Mastika Hadith - Jilid 1
Bab 3 : Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah.
First sekali cuba kita tengok beberapa firman-firman Allah yang dikhususkan tentang al-Quran. Seperti firman Allah
dalam Surah al-Kahfi:1 yang bermaksud, "Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan al-kitab kepada hambaNya (Muhammad
saw), dan Allah tidak menjadikan di dalam al-Quran itu sesuatu yang terpesong."...Juga sepertimana yang Allah firmankan
dalam Surah Fussilat:3 yang bermaksud, "Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu oleh Allah, itulah
dia Quran di dalam bahasa Arab..."...Juga sepertimana yang Allah firmankan dalam Surah asy-Syura:52 yang bermaksud,
"Dan demikianlah wahai Muhammad saw, bahwa Kami turunkan kepada kamu al-Quran sebagai roh (menghidupkan hati manusia
yang faham al-Quran); daripada urusan Kami..."...Maknanya apa yang saya nak bagitau di sini ialah banyak ayat-ayat
di dalam al-Quran yang menerangkan tentang kehebatan al-Quran itu sendiri.
Hadith 18 yang akan kita huraikan ini adalah satu hadith yang panjang. Ia menerangkan tentang ciri-ciri al-Quran, iaitu
sebanyak 20 ciri. Maknanya kalau sebulan satu, InsyaAllah 20 bulan kemudian baru habih. Amacam, ok kot 20 bulan?...Okay jom
kita start.
Hadith 18
Dari Ali ra, katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan
dan bala` bencana yang besar". Aku bertanya: "Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, ya Rasulullah?"...Baginda
saw menjawab: "(Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang
terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku
diantara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan
yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan
oleh Allah, dan sesiapa yang mencari petunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang
teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah jua "as-sirathol mustaqim" (jalan yang lurus). Dialah kitab
yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajaranNya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah
kitab yang kalimah-kalimahNya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama` pula tidak
merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut
atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab
yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata:
`Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.'
(Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan kitab itu, benarlah perkataannya; dan sesiapa yang beramal
dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan
sesiapa yang berdakwah supaya orangramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke
jalan yang lurus." (HR at-Tirmizi dan Darimi)
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang panjang yang diambil dari Saidina Ali karrammallahu wajhah
ini menerangkan tentang kehebatan al-Quran. Saidina Ali kw adalah sepupu dan juga menantu Nabi saw. Dalam hadith ini, Nabi
saw menerangkan kepada Saidina Ali bahwa nanti akan berlaku bencana terutamanya fitnah terhadap ugama Allah swt. Dan fitnah
ini selalunya akan direka dan dicipta oleh golongan-golongan yang memang tidak suka kepada Islam yang sebenar. Lihatlah apa
yang muslimin dan muslimat boleh lihat di dalam media-media arus perdana sejak akhir-akhir ini, bagaimana Islam ditimpa fitnah.
Habis saja perang Amerika/Iraq, maka bermulalah kembali perang saraf umno ke atas Pas. Tiap-tiap hari isu dimainkan. Kalau
takdak isu baru, isu lapok pun jadilah. Ini menandakan pilihanraya umum sudah hampir. Dan signal yang paling clear kita boleh
lihat, sekarang ni dengan tiba-tiba saja jalanraya-jalanraya diturap walaupun laluannya masih dalam keadaan tip top. Baru-baru
ini kita boleh lihat macamana umno cuba lagakan pihak istana dengan Pas. Taktik ini dah lama dah depa gunakan di Kelantan,
tapi tak berhasil pun. Sekarang depa cuba lagakan Pemangku Presiden Pas dengan DYMM mengenai isu yang sampai hari ini depa
tak reti-reti, iaitulah isu Negara Islam. Depa dah tau taktik ni tak berhasil di Kelantan, tapi nak guna juga, tak kebengong
punya kerja tu.
