Muqaddimah - Bab 9 - Hadith 33

Bab 9 : Wajib bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam mengerjakan sesuatu amal ibadah atau taat.

Hadith 33:

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak." (HR Abu Daud dan Ibn Majah)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke33 yang kita baca pada kali ini, menjelaskan kepada kita perbezaan yang amat ketara di dalam konsep menuntut ilmu, yang berlaku diantara orang-orang yang beriman kepada Allah, dengan orang-orang kafir yang tidak mengucap dua kalimah syahadah. Allah sendiri yang meletakkan perbezaan itu dan Rasulullah saw memperjelaskannya dengan menyatakan bahwa orang-orang yang beriman apabila dia menuntut ilmu yang diajar oleh Islam, maka ilmu itu sebenarnya membawanya menuju kepada keredhaan Allah swt. Biarlah ilmu apa pun; ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu astronomi dan bermacam-macam lagi; belajarlah apa pun, tujuannya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah. Inilah niat yang mesti diletakkan pada minda setiap orang yang mengaku sebagai orang Islam.

Ia berbeza kalau kita bandingkan dengan orang-orang yang bukan Islam. Ilmu yang mereka tuntut itu, jauh di dalam hati mereka bukan untuk mencapai keredhaan Allah, kerana mereka adalah golongan yang ditutupkan pintu hati oleh Allah untuk mendengar cahaya Islam. Kecualilah kalau mereka benar-benar membuka pintu hati mereka, yang mana ramai telah membuktikan bahwa walaupun asalnya mereka bukan Islam tetapi akhirnya mereka boleh memeluk Islam.

Antara niat orang-orang yang bukan Islam mempelajari ilmu ialah untuk menguasai diantara satu sama lain. Kita lihat saja dalam teknologi yang semakin canggih pada hari ini, masing-masing memerah otak ke tahap maksimum untuk menghasilkan produk yang terbaik bagi membolehkan mereka menguasai ekonomi dunia. Begitu juga kalau kita imbas kembali ke zaman Perang Dunia keII. Mereka-mereka yang mempelajari ilmu terutamanya dalam bidang senjata berat; macamana kita lihat mereka gunakan ilmu itu untuk menghancurkan manusia. Kita masih ingat sampai ke hari ini walaupun kita tak terkena perkara itu; bagaimana 2 buah bandaraya di negara Jepun (Hiroshima dan Nagasaki) telah dihancurkan dengan dua butir bom atom. Sebutir diberi nama "Little Boy" dan sebutir lagi diberi nama "The Fat Man". Kedua-dua bom ini diciptakan atas nama ilmu yang Amerika dapat, dan mereka menggugurkannya untuk menghancurkan manusia. Sehingga ke hari ini, kesan bom atom ke atas Nagasaki dan Hiroshima masih dirasai oleh rakyat Jepun walaupun mereka sudah membangunkan kembali kedua-dua bandaraya tersebut. Menurut ust Halim, di Gombak ada seorang bekas cikgu yang bernama Cikgu Hj Abdurrazak yang sudah pun berusia 70 tahun lebih, dan kalau tuan-tuan nak tahu lebih detail tentang Nagasaki dan Hiroshima, bolehlah pi interview beliau sebab sewaktu peristiwa itu berlaku, beliau sedang menuntut di Univ Nagasaki; dan beliau terlibat sendiri mengalami kesannya sampai ke hari ini. Tuan-tuan boleh interview dia berkenaan dengan kehebatan dan keangkuhan negara-negara maju pada waktu dahulu; yang menggunakan segala ilmu yang ada pada mereka, bukannya untuk selamatkan manusia tetapi untuk mencipta nama dan menghancurkan negara-negara yang mereka anggap lemah. Walaupun Amerika gunakan bom atom tersebut atas nama Perang Dunia keII, tetapi sebenarnya agenda mereka ialah untuk membalas dendam apabila Jepun melanggar Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, yang telah menenggelamkan Uss Arizona dengan 2000 anak kapal mereka hilang.

