Mastika Hadith
- Jilid 1
Bab 3 : Beriman
Kepada Kitab-Kitab Allah.
Muslimin dan muslimat
yang dirahmati Allah. Mari kita sambung kembali perbahasan pada hadith yang ke 18, iaitu yang masih lagi membicarakan persoalan
berhubung dengan sifat-sifat al-Quran. Di mana pada sesi yang lalu, kita telah membahaskan sifat yang ke2, iaitu Quran tolong
mengkhabarkan kepada kita tentang perkara-perkara yang akan berlaku selepas kita (i.e. selepas mati sehinggalah ke syurga
atau ke neraka...nauzubillahiminzalik). Jadi kali ini kita sambung sifat al-Quran yang ke3, iaitu, "al-Quran ini adalah
hukum-hukum mengenai apa yang berlaku diantara kamu;..."...Maknanya sifat yang ke3 ialah perkara berhubung dengan hukum
hakam.
Sebelum kita pergi
dengan lebih lanjut, ada satu persoalan asas yang perlu kita pecahkan. Iaitulah, apakah perlunya hukum kepada manusia?...Apakah
tidak boleh manusia itu dibiarkan begitu sahaja kerana Allah telah membekalkan akal kepada manusia?...Inilah persoalan-persoalan
asas yang perlu dibahaskan sebagai muqaddimah.
Sebenarnya jawapannya
cukup mudah kerana manusia adalah insan yang serba serbi lemah. Dan dalil yang kata manusia ni lemah, ada dalam Surah ar-Rum:54.
Inilah ayat asas yang menunjukkan kita mesti menerima hukum sebab kita sebagai manusia memang bersifat lemah. Ayat 54 Surah
ar-Rum bermaksud, "Allah itu adalah Tuhan yang telah menciptakan kamu dalam keadaan serba lemah..."...Cuba kita tengok
bayi yang baru lahir. Dia bukan tau apa pun. Dia kira tau menangis mau susu saja. Betoi tak tuan-tuan?...Minta maaf lah saya
kata; kalau compare manusia dengan binatang, kita boleh tengok binatang lebih hebat kekuatannya daripada manusia ketika dilahirkan.
Anak kuda yang baru 2-3 jam keluaq daripada perut mak dia, dia dah boleh berjalan. Cuba tengok kucing?...Baru seminit dua
dilahirkan, walaupun mata dia masih tertutup, badan masih basah sebab mak dia belum jilat lagi; tapi dia boleh tahu cari kat
mana lampung susu si mak. Allah beri ilham pada anak kucing itu minum melepaskan dahaga bagi menyambung kehidupannya. Tapi
manusia, Allah buat dalam keadaan serba lemah. Keluaq-keluaq daripada perut si mak, dia tak tau apa pun. Kemudian selang 2-3
bulan, barulah boleh menerap. Daripada menerap tu mulalah nak menyuloq. Kemudian start nak merangkak. Lepaih merangkak, baru
dapat kaki. Tara nak dapat kaki tu pun jenuh juga dibuatnya kita. Meragaih merata, tarik yang nu, tarik yang ni, jenuh kepung!...Tu
tara nak boleh berjalan tu.
Kemudian kata Allah,
"Setelah kamu lemah, Aku jadikan kamu kuat sikit..."...Jadi bila dah boleh berjalan tu, mulalah nak cari kawan pi main.
Pi sekolah apa semua. Boleh berjalan jauh sikit, baru luas mata memandang. Lepas tu sambung Allah lagi, "Selepas kamu kuat,
Kami akan jadikan kamu kembali lemah dan menjadi tua bangka beruban, lemah seluruh anggota badan..."...Tu dia tuan-tuan!
Ini Allah yang bagitau. Menunjukkan kita manusia ni takdak hebat tara mana pun aih!...Kita manusia memang lemah. Bila lemah,
maka ianya mestilah dibimbing dengan hukum hakam. Inilah asasnya. Dalam erti kata lain, hukum hakam adalah suatu perkara yang
lumrah di dalam kehidupan manusia.
