Muqaddimah - Bab 10 - Hadith 41

Hadith 41:

Dari Aisyah rha, katanya: Rasulullah saw, bersabda: "Satu angkatan tentera hendak menyerang Ka`abah, maka apabila mereka berada di suatu tanah lapang, ditimbuskan mereka seluruhnya dari awal hingga ke akhirnya."...Saidatina Aisyah merasa musykil serta bertanya dengan katanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana mereka ditimbuskan seluruhnya pada hal ada diantaranya orang-orang yang berjual-beli dan orang-orang yang bukan dari tentera itu?"...Baginda menjawab: "(Ia!) Mereka seluruhnya ditimbuskan, kemudian mereka dibangkitkan pada hari qiamat (dan masing-masing dibalas) menurut niatnya." (HR Bukhari dan Muslim)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith ke41 yang kita baca pada kali ini, diambil daripada isteri Nabi saw yang diberi gelaran si "pipi merah". Cukup comel. Itulah dia Saidatina Aisyah radiallahuanha. Dari kalangan isteri-isteri Nabi saw, Saidatina Aisyah lah yang paling banyak sekali meriwayatkan hadith Nabi saw. Iaitu berjumlah hampir 2000 lebih kesemuanya hadith yang diambil daripada Aisyah rha.

Dimana daripada Aisyah rha ini, terlalu banyak pengajaran-pengajaran yang boleh kita ambil. Terutamanya, yang berhubung dengan kebahagiaan rumahtangga, sepertimana yang dipraktikkannya bersama dengan Nabi saw. Diantaranya, Nabi saw selalu berbaring di atas ribaan Aisyah. Nampak tak tuan-tuan, punya manjanya Nabi saw. Kalau Nabi saw minum, baginda akan kongsi satu gelas dengan Aisyah. Dimana bibir Aisyah, di situlah bibir Nabi saw. Inilah satu contoh yang cukup payah untuk dipraktikkan, terutamanya orang-orang Melayu yang cukup mudah lupa. Waktu mula-mula kawin dulu, kemain lagi romeo and julietnya Sebelum kawin waktu bercinta bawah pokok dulu, jangan main-main tuan-tuan; kalau order koey teow pun, kira sepinggan ja. Tak main dua pinggan. Koey teow sepinggan, share sorang setengah. Tapi bila dah kawin, keharmonian rumahtangga seperti yang ditunjuk oleh Nabi saw dan Saidatina Aisyah rha, payah dah kita nak jumpa. Bekas minuman isteri tak lalu dah untuk dijamah melainkan kita lempaq gelas tu, suruh dia ambik lain atas alasan bini kita pengotoq. Tulah jawabnya. Takdak dah kebahagiaan.

Sebab itu, Islam yang Nabi saw ajar bukannya sekadar membaca al-Quran di dalam rumah sahaja, bukan sekadar menjadikan rumah kita "baitijannati"; tetapi Nabi saw ajar sehingga hubungan antara suami isteri menjadi suatu hubungan yang amat intim dan cukup indah sampai dibawa ke liang lahad. Inilah yang Nabi saw ajar kepada kita. Contohnya ialah seperti yang Aisyah tunjuk melalui pergaulannya dengan Nabi saw. Dan di rumah Aisyah lah, ketika Nabi sakit tenat, Nabi saw meminta izin daripada isteri-isteri yang lain supaya Nabi direhatkan di rumah Aisyah rha, sehinggalah baginda akhirnya menghabiskan nafasnya yang terakhir di rumah Aisyah rha...Nampak tak tuan-tuan, ada hukum disini. Iaitu hukum bagi sahabat yang beristeri lebih dari sorang. Kalau ada apa hal dengan salah seorang isteri sehingga kita terpaksa bersama dengannya agak lama, maka keadaan seperti ini hendaklah mendapat persetujuan dulu dari isteri-isteri yang lain. Jangan main ikut sedap kita je.

Okay, Aisyah lah yang mengambil hadith yang kita akan bahaskan kali ini. Hadith yang diambil daripada Nabi saw ini adalah tentang beberapa hukum dan pengajaran yang terlalu menarik untuk kita bahas. Pertamanya, Nabi saw ada menyebut tentang satu ketumbukan tentera yang hendak menyerang Ka`bah. Lalu Nabi saw kaitkan peristiwa ini dengan niat. Dan juga Nabi saw kaitkan peristiwa ini dengan betapa Allah swt akan memberi balasan kepada sesiapa sahaja yang menceroboh rumah-rumah suci Allah dan menceroboh hukum-hukum Allah. Dalam ertikata lain, sekiranya tempat/masa/hukum yang disuruh pelihara oleh Allah, tiba-tiba dicerobohi; nescaya ketentuan dan hukum Allah akan sampai kepadanya.

