Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
Hadith 29
Dari Abu Darda` ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Tidak ada suatu hari yang terbit mataharinya
melainkan ada di kiri kanan matahari itu: Dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain
dari manusia dan jin, katanya: ‘Wahai sekelian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan
kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit (rezki) serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih
baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat’; dan tidak masuk matahari (terbenam
matahari) melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain
dari manusia dan jin, katanya: ‘Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat
yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan
nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah swt’.” (Imam Ahmad dan Ibn Hibban)
Muslimin muslimat
yang dirahmati Allah. Hadith yang ke29 pada kali ini akan menerangkan sebahagian lagi tugas dan fungsi para malaikat. Iaitu
pada kali ini Nabi saw mengaitkannya dengan terbit dan terbenamnya matahari. Ketika terbit maupun terbenam matahari, Nabi
mengisahkan bahwa ada seruan dari malaikat yang dapat didengar oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin.
Bila sebut “matahari”,
teringat ana pada Surah al-Baqarah:258. Dalam ayat ini bagaimana Nabi Ibrahim as menggunakan matahari sebagai hujjah dalam
perdebatannya dengan Namrud. Kata Allah, “Apakah kamu tidak lihat ketika Ibrahim dan Namrud berbantah-bantah tentang
keTuhanan Allah?…”…Ayat ini panjang, jadi cuba kita tengok di penghujung ayat tersebut. Iaitu bilamana
Nabi Ibrahim tengok Namrud masih lagi angkuh dalam perdebatan tersebut, maka Nabi Ibrahim menggunakan kebijaksanaannya dengan
berhujjah menggunakan matahari sebab matahari itulah yang dilihat tiap-tiap hari berlegar atas kepala Namrud. Kata Ibrahim
as di penghujung ayat tu, “…jika benar engkau hebat wahai Namrud!…silalah engkau terbitkan semula matahari
daripada barat!”…Akhirnya mati akai Namrud dengan hujjah Nabi Ibrahim itu. Kalah dia. Dan rentetan daripada
kekalahan debat itulah, maka Ibrahim as dibakar Namrud. Cerita ni panjang tuan-tuan, so ana rasa tak payahlah sambung sebab
point yang ana nak bagitau ialah Nabi Ibrahim as menggunakan matahari sebagai hujjah untuk mengalahkan Namrud dalam debat
perdana mereka. Itu saja.
Okay berbalik kita
pada hadith di atas. Nabi saw cerita ketika terbit saja matahari daripada timur, akan ada dua malaikat mengiringinya, kiri
dan kanan. Ini perkara ghaibiyah sebab kita tak boleh nampak. Kedua-dua malaikat ini pula bukan sekadar mengiringi terbitnya
matahari, malah depa pun bagi ceramah juga. Nampak tak tuan-tuan, tak cukup dengan tok guru dan ustaz-ustaz bagi ceramah,
Allah suruh malaikat pula bagi ceramah…Tu dia aih!
Jadi bila isi kandung
ceramah malaikat-malaikat tu tak boleh didengari oleh manusia dan jin, maka Nabi saw lah yang terpaksa menceritakan kembali
pada kita tentang mesej isi kandung ceramah tersebut. Nabi sebut bahwa para malaikat itu menyeru meminta kita supaya jangan
berhenti daripada terus melakukan amal bakti kepada Allah swt. Nampak tak tuan-tuan; sama saja seruan malaikat itu dengan
seruan tok-tok guru dan ustaz-ustaz yang sering kita dengar di kuliah-kuliah.
Okay bila sebut “amal
bakti” ni tuan-tuan, teringat ana dengan kata-kata dari seorang ulama yang bernama Hatim al-`Asom, katanya, “Atas
dasar apakah amal bakti itu kita lakukan?”…Persoalan ini perlu tuan-tuan sebab hari ini kita tengok ramai orang
pakat dok buat amal termasuklah artis tu pun, ie dengan konsert amalnya. Tapi atas dasar apa, kita pun tak tau…Okay
kemudiannya, Hatim al-`Asom kata lagi, “Daripada persoalan tadi, hendaklah kamu buat amal atas dua sebab yang besar.