Keadaan seperti yang kita ceritakan tadi, tak pernah berlaku pun pada zaman Rasulullah saw. Jadi, pertanyaan yang diajukan
oleh Saidina Ali itu sebenarnya adalah untuk menolong kita, yakni umat yang dilanda berbagai jenis bencana mutakhir ini. Tanya
Saidina Ali, "Bagaimana kami nak keluar daripada bencana itu kalau ianya berlaku?"...Maka Rasulullah saw
jawab, "Tidak ada jalan kecuali Kitabullah."...Maknanya Nabi suruh kita balik kepada al-Quran. Dan selepas
baginda jawab, lalu disenaraikannya 20 ciri-ciri al-Quran. Tu yang saya kata tadi 20 bulan baru habih tu. Okay pada permulaannya,
kita bahas ciri yang pertama dulu.
Sifat yang pertama pada al-Quran ialah di dalamnya ada an-naba` (berita). Iaitu berita-berita tentang orang-orang sebelum
zaman Nabi saw. Apakah hikmahnya Allah suruh Nabi tengok kisah orang-orang sebelum dia?...Nak mudah fahamnya, cuba kita flashback
ke zaman kita kanak-kanak dulu. Waktu tu kita cukup manja dengan nenek. Sambil-sambil nenek makan sireh gambir dia tu, kita
pun bawa kopi ngan cucuk kodok sama-sama pi makan ngan dia. Waktu tu lah nenek akan bercerita kisah orang-orang zaman dulu.
Antara cerita yang paling famous ialah rabbit lumba lari dengan kura-kura. Sambil nenek makan sireh dia tu, dia pun cerita,
"Cu nak tahu tak?..Zaman dulu berlaku satu perlumbaan antara kura-kura dengan arnab, tau cu."...Apa pasal
dia cerita, kisah tu kat kita?...Yang kita ni melopong ja dok dengaq. Tak pernah pun kita tanya kat nenek, "Adakah
cerita tu cerita benar atau hanya rekaannya saja?"...Tapi kalau dia reka pun, awat cerita tu sampai walt disney boleh
buat kartun?...Boleh jadi walt disney tu pun ambik dari nenek kita jugak apa?...Entah ke betul, entah ke dongeng, entah ke
rekaan orang-orang tua zaman dulu, Allahu ta`ala `alam. Tapi itulah yang nenek kita cerita sambil kita dok pekena cucuk
kodok cicah kopi.
Diceritanya, "Satu hari masa binatang-binatang dalam hutan ni buat hari ko-kurikulum depa, ada la sekoq arnab
pi cabar sekoq kura-kura lawan lari, sebab dia tau kura-kura ni slow n steady. Stimroll pun laju lagi. Tapi kura-kura atas
ingin menjaga kulit keraih hat atas dia tu, maka dia pun sambut cabaran tu. Lalu berlakulah perlumbaan tersebut. Cumanya si
arnab ni suruh kura-kura start dulu, pasai dia nak relax makan carrot dia dulu. Bila dah habih makan carrot, barulah si arnab
ni lari lintang pukang laju, terus dia potong si kura-kura tadi. Bila dia kalih belakang, tengok kura-kura...nuuuu jauh kena
tinggai dan confirm kura-kura lambat lagi nak sampai, dia pun pi rehat bawah pokok, lantas dia pun tertidur dengan nyenyaknya.
Yang kura-kura ni pulak walaupun slow n steady, tapi atas semangat kesukanan yang tinggi, dia tak peduli, dia terus berjalan
dan berjalan, akhirnya dia melintasi kawasan si arnab yang sedang tidur tu, dan akhirnya kura-kura ni menang, dapat pingat
mas dan dihantar ke sukan Olimpik 2004!"...Sebenarnya daripada cerita ini, apa point yang nenek nak bagitau kat kita?...Point
nenek ialah dia nak bagi satu pengajaran, iaitu jangan sekali-kali kita sombong takabbur. Walaupun nenek tak reti "qolallah,
qola rasulullah", yang dia reti hanya dengan sireh dan cerita rabbit/kura-kuranya saja, tetapi dia ada mesej yang nak disampaikan.
