Sahih Bukhari - Jilid 2 - Bab meninggikan suara di dalam masjid

Sahih Bukhari
Jilid 2
 
Di dalam ilmu hadith, terdapat dua pembahagian. Yang pertama adalah pembahagian yang membahaskan soal sanad, iaitu dalam persoalan rangkaian para perawi. Dan yang keduanya, membahaskan soal matan, iaitu text ucapan sesuatu hadith. Dari sudut sanad, ulama-ulama membahaskan bahwa ia bukan masalah Nabi saw, tetapi yang menjadi persoalannya ialah adakah hadith yang sampai kepada kita sekarang, benar-benar diucapkan oleh Nabi saw? Dari sinilah timbulnya hadith sahih dan palsu. Maksud hadith palsu ialah bukan Nabi yang palsukan, tetapi dibimbangi orang lain cakap apa yang tidak pernah diucapkan oleh Nabi saw. Ini yang kita bimbang sebab Nabi sendiri dah sebut, "Siapa yang dusta atas nama aku, maka siaplah tempat duduknya di dalam api neraka!"...nauzubillah. Dari amaran inilah, maka ulama-ulama hadith berusaha menghimpunkan hadith-hadith dan menentukan displin ilmu supaya hadith-hadith yang dihimpunkan semua itu dapat ditentukan antara yang sahih dan tidak sahih.
 
Antara ribuan ulama hadith, dua dari mereka iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim rahimallahu ta`ala telah menghimpunkan hadith-hadith dalam kitab mereka masing-masing, yang pada penilaian dan sukatan mereka, ia adalah sahih yang benar-benar diucapkan oleh Nabi saw. Cumanya ada juga Imam Bukhari meriwayatkan hadith secara mu`allaq (takdak sanad), tetapi ia tidak dimasukkan dalam kitab Sahih Imam Bukhari. Contohnya kalau tuan-tuan jumpa hadith tanpa sebut "..menyampaikan kepada kami...menyampaikan kepada kami...", yang ini adalah hadith yang diriwayatkan secara takliq. Secara takliq ini ada yang sahih dan ada juga yang tidak sahih, namun yang tidak sahih itu sedikit sangat. Ada pun hadith-hadith yang sebut "...menyampaikan kepada kami...menyampaikan kepada kami...", jumhur ulama menyatakan bahwa ianya sahih, namun hanya satu atau dua hadith sahaja yang masih lagi dalam perbincangan.
 
Begitu juga dalam Sahih Muslim, dalam banyak-banyak hadith yang sahih itu, ada juga beberapa hadith sejak dahulu lagi, ulama-ulama masih membincangkan tentang statusnya, tapi itupun sikit sangat. Namun yang ada dalam Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, bukan semuanya sahih. Mereka hanya himpunkan hadith-hadith tanpa mensyaratkan yang sahih sahaja ada dalam sunan masing-masing. Sebab itu kita selalu jumpa ditulis, riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih, atau riwayat Tirmizi dengan sanad yang sahih. Ditulis sedemikian sebab ada sanad yang tidak sahih dalam riwayat-riwayat Tirmizi mahupun Abu Daud, dan diakui sendiri oleh imam-imam tersebut memang ada hadith-hadith yang tidak sahih dalam kitab-kitab mereka. Oleh sebab itu, amat penting dalam ilmu hadith untuk memberitahu jalan sanad sebab dari jalan sanad itulah ulama-ulama hadith boleh trace sesuatu riwayat itu benar ataupun tidak.
 
