Make your own free website on Tripod.com

Sahih Bukhari - Jilid 2 - Bab menyebut jual-beli di atas mimbar dalam masjid

Bab menyebutkan berjual-beli di atas mimbar dalam masjid

Dalam mazhab Hanafi, jual-beli di dalam masjid hukumnya makruh. Begitu juga mazhab Maliki, yang menyatakan bahwa jual-beli makruh dilakukan di dalam masjid jika boleh mengganggu para jama'ah. Tetapi sekiranya tidak mengganggu jamaah, maka hukumnya tidak makruh, dia jadi mubah. Dalam mazhab Syafi'i, ia melarang (mengharamkan) menjadikan masjid sebagai tempat jual-beli jika dengan hal ini boleh mengurangi wibawa masjid. Namun jika tidak mengurangi wibawanya, maka jual-beli di masjid hukumnya makruh. Manakala mazhab Hanbali, mazhab ini melarang (mengharamkan) masjid sebagai tempat jual-beli. Seandainya terjadi, maka hukumnya batal, jual-belinya tidak sah. Ini berdalilkan hadith Rasulullah saw yang berbunyi: "Jika kamu melihat orang yang berjual-beli di masjid, maka katakanlah: Moga-moga Allah tidak akan memberikan untung dari perdagangannya." (Riwayat Nasa`i dan Tirmizi. Imam Tirmizi menyebut bahwa hadith ini hasan.) [1]

Nak bagitaunya apa tuan-tuan?...Nak bagitaunya, semua imam-imam mazhab tidak menyukai berlakunya jual-beli di dalam masjid. So kalau ada apa-apa barang kita nak kempen, tolong kempen kat luar masjid, jangan dalam masjid. Lately ramai kita tengok ustaz-ustaz bila mai buat kuliah di masjid-masjid, sekali depa kempen kaset, vcd, rempah ratus, kismis, dan barang-barang lain yang dibawa mai sekali. Kalau kempen dapatkan kaset, vcd atau kitab yang mempunyai kaitan dengan bab mengaji atau maklumat yang amat penting tentang ummah, yang tu takpa sebab itu bukannya jual-beli barang, sebaliknya itu adalah sebagai penyebaran maklumat. Jadi pointnya ialah agama tidak didatangkan untuk kepentingan sesiapa, tetapi agama datang untuk mendaulatkan kalam Allah dan sunnah Rasululah saw.

Ali bin Abdullah menyampaikan kepada kami (imam al-Bukhari) katanya, Sufyan menyampaikan kepada kami daripada Yahya, daripada `Amrah, daripada `Aisyah, katanya bahwa ia didatangi oleh Barirah (seorang hamba sahya perempuan) untuk meminta kepadanya agar menjadikannya sebagai budak kitabah (jikalau budak itu dapat menebus harga dirinya, maka dapat menjadi orang merdeka). `Aisyah lalu berkata: "Jikalau kamu mau, aku boleh bayar harga dirimu kepada orang yang memilikimu sebagai penebusannya dengan syarat kuasa perwalian adalah bagiku." Tetapi pemiliknya itu berkata kepada `Aisyah: "Jikalau kamu mau, kamu boleh jelaskan bakinya (yang masih belum dijelaskan oleh Barirah) dan budak itu merdeka."

Pada suatu ketika Sufyan juga pernah berkata: "Jikalau anda suka, anda merdekakan saja budak itu, sedang perwaliannya adalah bagi kami yakni orang yang memerdekakan ia."

Kemudian setelah Rasulullah saw datang, aku (`Aisyah) menyebutkan perkara itu kepada baginda saw lalu baginda saw bersabda: "Belilah dulu budak itu, sebab sesungguhnya hal perwalian itu adalah bagi orang yang memerdekakannya." Seterusnya Rasulullah saw berdiri di atas mimbar. Menurut keterangan lain, Sufyan berkata pada suatu ketika, lalu Rasulullah saw menaiki mimbar, kemudian baginda saw bersabda: "Mengapakah kaum itu membuat persyaratan-persyaratan sendiri yang sama sekali tidak terdapat dalam kitabullah (al-Quran)? Barangsiapa membuat persyaratan yang tidak terdapat tuntunannya di dalam kitabullah, maka tidak ada sesuatu yang sah atau dapat diterima bagi orang yang membuat itu, sekalipun ia membuat persyaratan tadi sampai 100 kali."