Iaitu dia mau bila cucunya besaq nanti, jangan jadi sombong cakap besar macam rabbit tu. Cucu dia pun hangguk-hangguk, "Ya
la nek!"...Tapi bila dah besaq, tengok-tengok jadi toghut...Kurang ajaq sungguh. Yang dia hangguk dulu tu bukannya
dia paham, dia main angguk saja. Point nenek ialah kita jangan jadi sombong, jangan dabik dada, jangan cakap besar, lari dia
saja yang laju macam si arnab tu. Nenek mau kita jadi macam kura-kura yang tahu ukuran baju badan sendiri. Dia tahu,
dianya slow, so dia tak paksa dirinya berlari. Dia tahu prestasinya, dia tahu dimana level confidentnya, maka akhirnya dia
menang atas sifat rendah dirinya. Dan si arnab kalah dan di boo oleh seluruh binatang. Itulah ceritanyaaaa.
Cerita arnab dengan kura-kura ini ialah cerita orang zaman dulu yang bertujuan nak bagi pengajaran supaya jangan sombong
macam arnab. Kuatlah tara mana pun, jangan sombong, merendah dirilah kepada Allah. Cuba tuan-tuan bayang, cerita dongeng yang
tak tau punca ni pun, kita boleh terima; apatah lagi Quran?...Kata Nabi, Quran mengandungi cerita-cerita orang zaman dulu.
Kalau tuan-tuan nak tau detailnya kisah ahli korporat yang takdak tandingannya, iaitu si Qarun, tuan-tuan boleh buka Suratul
Qashash (Surah 28). Begitulah juga dengan cerita pemerintah Firaun. Cerita Firaun lah yang Allah paling banyak ulang dalam
Quran. Cerita pasai Haman pula taklah banyak seperti Firaun. Cerita pasai Haman ada dalam Surah Hamiim al-Mukmin. Begitulah
juga dengan kisah Namrud. Cerita Namrud pun tak banyak, hanya ada 2 ayat saja dalam Suratul Baqarah. Okay sapa lagi?...Cerita
ashaburras, iaitu kaum Nabi Syuib as, cerita kaum `Ad, kaum Tsamud; untuk apa Allah suruh kita baca kisah kaum sebelum kita
ini?...Jawabnya, tak lain tak bukan ialah untuk kita mengambil pengajaran. Kerana orang-orang yang kita sebut tadi seperti
`Ad, Tsamud, Firaun, Qarun dll tadi adalah orang-orang yang telah menempa kejayaan dalam bentuk duniawi, tetapi mereka dihambat
ke neraka di akhirat. Sebab apa?...Sebab kemajuan duniawi yang mereka kecapi langsung tidak berpijak di atas aqidah.
Pembangunan negara mereka ialah pembangunan yang berpijak di atas sistem menentang para rasul. Akibatnya, pembangunan peninggalan
mereka tetap boleh kita lihat sampai ke hari ini, tetapi mereka pula sedang berada dalam lubang-lubang neraka...nauzubillah.