Peristiwa yang diceritakan oleh Nabi saw kepada Aisyah itu sebenarnya berlaku ketika Nabi saw sendiri dilahirkan. Yang kita semua tahu bahwa tahun itu dikenali dengan tahun Gajah. Punca berlakunya peristiwa itu ialah apabila Abrahah merasa cemburu melihat Baitullahilharam yang sering dikunjungi oleh manusia pada waktu itu dalam keadaan mereka tawaf dan mengerjakan ibadah haji mengikut kaedah Nabi Ibrahim as. Sebelum Abrahah ambik keputusan nak langgar Ka`bah, terlebih dahulu dia dah try buat suatu Ka`bah yang baru di negara dia sendiri iaitu di Yemen sekarang ni. Kalau tuan-tuan pi Yemen sekarang ni pun, Ka`bah palsu itu masih boleh dilihat lagi. Dia buat sebijik macam Ka`bah yang hat original. Dengan 4 segi dia, dengan hitam dia; kira sebijik macam Ka`bah. Tapi manakan sama dengan yang hat original, yang dibuat oleh tangan yang suci, iaitu dua orang rasul anak beranak, ie Ibrahim dan Ismail as. "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."...Inilah doa Ibrahim dan Ismail as ketika mereka selesai meninggikan Ka`bah. Jadi, macamana nak sama?...Yang hat kat Mekah dibuat oleh tangan rasul, manakala yang kat Yemen tu pula dibuat oleh tangan penderhaka. Mana boleh sama. Lebih-lebih lagi, dia dibina bukan kerana Allah, tetapi kerana cemburu.

Awat tak cemburunya?...Berpusu-pusu saban tahun tak putus-putus orang mengunjungi Ka`bah sehingga menyebabkan pertumbuhan negara kasar Mekah naik melonjak setiap tahun. Ditambah pulak dengan sistem perdagangan yang dimonopoli oleh Abu Jahal dan pemimpin-pemimpin Mekah yang lain pada waktu itu. So bila plan A Abrahah tak jadi, maka dilancarnya plan B iaitu langgar saja Ka`bah. Tapi belum pun sempat sampai ke Ka`bah, Allah timbuskan Abrahah dan bala tenteranya di suatu tanah lapang...Okay di sini, ust Halim Nasir mula nak istinbat hukum dari peristiwa Abrahah ditimbus di suatu tanah lapang tu. First sekali ust Halim sebut bahwa kawasan yang mereka ditimbuskan dan dihancurkan oleh burung Ababil yang membawa batu-batu daripada neraka itu ialah suatu kawasan yang disebut dengan nama "Wadi Muhassar". Tempat ni memang dalam kota Mekah dah pun. Kalau tuan-tuan dalam perjalanan ke Arafah, dan kalau driver bas Pak Arab tu cerdik (bukan mat Bangla), dia akan beritahu tuan-tuan kat mana yang kata Wadi Muhassar tu. Tapi kata ust, normally di Mekah, drivernya kebanyakan Bangla. Kadang-kadang tu sampai Arafah pun dia tak tahu, dia pi kelencong kot lain. Ini banyak berlaku. Tapi kalau driver tu Arabian, dia tahu kat mana Wadi Muhassar. Bila lalu saja, dia akan beritahu kita bahwa di sinilah Wadi Muhassar, di mana kawasan Abrahah dimusnahkan.