Begitulah juga pada
setiap benda ciptaan Allah. Apa saja yang Allah cipta, pasti ada undang-undang untuknya. Sebagai contohnya, cuba kita tengok
pada tubuh badan kita sendiri. Cuba kita tengok lidah. Allah Ta`ala bagi lidah kat kita sebab Dia beri peluang kepada kita
bercakap. Firman Allah dalam Surah ar-Rahman:4 yang bermaksud, "Aku lah Allah yang ajar kamu al-bayan (bercakap)."...Sebab
tu bila kita dengar berbagai-bagai bahasa dalam dunia ini, maka ini menunjukkan Kebesaran Allah. Bayangkan dengan sekeping
lidah itulah kita boleh berbahasa Melayu, berbahasa India, berbahasa Cina dan berbagai-bagai bahasa yang lain; tidakkah itu
menunjukkan Keagungan Allah?...Tapi apa yang perlu kita ingat ialah walaupun Allah beri peluang kita bercakap, lebih-lebih
lagi dalam negara demokrasi yang diasaskan di atas sistem bebas mendengar dan bebas bercakap; namun Allah tetap letak hukum
pada lidah yang bercakap tu. Cuba kita lihat apa Nabi saw kata dalam satu hadith yang mafhumnya, "Barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia bercakap benda yang elok yang memberi manafaat sahaja, ataupun lebih bagus
dia duduk diam sahaja daripada cakap merapu mendatangkan dosa."...Inilah dia struktur undang-undang untuk lidah.
Kemudian cuba kita
lihat pula ketika Allah menghuraikan ciri orang yang berjaya dalam 11 ayat pertama Surah al-Mukminun. Kata Allah, "Beruntunglah
orang-orang yang beriman..."...Ibn Abbas ra menafsirkan perkataan "beruntung" itu ialah berbahagia. Siapa dia yang berbahagia
itu?...Dalam surah ini, Allah sebut hampir 10 ciri. Yang pertamanya Allah sebut, "Orang yang khusyuk dalam sembahyang.."...Ciri
yang kedua Allah kata, "Mereka yang meninggalkan ucapan dan perbuatan yang sia-sia."...Nampak tak tuan-tuan dalam Quran
pun ada hukum pada lidah. Maknanya apa tuan-tuan?...Maknanya, bercakap bersembang memang boleh tapi ada hadnya. Setakat duduk
sat ngan kawan-kawan sembang kena teh tarik, takpa; tapi bersembang tu biar ada faedah sebab semuanya dicatit oleh Rakib dan
`Atid. Itu yang kita kena reti.
Itu cerita lidah.
Begitulah juga dengan mata. Mata pun ada undang-undang dia juga. Iaitu perlu diajar melihat yang haq sahaja. Kalau tuan-tuan
buka kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali rahimallahu ta`ala, tuan-tuan akan dapati bagaimana Imam Ghazali membahaskan
tentang mata. Kata Imam Ghazali, "Di antara sebab sembahyang jadi tak sedap ialah terlalu banyak melihat perkara yang bukan
haqnya."...Pantang ja pompuan lalu, jege sampai terbeliak bijik mata. Inilah yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.
Bila tengok benda yang bukan haq, imej itu akan masuk dalam hati dan akan merosakkan hati. Itulah sebabnya sembahyang pun
jadi tak sedap. Jadi Allah Ta`ala letak undang-undang bagi mata ialah dia kena tengok yang haq sahaja.
Selepas Imam Ghazali
buat bedah siasat tentang kemudaratan yang dibuat oleh mata, dibahasnya pula cara mana nak diubati. Kata Imam Ghazali, "Mata
yang Allah berikan pada kamu itu, hendaklah kamu bekalkan vitamin padanya."...Antara vitamin yang kita tahu menjaga mata
ialah vitamin A (beta kerotin). Dia banyak terdapat dalam carrot (lobak). Sebab tu doktor menggalakkan kita minum carrot susu
tu. Itu dari segi saintifik. Hat Imam Ghazali kata, "Antara vitamin untuk mata ialah baca Quran."...Maknanya, jangan
dok mentahkedarah carrot susu ja sampai Quran tak baca. Kemudian kata Imam Ghazali lagi, "Antara vitamin untuk mata ialah
melihat warna hijau."...Sebab itu Allah buat alam ini warna hijau, bukannya color biru. Ini Imam Ghazali yang kata bukannya
saya. Dan teori ini telah diperakui oleh para doktor....Jadi apa yang ana nak bagitau ialah seluruh anggota tubuh kita ini
secara keseluruhan tertakluk pada undang-undang.
