Muqaddimah - Bab 8 - Hadith 31

Hadith 31: 

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka." (HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke31 yang kita baca pada kali ini, Nabi saw menerangkan kepada kita bagaimana kaedah untuk kita mendapat pahala secara percuma, dan juga menerangkan kepada kita bagaimana pula kita boleh mendapat dosa secara free of charge tanpa perlu melakukan sesuatu (nauzubillahiminzalik).

Pada peringkat awal hadith ini, kita lihat bagaimana Rasulullah saw membicarakan tentang persoalan mengajak ke arah kebaikan (berdakwah). Dan sebutan "sesiapa" di awal hadith ini, menunjukkan bahawa kerja dakwah ini tidak dikhususkan pada orang tertentu sahaja, malah semua yang namanya manusia berkewajipan untuk memikulnya; samada kamu raja, maupun rakyat biasa.

Okay, sebelum kita buat sebarang kerja untuk mengajak manusia ke arah Islam yang sebenar, kita hendaklah faham dulu apakah tujuan-tujuan yang besar daripada kerja tersebut. Dalam lain perkataan, kita mesti tahu tujuan berdakwah tu apa dia?...Bila kita faham, maka barulah seronok kita involve dalam kerja dakwah ni. Tak gitu, tuan-tuan?...Kita akan asyik dengannya walaupun badan rasa letih. Jadi, kita mesti tahu apakah tujuannya sehingga Nabi saw suruh kita involve dalam kerja dakwah ni?

Dan apabila sebut berkenaan kerja dakwah ni, dia bukan habih sekadar dalam masjid sahaja, ataupun bukannya habih terhenti pada musim-musim hari kebesaran Islam sahaja; malah ianya adalah sepanjang masa. Tidak ada batasan waktu dalam kerja dakwah ni. Asalkan kita boleh ajak masyarakat kepada petunjuk hidayah Islam yang betul, silakan. Sama-samalah kita berperanan sebagai pendakwah untuk mengaut hasil yang cukup lumayan kelak. Hasil yang besar itu disebut pada ayat pertama dalam Suratul Hujurat. Ini yang tuan-tuan kena faham dulu, sebab apa terasa kemanisan dalam berdakwah walaupun badan penat ke hulu ke hilir di buru siang malam.

Cuba kita tanya diri sendiri, "Sebab apa kita mengajak orang kepada petunjuk Allah?"...Ini semua tidak lain melainkan untuk merealisasikan apa yang Allah sebut dalam al-Quran, iaitu bila jadi orang beriman, kalau nak sah diterima iman di sisi Allah; maka Allah kata dalam Surah al-Hujuraat:1, "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan rasulNya..."...Inilah dia hasil sebenar dakwah tu, tuan-tuan. Nampak tak tuan-tuan, bukannya kita nak cari glamour. Kita semua hanyalah hamba Allah belaka. Cuba tuan-tuan tengok dalam Surah Israk:1, apa yang Allah kata ketika menceritakan tentang Nabi saw di Israk-Mikrajkan; Dia kata Nabi saw itu seorang "hamba abdi". Allah tak sebut pun Muhammad itu rasul maupun nabi. Walaupun Nabi Muhammad saw itu kekasih Allah, tapi dia tetap hamba. Jadi, nak glamour apa tuan-tuan?...Begitu jugalah dengan pimpinan kita. Walaupun kita hormat sebab jawatan dan tanggungjawab yang dipikul mereka agak berat, tapi mudah aje kalau kita nak berjumpa, nak bergurau atau nak bersembang dengan mereka. Pemimpin sebegini cukup mudah kita approach sebab mereka sendiri menganggap bahwa diri mereka takdak apa yang nak dibangga-banggakan. Di sisi Allah, kita dengan mereka sama saja (hamba abdi). Sebab itu, bila kita involve dalam kerja dakwah ni, tujuannya tak lain ialah nak ajak masyarakat jangan mendahului Allah dan rasul. Biarlah Quran dan hadith yang memandu kita, bukannya kita yang memandu Quran dan hadith. Inilah yang pernah Nabi saw sebut dalam sebuah hadith, mafhumnya, "Barang siapa yang dipandu oleh al-Quran, maka al-Quran akan memandunya masuk ke dalam syurga."...Maknanya, siapa yang ikut Quran dan hadith, maka Allah akan pandu dia masuk ke dalam syurga. InsyaAllah.

