FIQAH DAULAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNAH
Oleh Dr Yusuf al-Qardhawy
5. ISLAM POLITIK
Pada tahun-tahun terakhir ini berkembang beberapa istilah dalam tulisan para sekular
dan westernis, dari haluan kiri mahupun kanan, atau orang-orang yang mengikuti pola pemikiran Marxis di Timur dan pola pemikiran
liberal di Barat.
Di antara istilah ini adalah istilah "Islam politik". Yang mereka maksudkan dengan
istilah ini ialah Islam yang memperhatikan urusan umat Islam dan hubungan-hubungan yang dijalinnya, di dalam atau di luar
negeri, upaya membebaskannya dari campurtangan kekuasaan luar, menghadapi segala urusan material dan moral menurut kehendaknya
sendiri, membebaskannya dari penyusupan imperialis Barat dalam masalah peradaban, sosial dan hukum, agar dapat kembali ke
penerapan syariat Allah dalam pelbagai sektor kehidupan.
Mereka melemparkan istilah "Islam politik" ini untuk menghindari isi kandungannya
dan para da`i yang menyeru kepada Islam secara menyeluruh, dengan istilah akidah dan syariat, agama dan daulah.
Ramai orang yang mengajukan pertanyaan, apakah istilah yang baru ini (Islam politik)
boleh diterima dari sudut pandang syariat? Bukankah memasukkan politik ke dalam Islam merupakan hal baru dari kalangan da`i
pada zaman sekarang? Ataukah hal ini termasuk sebahagian dari agama yang sudah ditetapkan berdasarkan Al-Qur`an dan Sunnah?
Para ikhwan meminta agar kami menjelaskan hakikat masalah
ini berdasarkan dalil-dalil syariat yang pasti ketentuan hukumnya, agar orang yang binasa biarlah binasa setelah mendapat
pengetahuan, dan yang hidup biarlah tetap hidup setelah mendapat pengetahuan.
Jawapan dari pertanyaan-pertanyaan yang diajukan para ikhwan tersebut, dapat kami
sampaikan dalam perbahasan berikut ini.
Penggunaan Istilah Ini Tidak Boleh Diterima
Yang pertama-tama perlu kami jelaskan di sini, bahawa penggunaan istilah ini menurut
pandangan kita orang-orang Muslim tidak boleh diterima. Kerana ini merupakan penerapan temporal sementara yang sengaja diletakkan
oleh musuh-musuh Islam, untuk memilih-milih Islam menjadi beberapa bahagian yang saling berbeza, bukan merupakan Islam yang
satu sebagaimana yang diturunkan oleh Allah dan seperti yang dipeluk oleh orang-orang Muslim. Tetapi itu merupakan "Islam-Islam"
yang beragam dan berbeza-beza, seperti yang dikehendaki oleh musuh-musuh itu.
Terkadang mereka membuat pembahagian berdasarkan wilayah, sehingga ada Islam Asia
dan Islam Afrika. Terkadang mereka membuat pembahagian berdasarkan masa, sehingga di sana ada Islam masa Nabawi, Islam masa
Al-Khulafaur-rasyidun, Islam masa Umawiyah, Islam masa Abbasiyah, Islam masa Uthman, Islam kontemporari dan sebagainya.
Terkadang mereka membuat pembahagian berdasarkan jenis, sehingga di sana
ada Islam Arab, Islam India, Islam Turki,
Islam Melayu dan lain-lainnya. Terkadang mereka membuat pembahagian berdasarkan mazhab, sehingga di sana ada Islam Sunni, Islam Syi`ah. Dalam pada itu mazhab sunni pula dibahagikan kepada beberapa
bahagian lagi, dan begitulah juga berlaku kepada mazhab syi`ah.
Pembahagian-pembahagian ini masih ditambahi lagi dengan pembahagian baru lainnya,
seperti Islam revolusioner, Islam reaksioner, Islam radikal, Islam klasik, Islam kiri, Islam kanan, Islam tertutup, Islam
terbuka dan lain-lainnya. Yang paling aktual adalah istilah Islam politik, Islam fundamentalis, Islam spiritualis, Islam temporal,
dan Islam teolog.
Kita tidak tahu pembahagian macam apa lagi yang mereka ciptakan di kemudian hari?
Yang pasti, semua pembahagian ini tidak boleh diterima menurut sudut pandang orang Muslim, kerana di sana
tidak ada kecuali Islam yang satu, yang tiada sekutu baginya dan tidak ada pengakuan terhadap nama selain itu. Inilah Islam
Al-Qur`an dan Sunnah, Islam sebagaimana yang difahami sebaik-baik generasi umat dan sebaik-baik kurunnya, dari kalangan sahabat
dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, generasi yang dipuji Allah dan RasulNya.
[ Komen saya: Dengan kenyataan Dr Yusuf al-Qardhawi di atas, patutlah Paklah tak panggil Dr
Yusuf Al-Qardhawi datang ke Majlis Fiqh Sedunia di Putrajaya tahun lalu dalam agenda untuk mengikhtiraf "Islam hadhari" ciptaan Paklah. ]
Islam Tidak Ada Ertinya Tanpa Politik
Perlu kami nyatakan secara terus terang dan sejelas-jelasnya, bahawa Islam yang
benar seperti yang disyariatkan oleh Allah, tidak akan menjadi seperti itu kecuali jika ia berwawasan politik. Jika engkau
melepaskan Islam dari urusan politik, bererti engkau menjadikannya agama lain, boleh agama Budha atau agama Nasrani atau lainnya.
[ Komen saya: Dalam masalah politik dalam Islam, pernah saya muzakarah dengan golongan yang
tak mau involve dalam urusan politik M`sia. Saya tunjukkan kepada mereka Surah ar-Rum: 2-4
(yang bermaksud), “Telah dikalahkan bangsa Rumawi (yang berpusat
di Konstantinopel), di negeri yang terdekat (terdekat ke negeri Arab iaitu
Syria dan Palestina) dan
mereka sesudah dikalahkan itu akan menang, dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang).
Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman,…”
Saya tanya kat depa, “Untuk apa Allah bubuh surah Rom dalam Quran sedangkan
depa kafir? Pastu bila Rom kalah, orang Islam pi sedih pulak dah. Kemudian bila Rom menang, orang Islam happy, pasai apa jadi camtu?”…Saya kata bahwa inilah ayat politik yang menceritakan tentang
isu semasa pada zaman Nabi s.a.w. Dalam ayat tu menceritakan tentang perang antara Rom dan Parsi yang merupakan dua kuasa
besar ketika itu. Kalau relate dengan zaman la ni, macam Amerika dengan Rusia la tu.