Nampak tak tuan-tuan; kaedah peperangan yang digunakan oleh orang bukan Islam amat berbeza dengan apa yang diajar oleh Rasulullah saw kepada kita. Semasa Nabi saw ajar ilmu perang, baginda kata, "Bila kamu berperang, jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat orang yang bukan Islam. Jangan kamu tebang pokok-pokok yang sedang berbuah. Jangan kamu bunuh kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Dan jangan kamu bunuh orang-orang tua yang lemah."...Inilah dia ilmu peperangan cara Islam yang diajar oleh Rasulullah saw, sehingga dalam perang pun, keredhaan Allah menjadi perkara yang utama. Jadi, bagaimana mungkin orang-orang bukan Islam boleh jadi bimbang sekiranya Pas perintah. Apa yang orang bukan Islam nak takutkan; sebab dalam perang pun Nabi Muhammad ajar, "Jangan robohkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam.", inikan pula masa tidak ada peperangan?...Sebab itu, janganlah bimbang dan janganlah dengar sebelah pihak sahaja. Sebab main dengan hati busuk umno ni, dimomok-momokkan sekiranya Pas perintah, maka akan habislah semua patung dirobohkan. Tak ke jahat puak-puak ni tuan-tuan?

Sebenarnya Islam mengajar umatnya untuk sentiasa mencari keredhaan Allah swt. Sebab itu, Rasulullah saw menyebut dalam hadith ini bahwa tujuan apa pun, hendaklah dicari keredhaan Allah swt. Cuba tuan-tuan buka Quran dan lihat apa Allah kata dalam Suratul Fath ayat 29. Inilah ayat yang Allah huraikan untuk kita, apa yang dinamakan sebagai ciri-ciri peribadi pengikut Nabi Muhammad saw, untuk di"relate"kan dengan keredhaan Allah. Firman Allah, "...Orang-orang yang benar-benar setia bersama dengan Muhammad adalah yang bersikap tegas terhadap kekafiran..."...Jadi, segala jenis kerja kuffur, kita tidak boleh kompromi. Kita bertegas terhadap kekafiran dan jugak kekuffuran yang berlaku. Dan inilah ciri hati yang baik sepertimana yang disebut Allah pada ayat ke 7 dalam Suratul Hujurat. Allah kata bahwa diantara ciri hati yang baik ialah dia membenci 3 perkara. Jadi, kalau sapa tak rasa apa pun terhadap 3 benda ni, tolong pi check hati tu sebab disyaki hati tersebut dah rosak. Yang pertama kata Allah, hati yang baik itu hendaklah membenci kekuffuran. Yakni benci segala kerja kuffur termasuklah undang-undang kuffur, perbuatan kuffur, apa saja yang membawa kepada kekuffuran. Hati yang beriman pasti benci dan meluat terhadap benda kuffur. Ini Allah yang ajar.

Yang keduanya ialah dia mesti benci kerja fasik. Apa makna fasik?...Fasik ialah orang yang buat dosa besar dan dosa kecik dia tak pernah tinggai...nauzubillahiminzalik. Sebab tu, orang fasik dia tak layak jadi imam sembahyang, tak layak jadi wali nikah dan sebagainya. Dan yang ketiganya ialah hati orang beriman mesti benci kedurhakaan. Jadi, segala bentuk ucapan, perbuatan, tulisan yang membawa kepada durhakakan Allah, maka bencinya kita walaupun kita tak kenal siapa orangnya. Inilah dia ciri hati yang hidup dan hati orang beriman. Sebab itu orang yang mempunyai hati sedemikian, mereka sangat tegas terhadap sebarang bentuk kekuffuran.

Kemudian kata Allah lagi, "...Sifat kedua pengikut Muhammad yang benar-benar jadi pengikut ialah berkasih sayang sesama orang beriman..."...Inilah sifat yang kedua para sahabat ra, iaitu berkasih sayang terhadap orang beriman. Tapi apa yang sedihnya kita tengok hari ni, orang beriman semakin dilanyak. Pi tarik royalti dengan dibatalkannya perjanjian begitu saja. Depa buat seolah-olah macam bapak depa punya negara aje. Walhal bukan penyangak penyamun yang perintah T`ganu/K`tan tu; masing-masing ada Masters Degree dalam bidang Syariah dari Univ Islam Madinah dan Univ al-Azhar. Tapi orang begini yang diperangi umno siang dan malam. Orang begini yang umno/bn momokkan kepada masyarakat bahwa mereka adalah golongan yang jahat dan golongan yang tak betul, walhal dalam debat olok-olok, depa mengaku TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang adalah ulama`. Tuan-tuan semua tengok dah kan vcd debat tu?...Bukan pasai apa; pasai la ni memang susah nak dapat, sebab habih kena rampas dah. Depa rampas pi lah, semua pakat tengok habih dah aih. Sebenarnya kita hanya nak tahu siapa dia pembantu pelakon terbaik?...Itu aje. Bolehla kita bagi award kat dia.