Selain dari jalan sanad, hadith juga boleh dihukum berdasarkan matan. Contoh matan yang ada kecacatannya seperti riwayat menyebut, "Terung adalah ubat bagi semua jenis penyakit."...Ulama hadith dapat trace ini bukan kata-kata dari Nabi saw, dan didapati bahwa ucapan ini sengaja direka oleh peniaga-peniaga terung. Kalau tuan-tuan buka kitab al-Manar al-Munid, Imam Ibn Qayyim al-Jauziy telah membahaskan banyak hadith-hadtih yang palsu dari sudut matannya. Contoh seperti kata-kata Nabi, "Jangan kamu cerca ayam jantan kerana ia adalah sahabatku."...Setelah disemak oleh ulama-ulama hadith, confirm ia bukan hadith dari Nabi, tetapi itu adalah kata-kata dari seorang peminat ayam. Begitu juga dalam cerita-cerita tentang masih hidupnya Nabi Khidir alaihissalam. Semua cerita-cerita itu telah dikategorikan oleh ulama-ulama hadith sebagai bohong. Cerita-cerita itu direka oleh ahli-ahli sufi yang suka tengok umat Islam dalam keadaan berkhayal. Kata Imam Ibnu Qayyim, "Jumlah tentera Islam seramai 313 orang yang turun ke Medan Badar, kesemua nama-nama mereka telah disenaraikan oleh ulama-ulama sirah secara detail. Namun tidak ada seorang pun diantara mereka bernama Khidir."...Maknanya, kalau betoi Nabi Khidir masih hidup, dia tak boleh duduk berzikir sorang-sorang dia, malah dia wajib kena turun tolong Nabi saw berperang di Medan Badar. Ulama-ulama sirah dah check, tak jumpa pun riwayat cerita Nabi Khidir mai jumpa Nabi untuk sama-sama berperang menghadapi tentera-tentera Abu Jahal; sedangkan kata Nabi saw, "Demi Allah, kalau sekiranya Musa itu masih hidup dikalangan kamu, tidak halal baginya melainkan dia mesti ikut aku."...Maknanya, tak boleh mana-mana nabi kalau hidup di zaman Rasulullah saw, dia pi bawa tarikatnya sendiri, melainkan dia kena ikut Rasulullah saw.
 
Dari perbincangan di atas, penyebab berlakunya hadith-hadith palsu adalah antaranya kerana:
1)       direka oleh golongan yang kuat semangat kerohanian untuk menarik orangramai supaya kuat beribadat. Niatnya bagus tapi jalannya bathil. 
2)      berniat jahat dengan sengaja me-reka-reka hadith palsu supaya orang sangka buruk pada Nabi saw.  
3)      untuk melariskan barang perniagaannya, ataupun untuk menjaga martabat barang kegemarannya.
                      
Bab meninggikan suara di dalam masjid
Ali bin Abdillah menyampaikan kepada kami katanya, Yahya bin Said menyampaikan kepada kami katanya, al-Ju`ib bin Abdurrahman menyampaikan kepada kami katanya, Yazid bin Khusaifah menyampaikan kepada kami dari Said bin Yazid, katanya: "Suatu ketika aku berdiri di masjid, lalu ada seorang lelaki melempari aku dengan beberapa batu kecil. Aku melihat kepadanya, kemudian tampak olehku bahwa orang itu tiba-tiba adalah Umar bin Khatab. Ia berkata: Pergilah kamu dan datangkanlah di tempatku ini dua orang itu. Selanjutnya aku datang ke tempat Umar dengan membawa dua orang tadi. Umar berkata: Siapakah anda berdua ini? Dan dari  manakah anda semua itu?...Kedua-dua menjawab: "Dari daerah Thaif [1]." Umar lalu berkata: "Andaikata anda semua ini dari negeri ini (penduduk Madinah), nescaya kusakiti anda berdua (ertinya diberi tindakan berupa hukuman badan sampai dirasakan sakitnya). Anda berdua sama mengeraskan suara di dalam masjidnya Rasulullah saw."
 
