Jilid 1 - Bab 1 - Fasal 2 - Hadith 5

Mastika Hadith - Jilid 1

Bab 1 : Beriman Kepada Allah Ta`ala.

Fasal 2 : Membersihkan tauhid dari sebarang syirik.

Hadith 5 :

Dari Abdullah bin Mas`ud ra, katanya: Rasulullah bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka." (HR Bukhari dan Muslim)

Muslimin dan muslimat rahimakumullah. Hadith yang ke5 ini, menerangkan kepada kita tentang suatu kebenaran yang pasti akan datang, iaitulah kematian. Sebab itu di dalam al-Quran, Allah swt menyebut persoalan mati ini dengan begitu banyak sekali ayatNya. Antaranya firman Allah dalam Surah al-Mulk:2 yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang telah menciptakan mati dan hidup..."...Nampak tak tuan-tuan macamana Allah meletakkan kalimah mati itu dulu kemudian baru hidup. Ini ialah supaya kita sentiasa ingatkan mati, yang bila-bila waktu saja boleh datang menjemput kita melalui malaikat maut yang tidak pernah ingkar perintah Allah swt.

Sebab itu di dalam hadith yang lain, Nabi saw menyebut dengan mafhumnya, "Ada 2 perkara yang umat ku cukup tak senang. Yang pertamanya ialah kematian..."...Cuba tanya kat sahabat-sahabat, "Hang nak mati ka?"...Toksah kata sahabat, kita sendiri pun memang tak mau lagi mati. Sebab dosa kita banyak, dan kita rasa masih lagi sikit amalan-amalan sunat taubat dan juga masih lagi sikit sedeqah jariah kita...Dan kemudian kata Nabi saw lagi, "Perkara kedua yang umat aku tak suka ialah sikitnya harta benda."...Kita ni kalau boleh semuanya nak banyak belaka. Nak harta banyak, nak duit banyak, nak berkereta banyak. Memang perangai manusia lagu tu. Depa cukup tak suka kalau harta sikit, sedangkan kata Rasulullah saw, "Harta yang sedikit itu akan meringankan hisabnya di Padang Mahsyar."...Kita kena ingat hadith ni tuan-tuan. Bukan makna Islam melarang kita jadi kaya, bukan lagu tu. Tapi maksud hadith ini ialah nak beritahu ada kelebihannya bagi orang yang tak punya harta, tak punya aset, hanya sekadar cukup makan saja. Untungnya orang macam ni ialah hisabnya tak teruk di Padang Mahsyar. Tapi jangan satgi pi balik buang habih harta benda. Bukan lagu tu maksud saya. Yang ada harta tu, gunalah untuk Islam. Yang hat takdak harta, nak buat camana, redha saja la dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. Yang pentingnya, biarlah orang yang ada harta, selamat di akhirat. Dan orang yang takdak harta pun mau selamat juga di akhirat. Yang tak kenanya bila orang takdak harta tu pula yang tak selamat di akhirat. Ini bukannya apa, sebab di dunia dulu walaupun dia apa pun takdak tapi bodo sombong. Naik pun gerek buruk je tapi punya la samseng lawan Islam sampai takdak ayat. Kat rumah pun bukannya ada apa pun. Kalau ada pun, mungkin 1-2 kendi teko je. Itu pun hadiah kawin 50 tahun dulu punya. Gerek ada la sebijik, tu pun rantai putuih selalu, tapi hangit tak kira lawan Islam. Jenih ni, masuk nerakalah jawabnya...Jadi apa yang Nabi saw nak bagitau ialah inilah dua benda yang umat dia tak suka, iaitulah mati dan sikitnya harta benda. Walhal kata Nabi saw, "Kedua-duanya adalah merupakan benda yang kalau mereka fikir, boleh menjadi suatu kebaikan bagi mereka."