Okay, bila kita berada di kawasan seperti itu; pertama sekali yang kita mesti ingat ialah kawasan itu adalah kawasan yang dilaknat Allah swt. Ini yang perlu kita faham. Yakni apabila kita berada di kawasan yang Allah musnahkan suatu tamaddun atau suatu kaum, maka ulama` mengambil suatu ketetapan (satu istinbat yang cukup besar) bahwa kawasan itu adalah kawasan yang dilaknat Allah. Sebab itu kita tidak diizinkan berlama-lama di situ. Dalam suatu riwayat pernah menceritakan bagaimana Nabi saw pernah menaiki untanya dan apabila baginda sampai ke kawasan Wadi Muhassar, para sahabat menyatakan, "Kami melihat Nabi saw menghentak kakinya ke unta yang dinaikinya, dan mengarahkan untanya supaya cepat berlari kerana kawasan itu hendaklah ditinggalkan dengan segera, kerana kawasan itu adalah kawasan yang dilaknat Allah swt."...Ini sunnahnya. Sebab itu, kalau driver tu kata ini Wadi Muhassar, hangpa hangguk sambil tengok sekeliling sudah. Jangan suruh dia berenti pulak. Bukan pasai apa; takut satgi hangpa pi turun berkhemah, makan nasi, tangkap gambaq apa kat situ; satgi dengan hangpa-hangpa semua nanti jadi Abrahah kedua pulak. Sebab kawasan itu dilaknat Allah.

Begitulah juga di dunia mana pun sebab ulama` dah ambik hukum. Seperti di Laut Mati, di Jordan umpamanya. Yang asalnya disebut sebagai Sadum, yakni kawasan kaum Nabi Lut as. Bagaimana Allah menceritakan kebinasaan mereka di dalam banyak ayat di dalam al-Quran. Di dalam Surah az-Zaariyat ada ceritanya. Allah menyatakan bahwa ia bermula dengan kedatangan malaikat yang menjadi tetamu Nabi Ibrahim as. Untuk meraikan tetamunya itu, Nabi Ibrahim as memasak daging lembu yang dibakar (barbique). Jadi, sapa yang mula-mula sekali mengajar kita makan bbq?...Sebenarnya bukanlah mat salleh seperti yang kebanyakannya kita faham. Tetapi Nabi Ibrahim as lah orang yang mula-mula sekali ajar manusia makan bbq kerana bbq ini dia less fat dan kurang kolesterol.

Kemudian bila dihidangkannya daging bakar itu dihadapan 3 orang tetamu tersebut, tiba-tiba tetamunya itu hanya pandang sahaja hidangan itu tanpa menyentuh pun. Ini menyebabkan Nabi Ibrahim as jadi takut sebab 3 orang tetamunya kali ini nampak pelik sikit. Bagi air, depa tak minum. Hidang bbq, depa tak makan. Akhirnya bila tetamu bertiga itu lihat Nabi Ibrahim as mula risau, maka mereka pun memberitahu hal keadaan yang sebenarnya. Kata mereka, "Janganlah engkau takut! Kami sebenarnya malaikat Allah..."...Jawab Nabi Ibrahim as, "Ooo, begitu. Jadi, apa halnya kamu datang ke mari?"...Mereka menjawab, "Kami datang ni untuk singgah sekejap di rumah kamu dan memberitahu kamu bahwa sesungguhnya kami akan pergi ke negeri Nabi Lut as untuk menghantarkan kepada kaum mereka batu-batu daripada langit yang dibakar. Dan batu-batu itu telah ditanda..."...Mengikut tafsir, maksud batu bertanda itu ialah ada nama masing-masing pada batu-batu yang diturunkan oleh Allah tu. Katalah yang nak kena rimbok tu namanya Abdullah, maka pada batu itu akan terpampanglah nama "Abdullah". Batu yang bertanda "Abdullah" tu akan cari orang yang bernama Abdullah, dan akan rimbok dia sampai dia mampuih. Jadi setiap batu itu mesti ada nama, dan dia akan cari penama tersebut. Lagu tulah ceritanya. Sehinggalah akhirnya diranapkanNya kaum Nabi Lut as, dan ditinggalkanNya untuk kita Laut Mati.

Memang tak salah untuk kita ziarah Laut Mati tu. Setakat nak ambik gambar untuk jadikan kenangan bahwa kita pernah sampai di bumi ambiya`dan dah sampai di kawasan bumi Nabi Lut as, itu takpa. Tapi jangan kita berlama-lama di situ kerana kawasan itu adalah kawasan yang Allah timpakan laknat sehinggakan kaumnya dimusnah dan dibinasakan. Ini ceritanya, tuan-tuan. Ataupun sekadar berenti dalam 5 minit, untuk ketua rombongan itu bagi sedikit tazkirah (ceramah dah tak boleh la ni. Jadi apa salahnya buat sedikit tazkirah). Okay bila berenti tu, panggil semua orang, tunjuk kat depa; inilah dia negeri kaum Nabi Lut as yang dulu lebih bertamaddun daripada kita. Akibat mereka langgar hukum ketetapan Allah, maka akhirnya inilah yang jadi pada mereka. Jasad mereka diranapkan bersama-sama dengan negeri mereka sekali, dan roh mereka dibakar di dalam neraka Allah...Nauzubillah. Jadi, kalau nak ambil pengajaran begitu, tak jadi kesalahan kalau kita nak berenti seketika.