Berbalik kepada persoalan sanad. Dalam hadith di atas, kita boleh tengok yang kata sanad itu ialah rangkaian perawi yang terdiri dari Ali bin Abdillah, Yahya bin Said, al-Ju`ib bin Abdurrahman, Yazid bin Khusaifah dan Said bin Yazid. Jadi, kerja ulama-ulama hadith ialah depa kena check penama-penama yang ada dalam rangkaian perawi tadi samada, perawi-perawi itu pembohong atau tidak, kuat ingatan atau pelupa, tarikh lahir dan tarikh mati setiap perawi perlu disiasat sebab nak tau depa pernah berjumpa ataupun tidak, tarikh dan tempat mereka berjumpa juga kena check sebab dikhuatiri mereka berselisih tidak berjumpa antara satu sama lain, semuanya ini kena check in detail. Ribuan kitab ulama-ulama hadith berbahas tentang masalah ini sahaja. Sebab itu, kita tak heran bila tengok kitab khazanah Islam begitu  banyak. Menurut seorang sahabat, ketika beliau buat research di sebuah library di Yaman, beliau mendapati masih ada begitu banyak kitab-kitab tulisan tangan para sahabat, tabiin dan tabiin tabiin yang tidak diterokai atau ditranslate ke dunia nusantara khususnya dalam bahasa Melayu. Ini dia tuan-tuan, nak ceritanya betapa lembabnya kita di nusantara ini dalam usaha mencari gali ilmu Islam dari sumbernya yang asal. Kenapa kita tidak ada dana dalam usaha begini? Kenapa kita tidak se"comitted" pihak barat dalam usaha menterjemahkan kitab-kitab perubatan ulama Islam dahulu kala kepada bahasa Inggeris? Seperti yang dimaklumkan kepada ana, pihak kerajaan British telah memperuntukan beratus juta pound sterling dalam usaha itu. Ini dia tuan-tuan, yang perlu pihak atasan dalam negara kita ambil perhatian serious sekiranya kita benar-benar jujur untuk mencari ilmu yang ditinggalkan oleh Syafie mahupun Ghazali seperti yang disarankan oleh PM kita.  
 
Okay bila matan hadith di atas sebut Saidina Umar (yang ketika itu adalah Amirul Mukminin) baling batu dalam masjid, maka sekali lagi kita digambarkan bagaimana keadaan masjid Nabi saw yang berlantaikan tanah dan batu-batu kecil sahaja. Namun masjid yang berlantaikan tanah itulah yang telah  melahirnya pejuang-pejuang Islam dan tokoh-tokoh yang hebat sebab masjid Nabi itu sendiri adalah markaz kepada pengajian ilmu, markaz kepada pembentukan kekuasaan negara dan juga tempat kepada perlaksanaan sistem kehakiman yang adil. Amat jauh fungsi masjid di zaman dahulu dengan masjid hari ini. Banyak masjid-majid hari ini tersergam punyala besar sampai nak masuk pun takut. Tapi tengok-tengok, satu pengajian ilmu pun takdak.           
 
Dalam hadith di atas, kita boleh tengok betapa garangnya Umar. Tapi garang Umar dalam hadith ini adalah garang bertempat. Dia tak jatuh hukum sewenang-wenangnya sebab dia tau kedua-dua orang Taif tu orang luar, yang tidak tahu banyak hukum seperti yang orang-orang di Madinah tahu. Dan dari hadith ini juga, para ulama menegaskan bahwa sesiapa yang menjadi pemerintah, dia boleh mengambil tindakan kepada orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang salah di sisi syara` walaupun tidak ada peruntukan had. Syara` tidak memperuntukan hukuman kepada orang-orang yang buat bising dalam masjid. Tapi kalau pemerintah pukoi time dia buat bising, dia tak boleh nak kata apa sebab pemerintah mempunyai kuasa untuk meng-adab-kan rakyatnya. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Hujurat: 2, kata Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu angkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan jangan kamu keraskan perkataanmu kepadanya seperti kekerasan perkataan setengah dari kamu kepada yang lain, kerana takut akan hapus pahala amalanmu sedang kamu tidak menyedarinya."...Ayat ini turun disebabkan berlaku pertengkaran antara Abu Bakar dan Umar di depan Nabi. Selepas turun ayat ini, Umar kata, "Aku tak bercakap dengan Nabi melainkan hanya bisik sahaja."...Namun dalam masa yang sama, ada seorang sahabat yang memang mempunyai suara yang kuat, dia perasan macam ayat ini kena kat dia. Lalu dia menyepikan dirinya sorang-sorang dalam rumah, tak keluar-keluar. Sehingga disedari oleh Rasulullah, dan baginda pi jumpa sahabat tu dan bagitau kat dia bahwa ayat tadi tak kena kat dia sebab suara sahabatnya itu dah original setting tinggi.
 