Yang orang Islam pi sedih bila Rom kalah dan kemudian gembira bila Rom menang, sebab Rom adalah satu bangsa
yang beragama Nasrani yang mempunyai Kitab Suci sedangkan Parsi beragama Majusi penyembah api dan berhala (musyrik). Jadi,
nasrani tu asalnya agama samawi macam Islam juga, sedangkan Parsi satu geng dengan musyrikin Makkah sebab depa sama-sama sembah
berhala. Jadi bila kita lihat orang-orang Islam di Makkah mengikuti perkembangan peperangan dua kuasa besar tu dengan serious,
bermakna umat Islam amat peka dengan isu semasa, lebih-lebih lagi dalam masalah siapa akan menguasai dunia. Jadi bagi kita
hari ini pun, jangan kita letak mindset sapa perintah pun takpa kerana pemikiran begini amat bahaya kepada survival umat Islam.
]
Islam Mengarahkan Semua Sisi Kehidupan
Ada dua sebab utama dalam hal ini, iaitu:
Pertama:
Islam mempunyai sikap yang jelas dan hukum yang tegas dalam pelbagai masalah yang dianggap sebagai
tulang belakang dunia politik. Islam bukan merupakan keyakinan para pemimpin agama atau slogan-slogan ibadah semata. Maksudnya,
Islam bukan hanya sekadar hubungan antara manusia dengan Rabb-Nya tanpa ada hubungan dengan cara mengatur kehidupan menuntun
(membimbing) masyarakat dan daulah. Sama sekali tidak. Islam merupakan akidah, ibadah, akhlak dan syariat yang saling melengkapi.
Dengan kata lain, Islam merupakan sistem yang sempurna bagi kehidupan, yang meletakkan prinsip-prinsip, menetapkan kaedah,
membuat ketetapan-ketetapan hukum, menjelaskan pimpinan, yang berkaitan dengan kehidupan individu, cara menata (menyusun)
rumahtangga, mengatur masyarakat, mendirikan daulah dan menjalin hubungan dengan seluruh dunia.
Sesiapa yang membaca Al-Qur`an, Sunnah yang suci, buku-buku fiqah Islam dengan berbagai mazhabnya,
tentu akan mendapatkan hal ini sejelas-jelasnya.
Bahkan satu bahagian dari ibadah yang termasuk fiqah, berada tidak jauh dari politik. Orang-orang
Muslim sepakat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat, tidak mahu membayar zakat, terang-terangan makan pada bulan Ramadhan,
meremehkan kewajipan haji, layak mendapat hukuman. Bahkan dia mesti diperangi jika terang-terangan membentuk satu kelompok,
seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar r.a terhadap orang-orang yang menolak membayar zakat.
Bahkan menurut kesepakatan mereka juga, andaikata penduduk suatu negeri meninggalkan sebahagian
masalah sunat yang termasuk syi`ar Islam, seperti azan, khitan bagi anak lelaki, atau solat `Aidil maka mereka mesti diseru
untuk melaksanakannya dan diminta alasan dari tindakan mereka. Jika mereka tetap menolak melaksanakannya, maka mereka mesti
diperangi.
Islam mempunyai kaedah, hukum dan tuntunan-tuntunan dalam menangani pendidikan, media massa, hukum, harta benda, perdamaian, perang dan apa pun yang diperlukan
dalam kehidupan. Islam tidak boleh menerima jika hal ini hanya dipergunakan bagi kepentingan haluan kanan atau pesuruh ideologi-ideologi
lain. Islam mesti datang sebagai pemimpin, pelopor dan pemuka yang mesti diikuti dan ditunduki. Bahkan Islam tidak boleh menerima
jika kehidupan ini dipisahkan antara dirinya dan masalah kepimpinan, termasuk tidak juga menerima pemisahan antara tuntunan
dan penetapan hukum. Islam tidak menerima ucapan yang dinisbatkan kepada Al-Masih a.s, "Berikan bahagian Kaisar kepada Kaisar
dan bahagian Allah kepada Allah." Falsafah atau ideologi Islam yang berlaku, bahawa Kaisar dan bahagian Kaisar merupakan milik
Allah Yang Esa dan satu, yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi.
Pola pemikiran tauhid dalam Islam yang berlaku, bahawa tidak seharusnya orang Muslim menjadikan
selain Allah sebagai Rabb, mengambil selain Allah sebagai penolong dan tidak mencari hukum dari selain Allah, sebagaimana
yang dijelaskan dalam surah tauhid yang paling besar, ialah surah Al-An`am.
Pada hakikatnya akidah tauhid tak lebih dari sebuah revolusi untuk mewujudkan kebebasan, persamaan
dan ukhuwah bagi manusia, agar sebahagian manusia tidak mengangkat sebahagian yang lain sebagai sembahan selain Allah. Oleh
kerana itu Rasulullah s.a.w mengakhiri setiap surat yang dikirim kepada Ahli-Kitab dengan ayat yang mulia dari surah Ali Imran
(yang bermaksud), "Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kalian,
bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun, tidak (pula) sebahagian kita
menjadikan sebahagian yang lain sebagai sesembahan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka:
Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah)." (Ali-Imran: 64)
Di sinilah letaknya rahsia sikap orang-orang musyrik dan para pembesar di Makkah yang menghalang
dakwah Islam semenjak hari pertama, hanya kerana dakwah ini ingin meninggikan panji La ilaha illallah. Mereka sedar betul
apa yang ada di sebalik panji ini, mereka mengetahui makna perubahan terhadap kehidupan sosial dan politik yang dibawanya,
di samping perubahan agama seperti yang sudah dimaklumi.
[ Komen saya: Bila sebut sikap kesensitivitian pihak musyrik terhadap agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w,
saya teringat ulasan ust Ahmad Jailani semalam di surau Bukit Jambul tentang very alert-nya pihak kuffar tentang isu murtadnya
Siti Fatimah Tan @ Tan Ean Hung.
Lihat apa yang ditulis dalam blog jaguh liberal M`sia Haris Ibrahim:
http://harismibrahim.wordpress.com/2008/05/08/syariah-court-allows-siti-fatimah-tan-abdullah-to-return-to-buddhism/
Cuba lihat dia tulis apa pada ayat yang akhir sekali dalam posting dia yang terbaru? Dia kata, “The push to make this an Islamic state may
[then] have been achieved.” …Ini dia tuan-tuan.
Inilah yang dapat dibaca oleh pihak kuffar apabila ust Ahmad Jailani berjaya membawa kes Siti Fatimah Tan ke mahkamah syariah.
Mereka sedar bahwa sekiranya kes-kes seumpama ini menjadi kemestian diselesaikan di mahkamah syariah, lambat-laun Malaysia akan kembali kepada sebuah Negara yang betul-betul
Islam.