Nampaknya kita cerita pasai mati kali ni tuan-tuan. Ratusan malah ribuan ayat dalam Quran yang menceritakan pasai mati. Para rasul dan para nabi pun kalau nak nasihatkan anak-anak mereka, mereka akan nasihat tentang mati dan membangkitkan persoalan bagaimana kehidupan anak-anak mereka nanti selepas mereka mati?...Inilah wasiat para rasul as kepada anak-anak mereka. Contohnya cuba tuan-tuan buka Suratul Baqarah:133. Allah kata, "Wahai Muhammad! adakah kamu hadir di saat Ya`kub menghadapi sakaratul maut?.."...Ayat ini sebenarnya menceritakan kehebatan Nabi saw. Sebab Nabi saw boleh cerita kepada Abu Jahal dan penduduk-penduduk Quraisy, terutamanya kepada kepimpinan Mekah yang sombong itu; akan cerita tentang ashabul Kahfi, kisah Nabi Musa as terima taurah, kisah Zulkarnain, kesemua kisah masa lampau yang Nabi saw sendiri tak pernah berjumpa dengan mereka ni. Tapi bila Nabi saw cerita, Abu Jahal percaya bukan dia tak percaya. Dia percaya sebab dia pernah dengar cerita-cerita sebegini daripada ahlul kitab yahudi nasara yang datang berulang-alik berniaga dari Mekah ke Madinah. Nampak tak tuan-tuan, apa kita nak kata kat orang macam Abu Jahal ni?...Yang dia sendiri percaya dengan cerita ghaib Nabi saw, tapi bila diajak kepada Islam, dia lawan tak mau.

Sebenarnya semua cerita daripada Nabi saw betul belaka sebab ianya datang daripada Allah swt. Contohnya macam kisah Mariam alaihassalam. Bukan Siti Mariam ya. Kalau Siti Mariam, dia jadi orang Melayu. Quran sebut Mariama, takdak pun Siti Mariam. Okay cerita Mariam ni pun, Nabi saw tak pernah hidup di zaman Mariam, tapi Nabi saw boleh cerita akan kisah Mariam alaihassalam. Dan daripada kisah Mariam inilah saya nak sebut bahwa kita akan jumpa dengan dalil mengundi dalam Quran. Kita nak sebut benda ni sebab ada puak yang kata mengundi ni tak syarie. Nampak je pakai serban kemaih, tapi bila pi suruh mengundi, dan-dan tak mau sebab depa kata takdak pun dalam hadith maupun dalam Quran yang kata mengundi tu boleh dalam Islam. Puak ni bukan tak habih mengaji tapi memang jenih tak mengaji pun. Nak tau ada ka takdak kaedah mengundi dalam Quran, cuba tuan-tuan buka Surah Ali `Imran:44. Mana la nak tau kot-kot tuan-tuan jumpa ngan puak-puak ni?...Belambak puak-puak ni, tuan-tuan oi!...Kita tengok serban depa pun kita dah naik seram. Janggut, takyah sembang la. Dahi hitam blue black. Tapi bila mai hari mengundi, sorang pun tak keluaq mengundi. Punya la terok puak-puak ni. Pasai apa saya kata terok?...Saya masih ingat lagi, masa habih solat Asar petang sebelum hari mengundi tahun 1999 dulu, saya sendiri pi kat puak-puak ni, seru depa keluaq buang undi pangkah BA esok. Depa pun angguk, "InsyaAllah sheikh, InsyaAlah.."...Tup-tup esok, masa kita tunggu kat pondok panas, haram sorang pun tak nampak. Dak kalau hangpa tak mau pangkah, apa salahnya tolong kempen sokong parti yang nak menyuarakan Islam di Parlimen dan Dewan Rakyat?...Ni dak. Bukan kata nak pangkah, sokong pun tak mau. Jadi kalau tuan-tuan jumpa puak ni, tolong tunjuk Surah Ali `Imran:44 sebab inilah dalil mengundi.