Begitulah juga kalau kita pi di Tasik Fayyum di Mesir. Kerana tasik Fayyum inilah dulu Qarun hitech. Di situlah dulu kilang textilenya, kilang akar kayunya, kilang baja padinya; bolehlah dikatakan segala jenis kilang ada kat situ. Hebat si Qarun ni tuan-tuan. Kalau tuan-tuan buka Suratul Qasas, tuan-tuan akan jumpa cerita Qarun. Kata Allah, "Sesungguhnya Qarun itu asalnya adalah dari kaum Musa as..."...Setengah riwayat kata dia sepupu Nabi Musa as. Setengah riwayat kata dia anak penakan Nabi Musa. Setengah riwayat kata dia adalah pakcik Nabi Musa. Banyak riwayat si Qarun ni tuan-tuan, tapi nak ceritanya, dia adalah Bani Israil. Asalnya memang dia ni papa kedana, naik gerek buruk aja; tapi bila kena-kena saham cepat kaya, dia jadi trillionaire teruih. Memang lupa daratan jadinya ketika tu. Kayanya si Qarun tu sehingga kata Allah, "...,sehingga kunci-kunci kilangnya dipikul oleh pemuda-pemuda yang bertubuh sasa belaka,..."...Ditafsir ayat itu oleh al-Imamul Mujahid rahimmallahu ta`ala. Katanya bahwa yang Allah maksudkan dengan pemuda yang sasa tubuhnya itu ialah 40 orang pemuda yang berbadan tegap-tegap belaka yang memikul kunci kilang-kilang Qarun...Sikit punya kilang ka tu tuan-tuan?...Dia punya pak guard, kita tak tau banyak mana yang dia hire?...Pasai sikit punya pintu ka nak kena jaga tu. Dia punya pagar pun, kita tak tau besaq mana?...Kemudian gaji yang dia nak bayar kat employee dia tu, sikit punya cerita ka?

Tapi sekaya-kaya dia, akhirnya ke mana dia tuan-tuan?...Dia ditimbus ke dalam bumi dan kawasan itu dilaknat oleh Allah swt. Kalau pergi tasik Fayyum untuk ambik gambar, takpa. Balik kemudian, kita cuci untuk jadikan pengajaran bahwa inilah dulu ahli korporat yang paling dahsyat dalam Quran. Yang Allah cerita dalam Quran macamana kehebatan hartanya, kehebatan kilangnya, kehebatan industrinya; tetapi bila dia kuffur kepada Allah, Allah ranapkan kilang-kilang dia dengan dia-dia sekali Allah benamkan ke dalam bumi...Apakah Allah tak boleh buat seperti itu di M`sia ni?...Apa hangpa ingat Allah tak tau M`sia ni kat mana?...Bukan pasai apa tuan-tuan; pasai pernah dengar suara-suara sumbang kata, "Allah boleh buat di Jordan saja. Di sini tak boleh."...Cis! taik kucing punya manusia. Apa hang ingat Allah tu tok wan hang ka?...Allah boleh buat pada sesiapa saja yang Dia mahu. Buka Suratul Mulk, tengok apa Allah kata dalam ayat 16-17?...Kata Allah, "Apakah kamu berasa aman dgn Aku? Dimana Aku boleh membelah bumi dan membenamkan kamu ke dalam bumi. Apakah kamu boleh berasa lega dengan Aku? Sedangkan Aku boleh hantar untuk kamu ribut taufan yang cukup dahsyat yang sekaligus boleh meranapkan kamu!"...Inilah amaran Allah di dalam Quran, supaya kita dengan Allah ada adabnya. Jangan sampai kurang ajar dengan Allah. Jangan ingat Allah tak tahu kejahatan kita...nauzubillah.