Yang pertamanya, kamu hendaklah menyedari bahwa tanggungjawab yang Allah taklifkan ke atas kita, hendaklah kita sendiri yang
melakukannya. Bukan mengharapkan orang lain yang lakukan untuk kita…”…Contohnya dalam soal sembahyang. Kita
kena buat sendiri. Orang lain tak boleh sembahyang untuk kita, kecualilah kita dah mati. Itu cerita lain. Kemudian yang keduanya
pula kata Hatim al-`Asom, “…asas kepada amal soleh itu ialah menyedari maut yang sentiasa menjenguk kita.”…Ini
yang paling kita takut. Memang betul tuan-tuan, bila kita mati, takdak apa dah yang kita boleh bawa kecuali tiga benda yang
Nabi saw sebut, ie amal soleh dari ilmu yang bermunafaat, sedeqah jariah dan doa anak yang soleh. Itu saja.
Okay kembali pada
cerita seruan dari malaikat tadi. Nak ceritanya, semua seruan samada dari malaikat maupun dari para alim ulama, semuanya menjurus
kepada kebaikan belaka. Dan Quran sebut bahwa manusia ni apabila disampaikan berita kebaikan kepada mereka, bila pun, mereka
akan terbahagi kepada tiga golongan. Cuba tuan-tuan check Surah Faathir:32, Allah kata, “Kami telah turunkan kitab
kepada orang-orang yang Kami pilih diantara hamba-hamba Kami. Diantara mereka ada yang menzalimi diri sendiri dengan tidak
mempeduli langsung ayat-ayat Allah…”…Ini golongan pertama tuan-tuan dalam respon manusia terhadap ayat-ayat
Allah. Puak ni, depa tak ambik kisah tentang masjid, tak ambik tau pasai semayang jemaah, perjuangan jihad langsung tak tau.
Dunia Islam nak jadi apa, bukan urusan depa. Berapa ramai umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan yang terbaru
di Tak Bai Thailand dibunuh, depa tarak nak ambik tau. Yang depa tau, cerita mentahkedarah saja. So golongan macam ni, jangan
sekali-kali kita teringin nak join. Nauzubillah.
Golongan kedua kata
Allah, “…dan ada yang sederhana saja penerimaannya…”…Puak ni jenih maginal ngam-ngam
je. Hat wajib saja depa buat. Hat sunat tak berapa minat. Zakat bayar, tapi sedeqah kedekut. Solat fardu ok, tapi sunat ko.
Dan golongan yang ketiga kata Allah, “..dan ada yang berlumba-lumba ke arah kebaikan dengan izin Allah.”…Yang
ni insyaAllah kita tuan-tuan. Pantang saja dengaq ada jalan nak bawa kepada keredhaan Allah, gerenti involve punya. Golongan
beginilah yang mesti kita join, insyaAllah. Tapi!…ada tapinya tuan-tuan. Tapi yang ana nak bagitau ialah bukan senang
nak masuk dalam group ketiga tu tuan-tuan. Penghalangnya banyak. Tentang setan, ana rasa takyah mention la kot sebab dia memang
clear musuh kita. Tapi ada satu lagi musuh, yang cukup kacau, iaitulah nafsu kita sendiri. Dulu masa ana saja-saja duduk dalam
kuliah tasawuf, ana pernah dengar ust mention dalam diri kita ada 7 jenis nafsu. 3 jahat dan 4 lagi baik. Mari kita tengok
hat jahat dulu. Bukannya apa; kalau kita boleh kenal hat jahat tu, mungkin mudah nak counter. Harap-harap camtu la.