Sebelum saya bahas ayat 44 Surah Ali `Imran tu, saya nak sebut bahwa sebenarnya Nabi saw kita pun pernah guna kaedah mengundi. Bila?...Masa baginda nak bermusafir jauh seperti nak pi perang misalnya. Kalau undi tak jalan, kesemua 12 orang isteri Nabi pakat nak ikut la jawabnya. Jadi, Nabi saw terpaksa mengadakan undian. Sapa kena, maka dia lah yang ikut Nabi ke medan perang. Ada kalanya, Zainab menang undi tu. Ada kalanya, Saodah yang menang. Ada kalanya, Aishah yang menang. Nabi saw sendiri jalankan undian, bukannya dia main pilih suruh beratoq lepaih tu dia pilih hat mana cun; tak boleh lagu tu tuan-tuan oii!...Berdosa. Bagi orang yang ada bini lebih daripada 1, dia kena paham benda ni. Kalau dia nak bawa isterinya pergi bermusafir, maka dia kena undi. Tak boleh main pilih-pilih sebab Rasulullah saw ajar kepada kita kaedah undi tu, walaupun Nabi saw sendiri sayangkan Aishah lebih daripada isteri-isterinya yang lain. Sehinggakan pernah Nabi saw kata, "Perasaan kasih sayang terhadap Aishah adalah perasaan dalam hati. Aku tak dapat berlaku adil."...Ini Nabi sendiri mengaku. Kita pun sama la tuan-tuan. Anak ada 3 orang, mesti ada sorang yang kita sayang lebih. Perasaan macam ni memang tak boleh elak sebab dia mainan hati. Samalah macam dalam sembahyang pun. Kita perlu kusyuk dalam sembahyang, betoi tak tuan-tuan?...Tapi kita perlu ingat bahwa kusyuk bukannya menjadi syarat sah sembahyang sebab dia adalah mainan hati. Bila kita sebut lagu tu, jangan pula ada yang ingat tak payah kusyuk pula dalam sembahyang. Angkat-angkat takbir, mata melilau tengok cicak. Bukan lagu tu. Kita mesti berusaha kusyuk, walaupun dia bukannya syarat sah sembahyang. Ada dua dalil dalam perkara ni tuan-tuan. Yang pertamanya, diceritakan dalam suatu riwayat bahwa suatu hari selepas saja Nabi saw sembahyang Asar berjemaah, tiba-tiba bergegas baginda bangun berlari balik ke rumahnya. Sahabat-sahabat lain jadi heran sebab Nabi saw tak pernah buat perangai lagu tu. Lalu sahabat tanya Nabi, "Ya Rasulullah, pasai apa tadi lepas je bagi salam, nampak kelam kabut?"...Nabi saw jawab, "Di waktu sembahyang tadi, aku teringat masih ada lagi beberapa keping wang perak yang belum aku sedeqahkan kepada fakir miskin."...Nampak tak tuan-tuan?...Masa bila Nabi saw teringat duit dia tu?...Dia teringat masa time dia tengah sembahyang tadi. Tuu dia tuan-tuan, Rasulullah saw pun kena mainan hati ni. Maknanya kita tak upaya nak elak mainan hati. Kemudian yang keduanya pula, ia berlaku pada Saidina Umar al-Khatab ra. Satu hari tu selepas saja sembahyang, Saidina Umar pun kalih bagitau kat sahabat, "Aku telah berjaya menyusun saf ketenteraan ku di dalam sembahyang sebentar tadi."...Nampak tak tuan-tuan macamana kusyuk itu tak menjadi syarat sah sembahyang, tetapi walaubagaimanapun, jalan kusyuk tu tetap kita kena cari. Sebab itu kita dituntut sembahyang berjemaah. Bila sembahyang berjemaah, walaupun kita tak kusyuk, tapi kalau ada sahabat lain kusyuk, maka kita boleh tumpang tui kusyuk sahabat tu tadi. Boleh pahala kat kita. Itulah untungnya kita sembahyang berjemaah daripada sembahyang sorang-sorang. Kalau sembahyang sorang-sorang tak kusyuk, lingkup. Pahala tu ada la tapi tak seberapa. Disebabkan oleh mainan hati ni lah juga, Nabi saw suruh kita buat sujud sahwi. Misalnya waktu tengah sembahyang kita lupa berapa rakaat dah kita buat, maka kata Nabi saw, "Ambillah mana yang kamu yakin, kemudian sujud sahwilah kamu.".