45357_poster405.jpg

Begitulah juga kalau kita melawat Piramid di Mesir. Baru-baru ni ada sahabat cerita dalam Discovery Channel, ada depa tunjuk macamana ahli-ahli sains pi korek kubur-kubur Firaun. Bukan saja depa korek kat Piramid, malah kat mana-mana saja dalam bumi Mesir ni yang depa rasa ada kubur Firaun, puak-puak geologi ni akan gali dan buat penemuan tentang mayat-mayat Firaun. Sahabat tu cerita bagaimana dilihatnya sendiri memang ada lagi mayat-mayat Firaun yang masih lagi elok. Dengan hidung dia, dengan mata dia, dengan gigi dan jari jemari yang masih elok lagi; puak-puak ikeologi dan geologi ni pun ambik pi awet. Depa bubuh tepung, depa bubuh tongkat ali apa semua ni, kemudian depa bungkus balik, lepas tu depa scan masuk computer untuk disimpan sebagai bahan kajian. Berpuluh-puluh mayat Firaun yang mereka korek, iaitulah raja-raja Firaun semenjak dari zaman Nabi Yusuf as sehinggalah zaman Isa as.. Tak kiralah zaman mana pun, sekiranya depa menentang Allah dan rasul, maka mereka bergelar fara`a atau jamaknya Firaun. Sahabat tu kata dia lihat dengan penuh takjub kerana dengan ilmu yang Allah beri pada puak-puak ikeologi/geologi ni, kita dapat tengok kembali macamana rupa raja-raja Firaun yang dikebumikan ribuan tahun dahulu. Ada antara mayat tu masih lagi berkalong dileher mereka, maklumlah mereka adalah orang-orang besar yang kebanyakan ditanam sekali dengan harta-harta mereka. Bila kita tengok begitu, maka timbullah keinsafan. Kerana mereka inilah dulu golongan yang berkuasa, yang boleh suruh polis buat apa sahaja untuk mereka. Tetapi bila mereka mati, itulah rupa mereka. Roh mereka dibakar dalam neraka Allah...Nauzubillah...Jadi, benda-benda lagu ni, manusia kena ambil iktibar.

Balik kita kepada hadith tadi. Lalu Nabi saw kata Allah ranapkan tentera bergajah itu di suatu tanah lapang. Daripada hadith ini juga, kita boleh ambik satu lagi pengajaran. Iaitu betapa Allah telah meletakkan binatang ada nilai dalam Islam. Okay dalam kes Abrahah, kita boleh lihat ada gajah dan burung. Bila sebut saja burung, teringat saya kat kapalterbang. Cuba tuan-tuan tengok apa kata Allah tentang burung dalam Surah al-Mulk:19?...Kata Allah, "Tidakkah kamu melihat burung di atas kepala kamu, yang mengembangkan sayapnya?"...Allah suruh kita tengok burung ketika dia terapung di udara dalam keadaan sayapnya tak moving. Bila keadaan sayapnya steady itulah, Allah tanya kita, "Siapa yang pegang sayap dia menyebabkan dia tak jatuh?"...Kalau ikut logik, memang jatuh burung tu sebab graviti bumi. Lalu kata Allah, "Tiada yang pegang sayap burung itu daripada jatuh, kecuali Aku (Allah) yang bersifat Pemurah."...Sebab itu bila kita naik kapalterbang, kita kena cuba ingat ayat ni. Jangan main-main ooiiii, nunnn! 36,000 kaki kat ataih nuuu!...Komersial flight macam Boeing 747, 737, DC10, DC8, Airbus apa semua ni; according to international standard punya level, dia mesti terbang diparas 37,000 kaki tinggi. Kalau jet executive yang bawa bapak menteri/orang-orang besar apa semua ni, international level dia ialah 46,000 kaki tinggi. Tara tu punya tinggi, silap-silap boleh nampak bintang. Sebab tu ada yang tak ketahuan perangai tu. Tuan-tuan boleh bayang tinggi tu punya terbang, sapa yang pegang sayap kapalterbang tu?