Namun dalam situasi hari ini (Nabi telah pun wafat), berdasarkan ayat tadi, para ulama menyatakan bahwa sekiranya kita pergi ke makam Nabi di Madinah, jangan sekali-kali angkat suara kuat-kuat, apatah lagi pi bertengkar dalam kawasan masjid Nabawi lagilah tak boleh. Tapi kalau mengajar dalam masjid Nabi, takpa. Imam Malik bin Anas rahimallahu ta`ala mendapat penghormatan mengajar di masjid Nabi. Antara kata-kata Imam Malik yang masyhur ketika beliau mengajar dalam masjid Nabawi, katanya, "Semua kata-kata dari sesiapa pun, boleh kita terima dan boleh kita tolak, melainkan tuanpunya kubur ini (sambil Imam Malik menuding jarinya ke arah makam Nabi yang berada tidak jauh darinya)."...Maknanya, kalau selain Nabi, hang mai lah ulama besaq mana sekalipun, pandangan mereka tetap boleh dipertikaikan. Contoh kita lihat bagaimana seorang wanita bangkit membantah pandangan Saidina Umar tentang maskahwin sehingga Umar tunduk kepada wanita tersebut seraya berkata, "Dia benar dan Umar yang salah."[2] Nak sebutnya di sini, pandangan Umar pun boleh dipertikaikan. Yang tak boleh dipertikaikan hanyalah pandangan Nabi saw. Jadi, jangan jadikan pandangan orang sama macam pandangan Nabi saw. "Ana tak peduli, ana tetap pegang dengan kata-kata tok guru ana walaupun orang kata ada hadith. Kalau tok guru ana kata macam tu, macam tu lah yang ana ikut."...Ini yang kata extreme tu tuan-tuan sebab setiap perkataan dan perbuatan tok gurunya diyakini betul, walaupun ada hadith dari Nabi saw yang clear bercanggah dengan perkataan dan perbuatan tok gurunya itu. Sedangkan semua imam-imam besar seperti imam Syafie, imam Ahmad, imam Malik dan imam Abu Hanifah menyatakan bahwa, "Apabila sahihnya sesuatu hadith, maka itulah mazhab aku."
 

Ahmad menyampaikan kepada kami (imam al-Bukhari) katanya, Ibnu Wahab menyampaikan kepada kami (Ahmad) katanya, Yunus berkata Yazid telah mengajar kepada aku daripada Ibnu Syihab katanya, Abdullah bin Ka`ab bin Malik menyampaikan kepada aku bahwa Ka`ab bin Malik memberitahukan kepadanya bahwa sesungguhnya Ka`ab menuntut hutang daripada Ibnu Abi Hadrad, iaitu hutang yang dipinjamkan olehnya kepada Ibnu Abi Hadrad dan ini terjadi di zamannya Rasulullah saw di dalam masjid. Suara kedua orang itu terdengar keras sekali, sehingga didengar oleh Rasulullah saw yang di waktu itu sedang berada dalam rumahnya. Rasulullah saw lalu keluar kepada dua orang tadi, sehingga membuka tabir biliknya dan lalu berseru: “Hai Ka`ab bin Malik.” Ka`ab berkata: “Labbaik (kupatuhi panggilan anda) ya Rasulullah.” Baginda saw lalu memberi isyarat dengan tangannya yang mengandung erti supaya dibebaskan separuh hutangnya. Ka`ab berkata: “Hal itu sudah saya lakukan, ya Rasulullah.” Rasulullah saw lalu bersabda: “Sudah tinggalkanlah, lalu yang berhutang itu supaya melunasi hutangnya.”