Okay apa yang kita nak bagitau tentang ayat 44 Surah Ali `Imran tadi ialah ayat ini Allah cerita sebab nak tunjuk pada kita hebatnya Rasulullah. Kata Allah, "Kamu tidak hadir wahai Muhammad ketika mana mereka berebut-rebut menjatuhkan kalam undian, supaya siapa nak jaga Mariam..."...Inilah kisah kelahiran Mariam alaihassalam. Mariam ialah anak kepada `Imran, maka jadilah dia ahli keluarga `Imran (Ali `Imran). Ibunya bernama Hannah, yakni adik kepada Nabi Zakaria as. Semasa mengandung, Hannah bernazar sepertimana yang tercatat dalam Surah Ali `Imran:35, "Ya Allah, aku mengandung. Kalau anak aku ini lelaki, aku nak bebaskan dia menjadi khadam Baitul Maqdis..."...Tapi tiba-tiba beranak-beranak, tengok-tengok, perempuan. Lalu kata Hannah dalam ayat seterusnya (ayat 36), "Ya Allah, aku beri dia nama Mariam..."...Nampak tak tuan-tuan, bukannya Siti Mariam. Kalau boh Siti, dia nanti jadi orang Melayu. Contohnya Siti Norhaliza, orang Melayu la tu...Okay walaupun Mariam dilahirkan perempuan, tapi dah ibunya bernazar, maka dia tetap diletakkan di Baitul Maqdis. Lalu berlakulah perebutan dikalangan ahlul kitab pendita Yahudi di Baitul Maqdis, siapa nak jaga Mariam?...Dalam depa dok berebut tu, tiba-tiba muncul Nabi Zakaria as kata, "Aku pun nak jaga Mariam juga!...Memandangkan aku ini pak penakan dia, maka akulah lebih berhak menjaganya."...Pakat berebut nak jaga Mariam. Akhirnya mengundi la jawabnya. Mengikut riwayat, depa mengundi dengan cara menjatuhkan kalam (pen) dalam sungai dan kalam sapa yang mudik dahulu, maka dialah yang jaga Mariam. Lempar punya lempar, akhirnya yang mula-mula sekali mudik ialah kalam Nabi Zakaria as. Maka Nabi Zakaria as lah yang jaga Mariam alaihassalam. Cerita apa ni tuan-tuan?...Bukan cerita mengundi ka tu?...Laa ni takyah la dok pi mudik ke sungai lagi sebab dah ada kaedah "pangkah". Pilih la idaman kalbu mu. Kalau tengok gambaq calon tu handsome bak bulan mengambang, pangkah je. Jadi pointnya di sini yang kita nak bagitau ialah zaman para nabi-nabi pun dah ada dah kaedah mengundi ni. Jadi, kalau ada orang kata takdak dalil mengundi dalam Quran, tuan-tuan buka Surah Ali `Imran:44 tunjuk kat orang tu yang Nabi Zakaria as pun buang undi. Bukan kata Nabi Zakaria saja yang kena buang undi, malah Nabi Muhammad saw pun suruh isteri-isterinya mengundi untuk ikut dia pi perang. Ada dalam Islam rupanya mengundi ni. Tuuu la yang saya selalu bagitau, "Mengaji sheikh, mengaji, jangan tak mengaji."...Bila tak mengaji, kita tak akan tau mengundi tu syarie ataupun tidak. Jangan sekali-kali menjadikan kejahilan kita ini sebagai penghalang suara Islam di Parlimen dan Dun...Nauzubillahiminzalik.