Sehingga ust Halim Nasir sebut macamana ramai sahabat-sahabat pilot dia mai mengadu kata, "Kami ni ustaz, kalaulah ada kerja lain ataih darat ni, kami resign lama dah."...Tu dia yang kata pilot tu tuan-tuan. Gaji depa, masyaAllah, RM7000 sebulan. Kalau depa pi oversea walaupun hanya pi Singapore, allowance dia saja sari RM1000. Bayangkan kalau bawa pak menteri pi meeting PBB dua minggu di New York apa ka?...For RM14,000 inhand cash buta aja. Tapi main dengan takut punya pasai, gaji apa semua ni tak kira dah. Depa kata tu kalau jatuh tu, kira macam nangka busuk jatuh seketoi. Sebab dia bukan macam airforce punya fighters, yang boleh eject keluar pilot. Komersial flight mana ada kerusi eject. Jadi, kalau jatuh tu, kira daripada pilot sampai ke ekor, mau tahlil buang teruih. Jadi, kita mau bayangkan siapa yang pegang sayap tu kalau bukan Allah swt. Sebab tu, bila cecah saja tyre landing kat landasan tu, mau ucap "Alhamdulillah" banyak-banyak, syukur kepada Allah. Bukan saja time landing, time nak takeoff tu pun mau baca buang apa yang kita tau. Jangan main-main tuan-tuan. Allah boleh buat semua ni...nauzubillahiminzalik.

Inilah nilai binatang dalam Islam. Sebab itu kalau tuan-tuan rujuk dalam al-Quran, Allah swt meletakkan 7 daripada 114 buah surah dalam Quran itu dengan nama binatang. Nampak tak macamana Allah beri penghormatan pada binatang. 7 surah itu ialah:

i) Suratul Baqarah (sapi betina). Tuan-tuan boleh rujuk pada ayat 67, kata Allah, "Dan ingat! Ketika Musa berkata pada kaumnya: Bahwa sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu wahai Bani Israil supaya menyembelih sapi betina."...Inilah surah paling panjang dalam al-Quran dengan 286 ayat kesemuanya. Bukan kata surah saja panjang, ayat yang paling panjang dalam al-Quran pun ada dalam surah ini, iaitulah ayat yang menceritakan tentang hutang piutang.

ii) Suratul An`aam (binatang ternakan). Dalam surah inilah Allah cerita tentang binatang apa yang boleh kita makan dan binatang mana yang tak boleh kita makan.

iii) Surah an-Nahl (lebah). Surah lebah ni hebat tuan-tuan. Cuba tuan-tuan tengok ayat 68. Kata Allah, "Dan Kami telah ilhamkan kepada lebah: Wahai lebah! Kalau kamu nak buat rumah, buatlah di 3 tempat. Pertamanya, buatlah rumah di atas bukit. Keduanya, di atas pohon kayu dan ketiganya pada bumbung bangunan-bangunan yang didirikan manusia."...Sebab itu, kalau kita nampak di bumbung bangunan ada sarang lebah, jangan rasa pelik. Jangan dok kacau pi panggil bomba suruh depa tembak pulak. Dia buat kat situ pasai Allah yang suruh. Nampak tak tuan-tuan macamana lebah yang takdak akai yang tak pernah pun masuk sekolah, tapi bila dapat ilham daripada Allah swt, dia tunduk patuh pada perintah Allah. Tapi manusia walaupun masuk univ, dok bahalol tang situlah tak reti-reti perintah Allah. Cuba tuan-tuan compare; mana lebih elok, lebah atau manusia yang mempermain-mainkan ayat-ayat Allah?