Apa lagi kita nak
tengok tuan-tuan?...Cuba kita tengok jalanraya. Tolong tunjuk jalanraya negara mana yang takdak undang-undang?...Pergilah
negara mana tuan-tuan nak pergi, di sana tetap ada undang-undang jalanrayanya. Walaupun pihak polis trafik mutakhir ini ada
kemudahan speedtrapnya, tetapi di jalanraya itu sendiri tetap kena ada undang-undangnya. Double-line itu maknanya apa tuan-tuan?...Maknanya
tak boleh potong. Kalau potong, kena saman maksimanya RM300 la jawabnya. Sebab apa buat double-line?...Sebab kawasan di situ
berselekoh. Bila kata selekoh, mesti kena bubuh double-line kat situ sebab dia cukup bahaya. Kita tak nampak lagu mana nanti
dok mai kot depan. Ini dia undang-undang. Hang langgar, hang kena hukum seperti disaman atau digantung lesen kalau kes tu
berat. Tambah-tambah hat ada P tu. P tu bukannya Pas, dia Percubaan. Pas tak kena gantung aih!...InsyaAllah. Hat nak kena
gantung, yang ada P percubaan tu. Mereka akan digantung lesen selama setahun dan sebagainya sekiranya cuai di jalanraya. Ini
dia undang-undang. Kemudian dengan signboard kiri kanan jalan, ada gambaq macam-macam pulak tu. Kalau kita nampak signboard
tanda masjid 500m, maknanya lagi 500m kita sampai la kat masjid. Kalau nampak gambaq lembu, paham dah, sure punya taik bersepah
kat depan tu. Sebab tu kena slow keta kita. Ini dia undang-undang. Mana ada tempat takdak undang-undang?...Hatta di dalam
syurga pun ada undang-undangNya. Ketika Nabi Adam a.s. masuk ke dalam syurga, Allah kata, "Jangan kamu hampiri pohon ini!"...Ini
dia ayat undang-undang untuk Nabi Adam as.
Okay basicnya ana
dah cerita supaya kita boleh nampak dulu apa yang dikatakan hukum hakam tu. Maknanya semua benda perlu kepada hukum hakam.
Okay sekarang mari kita bahas tentang apa yang Nabi saw kata bahwa antara ciri al-Quran itu ialah ianya adalah hukum yang
berlaku di antara kamu.
Sebenarnya cukup
banyak ulama`-ulama` mengambil peranan di dalam membahaskan haq-haq Allah swt. Antaranya Said Hawwa dalam bukunya al-Islam,
begitu juga as-Syahid Sayyid Qutb dalam Ma`alim Fithori` dll. Mereka ini mengulas tentang haq Allah begitu detail sekali.
Dalam banyak-banyak perbahasan ulama` ini, salah satu yang ust Halim Nasir petik ialah apa yang ditulis oleh asy-Sheikh Muhammad
Ismail di dalam bukunya al-Fiqhru al-Islami. Dalam bukunya itu, beliau menjelaskan bahwa diantara sifat hukum Allah yang terdapat
di dalam al-Quran ialah ianya bersifat "Zawajir". Inilah sifat yang perlu manusia ambik dan bawa keluar untuk disampaikan
pada masyarakat. Apa makna Zawajir?...Maknanya ialah prevention atau pencegahan.
Bila sebut hukum
Allah ni sebagai prevention, mari kita tengok beberapa contoh seperti yang disebut dalam al-Quran. Yang pertamanya, cuba kita
tengok hukum pengharaman riba. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:278-279 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah. Tinggalkanlah sistem riba itu termasuklah sisa-sisanya sekali, jika kamu rasa kamu ini masih beriman
pada Aku. Oleh itu, kalau kamu tidak sudi meninggalkan sistem riba, kamu masih nak beramal ekonomi dengan interest bunga kamu;
Aku nak beritahu kamu bahwa tindakan kamu yang tidak mahu meninggalkan amalan riba itu sebenarnya sedang berperang dengan
Allah dan rasul!"...Tu dia tuan-tuan! Besarnya dosa tu. Boleh menang ka kalau berperang dengan Allah?...Allah tumbang
si sombong Namrud dengan nyamuk je...Persoalannya sekarang mengapa Allah haramkan riba?...Para ulama` telah membahaskannya
dengan cukup panjang lebar. Diantaranya ialah al-Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Qardhawi, dia menyebut bahwa dalam masalah
wang riba ini kalau kita simpan duit yang kemudiannya berlaku interest atas duit tersebut, maka dia jadi haram. Daripada kita
biarkan duit tu dalam bank, dan ditakuti pihak bank menyalurkan pulak kepada pihak-pihak yang tak elok; baik kita keluarkan
duit interest itu dan bagi kepada maslahah umum; seperti untuk buat tandas awam, buat jambatan, buat jalanraya dan seumpamanya.