Dan berkenaan dengan kisah Mariam alaihassalam ini juga, kita boleh tengok macamana buruknya perangai kaum yahudi laknatullah. Sejak kecik Mariam duduk dengan depa. Satu Baitul Maqdis tu memang tau Mariam ni seorang gadis yang baik yang tak pernah campur dengan mana-mana lelaki pun, tapi tiba-tiba bila depa dapat tau Mariam mengandung, depa punya la maki Mariam sampai takdak ayat...Ya Rabbi..Tu dia yang kata yahudi tu. Sebenarnya, Mariam pun bukannya mau mengandung pun, tapi apa boleh buat, Allah nak uji dia. Kata Allah dalam Surah Ali `Imran:45, "Ingat ketika malaikat bercakap pada Mariam: Wahai Mariam, sesungguhnya Allah memberi khabar gembira kepada mu dengan Isa anak Mariam..."...Bila sebut kata malaikat bercakap dengan Mariam, maka ada ulama` ambik dalil ni untuk menyatakan bahwa rasul pun ada dikalangan perempuan. Inilah dalil daripada setengah ulama` sebab mereka berpendapat bahwa sekiranya malaikat bercakap bermakna itulah wahyu. Tapi pendapat ini disanggah oleh ulama` ahli sunnah wal jamaah, berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Anbiyaak:7 yang bermaksud, "Tidak ada lah Kami utuskan sebelum mu wahai Muhammad, beberapa orang rasul kecuali lelaki-lelaki..."...Ayat inilah yang menjelaskan bahwa para rasul adalah dikalangan lelaki sahaja. Tidak ada dikalangan perempuan. Maka pandangan yang mengatakan bahwa perempuan juga ada jadi nabi adalah dhoif (terlalu lemah).

Okay berbalik pada kisah Mariam mengandung tadi. Itulah yang Mariam terima. Puak yahudi maki dia, "Hang pompuan jalang! Hang pompuan lacur!", walhal depa kenal dia seorang yang baik. Kemudian bila dah beranak Mariam, keluar pula Nabi Isa as, depa kata pulak, "Ooo peliknya!..bayi ni keluar tanpa bapak. Kita kena puja bayi ni."...Akhirnya Isa as jadi anak tuhan. Tu dia perangai nasara. Time mengandung, depa maki Mariam. Depa tak rasa itu Kebesaran Allah. Seperti kata Mariam yang dirakam Allah dalam Surah Ali `Imran:47, "..takdak lelaki mai sentuh aku. Bagaimana aku boleh mengandung?.."...Waktu tu puak-puak yahudi nasara ni tak akui Kebesaran Allah, tapi bila keluar Nabi Isa as, depa punya puja Nabi Isa as sampai depa buat dia jadi anak tuhan. Itulah marinya triniti; tuhan ibu, tuhan anak, rohul kudus. Takke celaru punya cerita tu?...Inilah dia perangai puak yahudi/nasara yang tak berubah sampai bila pun.

Okay sekarang kita balik pada ayat 133 Suratul Baqarah, yakni balik kepada cerita mati tadi. Kata Allah, "...ketika Nabi Ya`kub hampir meninggal dunia, maka berkatalah ia kepada anak-anaknya: Apakah yang akan kamu sembah bila aku mati?..."...Tu dia tuan-tuan yang kata nabi tu. Time nak mati pun tanya lagi bab aqidah. Inilah bentuk kerisauan nabi-nabi bila mereka nak mati. Yang kita pula bila nak mati, risau apa tuan-tuan?...Yang kita risau ialah apa anak aku nak makan?...Apa anak aku nak kerja?...Cuba tuan-tuan perati burung. Masa mak burung nak mati, ada ka dia risau anak dia nak makan apa?...Takdak aih!...Depa keluaq pagi-pagi, petang tu bila depa balik, gerenti ada ulat diparuh. Tuu burung tuan-tuan ooiii!...Maknanya soal makan mentahkedarah toksah sembang la. Semuanya tau macamana nak cari. Sebab lahir saja insan, Allah dah tentukan rezeki bagi setiap mereka. Jadi buat apa kita nak bimbang bab makan ni. Yang sepatutnya kita bimbang ialah apa yang akan kaum keluarga kita sembah selepas kita mati nanti?...Itulah prioriti yang paling utama...Lalu jawab anak-anak Nabi Ya`kub as, "Kami akan sembah Tuhan kamu wahai ayah, dan Tuhan bapak kamu, iaitu Ibrahim, Ishak, Ismail. KepadaNya lah kami menyerah diri."...Inilah dia cerita pasai mati.

