Sahih Bukhari - Jilid 2 - Bab berkumpul dan duduk-duduk di dalam masjid

Sahih Bukhari

Jilid 2

Bab berkumpul berkeliling dan duduk-duduk di dalam masjid.

Musadad menyampaikan kepada kami katanya, Bishk al-Mutaddol menyampaikan kepada kami daripada Ubaidillah daripada Nafi` daripada Ibnu Umar, katanya: "Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw dan di waktu itu baginda saw sedang berada di atas mimbar: "Apakah pendapat engkau mengenai sembahyang malam wahai Rasulullah?" Baginda saw menjawab: "Dua rakaat, dua rakaat. Selanjutnya jikalau engkau bimbang masuk waktu solat Subuh, maka sembahyanglah satu rakaat iaitu merupakan solat yang sebagai penutup bagi orang tadi perihal apa-apa yang dikerjakan dalam solatnya itu."

Sesungguhnya Ibnu Umar ra juga pernah berkata: "Jadikanlah olehmu semua akan penghabisan solatmu itu berupa solat yang ganjil rakaatnya (witir), sebab sesungguhnya Nabi saw memerintahkan hal yang sedemikian itu."

Daripada hadith ini, menunjukkan bahwa cara sembahyang malam (solat-solat sunat selepas Isya`) yang paling afdal adalah dengan secara dua rakaat, dua rakaat. Yang dimaksudkan "dua rakaat, dua rakaat" itu ialah dua rakaat bagi salam, dua rakaat bagi salam. Sungguhpun begitu, ada juga qaul dari mazhab Abu Hanifah yang menyatakan bahwa yang dimaksudkan dengan "dua rakaat, dua rakaat" itu ialah dua rakaat satu tasyawud, dua rakaat satu tasyawud dan rakaat ke 4 baru bagi salam, namun pendapat ini tidak kukuh.

Dalam banyak-banyak hadith yang menyebutkan tentang sembahyang malam Rasulullah saw, tak jumpa lagi riwayat sebut Nabi saw buat lebih dari 13 rakaat. Bilangan rakaat jadi ganjil disebabkan Nabi buat witir, itupun setakat 11 rakaat sahaja. Manakala tambahan 2 rakaat lagi yang menjadikan 13 itu, perawi dari hadith Aisyah menafsirkan bahwa 2 rakaat tambahan itu adalah 2 rakaat solat sunat sebelum solat fajar. Maknanya, start dari selepas Isya`, campur dengan 2 rakaat sebelum Subuh, total-up, solat sunat malam Nabi dok ada 13 rakaat sahaja. Jadi mana mungkin ada orang kata solat sunat malam Rabiah Adawiyah sampai 1000 rakaat satu malam?...Sedangkan satu malam, tak sampai pun 1000 minit. Katalah start dari pukoi 9 pm sampai 6 am esok pagi, kalau change the whole nite to minute, dia jadi 9hrx60=540 minit saja. Tak sampai pun 600 minit. So macamana nak sembahyang 1000 rakaat sepanjang malam?...Tak logik tuan-tuan. Sebenarnya Rabiah Adawiyah sendiri tak pernah buat cerita kelentong tu. Tapi main dengan pengikut-pengikut yang semangat lebih, depa reka cerita bagi nampak Rabiah Adawiyah sebagai wali yang hebat, sedangkan semua para auliya` adalah pengikut sunnah Rasulullah saw.

Dalam hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, apabila Nabi saw bangun dari tidur, baginda akan start sembahyang malamnya dengan dua rakaat yang ringan sebelum proceed ke dua rakaat, dua rakaat seterusnya dengan bacaan-bacaan surah yang panjang. Kebiasaannya Nabi saw buat dua rakaat, dua rakaat, dua rakaat, sampai cukup 10 rakaat, last sekali Nabi tutup dengan satu rakaat. Oleh sebab itu, ulama-ulama hadith lebih menyokong bahwa solat witir dibuat secara dipisahkan dua rakaat, dua rakaat dengan satu rakaat yang last tu. Katalah kita nak buat witir 3 rakaat, so kita sembahyang dulu dua rakaat, bagi salam, and then bangun buat satu rakaat lagi, bagi salam. Itu caranya.

Sebenarnya banyak hadith-hadith menegaskan tentang solat witir, sehingga dikalangan ulama jadi khilaf. Ada sebahagiannya kata ianya wajib, tetapi qaul yang kuat kata ia tidak wajib, namun, ia adalah sunat muakkad. Waktu solat witir ialah sebaik sahaja selepas solat Isya` hinggalah sebelum masuk waktu Subuh. Jadi, boleh buat solat witir sebaik selepas solat Isya`. Namun, kalau yakin boleh bangkit tengah malam, tuan-tuan boleh buat di akhir solat malam. Nabi saw pernah kata kat Abu Bakar ra, "Engkau ambil yang yakin" sebab Abu Bakar buat witir selepas waktu Isya` dan sebelum dia tidur. Abu Bakar buat awal sebab dia bimbang tak jaga tengah malam. Ada pun Umar ra, Nabi kata kat dia, "Engkau ni ambil hat kuat" sebab dia bangkit tengah malam dan buat witir di akhir solat malamnya. Nabi saw puji kedua-dua sahabatnya.