Sebab tu, kita jangan dabik dada dengan adanya Putrajaya, KLIA, Twin Towers apa semua tu sebab kaum-kaum sebelum kita
yang disebut tadi, teknologi depa pun apa kurangnya. Nak tengok canggih tak canggih teknologi orang zaman dulu, cuba tengok
Surah al-Fajr:10, Allah kata, "Firaun yang membina paku-paku."..."Paku-paku" di situ bermaksud bangunan berbentuk
seperti bukit, iaitulah Piramid. Hebat tak hebat Piramid ini, seperti yang pernah saya tengok dalam satu rancangan dokumentari,
diceritakan bagaimana bila datang musim sejuk, di dalamnya menjadi panas. Kemudian bila datang musim panas, di dalamnya pula
boleh berubah menjadi sejuk. Takdak piping apa pun. Ia berlaku secara automatik dengan izin Allah. Dalam pembikinannya pula,
tak terfikir kita bagaimana mereka boleh korek dan mengangkat batu-batu seberat 1 tan sebijik tu daripada lembah Aswad, kemudian
dipotong pula block by block. Apa kren depa pakai?...Ohap kren ka?...Tak terbayang kita. Berat batu tu sebijik 1 tan bukannya
ringan tuan-tuan oiii!...Kemudian dia susun batu tu in square block pula macamana?...Dalam filem dokumentari tu, saintis bagitau
bahwa gam yang digunakan untuk lekatkan batu-batu tu ialah madu lebah. Bukannya gam uhu. Kalau pakai gam uhu hat 5 ringgit
lebih tu, sekali angin tiup, roboh habih piramid dengan firaun-firaun sekali mampuih!...MasyaAllah, gam yang dipakai ialah
manisan madu lebah. Kalau pikiaq, boleh maigren ooo!...Mana mai lebah kat tengah-tengah padang pasir pulak?...Tapi itulah
yang saintis bagitau kat kita. Menurut ust Halim, dalam tafsir ada menyebut bahwa Firaun telah mengerah ahli-ahli sihirnya
untuk baca mentera panggil lebah-lebah ke tengah padang pasir tersebut. Inilah dia kehebatan tamaddun Firaun, sehingga ke
hari ini pun, Piramid Ghoza masih dikunjungi para pelancong.
Begitulah juga dengan kehebatan kaum Tsamud. Hebatnya kaum Tsamud ini, sehingga mereka ada teknologi
mahir dalam bidang memotong dan mengukir gunung-gunung batu untuk dijadikan tempat kediaman mereka. Tempat kediaman mereka
itu dinamakan Nebata Petra (bunyi pun nak lagu putrajaya pulak dah..), dan mereka diutuskan Allah dengan Nabi Salleh as....Pointnya
di sini ialah semua kehebatan kaum-kaum sebelum kita yang Allah ceritakan dalam Quran, adalah untuk tunjukkan pada kita bahwa
kejayaan bukan habih dengan pembangunan di dunia sahaja. Tetapi kejayaan yang hakiki sebenarnya ialah disamping kamu membina
tamaddun (human civilization) dalam negara kamu, dalam masa yang sama, kamu juga mestilah kuat pasak paksi untuk mengikut
Allah dan rasul. Inilah formulanya untuk kita selamat di dunia dan selamat di akhirat. So, inilah tujuan kita baca sejarah
orang-orang zaman dulu. Sebab kalau kemajuan dunia dibina tanpa aqidah, alamat rosaklah tamaddun tersebut. Alasan ini bukan
bermakna Islam menolak kemajuan. Tapi Islam mengajar, kemajuan itu ada batasannya. Tempa lah kemajuan jenis apa pun;
asalkan jangan sekali-kali kita menggadaikan aqidah.