Okay cuba tuan-tuan tengok apa kata Nabi saw tentang hadith yang kita bincang ni. Kata Nabi saw, "Siapa yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah,.."...Syirik tu apa makna tuan-tuan?...Syirik maknanya ialah kamu mengadakan bagi Allah tandingan. Tandingan itu pula terbahagi kepada dua. Yang pertamanya ialah rububiyah dan yang keduanya ialah uluhiyah. Apa dia yang disebut sebagai tandingan dari sudut rububiyah?...Rabb itu adalah Penjaga, Pengawal, Pengatur, Penurun hujan, Pencipta alam, malah segala-galanya. Maknanya Rabb itu adalah Allah. Tiba-tiba kalau kita adakan tandingan dari sudut rububiyah, seperti kita kata bahwa alam ini ada tuhan lain yang jaga, atau kita kata alam ini berjalan dengan sendirinya (nature of law), maka syiriklah kita (nauzubillah). Itu dari sudut rububiyah. Manakala dari sudut uluhiyah pula, uluhiyah itu ialah Allah lah yang disembah, hukum Allah lah yang dipatuhi, tapi tiba-tiba kalau kita yakin bahwa ada hukum lain lebih baik daripada hukum Quran, maka syiriklah kita (nauzubillah). Okay daripada penerangan serba ringkas tentang rububiyah dan uluhiyah di atas tadi, maka bolehlah kita kata bahwa hat rububiyahnya memang takdak masalah. Sebab Abu Jahal pun ada rububiyah. Bush pun ada rububiyah. Malah hindu Kampung Rawa pun ada rububiyahnya. Maknanya semua orang percaya adanya Tuhan. Tapi bila mai tang uluhiyah, maka di sinilah pertembungannya. Kalau kita tengok perbahasan dalam kitab Mastika Hadith ini pun, pengarang ada menulis, kata dia, "Demikian amat salahnya mereka yang menerima sebarang undang-undang dan peraturan atau hukum hakam yang diadakan selain daripada Allah, kecuali yang berdasarkan aturan dan kenyataan yang dibawa oleh Nabi saw."...Nampak tak tuan-tuan macamana bersalahnya kita kalau kita terima peraturan dan undang-undang yang bercanggah dengan Quran. Sebab itu kita minta dialog untuk explain kepada rakyat apa dia "Negara Islam" tu. Ceramah dah la hangpa tak bagi. Jadi kami minta la dialog. Dialog pun tak mau, inikan pula ajak muzakarah. Debat lagi la depa tak mau sebab bunyi lagu hang jebat je. Dialog two way talking pun takkan hangpa takut kot. Bukannya ada apa pun. Kamu bagi hujjah kamu, kami bagi hujjah kami. Pointnya, hanya sekadar nak bagi penerangan kepada masyarakat. Tu je. Kalau kamu betul, apa salahnya kita sokong sama-sama. Tapi kalau kamu tak betul, kami boleh tolong tambah bagi betul. Tu je. Tu pun tak mau. Takke sombong nama nya tu?

Awat selama ni kami bantah ka hangpa buat masjid?...Buat UIA?...Buat Takaful?...Buat mahkamah syariah?...Alhamdulillah, kami setuju memang semua benda-benda ni baguih. Tapi bagaimana pikul tilam ke mahkamah?...Itu takdak dalam undang-undang Islam. Dan bagaimana pula dalam Perlembagaan negara M`sia artikel (4) menyebut bahwa "Mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan yang bertentangan dengan perlembagaan ini adalah terbatal."...Inilah yang bahayanya. Maknanya kalau mari Quran, maka Quran pun turut terbatal. Sebab inilah kita nak dialog, supaya boleh kita perbetul apa yang tak betul. Kita bukannya nak bergaduh caci maki hamun apa ka takdak aih!...Kita hanya nak berdialog nak beritahu bahwa apa yang ada dalam artikel (4) Perlembagaan Negara itu adalah amat bahaya. Ia boleh menyebabkan rosaknya aqidah. Itulah yang kita nak explain. Itu pun depa tak mau. Dah tak mau, apa boleh kita buat. Tahi kambing bulat-bulat la jawapannya. Tapi jangan ingat sekatan yang dikenakan ke atas kami hari ini, boleh mematikan semangat kami. Kalau itulah anggapan kamu, maka kamu silap banyak. Sebaliknya kami akan terus bercakap apa yang kami faham tentang Daulah Islam dan Khilafah Islam.

