan-tuan. Sebab itu, bila kita dah tahu yang hari qiamat kian hampir dan kita sebagai
orang muslim yang cerdik; apa kita nak buat?...Sudah tentulah kita kena buat persiapan yang secukupnya untuk bertemu Maha
Pencipta.
Kalau kita tengok
dalam Quran, Allah telah menceritakan tentang senario qiamat tu lagumana kat kita. Manakala dalam hadith pula, Nabi saw telah
banyak memberitahu kita tentang tanda-tanda qiamat. Itu bezanya antara Quran dan hadith dalam bab Qiamat. Quran ni, dia cerita
apa yang akan berlaku pada hari qiamat sepertimana dalam Surah al-Infithaar ayat 1 yang bermaksud, "Apabila langit telah pecah."...Langit yang kukuh pun boleh pecah, tuan-tuan. Lalu ayat 2 sebut, "Dan apabila bintang jatuh berguguran"...Kapalterbang yang kecik jatuh pun dah cukup takut. Itu pun baru lebih kurang 25000 km ketinggian dari bumi. Inikan
pula bintang-bintang yang jauhnya beribu-ribu km. Bila jatuh atas kepala kita, bbrrrrrbuuuum!!! Tak tau la apa nak jadi, tuan-tuan.
Kemudian ayat 3 pula bermaksud, "Dan apabila
lautan bergelora melimpah-limpah."...La
ni, seronok la mandi laut. Berenang sini, berenang sana. Bikini sini, bikino sana. Terjun sana, berkelah sini. Besok masa
nak qiamat nanti, laut akan bergelora bergulung-gulung lagi menggerunkan. Dan ayat 4 pula sebut, "Dan apabila kubur dibongkar."...La ni boleh la baca Fatihah apa ka atas kuboq. Besok bila qiamat, kuboq tu terbongkar
sendiri...Inilah antara contoh ayat-ayat daripada al-Quran yang menceritakan senario ketika berlakunya qiamat. Manakala Nabi
pula menceritakan tanda-tanda nak qiamat. Disini perbezaannya. Dan sekarang pun kita boleh tengok di depan mata kita bahwa
tanda-tanda qiamat ini sudah terlalu banyak. Sebab itulah, persiapan mesti dibuat daripada sekarang. Antaranya, kita mesti
meletakkan diri kita sebagai golongan yang berjuangkan Islam. Ini dah cukup baik walaupun diri kita tidak ditembak, tidak
dicincang dan mati pula atas katil saja, tapi kalau kita tetap bercita-cita nak mati syahid, maka pahala mati syahid tetap
kita dapat, Insya`Allah. Perjuangan tetap diteruskan walaupun kalah memanjang. Itu semua tak menghairankan kita sebab menang
kalah adalah kerja Allah. Kita kalah di dunia, tapi menang di akhirat, Insya`Allah. Kita punya style; kalau menang pun Alhamdulillah,
kalau kalah pun Alhamdulillah jugak. Yang pentingnya, diri kita mesti diletakkan di dalam golongan yang berjuang mempertahankan
Quran dan sunnah Nabi saw.
Contohnya, kita lihat
balik sejarah seorang sahabat Nabi saw yang bernama Khalid al-Walid. Dialah sahabat Nabi yang diberi gelaran "Saifullah", yakni pedang Allah. Pedangnya memang panjang sungguh. Gelaran ini, bukan sahabat-sahabat
biasa yang bagi kat dia, tapi Rasulullah saw sendiri yang bagi, tuan-tuan oooiii!...SubhanAllah...Macam kita la tuan-tuan,
kalau kawan biasa puji kat kita, kita tak rasa apa-apa, betoi tak?...Biasa saja. Cuba kalu menteri mana ka puji kat kita,
emmmpphh! Rasa lagumana terapung-apung. Silap-silap haribulan, boleh projek lagi...Okay Khalid ibn Walid ni, dia punya la
dok berangan nak mati syahid, tapi Allah tak izinkan. Dimana menurut riwayat, dia mati biasa saja yakni atas tempat tidurnya.
