Sahih Bukhari - Bab beberapa pintu dan menutup pintu Ka`bah dan masid-masjid

Sahih Bukhari

Jilid 2          

Dalam masalah memahami hadith, ada dua golongan yang perlu kita bezakan. Golongan pertama dinamakan golongan yang mengingkari kesabitan sunnah. Contohnya macam hadith-hadith dalam Sahih Bukhari, walaupun hampir kesemuanya disahkan sahih, tetapi ianya tidak disetujui oleh golongan ini. Maknanya, mereka masih meragui hadith-hadith yang ada dalam Sahih Bukhari itu benar-benar diucap oleh Nabi saw ataupun tidak. Mereka bukan tak percaya hadith, tapi yang mereka tak percaya ialah perawi-perawi yang meriwayatkan hadith-hadith tersebut. Golongan seperti ini adalah golongan yang jahil dalam ilmu hadith, oleh sebab itu, menjadi tugas kita untuk menerangkan kembali kepada golongan seperti ini bagaimana displin ilmu hadith.

Dalam ilmu hadith, contoh mudah fahamnya begini; katalah kita percaya kepada satu orang kerana dalam hayatnya dia sekalipun tidak pernah menipu dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, malah masyarakat mengenali beliau dengan sifat yang cukup terpuji. Tiba-tiba pada satu petang menjelangnya Ramadhan, dia mai bagitau kat kita bahwa anak bulan Ramadhan sudah kelihatan. Kita yakin sungguh dengan cakap dia, jadi, kewajipan apa yang perlu kita buat?...Kewajipannya ialah kita wajib berpuasa pada esok hari. Betoi tak tuan-tuan?...Begitulah juga dengan para perawi yang membawa hadith-hadith Nabi saw. Apabila kita yakin akan kesahihan sesuatu hadith kerana dibawa oleh para perawi yang kita yakin kebaikan mereka, maka wajib kita beramal dengan hadith yang kita dengar itu sebab kita yakin benar itu cakap Nabi saw. Untuk check in detail setiap perawi-perawi yang membawa hadith Nabi saw, tugas ini dipikul oleh ulama-ulama hadith.

Manakala golongan kedua ialah golongan yang directly ingkar sunnah itu sendiri. Mereka hanya percaya pada Quran sahaja dengan menolak hadith-hadith dari Nabi saw. Golongan ini jatuh kafir tuan-tuan (nauzubillah). Golongan pertama tadi, mereka bukan bermaksud untuk membantah cakap Nabi, tapi yang mereka tak percaya ialah orang yang bawa hadith tu. Jadi, kita kena jelaskan kepada mereka siapa yang bawa hadith tu, supaya bagi clear. Ini tanda depa jahil. Tetapi golongan kedua ini, bukan ada kekeliruan apa pun dalam memahami hadith. Masalah golongan ini ialah mindset depa tu yang sudah ditetapkan apa saja yang datang dari Nabi pasti ditolak.                       

Bab beberapa pintu dan menutup pintu Ka`bah dan masjid-masjid

Abu Nu`man bin Huthaibah menyampaikan kepada kami katanya Hamad menyampaikan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi` daripada Ibnu Umar bahwa sesungguhnya Nabi saw datang ke Makkah, lalu memanggil Utsman bin Thalhah, kemudian ia membuka pintu Ka`bah. Sehabis itu masuklah Nabi saw, Bilal, Usamah bin Zaid[1] dan Utsman bin Thalhah terus pintu itu ditutup. Nabi saw berdiam di dalamnya itu agak sesaat lamanya (tidak terlalu lama), kemudian semuanya keluar. Ibnu Umar berkata: “Akupun bergegas-gegaslah datang di situ dan bertanya kepada Bilal, lalu Bilal mengatakan bahwa Nabi saw bersembahyang di dalamnya. Aku (Ibnu Umar) bertanya: “Di sebelah manakah?” Bilal menjawab: “Di antara dua ustuwanah.” Ibnu Umar meneruskan ucapannya: “Bilal terus saja pergi meninggalkan aku, sedangkan aku masih ingin bertanya lagi, berapa rakaatkah Nabi saw mengerjakan solat di situ.”    