Okay dalam bab arak, memang kita tak boleh deny bahwa orang bukan Islam boleh minum. Tapi bagaimana dengan judi?...Tak ada pun judi ni dalam mana-mana budaya orang bukan Islam. Sebab itu, K`tan/T`ganu menghapuskan kegiatan judi. Tapi K`tan/T`ganu membenarkan restoran-restoran cina menjual arak di kedai mereka, khas untuk orang bukan Islam sahaja. Sebab memang Islam bagi kepada orang bukan Islam boleh minum arak dalam negara yang dia duduk majoriti pemimpinnya orang Islam seperti M`sia ni. Jadi, bab arak memang kita no komen. Cumanya kita minta kalau boleh, tolong la tutup kilang-kilang arak di Lembah Klang tu. Apa salahnya kita import saja arak. Kita bentangkan satu akta di Parlimen, iaitu akta untuk mengimport arak khas untuk orang bukan Islam. Maknanya, depa tetap boleh minum. Cumanya kita hanya mengenakan cukai levi khas kepada orang bukan Islam yang nak minum arak. Kita bagitau kat depa, "Kamu kena bayar setahun RM20 untuk duty import arak kamu. Kilang arak kami kena tutup sebab kami tak mau orang Islam pun minum arak."...Apa salahnya kita explain lagu tu. Saya yakin orang bukan Islam boleh terima kalau kita explain elok-elok kat depa. Tapi kalau judi memang tak boleh sebab judi bukan budaya orang cina, bukan budaya orang india, apatah lagi budaya orang Melayu Islam. Yang kita panggil nak buat dialog tu pasai nak explain ni aje. Tu pun depa tak mau. Hangpa tanggung la di akhirat besok. Kita punya side secara ikhlas nak bagitau bahwa inilah dia kehendak Allah dan rasul saw.

Tuan-tuan boleh buka kitab Mastika Hadith (yang kata-kata aluannya disign sendiri oleh AllahyarhamTun Abdul Razak bin Dato` Hussein) pada ms187 Jilid 1, yang menyatakan bahwa amat salahnya kalau kita ambik hukum lain daripada Quran. Kecualilah dalam masalah duniawi. Quran tak cerita tentang masalah talipinggang keledar, so bantai hangpalah nak lilit celah mana pun. Quran tak cerita berapa kilo nasi nak masak hari ni, so bantailah janji halal. Quran tak cerita pun pasai Lebuhraya Utara-Selatan, so buatlah lagu mana pun. Maknanya soal dunia ni Allah bagi pilihan untuk kita buat. Tapi kalau mai soal hukum halal haram, jangan kita nak memandai-mandai. Sebab dah ada ketetapannya dalam al-Quran. Seperti sapa mencuri, dipotong tangannya. Sapa berzina, di hukum sebat. Maknanya, kita tak boleh ubah sebab dah ada ketetapan. Inilah yang kita panggil "tilka hududullah" (hudud Allah). Inilah yang kita cuba explain kepada masyarakat. Dan mungkin inilah yang Dap tak paham. Apa boleh buat, mereka bukan orang Islam, yang mungkin tidak diberi penerangan secara detail tentang Islam. Tak berupaya kita. Kerja kita hanya bagi penerangan. Kita tak boleh paksa sebab "la iqra ha fiddin". Apa yang boleh kita bagitau, "Kalau hangpa nak ikut, hangpa selamat. Kalau tak mau ikut, hangpa Kassim Selamat."...Itu saja.

