Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
Hadith 35
Dari Ibn Mas`ud ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku
pada hari qiamat ialah orang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Tirmizi)
Muslimin muslimat yang
dirahmati Allah. Hadith yang akan dibicarakan kali ini adalah berkenaan elemen yang boleh membantu kita di Padang Mahsyar.
Kita semua kan tahu hari qiamat iaitu hari yang disebut oleh ribuan ayat tentangnya di dalam al-Quran ialah hari yang tidak
ada siapa yang sudi menolong kita. Firman Allah dalam Surah `Abasa:34-36 yang bermaksud, “Pada hari itu, saudara
mara lari meninggalkan saudaranya, ibu dan ayah lari meninggalkan anak-anak mereka, begitu juga anak-anak lari tidak pedulikan
ibubapa mereka, suami lari meninggalkan isterinya, begitu juga isteri tidak lagi mempedulikan suaminya,”…Inilah
dia qiamat. Hari yang paling ditakuti oleh sekian para nabi dan rasul alaihimassalam tuwassalam. Contohnya cuba tengok doa
Nabi Ibrahim as dalam Surah asy-Syu`arak:87 yang bermaksud, “Dan janganlah aku dihina pada hari kebangkitan,”…Nampak
tak tuan-tuan, Nabi Ibrahim pun gerun dengan hari qiamat. Walaupun diberi gelaran “Khalilullah” (teman rapat Allah),
tapi masih bimbang dia. Berjuang dia sampai kena humban dalam api. Macam tu pun Allah nak hina dia ka?…Tapi itulah yang
didoanya. Sebab itu, doa para nabi ni kita kena memorize selalu untuk dijadikan sebagai doa harian sebab apa yang depa sebut
tu atas bimbingan wahyu dari Allah. Bukan saja-saja seronok sebut.
Kemudian disebut
sikit gambaran Qiamat pada ayat seterusnya ie ayat 88 Surah asy-Syu`arak. Allah kata, “Pada hari itu tidak berguna
lagi harta benda dan anak pinak,”…Nampak tak tuan-tuan, Allah sebut harta dulu kemudian baru anak pinak. Inilah
dia sunnah al-Quran. Allah sebut begitu sebab Dia tahu manusia sayang lebih kepada hartanya daripada anak-anak. Kita pernah
baca kan dalam internet hari tu tentang cerita anak kecik dibelasah makbapak sendiri sampai last sekali hilang tangan si anak
kecik tu hanya sebab dia pi guris kereta bapak dia yang baru beli?…Semua dah bacakan cerita tu?…Inilah sebabnya
Allah kata manusia ni lebih sayangnya harta dari anak. Dan ayat seterusnya (ayat 89) Allah kata, “Yang nak selamat
(pada hari qiamat) ialah orang yang datang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.”
Okay sekarang kita
tengok pula doa Nabi Yusuf as yang dirakam Allah dalam Surah Yusuf:101 yang ada hubung-kaitnya dengan hari qiamat. Nabi Yusuf
kata, “Ya Allah! …Engkaulah pelindungku dunia dan akhirat. Wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim dan kemudiannya
tolong hubungkan aku dengan orang-orang yang soleh.”…Tu dia tuan-tuan yang kata Nabi Yusuf tu. Walaupun dia
dah nabi, tapi kebimbangannya pada hari qiamat tetap ada sehingga dia berdoa kepada Allah untuk diconfirmkan mati sebagai
muslimin dan seterus dikumpulkan bersama orang baik-baik. Ini dia cerita Qiamat tu tuan-tuan yang semua makhluk takut.
Dalam hadith yang disebut
di atas, selain sebut tentang Qiamat, Nabi juga sebut tentang “syafaat”. Apa yang kata “syafaat”
tu tuan-tuan?…”Syafaat” dalam bahasa kampung mudah fahamnya ialah boleh tolong orang lain. Manakala
dalam istilah Islam pula, “syafaat” itu bermaksud suatu keizinan yang Allah berikan kepada beberapa jenis manusia
di Padang Mahsyar untuk tolong orang lain ketika kalutnya pada hari itu. Nak tau jenis manusia yang diberi lesen oleh Allah
untuk tolong orang lain, tuan-tuan boleh rujuk Surah an-Naba`:38. Pada akhir ayat tersebut Allah kata, “Orang yang
diberi keizinan itu ialah di dunia lagi Allah dah redha dengan ucapan-ucapan dan perbuatan mereka.”…Maka disebut
dalam suatu hadith Nabi saw, yang dimaksudkan dengan “orang yang Allah redha dengan ucapan dan perbuatan mereka”
adalah tiga jenis. Yang pertamanya ialah al-anbiya` (nabi-nabi dan rasul-rasul). Keseluruhan nabi dan rasul berjumlah 114000.
