Make your own free website on Tripod.com
Muqaddimah - Bab 9 - Hadith 34

Hadith 34: 

Dari Kaab bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orangramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka." (HR Tirmizi dan Ibn Majah)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke34 yang kita baca pada kali ini diambil dari Kaab bin Malik ra, seorang sahabat Nabi saw dari kalangan Ansar. Dan Kaab bin Malik inilah yang telah kita cerita dulu, adalah diantara 30 orang sahabat yang telah dipulau oleh Nabi saw kerana kegagalan mereka untuk melibatkan diri dalam Peperangan Tabuk. Diantara riwayat menyatakan bahwa mereka terlalu terpesona dengan buah tamar yang sudah masak sehingga membuatkan Kaab bin Malik dan 29 orang sahabah yang lain telah gagal untuk bertemu musuh di dalam Peperangan Tabuk. Sehinggalah apabila Nabi saw pulang daripada Peperangan Tabuk, mereka telah dipulau oleh Rasulullah saw dan para sahabah yang lain selama 40 hari 40 malam. Akibat mereka enggan berjihad mempertahankan ugama Allah, maka Allah memerintahkan rasulNya memulau mereka. Ini hukuman yang cukup berat. Sehinggalah ke hari yang ke 40, baru Allah menurunkan ayat untuk membersihkan mereka dengan menerima taubat mereka. Dan akhirnya, demi untuk menebus dosanya walaupun sudah diterima taubatnya oleh Allah, maka Kaab bin Malik ra telah menginfaqkan seluruh kebun tamarnya untuk diderma di jalan Allah. Lalu kata Kaab, "Semoga Allah akan menerima keampunan aku.".

Maka Kaab bin Malik ra inilah yang mengambil hadith yang kita baca pada kali ini daripada Nabi saw, yang memberi suatu amaran yang cukup keras kepada kita yang menjadi penuntut-penuntut ilmu, supaya tidak memusatkan niat penuntutan ilmu itu kepada tiga perkara yang dicegah dan dilarang Nabi saw. Tiga Perkara yang dicegah itu ialah:

i) niat tuntut ilmu untuk bermegah, nak bertanding atau nak berlawan dengan alim ulama`. Ulama` yang benar-benar jujur dan ikhlas tak bolehlah kita lawan kerana mereka benar-benar ikhlas dengan ilmu mereka. Lihat saja ketika mereka menceritakan tentang kehidupan Nabi saw yang serba zuhud, terlebih dahulu mereka memiliki sifat tersebut. Inilah ulama` yang ikhlas dengan ilmu mereka. Tapi kalau macam ulama` hat dalam debat olok-olok tu; yang tu takpa. Hat tu boleh lawan. Boleh ajak berdebat lagi at any time. Sebab mereka ni jenis pakai Quran tapi main-main pulak dalam debat olok-olok.

Tapi yang Nabi saw larang kita berlawan ialah ulama` yang benar-benar ikhlas berpegang dengan ilmunya. Cuba tuan-tuan tengok macamana Nabi saw tekankan perihal ulama` dalam hadithnya yang masyhur, katanya, "Dua golongan manusia ini kalau kedua-duanya baik, maka rakyat akan jadi baik. Tapi kalau kedua-duanya jahat, maka rakyat juga turut jadi jahat. Itulah al-ulama` wal-umara` (pemerintah)." (HR Abu Naim)...Lihat macamana Nabi saw tekankan persoalan ulama` ini. Bahkan ulama` yang baik, dilarang sama sekali kita tandingi. Setakat kita nak berhujjah kalau dia silap, takpa. Kerana memang tidak siapa pun yang maksum kecuali Nabi saw. Semua manusia memang tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Kadang-kadang slip of tongue tersilap sebut walaupun dia ulama` besar, maka kita boleh tegur dia. Kerana Nabi saw sendiri beberapa kali ditegur oleh Allah melalui ayat-ayat al-Quran yang turun.

