Mastika Hadith
- Jilid 1
Bab 2 : Beriman
Kepada Rasul-rasul Allah.
Fasal 1: Kerasulan
Nabi Muhammad saw.
Hadith-hadith yang
akan dibicarakan dalam fasal awal ini adalah mempunyai hubungkait dengan kerasulan Muhammad saw dan juga kewajipan-kewajipan
yang perlu kita lakukan apabila mengaku Muhammad saw sebagai rasul dan nabi kita.
Sebelum proceed ke
hadith yang ke 11, suka saya memberi ingat bahawa mengikut hadith yang sahih, jumlah keseluruhan para nabi itu adalah sebanyak
124000 orang. Kemudian daripada 124000 orang nabi itu, 313 adalah rasul. Dan daripada 313 orang itu pulak, 25 daripada mereka
adalah rasul pilihan yang wajib diketahui secara iman dan aqidah. Maknanya, kita perlu tahu nama-nama rasul hat 25 tu start
daripada Nabi Adam as sampailah ke Nabi Muhammad saw, walaupun kita tak tahu susunan dia, kata ulama`. Misalnya kita pi bantai
Muhammad dulu kemudian Zulkifli, Shuib, Musa, hujungnya baru sebut Nabi Adam; tunggang terbalik lagu ni pun, iman kita dikira
sah. Asalkan kita tahu bahwa Zulkifli itu adalah rasul, Ilyas itu rasul, Iliyasa` itu rasul; pendekata kita beriman bahwa
25 itu adalah rasul walaupun tak tau susun, maka iman kita tetap dikira sah. Tapi sebaik-baiknya perlulah kita mengaji untuk
mengetahui susunannya yang betul.
Okay kemudian daripada
25 orang rasul itulah, 5 nya adalah `ulul azmi. Mereka mendapat gelaran `ulul azmi kerana merekalah yang paling teruk kena
uji apabila berhadapan dengan kemungkaran. Mereka ialah Muhammad saw, Ibrahim as, Musa as, Isa as dan Nuh alaihimussalamtuwassalam.
Hadith 11
Dari Abu Hurairah
ra, katanya: Rasulullah bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya! Tidak ada seseorang pun dari umat manusia
ini: samada yahudi atau nasrani, yang mendengar akan perihal ku (menjadi utusan Allah), kemudian ia mati sedang ia tidak beriman
dengan (agama Islam) yang aku diutuskan membawanya, melainkan menjadilah ia dari ahli neraka." (HR Muslim)
Muslimin dan muslimat
yang dirahmati Allah. Hadith yang ke11 ini, menceritakan kepada kita bahwa barang-siapa yang pernah mendengar akan kebangkitan
Muhammad saw (membawa agama Islam), tiba-tiba tidak juga beriman kepada risalah Islam, maka dianya masuk ke dalam api neraka
(nauzubillahiminzalik), termasuklah yahudi dan nasara. Nabi saw menyebut kedua-dua golongan ini sebab merekalah yang begitu
tahu sekali tentang kebangkitan Nabi saw. Kalau tuan-tuan kaji sebab turunnya surah Ali `Imran, tuan-tuan akan dapati punca
turunnya ialah bilamana datangnya 80 orang nasrani Najran ke Madinah bertujuan untuk berdebat dengan Nabi saw berhubung dengan
Isa as. Maknanya, Allah swt menurunkan Surah Ali `Imran untuk menjawab segala hujjah-hujjah yang telah dilemparkan oleh 80
ahlul kitab tersebut yang bertindak berhujjah untuk menghina dan merendah-rendahkan Nabi saw. Sebab itu kalau tuan-tuan baca
surah Ali `Imran, tuan-tuan akan dapati banyak kisah tentang Mariam dan Nabi Isa as yang ada hubungkaitnya dengan orang-orang
nasara. Dan dalam surah Ali `Imran itu juga, bagaimana Allah swt menempik golongan-golongan ahlul kitab yang mengetahui kebenaran
tetapi menyembunyikannya. Sebab itu tiada dalam surah lain kecuali dalam surah Ali `Imran inilah tuan-tuan akan dapati paling
banyak sekali ayat "Ya ahlal kitab..." atau "Khul ya ahlal kitab...".