Inilah cerita yang perlu kita faham. Iaitu kalau mati dalam keadaan mensyirikkan Allah, maka masuk nerakalah jawabnya walaupun dahi hitam rajin sembahyang punya pasai. Ini yang Allah marah!..."Kamu tiap-tiap hari hirup udara Aku. Kamu makan buah-buahan Aku. Kamu duduk di planet bumi yang Aku buat. Tapi tiba-tiba sekarang kamu buat tandingan untuk Aku, dengan kamu tolak Quran Aku, kamu tolak hukum hakam Aku, lagu tu ka?!...Sekarang berambos kamu ke neraka!"...Nauzubillahiminzalik. Sebab itu, masyarakat dan rakyat perlu faham status kita yang menjadi "check n balance" dalam sebuah negara demokrasi ni. Yang betul, memang kita sokong. Tapi yang mana tak betul, kita akan tegur. Kita perlu faham bahwa mati yang mulia ialah mati dalam keadaan baik sangka dengan Allah. Tuan-tuan tolong buka Surah Yusuf:101. Inilah dia doa seorang rasul, merangkap seorang nabi, merangkap seorang menteri kewangan Mesir, itulah dia Nabi Yusuf as. Doa ini diucapnya setelah dia berjaya menyatu-padukan kembali keluarga dia, termasuklah abang-abangnya yang jahat yang telah berkomplot mencampakkan dia ke dalam telaga buruk berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Akhirnya bila dia tengok semuanya menangis berpeluk dengan ayah mereka Nabi Ya`kub yang hampir buta kerana menangis mengenangkan Nabi Yusuf, lalu kata Nabi Yusuf as, "Ya Allah. Engkaulah yang buat langit dan bumi. Engkaulah Penolong aku dunia akhirat. Matikanlah aku sebagai seorang muslim..."...Tu dia tuan-tuan. Walaupun dia seorang rasul, dia tetap berdoa minta dimatikan dalam kalangan orang muslim. Jadi, kita yang tak nabi ni pulak lagumana?...Lepas tu dia minta lagi, "...dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh."...Maksudnya, bila kita dah mati, sewaktu dalam alam barzakh dan di Padang Mahsyar, kita minta kita nak duduk sekali dengan orang-orang yang soleh. Taklah duduk dengan Firaun, Abu Jahal laknatullah apa semua ni. Kita nak duduk dengan sahabat-sahabat Nabi saw dalam satu kelompok...InsyaAllahu ta`ala.

Okay, last sekali saya nak tutup perbahasan kita kali ini dengan satu hadith sahih. Sebenarnya hadith ni panjang, tapi saya ambik hat nak habisnya saja. Nabi saw ajar kita dengan satu doa, Nabi kata, "Mintalah pada Allah supaya jadikan kematian kita satu kerehatan dari sebarang kejahatan."...Maksudnya, kita minta pada Allah supaya jangan matikan kita dalam keadaan yang tidak baik, jangan matikan kita dalam keadaan mensyirikkanNya, jangan matikan kita tengah minum arak, jangan matikan kita atas riba pompuan lacur...Ya Allah, takut kita tuan-tuan sebab hari ni macam-macam boleh berlaku...Nauzubillahiminzalik. Sebab itu kita kena minta kat Allah supaya mati kita itu betoi-betoi satu kerehatan.

Inilah dia tuan-tuan yang ingin saya sampaikan pada kali ini berhubung dengan hadith dari Ibn Mas`ud ra, iaitu tentang kematian. Dan ingat, jangan sekali-kali mati dalam keadaan mensyirikkan Allah. Taatlah hukum Allah, patuhlah perintahNya, jangan kita langgar, jangan kita lawan, InsyaAllah, Allah akan matikan kita sebagai muslim yang sejati. Kalau tuan-tuan boleh hafal doa Nabi Yusuf as dalam ayat 101 Surah Yusuf tu lagi cantik. Sebab ayat itu mengajar kita walaupun dia rasul, tapi dia masih minta pada Allah supaya mati sebagai seorang muslim yang menyerah diri pada Allah.

Allahu ta`ala `alam.

48976_wallpaper280.jpg