Okay inilah tiga nafsu
yang boleh menghalang kita daripada menjadi golongan yang berlumba-lumba ke arah kebaikan. Iaitulah:
i) nafsu amarah
– senang ceritanya, jenih hat tak isi borang la tuan-tuan. Jenih ni jahat, langsung tak boleh dengaq Islam. Tak boleh
tengok jubah serban. Bila dengaq hudud, terbeliak biji mata. Ini dia amarah tuan-tuan, 100% totally jahat.
ii) nafsu
lawwamah – nak tengok penting tak penting nafsu lawwamah, tuan-tuan check Surah al-Qiyamaah:1-2. Allah berfirman yang
bermaksud, “Aku bersumpah dengan hari qiamat, dan Aku juga bersumpah dengan nafsu yang namanya lawwamah.”…Tu
dia tuan-tuan yang kata nafsu lawwamah yang ada dalam tubuh kita tu. Nafsu lawwamah ni walaupun dalam katogeri nafsu jahat,
tapi dia buat baik juga. Tapi sikit-sikit saja. Contoh kalau sedeqah tu sekupang saja, walhal dia boleh beli rokok RM5 sehari.
Begitu juga bila mai kuliah. Nampak macam bersemangat pasai mai awai-awai. Tapi bila ustaz start saja kuliah, tiba-tiba dia
boleh lena. Siap mengeruh lagi. Semayang tarawih pun macam tu la juga. Mai bukan tak mai, tapi bila tok imam pulun satu rakaat
setengah juzuk, dia merungut siap hantar surat layang lagi. Ini dia tuan-tuan, petanda nafsu lawwamah cukup tebal. Benda-benda
baik ni tak berapa gemar nak buat. Bangun tahajjud cukup malas, tapi kalau euro2004, sanggup bersengkang mata, siap ready
dengan milo ais and kacang goreng.
iii) nafsu
mulhimah – ini jenih takdak istiqomah. Minggu ni mai kuliah, lepas tu break sampai 3 bulan, bulan keempat baru nampak
muka. Orang yang nak hafal Quran, kalau ada nafsu mulhimah, hafalan dia gerenti fail.
Okay, kita
dah berkenalan dengan ketiga-tiga nafsu jahat tuan-tuan. Jadi untuk nak counter, kita kena banyak buat zikrullah. Lawan dia
dengan “Lailahaillallah” (nafi, isbat). “Lailah” tu nafi. Takdak tuhan, takdak hukum, takdak keagungan.
Melainkan “illallah”, kecuali Allah (inilah isbat). Kena zikir banyak-banyak tuan-tuan sebab nak lawan nafsu jahat-jahat
ni bukan senang. Sebab yang kata nafsu ni, dia lebih senior dari akal. Buktinya cuba tengok bayi 5-6 bulan. Time tu mana dia
ada akal, tapi dia tetap nak makan. So makan dia tu didorong oleh nafsu. Nampak tak tuan-tuan; nafsu lebih awal muncul daripada
akal. Bayi 5-6 bulan, dia tak boleh beza lagi antara makanan dan najis. Akal dia belum sampai lagi. Inilah buktinya nafsu
lebih senior daripada akal. Sebab tu kita kena berhati-hati dengan nafsu. Kena rendahkan nafsu mulhimah. Kena tundukkan nafsu
lawwamah. Dan kena sepak terus nafsu amarah. Sebab kesemua inilah yang menghalang kita dari menjadi golongan yang berlumba-lumba
ke arah kebaikan. Ini dia tasawuf tuan-tuan.
Sekarang kita
tengok hat 4 baik punya pula. Nak sampai hat baik ni pun, masyaAllah, jenoh. Empat nafsu baik ialah :
i) nafsu kamil
– nafsu jenih ni khas untuk nabi-nabi sahaja. Jenih ni tak peduli apa dah. Bab perang, anytime boleh turun. Bab makan,
kalau ada makanan, dia akan pi cari orang ajak makan sama-sama. Kalau takdak makanan, posa. Kita boleh buat macam tu?…Takdak
pasai. Dengan la ni kedai nasi kandaq operasi 24 jam. Agak-agak tuan-tuan boleh ka control nafsu makan bila tengok baguih
punya satu macam lauk sotong dok lambai kat kita?…Takdak pasai. Sebab tu, nafsu kamil ini hanya untuk para rasul dan
para nabi. Kita takdak.
ii) nafsu
muthamainnah – nafsu ni kita boleh sampai tuan-tuan, tapi mujahadah kena tinggi seperti para sahabat radiallahuanhu.
iii)
nafsu mardiah / nafsu radiah – kedua-dua nafsu ni hampir sama, ie jenih redha akan segala ketentuan daripada Allah.