Duit riba guna untuk maslahah umum, takpa; tapi kalau buat isi minyak kereta, berdosa la jawabnya. Maknanya duit riba ini,
tak boleh pakai untuk individu. Itupun kata al-Qardhawi, "Kaedah yang kita ambik ini, iaitu bagi duit riba kepada maslahah,
ianya dikira yang paling ringan kita boleh buat."...
Berbalik kita kepada
persoalan, mengapa Allah benci riba?...Bila Allah haramkan riba, Allah sebenarnya nak ajar Zawajir (pencegahan) terhadap penindasan.
Maknanya, kenakan riba ke atas si peminjam itu adalah penindasan. Apa taknye?...Cuba tuan-tuan pikir; apabila kita sebut individu
ataupun satu kumpulan pinjam duit, retilah kita bahwa dia terdesak. Islam tak larang kita meminjam tapi kalau boleh elak,
lebih baik kita elakkan. Cuba tuan-tuan bagitau, siapa dalam net ni yang tak pernah pinjam duit?...Semua kita pernah meminjam.
Bila kita pinjam, itu bermakna kita takdak duit. Tiba-tiba pihak yang memberi pinjaman itu meletakkan kadar bunga pula, maka
itu adalah penindasan. Sebulan tak bayar, bunga naik. Setahun tak bayar, lagi la naik bunganya dengan kadar 2.5% dan sebagainya.
Inilah penindasan namanya. Islam tak izinkan penindasan berleluasa. Maka dengan sebab itu, Allah Ta`ala haramkan riba!...Inilah
dia prevention.
Dan memanglah dalam
kaedah apa pun, mencegah itu lebih baik. Sehinggakan para doktor pun mengambil prinsip itu, "Prevention is better than cure."...Ini
memang kaedah Islam. Iaitu mencegah sesuatu adalah lebih awla daripada mengubat sesuatu. Cuba tuan-tuan tengok orang yang
kena kencing manis. Tak kena takpa. Tapi kalau kena...Ya Allah Ya Rasul, cukup teruk nak mengubat!...Semua benda manis-manis
kena catu habis. Kita baguih punya minum fresh oren, dia boh ayaq mineral je. Habih hilang nikmat. Sorang kawan saya, muda
lagi tuan-tuan, umur baru 34, tapi dah sangkut kencing manis. Tahun sudah masa nak buka posa kat masjid, bila tok bilal azan;
kita buka posa ngan buah tamar, tapi dia buka posa dengan jarum (injection) masukkan insulin. Naik seram kita tengok jarum
tu pun. Pankreas dia dah malfunction, dah tak boleh produce insulin. Sedangkan insulin diperlukan untuk menghadamkan makanan.
Jadi apa yang perlu dia buat ialah terpaksa cucuk insulin. Ni kira dah peringkat kritikal dah, cumanya tinggai tak kena potong
kaki je lagi. Makna kata nak habag, teruknya bila dah berubat. Tapi kalau kita prevent di peringkat awal, ambik gula sekadar
nak gain tenaga, InsyaAllah diabetes ni tak sangkut. Doktor kata paling minima kita kena ambik gula dalam sehari hanyalah
setakat 10 - 15 sudu saja. 10 sudu tu kira cantik dah. Bukan tak boleh ambik langsung. Gula perlu untuk tenaga tapi kenalah
prevent jangan sampai ianya berlebihan sehingga melingkupkan tubuh.
Begitu juga dengan
kolestrol. Tubuh perlukan kolestrol, sebab tu kita kena makan daging. Tapi kalau berlebihan kolestrol, hari-hari makan daging,
hari-hari berkuahkan kari bersantan cantik punya; jawabnya jantung la pula. Kerana berlebihan kolestrol akan memekatkan darah.