Dari banyak-banyak hadith tentang witir, menunjukkan baginda saw melakukan solat witir ini dengan kadar yang boleh diagak oleh para ulama, Nabi buat maximum 11 rakaat, dan paling minimum 1 rakaat. Ada juga hadith yang menyebut bahwa Nabi saw pernah buat 9 rakaat sekaligus dengan duduk tasyahud pada rakaat yang terakhir. Namun ada juga hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah rha, yang menyatakan bahwa Nabi tasyahud pada rakaat ke 8 dan ke 9. Ini bermakna Nabi buat dua tahiyat. Bila mai masalah witir buat 3 rakaat, perlu diingat bahwa ada hadith Nabi saw melarang, jangan dijadikan solat witir sama dengan solat Maghrib. Oleh sebab itu, ada ulama buat 3 rakaat serentak dengan satu tasyahud, supaya tidak sama dengan Maghrib. Tapi cara itu tidak disukai oleh Imam Ahmad bin Hanbal rahimallahu ta`ala. Yang dianjurkannya ialah dua rakat bagi salam, kemudian satu rakaat bagi salam. Namun di dalam Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al-Asqolani ketika membahaskan masalah ini, beliau menyatakan bahwa buat 3 rakaat serentak pun tidak salah. Tetapi sekarang ini di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka buat dua rakaat bagi salam, kemudian tutup dengan satu rakaat bagi salam, kerana mengikut qaul kebanyakan ulama-ulama hadith.

Timbul pertanyaan, adakah buat dua satu itu tidak witir kerana semasa buat dua rakaat pertama sudah diberi salam?...Persoalan ini timbul bila golongan yang ber"usalli" nak olah macamana lafaz "usalli" dalam dua rakaat pertama itu, sedangkan niat witir sepatutnya ganjil?...Jawapan kita: niat memang tiga, namun dipisahkan dua rakaat pertama itu kerana mencontohi Rasulullah saw. Bukan saja dua satu itu sahaja yang dibuat oleh Rasulullah, malah Nabi saw pernah buat lima rakaat sekaligus, sembilan rakaat sekaligus dan tiga rakaat sekaligus pun ada qaul yang membenarkannya.

Sekarang kita tengok pula qunut di dalam witir. Al-Imam Syafie rahimallahu ta`ala berpegang kepada apa yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab dan Ali karramallahu wajhah, bahwa qunut di dalam witir bermula pada pertengahan Ramadhan. Ada pun qunut sepanjang Ramadhan adalah qaul dari Abdullah bin Mas`ud radiyallahu anhu. Menurut al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah bahwa antara qunut witir dengan qunut Subuh, dari segi dalil, qunut Subuh lebih kuat dari qunut witir. Maknanya kalau kita terlupa nak qunut ketika witir di bulan Ramadhan, kata para ulama, ia tidak menjejaskan apa-apa.

Dalam hadith-hadith Nabi saw turut membincangkan masalah di mana tempat nak berqunut dalam Solat Fajar mahupun witir. Para ulama terbahagi kepada dua pendapat. Pendapat pertama kata bahwa qunut itu sebelum rukuk, dan pendapat kedua menyatakan qunut itu selepas daripada rukuk. Maknanya, dua-dua Nabi saw buat. Jadi, sekiranya yang kita amalkan ialah qunut selepas rukuk, jangan pula terkejut bila tengok ada golongan qunut sebelum rukuk. Jangan pi bergaduh pula dengan golongan yang tak buat macam kita buat. Sebenarnya, kita yang jahil kerana tidak memahami qaul dari mazhab lain. Sebab itu dianjur kita banyak mengaji dan luaskan bahan bacaan supaya tidak timbul lagi masalah tentang perbezaan pendapat dikalangan para ulama. Bila ada sahabat bagitau kat kita tentang suatu amalan yang tak pernah kita tengok, jangan terus pi kata, "E`eh, aku tak pernah dengaq pun Nabi buat macam tu?". Sepatutnya kita kaji dulu, betul ka ada atau tidak nas tentang amalan tersebut sebab siapalah kita yang sedikit ilmu ni. Tapi kalau Ibnu Taimiyah atau Ibnu Hajar al-Asqolani kata, "Hadith itu ana tak pernah dengar", memang patut pun kita ragu tentang hadith yang disebutkan itu sebab depa hafiz dan mempunyai autoriti di bidang hadith.

Allahu ta`ala `alam.

10 Feb `06