Namun yang menghairankan, walaupun puak kuffar dapat membaca strategi ust Ahmad Jailani ini, tetapi ada sebahagian
para pejuang Islam sendiri tidak dapat membacanya. Mereka terus menghentam ust Ahmad Jailani tanpa usul periksa. Kekesalan
ini diluah oleh ust Jailani semalam. Wartawan-wartawan luar dari AP, BBC dan sebagainya terus menelefon ust Jailani untuk
mengetahui dari sumber yang asli apabila mendapat tahu tentang keputusan kes tersebut, sedangkan dari pihak pejuang Islam
tidak ada. ]
Kedua:
Karakter orang Muslim yang dibentuk Islam dengan diwarnai akidah, syariat serta ibadahnya, tentu
merupakan karakter politis, kecuali jika pemahamannya terhadap Islam atau penerapannya tidak tepat.
Islam meletakkan kewajipan di leher setiap orang Muslim apa yang disebut amar ma`ruf nahi mungkar, yang juga boleh disebut dengan sebuah tajuk: Nasihat itu bagi para pemimpin orang-orang
Muslim dan orang awam di antara mereka. Inilah yang disebut dalam hadis sahih:
"Agama itu nasihat." (Diriwayatkan Muslim).
Boleh saja hal ini diwujudkan dengan nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang
kedua hal ini merupakan syarat fundamental untuk keselamatan dan kerugian di dunia dan akhirat, seperti yang diungkapkan surah
Al-Ashr.
Perhatian orang Muslim terhadap keadaan umat secara umum, boleh disebut dengan istilah politik
untuk zaman sekarang.
[
Komen saya: Inilah yang pernah saya bagitau kat kaum wanita sebab depa selalu sebut, “Bab-bab politik ni, kami tak minat
la.”…Padahal depa berpolitik setiap hari tanpa disedari. Bangun pagi siapkan anak ke sekolah sambil menasihati
anak, itu sudah berpolitik. Hari ini nak ke pejabat nak pakai baju apa, kemudian kawan-kawan serumah bagi nasihat suruh pakai
sopan sikit, itu sudah berpolitik. Mereka ini hanya nak disuntik pemikiran Islamik saja dalam kehidupan seharian, baru mereka
tahu betapa cantiknya politk cara Islam. ]
Melenyapkan Kerosakan dan Kezaliman Adalah Jihad Yang Paling Utama
Rasulullah s.a.w memerintahkan orang Muslim agar melenyapkan kerosakan di dalam daulah dan menganggapnya
lebih utama daripada menghadapi serangan musuh dari luar. Maka baginda bersabda tatkala ditanya tentang jihad yang paling
utama:
"Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim." (Diriwayatkan
An-Nasa`i)[1]
Sebab kerosakan di dalam daulah inilah yang memancing munculnya serangan dari luar. Mati syahid
kerana perbuatan ini juga termasuk jenis mati syahid fi sabilillah yang tertinggi. Sabda baginda:
"Pemimpin para syuhada adalah Hamzah dan juga orang yang mendatangi pemimpin yang zalim lalu
menasihatinya dan melarangnya, lalu pemimpin itu membunuhnya." (Diriwayatkan Al-Hakim)[2]
[ Komen saya: Ini dia tuan-tuan dua hadis yang boleh diambil sebagai hujah
dalam menghadapi kerajaan korupsi umno/bn di Malaysia hari ini. Namun apabila tiba saja musim PRU, umno cukup seronok mendendangkan
hujah dari golongan salafi yang berhujah dengan hadis dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Akan
ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul
pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: Apa
yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan
taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis
Riwayat Muslim, no. 1847)
Memang hadis ini sahih, tetapi tengok apa kata Prof Muhammad Al-Ghazali dalam
kitabnya Laisa Minal Islam, ketika mengkritik kefahaman Imam Ibn Hazm tentang hadis tersebut. Kata Prof Muhammad al-Ghazali,
“Hadis ini dimaksudkan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana memang melakukan kesalahan.” Pemerintah-pemerintah
Islam di waktu kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan seterusnya hingga kepada Uthmaniyah memang sebahagian ada yang zalim, namun
mereka tetap melaksanakan hukum dari al-Quran dan as-Sunnah. Bukannya seperti sekarang, yang menolak untuk melaksanakan hukum
Islam secara total. Jadi, sebenarnya hadis-hadis Nabi s.a.w tentang ketaatan kepada pemimpin tidak bersetentangan antara satu
sama lain, namun yang salahnya ialah kefahaman kita dalam mengambil pengajaran dari hadis-hadis berkenaan. ]
Di dalam jiwa orang Muslim tertanam penolakan terhadap kezaliman dan kehendak untuk memberontak
terhadap orang-orang yang zalim. Hingga baginda bersabda dalam doa qunutnya, yang diriwayatkan dari Ibnu Mas`ud, dan inilah
yang diamalkan di dalam mazhab Hanafi dan lain-lainnya:
"Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah dan tidak kufur kepada-Mu, kami melepaskan dan meninggalkan
orang yang menderhakai-Mu."
Islam menganjurkan peperangan untuk menyelamatkan orang-orang yang mendapat tekanan dan lemah
di bumi dengan pelbagai ungkapan anjuran dan perintah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat berikut ini (yang bermaksud):
"Mengapa kalian tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik
lelaki, wanita-wanita mahupun anak-anak, yang semuanya berdoa: Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang
zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau." (An-Nisa`: 75)
[ Komen saya: Inilah sebabnya saya tidak setuju dengan sticker lekat kat kereta “Say No To War”.
Ini bukan maknanya saya suka kepada peperangan. Saya pun tak suka. Sebab semua orang pun tahu akibat dari peperangan. Namun
demikian kita sebagai orang Islam yang mengambil Quran sebagai manhaj, perlu peka dengan ayat-ayat anjuran perang yang banyak
disebut dalam al-Quran.
Namun begitu, peperangan adalah last solution dalam segala hal. Selagi kita masih ada ruang untuk berdakwah,
selagi diberi ruang berhujah membetulkan sistem pemerintahan yang tidak adil, selagi itu peperangan mesti dihindari. ]
Islam melontarkan kemarahan dan pengingkarannya terhadap orang-orang Muslim yang menerima kezaliman,
rela menetap di tempat yang keadaan mereka dilecehkan dan dizalimi, padahal mereka boleh hijrah dan lari dari sana menuju ke tempat lain. Firman-Nya (yang bermaksud):
"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada
mereka) malaikat bertanya: Dalam keadaan bagaimana kalian ini? Mereka menjawab: Adalah kami orang-orang yang tertindas di
negeri (Makkah). Para malaikat berkata: Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kalian dapat
berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, kecuali mereka
yang tertindas baik lelaki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk
hijrah), mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan, adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." (An-Nisa`: 97-99)
Sehingga Al-Qur`an berkata tentang keadaan orang-orang yang lemah, "Mudah-mudahan Allah mengampuni
mereka." Mereka berkata seperti itu sebagai harapan kepada Allah, dan tidak ingin diherdik Allah kerana rela terhadap penindasan
dan kezaliman, yang mesti dihindari orang Muslim selagi boleh melakukannya.