Memang tidak dinafikan, negara kita sekarang dalam proses ke arah kemajuan. Lihat saja di KL Central (station keretapi
ekspress), yang baru dibina tahun lepas, bersebelahan dengan muzium negara tu. Ia dihubung terus ke KLIA. Sekarang ni kalau
nak pi Haji atau umrah, takyah lagi checkin di KLIA. Terus saja pi KL Central, bawa segala beg dan keperluan, dan checkin
di situ. Keretapi ekspress itu akan bawa kita terus ke KLIA dalam masa 22 minit sahaja. Ada sahabat ana yang duduk di Gombak
bagitau kalau dia nak pi KLIA melalui Highway Kesas umpamanya, masa yang dia ambil ialah 1 jam; siap dengan tol, letih driving
dan minyak filling burn sekali. Di situ saja kos dah berapa dah tu?...Sekarang ni takyah dah semua tu. Kita pergi saja ke
KL Central, checkin, bayar RM35, dan selepas itu terus saja kita dibawa ke KLIA dalam masa 22 minit. Manakala beg apa semua
tu, terus saja dibawa ke perut kapalterbang oleh geng-geng ekspress. Tu dia yang kata tamaddun hari ini tuan-tuan. Sampai
tara tu Allah bagi ilmu kat kita. Dan yang paling seronok ialah apabila engineer yang buat keretapi ekspress tu bagitau kat
kita bahwa driver keretapi ekspress tu tak boleh tidur. Dia bukan macam LRT (unmanned coach) yang takdak driver tu; yang kalau
terjun, terjun seketoi lagu tu ja. Tapi keretapi ekspress ini, dia ada driver. Dan driver tu bukan kata tak boleh tidur, malah rasa
mengantuk pun tak boleh juga. Sebab apa?...Sebab keretapi itu akan berenti automatically kalau driver tu mengantuk. Maknanya ada
sensor dalam driver compartment tu...Canggih tuan-tuan...Jadi, kalau tengah-tengah jalan tu dia pi berenti, maka ramai-ramailah
kita pergi ke depan, pi rimbok driver tu pasai confirm dia tidoq. Inilah juga sistem yang digunakan oleh Bullet train tube
di Japan, yang berkelajuan sampai 280km/h. Speed tu kira paling laju di Japan. Keretapi ekspress tadi tu ambil sistem
bullet train nilah, yang ada sensor dalam driving compartment yang boleh sense kelopak mata driver. Sure tak boleh tidoq punya
driver tu. Dia mengantuk aja, keretapi tu berenti..PAM!!..sampai penumbuk sebijik, "Kita bayaq RM35, hang tidoq!"...Memang
kena hayunlah jawabnya.
Canggih sampai tahap tu, buatlah, Islam tak larang. Tapi dalam dok canggih tu, Allah peringatkan kita, suruh kita ingat
sama cerita macamana hebatnya teknologi kaum Tsamud yang boleh toreh gunung-gunung batu. Begitulah juga disuruhNya kita ingat
akan kaum `Ad yang telah lebih awal membina bangunan-bangunan pencakar langit dengan tiangnya sebesar beberapa pemeluk. Itulah
dia kehebatan kaum `Ad, yang tinggal di negeri yang namanya al-Ahqaaf (dalam negara Yaman sekarang ni). Dan dalam Suratul
Ahqaaf itulah Allah cerita berkenaan kaum `Ad yang diutuskanNya Nabi Hud as. Ya, memang engineer kaum `Ad ini hebat sehingga
boleh membina bangunan-bangunan pencakar langit, tapi apabila mereka lawan Nabi Hud as, ke mana semua mereka ini?...Sebab
itu bila kita baca Quran, Nabi saw suruh kita tengok cerita orang zaman sebelum kita, untuk dijadikan iktibar. Tengok cerita
si Firaun tu. Bukan kata bangunan tinggi saja dia buat, malah bukit pun dia boleh buat juga (piramid tu kira bukit la).
Bila dia tengok dia dah terlampau maju, bukan saja Nabi Musa diketepikannya, malah dia sendiri declare kata dia tu Tuhan.