Sebab apa kita kata
80 orang nasrani Najran itu berniat menghina Nabi saw?...Sebab buat apa mereka datang berdebat, sedangkan mereka memang tahu
tentang kerasulan Rasulullah saw. Mereka tahu melalui pendita-pendita mereka. Salah seorangnya ialah Bukhaira, seorang paderi
yang beriman melalui Nabi Isa as. Ketika Nabi saw bersama dengan Abu Talib lalu depan biara Bukhaira semasa dalam perjalanan
membawa barang dagangan ke Syams (Syria), tiba-tiba Bukhaira tahan depa sebab dia nampak ada benda pelik. Antara benda pelik
yang dia lihat ialah adanya kumpulan-kumpulan awan yang melindungi Rasulullah saw daripada panas matahari, sedangkan Abu Talib
pecah peluh panas. Bukhaira tahu budak yang dilindungi awan itu bukan sebarangan orang. Lalu semasa Nabi dan Abu Talib berhenti
rehat di gereja Bukhaira, Bukhaira pun tanya Abu Talib, "Budak ni anak kamu ka?"...Abu
Talib kata, "Ya. Dia anak saya."...Kata Bukhaira, "Tak mungkin. Kamu jangan tipu saya. Ini bukan anak kamu. Dia adalah anak kepada
adik kamu Abdullah, betoi tak?"...Abu
Talib kata, "Mana kamu tahu?"...Jawab Bukhaira, "Aku tahu melalui Injil ini! Dalam Injil sebut bahwa budak yang akan diangkat
menjadi Nabi akhir zaman akan dibela oleh ayah saudaranya. Dan kamulah ayah saudara dia. Kamu jangan bohong kat aku!"...Bila dengaq lagu tu baru Abu Talib kata, "Betul. Tadi aku sebut anak sebab aku sayang dia dan aku
dah anggap dia macam anak aku sendiri."...Lalu
kata Bukhaira, "Aku menasihatkan engkau,
apabila kamu balik ke Mekah nanti, kamu tolong lindungi dan jaga dia baik-baik sebab dialah Nabi akhir zaman. Dialah rasul
yang akan menggegarkan dunia dengan Islam. Tolong lindungi dia daripada ancaman yahudi dan nasara yang akan menyelewengkan
nanti Taurah dan Injil!"...Ini pesan
Bukhaira. Lalu Bukhaira memegang Rasulullah dan menyelak belakang baju Nabi, maka terlihatlah antara dua belikat Rasulullah,
adanya seketul daging sebesar penumbuk orang dewasa. Itulah dia khatam nubuwwah (tanda kenabian). Lalu kata Bukhaira pada
AbuTalib, "Kamu tengok ini?..Inilah tanda
nubuwwah, yang menandakan dialah Ahmad yang kami baca dalam Injil dan Taurah. Dialah Muhammad, Nabi akhir zaman wahai Abu
Talib. Sekali lagi aku pesan padamu, pelihara dia dan jaga dia elok-elok."...Maknanya, orang-orang kristian tahu cerita ini kerana ianya meniti dari bibir ke bibir.
Jadi, mereka memang tahu kebenaran Muhammad saw. Tetapi kerana sifat angkuh dan degil, membawa mereka datang juga ke Madinah
untuk berdebat dengan Rasulullah saw tentang Nabi Isa as sehingga Allah turunkan dalam Surah Ali `Imran satu ayat yang mematahkan
terus hujjah nasara. Iaitulah ayat 59 firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kejadian Isa itu sama macam kejadian Adam. Kami hanya buat dia daripada tanah, kemudian
Kami sebut: Jadilah engkau! Maka jadilah dia walaupun tidak ada lelaki yang tidur dengan Mariam alaihassalam."...Hujjah inilah yang Nabi saw baca bagi menjawab hujjah
nasara yang diwakili oleh kristian Najran yang datang untuk merendah-rendahkan Nabi saw. Lalu hujjah mereka patah. Mereka
tahu Nabi saw benar tetapi mereka tetap tidak mahu mengikut Islam.