[ Komen saya: Menurut mufasirin, ayat al-Quran di atas turun selepas berlakunya Perang Badar al-Kubra. Yang dimaksud dengan orang yang menganiaya diri sendiri di sini, ialah orang-orang muslimin Mekah yang
tidak mau hijrah bersama Nabi sedangkan mereka sanggup. Mereka ditindas dan dipaksa oleh orang-orang kafir ikut bersama mereka
pergi ke perang Badar, akhirnya di antara mereka ada yang terbunuh dalam peperangan itu.
Dalam suasana hari ini, yang menjadi kebimbangan ialah negara kita terikat dengan
PBB, yang apabila berlaku konflik, kemungkinan tentera-tentera Malaysia akan di hantar di bawah panji PBB. Konflik
di Somalia tahun 90an dulu, tentera-tentera kita pernah dikerah ke sana. Yang terbaru dan baru saja ditarik-balik ialah
di daerah Mindanao, Selatan Filipina. Kedua-dua tempat tu kita terpaksa berhadapan dengan para pejuang Mujahidin Islam. Yang
bimbangnya bila berlaku pertempuran, dibimbangi muncung rifel tentera-tentera kita yang beragama Islam bertembung dengan muncung-muncung
rifel Mujahidin yang juga Islam. Kalaulah ada tentera kita yang Islam terbunuh dalam situasi macam tu (na`uzubillah), dibimbangi persoalan
yang lebih kurang sama juga diajukan oleh Malaikat (rujuk ayat al-Quran surah an-Nisa`: 97-99 seperti di atas).
Jadi, apa nak jawab kalau jadi macam tu? ]
Pengungkapan
Al-Qur`an yang berulang-ulang tentang orang-orang yang sewenang-wenang di mukabumi, seperti Fir`aun, Haman, Qarun, pasukan
dan para pengikutnya, merupakan pengungkapan yang mendorong hati orang Muslim untuk menentang sepak terajang mereka, membenci
kezaliman mereka dan membantu orang-orang lemah yang menjadi korban mereka.
Merubah Kemungkaran Merupakan Kewajipan
Pengungkapan Al-Qur`an dan Sunnah tentang orang-orang yang hanya diam tatkala menghadapi kemungkaran
dan bersikap pasif menghadapi para pelakunya, merupakan pengungkapan yang mampu menggetarkan hati sesiapa pun yang memiliki
iman sekalipun hanya seberat biji sawi.
"Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan
mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu." (Al-Maidah: 78-79)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan
tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya, namun yang demikian itu
adalah selemah-lemah iman." (Diriwayatkan Muslim)
Salah besar jika ada anggapan bahawa kemungkaran ini hanya berkisar pada masalah zina, minum
khamar atau hal-hal lain yang semakna.
Mengabaikan kehormatan rakyat merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Memanipulasi hasil pilihanraya
merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Tidak mahu memberi kesaksian terhadap hasil pilihanraya merupakan kemungkaran yang
amat mungkar, kerana hal ini termasuk menyembunyikan kesaksian. Menyerahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya merupakan
kemungkaran yang amat mungkar. Mencuri kekayaan milik rakyat merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menimbun barang yang
diperlukan rakyat kerana kepentingan peribadi atau golongan tertentu merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menzalimi manusia
dengan cara-cara yang jahat tanpa melalui prosedur mahkamah yang adil merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menyeksa manusia
di penjara dan tahanan merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Menyerahkan wang rasuah, menerimanya dan menghantarkannya
merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Mencari muka di hadapan pemimpin dengan cara yang batil dan mengipas-ngipas di hadapannya
merupakan kemungkaran yang amat mungkar. Setia terhadap musuh Allah dan musuh umat adalah kemungkaran yang amat mungkar.
Begitulah kita mendapatkan cakupan kemungkaran yang amat luas dan semakin luas, meliputi hal-hal
yang dianggap manusia sebagai masalah politik.
Maka apakah orang Muslim yang masih memiliki ghirah terhadap agamanya dan menghendaki keredaan
Rabb masih tetap akan diam mematung saja? Ataukah justeru dia menghindar dari medan,
melarikan diri menghadapi pelbagai kemungkaran ini, kerana takut atau mementingkan keselamatan diri sendiri? Apabila roh seperti
ini menyebar di tengah umat, maka habislah sudah risalahnya dan sudah boleh dipastikan, umat itu akan binasa, kerana ia akan
menjadi santapan bangsa lain, bukan bangsa yang disifati Allah (yang bermaksud):
"Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf
dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali Imran: 110)
Tidak hairan jika kita mendengar peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat
kerana munculnya sikap seperti itu:
"Jika kulihat umatku gentar berkata kepada orang zalim: Hai orang zalim!, maka mereka tidak
layak lagi untuk hidup." (Diriwayatkan Ahmad)
Dengan sebab imannya orang Muslim dituntut agar tidak bersikap pasif dalam menghadapi kemungkaran,
apapun bentuknya, baik politik, ekonomi, sosial atau peradaban. Dia mesti meluruskan
dan merubahnya dengan menggunakan tangan jika memang sanggup. Jika tidak sanggup, boleh menggunakan lidah dan keterangan.
Jika tidak sanggup merubah dengan menggunakan lidah, dia mesti beralih ke cara yang paling rendah iaitu merubah dengan hatinya,
dan inilah yang disifati dalam hadis sebagai selemah-lemahnya iman.
Rasulullah s.a.w menyebutnya "Merubah dengan hati", kerana ianya merupakan beban perasaan dan
kejiwaan dalam melawan kemungkaran dan para pelakunya. Beban ini bukan hanya sekadar sesuatu yang mengandungi erti negatif
seperti anggapan orang. Sebab jika begini, tentunya tidak disebut dengan kata-kata merubah di dalam hadis ini.
Beban perasaan dan kejiwaan ini akan terus mengekori dan suatu saat akan menyemburkan nafas
dalam suatu tindakan yang positif, boleh berupa revolusi yang melibatkan orangramai atau ledakan yang sukar dibayangkan. Jika
ada tekanan, tentu akan diikuti dengan ledakan. Ini merupakan sunnatullah yang berlaku di alam ini.
