Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 3
Mari kita habiskan
sebahagian lagi perbahasan dalam Hadith 18. Tapi tidaklah secara detail sebab perbahasan yang lepas-lepas telah pun merangkumi
ciri-ciri al-Quran yang selebihnya. Kita hanya go thru secara ringkas sahaja.
Okay antara sebahagian
lagi ciri-ciri al-Quran ialah:
Ciri 9 : dialah
kitab yang menunjuki jalan yang lurus. Siapa yang berpegang dengannya, maka tidak akan terpesong hawa nafsunya. Tidak akan
timbul isu pramugara terlampau. Tidak akan timbul kes-kes ragut/bunuh yang semakin menggila sekarang ni. Tidak akan timbul
unsur-unsur penipuan dalam apa bentuk sekali pun sekiranya masyarakat berpegang kuat dengan ajaran Islam itu sendiri.
Ciri 10 : dialah kitab
yang kalimahnya tidak akan bercampur-aduk dengan ucapan makhluk. Ianya terpelihara sebab Allah memberi jaminan bahwa Dia sendiri
yang akan menjaganya. Ini disebut dalam al-Quran. Walaupun di dalam internet, kita lihat berbagai-bagai cubaan daripada musuh-musuh
Allah dengan memperkenalkan surah-surah palsu, namun ianya tidak dapat mengelirukan umat Islam. Inilah tanda bahwa Allah memelihara
kandungan dan kehebatan al-Quran.
Ciri 11 : Nabi
saw sebut bahwa para ulama tidak merasa puas dalam mengkaji isi kandungan al-Quran. Sampai ke hari ini pun, kita boleh lihat
ianya masih dikaji. Termasuklah yang mengkaji itu adalah sarjana-sarjana barat, sehinggakan ada sebahagian daripada mereka
memeluk Islam.
Ciri 12 : keindahan
ayat-ayatnya.
Ciri 13 : tentang
kemanisan dan kelazatan membaca al-Quran yang tidak pernah berkurangan. Ini satu benda yang tidak boleh dinafikan. Lihat saja
pembaca-pembaca akhbar. Kalau takdak isu-isu hangat, gerenti semua pakat mengeluh boring. Lebih-lebih lagi Utusan Malaysia,
lagila boring. Tapi ini tidak kepada pembaca al-Quran walaupun diulang berkali-kali. Inilah dia kehebatan mukjizat al-Quran
kerana ianya adalah kalam Allah. Bukannya ucapan manusia.
Ciri 14 : kandungan
yang menakjubkan sehingga membuatkan sebahagian daripada makhluk jin menangis dan merasa takjub ketika mendengar bacaan al-Quran.
Dalam hal ini, tuan-tuan boleh rujuk dalam Surah al-Jin:1 yang bermaksud, “Ingatlah wahai Muhammad saw, ketika Kami
mewahyukan kepada kamu, masa itu ada serombongan jin yang mendengar bacaan al-Quran yang kamu baca (ketika Nabi berehat semasa
pulang daripada suatu musafir), lalu rombongan jin itu melintas dan mereka mendengar, kemudian jin berkata: Sesungguhnya kami
telah mendengar Quran yang amat menakjubkan.”…Kemudian Allah detailkan lagi peristiwa ini dalam Suratul Ahqaaf:29-32.
Iaitu selepas rombongan jin tu mendengar al-Quran, lalu mereka pun balik pi jumpa kaum kerabat. Depa pula pi ceramah kat jin-jin
yang lain sehingga sebahagian daripada mereka memeluk Islam.
Ciri 15 : barangsiapa
yang berhujjah berdasarkan Quran, maka benarlah perkataannya.
Ciri 16 : barangsiapa
yang beramal ajarannya, diberikan pahala.
Ciri 17 : sesiapa
yang membuatkan keputusan berdasarkan hukumnya, maka adillah keputusannya.
Ciri 18 : dan sesiapa yang berdakwah supaya orangramai menurut
ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (bersama dengan orang yang didakwahnya juga) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.