Semua kita sedia maklum bahwa rumah Nabi hanya bersebelahan dengan masjid Nabawi, so no wonder Nabi saw boleh dengar dengan jelas pertengkaran sahabat-sahabatnya di masjid. Namun hari ini, sekiranya tuan-tuan pi ziarah Masjid Nabawi, perlu diingatkan bahwa tapak bekas rumah Nabi yang di situ juga adalah makam Nabi, maka ia tidak termasuk dikalangan Masjid Nabawi, ini disebabkan Nabi saw sendiri yang melarang kuburnya dijadikan sebagai masjid. Jadi, kalau tuan-tuan pi sembayang tahiyatul masjid betul-betul di tapak bekas rumah Rasulullah, maka tuan-tuan tidak akan dapat pahala fadhilat Masjid Nabi, sebab kawasan tersebut tidak termasuk dalam kawasan masjid. Larangan Nabi supaya tidak dibina masjid di atas kuburnya disebabkan baginda tidak mahu melihat adanya anasir syirik di kemudian hari. Baginda tidak mahu kita ikut jejak perbuatan kaum Yahudi dan Nasrani, yang apabila ada orang soleh dikalangan depa mati, depa akan buat masjid (tempat depa beribadat) di atas kubur orang soleh itu dan pi lukis macam-macam gambar dalam masjid yang depa buat tadi. Kata Nabi saw dalam hadith Aisyah itu, “Mereka itulah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah di hari qiamat kelak.”

Namun hari ini berapa banyak masjid didirikan di atas makam para wali walaupun Nabi melarang keras perbuatan tersebut?...Banyak tuan-tuan. Sahabat ana yang bertugas di konsulat M`sia di Madras cerita, kebanyakan masjid-masjid kat area Madras cantik-cantik belaka, tapi disebalik kecantikan itu terdapat benda kurafat di dalamnya. Setiap masjid yang dibina indah di sana kalau tuan-tuan check, mesti akan ada kubur wali di dalam masjid tersebut. Nak ceritanya disini, bagaimana masjid-masjid yang ada makam wali di dalamnya dijaga dengan begitu rapi oleh kerajaan India. Walhal semua masjid sama saja dari segi syara`, melainkan tiga masjid seperti yang disebut oleh Nabi saw, iaitulah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. Jadi, kat M`sia ni kalau ada orang dakwa semayang kat masjid tempat dia boleh lebih pahala dari masjid-masjid lain, maka dia mendustai Rasulullah saw (nauzubillah).