[ Komen saya: Yang kata "Merubah dengan hati” kemudian diikuti dengan “ledakan” benar-benar
berlaku dalam PRU12 pada bulan Mac yang lalu. Memang terkejut besar. Apa taknya, kalau ikuti rentetan senario politik semasa
start dari tahun 2004 hingga awal 2007, geng-geng Pas nampak sepi seolah-olah takdak mood nak sembang pasai politik. Mungkin
penangan PRU11 masih menghantui. Kemudian dengan kenaikan tol dan minyak pun, dilihatkan rakyat seperti tidak ambil peduli.
Awat taknya, semua demonstrasi yang diadakan, nampak muka sama saja yang turun. Tu pun tak berapa kerat. Politik ketika itu
jadi lesu.
Namun di pertengahan tahun 2007, ketika berlakunya pergolakan di Myanmar, yang dicetuskan oleh sami-sami Buddha, nampaknya telah memberi satu kekuatan
baru kepada ustaz-ustaz di tanahair untuk berani mengetuai demo 100,000 Bersih di KL. Kelantangan di mimbar-mimbar khutbah
dan di kuliah-kuliah Maghrib, benar-benar direalisasikan oleh para ulama. Di sini kita lihat turning pointnya. ]
Jika hadis di atas menyebut sikap ini dengan istilah "Merubah dengan hati", maka dalam hadis
lain disebutkan dengan istilah "Jihad hati", yang merupakan tingkatan jihad terakhir, sebagaimana ia merupakan tingkatan iman
yang terakhir dan paling lemah. Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas`ud secara marfu`:
"Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah di suatu umat sebelumku, melainkan dia mempunyai
para sahabat-sahabat setia dan rakan-rakan yang melaksanakan sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian datang sesudah
mereka orang-orang yang mengatakan apa yang tidak dikatakan para nabi, melakukan apa yang tidak diperintahkan para nabi itu.
Barangsiapa memerangi mereka dengan tangannya, maka dia adalah orang Mukmin. Barangsiapa memerangi mereka dengan lidahnya,
maka dia adalah orang Mukmin, dan barangsiapa memerangi mereka dengan hatinya, maka dia adalah orang Mukmin. Setelah itu tidak
ada lagi iman sekalipun hanya sebiji sawi."
Antara Individu dan Jemaah
Seorang saja sering tidak sanggup menghadapi kemungkaran, terlebih lagi jika kejahatannya sudah bermaharajalela,
apinya sudah membara dan para pelakunya kuat atau kemungkaran itu berasal dari kalangan penguasa yang sepatutnya merekalah
memeranginya, namun justeru mereka pula menjadi pendokong kemungkaran itu. Keadaan ini seperti yang digambarkan dalam sebuah
peribahasa: "Orang yang menjaganya tidak berbeza dengan orang yang melarangnya." Atau seperti yang dikatakan seorang penyair:
"Penggembala domba menjaga dari serangan serigala bagaimana dengan penggembala yang memelihara serigala?"
Tak dapat diragukan, jalinan kerjasama untuk merubah kemungkaran dalam keadaan seperti ini sangat diperlukan. Sebab
ianya merupakan kerjasama kepada kebajikan dan ketakwaan. Amal jemaah (tindakan bersama) menerusi perkumpulan atau parti yang
memang diperbolehkan merupakan fardhu yang diwajibkan agama.
[ Komen : Ini bukan cerita khayalan superhero, yang dia sorang boleh selamat dunia. Begitu juga dengan golongan
hat makan bertih bertapa sorang-sorang dalam gua, berkhayal boleh lawan kuffar dengan cara macam tu. Ini semua mengarut. Ini
dunia realiti sekarang tuan-tuan. Dengan segala macam gejala yang berlaku sekeliling kita hari ini, kita takdak jalan lain
melainkan kena pi cari dan join mana-mana pertubuhan yang komited untuk membasmi semua ni. Kalau boleh hat berlandaskan Islam
itu lagi bagus. Dalam buku “Ulama: Dalam Sorotan Kemerdekaan” tulisan dua orang MA UKM, saudara Ridzuan Mohd dan
Mohd Fadli Abdullah, ada dituliskan ketika menghadapi pihak penjajah British, para pejuang Melayu Islam di tanahair bermula
sejak akhir kurun ke 20 lagi hinggalah ke tarikh diberikan kemerdekaan, menubuhkan begitu banyak pertubuhan dalam nak mengelirukan
penjajah. Nama pertubuhan lain-lain, namun pejuang-pejuang yang aktifkannya hampir nama-nama yang sama.
Hari ini pun kita boleh kelirukan pihak kuffar
dan proksi-proksinya dengan strategi yang sama. Biar ditubuhkan banyak pertubuhan-pertubuhan Islam. Kalau satu diharamkan,
yang lain boleh cover-up. Inilah yang pernah disebut oleh TG Nik Aziz dalam ceramahnya sekitar tahun 2001, berucap tentang
isu pihak kerajaan mengusulkan nak mengharamkan istilah “Islam” yang digunakan oleh setiap pertubuhan. TG kata
(lebih kurang maksudnya), “Haram pi lah parti Pas, kita boleh tubuh parti lain. Walaupun parti nama lain, tapi yg run
tu kita jugak.”…Inilah yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di Turki. Setelah Parti Refah pimpinan Necmettin
Erbakan diharamkan pada tahun 1998, tertubuh pula Parti Fazilet yang sebahagian besar dari anggota bekas Parti Refah. Kemudian
Parti Fazilet turut diharamkan pada tahun 2001, tertubuh pula Parti Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) diasaskan oleh Recep Tayyip Erdogan yang cenderung kepada Islam. ]
Antara Hak dan
Kewajipan
Masalah yang seringkali diungkit-ungkit,
dikritik dan dikemukakan dalam
ideologi dan sistem pada
zaman sekarang adalah masalah
hak manusia. Hak ini diangkat Islam dan dijadikan sebagai
kewajipan yang suci, yang boleh mengakibatkan
dosa dan seksa dari
Allah jika diabaikan.
Ada perbezaan nyata antara hak yang termasuk
dalam ruang mubah atau
menurut pilihan, yang memungkinkan bagi
seseorang untuk meninggalkannya jika
dia menghendaki, dengan kewajiban
yang tidak ada pilihan bagi
mukallaf untuk meninggalkan atau
melalaikannya tanpa ada alasan
yang diterima syariat.
Sesuatu yang menjadikan orang
Muslim sentiasa sebagai politisi, kerana
dengan sebab imannya dia
dituntut agar tidak hidup untuk
dirinya sendiri, tanpa mahu
memperhatikan masalah dan kesulitan
orang lain, terutama sesama orang
Mukmin, yang didasarkan kepada ukhuwah
iman.