Pengajaran yang kita boleh ambil dari hadith di atas ialah kita jangan sekali-kali buat sesuatu syarat dengan menyanggahi kitab Allah. Tetapi sekiranya mana-mana syarat yang dibuat itu tidak menyanggahi kitab Allah, maka Islam bersama dengan syarat tersebut [2]. Contohnya katalah sebelum kita kahwin, tunang kita kata, "I akan kawin dengan u kalau u sanggup bagi kat i RM300 per month."...Kalau kita accept syarat tu, maka wajib kita laksanakan sebab syarat tersebut tidak menyanggahi kitab Allah. Tetapi kalau kita letakkan syarat yang menyanggahi kitab Allah seperti kita kata, "U boleh belikan kereta ini kat i, tapi esok kalau u nak juai, u kena juai balik kat orang sekian-sekian."...Sedangkan bila kita dah beli sesuatu barang, maka barang itu telah menjadi milik kita yang sempurna dan tidak ada siapa boleh paksa kita untuk menentukan kita mesti bagi barang itu kepada orang yang tertentu. Syarat seperti ini menyanggahi hak yang ditetapkan oleh syarak, maka syarat itu batal.

Satu pengajaran lagi yang boleh kita ambil dari hadith di atas ialah kita boleh tengok bagaimana pendekatan Nabi saw bila ada satu-satu masalah timbul, maka baginda akan selesaikannya di masjid. Jadi nak ceritanya ialah masjid pada zaman Nabi memainkan peranan yang sangat penting dalam menghadapi permasalahan ummah. Zaman kita, masjid berfungsi bila ada orang nak menikah, baca Yasin malam Jumaat, setakat tu saja. Tapi pada zaman Nabi, masjid lah tempat menyelesaikan masalah jual-beli, masalah hutang piutang, masalah politik dan pelbagai permasalahan. Sebab itu, tidak hairanlah kekuatan Islam zaman dahulu bangkit daripada masjid.

Di dalam buku "Ibadat dalam Islam", Dr Yusof al-Qardhawi menyatakan bahwa, "Dengan menunaikan sembahyang berjemaah di masjid sebanyak lima kali sehari, akan menjadikan masjid sebagai sebuah tempat yang penting di dalam Islam dan di dalam kehidupan muslimin. Namun masjid bukan tempat untuk bertapa bagi golongan pendita. Dan juga bukan tempat ibadah untuk golongan darwisy (golongan sufi yang meninggalkan perjuangan Islam)..."...Bila sebut golongan sufi macam ni, teringat ana cerita dari sorang sahabat ketika berlakunya perang jihad Afghanistan lawan Soviet satu ketika dahulu. Walaupun time tu berkecamuk perang di Afghan, namun ada sekumpulan orang Islam keluar 3 hari pi duduk sekali dalam khemah mujahidin. Depa pun ajak mujahidin bertakwa kepada Allah, bina iman, ajak buat kerja agama dan sembahyang berjemaah. Elok-elok 3 hari, masuk hari keempat, Mujahidin pula kata kat kumpulan tu, "Hangpa jangan pi mana. La ni jom ikut kami tanggung senjata pi lawan kafir Rusia pula."...Terkejut kumpulan tu, depa kata, "Tolong sheikh! kerja kami setakat ajak orang sembahyang jemaah sahaja. Lebih-lebih kami tak mampu. Lagipun, perang-perang apa semua tu semata-mata nak berebut dunia saja tu. Yang kata dunia ni, sebesar sayap nyamuk pun Allah tak pandang. Jadi dunia ni, bagilah kat orang kafir."...Tuan-tuan nak tau Mujahidin kata apa kat kumpulan tu?...Depa kata, "Kalau macam tu, patut-patutnya mau tembak hangpa dulu sebelum tembak Rusia!"...Tu dia yang kata Muahidin tu tuan-tuan.