Begitulah juga dengan
yahudi. Cuba tuan-tuan tengok hadith yang kita baca ni, Nabi saw sebut yahudi dulu kemudian baru nasara. Sebab yahudi mengenali
Nabi Muhammad saw lebih dulu daripada nasara sebab Taurah turun lebih dulu daripada Injil. Melalui Musa as lah depa tahu akan
kedatangan Rasulullah saw. Tapi bukannya depa nak beriman, malah depa mengadakan komplot-komplot untuk membunuh Nabi saw.
Sebab itu Nabi saw memberi ancaman keras dalam hadith ini, "Aku tak peduli! Kamu yahudi ka, kamu nasara ka, kamu melayu ka, tak kira lah siapa pun kamu; kalau kamu
dengar aku ini pernah jadi rasul, tapi kamu tetap tak ndak jugak ikut ajaran aku, melainkan kamu menempah duduk di dalam api
neraka!"...Kita kat M`sia ni, mungkin
ada yang tak pernah lagi pergi ke Mekah/Madinah kerana belum cukup duit, tapi dengan saban tahun qariyah buat maulidurrasul,
lepas tu ada pulak ustaz-ustaz dok ceramah bagitau tentang kelahiran Nabi Muhammad saw, mustahil kita tak tahu tentang Nabi
saw. Kalau dah tahu tapi tetap tolak tak mahu ikut Islam yang Nabi bawa, maka nerakalah jawabnya!...nauzubillah.
Bila kita sebut "Islam
yang Nabi bawa", dia mestilah Islam cara Mekah dan cara Madinah. Yang ni yang ramai tak reti lagi ni. Bukan boleh buat Islam
ikut suka hati kita, tak boleh tuan-tuan. Kalau nak tengok pembentukan aqidah, kita kena contohi cara Islam di Mekah. Seperti
bencikan maksiat, bencikan arak, bencikan judi, bencikan undang-undang jahiliyah pada waktu itu dll. Kalau Islam cara Madinah,
kita kena tengok macamana Nabi saw ajar cara pembentukan daulah Islamiyah (negara Islam). Kalau kedua-dua ini kita rangkumkan,
barulah sah iman kita. Bukan boleh sesuka hati main isytihar negara Islam lagu tu saja depan cina. Mana aci lagu tu. Dia kena
ada paper-worknya. Dan dia kena ada satu pengisytiharan, baru boleh diakui bahwa inilah "Daulah Islamiyah". Ini dengan judi
masih bersepah, kilang arak masih berdiri megah, keadilan masih tidak dapat ditegakkan sepenuhnya; negara Islam apa kalau
lagu ni?...Kalau tuan-tuan kaji perbahasan para-para sarjana, tuan-tuan akan dapati apabila Nabi saw perintah Madinah, benda
pertama yang diutamakannya ialah keadilan. Hukum hudud, hukum riba apa semua ni, semuanya jatuh nombor 2. Maknanya, ciri yang
perlu ada dalam sebuah negara Islam, ialah pertama sekali dia mesti pentingkan keadilan. Maknanya, tak boleh pikul tilam ke
mahkamah. Tak boleh buat aniaya rampas minyak orang sesuka hati. Ini semua Nabi saw yang ajar. Bukan ka Nabi saw pernah kata,
"Demi Allah! kalau anakku Fatimah binti
Muhammad mencuri, nescaya aku kerat tangannya..."...Inilah hadith berhubung dengan keadilan sebab kata-kata Nabi itu memberitahu bahwa tidak ada diskriminasi dalam Islam.
