Salam,
Istilah dalam ilmu hadith
Dalam ilmu hadith, ada beberapa istilah yang dipakai oleh ulama hadith yang tidak akan kita faham
kecuali kita melihat kepada huraian mereka.
Sebagai contoh istilah “hadith diriwayatkan oleh as Sab`ah”, apakah maksud istilah
ini? As Sab`ah ertinya tujuh. Jadi, bila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as-Sab`ah, maknanya hadith ini diriwayatkan
oleh tujuh orang. Tujuh orang di sini merujuk kepada tujuh orang ulama hadith. Jadi timbul persoalan, siapakah tujuh orang
itu? Maka di sinilah perlunya kita mengetahui istilah yang diguna-pakai oleh ulama hadith.
Istilah yang akan cuba kita fahami
Di antara istilah yang akan kerap kali dijumpai ialah seperti berikut:
Hadith diriwayatkan oleh as sab`ah, atau hadith ini diriwayatkan oleh as sittah, atau hadith ini
diriwayatkan oleh al khamsah, atau hadith ini diriwayatkan oleh al arba`ah, atau hadith ini diriwayatkan oleh ats tsalatsah.
Inilah di antara istilah-istilah yang akan kita jumpa apabila kita mula mempelajari ilmu hadith. Maka di sini akan diterangkan
apakah maksud istilah-istilah ini semua dengan satu persatu.
Istilah tujuh orang (as sab`ah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as sab`ah (tujuh orang), maka maksudnya ialah hadith
ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam
Ibnu Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat as sab`ah (tujuh orang), dan susunan nama-nama imam hadith ini
disusun mengikut susunan para ulama hadith.
Istilah enam orang (as sittah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as sittah (enam orang), maka maksudnya ialah hadith
ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya
apabila disebut hadith riwayat as sittah (enam orang).
Istilah lima orang (al khamsah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh al khamsah (lima
orang), maka maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i
dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat al khamsah (lima
orang).
Istilah empat orang (al arba`ah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh al arba`ah (empat orang), maka maksudnya ialah hadith
ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith
riwayat al arba`ah (empat orang).
Istilah tiga orang (ats tsalatsah)
Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh ats tsalatsah (tiga orang), maka maksudnya ialah
hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Tirmizi dan Imam an Nasa`i. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat
ats tsalatsah (tiga orang).
Istilah hadith riwayat Bukhari dan Muslim – maka maksudnya ialah hadith ini disebut dalam sahih Bukhari dan sahih
Muslim dengan matannya yang sama, namun para perawi lain-lain.
Istilah muttafaqun alaih – maksudnya kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadith ini dengan
matan dan para perawinya yang sama.
Sahih Bukhari
Jilid 2
Bab membetulkan saf ketika iqomat dan selepas daripadanya.
Dari Nu`man bin Basyir mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w berkata : “Hendaklah kamu
meluruskan saf kamu atau kalau tidak, Allah swt akan membalik-balikkan wajah kamu menjadikan bertentangan antara satu sama
lain.”
Dari hadith ini, kita tengok bagaimana Nabi s.a.w sebagai imam, baginda akan perbetulkan
dulu saf. Tapi apa yang kita tengok hari ini, kebanyakan imam cuai dalam hal ini. Dia naik jadi imam, dia tak kalih dah, tak
peduli langsung saf makmum di belakang, tak seru langsung suruh rapatkan saf dan penuhi ruang-ruang kosong.
Sebab itu hari ini kita tengok walaupun sama-sama ke masjid, tapi sering kedengaran
berlakunya pergaduhan antara jawatankuasa dengan anak qariah. Inilah trend masjid di akhir zaman.
Sebahagian yang pergi masjid bukan atas dasar keikhlasan, tapi ada kepentingan tertentu. Sebab itu kita lihat ada yang datang
ke masjid ketika hari mesyuarat agong sahaja.
Orang Islam dah berpecah di banyak tempat, jadi jangan bagi mereka berpecah juga di
dalam masjid. Lantikan di masjid jangan kira parti, kalau seseorang itu berpotensi memakmurkan masjid, lantik dia. Tapi hari
ini yang menjadi masalah ialah perlantikan jawatankuasa masjid tidak lagi dilantik seratus peratus oleh anak-anak qariah.
Apabila anak-anak qariah buat mesyuarat agong dan melantik jawatan-kuasa masjid, pejabat agama boleh campurtangan menggunakan
kuasa vetonya untuk membatal perlantikan tersebut sekiranya tidak menepati citarasa mereka. Dengan kuasa itu juga, pejabat
agama memberi mandat kepada jkkk untuk melantik jawatankuasa masjid pilihan mereka. Sebab itu tidak hairan kalau kaki ganja,
kaki judi, kaki rasuah, kaki songlap duit boleh jadi jawatankuasa masjid hari ini.
Puak-puak ni bukan kaki mai masjid, apatah lagi nak jadi imam solat. Jadi, bila masuk
waktu solat, imam lantikan jkkk tak datang, apa salahnya imam lantikan anak-anak qariah naik jadi imam? Walaupun jawatan imam
lantikan anak-anak qariah telah dilucut, dia tetap pi masjid macam biasa. Jemaah semua suka dia jadi imam. Jadi salahkah dia
naik jadi imam? Tapi apa yang berlaku, apabila dia pi jadi imam, dia pula didakwa. Ni apa cerita ni tuan-tuan? Jadi hari ini,
imam kalau takdak apa yang disebut sebagai “tauliah”, jangan pandai-pandai nak pi depan jadi imam, silap haribulan
boleh kena cekup.
Bab berdepan dengan sesama Islam, pejabat agama memang hebat. Tapi kalau berdepan dengan
kuffar, jadi menikus pula dia. Ingat tak lagi kes Moorthy? Info yang diterima dari pihak lawyer, pada hari kes itu dibicarakan,
yang dilihat hanya seorang sahaja dari pejabat agama yang hadir, yang lainnya penuh dengan hindu. Tapi kalau bab masjid, siap
polis escort. Ini yang membuatkan orangramai keciwa dengan pentadbiran urusan orang Islam hari ini. Kalau nak jumpa dengan
ustaz dari pejabat agama bukan senang. Tujuh kali buat appointment pun, belum tentu lagi boleh jumpa. Sebab itu kita dengar
ada kes talak tangguh sampai 15 tahun, tak settle-settle lagi. Kalau beginilah sikap ustaz-ustaz dari pejabat agama, rasanya,
senang lagi jumpa MB Kelantan. Celah remban ayam belakang rumah MB saja kami buat sessi fotografi. Tak payah buat apa-apa
appointment pun.
Allahu`alam.
Rabu 9 Syaban 1428 / 22 Ogos 2007