Sahih
Bukhari
Jilid
2
Oleh Dr Asri Zainul Abidin
Bab
bersyair di dalam masjid
Syair merupakan kebanggaan
orang-orang Arab. Syair tidak boleh nak diandaikan dengan pantun, begitu juga tidak boleh diandaikan dengan gurindam sebab
syair adalah syair. Namun untuk membuat satu syair, bukan semua orang Arab mampu. Hanya orang Arab yang mempunyai nilai sastra
yang tinggi sahaja yang mampu buat syair sebab syair ada displin bahasanya yang tersendiri.
Syair-syair yang
hebat pada zaman dahulu akan digantung di Ka`abah sebagai tanda memuliakan penyair dan syair yang dituliskan. Peranan syair dalam masyarakat Arab dahulu-kala amat penting sehingga menjadi media massa paling berkesan ketika itu.
Kalau nak "angkat" seseorang, depa just masukkan penama tersebut dalam syair dan kemudiannya pi baca kat pasar-pasar yang
menghimpunkan orangramai, maka orangramai akan berebut-rebut memuji penama tersebut kerana penyair masukkan nama orang itu
di dalam syairnya. Oleh sebab itu, orang tak famous boleh jadi famous kerana syair.
Demikianlah pentingnya
institusi syair dikalangan masyarakat Arab pada zaman Nabi saw sehingga Allah turunkan satu surah berkenaan dengan syair,
iaitulah Surah asy-Syuara`. Dalam surah itu Allah marah kepada para penyair pada ayat 226, Allah kata: "...mereka mengatakan
apa yang mereka tidak lakukan,..."...Maknanya, mereka cakap tak serupa bikin. Samalah dengan media massa hari ini pun, depa
punya "goreng" benda yang tak elok sampai masyarakat boleh terima benda yang tak elok tu. Jadi pada asalnya, Islam tidak memusuhi
syair, tetapi yang dimusuhinya ialah perangai penyair. Syair itu adalah suatu alat, maka sekiranya dimasukkan anasir yang
baik, sudah tentu ia jadi baik. Begitulah juga sebaliknya. Dan begitulah juga dengan radio dan tv hari ini, kita tak boleh
salahkan radio mahupun tv sebab mereka juga hanya alat, tetapi yang disalahkan ialah penerbit yang menguruskan rancangan-rancangan
mungkar di radio dan di tv.
Sebab itu, Islam
datang bukan untuk memusnahkan alat-alat itu, tetapi Islam datang untuk membaik-pulihkan institusi-institusi yang telah dirosakkan
oleh tangan-tangan manusia. Banyak benda yang kalau Islam basmi, Islam akan ganti dengan yang lebih baik. Contohnya
dalam masalah minuman, Islam haramkan arak, namun Islam halalkan banyak jenama minuman yang tak larat kita nak sebut. Islam
haramkan judi, tapi Islam halalkan hadiah. Islam haramkan tenung nasib, tapi Islam ajarkan solat istikharah. Pendekata Islam
datang bukan untuk merobohkan masyarakat, tetapi Islam datang dengan perubahan untuk membangunkan masyarakat dengan menepiskan
segala anasir-anasir jahat yang merosakkan masyarakat.
Dari Abu Yaman al-Hakam bin Nafi` menyampaikan kepada kami (al-imam Bukhari), katanya Shuib mengkhabarkan kepada kami
daripada az-Zuhri katanya: "Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf mengkhabarkan kepada aku bahwa ia mendengar Hassan bin Tsabit
al-Ansari meminta kepada Abu Hurairah menjadi saksi kepadanya dengan berkata: "Aku memungut kepada Allah melalui engkau, adakah
engkau mendengar Nabi saw bersabda: "Hai Hassan, jawablah syair kaum itu bagi pihak Rasulullah." Kemudian Nabi saw berdoakan kepada
Hassan: "Ya Allah, perkuatkanlah dia dengan ruhil qudus (Jibril as)." Jawab Abu Hurairah: "Ya benar."
Hassan bin Tsabit
adalah sahabat Nabi saw yang pandai dalam syair. Apabila Hassan bin Tsabit masuk Islam, Nabi tak pencenkan Hassan dari kariernya
sebagai seorang penyair sebab peranan Hassan amat penting dalam perkembangan Islam dari sudut itu. Malah Nabi menasihati Hassan
supaya bersyair sesuai dengan tuntutannya sebagai seorang muslim. Nampak tak tuan-tuan, bijaknya Nabi dalam menggunakan kemahiran
yang ada pada seseorang sahabatnya. Sebab itu kalau kita tengok sejarah, se tiap tokoh-tokoh yang baru masuk Islam, Nabi tidak
singkir mereka dari kedudukan mereka. Contoh macam Saidina Umar al-Khatab yang bersifat garang. Bila Umar masuk Islam, sekali-kali
kita tak pernah dengar Nabi kata kat Umar, "Hang jangan dok garang sangat!"...Malah Nabi minta garang yang ada kat Umar tu
kena pada tempatnya. Begitu juga Khalid al-Walid yang begitu hebat dalam peperangan. Dialah yang memberi pukulan maut kepada
tentera-tentera Islam di medan Uhud. Tapi bila dia masuk Islam, Nabi tak kata kat dia, "Khalid,
hang patah buang pedang hang. Pi cari tasbih, mai duduk di masjid."...Nabi tak kata macam tu, malah Nabi mengekalkan jawatan
Khalid sebagai komander di bidang ketenteraan. Kalau dulu Khalid pergi berperang berpandukan konsep jahiliyah, tetapi sekarang
Khalid pergi bersama kalimah Allah. Sebab itu, ada riwayat yang menyebut bahwa Khalid antara sahabat yang paling sedikit pi
mengaji kerana dia sibuk di medan perang. Begitu juga dengan Abu Sufyan. Sebelum pembukaan k ota Mekah, Abu Sufyan datang
berjumpa dengan Nabi untuk menggabungkan dirinya bersama dengan Islam. Dengan kemuliaan dan kehormatan yang ada pada diri
Abu Sufyan dikalangan masyarakat Quraisy Mekah, maka Nabi mengambil hati Abu Sufyan dengan menunjukkan contoh ini kepada kaum
Mekah, kata Nabi, "Sesiapa yang masuk ke dalam Masjidil Haram, dia selamat. Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Sufyan juga
dia selamat."...Ini dia Islam tuan-tuan, yang datang bukan nak buang benda-benda macam tu, tapi Islam datang nak perbetulkan
keadaan. Maka dengan itu, dari hadith Bukhari yang lain juga pernah Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya manusia itu bagaikan
barang galian yang terpilih semasa jahiliyah, namun terpilih juga semasa Islam."...Jadi, Hassan bin Tsabit juga gitu, beliau
seorang yang terpilih dikalangan penyair ketika jahiliyah, namun apabila masuk Islam, beliau terus menggunakan syairnya untuk
mempertahankan ajaran Rasulullah saw.