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu
adalah bersaudara." (Al-Hujurat: 10)
[ Komen saya: Bila sebut "seorang
Muslim sentiasa sebagai politisi", terpanggil saya untuk memberi komen. Bukannya apa, sejak kebelakangan ini, apa yang
saya lihat respon yang diberi oleh masyarakat Malaysia dalam bab-bab politik agak meriah. Tak macam 10 tahun dulu. Walaupun
tahun '98\'99 tu reformasi meletus, tapi sembang-sembang politik especially anak-anak muda, suri-suri rumah agak kurang. Walaupun
geng pembangkang mendominasi sembang "kedai kopi" ketika itu, tapi tak se"ketara" hari ini.
Hari ini, bila geng-geng rempit, geng-geng kereta turbo sembang
pasai motor kereta, last sekali bottom-line-nya depa akan bercakap bab politik. Apa taknya? Kalau bukan isu harga minyak
melambung tinggi. Depa dah tak mampu nak race tiap-tiap hari pasai minyak mahal, seminggu sekali pun belum tentu.
Hat suri-suri rumah pula, bila balik dari market, mula lah membebel. Mau taknya? Dulu bawa RM10 boleh beli macam-macam,
tapi hari ni, se-round pun tak habis lagi pusing market, tetiba hangus dah RM50. Baru depa sedaq kuasa membeli
dah takdak. Last-last, kepala Paklah depa hentam. Jadi, pointnya di sini nak bagitau, semua (tak kira level apa,
tak kira bangsa apa) pakat bercakap tentang politik isu semasa. ]
Dalam hadis disebutkan:
"Barangsiapa tidak memperhatikan
urusan orang-orang Muslim, maka dia
bukan termasuk golongan mereka,
dan barangsiapa tidak menjadi
pemberi nasihat bagi Allah, Rasul-Nya,
para pemimpin orang-orang Muslim dan
orang-orang awam di antara
mereka, maka dia termasuk
golongan mereka. Sesiapa pun penghuni suatu rumah yang di tengah mereka ada seseorang yang kelaparan, maka mereka
telah terlepas dari perlindungan
Allah dan Rasul-Nya." (Diriwayatkan At-Tabrani)[3]
Di samping mewajibkan orang Muslim
untuk memberi makan orang
miskin, Al-Qur`an juga
mewajibkannya menganjurkan orang lain berbuat hal yang sama, tidak
seperti orang-orang Jahiliyah yang dicela
di dalam Al-Qur`an:
"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya
kalian tidak memuliakan anak yatim,
dan kalian tidak mengajak memberi
makan orang miskin." (Al-Fajr: 17-18)
Al-Qur`an menganggap
sikap mengabaikan masalah ini
sebagai bukti pendustaan terhadap
agama:
"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan
agama? Itulah orang
yang mengherdik anak yatim, dan
tidak menganjurkan memberi makan
orang miskin." (Al-Ma`un: 1-3)
Bahkan Al-Qur`an mengaitkan hal ini dengan kekufuran
kepada Allah dan layak mendapat
seksa yang pedih di akhirat:
"Sesungguhnya dia dahulu tidak
beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
dan juga dia tidak
mendorong (orang lain) untuk memberi
makan orang miskin." (Al-Haqqah:
33-34)
[ Komen saya: Dalam bab buat
kenduri bagi makan ni,
memang kat Malaysia
dah jadi satu budaya.
Cukup mewah. Cuba tengok kat masjid-masjid setiap
malam Jumaat. Disamping pisang
yang dah jadi sinonim
dengan masjid, depa
mai longgok pulak bertimbun-timbun bungkusan makanan pelbagai aroma. Hat bungkus
ala nasi kandaq ada, hat dalam
polistrin ada. Kena pulak
la ni musim durian, ada
yang hantar pi pulut durian. Fuuuhhh, bau pulut durian semerbak satu masjid. Agak-agak tuan-tuan,
boleh khusyuk ka semayang dengan
baik punya bau durian?...Saya rasa hat zujud tahap
A pun belum tentu boleh control. Inilah akibatnya bila dibudayakan masjid sebagai tempat longgok pisang dengan nasi bungkuih,
bukannya yang sepatutnya sebagai tempat longgokan ilmu. ]
Dalam masyarakat kapitalis, jika
hak orang-orang miskin dan
lemah diabaikan, pasti akan menyebabkan revolusi dan
pemberontakan terhadap orang-orang kaya.
Di samping orang Muslim dituntut
untuk memerangi kezaliman sosial,
dia juga dituntut untuk
memerangi kezaliman politik, atau
kezaliman apa pun nama
dan bentuknya. Jika hanya
bersikap pasif dalam menghadapi
kezaliman dan meremehkannya, maka
semua lapisan umat akan menanggung akibatnya, bagi
orang yang zalim mahupun bagi
orang-orang yang dizalimi. Firman Allah (yang
bermaksud):
"Dan peliharalah dirimu daripada
seksaan yang tidak khusus menimpa
orang-orang yang zalim saja di
antara kalian." (Al-Anfal: 25)
Al-Qur`an mencela
orang-orang yang tunduk kepada para
pemimpin yang zalim dan sewenang-wenang,
yang menuruti apa keinginan mereka,
seperti firman-Nya tentang kaum
Nuh:
"Dan mereka mengikuti orang-orang
yang harta dan anak-anaknya tidak
menambah kepadanya melainkan kerugian
semata." (Nuh: 21)
Al-Qur`an berbicara
tentang kaum Hud:
"Dan mereka menuruti perintah
semua penguasa yang sewenang-wenang lagi
menentang (kebenaran)." (Hud: 59)
Al-Qur`an berbicara
tentang kaum Fir`aun:
"Maka Fir`aun mempengaruhi kaumnya,
lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya
mereka adalah kaum yang fasik." (Az-Zukhruf: 54)
Bahkan Al-Qu`an menganggap kecenderungan
dan perasaan simpati yang ditujukan
kepada orang-orang yang zalim saja
sudah mengakibatkan seksaan dari
Allah:
"Dan, janganlah kalian cenderung kepada
orang-orang yang zalim yang menyebabkan kalian
disentuh api neraka, dan
sekali-kali kalian tidak mempunyai seorang
penolong pun selain daripada Allah, kemudian
kalian tidak akan diberi pertolongan." (Hud:
113)
[ Komen saya:
Ini dia dalil yang bagitau bahwa orang Islam tak boleh redha dengan apa bentuk kezaliman sekalipun. So mana mungkin ada
sheikh-sheikh salafi kata tak boleh lawan pemimpin zalim? Zalim ni bukan makna syok-syok pi katok kepala orang atau saja-saja
seronok pi bunuh orang. Kalau diluaskan skop pengertian "zalim", setiap benda yang tak diletakkan pada tempatnya, itulah
makna zalim. Habih tu guna duit rakyat, pi tabok kat Permatang Pauh baru-baru ni tak zalim ka? Guna agensi-agensi
kerajaan, guna media balun Pakatan Rakyat, tak zalim ka? Sebab tu saya dok bagitau kat kawan-kawan, "Kalau betul Pakatan Rakyat
dapat Putrajaya dalam masa terdekat ini, saya suggest, 1st sekali, media massa mau ambil-alih dulu." ]
Islam membebani setiap orang
Muslim dengan tanggungjawab politik, iaitu
hidup di daulah yang pemimpinnya
orang Muslim, menetapkan perkara dengan
Kitab Allah dan dibaiat orang-orang
untuk melakukan hal ini.