Tapi dalam keghairahan nak menegur tu, kita janganlah pula melakukan suatu perkara yang bukan untuk menyelesaikan masalah. Seperti mengambil kaedah untuk berlawan dengan ulama`; supaya masyarakat jadi keliru, supaya masyarakat tidak lagi nampak ulama` sebagai ulama`(ini yang bahaya ni tuan-tuan), supaya masyarakat nampak bahwa ulama` ni sudah tidak boleh lagi berperanan, supaya masyarakat lihat bahwa ulama` ni takdak kerja lain hanyalah baca yaasiin tiap-tiap malam Jumaat, conduct tahlil, sembahyang jenazah, itu ajelah kerja ulama`. Perintah negeri tak reti, perintah negara lagi la tak reti. Inilah tafsiran puak umno bn ke atas para ulama`...Piirraahhh!!...nak perintah negara pun berkira sangat, sampai tengok habih cara berpakaian?...Apa hangpa ingat serban jubah tak boleh memerintah ka?...Cuba hangpa tengok India. Walaupun PM dia dengan kain putih, dengan payung ceti je, tapi negara dia muncul sebagai nuclear state yang ditakuti di dunia. Mereka bersaing dengan Pakistan dengan launch missile masing-masing. Samada surface to air, surface to surface, MM38, MM40, seawolf, sebut apa saja; masing-masing berlawan melancarkan nuclear weapon. Itulah India. Yang Pm dia, hanya pakai kain putih, makan sireh, bawa patung ceti je.

Inilah yang kita sedang tengok pada hari ini, iaitu berlakunya satu trend yang ditonjolkan bahwa ulama` tidak boleh memerintah. Dipasakkan di dalam pemikiran masyarakat bahwa kalau ulama` lah yang mengambil-alih teraju pemerintahan negara, habih, dia nanti kira nak wiiiirid aje 24 jam. Maka tak akan berlakulah pembangunan dan tak akan berlakulah kemajuan duniawi. Inilah tohmahan-tohmahan yang sering kita dengar pada hari ini.

Jadi, siapa yang menuntut ilmu untuk berlawan dengan para ulama`, maka Allah hantar dia ke neraka. Sebab itu, ilmu yang kita pelajari hendaklah digunakan sebaik mungkin, supaya dapat membawa masyarakat balik kepada Allah swt.

ii) siapa yang belajar ilmu dengan tujuan nak berdebat atau bertegang leher dengan puak-puak yang jelas jahil. Contohnya, bila kita tengok ada satu puak yang memang jelas kejahilan mereka tentang Islam, lalu kita pun guna ilmu yang ada untuk bertegang urat nak tunjuk kata kitalah yang terer. Tapi kalau atas addinnul nasihah, memang menjadi satu kewajipan untuk kita perbetulkan kejahilan seseorang dan bawa dia keluar daripada lembah kejahilannya. Tetapi jangan ada dalam hati kita perasan bongkak, takabbur, ujub, sombong bahwa kita nak bertegang urat supaya boleh perlekehkan orang jahil. Jangan sekali-kali ada perasaan macam ni tuan-tuan, sebab kata Nabi saw bahwa Allah akan hantar kamu ke neraka.

Sebab itu, orang jahil ni, kita takyah hujjah banyak-banyak. Sebab pernah Datuk Seri TG Hj Hadi Awang pesan kalau berdebat dalam parlimen ka apa ka, bila kita tengok puak-puak umno jawab nampak jahil, baik kita ambik langkah diamkan diri saja, takyah hujjahlah. Sebab TG kata kalau kita berhujjah lagi, dan puak nu semakin lawan, semakin jahil; semakin buka mulut, semakin terserlah kebodohannya; maka dibimbangi aqidahnya boleh terbatal disebabkan kita. Tak pasai-pasai dengan kita-kita sekali berdosa. Jadi, kita ambik langkah sepertimana yang disebut dalam Quran, "Selamatlah ke atas kamu! Semoga Allah beri hidayah pada kamu.".