Dalam riwayat di atas kita tengok bagaimana pernah Nabi saw minta Hassan bin Tsabit bangkit membalas hentaman
kaum Quraisy dalam bentuk syair kerana kaum Quraisy guna syair untuk hentam Nabi. Nampak tak tuan-tuan, bagaimana Nabi menggunakan
medium yang paling canggih waktu itu untuk menyerang kembali tohmahan-tohmahan yang diterimanya. Boleh saja Nabi saw menggunakan
ayat-ayat al-Quran seperti dalam Surah asy-Syuara` untuk mematahkan hujjah-hujjah kaki-kaki penyair kufar Quraisy, tapi Nabi
tidak mengambil kesempatan itu dengan baginda tetap menyuruh Hassan bin Tsabit menjawab dengan syairnya. Nabi nak ajarnya
apa?...Nabi nak ajarnya ialah kita lawan musuh setanding dengan apa yang musuh ada. Seperti yang disebut dalam Quran, "Dan
bersiap-sedialah kamu menghadapi musuh dengan apa cara yang kamu mampu." Kalau dulu waktu zaman Nabi, persiapan kuda-kuda
amat penting; maka sekarang, kita perlukan kepada kereta-keretakebal dan jet-jet pejuang. Maknanya selesai mempersiapkan kelengkapan
untuk berperang, maka barulah berdoa bertawakkal kepada Allah.
Hari ini kita tengok Islam bukan saja diserang dari segi ketenteraan, malah turut diserang di alam cyber. Jadi
tuan-tuan yang mahir berhujjah dalam internet, buka dan masuklah ke laman-laman musuh Islam, berhujjahlah dengan puak-puak
kufar dan munafiq secara berhikmah. Sebarkan maklumat tentang Islam semampu mana yang boleh. Orang Islam mesti guna segala
kesempatan yang membolehkan dia sampaikan Islam. Bukan mesti tunggu ustaz-ustaz saja yang sampaikan Islam, tuan-tuan juga
kena involve dalam misi ini. Bukannya apa, tanpa Islam, kita orang Melayu pasti akan dihina. Inilah yang amat dibimbangi sebab
contoh dah ada di depan mata. Tengok saja apa yang dah jadi pada Arab hari ini? Dulu, segala tamadun yang mereka bina samada
di Baghdad m ahupun di Sepanyol adalah semata-mata kerana Islam. Hari ini apabila Arab tinggalkan Islam dengan ber"kiblat"kan
Amerika, macam-macam kita tengok dah jadi kat depa. Depa londeh habih bagi kat Amerika, bukan Amerika nak balas jasa baik
depa, malah Amerika pi bunuh saudara Arab depa di Iraq. Di sinilah betapa benarnya kata-kata masyhur Saidina Umar al-Khatab,
"Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Apabila kita cari kemuliaan selain dari Islam, Allah pasti hinakan kita!"...Sekarang,
betul-betul Allah dah hinakan orang Arab. Sepatutnya Arab kena malu kat Chechnya kerana negara kerdil itu berjaya halau Rusia,
sedangkan orang Arab duduk di sekeliling Palestin, namun mereka masih gagal membebaskan Palestin. Dulu, memang orang-orang
Arab pakar tunggang kuda, pakar memanah, pakar syair, pintar dan kuat ingatan, walaupun sebelum kedatangan Islam lagi memang
dah ada ciri-ciri ini kepada orang Arab. Tetapi mereka tidak dapat memanafaatkan kebolehan mereka itu melainkan setelah Islam
datang. Bila Islam datang, barulah terserlah kekuatan orang-orang Arab sehingga Rom dan Parsi jatuh, padahal sebelum itu,
mereka sangat-sangat takut kepada Rom dan Parsi. Maknanya, Islamlah yang menguatkan Arab. Tetapi hari ini, apabila mereka
tinggalkan Islam, apapun depa tak dapat. Chechnya yang bukan Arab itu, apabila dia balik kepada Islam, Rusia pun boleh tumbang
kat dia. Kalau Chechnya pukoi kerajaan Thailand, sapa pun tak pandang. Hatta kalau Chechnya tumbangkan kerajaan India sekalipun,
dunia juga tidak akan pandang. Tetapi sekiranya dia pukoi satu kuasa besar dunia seperti Rusia dan Rusia menghadapi masalah
dengannya, maka itu merupakan satu kemuliaan yang Allah bagi kat depa.
Allahu ta`ala `alam
11 Jan 2006
|