Contohnya katalah kereta kita rosak tengah-tengah highway. Waktu tu yang first sekali terlintas di fikiran kita apa tuan-tuan?..Adakah
ketentuan Allah atau nombor telefon mekanik?…Inilah dia ujian nak tahu ada tak nafsu mardiah/radiah kat kita…Nak
ceritanya apa tuan-tuan?…Nak ceritanya, walaupun kita dah kenal kedua-dua group nafsu tadi, namun untuk mencapai tahap
berlumba buat baik, cukup susah tuan-tuan.
Okay kembali
kita kepada perbahasan hadith. Kata Nabi saw lagi, “…pendapatan yang sedikit yang diredai Allah adalah lebih
baik daripada pendapatan yang banyak tapi melalaikan akhirat.”…Ini pesan Nabi saw tuan-tuan. Biarlah rezki
tak banyak mana, asalkan kita tahu guna rezki yang sedikit itu untuk mencapai redha Allah, itu kira ok dah tu. Itu lebih baik
daripada ada banyak harta tapi ianya sampai melalaikan kita ingatkan akhirat. Ada kereta besar pun buat apa kalau tak pernah
drive pi masjid. Ada banyak duit pun buat apa kalau kedekut nak infaq fisabilillah. Ini yang kata lalai tu tuan-tuan.
Kemudian di
penghujung hadith Nabi saw kata, “Apabila terbenamnya matahari, ada pula kiri kanan, dua malaikat berdoa kepada Allah
swt, kata malaikat-malaikat itu: Ya Allah!…disepanjang hari ini, ada hambaMu yang gunakan nikmat untuk Islam, mereka
guna harta pemberianMu untuk jalan yang Engkau redha, jadi tambahlah kembali harta mereka. Dan sekiranya ada mana-mana orang
yang hari ini tidak guna nikmatMu, timpakanlah kecelakaan ke atasnya (nauzubillah).”…Hadith ini nak ajar apa
kat kita tuan-tuan?…Sebenarnya hadith ini nak ajar kita supaya jangan putus berterusan buat amal soleh. Banyak ayat
dalam Quran menyebut bahwa orang yang buat amal soleh ini dapat dua ganjaran. Pertamanya ialah “minhum maghfirotan”
(mendapat keampunan Tuhan). Tuan-tuan tak ndak ka Allah ampun dosa kita?…Sedangkan dosa kita banyak tuan-tuan, ada yang
kita sedar, dan ada yang kita tak sedar. Walaupun kita dah tak ingat dosa yang pernah kita buat, tapi dengan “minhum
maghfirotan”, Allah tolong tutup semua dosa kita. Dan ganjaran yang kedua kepada orang yang soleh ialah “wa ajron
azima” (pahala yang besar). Tu dia tuan-tuan yang kata orang soleh tu.
Tapi nak capai
status “soleh” tu bukan senang tuan-tuan. Seperti yang kita sebut tadi, ie terpaksa kena tempuh “awarid”
(pelbagai halangan dan cabaran). Imam Ghazali telah mengkelas-kelaskan yang kata “awarid” ni, banyak. Antaranya
yang kita sebut tadi ialah syaitan dan nafsu kita sendiri. Begitu juga dengan harta benda. Sebab dengan harta bendalah kebanyakan
manusia terhalang untuk hampir kepada Allah. Contoh yang clear dalam Quran, sapa lagi kalau bukan si Qarun laknatullah, yang
akhirnya mati kuffur kepada Allah (nauzubillah). Jadi tuan-tuan, untuk berlawan dengan segala awarid ini, kita amat perlu
mujahadah yang tinggi. Kena bina sifat mahmudah, dengan “mukhlisin na la huddin” amat penting diambil kira.
Allahu`alam.