Walaupun begitu, tegur tetap kena tegur jugak. Bila seseorang itu nampak jahil, maka perbetulkan dia. "Kamu ni jahil. Sepatutnya kamu tak boleh duduk dalam kejahilan. Baliklah kepada Islam."...Kita wajib bagitau macam tu, tuan-tuan. Bukan makna kita kena dok diam. Tetapi jangan ada perasaan sampai kita nak merendahkan orang lain. Janganlah bertegang leher sampai ke tahap, nampak seolah-olahnya kitalah hebat dan orang lain tu takdak apa-apa nilai. Ini bahaya, tuan-tuan. Sebab inilah dia sifat ujub, yang amat dicela oleh syara` dan boleh membawa kepada api neraka Allah...nauzubillahiminzalik.

iii) Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk dipuji orang, Allah akan hantarnya jugak ke neraka. Tapi kalau kita tidak mintak dipuji, orangramai nak cerita jugak hal kita, kata Nabi saw, "Itu tandanya Allah menaikkan darjat kamu."...Nampak tak bezanya, tuan-tuan. Janji, kita jangan berniat untuk dipuji. Kalau tuan-tuan buka kitab Ihya` Ulumuddin, kita akan jumpa dengan tajuk bahayanya memuji. Bahayanya memuji itu sehingga sampai ke tahap para sahabat ra rasa cukup benci bila ada orang puji mereka. Walaupun pujian ke atas mereka itu untuk menaikkan darjat, tetapi ada sahabat tidak suka mereka dipuji.

Okay tuan-tuan. Bila Nabi saw sebut tentang 3 perkara di atas, maknanya niat kita kena betul. Maknanya, kita kena tahu kat tok guru mana yang boleh kita mengaji, iaitu bila kita mengaji dengan tok guru tu, dia boleh membawa kita selamat ke suatu tahap dan terhindar kita daripada 3 penyakit seperti yang disebut oleh Nabi saw di atas tadi. Cuba kita tengok sabda Nabi saw dalam suatu hadithnya yang lain, katanya, "Jangan kamu mendatangi orang-orang alim atau jangan kamu duduk dalam majlis ilmu, kecuali tok guru yang mengajar kamu itu akan menyeru kamu dengan dia membawa kamu keluar daripada 5 perkara kepada 5 perkara yang lain..."...Inilah dia syllabus yang diajar oleh ulama` yang sejati. Jadi, kalau kita nak mengaji, nak menuntut ilmu atau nak berguru; pastikan guru yang ajar kita itu mengajar 5 perkara ini.

Perkara-perkara yang disebut oleh Nabi saw itu ialah :

a) minal syakki illal yakin.

Ciri yang pertama yang mesti ada pada tok guru yang nak ajar kita tu ialah dia hendaklah mengeluarkan kita daripada keraguan kepada keyakinan ugama Allah. Bila cakap pasai yakin ni tuan-tuan, cuba kita buka Quran dan tengok apa yang Allah kata dalam ayat terakhir dalam Surah al-Mursalaat?...Allah kata, "Dengan berita apa lagi kamu nak yakin kalau tidak berita al-Quran?!!"...Allah tanya kita tu, tuan-tuan. Allah kata, "Macamana kamu boleh ragu tak yakin, sedangkan Quran itu bukannya Muhammad (saw) cipta. Yang ciptanya ialah Aku (Allah)!"...Allah marah, tuan-tuan. Sebab tu kalau ada orang berani langgar perintah al-Quran, wajib dia ke neraka. Sebab pegangan orang beriman ialah tidak ada keyakinan yang paling tinggi kecuali al-Quran. Kerana di dalamnya terdapat hukum hakam, perundangan, segala jenis syariat, peraturan dll.

Sebab itu, kita tak heran bila ada benggali singh tak percaya negara Islam. Kita nak heran pasai apa sebab dia memang bukan Islam. Sebab dia tak baca al-Quran lah sebab tu dia tak faham apa itu negara Islam. Kalau orang bukan Islam nakkan penerangan tentang negara Islam, saya rasa takada masalah untuk kita bincangkan. Tapi yang menjadi masalahnya dan yang menghairankan kita ialah pasai apa ada melayu yang baca tiap-tiap hari al-Quran pun teringin nak jadi "melayu singh" jugak?...Sorang sudah la jadi singh, yang hangpa pun nak jadi singh jugak pasai apa?...Sapa lagi kalau bukan puak umno. Ini masalahnya. Sedangkan Allah kata, "Kamu nak yakin berita mana lagi wahai manusia kalau bukan al-Quran?".