Begitulah juga cerita
tentang kes baju besi Saidina Ali kw yang dikebas yahudi. Walaupun Saidina Ali berjawatan khalifah waktu tu tapi bila dia
tak dapat bawa saksi yang boleh membuktikan bahwa baju besi tu dia punya, maka hakim Suraish terpaksa tolak kes tersebut dan
memberi baju besi tersebut kepada si yahudi tu. Ini dia keadilan. Walaupun Saidina Ali tahu itu memang baju besi dia tapi
hukum Allah kata, kalau takdak saksi, takdak kes, Ali akur. Bukan macam khalifah daulah Islam Mesia la ni. Sembang saja deraih
tapi bila disuruh mai mahkamah, baru kita tau, penakut rupanya orang tua tu. Macamana nak adil kalau lagu tu?...Lain dengan
Saidina Ali kw. Dia tak kecik hati. Kata dia, "Kalau itulah Allah dan rasul yang tentukan, aku redha!"...Lalu hakim Suraish pun jatuhkan keputusan, "Okay yahudi oi! baju besi ni hang boleh bawa balik sebab dah jadi hak hang. Dan Khalifah pun boleh
balik juga sebab kes dah tutup dengan takdak tuntutan, takdak ulang bicara dan tak payah membela diri."...Saidina Ali balik dengan puashati. Tapi si yahudi tadi balik dengan
tertanya-tanya. Si yahudi tu kata dalam hati, "Amboi! cantiknya Islam, adilnya Islam. Memanglah baju ni dia punya, aku kebas. Tapi pasai takdak saksi, Islam lepaskan
aku."...Dia tak jadi balik, dia patah
balik pi kat hakim, lalu dia pun mengucap dua kalimah syahadah. Nampak tak tuan-tuan, tak payah buat ceramah dalam radio,
tak payah pening-pening buat seminar apa pun. Dia masuk Islam sebab adilnya Islam. Lalu dia pulangkan balik baju besi tu pada
Ali, tapi tuan-tuan nak tau tak apa kata Ali?...Kata Ali, "Takpalah. Aku hadiahkan baju besi tu balik pada kamu sempena hari kamu jadi orang Islam. Ambiklah."...Boleh free pulak kat dia.
Banyak lagi cerita-cerita
keadilan Islam kalau tuan-tuan banyak membaca. Okay tadi cerita Ali, ni cerita Saidina Umar al-Khatab pulak. Satu hari ketika
Khalifah Saidina Umar merayau-rayau di kota Madinah, tiba-tiba beliau melihat seorang yahudi yang sudah tua bongkok tiga sedang
tampung tempurung minta sedeqah. Umar pun merapati yahudi tua itu lalu bertanya, "Kamu tinggal di mana wahai orang tua?"..."Aku
tinggal di lorong sebelah sana.", jawab
yahudi tua sambil menuding tangannya ke satu arah. Tanya Umar lagi, "Sebab apa kamu jadi macam ni?"...Jawab yahudi tua tu, "Dah takdak duit, jadi terpaksalah aku minta sedeqah. Dulu waktu aku muda, anggota masih kuat, boleh la aku melakukan
berbagai kerja. Dan upahnya boleh la aku buat bayar jizyah, cukai yang engkau ndak tu. Tapi la aku dah tua, dah tak larat,
jadi aku kena minta sedeqah untuk bayar jizyah kat kamu kerana aku setia kat kamu."...Menangis Umar al-Khatab bila mendengar begitu. Lalu beliau memanggil pegawai Baitul Mal,
kata Umar ra, "Ambil nama dia dan letakkan
dia dalam senarai penerima bantuan Baitul Mal setiap bulan. Sewaktu dia muda, kita kerahkan tenaganya supaya dia membayar
jizyah kepada kita, maka amat tidak adil sekiranya dia sudah bongkok tiga pun, kita kerah lagi suruh dia bayar."...Itu dia adilnya Islam tuan-tuan oii!...Sebab itu, adil
dalam Islam dia jatuh nombor 1, manakala hukum hakam nombor 2. Itu yang Rasulullah saw buat sehingga menyebabkan umat sekeliannya
beriman dan patuh kepada Allah swt.