iv) Surah an-Naml (semut). Kalau tuan-tuan tengok ayat 18, tuan-tuan akan dapati betapa hebatnya Allah swt. Dimana ayat 18 itu menceritakan bagaimana tentera Nabi Sulaiman as yang terdiri daripada manusia, jin dan binatang; sedang bersiap sedia untuk menyerang sebuah negeri. Lalu semut-semut yang berada dalam lubang pun dapat maklumat melalui sumber dari sb-sb mereka yang sentiasa bergerak mencari maklumat. Bila maklumat itu diterima, maka terbayanglah oleh semut-semut ini bila keluar saja tentera Nabi Sulaiman as, sudah tentu tentera-tentera itu akan membawa bersama dengan mereka kueh mueh, gula dan bermacam-macam jenis makanan. Sehinggalah semut-semut itu berkata, "Hoi! nampak gaya kenyang kita hari ni. Jom! kita pi nganga bawah kaki kuda tu. Satgi bila kuda tu hentak kaki dia, akan tumpah habihlah segala kueh mueh dan gula-gula tu semua. Bila dah kenyang, 5 tahun kita takyah buat apa dah."...Nampak tak tuan-tuan, punyala bangang puak-puak semut tu. Tiba-tiba seruan semut bangang ni didengar oleh puteri semut. Sebab apa kita kata puteri semut?...Sebab ada sebutan "Kha lat", ini membawa maksud muannas...Lalu berkatalah puteri semut, "Wahai semut-semut semua! Masuklah dulu ke dalam lubang. Masuk dulu, masuk dulu!..."...Awat dia tak kata macam tu tuan-tuan; dia tengok awai-awai lagi pakat habih semua keluaq dok nganga standby tunggu Nabi Sulaiman as mai. Punyala tamak sampai tara tu. Depa bukan tau keadaan satgi berisiko tinggi bila tentera Nabi Sulaiman lalu. Kaki kuda tu kalau pijak, depa nanti mampuih buta lagu tu ja. Kain pelikat ke mana, baja padi pun hancus, anak ayam mata ceme pun lingkup...Nampak tak tuan-tuan, macamana semut ajar kita politik. Semut ajar kita, jangan kerana dunia, hangpa mati. Sebab itulah Puteri semut tu seru, "Hoi semut! Masuk dulu dalam lubang. Bila kamu masuk, Sulaiman taklah pijak kamu. Bagi dia lalu dulu. Masa kuda tu hentak kaki dia, akan jatuhlah gula dan biskut tu. Selepas selesai depa semua lalu habih, kamu keluar kutip la."..."Ye tak ye jugak!", kata semut-semut tu. Jadi pakat masuk semua menyorok. Jenih bodo lagu ni bukan reti apa pun. Yang depa ingat; kain batik, kain batik, kain batik aja. Sampai tergadai aqidah pun depa tak tau. Ayat 18 inilah yang Allah ajar pada kita supaya jangan mati kerana dunia...Bila Nabi Sulaiman as dengar ucapan semut tu, baginda bersyukur kepada Allah.

Nabi Sulaiman as bukan kata bahasa semut saja yang baginda faham, malah semua bahasa binatang pun dia faham. Satu hari tu masa dia lalu di bawah sebatang pokok, tersenyum dia bila mendengar telatah sepasang burung yang sedang bergaduh. Lalu ada rakyat dia tanya, "Apa yang menggelikan hati tuanku tentang pasangan burung itu sehingga tuanku tersenyum?"...Lalu Nabi Sulaiman as cerita, "Burung betina tu marah kat burung jantan sehingga membebel-bebel sebab burung jantan tu lambat datang."...Nampak tak tuan-tuan; sampai ke tahap tu Allah beri ilmu kepada Nabi Sulaiman as. Adakah dia sombong dengan ilmunya itu?...Takdak tuan-tuan.

v) Surah al-Ankabuut (labah-labah). Cuba tuan-tuan tengok pada ayat 41. Inilah cerita tentang lemahnya undang-undang manusia seperti sarang labah-labah. Inilah yang Allah swt ajar. Iaitu sarang labah-labah adalah selemah-lemah rumah dalam dunia. Itulah tamsil yang Allah swt ajar. Maknanya, siapa yang tolak hukum Allah dengan mengambil undang-undang ciptaan manusia, maka samalah macam labah-labah buat sarang, yakni cukup lemah. Selalunya yang melekat kat sarang labah-labah ni hat kecik-kecik aje. Macam nyamuk, lalat, agas ni semua lekatlah, lalu datanglah labah-labah pun "ngap!" dia makan. Serupalah macam dunia hari ini pun. Hat curi yang kecik-kecik aje yang selalu dok kena. Macam hat curi ayaq tin kat supermarket, kenalah dalam 5 tahun penjara. Tapi kalau hat songlap berjuta-juta tu, hat bawa keluaq ngan briefcase 1 billion RM depan kita tu, hat rasuah bapak menteri tu dan sebagainya; yang ni semua tak pulak diambil tindakan. Contohnya macam kes BMF, sampai la ni tak tau apa cerita. Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat penyelewengan BMF, tapi selepas itu Jalil Ibrahim dijumpai mati dibunuh dalam kebun pisang di Hong Kong. Sampai sekarang file tutup. Inilah dia undang-undang manusia. Yang tidak dapat memberi keadilan kepada manusia secara menyeluruh. Lalu inilah yang Allah kata, "Sekiranya kamu tak ndak hukum Aku dan kamu ambik hukum manusia, maka samalah macam sarang labah-labah."...Memang spider web ni cukup lemah tuan-tuan. Kalau burung gagak lintas, dia nanti randuk; berkecai habih spider web tu, dengan labah-labah tu sekali nanti mampuih. Jadi kalau benda kecik memang lekat. Tapi kalau mai benda besar, dia akan ganggu sehingga tercabut habih undang-undang tu.