Ada yang nama mereka disebut dalam Quran dan ada yang tidak. Dan yang keduanya ialah al-ulama`. Dari sudut lughah, alim ulama
bermaksud orang yang banyak ilmu. Contohnya, seorang yang mahir dibidang engineering, kita boleh panggil dia sebagai ulama
di bidang kejuruteraan. Jadi dari sudut Islam, alim ulama ialah orang yang reti nak differentiate halal haram, orang yang
reti hukum hakam. Sehingga disebut dalam hadith Abu Nuaim yang diriwayatkan oleh Tirmizi, kata Nabi saw, “Kalau dua
jenis manusia ini baik, maka rakyat juga akan baik. Tapi kalau kedua-duanya lingkup, maka rakyat pun turut lingkup. Mereka
ialah ulama` wal umara`.”…Nampak tak tuan-tuan, Nabi letak ulama` dulu baru umara` (pemerintah). Itulah tingginya
nilai ulama`. Yang terpaksa menghadapi ujian, cabaran dan makian daripada masyarakat. Ucapan mereka amat suka dikontroversikan.
Begitulah juga dengan tindakan mereka yang seringkali disalah-tafsirkan. Inilah dia yang kata ulama` tu tuan-tuan. Yang terpaksa
menempuh laluan yang begitu sukar dalam nak menerangkan Islam kepada masyarakat. Sebab itu, ulama` juga akan diberi lesen
untuk memberi syafaat pada hari qiamat. Dan yang ketiganya ialah asy-syuhada` (orang yang mati syahid). Tiga golongan ini
saja yang boleh bagi syafaat kepada orang awam macam kita ni di hari qiamat.
Dan dalam hadith yang
lain, Nabi sebut bahwa orang yang untung mendapat syafaat dari Rasulullah saw ialah orang yang mengucapkan “Lailahaillallah”
dengan ikhlas. Point yang nak bagitau di sini ialah apa bezanya antara khalu (ucapan) “Lailahaillallah” dan
ahli (orang yang mengerti) “Lailahaillallah”?…Perbezaannya
ialah kalau sekadar khalu “Lailahaillallah” sahaja, masih tak selamat; nak selamatnya kena jadi ahli “Lailahaillallah”.
Sebab disebut dalam hadith riwayat at-Tabarani bahwa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah
dengan penuh keikhlasan, dia masuk syurga.”…Maka sahabat tanya, “Apa dia yang kata ikhlas tu ya Rasulullah?”…Lalu
Nabi jawab, “Ikhlas itu ialah engkau memagari kalimah itu (Lailahaillallah) dengan setiap yang diharamkan oleh Allah.”…Maknanya
bila mengucap “Lailahaillallah”, maka on the spot kena mengharamkan yang haram dan menghalalkan yang halal,
baru boleh masuk syurga. Jangan jadi macam ustazah hat Baling nu tuan-tuan, yang menghalalkan kerja lacur dalam keadaan darurat.
M`sia darurat ka la ni kita nak tanya?…Mana ada. Banyak kerja lain lagi aih kat bumi M`sia bertuah ni dari pi jadi pompuan
jalang tu buat apa. Ni yang kata “dok tak duduk, pi buka pekung seniri”. Nampak tak tuan-tuan, depa (baca:umno)
ada rancangan, Allah pun ada perancanganNya. Rasa ana, Allah buatkan Dr Mashitah silap jawab. Tu saja. Sebagai seorang ilmuwan
agama, takkan dia tak tau kot kerja yang membabitkan zina tu haram. Dia tau, tapi dia tersilap jawab persoalan yang diaju
dalam harian metro tempohari. Cumanya sekarang yang jadi persoalan susulan ialah kenapa Dr Mashitah tak keluar sebarang kenyataan
untuk menjawab kutukan yang dia kena dari segenap penjuru, atau atleast dia tarik balik kesilapannya itu?…Inilah dia
yang kata egoism tu tuan-tuan. Bila dah ada nama apatah lagi pangkat, isu sebegitu besar hanya dipandang remeh kalau tidak
ada apa-apa kepentingan duniawi.
Sebab itu tuan-tuan
kita kena bersama dengan ulama` yang bercakap secara ikhlas, yang tidak ada kepentingan duniawi dalam kepala otak depa. Ulama`
macam ni kita kena jadikan rujukan, apatah lagi dia boleh beri syafaat untuk kita di hari akhirat kelak. Bukannya apa tuan-tuan;
nak harapkan muka macam kita nak pi mati syahid, perghhhhhhhhh!…tak nampak jalan tuan-tuan, penakut nak mampoih. Dengaq
saja bunyi siren, kira cari selipar, nak belah. Walhal ambulan yang mai, bukannya Fru. Nak mati syahid apa macam tu punya
gaya?…Sebab itu, muka macam kita ni kena cari tok-tok guru, alim ulama`. Kena pi mengaji kat depa. Mudah-mudahan alim
ulama` boleh bagi syafaat kat kita sebagai anak murid dia.