Menurut para muhadhithin, peristiwa ini berlaku ketika Fathul Mekah. Nabi saw kembali ke Mekah bersama sahabat-sahabat Muhajirin disertai oleh orang-orang Ansar dari Madinah untuk menawan kampung halamannya sendiri. Cerita tawan kampung halaman sendiri bukan cerita senang tuan-tuan. Apatah lagi ada dikalangan sahabat Muhajirin yang ketika berhijrah dulu tidak membawa bersama anak-isteri mereka, jadi kebimbangan itu ada, takut-takut akan tertimpa kemalangan ke atas keluarga masing-masing apabila meletusnya pertempuran. Kebimbangan sebegini membuatkan seorang sahabat Muhajirin bernama Hatib bin Abi Balta`ah yang berada di Madinah menulis surat dan menghantar kepada keluarganya di Mekah memberitahu tentang rancangan Nabi saw untuk menawan Mekah. Hadith menceritakan tentang kebimbangan Hatib bin Abi Balta`ah ini tuan-tuan boleh rujuk dalam artikel ”Qanun Jinayah Syar`iyah – Per 125(1)-(4)”.

Hatib bin Abi Balta`ah adalah ahli Perang Badar al-Kubra. Senarai setiap nama 313 orang sahabat yang menyertai Perang Badar ada dicatatkan dalam hadith yang sahih. Dan termasuk dalam 313 itu ialah Hatib bin Abi Balta`ah. Yang tak masuk ialah nama Khidir. Sebab apa saya kelencong sebut Khidir?...Sebab para ulama menyebut bahwa ahli-ahli kurafat, ahli-ahli penipu, ahli-ahli yang mereka-reka dalam agama menyatakan bahwa kononnya Khidir masih hidup dan berjumpa dengan Nabi saw. Sehingga ada tok-tok sheikh tarikat kata, Khidir hidup sampai sekarang kerana depa pi jumpa dengan dia. Termasuklah dalam hikayat Melayu, cerita Hang Tuah juga pernah berjumpa dengan Nabi Khidir. Ini semua cerita bohong tuan-tuan. Sedangkan sebelum meletusnya Peperangan Badar, Nabi saw telah sujud dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah swt, “Ya Allah! sekiranya Engkau memusnahkan tentera Islam hari ini, sesungguhnya tidak akan ada lagi yang menyembahMu di atas mukabumi ini.”...Cuba tuan-tuan bayang, ketika Islam dalam keadaan yang amat getir ketika itu, sebab kalau Nabi saw kalah, maka tidak akan ada orang Islam lagi di atas mukabumi. Dalam keadaan macam tu, kalau Khidir ada ketika tu, wajib tak dia join Nabi saw untuk turun berperang?...Ataupun dia masih dok sembunyi pi zikir sorang-sorang dalam gua macam apa yang difahamkan oleh puak-puak tarikat?...Jawapannya, dia kena turun pi perang sama, termasuklah mempertahankan Nabi ketika tercedera di medan Uhud.                  

Inilah sebabnya Islam anti kepada golongan yang mengikut sesuatu perkara secara membuta-tuli. Dalam hal yang sehubungan dengan ini, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya al-Manar al-Munif telah menyatakan bahwa semua hadith yang menceritakan tentang Khidir masih hidup adalah palsu di sisi ulama. Cuba kita lihat pula dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu Hambal, kata Nabi saw, “Demi Allah, sekiranya Nabi Musa itu masih hidup dikalangan kita, tidak halal baginya melainkan mengikut aku!”...Maknanya tidak ada lagi syariat Nabi Musa mahupun syariat Nabi Khidir di akhir zaman. Kalaupun kedua-duanya masih hidup, tidak ada syariat yang depa kena ikut melainkan syariat Nabi Muhammad saw.