Tuan-tuan, yang kata wali Allah ni, bukan kerja dia bagi pahala kat orang, atau bukan kerja dia buat demonstrasi berjalan atas air tak tenggelam, atau bukan kerja dia ajar ilmu kebal kat orang; tetapi yang dikatakan auliya` itu ialah orang-orang yang komited sebagai penolong-penolong agama Allah. Ketika Islam dicabar, ketika itu dia turun jihad dengan niat mempertahankan Islam, maka wali Allah lah dia. Tuan-tuan, hari ini orang bukan Islam punya benci kat Islam dah sampai ke tahap terang-terang. Kat Afghanistan, kat Iraq, takyah ceritalah, terang-terang depa mai bunuh orang Islam di dalam negara orang Islam itu sendiri. Depa bunuh tu pula, depan mata orang-orang Islam yang lain, yang sekadar boleh tengok saja tanpa boleh buat apa pun. Di Eropah hari ini, kita lihat bagaimana depa hina Rasulullah saw dengan buat gambar kartun. Lagi sekali, kita hanya sekadar boleh boikot saja barang-barang dari negara-negara Eropah tersebut. Dan hari ini juga, dalam negara kita sendiri, terang-terang orang-orang bukan Islam telah merancang sesuatu yang amat membimbangkan. Tahun lalu depa bentuk IRC (Inter Religion Counsil) dengan tujuan kononnya nak berbincang tentang agama masing-masing, tetapi sebenarnya mereka sedang buat survey tentang kekuatan Islam di M`sia. Hasilnya bila depa tengok Islam di M`sia semakin layu, hari ini depa bentuk lagi satu lagi pertubuhan, iaitulah IFC (Inter Faith Commission), sebagai gambaran kebencian mereka kepada Islam sudah sampai ke kemuncaknya. Pertubuhan ini disokong oleh lawyer-lawyer yang bukan Islam (bukan kecik anak punya lawyer, semua depa hat lawan high court punya kes), semua menteri bukan Islam di dalam parlimen, dan 50 ahli politik beragama Islam (geng ni yang bagi kita pening). Baru-baru ini ketika umat Islam menyambut Eidul Adha, pendokong-pendokong IFC telah melakukan demostrasi di KL yang langsung tidak dikacau oleh FRU (refer foto-foto yang di snap oleh wartawan majalah Millenia Muslim). Namun apabila NGO-NGO Islam, buat sepanduk-sepanduk sebagai bantahan kepada IFC, belum lagi depa buat demonstrasi, tapi terus NGO-NGO Islam itu ditegur oleh FRU. Nampak tak tuan-tuan, apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini?

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1)       Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun – Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut ugama apa?”...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2)      Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama – maknanya, perkataan “Islam” yang ada kat mykad kita itu, depa minta di”tiada”kan.   

3)      Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4)      Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5)      Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6)      Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7)      Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain – mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8)      Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9)      Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10)   Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11)    Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.     

12)   Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenia Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?…Depa kata kat Mufti Perak, “Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”…Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, “Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”…Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

----------------------------------------------------------
      
[1] Inilah negeri yang Nabi saw pernah bawa diri pergi berdakwah pada peringkat awal Islam apabila Mekah menolak dakwah Nabi. Sesampai di sana, Nabi pi ketuk dari rumah ke rumah, nak minta tumpang bermalam sepanjang baginda berada di sana untuk berdakwah. Nampak tak tuan-tuan, susahnya Nabi nak pi berdakwah. Bukan macam ustaz-ustaz la ni pi berdakwah, siap orang tempah hotel lagi. Untuk Nabi di Taif, apa sambutan pun takdak. Satu rumah pun tak mau bagi Nabi tumpang bermalam dan takdak sorang pun dikalangan orang Taif yang sudi terima dakwah Nabi, walaupun method dakwah yang Nabi guna adalah yang paling berhemah dan paling lembut. Apabila Nabi tengok dakwah baginda tidak diterima, Nabi pun bawa diri keluar. Dah kalau tak mau, apa salahnya dibiarkan saja Nabi berundur keluar, ni dak!...dikumpulnya gangster-gangster di kiri kanan jalan, kemudian bila Nabi lalu, disuruh baling dengan batu. Kiri kanan, Nabi kena. Zaid bin Harithah yang bersama dengan Nabi ketika itu, cuba melindungi baginda. Dia lindung belah kanan, Nabi kena belah kiri. Dia lindung belah kiri, Nabi kena belah kanan. Zaid sendiri pun dah belemoih dengan darah. Depa lari-lari, akhirnya sampai di sebuah kebun. Di situlah Nabi saw bermunajat merintih kepada Allah swt:
"Wahai Tuhanku! Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, betapa hinanya aku dikalangan manusia. Kepada siapakah Engkau akan serahkan diriku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan aku atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Andaikata tidak ada kemurkaan Mu ke atas ku, maka tidak akan aku pedulikan semua itu. Yang ku pinta hanyalah kemaafan dan kurniaan yang luas untuk ku. Aku berlindung dengan wajah diri Mu yang menyinari kegelapan dan yang memberi manafaat urusan dunia dan akhirat. KepadaMu penghujung pengharapan sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan tidak ada upaya wahai Tuhan melainkan denganMu."
 