Mengaku diri jadi Tuhan ni kira habih kurang ajaq la tu. Setan pun kena respect si Firaun ni sebab dia pun tak pernah buat
lagu tu. Itulah dia Firaun yang menduduki ranking #1. Manakala ranking #2 pula jatuh kepada Namrud laknatullah sebab walaupun
dia tak kata dia Tuhan tapi dia sebut bahwa dia memiliki sifat Tuhan ketika berdebat dengan Nabi Ibrahim as, yakni boleh menghidup
dan mematikan. Namrud inilah yang kita belajar dalam sejarah, yang telah membina taman tergantung Babylon. Sekaligus terpilih
antara 7 wonders of the world (7 benda ajaib dalam dunia). Sepatutnya, Ka`bah juga kena masuk dalam 7 wonders of the world,
betoi tak tuan-tuan?...Tapi orientalis barat tak senarai pun. Nampak tak macamana barat main kita?...Sepatutnya Ka`bah juga
termasuk sebab tidak ada tempat di dunia ini setiap saat ada orang, kecualilah Ka`bah. Piramid pun ada time orang tak mai
ziarah. Tapi Ka`bah, 24 hrs non stop sentiasa ada orang dok tawaf. Samada haji, umrah, tawaf sunat, tawaf kudur, tawaf nazar,
tawaf wida`, segala jenih tawaf, maknanya Ka`bah tu sentiasa dikunjungi manusia dari serata pelusuk dunia. Sebab itu kita
kata Ka`bah juga sepatutnya 7 wonders of the world. Tapi yang dipilih barat ialah taman tergantung Babylon. Lantak pi lah.
Jadi nak katanya Namrud ni memang hebat sebab boleh buat taman tergantung. Tapi walaupun hebat si Namrud tu, kalah juga dia
debat dengan Nabi Ibrahim as, bila Nabi Ibrahim cabar dia, "Sesungguhnya Allah, menerbitkan matahari daripada timur,
maka sekarang giliran kamu untuk terbitkan matahari daripada barat?"...Ketika itulah, Namrud kalah. Tapi atas sifat
kesombongannya, dia tetap tak mau tunduk kepada Allah, lantas dia ambik keputusan untuk dibakar saja Nabi Ibrahim as....Sekarang
di mana mereka-mereka ni tuan-tuan?
Justeru itu, apakah kita di M`sia ini yang mengejar tamaddun, mahu menjadi seperti Qarun?...Mahu menjadi seperti Tsamud?!...Mahu
menjadi seperti Firaun?!!...Mereka-mereka inilah yang bangga di zaman mereka dengan kemajuan yang begitu hebat sehingga mereka
dipuja oleh orientalis-orientalis barat, tetapi sebenarnya mereka sedang menderita di dalam api neraka Allah...nauzubillahiminzalik.
Inilah yang perlu kita faham.
Memanglah hadarah atau tamaddun ini Islam tak larang. Dan memang pun kita tak boleh lagging daripada tamaddun. Kita
tak boleh membelakangkan teknologi. Kita kena seiring bersama teknologi. Ini adalah fitrah manusia. Macamana kita nak majukan
dunia kalau kita membelakangi teknologi?...Sebab itu ada keretapi ekspress yang lajunya 22 minit, cepat sampai, yang boleh
cut around 40 minit, ini kira okay. Saya pun nak naik merasai kelajuannya. Cumanya, kenalah bayar. Mana ada benda free dalam
dunia la ni...Jadi pointnya di sini ialah teknologi itu kita boleh ambil tetapi tolong ingat, bahwa apa yang Allah cerita
dalam Quran tentang orang-orang sebelum kita itu, pasti ada meaningNya, ada maknaNya, ada mesejNya. Apa dia?...Allah nak bagitau
ialah hangpa jangan maju sampai tolak Rasulullah saw. Itu saja yang Allah mau. Hang nak korek apa pun hang korek lah.
Hang nak buat transit link, hang nak buat lingkaran kedua, lingkaran ketiga, lingkaran nyamuk pun hang buat pi lah; takdak
sapa nak larang. "Tapi rasul Aku, hangpa jangan buat kurang ajarrrrr!", kata Allah. "Nabi Muhammad
Aku, hang jangan buat lebih kurang. Cakap rasul Aku hang kena ikut. Hukum nabi Aku hang kena ikut!", yang tu saja
yang Allah minta...Susah ke tuan-tuan?...Kalau ikut-ikut memang senang, tapi syaitan manusialah yang menganggap ia susah.
Sebab apa?...Sebab semua itu akan menghapuskan kelazatan dan keseronokan yang ada dalam jiwa mereka.
Allahu ta`ala `alam.

|