Bila darah pekat, chances untuk arteri pembuluh darah tersumbat cukup tinggi. Kalau tersumbat, jantung tak boleh nak pam dan
terpaksalah operate kronori bypass. Tu yang kita tengok, doktor ambik wire peha boh tang ni, ambik wire kaki boh tang nu...sssaakittt
tu tuan-tuan oiii!!...Kalau okay pun, life dia tak macam orang normal dah. Hidup jadi susah. Tapi cuba kalau kita prevent
di peringkat awal; makan daging makan juga tapi minima setakat seketul dua saja, ambik santan sikit-sikit saja, InsyaAllah,
selamat tubuh badan kita.
Begitulah jugak dengan
hukum Islam, ianya zawajir. Dan para ulama` bersetuju bahwa diantara asas pencegahan yang Islam beri ialah pada 5 perkara.
Para sarjana-sarjana Islam tulis dengan istilah "al-quliat al-khamsu" (menjaga yang 5).
1) Islam menjaga
ugama - iaitu dijatuhkan hukuman bunuh kepada orang yang murtad. Maknanya ugama ni tak boleh buat main-main. Dah mengaku jadi
orang Islam, maka kena ikut undang-undang Islam. Macam askar la tuan-tuan. Bila dah jadi askar, hang kena berkawat tengah
padang. Tak jadi askar, tak payah la kawat. Bukan apa tuan-tuan, kita dok dengaq orang kata, "Dalam Islam ni mana boleh
paksa-paksa!"...Kalau hang belum Islam, ya, memang tak boleh paksa. Tapi kalau hang dah masuk Islam, hang kena ikut apa
yang ada dalam Islam. Sehinggakan ada kaedah kadang-kadang Nabi sa.w suruh mewujudkan sedikit kekerasan, seperti hadith "suruh
anak kamu sembahyang bila masuk umur 7 tahun, dan kalau masuk 10 tahun dia tak mau sembahyang, pukul dia."...Pasai apa
ada sedikit kekerasan di sini?...Ini ialah kerana nak mengajar anak kita bahwa sembahyang ni hang kena buat. Suka ka tak suka,
hang mesti sembahyang. Nampak tak tuan-tuan, macam ada sikit kekerasan. Tapi itu adalah kaedah. Jadi kalau hang tak Islam,
kita pun tak paksa hang masuk Islam. Kalau hang bukan askar, tak payah la pi kawat. Ada tuan-tuan bangkit pagi-pagi pi kerja
kena kawat?...Gila apa orang kata. Kalau askar, ya, dia kena kawat sebab dia askar. Kita tak payah la sebab kita orang awam.
Inilah dia kaedah
zawajir bagi orang yang main-main dengan ugama. Cakap ikut suka hati ja. Ini dipanggil riddah. Ianya boleh berlaku dengan
hati, lidah dan perbuatan. Memang kita boleh berhukum dengan lidah dan perbuatannya saja, tapi dalam hati hanyalah Allah Ta`ala
sahaja yang tahu, kita tak tahu. Kita hanya lihat yang zahirnya sahaja. Jadi samada dia menukar agama ataupun dia mencerca
Islam, maka first sekali kita kena suruh dia bertaubat dulu. Tapi kalau dia tetap tak mau bertaubat, ataupun dia kata dia
tak suka Islam ni sebab tu dia nak tukar agama walaupun bergurau, maka jatuh riddah. Okay step ke2, kita bawa pi dia ke mahkamah,
dan hakim tanya dia, "Kamu tahu tak dengan ucapan dan perbuatan kamu ini boleh jatuh aqidah?"...Kalau dia kata tak
tahu, tak boleh jatuh hukum tuan-tuan ooii!...Itu sebab dia jahil. Ulama kena ajar dia. Tapi kalau dia kata, "Memang aku
tahu ini salah!"...Maka hakim kena suruh dia bertaubat dalam masa 3 hari, supaya dia mengisytiharkan balik bahwa dia Islam.
Ini pandangan Imam asy-Syafie. Tapi kalau Imam Hanafi, tak payah tunggu 3 hari; kerat tengkok terus. Imam Hanafi agak keras
dalam hukum dia. Imam Syafie kata, "Hendaklah pihak polis memenjarakan dia selama 3 hari, dan semasa 3 hari dalam tahanan
ini hendaklah dihantarkan kepadanya guru agama untuk ditarbiyah."...Kalau dia sedar, Alhamdulillah. Tapi kalau dia kata,
"Aku tak mau! Aku tetap juga bertegas dengan statement hari tu."...Maka kata Imam Syafie, "Kalau pendiriannya tetap
tak berubah, maka hari ke4, hukumlah bunuh."...Sebab apa tuan-tuan?...Sebab hendak mencegah supaya jangan ada orang main-main
dengan ugama.