Kalau DAP nak keluar daripada BA kerana isu negara Islam, takpa. Takdak masalah sebab kita tau macamana pressurenya depa ditekan oleh MCA. Seperti kata TG Nik Aziz ketika ditanya oleh wartawan barat tentang isu DAP (rujuk dalam vcd "Seminggu bersama TG Nik Aziz"), kata TG, "Semasa DAP dalam BA dulu, bila MCA serang mereka tentang kerjasama mereka dengan Pas dalam nak menegakkan negara Islam, tidak terjawab oleh DAP. Tapi sekarang bila DAP keluar dari BA, MCA tak dapat lagi nak serang DAP tentang isu negara Islam."...Sebenarnya, keluarnya DAP dari BA adalah taktik jugak, tuan-tuan. Tapi bagi kita PAS, walau apa pun yang akan terjadi, kita tidak akan menggadaikan prinsip kita. Sama sekali tidak. Negara Islam adalah target kita kerana ia adalah sunnah Rasulullah saw. Ini prinsip kita. Sejak dulu kita ditubuhkan di Bagan Tuan Kecil (sekarang dikenali dengan B`worth) sampailah sekarang, dah 50 tahun; kita ingin menyatakan bahwa kita tidak akan berganjak dengan prinsip kita. Kerana kita yakin pertolongan Allah pasti datang. Biarlah kita serah perkara ini kepada pimpinan untuk menyelesaikannya kerana mereka lebih arif daripada kita. Cumanya, apa yang saya nak sebut ialah janganlah melayu pun nak jadi singh jugak. Tu aje.

Okay berbalik kita kepada ciri tok guru yang baik tadi. Yang pertama sifatnya ialah dia akan mengeluarkan kamu daripada keraguan. Sebab itu, kalau kita mengaji atau dengar kuliyyah, tapi semakin kelabu kita dibuat oleh tok guru tu, baik kita tinggai buanglah tok guru tu. Hangpa toksah mengaji lah dengan dia. Baik pi pekena teh tarik kat kedai lagi baguih. Awat taknye?...Kita pi kuliyyah untuk apa?...Untuk bagi clear apa yang serabut. Tapi apa yang kita dengaq dari tok guru tu; daripada serabut sket, teruih jadi lagi berserabut. Kalau tok guru macam ni, baik toksah mengaji dengan dia sebab lagi rosak kita nanti. Tok guru yang mesti kita cari kata Nabi saw ialah yang mengeluarkan kamu dari keraguan dan terus berasa yakin dengan Islam.

b) minat-takabbur illat-tawadduk

Inilah ciri ulama` yang kedua. Iaitu dia mengeluarkan kamu daripada perasaan sombong kepada jadi rendah diri. Tawadduk ini adalah salah satu sifat Nabi saw. Sebab itu, kalau ada orang luar datang ke Madinah nak cari Rasulullah saw, dia tak akan tahu yang mana satu Rasulullah saw. Penampilan Rasulullah saw sama saja dengan para sahabat ra, malah lebih tawadduk dia. Sehinggakan Saidina Abi Bakrin ra terpaksa tunjuk kepada orang itu yang mana satu Rasulullah saw. Tawadduknya Nabi saw sampai tahap tu, tuan-tuan. Jadi, seorang guru yang baik, dia akan ajar kita supaya jangan sombong dan jangan takabbur dengan Allah, sebaliknya hendaklah mengambil sikap merendah diri terhadap Allah swt.

Kalau tuan-tuan baca dalam buku karangan as-syahid Sayid Qutb yang bertajuk "Ma`alim fil Taarik"; dalam satu bab yang berjudul "Jii lun Quranun fariq" yang bermaksud "Generasi al-Quran yang unik", tuan-tuan akan faham bahwa yang dimaksud dengan generasi al-Quran itu ialah para sahabah radiallahu `anhum ajmain. Contohnya, cuba tuan-tuan perati tengok perangai Saidina Umar al-Khatab apabila beliau ditegur oleh Khaulah binti Tsa`labah yang pernah kita cerita dulu dalam Bab 1 Hadith 1.