Okay berbalik kita
pada hadith di atas. Bila Nabi saw sebut golongan "tak beriman" ni, sebenarnya dia ada banyak faktor yang menyebabkan manusia
boleh seleweng tak ndak ikut Islam. Faktor pertamanya ialah dia jahil. Ini memang dah tentu dah, sebab tu takyah la kita bahas
bab jahil ni. Dia tak ndak mengaji, dia rasa dia dah hebat, akhirnya dia jadi jahil. Apa yang kita nak tengok ialah faktor
keduanya. Sebab faktor kedua inilah yang banyak diceritakan dalam Quran, iaitu orang yang tak mahu ikut Islam sebab terpengaruh
dengan orang lain. Samada "orang lain" tu dia ada kuasa sehingga dengan kuasanya itu dia boleh pengaruhi orang jangan ikut
Islam, atau "orang lain" tu banyak harta sehingga dengan hartanya itu dia pengaruhi kawan-kawannya supaya jangan ikut Islam;
inilah yang Allah bahas cukup banyak di dalam al-Quran. Lalu ust Halim Nasir bawa satu contoh, iaitulah ayat 27-29 dalam Surah
al-Furqaan. Tuan-tuan tau tak pasai apa turun ayat ni?...Ayat ini turun kerana cerita `Uqbah bin Abi Muayat. Siapa dia `Uqbah
bin Abi Muayat?...`Uqbah bin Abi Muayat adalah salah seorang pemimpin Mekah yang tidak banyak kutuk Nabi saw. Dia kira nasi
kandaq dia boleh laku, sudah. Jenih macam ni pun ada jugak tuan-tuan oi!...Dia tak peduli orang. Yang dia kira, bisnes dia
laku, sudah. Apa nak jadi, lantak pi lah. Dia kira dia saja. Inilah dia `Uqbah. Walaupun dia tahu Nabi saw bawa Islam, tapi
dia tak la maki macam Abu Jahal dan Abu Lahab maki...Okay satu hari tu bila anak dia nak menikah, setelah berlaku perbincangan
bersama keluarganya, berapa banyak kad nak buat, berapa banyak belanja nak dikeluarkan apa semua, berkatalah `Uqbah, "Aku rasa, aku nak jemput Muhammad datang makan dalam perkahwinan
anak kita."...Lalu kata keluarga dia,
"Apahal nak jemput Muhammad pulak?..Takkan
kamu tak tau dia tu ahli sihir yang bawa pecah-belahkan masyarakat Mekah ni?"...`Uqbah kata, "Ish! aku teringin nak makan setalam dengan dia."...Tuan-tuan ingat takdak ka orang kapir perangai lagu ni?...La ni pun belambak. Cuba tuan-tuan perati tengok
perangai depa masa program "Makan bersama Tuan Guru"?..."Tok Gulu! Tok Gulu!",
itu ja yang depa tau. Samalah juga dengan si `Uqbah ni pun. Dia teringin nak makan setalam dengan Nabi saw. Dah dia ketua
keluarga, ahli keluarga dia tak bantah la. Cumanya, Abu Jahal sorang saja yang tegur, "Hang jaga elok-elok! Bila hang makan-makan
ngan dia, satgi dia hemboih-hemboih, habih isi borang pulak hang."...Tu dia yang kata Abu Jahal tu, tuan-tuan. Dia cukup
takut dengan puak-puak "isi borang" ni...Okay bila sapa pun tak bantah, `Uqbah pun pi panggil Nabi mai makan kenduri. Nabi
saw pun terima jemputan tersebut pasai `Uqbah memang disebut dalam sirah, seorang yang tak kuat maki Nabi. Bila `Uqbah nampak
Nabi mai, dia pun minta Nabi makan setalam dengan dia. Cumanya Nabi letak syarat, kata Nabi, "Kalau ndak saya makan setalam dengan kamu, boleh takdak masalah. Tapi
kamu kena mengucap dua kalimah syahadah dulu."...Nabi kira cari peluang ja nak bagi orang "isi borang". `Uqbah kata, "No problem."...Lalu dia pun mengucap dua kalimah syahadah. Bila Nabi tengok `Uqbah mengucap, baginda pun husnuzon (bersangka baik),
lalu depa pun makan bersama.