Berbalik kepada perbahasan hadith di atas. Ketika Nabi saw masuk ke Mekah, orang-orang Mekah tak boleh buat apa sebab depa tak ready. Lagipun surat Hatib berjaya disekat, maka maklumat kedatangan Nabi saw tak sampai ke tangan kafir Quraisy. Jadi, ketika itulah dilihat bagaimana orang-orang Mekah yang pernah hina, maki, buang najis, yang buat macam-macam kat Nabi menjadi takut yang amat sangat. Tapi apa Nabi buat kat depa?...Nabi boleh balas dendam tak time tu?...Boleh tuan-tuan, tapi Nabi tak buat, malah Nabi kata, “Pergilah kamu semua. Kamu dibebaskan.”...Tu dia yang kata Nabi tu tuan-tuan. List mai pemimpin tentera selain Islam yang pernah buat macam Nabi saw buat ni? Mana ada. Ini dia tuan-tuan nak tunjuk betapa mulia dan berhikmahnya Nabi Muhammad saw.

Antara perkara yang mula-mula Nabi saw buat setelah membebaskan Mekah dan meruntuhkan berhala-berhala yang banyak di sekeliling Mekah ialah baginda panggil Utsman bin Thalhah untuk membuka pintu Ka`bah. Kenapa Nabi panggil Utsman bin Thalhah? Kerana Utsman bin Thalhah adalah orang yang memegang kunci pintu Ka`bah dan sudah turun temurun keluarga Utsman bin Thalhah lah yang menjaga kunci itu. Nampak tak tuan-tuan begitu beradabnya Nabi ketika berurusan melibatkan hak awam. Walaupun kuasa sudah ada ditangan, baginda tak buat sesuka hati, malah masih menjaga adab dengan menghormati orang yang menjaga kunci Ka`bah.

Yang kata Ka`bah ni tuan-tuan, Allah buat dalam bentuk yang sangat simple, empat-segi-tepat sahaja. Dia tak buat dalam bentuk yang begitu kompleks, seperti melengkung-lengkung kerana yang kata manusia ni, depa bukan boleh tengok pelik-pelik sikit. Dibimbangi setiap lengkung itu akan dianggap mempunyai keberkatannya tersendiri. Contohnya macam kelambu Ka`bah,  depa sanggup habih duit pi beli bawa balik gantung dalam rumah. Padahal, takdak miracle apapun yang kelambu Ka`bah tu boleh buat. Tiap-tiap tahun kelambu tu orang Arab tukar. Sebenarnya bukan Allah mau kita pi sembah Ka`bah, seperti orang kafir sembah mengagongkan zat berhala tu. Kita sembah sujud ke arah Ka`bah hanya atas arahan Allah, kalau Allah tak suruh, kita pun tak mau aih. Kalaulah boleh bawa balik Ka`bah pi bubuh kat kampung kita, boleh ka kita sembah Ka`bah tu? Mana boleh tuan-tuan. Muka kita tetap kena menghadap ke arah Masjidil Haram.

Bila sebut bab miracle/magik-magik apa semua ni tuan-tuan, memang manusia cukup suka. Bila dengar ada orang nampak hantu kat pokok sekian-sekian, atau ada benda pelik kat pokok sekian-sekian, habih pakat ramai pi serbu nak tengok. Sampai trafik jamned kat area tu. Siap ada kawan boleh untung bisnes ayaq ngan burger lagi kat situ. Melalui internet pula, sekarang ni dah jadi trend send gambar-gambar yang ada kalimah Allah kat benda-benda. Persoalannya, bolehkah orang mendapat hidayah melalui unsur-unsur macam tu? Zaman Nabi saw pun dah berlaku benda pelik, seperti yang berlaku kepada penduduk Mekah dengan terang-terang mereka lihat dengan mata-kepala mereka sendiri, Nabi boleh terbelahkan bulan dengan hanya telunjuknya saja. Tapi berapa ramai yang beriman bila tengok Nabi boleh buat macam tu? Ada sedikit sahaja yang beriman. Namun kebanyakannya tidak juga beriman malah menyindir Nabi sebagi ahli sihir.      