Kalau tuan-tuan baca Surah al-Mujaadalah, tuan-tuan akan kagum dengan seorang wanita yang bernama Khaulah binti Tsa`labah. Sebab kerana Khaulah lah, maka turunnya Surah al-Mujaadalah. Khaulah bersuamikan seorang sahabat Nabi saw yang bernama `Aus bin Syami`. `Aus bin Syami` ni adalah seorang yang perongoih dan cukup pemalas orangnya. Dia kira nak tidoq aje kerjanya. Khaulah ni lah yang selalu pi cari buah tamar untuk makan, manakala `Aus bin Syami` kira tidoq aje dia. Lalu menangis Khaulah. Sehingga satu hari bila `Aus bin Syami` naik angin perongoihnya, lalu dia melafazkan kalimah zihar terhadap isterinya. Kata `Aus kepada Khaulah, "Kamu ni seperti punggung mak aku lah!"...Dia hina isterinya. Sebab itu, bahaya tuan-tuan kalau kita dok main-main dengan kata-kata macam ni. Bila berlaku sedemikian, Khaulah pun menangis dan pergi mengadu kepada Rasulullah saw. Dan di atas pengaduan Khaulah binti Tsa`labah inilah, maka Surah al-Mujaadalah turun. Sebab itu, kita mau hormat dan jangan main-main dengan kaum muslimat ni tuan-tuan, sebab suara mereka didengari Allah dengan melepasi 7 petala langit. Hebat tak hebatnya suara muslimat ni tuan-tuan, sehingga dalam ayat pertama Surah al-Mujaadalah itu terdapat 4x disebut kalimah Allah. Firman Allah, "Sesungguhnya Allah telah mendengar rayuan wanita itu apabila dia mengadu pada engkau (wahai Muhammad saw), tentang perangai suaminya. Dia mengadu kepada Allah. Allah mendengar perbualan kamu berdua. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar lagi Maha melihat..."...Turunnya ayat ini ialah untuk memberi hukuman kepada kisah zihar. Sebenarnya kita baru saja berbincang tentang hukum zihar dalam pengajian "Qanun Jinayah Syar`iyah" yang baru lalu. Jadi, tak payah kita ulangkan.

Kalau tuan-tuan dah baca kisah tersebut, tuan-tuan boleh lihat macamana sikap Saidina Umar ra yang mendapat pentarbiyahan direct daripada Rasulullah saw, terus respon dengan teguran daripada Khaulah itu. Kisah ini menunjukkan macamana tawadduknya sikap sahabat yang menerima pendidikan daripada Rasulullah saw, dan begitu juga pula para tabiin menerima pendidikan daripada para sahabat ra.

Kemudian kita lihat pula sikap cicit kepada Saidina Umar al-Khatab, iaitulah Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada suatu malam di musim panas. Malam tu Khalifah berasa cuaca cukup panas sehingga tak boleh tidur. Sebagai seorang khalifah, dia pun panggil seorang pembantunya untuk tolong kipaskannya sekejap. Maklumlah dia seorang pemerintah, yang tugas sehariannya memang meletihkan. Jadi, khalifah perlukan istirehat. Lalu bila pembantunya kipas, Khalifah Umar pun terlena. Kemudian bila khalifah terjaga dari lenanya itu, didapati pembantu yang tolong kipaskan dia tadi pun turut terlena bersama kipas ditangan. Tuan-tuan tau ka apa Khalifah Umar bin Abdul Aziz buat?...Diambilnya kipas ditangan pembantu dia tu, dan dikipasnya pulak pembantu tu...Allahurabbi, tuan-tuan. Boleh cari ka zaman la ni pemerintah perangai lagu ni?...Dalam masa dia kipas pembantunya, tiba-tiba terperanjat bangun pembantunya itu daripada tidur, dan bersegera dia meminta ampun kepada khalifah, "Minta maaf ya Amirul Mukminin, hamba terlena pulak."...Kata Khalifah Umar, "Takpaaa, tadi kamu kipas aku. Apa salahnya sekarang aku kipas kamu pulak."...Nampak tak tuan-tuan; inilah sebabnya Islam cemerlang pada waktu dahulu, sebab pemimpinnya bersikap tawadduk. Takdak kata sifat nak marah atau nak mengamuk.