Tapi kita memang faham untuk nak bawa manusia kepada petunjuk Allah ni, memang satu kerja yang amat payah. Sirah telah membuktikan memang tidak semudah yang diucap. Tuan-tuan semua tau kan pasai apa Nabi saw kena maki di bukit Saffa?...Sebelum tu, semua orang kata Nabi Muhammad ni cukup baik al-amin amanah orangnya; tapi bila dia ajak saja balik pada Islam, ajak saja haramkan arak judi sembah berhala apa semua ni, dia ajak tu saja, time tu juga depa kata, "Hang celaka Muhammad!"...Nampak tak tuan-tuan, macamana payahnya berdakwah. Bukan semudah yang kita sebut. Pasti akan menghadapi berbagai-bagai rintangan seperti tribulasi, ujian, mehnah yang Allah dah tentu susun untuk kita. Jangan kata Rasulullah saw sorang saja yang kena, malah semua rasul-rasul Allah juga menghadapinya. Tengoklah macamana ujian yang Nabi Allah Ibrahim as kena, sehingga bertemu dengan api. Manakala Nabi Musa as pula bertemu dengan laut ketika dikejar Firaun laknatullah. Semuanya menghadapi kesukaran demi kesukaran belaka. Inilah yang Allah swt nak ajar pada kita bahwa apabila kita duduk saja dalam satu bentuk jamaah perjuangan yang nak mengajak manusia balik kepada petunjuk secara benar, maka kita mesti bersedia untuk menerima tarbiyah Ilahi. Diantara tarbiyah Ilahi ialah terima ujian. Tak boleh nak lari tuan-tuan, mesti kena punya. Tapi tuan-tuan tau ka, apabila kita berjaya menghadapi ujian itu dengan penuh kesabaran, hasil yang akan kita kutip nanti adalah hasil yang cukup membanggakan. Sebab yang kata musuh Allah ni, dia tak akan duduk senang selagi kita tak ikut dia. Ada saja jalan yang dicarinya untuk memburuk-burukkan kita, samada melalui tulisan, melalui suara ataupun melalui pengaruhnya.

Tuan-tuan tengok tak apa komen "orang tua kutuk" tu bila Dsai antara yang dicalon untuk dapat Noble Peace Prize semalam?...Dok tak duduk, dia jadi dengki. Dia kata dengan pemilihan Dsai sebagai calon Nobel Peace Prize itu, boleh menjadikan negara tak stabil. Bila hati dah busuk, beginilah hasadnya. Apa kena mengena award tu dengan kestabilan negara?...Yang bagi negara tak stabil tu hang, bukannya Anwar. Hang la yang jadi punca segala-segalanya. Hang la bapak kepada segala pecah-belah. Tuan-tuan ingat dak masa persidangan ISNA tahun lalu?...Dengan muka tak malu, dia merayu-rayu minta dijemput ke persidangan tersebut, tapi orang tak layan pun. Kali ni dia dimalukan lagi bila nama Dsai yang naik sebagai calon, bukannya nama dia. Bukan sebarangan orang boleh dapat award sedemikian. Ia kaji berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh para calon dalam menangani isu-isu besar. Inilah dia antara hasil yang Dsai dapat bila dia bersabar. Sebab itu, Allah suruh kita sabar banyak-banyak. Antara punca Allah nak bagi menang ialah perlu ada kesabaran.

Dan sekarang ni setelah umno/bn berjaya menyekat "suara" kita melalui ceramah-ceramah, kita boleh lihat sendiri macamana rakusnya mereka menyerang kita bertalu-talu dengan berbagai-bagai isu seperti Pasti, militan, extremist etc sehingga tidak ada ruang untuk kita counter balik. Inilah dia perancangan musuh. Mereka sentiasa cari jalan untuk melemahkan gerakan Islam. Sebab itu, bila kita involve dalam kerja dakwah ni, maka bersedialah untuk menghadapi ujian. Jangan pula kita menganggapkan bahwa ujian ini satu benda yang tak sepatutnya berlaku. Malah kita kena mengambil ujian ini sebagai satu cabaran. Sebab cabaran itu sebenar adalah peluang. Inilah dia ilmu psikologi. Dalam ilmu psikologi, dia mengajar kita bahwa ujian itu cabaran, dan cabaran itu adalah peluang. Jadi, bila ada cabaran, itulah peluang bagi kita. Kerana cabaran itu akan mengajar build-up diri kita untuk menjadi orang yang lebih matang. Tapi hasilnya, tunggulah insyaAllah, pasti memuaskan.