vi) Surah al-`Aadiyat (kuda-kuda perang). Inilah kisah persiapan untuk berjihad fisabilillah. Kalau ikut keadaan sekarang ni, mestilah ada kelengkapan seperti senjata, kenderaan, kereta kebal, jet pejuang dan sebagainya. Kisah dalam surah ni menceritakan bagaimana hebatnya larian kuda-kuda perang itu sehingga mencetuskan api di waktu Subuh.

vii) Surah al-Fiil (gajah). Inilah surah yang berkaitan dengan hadith yang kita baca pada kali ini.

...Inilah dia 7 surah daripada 114 yang Allah namakan dengan binatang untuk dijadikan iktibar kepada kita.

Okay sekarang kita sambung balik hadith tadi. Lalu Nabi saw kata bila Allah timbuskan semua, maka habih semua yang berada di persekitaran Wadi Muhassar itu pun pakat kena sama. Termasuklah peniaga-peniaga yang memang dok meniaga kat situ dan tak join pun dengan tentera Abrahah, pun mati sama kena timbus. Bila berlaku keadaan sedemikian, maka ulama` yang mengarang kitab ni dia ambik pengajaran. Pasai apa Allah timbus semua?...Sebab mereka berada betul-betul di tengah kalangan orang-orang yang jahat itu. Maknanya, bila turun azab, Allah lanyak semua sekali serupa saja.

Lepas tu kata Nabi saw, "Nanti pada hari qiamat, bila Allah bangkitkan balik, maka barulah Allah nilai niat masing-masing."...Maknanya kalau hat kena timbus sama dengan Abrahah tu baik orangnya; takpalah, ke syurgalah dia. Tapi nak sebutnya ialah bila turun aja bala, semua akan kena. Sebab itu dalam kitab ini ulama` sebut, "Sesiapa yang berada dalam kalangan orang yang melakukan maksiat atau fitnah, maka akan menanggung dalam dunia ini bala bencana yang menimpa mereka."...Makna, kalau hangpa join puak-puak umno/bn toghut ni, hangpa nanti kena sama. Walaupun hangpa tak buat kilang arak, tapi hangpa pangkah tu kira hangpa sokong sama la tu. Kalau tak dikafarah di dunia, di akhirat siaplah hangpa. Sebab itu, hadith ini dia ajar kita supaya berpaling daripada mereka yang takdak kerja lain, asyik dengan dunia, dunia, dunia; dan berpaling juga daripada jenih yang tak mau dengar langsung akan peringatan Allah. Jadi, bila segolongan manusia itu berpaling daripada Quran, maka hendaklah kita pun berpaling daripada mereka. Pasai apa?...Sebab supaya jangan sekali kena bala bersama dengan mereka. Itu maksudnya tuan-tuan. Tapi kalaulah kita secara kebetulan berada dalam kelompok orang jahat itu seperti yang diceritakan oleh Rasulullah saw ini, yang mana bila Allah hancurkan tentera yang menyerang Ka`bah itu; maka dengan kita-kita sekali kena. Bila berlaku sedemikian, lalu bila dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti, maka Allah akan nilai mengikut niat masing-masing. Kalau kata memang takdak dosa, maka lepaslah azab daripadaNya. Tapi kalau betoi join sekali, memang kenalah. Iaitu 2x kena. Di dunia kena timbus, manakala di akhirat dikena pulak azab...Nauzubillahiminzalik...Inilah yang saya maksudkan dengan "Allah akan jaga orang-orang Islam" yang berada dalam bangunan WTC semasa peristiwa 11 Sept tu dulu. Sebab ada sahabat mempertikaikan bila saya sebut lagu tu. Dan saya tak jawab balik sebab lupa dengan hadith ni. Sekarang baru jumpa balik. Jadi, bagi sahabat tu, inilah dia hadith yang boleh menyokong hujjah saya hari tu.

Okay tuan-tuan, inilah hadith yang terakhir ust Halim Nasir bahas dalam bab Muqaddimah. Jadi next punya posting, kita akan masuk jilid yang pertama.

Allahu ta`ala `alam.