Bila habih makan,
Nabi saw pun balik. Dalam masa `Uqbah dok kemas-kemas rumah dia, tiba-tiba datang Ubai bin Khalaf laknatullah. Ubai bin Khalaf
ni, sebab dialah turunnya ayat 78 Surah Yaasiin. Dengan lagak sombong dia bawa tulang unta, lepaih tu dia lempaq depan Nabi,
"Nie Muhammad! Sapa boleh peridup balik
tulang unta yang beratus tahun dah mati ni?...Hang kata Tuhan boleh. Nie dia. Dia boleh ka ni?"...Waktu tu lah turunnya Surah Yaasiin:78 yang menempelak si Ubai kerana
dia lupa bahwa diri dia tu sendiri Allah ciptakan...Okay bila mai Ubai bin Khalaf, terus dia kata, "Nie `Uqbah! Tadi aku tengok hang mengucap, betoi ka?..Isi borang dah
ka?..Apakah kamu telah meninggalkan ugama nenek moyang kita?"...`Uqbah kata, "Aku
acah ja tadi. Aku mengucap tu saja ja pasai nak makan ngan Muhammad. Takkan hang tak tau Muhammad punya berkat lagumana?..Takkan
hang tak tengok keberkatan dia, dengan dia tunjuk ja kat bulan, bulan tu terbelah dua?..Semua kita tengok!..Hangpa saja ja
kepala batu!"...`Uqbah pulak pi syarah
kat Ubai..."Hangpa memang tau dia baguih!
Hangpa tak tengok ka, bila dia pegang lampung susu kambing yang dah tua, tiba-tiba keluaq susu. Punyala barakah. Takkan hangpa
tak mau makan ngan orang macam ni. Hangpa tu dia la. Sikit-sikit kapiaq, sikit-sikit kapiaq!"...Dibantainya Ubai..."Aku saja ja mengucap tu pasai dia suruh. Tapi aku puashati pasai dapat makan dengan dia.
Barakah makanan aku."...Ubai masih tak percaya, kata Ubai, "Aku tengok muka hang ni, rasa-rasa, isi borang dah ni."...Lalu kata `Uqbah, "Kalau hang tak percaya, hang habaglah apa saja yang aku boleh buat untuk membuktikan bahwa aku tak Islam, hang cakap!"...Kata Ubai, "Hang tengok sekarang Muhammad dok buat apa tu?"...Sambil menuding jarinya ke arah Ka`bah. Depa boleh nampak Ka`bah sebab rumah `Uqbah atas
bukit Saffa, jadi dekat saja dengan Ka`bah. `Uqbah tengok Nabi saw sedang sujud. Lalu kata `Uqbah, "Takdak apa aih! biasa ja, dia punya upacara la tu. Sujud, satgi dia
teriak, satgi dia tawaf, tu kerja dia la tu, nak kacau apa?"...Kata Ubai, "Untuk
membuktikan kamu tidak Islam wahai `Uqbah, sekarang jugak pi pijak kepala dia dan ludah muka dia!"...Nauzubillahiminzalik. Kata `Uqbah, "Aaaaah! That one is small matter je tu. You don`t have to worry. Like
a piece of cake!"...Dia pun pergi ke
arah Nabi. Ketika Nabi sedang sujud, dia pijak tengkok Rasulullah. Dihinyak-hinyaknya tengkok Nabi sambil dilihat oleh Ubai.
Dan apabila Nabi paling ke atas, waktu tulah dia ludah wajah Rasulullah...Tu dia, baruuuu ja lepas makan. Tu pasai apa tu?...Pasai
nak sahut cabaran. Kerana nak jaga gah punya pasai, sanggup dia ludah muka Nabi. Nabi saw pun sapu air ludah basi puak-puak
kapir laknat tu, lalu dilemparnya ke tanah. Sambil menuding jari ke muka `Uqbah, Nabi saw berkata, "Demi Allah wahai `Uqbah! Leher mu akan ku ceraikan di luar kota Mekah!"...Maksud luar kota Mekah itu adalah perang Badar. Nabi
pun pergi, `Uqbah pun balik. Start daripada hari tu, `Uqbah tidoq tak lena. Terngiyang-ngiyang di telinga sebutan Nabi tadi.
Takut dia sebab dia tau kalau Muhammad saw sebut, mesti jadi punya. Dia tak sedap duduk. Rupanya maksud "luar kota Mekah"
tu ialah perang Badar. Bila semboyan perang Badar diumumkan oleh Abu Jahal, `Uqbah lah antara orang yang mula-mula nak lari,
pasai takut. Abu Jahal boleh hidu dah. Dia pun check dalam pc, tengok-tengok, "Aei! Nama `Uqbah takdak?"...Lalu Abu Jahal hantaq dia punya General pi panggil `Uqbah. `Uqbah punya takut sampai tara tu. Akhirnya
dalam perang Badar, `Uqbah ditawan. Semasa Nabi saw tengok muka `Uqbah, `Uqbah merayu melutut mintak ampun. Lalu Nabi saw
panggil Saidina Ali kw untuk selesaikan tengkok dia.