Begitulah juga dengan bab jampi. Kalaulah betoi ada orang soleh boleh jampi dalam air bagi lembut hati-hati yang keras, memang beruntunglah geng-geng hat siang malam berdakwah ke jalan Allah ni tuan-tuan. Apa taknya, air botol apa semua ni kira tak main dah tuan-tuan sebab melambatkan saja misi dakwah. Jalan senang, kita bawa saja orang soleh tu kat empangan-empangan, suruh dia jampi. Esok pagi, habih pakat semua cina hindu masuk Islam. Beres tugas kita. Tak payah susah-susah cerita Islam begini-begini. Betoi tak tuan-tuan?...Kalaulah betul cara ini effective, sudah tentu Nabi saw dah guna terlebih awal. Dia pi jampi semua telaga zam-zam yang menjadi sumber air Mekah, kemudian esok pagi pakat habih geng-geng brutal Mekah masuk Islam. Selesai masalah. Tapi adakah itu caranya Nabi guna untuk sebarkan Islam?

Berbalik kepada kisah hadith di atas; selepas Nabi saw, Bilal, Usamah bin Zaid dan Utsman bin Thalhah masuk dalam Ka`bah, Nabi pun suruh pintu ditutup. Para ulama berbincang dalam masalah kenapa Nabi suruh tutup pintu? Nabi saw tak sebut pun dalam hadith itu kenapa disuruh tutup pintu, tetapi para ulama membincangkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya pintu itu dibiarkan tidak tertutup. Para ulama merumuskan ada 3 kemungkinan:

1)       Nabi bimbang nanti pakat habih orang lain pun ikut terpa masuk, menjadikan ruang bertambah sempit.

2)     solat yang dilakukan oleh Nabi di dalam Ka`bah itu hanya khusus untuk Nabi saw sahaja, bukan untuk umatnya. Dibimbangi bila umat tengok, depa akan tiru. Memang kita tahu ada beberapa hal yang dikhususkan hanya untuk Nabi saw sahaja, seperti baginda hanya berbuka puasa dengan sedikit makanan kemudian disambung kembali puasanya, baginda boleh beristeri lebih dari 4 orang dan beberapa hal yang lain.

3)      barangkali baginda tidak mahu diganggu dan ingin kusyuk dalam solatnya.       

Allahu`alam.

6.55 pm

3 Rejab 1428 / 18 Julai 2007

[1] Dalam satu hadith Muslim, dikhabarkan pernah berlaku satu peristiwa melibatkan pertempuran kecil antara tentera Islam diketuai oleh Usamah bin Zaid dengan satu kaum kafir. Dalam satu kejadian, ketika Usamah nak tetak pedang ke arah musuh, tiba-tiba musuh tu sebut “Asy hadu alla ila ha illah...” tapi tetap Usamah bunuh juga. Sahabat-sahabat yang tengok kejadian tu protes tapi Usamah kata, “Dia bersyahadah hanya takut kat pedang aku!”...Balik Madinah, sahabat komplen kat Nabi hal ini. Lalu Nabi tanya Usamah, “Ya Usamah adakah benar engkau bunuh orang yang kata La ila ha illallah?”...Kata Usamah, “Dia mengucap tu kerana takut kat pedang aku.”...Kata Nabi, “Adakah engkau belah hatinya sehingga engkau berhukum sedemikian? Apa engkau nak jawab depan Allah nanti dalam hal ini?”...Dari peristiwa ini, para ulama ahli sunnah menyatakan bahwa sesiapa yang bersyahadah dengan syahadah yang benar, maka tidak boleh dikafirkan dia dengan hanya disebabkan sangkaan sahaja. Kita hanya berhukum dengan yang zahir, yang batin kita serah kepada Allah. Kalau sungguh dia kafir kerana lidah dia bohong, kita tak perlu bimbang sebab ada qiraman katibin akan mencatitnya . Allah tak pernah silap letakkan ahli neraka ke dalam syurga. ]   

tt.jpg