2) pencegahan menjaga
nyawa - iaitu dihukum bunuh kepada orang yang membunuh dengan sengaja. Kalau membunuh dengan tak sengaja seperti accident
langgar kereta umpamanya, itu kena bayar diyat. Ini kita dah mengaji dalam "Qanun Jinayah Syar`iyah" hari tu. Tapi kalau membunuh
dengan sengaja seperti kes Mona Fendey umpamanya. Sabit kesalahan mahkamah dapati memang dia bersama suami dan seorang pembantunya
yang membunuh adun Batu Talam, maka mahkamah kena jatuhkan hukuman bunuh. Dan Mona telah pun mati digantung walaupun dia kata
dia takkan mati. Kalau tuan-tuan baca Harian Metro, penulis tu cerita waktu tali gantung tu letak kat leher dia, dia kata,
"Saya tidak akan mati!"...Tak seram tengkok ka dengaq lagu tu tuan-tuan?...Apa meaning ucapannya itu, kita pun tak
tau...nauzubillah. Maka sebab itu, pencegahan untuk menjaga nyawa amat penting. Tak boleh main-main dengan nyawa.
3) Islam menjaga
keturunan - iaitu dengan mencegah penzina-penzina dengan hukum sebatan. Kenapa keturunan perlu dijaga?...Supaya yang bakal
lahir nanti adalah anak yang sah. Jangan kita ulangi peristiwa di zaman jahiliyah sebelum Nabi saw bangkit dulu. Iaitu antara
cara mereka berkahwin ialah first sekali 10 orang lelaki akan meniduri seorang wanita. Kemudian bila wanita tu mengandung,
dia akan panggil 10 orang lelaki tadi datang mengadap. Bila semua dah datang, wanita tu pun kata, "Hangpa 10 orang yang
tidur dengan aku dulu, baik sekarang aku nak pilih sapa pak kepada budak yang aku ngandung ni."...Maka dia pun pinpoint
salah sorang daripada mereka. Yang dipilih itulah yang akan tanggung. Hat 9 tadi boleh balik dengan leganya. Takke naya punya
kes tu?...Inilah dia zina sebelum zaman Rasulullah saw. Bila datang Islam, Nabi saw menghapuskannya dengan mengadakan hukuman
had.
4) pencegahan dalam
mencuri harta - iaitu dengan dipotong tangan orang yang mencuri (as-sariqah). Baru saja kita bincang dalam Qanun Jinayah Syar`iyah.
5) pencegahan menjaga
akal - iaitu dengan disebat peminum-peminum arak.
...Ini dia 5 perkara
yang ada dasar hukum di dalam al-Quran.
Dan sebenarnya apa
yang saya nak bagitau ialah negara kita M`sia ni adalah satu negara yang suatu waktu dulu pernah melaksanakan hukum Allah
secara total. Sebab itu kita musykil, mengapa sekarang ni kita tak boleh buat?...Mengapa sekarang ni kita bagi alasan, tak
bolehlah, susahlah, nanti dululah, itu inilah; sedangkan ianya terbukti negara kita pernah buat hukum Allah apabila terjumpanya
batu bersurat Terengganu. Batu bersurat ini ditulis pada 22 Februari 702 Masihi pada zaman Sultan Zainal Abidin ke2. Dimana
Batu Bersurat ini dijumpai?...Di Sungai Tersat, Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tuan-tuan boleh tengok Batu
Bersurat ini sekarang di muzium Kuala Terengganu. Kalau pi tu, jangan tengok saja. Baca tengok apa yang ditulis atas Batu
Bersurat tu. Apa dia tulis?...Bahasa dia antik tuan-tuan oiii!...Ni dia saya nak baca. "Orang berbuat bala cara laki-laki
perempuan. Jika menderhika bujang, palu se ratus rotan. Jika menderhika beristeri atau perempuan bersuami, ditanam hinggakan
pinggang, dihambalang dengan batu. Matikan."...Dihambalang tu bukan hulubalang. Dihambalang ni bahasa lama, orang Penang
kata hariya, orang Perak kata punggai, ambik batu baling. Dan kata Imam Syafie, "Setelah qadi menjatuhkan hukum sah seseorang
itu melakukan zina, dan setelah ditanam, maka orang yang mula-mula sekali melakukan lontaran hendaklah pemerintah. Kemudian
baru diikuti oleh rakyat. Dan barangsiapa yang lalu di tempat itu dan dia tahu hukum rejam sedang dijalankan, maka hendaklah
ditonton peristiwa itu."...Ini nak tunjuk kata, kita merestui hukum Allah yang sedang dijalankan itu dan membenci perbuatan
si penzina yang terbabit. Kalaulah kita lalu dengan motor, tengok orang ramai, kita pun tanya, "Apa tu?"...Sorang jawab,
"Hukum rejam sedang berjalan."...Kita pun kata, "Hmmm! Tak elok tengok tu."...Kita start motor, belah. Time
tu berdosa besar kita...nauzubillah.