Apakata sekali lagi kita tengok macamana tawadduknya sifat Saidina Umar al-Khatab. Kali ini kisah semasa Khalifah balik dari Syria, tiba-tiba dia singgah ziarah di rumah seorang wanita tua. Inilah perangai Umar al-Khatab ketika menjadi Khalifah; kalau dia balik dari suatu tempat, dia tak akan masuk ke Madinah selagi belum melihat rakyatnya dulu. Khalifah pun bagi salam, "Assalamu`alaikum."...Tanpa dia kenal itu khalifah, wanita tu pun jawab salam, "Wa`alaikumussalam."...Tanya Umar ra, "Apa khabar makcik?...Macamana hal Khalifah Umar al-Khatab, makcik?"...Jawab wanita itu, "Khabar baik. Dengaq kata dia dah balik dari Syria, tapi rumah aku dia tak pernah jenguk pun. Ye lah, mungkin dia sibuk sejak jadi PM ni. Dia kira asyik main golf aje. Mentang-mentanglah dia hebat sangat, jadi PM lah katakan. Macamana le dia nak jenguk rumah aku yang buruk ni?"...Bila dengar wanita tu kata macam tu, lalu Saidina Umar pun jawab, "Apa kata kalau saya tebus kezoliman Umar dengan 25 darham?"...25 darham, waktu dulu kira boleh Perdana V6 dah tu. Lalu Makcik tu kata, "Kamu jangan buat main-main. Aku dengaq Saidina Umar ni kalau dia bubuh penampaq, naya hang sat lagi. Kamu jangan dok memandai nak tebuslah apalah kata dia zolim."...Kata Umar, "Takpa makcik! Saya nak tebus jugak bagi pihak khalifah dengan 25 darham."...Saidina Umar pun selok poket ambik 25 darham, tapi waktu dia nak bagi tu, tiba-tiba melintas Saidina Ali kw dan Ibn Mas`ud ketika itu. Bila depa nampak Saidina Umar di situ, depa pun bagi salam, "Assalamu`alaikum ya Amirul Mukminin!"...Bila dengaq lagu tu, getaq jadi makcik tu, sampai habih luruh duit-duit semua. Dengan terketar-ketar wanita tua tu pun meminta maaf, "Maaflah aku wahai khalifah oiiii!...Aku tak tau kata kamu ni Umar. Minta maaf banyak-banyaklah disebabkan mulut makcik yang celupar ni."...Kata Umar, "Pasai apa pula makcik nak minta maaf, sedangkan sayalah yang sepatutnya berterima kasih kepada makcik kerana mengingatkan saya kepada Allah!...Dan terima-kasih kerana membebaskan saya daripada api neraka Allah!"...Lalu Saidina Umar al-Khatab panggil Saidina Ali dan Ibn Mas`ud; mengikut riwayat semasa dia panggil sahabat-sahabatnya itulah, dia koyak jubahnya sikit dan tulis atas cebisan jubahnya itu dengan kata-kata, "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Inilah dia tulisan Umar bin al-Khatab, yang menebus perempuan ini dengan 25 darham kerana Umar ini tidak rajin menjenguknya sebagai rakyat. Maka bersaksi tulisan ini ialah Ali bin Abi Tolib dan Ibn Mas`ud."...Lepas dia tulis tu, dia pun sign. Dah sign, Umar pun panggil Ibn Mas`ud, lalu kata Umar, "Wahai Abdullah bin Mas`ud, apabila aku mati nanti, selitkan tulisan ini di dalam kain kapan ku, untuk aku bawa mengadap Allah."...Nampak tak tuan-tuan, nak cari mana pemimpin lagu ni?...Sebab itu kata Sayid Qutb, "Sampai qiamat pun kamu tak akan jumpa dah dengan orang seperti sahabat Rasulullah saw."...Inilah hebatnya sahabat ra dengan tawadduknya mereka.

c) minal adaa waati lillan-nasihah.

Mengeluarkan kamu daripada kamu bermusuh kepada suatu perpaduan Islam. Asalnya kamu bermusuh dengan umat Islam; tapi bila kamu mengaji aje dengan tok guru tu, terus kamu jadi nak bersatu dengan umat Islam, kamu minat pada Islam, kamu sayang pada saudara Islam kamu. Kalau tok guru macam ni, kamu kena pi mengaji dengan dia.

d) minar-riiya`i illal ikhlas.