Nampak tak tuan-tuan macamana jahatnya perangai pemimpin umno/bn, yang amat jauh dari sifat berkasih sayang sesama orang beriman. Sekarang ni dalam tv, tiap-tiap hari mereka lanyak kepimpinan T`ganu, mereka buruk-burukkan pemimpin K`tan dan mereka kacau pentadbiran kedua-dua negeri itu. Sepatutnya atas nama demokrasi yang hangpa junjung tu, biarkanlah saja kedua-dua k`jaan itu dengan pentadbiran mereka sebab rakyat yang pilih. Biarkanlah mereka perintah elok-elok. Kalau tak cukup, hangpa bantulah. Ini dak; geran berkapita kedua-dua negeri ini sengaja dilewat-lewatkan. Hujung-hujung tahun baru nak bayar. Takke pening kedua-dua k`jaan ni untuk buat budget mereka?...Sebenarnya, geran berkapita memang wajib dibayar oleh Kementerian Kewangan kepada setiap k`jaan negeri mengikut panjangnya jalanraya setiap negeri. Tu pun jenuh merungut, jenuh mintak, baru bagi. Lepas tu, konon-konon merungutlah takdak pembangunan lah, takdak jalanraya lah; Piiirraahhh!!! hangpa yang buat pasal, lepas tu hangpa tuduh macam-macam. Punyala busuk hati takdak dah. Puak-puak ni tak teringat nak mati ka?...Nauzubillah...Esok kamu jumpa Allah, kamu jawablah. Kerana setiap inci kezoliman yang kamu lakukan akan didedahkan di hadapan Allah swt. Larat ka kamu nak tanggung berapa juta rakyat M`sia ni?

Sifat yang ketiga yang ada pada para sahabat ra ialah kata Allah, "Kamu melihat mereka itu wahai Muhammad, rukuk dan sujud..."...Orang yang benar-benar menjadi pengikut Muhammad saw, sifat yang ke3 mereka ialah rukuk dan sujud. Bukan maksudnya rukuk dan sujud di dalam sembahyang sahaja, malah di luar solat pun mesti diambil kira. Kalaulah sekadar rukuk dan sujud di dalam sembahyang sahaja, mulialah lagi Abdullah bin Ubai, kerana dia juga rukuk dan sujud; malah lebih dahulu daripada kita. Bahkan dia rukuk dan sujud di bumi wahyu turun iaitu di bumi al-Madinatul Munawwarah. Kalau nak kira ayat itu maksudnya rukuk dan sujud dalam sembahyang sahaja, mulia lagi Abdullah bin Ubai lah jawabnya. Pernah dia menjadi muazzin mengumandangkan azan di Masjidil Nabawi pulak tu. Tapi akhirnya kemana perginya puak-puak munafik ini?...Ke neraka, tuan-tuan...nauzubillahiminzalik. Kerana apa?...Kerana mereka hanya rukuk dan sujud di dalam masjid, tapi bila di luar masjid, mereka langsung tidak rukuk dan sujud kepada peraturan dan undang-undang Allah. Sehingga Abdullah bin Ubai sanggup berpakat berganding bahu dengan yahudi Madinah bagi menghancurkan k`jaan Islam Madinah.