Jika tidak, maka
tak ada bezanya dengan
orang-orang Jahiliyah. Disebutkan dalam sebuah hadis sahih:
"Barangsiapa mati sedang di
lehernya tidak ada baiat
kepada seorang pemimpin, maka
dia mati secara Jahiliyah." (Diriwayatkan Muslim)
Solat dan Politik
Sekalipun orang Muslim
sedang solat, boleh saja
dia terjun ke kancah
politik, iaitu tatkala dia
membaca ayat-ayat dari Kitab
Allah yang berkaitan dengan masalah yang disebut politik. Sesiapa yang membaca
ayat-ayat dalam surah Al-Maidah
yang menyuruh untuk menetapkan perkara
menurut apa yang diturunkan Allah, yang menganggap sesiapa pun yang tidak menetapkan
perkara menurut apa yang diturunkan
Allah sebagai orang kafir, zalim
dan fasik, bererti dia
telah terjun ke kancah
politik.
"Dan barangsiapa yang tidak
memutuskan perkara menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah:
44)
"Dan barangsiapa yang tidak
memutuskan perkara menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah orang-orang yang zalim." (Al-Maidah:
45)
"Dan barangsiapa yang tidak
memutuskan perkara menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah orang-orang yang fasik." (Al-Maidah:
47)
[ Komen saya: Ini dia tuan-tuan, heran kita, macamana masih ada
golongan yang kata politik takdak dalam Islam? Sedangkan Dr Yusuf al-Qardhawi kata, dalam solat pun ada politik. Saya
tak bermaksud nak kata kat HT maupun Tabligh sebab depa ada agenda depa sendiri dalam berpolitik. Yang depa tolak hanyalah
sistem demokrasi, tu saja. Takpa ini kita akan terangkan nanti kepada mereka dalam masa yang akan datang. Yang saya maksudkan
di sini, kebanyakan saya lihat yang tak mau kepada politik ialah golongan wanita dalam katogeri otai. Yang muda-muda
dalam 20an/30an sejak mutakhir ni nampak boleh terima cerita politik semasa sebab harga barang naik punya pasal. Tapi golongan
40an ke atas ni agak susah sikit. Bila kita cerita pasai politik, mulalah depa rasa nak pening kepala-lah, nak muntahlah,
macam-macam depa rasa. Depa jadi macam tu, kemungkinan salah dari segi penyampaian kita la kot pasai pi cerita politik
kepartian yang depa tak minat. Tapi kalau kita cerita politik semasa yang relate dengan ayat-ayat al-Quran (contohnya
seperti ayat-ayat dalam Surah al-Maidah di atas), pun depa rasa pening juga, kita nak kata apa kat golongan macam ni tuan-tuan?
]
Sekalipun bacaannya ini dianggap sebagai
penentangan secara ekstrem, sebab
dia membaca ayat-ayat ini
sambil mengarahkan tuduhan terhadap
sistem yang diberlakukan pemimpin, kerana memang
pemimpin ini sesuai dengan
sifat kufur, zalim atau
fasik, atau bahkan semua
sifat ini melekat pada
dirinya.
[ Komen saya:
Ini lagi la, kat M`sia ni kalau kita baca ayat-ayat Quran sebagai dalil untuk kritik para pemimpin, silapharibulan
boleh kena ISA la jawabnya. Jangan buat pasai. Berapa ramai ustaz-ustaz kita disumbat dalam ISA hari ni pasai
benda-benda macam ni? Jauh lebih ramai dari 5 anggota hindraf, yang riuh dalam media tu. Yang ustaz-ustaz tu dah
dibelenggu, ada yang lebih dari 2 tahun, namun media dengan kita sekali masih membisu. ]
Contoh lain adalah bacaan
ayat-ayat yang berisi peringatan untuk
tidak setia kepada non-Mukmin:
"Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi penolong
dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata
bagi Allah (untuk menyeksa kalian)."
(An-Nisa`: 144)
"Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kalian mengambil musuh-Ku dan musuh kalian menjadi
teman-teman setia yang kalian sampaikan kepada mereka (khabar-khabar Muhammad), kerana
rasa kasih sayang." (Al-Mumtahanah:
1)
"Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kalian ambil menjadi
teman kepercayaan kalian orang-orang yang di luar kalangan kalian (kerana)
mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan)
kemudaratan bagi kalian. Mereka menyukai
apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati
mereka adalah lebih besar
lagi." (Ali Imran: 118)
Qunut nazilah seperti yang ditetapkan
dalam fiqah, iaitu doa
yang dibaca dalam solat-solat wajib
setelah bangun dari rukuk
pada rakaat terakhir, terutama
dalam solat-solat jahr (yang dibaca
secara nyaring), merupakan sesuatu
yang disyariatkan tatkala orang-orang Muslim
ditimpa cubaan, seperti berperang
melawan musuh, ditimpa gempa,
banjir, kelaparan dan sebagainya.