Sebab itu, apa yang berlaku kepada sahabat-sahabat kita yang ditahan di Kemunting bawah ISA, memang kita bersimpati. Kerana ISA merupakan satu undang-undang yang cukup zolim kerana mengambil kaedah menahan orang tanpa dibicarakan. Sedangkan Islam mengajar bahwa diri kita sendiri boleh menjadi peguambela sekiranya takdak orang nak bela kita. Tapi ISA tidak membenarkan, bahkan menyumbat terus selama 2 tahun. Tapi yakinlah, 2 tahun akan datang, mereka akan keluar sebagai pahlawan. InsyaAllah. Sabarlah sebentar selama 2 tahun ataupun beberapa tahun; ini sebenarnya ujian daripada Allah sekadar untuk mematangkan kita saja. Baru-baru ini, kita terima berita macamana berlakunya dialog antara TG Nik Aziz dengan Paklah di atas flight. Ketika itu TG dalam rangka programnya di KL bertembung dengan Paklah yang balik dari programnya di Kota Bahru. Bagaimana sahabat yang mengiringi TG menceritakan Paklah datang bersembang dengan TG, lalu meminta maaf kepada TG kerana terpaksa menahan Nik Adli. Paklah kata beliau terpaksa menahan Nik Adli kerana keadaan sekarang yang amat membimbangkan, iaitu takut adanya tekanan dari Amerika Syarikat. Ini yang sebenarnya berlaku tuan-tuan, bukannya ada apa isu KMM ni. Sebenarnya ini adalah isu yang dibangkitkan buat sementara waktu je. Tapi tuan-tuan nak tau ka apa kata TG pada Paklah sehingga terkejut sahabat-sahabat pengiring kerana tak sangka dengan jawapan TG tu?...TG kata, "Hamba amat sedih kerana selama hamba hidup ni tak pernah lagi diuji Allah untuk berjihad di medan tempur sepertimana anak hamba Nik Adli."...Nampak tak tuan-tuan; macamana tingginya semangat jihad TG walaupun fizikalnya sudah pun dimamah usia. Kita yang muda belia ni pulak macamana tuan-tuan?...Tak malu kah kita pada seorang yang berusia tapi sentiasa ingin mati sebagai syuhada`?...

Jadi, apa yang kita nak sebut ialah memang susah untuk mengajak orang balik kepada Islam. Jadi, bila menghadapi kesukaran, jalan mana pulak yang kita nak ikut?...Sebenarnya jalan kesukaran yang ditempuh oleh jamaah Pas sekarang ni memang dah betul dah tu. Tinggal kena banyak bersabar je. Itu je. Suasana sekarang ni nampaknya kita diuji dan dicabar. Dan inilah yang sedang kita hadapi sekarang. Tapi hasil yang menunggu nanti amat manis tuan-tuan. Sebagai contoh yang cukup klasik lagi indah yang Allah tunjuk dalam Quran ialah dalam Surah Yasiin:20-27. Allah kata,  "Ingat! Cerita bermula dengan kedatangan 3 orang rasul, yang telah didustai oleh penduduk kampung dalam negeri Antaqiyah (menurut tafsir, negeri ini terletak di Timur Tengah)."...Setengah tafsir sebut 3 orang itu adalah nabi. Setengah tafsir yang lain sebut mereka ialah hawariyun (pengikut Nabi Isa as). Tapi nak ceritanya ialah orang yang membawa risalah Allah memang sampai ke daerah yang dinamakan Antaqiyah tu. Tapi respon yang ketiga-tiga mereka terima daripada orang-orang kampung tersebut teramat-amatlah dingin. Dah la tak mau dengar risalah Allah, mereka nak rejam pulak ketiga-tiga utusan Allah tu. Serupalah macamana kita pun; dah la depa tak mau dengar ceramah, permit pun depa tak mau bagi, kemudian nak ambil tindakan pulak.