Tuan-tuan pernah dengar kan tentang cerita puak-puak munafik ni buat masjid?...Bila mereka tengok masjid Nabawi ni ramai orang datang mengimarahkannya ketika Nabi saw buat kuliyyah sehingga setiap malam penuh melimpah-limpah dengan manusia; kemudian dengan jual vcdnya, dengan jual air soyanya, dengan jual murtabaknya, pendekata bermacam ragam manusia yang datang; maka mulalah puak munafik ni jadi jealous. Bila hati mereka sakit, lalu atas cadangan Abu Amir ar-Rahib laknatullah, maka mereka pun bermesyuarat untuk membina sebuah lagi masjid bagi menyaingi kepopulariti Masjid Nabawi. Siapa dia Abu Amir ar-rahib ni tuan-tuan?...Dia seorang munafik. Dia jugalah yang mencadangkan supaya digali lubang untuk mengumpan Rasulullah saw supaya jatuh ke dalamnya dalam Perang Uhud. Nama dia Abu Amir, bukannya nama orang kafir, nama orang Islam tapi dia munafik. Dalam Perang Uhud, lubang yang digalinya itu membuatkan Nabi saw jatuh kedalamnya sehinggakan luka kedua-dua lutut Rasulullah dan Rasulullah pengsan dalam lubang tersebut. Lalu tersebarlah khabar angin mengatakan bahwa Muhammad telah mati ketika itu. Siapa punya kerja ni?...Itulah dia Abu Amir ar-rahib. Dia jugalah yang mempengerusikan mesyuarat dengan jawatan kuasa munafiknya bagi meluluskan projek membina masjid baru untuk melawan Masjid Nabawi. Nama masjid tersebut sepertimana yang Allah sebut dalam al-Quran dalam Surah at-Taubah:107-108 ialah Allah namakan masjid itu sebagai masjid Dhirar yakni masjid pelampau sebab ia bukan dibina atas dasar taqwa. Ia dibina kerana untuk memecah-belahkan masjid Rasulullah saw. Masjid yang dibina oleh Abu Amir ar-rahib ini nampak begitu cantik, sebab memang sejak dulu lagi puak-puak munafik ni Allah bagi depa banyak duit (yang takdak duit selalunya kita). Begitulah juga dengan yang sekarang ni pun. Mereka banyak duit. Mereka boleh buat masjid dengan mudah sekali. Carpet, tu dia punya tebai, kalau sujud tenggelam dengan hidung-hidung kita sekali. Kemudian boh air-con lagi. Mesyuarat AJK ni boleh kata tiap-tiap bulan. Bendahari bentang duit, punyala banyak, sampai beratus ribu pun ada. Tapi satu kuliyah satu ceramah pun takdak, sampai anak qariah jadi bangang, jadi bodo tak reti Islam. Inilah dia keadaan masjid dhirar.

Bila masjid dhirar itu siap ditegakkan, Abu Amir pun panggil Nabi saw untuk merasmikannya. Tapi kebetulan pada waktu itu, Nabi saw nak pergi Perang Tabuk. Tuan-tuan nampak tak macamana teruknya perangai orang munafik?...Dalam suasana Nabi saw nak pergi ke Tabuk untuk berperang, sepatutnya sebagai orang Islam, mereka kenalah join Rasulullah pergi perang lawan Rom di Tabuk. Tapi apa Abu Amir buat?...Dia pi jumpa Rasulullah, minta Nabi saw rasmi masjid dia. Sebab semua krew rtm (radio tv Madinah) dah pun pasang siap dah segala kamera dan lens apa semua ni, untuk ambik gambar bagi dimuatkan dalam suratkhabar Madinah. Maka dalam headline esok akan gah lah terpampang nama Abu Amir Pengerusi masjid yang dirasmikan oleh Rasulullah saw...Tapi apa kata Nabi saw?...Kata Rasulullah saw, "Saya sebenarnya dah plan untuk pergi berperang di Tabuk. Jadi, tunggulah saya balik dari Tabuk, baru saya akan rasmi."...Lalu kata Abu Amir, "Takpalah kalau Rasulullah dah kata lagu tu."...Nampak tak tuan-tuan; bukannya dia nak pi berperang sama, tapi dok asyik sibuk dengan program rasmi masjid. Apa punya tolonji puak-puak ni.