Kami masih ingat bagaimana Al-Imam Asy-Syahid Hasan
Al-Banna yang menetapkan hukum syariat
ini tatkala rakyat Mesir
sedang menghadapi Inggeris, seperti
yang diterbitkan di harian al-Ikhwanul-Muslimun. Al-Banna
meminta orang-orang Muslim agar membaca qunut di dalam solat mereka untuk menghadapi penjajahan
Inggeris. Al-Banna mengusulkan
lafaz yang mesti dibaca. Meski tak seorang pun yang
menyambutnya, namun kami masih
hafal betul lafaz itu,
yang juga sentiasa kami baca
dalam solat. Kandungan bacaan
qunut ini adalah:
"Ya Allah Rabb semesta alam yang melindungi orang-orang
yang ketakutan, yang menghinakan orang-orang
yang sombong dan yang membinasakan orang-orang
yang sewenang-wenang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau
mengetahui bahawa bangsa Inggeris
itu yang telah merampas dan
menduduki negeri kami, mengambil
hak kami, berbuat sewenang-wenang
di negeri kami lalu
menyebarkan kerosakan di sana. Ya Allah, singkirkanlah dari kami
tipu muslihat mereka, pecahlah
kekuatan mereka, singkirkanlah kekuasaan
mereka dari bumi-Mu dan
jangan biarkan mereka mendapat
jalan untuk menghalangi hamba-hamba-Mu
yang Mukmin. Ya Allah, hukumlah mereka dan para penolong
mereka, atau sesiapa pun yang membantu
dan bekerjasama dengan mereka
dengan hukuman yang dijatuhkan Zat
Yang Maha Perkasa lagi Maha
Berkuasa."
Begitulah kita terjun di kancah politik
selagi kita mendirikan solat
dengan khusyuk. Ini
merupakan tabiat Islam, yang di dalamnya
agama tidak memisahkan diri dari
dunia, dan dunia tidak
memisahkan diri dari agama. Al-Qur`an, sunnah dan perjalanan sejarah Islam tidak pernah
mengenal agama yang berjalan tanpa daulah
dan daulah berjalan tanpa
agama.
Anggapan tentang Tidak Ada Agama dalam Politik dan Tidak Ada Politik dalam Agama
Orang-orang yang beranggapan bahawa agama tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, yang sudah mengakar
sejak jauh-jauh hari, dan mereka yang menciptakan kebohongan bahawa tidak ada agama dalam politik dan tidak ada politik dalam
agama, yang muncul pada hari-hari kemudian, justeru merupakan orang pertama yang mendustakan perkataan dan perbuatannya.
Mereka itu justeru seringkali merujuk kepada agama untuk mengambil darinya suatu perangkat (alat) untuk kepentingan
politiknya dan menghadapi lawan-lawannya. Tidak jarang mereka memanfaatkan orang-orang yang lemah dan tersisih dari kalangan
tokoh agama, agar mengeluarkan fatwa tertentu yang ditujukan kepada orang-orang yang melawan kebijakan politiknya, yang isinya:
Ini batil menurut agama dan tidak tepat menurut kehidupan.
[ Komen saya: Bila sebut agama jadi ‘alat kepada politik’, teringat
saya kepada beberapa isu yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini seperti isu azan, isu nama jalan. Walaupun isu nama jalan
takla berkait dengan agama sangat tapi nak ceritanya, inilah bahana apabila kalah di PR12 baru-baru ni. Time ada banyak kuasa
dulu, bab-bab agama, bab-bab warisan apa semua ni tak berapa nak ambik perhatian. Yang depa fokus, projek, projek, projek.
Buat duit, buat duit, buat duit. Tapi sejak dua menjak ni, dah pandai sembang bab-bab agama dan warisan. Ini dah kira advance.
Mai saya nak tanya, “Apa penting sangat isu nama jalan tu?” Kalau betoi
tak mau bagi nama jalan bubuh bahasa cina/tamil, sepatutnya jangan bagi juga sekolah cina/tamil wujud. Semua mau standardise
pi sekolah kebangsaan, macam kerajaan Indonesia
buat. Tu baru betoi.
Ni sanggup pi ambik mana punya makcik-makcik suruh angkat banner buat demonstrasi,
padahal bila Rasulullah dikarikaturkan, takdak pun makcik-makcik keriau buat demonstrasi. Inilah yang dikatakan krisis keutamaan.
]
Kami masih ingat bagaimana pelbagai fatwa dikeluarkan pada sekitar tahun 1948 dan 1949. Kami yang saat itu
merupakan para da`i yang aktif mengajak kepada penerapan hukum Al-Qur`an dan Islam, dianggap telah memerangi Allah dan Rasul-Nya
serta menyebarkan kerosakan di mukabumi, sehingga sudah selayaknya jika kami mesti dibasmi, disalib, tangan dan kaki kami
dipotong hingga tiada yang menyisa, atau lebih baik jika kami dibasmi dari permukaan bumi ini.
Hal seperti ini terus berulang-ulang dari satu masa ke lain masa. Pentas sandiwara terus berulang sekalipun
wajah-wajah tidak lagi sama.
Kami masih ingat, begitu pula semua orang, bagaimana para ahli fatwa diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang
perlunya mengukuhkan perdamaian dengan Israel,
untuk mengangkat posisinya yang hampir kalah dalam kancah politik. Padahal sebelum itu para ahli fatwa ini sudah mengeluarkan
fatwa, berisi pengharaman berdamai dengan pihak Israel, dan menganggap
berdamai dengan Israel sebagai pengkhianatan
terhadap Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Muslim. [4]
Tidak sedikit para penguasa yang merangkul para ulama agar mengeluarkan fatwa yang boleh menyokong tujuan-tujuan
politiknya. Yang terakhir kali adalah upaya menghalalkan jasa bank dan bunganya. Maka permintaan ini pun dikabulkan orang-orang
(para ulama) yang sebenarnya minima ilmu dan agamanya. Namun para ulama yang teguh tetap menolaknya.
"Orang-orang
yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang pun selain kepada
Allah." (Al-Ahzab: 39)
-----------------------------------------
Nota:
[1] An-Nawawi mensahihkannya di dalam Riyadhush-Shalihin.
[2] Adz-Dzahaby mensahihkannya, begitu pula Al-Albany di dalam Silsilah
Ash-Shahihah, nombor 374.
[3] Kesahihan hadis ini diperselisihkan.
Lihat Majma`uz-Zawa`id, 1\87,
dan Al-Muntaqa Minat-Targhib wat-Tarhib,
nombor 997.
[4] Boleh jadi pengarang hendak
mengisyaratkan polemik antara dirinya dan mufti Saudi Arabia
setelah Perang Teluk sudah reda. Di satu sisi pengarang menentang keras perdamaian dengan pihak Israel,
dengan pelbagai dalil yang diambilkan dari Al-Qur`an, yang menjelaskan sesiapa dan bagaimana sepak terajang bangsa Israel semenjak dahulu hingga kini, dan pertimbangan-pertimbangan
lain yang sama sekali tidak mendatangkan kemaslahatan. Di sisi lain, mufti Saudi Arabia
mengeluarkan fatwa tentang diperbolehkannya berdamai dengan pihak Israel.
Hanya orang-orang yang terlibat dengan pengeluaran fatwa inilah yang tahu betul apa manfaat berdamai dengan Israel, terutama menurut pertimbangan politik, wallahu a`alam (penterjemah).
|