Walhal dialah "Saifullah", yang mana pernah dalam satu peperangan, dia pernah bersilih ganti pedangnya sebanyak 9x kerana
pedang-pedangnya patah. Tuan-tuan boleh bayang lagumana dia punya hayun pedangnya sampai 9x patah?...Maknanya setiap kali
dia pi perang, pedang spare mesti mau ada. Macam
kita main badminton la tuan-tuan. Kan kita nanti tengok player-player nanti bawa satu beg punya reket. Masa game, yang dia
guna satu reket saja. Jadi yang lain tu kira spare punya la tu. Jadi bila tali reket tu putus akibat smashing demi smashing,
maka tak bimbang la dia, pasai reket spare berlambak punya dok ada.
Sahabat mana yang
tak kenal Khalid al-Walid, tuan-tuan. Dalam perang Uhud, dialah yang pintas dari belakang tentera-tentera berpanah Islam yang
meninggalkan posisi mereka di atas bukit pasai nak berebut rampasan perang. Inilah yang membuktikan betapa tajamnya penglihatan
Khalid, walaupun dia tengok waktu tu tentera-tentera Islam dah hampir nak menang. Dengan lintang pukang Abu Suffian lari ke
belakang. Cekapnya Khalid dalam ilmu peperangan terserlah bila dia "cool" saja memerhati situasi yang agak genting yang dihadapi
oleh pihaknya ketika itu. Matanya cukup liar dan tajam memerhati tentera-tentera memanah Islam yang 50 orang tu, yang mana
dipimpin oleh periwayat hadith ini sendiri, iaitu Jabir bin Abdullah. Jabir, dia tak turun, dia patuh arahan Nabi. Yang turun
ialah sebahagian sahabat, yang kemudiannya menjadi mangsa pasukan berkuda Khalid, yang pintas mereka kot belakang.
Menurut ustaz Halim,
kawan abang dia yang tinggal di Madinah menceritakan masa dia naik teksi dengan Pak Arab, Pak Arab tu bawa dia lalu kot laluan
yang dulunya Khalid ibnu Walid lalu waktu dia pintas tentera Islam. Laluan tu sekarang dah elok dah, jadi lebuhraya dah pun.
Teksi itu dalam kelajuan 80-90 km/h, mengambil masa selama 25 minit untuk menghabiskan pusingan sampai ke tempat yang Khalid
serang tentera Islam dulu. Tapi Khalid dengan pacuan kudanya, hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.Tuan-tuan
boleh bayangkan macamana punya laju Khalid pacu kuda ketika dia menyerang?...Pasai teksi dengan kelajuan 80-90 km/h tu kira
dah laju tu, tapi Khalid mengambil masa lagi pantas daripada teksi itu. Inilah kecekapan orang yang Nabi gelar "Saifullah". Walaupun begitu, dia hanya mati di katil. Sebelum dia mati, Khalid sempat bersyair,
katanya, "Alangkah malunya Khalid, hidup
berjuang tapi mati di atas ranjang."...Seolah-olah
dia menyesali dirinya yang tidak mati gugur di medan peperangan. Namun begitu, dalam hadith yang lain yang ustaz sebut tadi,
Nabi menjanjikan bahwa orang yang berniat untuk mati syahid tapi matinya dalam keadaan biasa saja, tetap mendapat pahala orang
yang mati syahid.
Okay berbalik cerita
qiamat tadi. Kalau kita dah tahu yang qiamat itu sudah dekat, apakah lagi yang kita nak korbankan untuk hidup ini?...Tak lain
dan tak bukan, hanya jiwa dan raga untuk diinfak bagi perjuangan Islam. Inilah yang lebih bernilai untuk kita bawa mengadap
Allah swt. Kerana kita sentiasa dalam keadaan dihitung, dikira dan dicatit segala amalan-amalan kita. Menurut ustaz, beliau
bimbang antara yang Nabi saw sebut akan berlakunya bila dekat-dekat nak qiamat nanti ialah kejahilan menjadi semakin berleluasa.