Jadi, pergilah Rasulullah saw ke Tabuk. Tapi dalam perjalanan balik daripada Tabuk, tiba-tiba Jibril as mai sampai pesan Allah ta`ala. Jibril as kata, "Ya Rasulullah, jangan kamu sembahyang dalam masjid tu selama-lamanya; dan Allah pesan kepada kamu supaya arahkan sahabat pi bakar masjid dhirar!!!"...Inilah dia akibat yang ditimpakan Allah kepada masjid yang dibina bagi memecah-belahkan orang beriman. Sebab itu, Allah memuji masjid Kuba`, kataNya, "Wahai Muhammad! masjid yang dibina atas asas taqwa (Masjid Kuba`) adalah lebih berhak kamu sembahyang di dalamnya."...Bila Nabi saw sampai saja di Madinah, bukannya dia pi rasmi, tapi dia pi ambik minyak gas, kemudian habis dibakarnya masjid dhirar tersebut. Terkebil-kebil si Abu Amir melihat masjidnya dibakar; dengan karpet, dengan kamera, dengan lens habih semua selesai jadi abu. Inilah ceritanya tuan-tuan. Iaitu mesti ada sifat rukuk dan sujud kepada Allah, dengan makna kata mesti patuh kepada setiap peraturan Allah di dalam maupun di luar sembahyang. Jangan di dalam sembahyang saja kita sujud sampai hitam dahi-dahi, tapi di luar sembahyang kitalah orang yang menyampaikan ucapan yang menakutkan umat Islam.

Antara yang pernah kita dengar tidak lama dulu macamana ada seorang pemimpin dalam negara kita kata, "Umat Islam jadi mundur kerana memilih subject ugama dan menolak subject sekular."...Nauzubillah, inilah dia antara ucapan yang cukup biadap. Jadi, apa yang kita boleh bagitau ialah kalau kita ambik subjek ugama, maka kita tak akan mundur dan kita tak akan sesat buat selama-lamanya. Yang mundurnya ialah apabila kita ambik sekular dan tinggalkan hat ugama. Yang ni baru betoi-betoi punya sesat. Bahkan sebenarnya Islam mengajar kita bahwa kena ambik kedua-duanya sekali. Disamping subjek ugama kita utamakan, subjek yang berkenaan dengan duniawi seperti kejuruteraan ka apa ka ni semua, pun kena ambik jugak. Inilah yang ulama` buat masa zaman dahulu. Contohnya, tengoklah seperti Ibn Sina, yang Inggeris menggelarkannya dengan Evi Senna. Dialah orang yang pakar dalam ilmu perubatan. Doktor-doktor semua kenal Evi Senna. Apa yang Ibn Sina buat sehingga begitu terkenal dia?...Di siang hari beliau mencari formula-formula untuk buat ubat, mencipta alat-alat pembedahan dan sebagainya; tapi di malam hari beliau bangun bertahajjud menangis kepada Allah. Ini dia tuan-tuan. Bukan kata ambik ugama jadi mundur, tapi kalau ambik sekular saja dengan ditolaknya ugama, pasti akan mundur. Ibn Sina mengambil kedua-duanya. Dan inilah yang Islam suruh sebab Nabi saw pernah kata bahwa siapa yang hendakkan kedua-duanya (dunia dan akhirat), maka mestilah ada ilmu. Jadi, mana boleh seorang Islam berucap seperti ucapan di atas?...Lebih-lebih lagi, kamu pulak seorang pemimpin.