Malaikat-malaikat di langit dengar rintihan Nabi ini. Ada yang turun tanya pendapat Nabi sekiranya baginda setuju untuk diangkat kedua-dua bukit yang berdekatan untuk dihempok atas kepala orang-orang Taif?...Namun respon Nabi menunjukkan bahwa misi dakwah yang Nabi bawa ialah kaedah panjang nafas. Kata Nabi, "Tak apalah, kalau tidak berimannya mereka, namun satu hari aku berharap akan Allah ta`ala keluarkan dari sulbi-sulbi mereka, orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan apa jua pun."...Hasil dari doa Nabi itu, maka pakat beriman habih penduduk Taif selepas itu. Sehinggakan pada zaman pemerintahan Abu Bakr as-Siddiq, ketika ramai kabilah jadi murtad, namun Alhamdulillah, orang-orang Islam di Taif tidak murtad. Nampak tak tuan-tuan, peralihan yang berlaku dalam masyarakat Taif, dimana dulu dilihatkan betapa teruknya orang-orang tua depa, namun selepas itu, anak-anak depa pula pi jadi pembela Islam yang cukup kuat.  
 
Sebenarnya dalam peristiwa di Taif itu, Allah tidak menghampakan Nabi. Menurut ulama-ulama sirah, apabila Nabi resah hati sebab sedih sangat dalam keadaan luka, tiba-tiba seorang bernama Edas yang berasal dari Ninawa bersimpati dengan apa yang ditimpakan kepada baginda saw. Dia bawa anggur pi bagi kat Nabi saw. Lalu bila Nabi nak masukkan anggur di mulutnya, baginda menyebut "Bismillah". Maka dengan penuh kehairanan kata Edas, "Perkataan yang anda sebut tadi, tak pernah aku dengar disebut oleh orang di sini."...Ini dia tuan-tuan, apabila Nabi saw tengok orang macam Edas ini mempunyai potensi untuk beriman, lalu baginda pun tanya balik, "Kamu ini berasal dari mana?"...Jawab Edas, "Sebenarnya saya berugama Nasrani dan berasal dari Ninawa di Iraq."...Kata Nabi, "Oh, jadi kamu sekampunglah dengan seorang manusia yang soleh bernama Yunus bin Matta?"...Tanya Edas, "Bagaimana tuan hamba boleh kenal Yunus bin Matta?"...Jawab Nabi, "Ianya saudaraku, kerana ia nabi dan aku pun nabi juga."...Edas bila dengaq-dengaq macam tu, dia pi terpa ke arah Nabi, peluk Nabi seerat-eratnya lantas mengucup kepala, kedua kaki dan tangan Nabi saw.     
 
So pointnya apa tuan-tuan?...Pointnya ialah kita dalam kerja dakwah ni, istilah "putus asa" mau buang jauh-jauh. Kata Rasulullah saw, "Akan ada nabi yang hadir di hari qiamat kelak hanya dengan seorang sahaja pengikutnya, sedangkan dakwahnya beratus tahun lamanya."...Adakah dakwah nabi tersebut tidak berjaya? Berjayanya dakwah ataupun tidak, bukannya diukur dari quantiti pengikutnya, tapi ia diukur dari segi qualiti cara dakwahnya. Dalam ertikata lainnya, Allah  tak tengok hasil usaha dakwah kita, tapi yang ditengokNya ialah kerja buat kita ke arah memartabatkan Islam.  
 
[2] Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dan dia membenarkan isnadnya.   
 
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya
dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-‘Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
 
Allahu ta`ala `alam.
6 Februari 2006

gambar_di_mekah_2.jpg