Okay, jadi nak bagitaunya, dalam Islam, tidak ada penditaan mahupun pertapaan. Namun Rasulullah pernah menyebut bahwa kewajipan setiap dari kamu adalah jihad, dan itulah sebenarnya pertapaan dalam Islam. Maksud Nabi, angkat senjata pi jihad itulah sebaik-baik ibadat.

Kata Dr Yusuf al-Qardhawi lagi, "Masjid Nabi adalah madrasah dakwah dan merupakan pejabat negara Islam. Dari situlah Nabi memberikan kerja kepada yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita penting untuk umat, bertemu dengan para diplomatik asing, mengatur tentera ke medan perang dan juga menghantar para pendakwah dan para perwakilan."...Berkata pula seorang tokoh besar Iraq Iman bin Khalil dalam salah sebuah kitabnya, "Masjid bukan tempat untuk bersolat semata-mata, bahkan kedudukannya sama seperti kedudukan Islam itu sendiri. Dengan mencakupi dalam pelbagai sudut ad-din, politik dan bermasyarakatan."...So, nak bagitaunya apa tuan-tuan?...Nak bagitaunya ialah betapa berfungsinya masjid kalau kita lihat Islam itu dari kacamatanya yang sebenar. Kalau kita dengar ada ustaz sebut tentang politik Islam dalam masjid, itu tidak salah. Kalau kita dengar ada orang cakap tentang ekonomi Islam dalam masjid, pun tidak ada kesalahannya. Bahkan kalau ajar tuition dalam masjid sekalipun, juga tidak ada kesalahannya, sebab semuanya itu adalah fungsi bagi sesebuah masjid yang mewakili Islam yang bersifat luas. Apabila masjid mewakili Islam, bermakna macamana acuan Islam, macam itu lah acuan masjid. Apa saja yang ada dalam al-Quran, yang membincangkan berbagai-bagai bab dari segi ibadatnya, muamalatnya, munakahatnya, perhubungan ekonominya, perhubungan siasahnya, perhubungan dari semua seginya; demikian itu jugalah yang masjid kena berperanan untuk menerangkan kepada orangramai. Semua itu masjid kena buat sekiranya nak dikenali sebagai masjid yang mewakili Islam. Tapi kalau masjid setakat untuk berzanji, marhaban, baca Yasin malam Jumaat, nak mengajar dalam masjid pun ada sukatan (yang ni tak boleh sebut, yang nu tak boleh sebut walaupun ada dalam kitab Allah, walaupun ada dalam sunnah Rasulullah); maka itu masih belum lagi boleh disebut sebagai masjid mewakili Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 114 yang bermaksud: "Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut padanya nama Allah, dan berusaha untuk merobohkannya (masjid)? Mereka itulah orang-orang yang sepatutnya tidak masuk ke dalam masjid melainkan takut kepada Allah, mereka itu rugi di dunia dan akhirat, bagi mereka azab yang sangat pedih."...Apa yang dimaksudkan dengan merobohkan masjid?...Berkata ulama Andalus al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi, "Merobohkan masjid samalah seperti menghilangkan fungsinya dan menghalang muslimin untuk melahirkan syiar dan kesatuan mereka."..Manakala di dalam kitab Fathul Bari, Imam asy-Syaukani menyebut bahwa maksud "menghalang masjid-masjid disebut padanya nama Allah" ialah menghalang sesiapa pun dari mendatangi masjid untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara itu maksud "berusaha merobohkan masjid" ialah berusaha membinasakan dan merosakkan bangunannya, dan ia juga boleh membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah seperti yang ditetapkan untuknya, dan ia juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk berikhtikaf dan menunggu solat."...Nak bagitaunya ialah sekiranya kita antara orang yang berperanan menyekat pengajian di masjid, maka kita termasuk dalam dosa merobohkan masjid (nauzubillah). Lainlah kalau kita tengok dengan jelas yang mai mengajar tu terang-terang maki dalam masjid. Yang ni kita tak boleh kompromi. Tetapi selagi mana orang itu mengajar dengan nas Quran, nas sunnah dan apa yang dikatakannya itu benar belaka walaupun tidak selari dengan kumpulan kita atau tidak sama "angin" dengan orang yang kita pertahankan; maka jangan sekali-kali kita halang. Kalau halang juga, bermakna kita telah merosakkan fungsi masjid (nauzubillah).