Dan yang paling celakanya; beliau mengajak masyarakat dengan katanya, "Kita mesti melahirkan Kamal Ataturk yang ke2 kalau ingin maju!"...nauzubillah...Ucapan apa ni tuan-tuan?!!...Bila kita tegur saja; maka kitalah pelampau, kitalah extremist, kitalah segala-galanya. Dengan dia tak belajar sejarah, siapa dia Kamal Ataturk yang dilaknat ALLAH itu?...Sekarang sudah terbit sebuah buku bertajuk "Detik Terakhir Kehidupan & Kepimpinan Kamal Ataturk" karangan Ahmadi al-Aziz. Dalam buku ini kita boleh kenal siapa itu Kamal Ataturk yang sebenar. Dia adalah seorang berbangsa yahudi dunnama (golongan yahudi yang pura-pura masuk Islam tetapi mengekalkan keyahudian). Dia hanya menyamar mengambil nama Islam bagi menghancurkan Islam dari dalam. Samalah juga dengan Lawrence of Arabia. Lawrence ini adalah seorang Inggeris, tapi sanggup pergi ke Indonesia untuk mengaji pondok. Kemudian apabila dia tamat di pondok, apa dia buat?...Dialah orang yang bertanggungjawab memecahkan semenanjung Hijaz mengikut kaedah "pecah dan perintah" kepada beberapa negara berasingan. Lalu hari ini, kita boleh lihat adanya negara Oman, adanya UAE, adanya Yaman, adanya Arab Saudi; walhal asalnya negara-negara ini adalah daripada semenanjung tanah Arab tu lah jugak. Nampak tak tuan-tuan, di sinilah bermulanya macamana barat main peranan dalam menghapuskan sistem satu Khalifah. Nampak tak tuan-tuan macamana pentingnya belajar sejarah?...Yang kata Lawrence of Arabia ni, memang padan dengan gelaran dia, sebab dia pandai cakap Arab. Berabuk tuan-tuan. Kalau dia mai masjid kita, sah jadi tok imam punya. Sebab kehebatannya memang diakui, maklumlah lepasan pondoklah katakan. Tapi mengajinya dia bukannya untuk mendapat keredhaan Allah, tapi semata-mata untuk menghancurkan Islam. Samalah juga dengan Mustapha Kamal Ataturk ni pun. Berbangsa yahudi yang menyamar jadi orang Islam, kemudian atas dasar nak maju, diperkenalkannya ideologi-ideologi yang menyesatkan. Dia hendak rakyat Turki tiru sebijik macam kehidupan orang barat. Dikesampingkan ugama dari kehidupan seharian. Ditukarnya azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Takke celaka namanya tu tuan-tuan?...Kemudian apa lagi pembaharuan yang dia buat?...Kerana nak bersaing dengan negara barat kononnya, maka ditanggalkannya purdah dan jilbab wanita Turki, dan diajarnya pakai mini-sekerat. Bagi lelaki pula, disuruhnya buang segala jubah serban ni, dan digantikan dengan tarbus dan topi Baretta. Kalau nak sebut satu persatu, memang cukup banyak lagi, tuan-tuan. Tapi inilah orang yang disanjung sangat oleh PM kita. Sehingga ke hari ini, kesan sekular yang diasas oleh Kamal Ataturk bertapak dengan cukup dahsyat.

Awat tak dahsyatnye?...Cuba tuan-tuan tengok apa yang berlaku kepada Prof Dr Najibuddin Erbakan, bekas PM Turki yang berkelulusan Engineering dalam "How to design the tank". Dia adalah salah seorang yang pernah jadi PM Turki dalam zaman sekular Turki. Apa yang dia buat?...Ketika dia hanya baru nak sebut "nak buat Islam" aje, tiba-tiba pemerintah tentera Turki bangun dalam parlimen dan memberi amaran kepada Dr Najibuddin. Akhirnya apa jadi?...Sekarang beliau merengkok di dalam penjara. Adakah jenih sekular lagu ni yang Mahathir nak lahirkan di M`sia?...Yang dia kata kena lahirkan Kamal Ataturk yang ke2 tu. Mabuk apa ka orang tua ni?...Mentahkedarah ayaq sireh banyak sangat kot mamak ni. Sampai bercakap pun tak ingat apa dah. Baru-baru ni pun, dia mabuk lagi apa?...Sampai tak sedaq hang bercakap depan sapa?...Lain kali sebelum dia naik stage tu, polis mau check dulu kadar mabuk sireh dia tinggi ka rendah ka. Kalau rendah, suruh dia mentahkedarah dulu sireh cukup-cukup, kemudian baru best merapu ataih stage. Apa punya manusia sekoq ni?...Kecik-kecik tak mau mampuih, dah tua menyusahkan orang.

Berbalik kepada cerita Turki ni; kata ust Halim kalau kita turun di lapangan terbang di Istanbul (yang nama asalnya ialah Islam bul, yang bermakna bandar Islam) ke atau di mana-mana bandar dalam negara Turki ni dengan pakai kopiah kemudian ada janggut sikit-sikit, siap, check-out mesti tak lepas punya. Habih satu body kita depa nanti search. Depa kira kita ni macam geng al-Qaida la tu. Lepas tu send pi ISA la jawabnya. Takke naya punya cerita ni tuan-tuan, walhal pakai kopiah aje, bukan ada apa pun. Tapi inilah dia Islam sekular Turki. Sampai apa pun tak boleh nak buat...Nauzubillahiminzalik. Islam sebeginikah yang kamu nak lahirkan demi kerana nak maju?...Nak maju punya pasai, sampai nak tiru Kamal Ataturk...Nauzubillah. Deeeiii tambi! pikiaq la dulu sebelum cakap. Akai lu taruk mana?...Kat lutut ka?...Kalau lutut, memang patut la pun; pasai lu cakap aje, pasti Islam terguris.