Contohnya, sudah pun ada di depan mata kita sekarang. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh "syeikh PutraJaya" tu, semakin menyimpang daripada landasan Islam. Dia biasa kata, "Islam bukan pandang jubah serban. Itu hanya pakaian."...Syeikh ni seolah-olah nak menghina sunnah Rasulullah saw. Dan kejahilan
syeikh ini sampai ketahap tak tau nak bezakan perintah Allah. Ada ka dia kata, "Kita tak boleh makan..apanama..babi ni
sebab orang tua-tua kita dulu pun tak makan, pasai babi ni jijik. Bukan pasai hukumnya haram."....Inilah yang dikatakan
jahil murakkab (2x jahil). Dah la jahil, kemudian nak menyesatkan orang lain pulak dengan kejahilannya. Memang cukup bahaya
kalau jenih guna kepala hotak saja ni. Dalam ayat-ayat Allah dengan jelas telah menyatakan tentang babi ni, sepertimana firman
Allah dalam Suratul Ma`idah ayat 3 yang bermaksud, "Aku haramkan kamu makan bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tanpa kamu sebut nama Allah."...Ayat inilah yang menjadi dalil Allah haramkan daging
babi. Jadi asasnya, Allah haramkan dulu, yang jijik kotor tu datang kemudian. Tapi bila kita tak faham Islam, bila kita jahil,
serta tutup pintu hati kita; maka mulalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semuanya berdasarkan akal fikiran semata-mata.
Ok, kalau hang kata babi tu tak boleh makan pasai kotor, la ni apa macam kalau hang mandikan babi tu dulu, bubuh shampoo,
bubuh sabun apa ka, kemudian tempek bedak bagi gebu apa ka, last sekali mau boh lipstick apa sikit, baru nampak comel. Jadi,
lepas tu, boleh la pi sembelih, kemudian mau buat masak asam, bagi hang mentahkedarah....Nauzubillahiminzalik...Kalau begini
la pemikiran pemimpin negara kita, maka inilah juga tanda akhir zaman yang pernah disebut oleh Nabi saw tadi.
Tapi yang pasti berlaku
sebelum menjelangnya hari qiamat ialah Islam akan dizahirkan oleh Allah sebagai pemenang dan kita sangat-sangat menanti saat
itu. Mungkin kita tak dapat menyaksikan saat itu kerana dah mati jadi rangka di dalam kubur. Tapi Insya`Allah, anak cucu kita
akan meraihnya. Kalau anak cucu kita pun tidak sempat merasai saat gemilang itu, mungkin cicit piut kita akan menyaksikannya.
Sebab itulah, kita kena banyak berdoa kepada Allah, "Wahai Tuhan kami, jadikanlah isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami, sejuk sedap mata memandang."...Kita balik rumah pun seronok aja. Tengok anak isteri,
sedap sejuk aje mata memandang. Memang inilah yang diidam-idamkan oleh setiap keluarga Islam. Tapi kalau anak-anak kita yang
kecik-kecik tu, yang belum baligh tu, kalau depa nakal sikit, tu kira biasa la. Pasai depa tak boleh pikiaq lagi. Tapi bila
depa dah dewasa nanti, dan boleh dah berfikir, maka merekalah yang akan menjadi harapan kita semoga mereka menjadi zuriat-zuriat
kita yang sejuk mata memandang. Bila orang tanya, "Eh, hang tau dak dia ni anak sapa?..Aku tengok bersih je air mukanya."...Jawab sorang lagi, "Dia ni la anak Sheikh kita tu."...Bila kita tua
sikit, orang kata pula, "Dia ni cucu sapa?..Aku tengok rajin sungguh pi masjid.
Rajin sungguh baca Quran."...Inilah yang
kita mau. Kita nak bina rangkaian-rangkaian ini dengan kita sebagai pengasasnya. Lalu bila zuriat-zuriat berqualiti begini
berkembang dan Insya`Allah bila mereka meraih kemenangan, maka pahala boleh kat kita sama walaupun kita dah mati tinggai tulang.
Sebab itulah, kita kena ikat awal-awal diri kita dalam perjuangan Islam.