Tadi kita baca daripada
apa yang ditulis pada Batu Bersurat Terengganu. Sekarang kita tengok pula Qanun Undang-undang Negeri Melaka di zaman Parameswara.
Tuu dia tuan-tuan. Sebenarnya Melaka pun pernah melaksanakan hukum Allah swt. Parameswara memeluk Islam dan digelar Sultan
Muzaffar Shah. Okay mari kita tengok Qanun Undang-undang Negeri Melaka Fasal 7.2. Apa dia sebut?...Dia tulis, "Adapun pada
hukum Allah, orang yang mencuri itu tidak harus dibunuh melainkan dipotong tangan."...Tu dia di Melaka tuan-tuan oiii!...Dah
buat dah. Benda dah ada dah. Tinggai nak gorek bawa keluaq, laksanakan balik. Pasai apa melayu umno lahabau ni tak mau?...Apakah
zaman Parameswara time tu takdak sorang dua orang cina, orang India?...Ana rasa ada. Walaupun migran ni berlaku selepas daripada
itu, Yap Ah Loy apa semua ni datang tahun 1700++, manakala Parameswara pula tahun 1500++; ana rasa mungkin ada sorang dua
hat terlepas naik tongkang mana ka, mungkin sampai ke Melaka time tu. Nak kata majmuk; zaman Nabi saw pun dah ada majmuk,
so takkan zaman Parameswara takdak majmuk?...Tu ceritanya. Maknanya hukum Islam memang sudah bertapak di bumi Malaya ni.
Dan di dalam Qanun
Undang-undang negeri Melaka tu juga, pada fasal 37.1 telah disebut tentang saksi zina. Dia sebut, "Saksi tidak diqabulkan
melainkan berhimpun pada saksi itu 5 perkara. Pertamanya, Islam. Keduanya, baligh. Ketiganya, akil (berakal). Keempatnya,
adil (dosa besar tak buat. Dosa kecik tak kekal). Kelimanya, menjauhkan dosa besar dan dosa kecil dan baik kelakuannya."...Inilah
dia sifat saksi. Dia tak habag pun tilam. Ada dia habag suruh pikoi tilam?...Mana ada...Hat pikoi-pikoi tilam ni, 2 ja. Kalau
tak polis pindah, askar pindah. 2 ni saja.
Jadi pointnya apa?...Pointnya,
M`sia yang dikenali Tanah Melayu waktu tu ialah negara yang pernah melaksanakan haq Allah swt. Jadi apa yang perlu kita buat
sekarang ialah kita minta pihak pemerintah dan pihak yang bertanggungjawab supaya membawa ini semua keluar balik, kerana ini
adalah haq Allah yang sama sekali tidak boleh dicabul. Barangsiapa yang mencabul haq Allah seperti disebut di hujung ayat
229 Suratul Baqarah, maka dia zalim. Sebab itu ianya dibahas sehingga ke tahap usul fiqh. Antara yang ana ingat sewaktu mengaji
dulu ialah ad-daroru uzalu (segala yang merbahaya, mesti dihilangkan). Dan juga antara yang ana ingat lagi ialah al-musyaqqah
tajlibut taisir (setiap yang susah mendatangkan kesenangan). Maksud dia macam ni. Mungkin kita tengok hukum potong tangan
ni leceh, hukum rejam ni susah nak buat, tetapi usul fiqh mengajar bahwa hasil selepas perlaksanaan hukum Allah itu ialah
kesenangan. Itulah kaedah yang diajar oleh Allah swt.
Wallahu ta`ala `alam.