Dahsyat tak dahsyatnya sekular ni tuan-tuan, sampai sembahyang jamak qasar pun dah tak tau. Ingat tak tuan-tuan semasa Prof Dr Najibuddin Erbakan datang melawat M`sia ketika dia jadi PM dulu?...Sepanjang lawatannya ke M`sia, turut mengekorinya ialah wartawan-wartawan Turki. Apabila balik ke Turki, ada wartawan tulis dalam majalahnya bahwa Dr Najibuddin Erbakan adalah seorang pengamal ajaran sesat. Kenapa sampai macam tu?...Lalu penulis tu kata, "Kami mendapati sepanjang kami ikut Najibuddin ke M`sia, kami dapati bahwa dia hanya bersembahyang zohor 2 rakaat sahaja. Sedangkan sembahyang zohor yang kita tahu adalah 4 rakaat. Tapi kami melihat Najibuddin bersembahyang 2 rakaat sahaja."...Nampak tak tuan-tuan macamana teruknya sekular hari ini, sampai jamak qasar pun apa yellow pun tak tau. Ini realiti tuan-tuan. Jadi, apakah ini coraknya yang Mahathir nak bentuk?...Boleh lingkup rakyat la jawabnya. Sebab itu, setiap ucapan Mahathir sebegini mesti disanggah dan diberitahu kepada masyarakat. Nampak tak tuan-tuan, macamana isu qiamullail merosakkan pelajar sering diulang-ulangkannya. Isu sebegini akan memeningkan lagi kepala masyarakat yang sudah sedia pening. Jadi, apa yang kita nak tanya kat pimpinan umno sekarang; sebenarnya ke mana hangpa nak bawa masyarakat ni?

Dan sifat pengikut Rasulullah saw yang ke4 ialah sentiasa mencari-cari kelebihan kurniaan dan keredhaan Allah swt. Jadi, apa pun yang kita buat, redha Allah terlebih dahulu mesti kita cari. Tapi hari ini, kebanyakan manusia tak nampak akan keredhaan Allah, tapi yang dinampaknya ialah keredhaan manusia. Sebab itulah Nabi saw memperingatkan kita dalam hadith ini bahwa tujuan tuntut ilmu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, bukannya sebab yang lain. Tapi tidaklah jadi kesalahan kalau sebagai contohnya kita ada ilmu perubatan Islam (mungkin belajar dari Dr Haron Din ka atau belajar dari Ust Ismail Kamus ka), bila kita berubat orang, tiba-tiba orang tu bagi habuan pada kita sebagai upah kerana dia sembuh, maka itu takpa. Memang boleh ambik kerana bukan niat kita ke situ. Ini berdasarkan cerita bagaimana sahabat Nabi saw yang bernama Abu Said al-Kudri yang diberi upah oleh seorang Jkkk apabila dengan izin Allah beliau berjaya menyembuh Jkkk itu dari bisa gigitan kala jengking. Cerita ini sebenarnya telah pun saya paparkan dalam Bab 2 Hadith 3 yang lalu...Bila sebut Jkkk, sekarang ni di T`ganu, Jkkk telah disahkan oleh Tun Salleh Abbas sebagai pertubuhan haram. Sebab yang berhak lantik Jkkk ialah kuasa k`jaan negeri, bukannya kuasa k`jaan pusat. Datuk Seri TG Hj Hadi dah lantik JSR, jadi yang hangpa pi lantik lagi Jkkk tu pasai apa?...Nampak tak tuan-tuan macamana umno main peranan dalam memecah-belah orang Melayu di T`ganu. Hangpa k`jaan pusat takdak kuasa untuk lantik Jkkk kerana ini hak k`jaan Pas T`ganu.