Tindakan macamana tu tuan-tuan?...Depa kata depa nak halau dan nak rejam pembawa risalah Allah tu dengan batu. Tapi dalam keadaan kelam kabut tu, tiba-tiba datang seorang lelaki daripada satu tempat yang jauh...Quran sebut dia dari hujung bandar. Maknanya, orang yang mai tu bukan orang kampung, tapi dia orang town. Orang bandar ni dia cerdik sikit dan cepat sedar kalau nak compare dengan orang kampung. Orang kampung ni kalau kita kata, "Makcik ooi! Petrol dah naik dah."...Dia nanti kata balik, "Naik pi la, makcik bukan ada kereta pun."...Tara tu la mentaliti orang kampung. Bila kita buat ceramah, dia tak mau dengaq sampai habih semua tingkap pintu dia tutup. Takut sampai tara tu. Tapi orang bandar dia lain. Depa lebih bersikap terbuka. Boleh bawa berbual dan berbincang...Berbalik pada cerita di Antaqiyah tadi; dalam tafsir, nama lelaki yang datang dari bandar itu disebut sebagai Habib ibn Najar. Dia dikatakan datang dalam keadaan tergesa-gesa berlari bila dia dapat tahu ada 3 orang utusan Allah sedang dipermain-mainkan. Ini tak boleh jadi katanya, "Aku mesti bantu mereka bertiga."...Sesampainya ke kampung tersebut, dia pulak yang berceramah kepada orang kampung tu, katanya, "Ikutlah rasul-rasul ini, yang tidak pernah minta upah pun daripada kamu."...Nampak tak tuan-tuan; walaupun dia tak kenal pun orang-orang kampung tersebut kerana dia datang daripada bandar, tapi atas dasar dia nak ajak orang balik pada hidayah, maka dia tak peduli apa nak jadi, dia turut ambik bahagian.

Pengabih apa jadi kat dia tuan-tuan?...Kata dia, "Dengarlah! Aku ini telah beriman dengan Tuhanmu. Mereka inilah yang lebih dulu datang ke bandar aku. Aku telah mendengar ceramah mereka. Aku telah beli tape mereka. Bila habih aku dengar ceramah mereka, lalu aku pun fikir sorang-sorang. Ish! ish! ish! tak boleh jadi ni. Maka aku pun cari borang jugak. Jadi tolong dengar. Mereka datang bukan nak minta duit dekat kamu. Mereka datang dengan ikhlas nak ajak kamu balik kepada Islam."...Apa jadi kat dia bila dia kata lagu tu?...Orang kampung tu pun serbu dan tangkap dia, lalu depa kata, "Niee! mana punya mai pulak ni?...Menyebok aje. Mai kita hentak dia!"...Lalu dia dipijak sehingga menurut tafsir, terkeluar habis segala usus-ususnya melalui jalan saluran najisnya. Akhirnya dia jadi syuhada` kerana mati syahid di jalan Allah. Kemudian seterusnya apa kata Allah?...Bila rohnya diangkat, Allah kata, "Mari, masuklah ke syurga ku."...Inilah dia Habibun Najar, tuan-tuan ooi!...Dengan seorang diri saja dia berjuang atas dasar Islam. Yang kat M`sia ni dah ada pun jamaah Islam, tapi pasai apa hangpa tak mau masuk?...Nang buti nang, koe buti koe betoi la hangpa ni.

Bila Habibun Najar masuk dalam syurga, apa dia kata?...Dengan nada surprise katanya, "Ish! ish! ish! kalaulah kaum aku tahu aku dapat apa sekarang ni?...Eh!"...Dia dok eh! eh! sorang-sorang dalam syurga. Apa yang dia dapat agak-agak tuan-tuan?...Katanya, "Yang pertama aku dapat keampunan daripada Tuhanku..."...Dosa dia zero, takdak apa cuci bersih tuan-tuan. "Eh! kalaulah kaum aku tahu betapa sedapnya berdakwah ni?...Kalaulah kaum aku tahu Allah sedang ampunkan dosa aku sekarang ni?...Dengan kesenangan yang tak terperi, dengan bidadariNya..."...Sebab itu, ada ulama` kata di dunia ni takdak apa, kecik aje. Perempuan cantik tara mana pun, tak akan boleh lawan bidadari. Sebab tu, bagi sapa yang tergila-gila sangat kat pompuan atas dunia ni, hangpa berenti sat la. Jangan dok kelam kabut sangat, sebab kat syurga nanti lagi dahsyat. Takyah sembang la, sat gi pakat dok nganga mulut, apa kerja pun tak boleh buat.