Universiti bagi para sahabat radiyallahuanhu itulah masjid Nabi salallahu alaihiwassalam. Kalau kita tengok Universiti al-Azhar di Mesir, ia juga bermula daripada sebuah masjid. Banyak lagi universiti-universiti di dunia Islam berasal dari sebuah masjid. Inilah gambaran betapa hebatnya peranan masjid di dalam Islam. Sebab itu kita lihat apabila penjajah serang sesebuah negara Islam, depa akan serang institusi masjid dulu sebab depa tau bahayanya bahwa selagi orang pi masjid dengar firman-firman Allah dan sabdaan-sabdaan Rasulullah, maka selagi itulah golongan yang melampau tidak ada tempat di hati orang-orang Islam. Jadi cara yang paling berkesan menghadapi kekuatan Islam ialah pertama sekali, matikan fungsi masjid, dan yang kedua, beri hiburan kepada anak-anak muda supaya depa seronok lebih. Sebab itu hari ini kita tengok bermacam-macam jenis hiburan masuk dalam negara kita. Sat yang nu, sat yang ni. Tak cukup hat dalam negara punya, pi impot mai pula hat luar punya. Kalau boleh, setiap hari depa nak tengok anak-anak muda kita dilihat terloncat-loncat dengan hiburan tanpa batasan. Kalau beginilah yang ditimpakan kepada anak-anak muda kita hari ini, ana rasa, depa tak akan ada masa nak teringat pasai nak berjuang, takdak masa nak berjihad, takdak masa nak perbaiki masalah umat, takdak masa nak menentang penyelewengan, kesemua benda macam ini langsung takdak dalam diari hidup depa.

Cuba kita tengok apa reaksi anak-anak muda Melayu Islam kita dalam isu hangat hari ini, berkenaan 10 orang ahli kabinet bukan Islam yang cuba mencabar Islam dengan menghantar memorandum supaya dipinda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?...Reaksi mereka cukup menyedihkan sebab kebanyakan dari anak-anak muda kita tu tak tau pun tentang isu ini, atau sengaja tak mau ambik tau. Tidak ada sensitiviti langsung terhadap apa yang berlaku kepada agama mereka. Ana cukup bimbang dengan keadaan ini tuan-tuan. Yes, memang dalam pusingan kali ini, nampak macam memihak kepada Islam, tetapi kita jangan alpa, kerana terang-terang depan mata kita bahwa adanya satu kecenderungan dari menteri-menteri bukan Islam untuk bersatu bagi menghadapi Islam di dalam negara Islam ini sendiri. Ini cukup bahaya tuan-tuan. So persoalannya sekarang, sekiranya pada masa akan datang, timbul isu yang lain, adakah mampu anak-anak muda kita yang dimabuk dengan hiburan boleh menangani masalah begini?...Mereka sebagai pelapis kita, akan terguris atau tidak sekiranya isu-isu yang membabitkan agama mereka sekali lagi dicabar? Jawapannya ada ditangan kita tuan-tuan. Mahu tidak mahu, kita sendiri kena bantu pulihkan keadaan anak-anak muda kita yang kian parah, sedangkan puak kufar semakin hari semakin berstrategi serangan mereka ke atas Islam.

Allahu ta`ala `alam.

[1] Fikih Sunnah Sayid Sabiq Jilid 12 m/surat 81 - 82.

[2] Hadith "Islam bersama dengan syarat" diletakkan oleh Imam at-Tirmizi sebagai hadith hasan lagi sahih.

24 Januari 2006

image003.jpg