Kemudian apabila
`Uqbah dipancung dan mati sebagai tawanan perang Badar, maka rohnya dicabut dan terus dihantar dalam neraka. Ketika roh dia
masuk neraka itulah, lalu turunnya ayat 27-29 Surah al-Furqaan tadi. Kata Allah dalam ayat itu yang bermaksud, "Dan ingatlah! Pada hari orang-orang yang zalim menggigit
jarinya tanda menyesal di dalam neraka. Sambil gigit jari `Uqbah kata: Aduhai! Alangkah elok kalau aku ikut jalan Rasul dahulu.
Aduhai! Celaka dan binasanya aku. Alangkah elok kalau aku tidak mengambil si fulan itu menjadi teman yang menyesatkan aku."...Menurut mufassirin, ayat ini disebut dalam bentuk naqirah
(umum). Ayat itu tak sebut Ubai bin Khalaf sebagai teman yang menyesatkan `Uqbah, tapi disebut dalam bentuk naqirah iaitu
Allah sebut "fulanan". Maknanya, Allah nak ajar kita bahwa siapa saja yang kamu ikut walaupun dia menyesatkan kamu daripada
jalan Allah, maka kamu ke neraka bersamanya...Nauzubillah...Seterusnya sambung ayat tadi, "`Uqbah berkata: Sesungguhnya Ubai telah menyesatkan aku, setelah peringatan
sampai kepada aku, setelah aku tahu Muhammad betul, setelah aku tahu benarnya Islam, tapi aku pi ikut puak-puak yang menyesatkan
aku. Menyesalnya aku!"...`Uqbah dibakar
Allah dalam neraka kerana dia mengikut Ubai bin Khalaf. Begitulah umumnya ayat ini, siapa saja yang mengikut jalan yang jelas
sesat kerana bercanggah dengan Quran, maka tetap dia ke neraka. Allah tak reti nak kompromi dalam soal aqidah macam ni. Itu
dia ceritanya, tuan-tuan. Jadi janganlah sampai kita jadi `Uqbah bin Muayat yang ke2. Cukuplah `Uqbah sorang. Jangan kita
jadi manusia yang tahu Islam itu benar, tetapi kerana sikit habuan duniawi, kita sanggup maki hamun Quran. Jangan sampai macam
tu, tuan-tuan.
Ini ada satu lagi
ayat peringatan daripada Allah pada kita semua, iaitu ayat 16 Suratul Hadiid (Surah besi). Firman Allah yang bermaksud, "Apakah belum lagi sampai waktunya wahai orang-orang yang beriman untuk kamu melaksanakan hukum Allah?..."...Allah
tanya tu. Nak tunggu bila lagi ni nak laksanakan hukum Allah walaupun dah 45 tahun memerintah?...Kata Allah lagi, "Apakah
kamu nak jadi seperti ahlul kitab yang terlampau sangat suka menangguh-nangguh?..."...Kami memang nak buat Islam pun,
tapi tunggu la dulu, negara tak maju lagi ni. Lagi pun negara kita bermasyarakat majmuk. Tunggu la dulu. Inilah dia alasan
yang sering kita dengar dari pemimpin-pemimpin umno apabila
ditanya tentang "negara Islam". Bila suka sangat tangguh, akhirnya apa jadi?...Allah kata, "Yang akhirnya hati mereka menjadi keras dan kebanyakan mereka fasik belaka."...Fasik
tu nak pergi ke mana?...Ke nerakalah jawabnya. Tu sebabnya Allah tak bagi tangguh. Hangpa tengok dak dua minggu sudah
dalam Berita Jam 6 TV1?...Depa tunjuk kedatangan Sheikh `Alawi melawat ke negeri Pahang. Apa yang saya nak bagitau ni, saya
harap kita sama-sama boleh berfikir secara positif...Okay, Sheikh `Alawi ni adalah ulama` tersohor di Kota Mekah, berketurunan
Saidina Hassan ra. Maknanya dia keturunan Rasulullah saw. Malam tu tv1 tunjuk dia datang ke Pahang, dalam satu seminar yang