Sebab itu, diperingkat
awal ini, kalah menang, kira Alhamdulillah. Yang pentingnya, kita telah berjaya melawan nafsu kita dengan meletakkan diri
dalam golongan yang mahu kepada al-Quran. Menang pun buat apa kalau menghentam dan menghina al-Quran?...Disini kita nak bagitau
kat org umno; kamu lawan kuliyyah ka atau kamu lawan ceramah ka, kamu jaga. Sebab Allah dah kata dalam Quran, "Setiap perkataan dan setiap perbuatan kamu, Raqib dan
Atid sedang mencatitnya."...Mana kita
nak lari?...Hidup kita ini sentiasa dikawal oleh Allah dengan segala pengawalnya yang siap sedia menjalankan tugasnya.
Sebab itu, bila kita
faham hadith ini, maka kita kena tahu akan kaedah berdakwah. Iaitu ada suasana yang perlu kita marah dengan sesungguh-sungguh
marah. Ada suasana kita kena berlembut. Dan adakalanya pulak, kita kena flexible. Jadi, kesemuanya bergantung kepada suasana.
Contohnya, macam ni. Katalah satu syeikh mana ka pi buat salah dan kita memang boleh marah kat dia, tapi kalau dengan marah
itu akan membuatkan dia tak mau "isi borang", maka janganlah kita marah kat dia. Kita gunalah kaedah lain supaya dia tertarik
kepada perjuangan Islam yang sebenar. Kalau kita guna kaedah lembut, maka kesabaran menjadi keperluan. Berdoalah kepada Allah
sepertimana yang diajar oleh Nabi saw, "Tumpahkanlah
keatas kami kesabaran bila kami diuji oleh Mu wahai AllahH. Sabarkan hati kami. Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami. Tetapkan
perjuangan kami. Istiqomahkan kami, walau badai melanda, walau habuan mendatang, kami minta tetapkan hati kami, Ya Allah.
Setelah kami istiqomah, bantulah kami menentang golongan yang kuffur itu."...Lalu ustaz Halim mendefinasikan pula istilah kafir atau kuffur dalam doa di atas. Menurut ustaz, kuffur/kafir ini, dia bukan bangsa, tapi dia adalah sifat. Sebab itu,
TG Nik Aziz pesan kepada kita supaya jangan panggil orang cina hindu ni sebagai orang kafir. Kita kena gunakan istilah "bukan
Islam" kepada mereka. Sebab mereka belum terima risalah Islam lagi. Yang kata kafir/kuffur ni sebab mereka tolak Islam. Itu
bezanya antara istilah orang bukan Islam dengan istilah kafir. Contohnya, kita lihat dalam ayat 5 Suratul Fath, macamana Allah
guna istilah kafir. Ayat ini bermaksud, "Dan
Kami akan memasukkan ke dalam syurga itu, mukmin lelaki dan mukminah perempuan. Syurga yang dibawahnya mengalir beberapa batang
sungai dan kemudian mereka kekal di dalamnya. Dan supaya Allah menghapuskan KESALAHAN mereka."...Maksud kafir dalam ayat ini ialah "kesalahan" mereka. Dalam ertikata lain "kafir" bermaksud hati yang ditimbus dengan kebendaan dunia menyebabkan hati itu menolak
Islam. Yang ni yang TG Nik Aziz pebetoi hari tu tentang kalimah "kafir". Maknanya, orang yang belum terima risalah Islam,
mereka bukan kafir. Yang kata "kafir" ni, orang yang tahu dan faham Islam, tapi depa
tolak Islam....Nauzubillahiminzalik.
Jadi, inilah kaedah-kaedah
yang perlu kita ambil dari apa yang Rasulullah saw ajar kepada kita; iaitu :
a) adakala dia bersabar.
Orang bubuh najis atas kepala pun, dia bersabar juga.
b) Adakala pula,
dia tak ampun kesalahan orang. Contohnya dalam Perang Badar, dimana Nabi mengarahkan Saidina Ali menghukum pancung ke atas
an-Naba` al-Haris dan `Uqbah bin Abi Mu`ayat. Mereka berdua ini adalah tawanan Perang Badar yang minta ampun kepada Nabi,
tapi Nabi saw mengarahkan Saidina Ali penggal leher mereka. Maka ini menunjukkan Nabi cukup bertegas.
...Ini semua kita
kena imbangkan dalam perjuangan Islam, barulah nampak indah dan cantik perjuangan tersebut. ....bersambung....
|