Begitulah juga kalau kita mengajar, kemudian orang bagi upah; maka memang boleh kita terima. Tapi jangan sekali-kali kita letak harga. Hangpa bagi RM400, boleh. Kalau RM100, aku tak mai...Pang!! Penampaq mau bagi, pasai yang ni jenih kurang ajar punya ustaz. Berpada-padalah, tak salah kita terima habuan sebab Islam pun izin. Bahkan Imam Syafie pernah berkata bahwa wajib kamu bayar setiap patah perkataan yang disebut oleh guru yang mengajar kamu dengan 1 darham. Ini Imam Syafie yang kata, bukannya saya kata. Jadi, memanglah ada kaedah-kaedah yang dibenarkan untuk tok guru diberi upah. Bahkan Imam Syafie juga mengajar bahwa kalaulah orang yang mengajar itu hidupnya susah, maka dia boleh berbincang dengan kita untuk minta lebih sikit. Contohnya, katakanlah ada ustaz mai mengadu kat pengerusi masjid, "Tuan Hj, saya ni bini 3. Anak pulak 27 orang. 10 orang masuk Univ dan 5 orang masuk sekolah menengah. Saya ni dah mengajar masjid ni boleh kata lama dah juga. Tapi sepanjang saya mengajar di sini, Tn Hj hanya bagi RM50 aje; jadi boleh tak kalau saya minta RM100?"...Kalau keadaan macam ni, memang boleh tuan-tuan. Berbincang elok-elok, kot mungkin RM50 memang tak cukup bagi dia. Hat lagu ni boleh mintak. Tapi jangan hang dah senang, kemudian hang pi taruh lagi RM500 kot ataih. Yang ni kalu, kambe 3x2 nanti sampai. Sebab jenih lagu ni, dia tak ada adab dengan Allah dan rasul kerana dia menjual agama namanya tu. Jadi, maknanya memang boleh menerima upah tapi jangan niat buat sesuatu kerana upah tersebut.

Jadi, bila kita mengaji ilmu, kalau niat kita kerana nak dapat pengaruh, nak dapat pangkat atau nak dapat habuan dunia; maka Nabi saw kata bahwa kamu tak akan dapat mencium bau syurga...Ya Allahurabbi... Sedangkan mencium bau syurga boleh dicium dengan jarak 500 tahun perjalanan akhirat. Tuan-tuan boleh bayang tak berapa lama tu?...Calculate tengok. Kita dok dengar ustaz-ustaz kata 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun dunia. Jadi, kalau 500 tahun akhirat, berapa tahun dunia?...Kalau kita calculate jugak, confirm calculator nanti bagitau "e" (infiniti). Atau dalam bahasa loyar buruknya, calculator kata, "Hang kira sendiri, pasai aku tak larat". Pasai apa calculator pun tak larat nak kira?...Sebab punyala banyak "0" dia tu. Ini nak bagitau kat kita bahwa tu dia punya jauh, dah boleh cium dah baunya syurga Allah. Bagi orang yang tuntut ilmu kerana nakkan pangkat dan habuan dunia, bukannya untuk cari redha Allah; maka haram baginya bau syurga. Dah haram bau syurga, nak masuk syurga ka?...Bau pun tak dapat, nak masuk syurga macamana, betoi tak?...Selalunya, orang bau dulu baru makan. Hang nak makan tomyam, mesti tangkap baunya dulu. Mana boleh hang makan tanpa bau. Itu gila babi punya hidung. Jadi, begitulah syurga pun, iaitu mesti bau dulu, baru masuk.

Jadi, hadith ini sebenarnya adalah amaran daripada Rasulullah saw. Sebab itu, di mana saja kita mengaji, samada di sekolah ka, di Univ ka, di kolej ka, di masjid ka, di pondok ka, di mana saja atau apa saja yang kita belajar; maka ubahlah niat kita kepada keredhaan Allah. Kemudian niat pulak, dengan ilmu yang aku dapat ni, aku nak ubah pula masyarakat. Aku nak bercakap walaupun sepatah supaya masyarakat balik kepada Islam. Jangan kamu tanam niat kerana wang, harta, pangkat dan sebagainya. Sebab Nabi saw kata bahwa haram bagi kamu untuk mencium baunya syurga Allah...nauzubillahiminzalik.

Allahu ta`ala `alam.

42934_wallpaper280.jpg