Okay yang kata “syafaat”
ni, dia ada banyak katogeri. Pertama ialah syafaat yang boleh melepaskan sengsara di Padang Mahsyar. Kedua ialah syafaat untuk
memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab. Ini adalah hak Rasulullah saw sebab dia boleh cam orang jenis macamana yang
bawa pi kat titian sirat, terus melintas macam kilat menuju ke syurga. Golongan jenih ni, takdak sapa boleh dakwa apapun kat
depa. Dan jenih syafaat yang ketiga ialah boleh bawa keluar orang yang ada dalam neraka. Ketiga-tiga jenih syafaat ni adalah
hak Nabi saw. Manakala bagi para syuhada`, mereka boleh mensyafaatkan kepada 70 ahli keluarganya yang berdosa. Dan para ulama`
pula, mereka boleh memberi syafaat kepada anak-anak murid mereka ketika dihisab. Memang Allah tetap akan tanya, tapi insyaAllah,
ringan. Dalam Quran sebut “hisaban yasiro”. Allah tetap tanya, umur muda kita buat apa, harta kita ambik dari
mana dan dibelanjakan ke jalan mana, tapi just simple-simple question saja sebab dah jadi geng-geng alim ulama` yang dipimpin
Nabi saw….Alaaah, macam interview nak minta kerja juga la tuan-tuan. Especially dalam open interview, kalau interviewer
tu dah ada orang, dah jumpa dengan calon yang mempunyai kriterea yang dikehendaki, maka hat interviewee lain-lain yang sedang
tunggu giliran tu kira naya la tuan-tuan. Bukan orang lain, ana seniri pernah kena. Bayangkan, ana minta bahagian engineering,
tapi yang dimintanya kita cerita apa yang ada di sebuah pulau yang tak pernah berpenghuni. Apa kejadah tu. Nampak tak tuan-tuan,
saja si interviewer nak pekena kita. Hangpa tau apa aku buat?…Ana bangun, minta balik fail particular ana yang si sheikh
interviewer tu tengah dok perati, sekali dengan fotostat-fotostat pun ana minta balik sebab nak print apa semua tu kena duit
jugak tu, and pastu ana sound kat dia, “Apa encik ingat I ni tourist guide ka? Buang masa saya saja.”…Pastu
dengan ayaq tu ana angkat kaki. Tapi lain la kalau ada “orang dalam” yang dah rekomenkan kita. Emmmpphhh, soalan
tanya kira very-very simple saja, “What is ur father name?”…Walhal nama kita lepas bin tu, nama bapa kita
la tu. Dia tau dah, tapi saja tanya. Lepas bagitau nama bapa kita, dia pun kata, “Okay boleh balik, tunggu surat dari
kami.”…Sah dapat dah tu tuan-tuan. Tu dia yang kata recommendation tu. Sama la juga dengan para ulama` ni tuan-tuan.
Recommendation (syafaat) daripada mereka amat kita perlu untuk melepasi check-point mizan yang pasti kita akan kena juga tuan-tuan
sebab muka macam kita memang tak layak masuk syurga tanpa dihisab. Dengan adanya recommendation dari Nabi ataupun ulama`,
insyaAllah, hisabnya mudah. Dapat hat tu pun jadilah. Takla teruk kena tanya hat bukan-bukan sehingga boleh terhijab aib kita.
Nauzubillah.
Jadi kesimpulannya,
antara jalan nak dapat syafaat dari Nabi saw, kenalah berusaha memperbanyakan selawat ke atasnya. Bila kata memperbanyakan
selawat, bukan makna lepas solat saja boleh selawat, malah at anytime boleh. Tengah drive, tengah jalan, tengah relax semuanya
boleh. Jangan lepas peluang ini tuan-tuan. Timbul persoalan; ada sahabat tanya, “Ya Rasulullah, di Padang Mahsyar nanti
macamana kamu nak kenal umat yang berselawat ke atas kamu?”…Selain perkhabaran dari malaikat, Nabi kenal kita
melalui kesan wuduk di tubuh kita. Sebab itu, ketika berwuduk diwajibkan meratakan air keseluruhan anggota wuduk. Buat betoi-betoi
sebab di akhirat nanti anggota wuduk akan bercahaya, maka senang Nabi kenal. Bab ini ada ulama` bahas. Sehingga menjadi sunnah
Nabi, berwuduk waktu nak tidor. Lalu ada muslimah tanya, “Kalau tak kawin takpa la. Kami hat kawin ni jenoh amik wuduk
kalu lagu tu. Dapat pulak suami hat jenih powerroot punya.”…Laaa…hat kawin tu memang la bila masuk tidoq
tu habih batai wuduk dah semua. Jangan dok pi keraih semacam pulak tak mau layan suami pasai nak jaga wuduk tu. Kalau nak
keraih, kerat dua katil tu lagi baguih. Jangan la pi faham hadith “ambik wuduk sebelum tidur” tu secara betoi
bendoi gitu saja. Yang nak sebutnya ialah ia menjadi sunnah Nabi saw ambik wuduk ketika nak tidoq. Tu saja.
Allahu`alam.
20/07/05

|