dihadiri semua orang kenamaan (MB Pahang pun ada) termasuklah para ulama` di Dewan Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Dan antara
yang diucapkannya ialah dia kata, "Hukum hudud ni adalah
hukum Allah yang mesti dilaksanakan. Untuk merealisasikan hukum hudud ini, pemerintah dan para ulama` hendaklah duduk semeja,
berkerjasama dan berbincang kerana hukum hudud ini adalah satu hukum daripada al-Quran dan ia merupakan sunnah Rasulullah
saw."...Dalam tv tunjuk orang yang duduk
depan Sheikh `Alawi masa bagi ucapan tu ialah MB Pahang. Terkebil-kebil MB tengok Sheikh tu. Jadi Alhamdulillah dan kita ucapkan
tahniah kepada tv1 kerana siarkan slot ucapan itu tanpa ditapis. Cumanya, kita tak tahu berapa ramai dalam dewan tersebut
yang sengaja pekakkan telinga. Jadi, kita harap pihak kerajaan, tolong buka mata hati sikit untuk duduk semeja dengan para
ulama`bagi merealisasikan sunnah Rasulullah saw ini, kerana daripada sinilah perpaduan sejati akan terhasil. Kalau hangpa
tak percaya, buat tengok?
Inilah yang Pas dok
bagitau dalam ceramah-ceramah. Bukan saja hukum hudud, malah kesemuanya sekali hukum hakam Allah ini perlu kita laksanakan.
Try la buat cara pelan-pelan, takpa aih!...Janji mau buat. Apakata 2003 ni kita try hapuskan riba. Kemudian 2004, kita try
pulak hapuskan judi. Pelan-pelan la kita buat. Bukan ka sekarang ni kerajaan pusat pun pelan-pelan dok tiru Kelantan?...Dua
tahun sudah depa tiru, mana-mana janda yang nak kawin lagi sekali, boleh dapat pencen suami pertama. Itu tiru Kelantan tu.
Cumanya depa tak habagla waktu bentang tu depa tiru Kelantan. Nak sebut tu pun nampak malu-malu ja. Lepaih tu baru keluar
dalam paper kata, "Ooo! bn membela golongan wanita, bn membela golongan janda!"...Sebenarnya lama dah pun Kelantan
bela golongan janda ni. Lebih 10 tahun dah pun. Sebelum ni kalau ikut undang-undang M`sia, kalau wanita yang kematian suami
(janda) nak kahwin lagi, pencen tok laki dia hat mula tu dah tak dapat. 12 tahun sudah, bila Kelantan dapat perintah aja,
dia terus bela janda-janda ni. Kamu nak kawin lagi sekali, boleh. Suami kamu dapat, pencen hat tok laki lama pun dapat. Dah
lebih satu dekad kita buat benda tu. Lepaih tu TG Nik Aziz pun komen, "Baguih la tu. Cumanya kita minta, kalau nak tiru,
tiru lah kesemuanya."...Cuba tuan-tuan tengok budak-budak meniru dalam periksa. Mana ada depa tiru sikit-sikit?...Kalau
boleh, depa nak tiru kesemuanya sekali. Sebab tu kita nak bagitau, kalau nak tiru, jangan tiru bab janda saja. Tirulah hat
lain sama. Macam sekat arak, sekat judi, haram riba, laksana program bulan sembahyang dll, barulah rakyat akan merasai nikmatnya
kehidupan ini.
Sebab itu kita nak
sebut bahwa bila Allah swt turunkan semua ini pada kita, maka janganlah kita sekali-kali tolak dan suka menangguh-nangguh
perlaksanaannya. Sebab kita takut akan jadi seperti ahlul kitab masa dulu yang Allah keraskan hati mereka kerana mereka tunggu
terlampau lama tak nak laksana isi Taurah dan Injil. Akibatnya mereka menjadi fasik, lalu terjun ke dalam api neraka Allah...Nauzubillahiminzalik.
Allah ta`ala `alam.
|