Bab orang-orang yang mempunyai tombak bermain-main di dalam masjid
Abdul Aziz bin Abdullah menyampaikan kepada kami (al-imam Bukhari), katanya Ibrahim bin Saad menyampaikan
kepada kami daripada Soleh daripada Ibnu Syihab, katanya `Urwah bin Zubair mengkhabarkan kepada ku bahwasanya Saidatina `Aisyah
berkata: "Sesungguhnya aku betul-betul pernah melihat Rasulullah saw pada suatu hari berada di pintu kamarku, sedangkan di
saat itu orang-orang Habsyi sedang sama bermain-main senjata di dalam masjid. Rasulullah saw menutupi aku dengan selendangnya
dan aku pun ikut melihat pada permainan mereka itu."
Dalam hadith ini bila disebut adanya orang Habsyi di dalam masjid Nabi, bermakna walaupun mereka berkulit
hitam, namun mereka juga adalah dikalangan sahabat. Inilah rahmatnya bila Islam datang. Islam yang dibawa Nabi menyebabkan
yang jauh datang bermusafir untuk tinggal bersama dengan masyarakat Islam. Mereka datang dari merata pelusuk dunia. Ada yang
dari Parsi, ada yang dari Rom. Mereka tertarik dengan Islam yang Nabi bawa. Tapi Islam yang kita bawa hari ini, sedikit pun
tak menarik minat kawan-kawan cina/india yang hidup berpuluh tahun di sekeliling kita. Malah masyarakat Islam kita lebih teruk
dari depa.
Berbalik kepada hadith tadi. Okay, di dalam hadith ini diceritakan bagaimana orang-orang Habshah bermain
senjata dalam masjid. Dulu masjid Nabi takdak la karpet macam masjid la ni. Lantai masjid pun bukan ada mozet apapun, semata-mata
pasiaq saja. Itu yang ada riwayat sebut bila Nabi bangun dari sujud, habih dahi baginda penuh dengan pasiaq. Dan jangan terkejut,
bila Nabi suruh simbah air di tempat sorang badwi kencing sebab semuanya adalah pasir.
Dalam hadith ini juga tidak diberitahu komen Nabi tentang permainan tersebut. Seperti yang kita pelajari
bahwa apa yang terbit daripada Nabi seperti perkataan, perbuatan dan pengakuan itulah sunnah. Kalau Nabi tengok satu benda,
dia tak larang, maknanya confirm benda tu okay sebab masuk dalam katogeri pengakuan. Kalau benda tu tak okay, sudah tentu
Rasulullah melarang sebab mustahil Nabi biarkan suatu benda mungkar bermain depan matanya. So, apabila Nabi saw membiarkan
orang Habshah main pedang dalam masjid, menunjukkan ini tidak dilarang di dalam Islam.
Ulama-ulama membahaskan hadith ini dan membincangkan kenapa dibenarkan permainan senjata di dalam masjid?...Sebahagian
dari mereka menyatakan bahwa selagi ia tidak bertentangan dengan syarak, apa salahnya?...Dan sebahagian lagi dikalangan mereka
yang mengkaji lebih mendalam mengatakan bahwa oleh kerana permainan senjata adalah lambang kepada sifat keberanian, kehebatan
dan keperwiraan yang Islam sangat berkaitan dengan hal yang demikian, yang boleh menaikkan semangat mempelajari kemahiran
bermain senjata, maka ia amat memanfaatkan kepada Islam.
Dan ada juga ulama memandang persembahan permainan senjata itu dari segi hiburannya. Dah kalau Nabi izinkan benda itu,
bermakna Islam tidak melarang umatnya untuk berseronok. Lihat saja peribadi Rasulullah saw yang ada ketikanya baginda bergurau
senda dengan isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya. Sehingga diceritakan bagaimana pernah satu hari Nabi berlumba lari dengan
Aisyah. Maknanya, Islam datang dengan tidak menyanggahi fitrah yang Allah jadikan kita sebagai manusia. So kalau isteri kita
nak nyanyi dalam bilik bersama suami dengan anak-anak dia, takdak masalah, dia nak nyanyi sari suntuk pun takpa. Jangan pi
lompat sekali atas stage dengan Mawi sudah. Pernah satu hari di Eid Fitri, Saidina Abu Bakar datang ke rumah Nabi saw, tiba-tiba
dia mendengar suara nyanyian sorang kanak-kanak perempuan. Lalu kata Abu Bakr, "Siapakah yang memasukkan suara syaitan ke
dalam rumah Rasulullah saw?"...Kata Nabi, "Biarkanlah wahai Abu Bakr."...Dari peristiwa itu, para ulama berpendapat bahwa
sekiranya hari itu hari keseronokan seperti Eid Fitri atau majlis perkahwinan, maka sangat disukai dari pandangan syarak untuk
membuat suatu kegiatan yang menambah kegembiraan orangramai. Nabi sendiri dalam suatu majlis perkahwinan orang Ansar, baginda
bertanya, "Kenapa tidak ada orang menyebut : marhaban! marhaban!"...Nabi sebut macam tu sebab Nabi tahu orang Ansar sukakan
kepada hiburan pada majlis perkahwinan mereka. Jadi kita pun, kalau nak panggil DJ untuk nak bagi meriahkan lagi majlis perkahwinan,
ana rasa okay. Tapi satu je mau bagitau kat DJ tu, "Ni sheikh, satgi masuk waktu solat, tolong inform kat hadirin semua."...Macam
tu baru allright. Jangan asyik layan tetamu sampai semayang pun lupa. Ini yang tak betoinye tu.