Kamu belajarlah dengan tok guru yang akan mengeluarkan kamu daripada sifat riya` kepada ikhlas. Tok guru tu akan ajar kamu jangan riya`, jangan sombong, jangan takabbur. Dan dia akan ajar kamu menjadi seikhlas-ikhlas manusia Lillahita`ala.

e) minar-roq`bati illaz-zuhdih.

Daripada kamu tamakkan dunia kepada kamu jadi insan yang zuhud.

...Inilah 5 benda yang Nabi saw sebut, kata Nabi saw, "Jangan kamu duduk dalam majlis ilmu atau jangan kamu dekati tok guru, orang alim, ulama`, ustaz mana sekali pun; kecuali ustaz, tok guru dan ulama` ini boleh bawa kamu keluar daripada 5 perkara dan memasukkan kamu kepada 5 perkara lain."...Inilah 5 perkara yang Nabi saw sebut, selain 3 perkara yang Nabi saw larang berdasarkan hadith yang kita bincang kali ini.

Jadi, walaupun kita dilarang bertanding dengan para ulama`, tapi kalau ulama` sebut silap, kita boleh tegur dia tuan-tuan. Saya pun, kalau apa yang saya tulis ni salah, tolong tegur saya. Reply kat saya, tunjuk mana yang saya tak betul. Tapi kalau kita betul pun kata tak betul, kambe 3x2 nanti sampai tengah belakang hangpa. Kalau saya tak betul, tegur, jangan tak tegur. Sebab kita semua hamba Allah yang ada buat salah silap, kerana kita bukan maksum. Tapi apa yang mau kita ingat ialah jangan tandingi ulama` yang jelas keikhlasannya. Sebaliknya kita kena hormat para ulama` kerana Nabi saw kata bahwa ulama` juga termasuk dalam senarai mereka-mereka yang diberi haq oleh Allah untuk memberi syafaat di Padang Mahsyar kelak. Sebab itu jangan main-main dengan para ulama`. Tuan-tuan tau kan tentang 3 golongan yang akan diberi lesen memberi syafaat di ahkirat kelak, iaitulah yang pertamanya ialah para nabi-nabi, yang kedua ialah para ulama` dan yang ketiganya ialah para syuhada`. Nampak tak tuan-tuan; hebatnya ulama`bila Nabi saw letak mereka nombor 2 dibelakang nabi-nabi as. Sebab itu, pasai apa yang umno marah sangat bila ulama` perintah K`tan/T`ganu?...Sepatutnya, kamu kena sokong. TG Nik Aziz pinda undang-undang negeri pun hangpa hingaq. Awat tak pindanya?...MB apa kalau pegawai kerajaan naik pangkat pun dia tak tau?...TG kata sudah 10 tahun dia mengadu kepada Allah, seperti mengadunya Nabi Ya`akub kepada Allah ketika diberitahu Yusuf dimakan serigala. Bila dia pinda, maka pejabat peguam negara telah mengesahkan bahwa pindaan itu sah. Awat tak sahnya?...Waktu dibentangkan usul pindaan itu, turut hadir dalam dewan undangan negeri Kelantan ialah penasihat undang-undang negeri Kelantan. Inilah dia kaedah yang diambil bila ulama` memerintah. Dia ikut procedure. Jadi, apa pun yang mesti kita ingat ialah ulama` lah yang akan beri syafaat kepada kita di akhirat kelak, selain para rasul dan juga orang yang mati syahid.

Jadi tuan-tuan, inilah dia apa yang nak saya sebut pada kali ini; iaitu betulkanlah niat nak mengaji ilmu dan betulkanlah juga tujuan kita. Sebab itu, Nabi saw sebut kat kita tadi bahwa carilah tok guru yang boleh membawa kita keluar daripada 5 perkara yang buruk kepada 5 perkara yang baik. Inilah dia yang Nabi saw ajar dan saya yakin tuan-tuan menepati syarat-syarat tersebut. Yang kita risau ialah saudara mara kita yang lain, yang masih lagi belum paham tentang ugama Allah swt. Apa yang kita boleh buat ialah berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka kerana Allah itulah sebaik-baik pembuka hati manusia.

Allahu ta`ala `alam.

40622_wallpaper280.jpg