Dia kata lagi, "Alangkah eloknya kalau kaum aku tahu bahwa aku diampun Tuhan sekarang ni, dan Allah jadikan aku dikalangan orang yang dimuliakan. Kalaulah kaum aku tahu, pasti mereka berjuang macam aku sebab aku dah jadi orang mulia sekarang."...Inilah yang sebenarnya kita dok cari, iaitu Allah muliakan kita. Bukannya kita nak cari kemuliaan manusia. Kita nak cari kemuliaan Allah. Biarlah orang maki seranah kita, biarlah orang caci kita, biarlah orang kutuk kita; biarlah lantak pi lah, bukannya hangpa boleh buat apa kat aku. Sebab tu, apa yang si Astora jabat tulis mengenai TG Hj Hadi tu; TG buat derk aje, buat tak kisah pun. Tak heran pun. Sebab yang kita kira ialah kemuliaan daripada Allah dulu. Cuba tanya diri masing-masing; adakah Allah muliakan aku atau kita nak cari mulia manusia sedangkan Allah laknat kita?...Kalau tuan-tuan kaji al-Quran; tuan-tuan akan dapati bahwa ada dosa yang Allah kata hanya sekadar dosa sahaja, dan ada dosa yang Allah bagi dosa dan laknatNya sekali. Bila berlaku keadaan seperti ini, perlulah kita tahu macamana nak differentiate dua kes ni. Contohnya cuba tuan-tuan buka dalam Surah Muhammad (saw):22-23, "Antara orang yang dah la berdosa, kemudian dilaknat pula ialah mereka yang menjadi wali (pemerintah) kepada manusia tapi merekalah yang melakukan kerosakan di bumi (dengan kuasa yang ada, mereka buat maksiat), dan merekalah pemutus hubungan silaturahim dengan memecah-belah masyarakat. Mereka yang jenis inilah yang dilaknat Allah..."...Siapa yang kena laknat, tuan-tuan?...Iaitulah orang yang mempunyai dua sifat ini. Yang pertamanya ialah orang yang ada kuasa tapi dia tak mau ikut hukum Islam, maka berlakulah kerosakan di atas mukabumi. Dan yang keduanya ialah orang yang ada kuasa tapi dialah bapak pecah-belah masyarakat. Orang seperti inilah yang dilaknat Allah walaupun orang punya cium tangan dia siang malam sampai tanggai habih misai-misai.

Tuan-tuan ndak yang mana satu; kita dimuliakan Allah ka atau manusia memuliakan kita?...Kita sebenarnya mau Allah memuliakan kita macam Habibun Najar seperti yang diceritakan dalam Surah Yaasiin tadi, sehingga dia digelar sahibul Yaasiin. Satu kampung maki dia, satu kampung cemuh dia, satu kampung pijak dia; tapi dalam syurga, dia dimuliakan Allah. Inilah yang kita mahu. Kalau setakat orang maki, lantak pi lah. Tak memudaratkan kita pun. Sebab itu, pada sahabat kita Dr ikmal, apa yang riuh dalam kaunseler yahoogroups baru-baru ni, janganlah dok ambik hati sangat. Kalau tuan mahukan kemuliaan daripada Allah, ignorekan saja mail-mail yang mencemuh saudara. Teruskan saja berdakwah, kerana misi kita untuk membawa masyarakat kepada kebenaran yang sebenar masih lagi jauh. Kalau kita layan juga mail-mail yang tak membawa manafaat, akhirnya kita dan masyarakat juga akan rugi. Anggap saja semua ini sebagai ujian aje. Kalau kita tengok apa yang Dr Ikmal kena, lagi teruk apa yang TG Nik Aziz kena dan juga Toliban kena. Apa yang saya tengok hujjah Dr Ikmal memang padat, ditambah lagi apabila berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan seperti mail-mail yang cuba menyanggahnya; hujjah-hujjah mereka kosong tak kuat sebab hanya berpandukan akal fikiran mereka semata-mata tanpa berpandukan al-Quran dan hadith Nabi saw. Walaupun hujjah mereka nampak hebat, tapi kalau tanpa sebarang dalil dari al-Quran dan as-Sunnah, maka ini sudah lari konsep menuntut ilmu. Masih teringat saya pada apa yang pernah dikatakan oleh ust Shamsuri di Masjid Bayan Baru suatu masa dulu, katanya, "Kalau hangpa dengaq hujjah seseorang tu sampai terpegun kerana kehebatannya berpidato, tapi kalau satu ayat quran atau hadith Nabi pun takdak, hangpa mau bagitau kat orang tu: Nie sheikh, hang pi cerita kat orang lain lah."...Begitu jugaklah dengan Sister In Islam, cakap berdegar-degar tapi tudung pakai pun, alahai! serupa macam woodywoodpecker je. Begitu juga seperti apa yang saya baca dalam paper macamana seorang wanita (lupa pulak nama dia) menghentam puak Toliban tentang hak wanita di Afghanistan, tapi penampilan wanita tu pun tak ubah sebijik macam Sister In Islam ataupun Puteri umno. Hujjah mereka dangkal sebab takada langsung berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah; jadi macamana orang yang terima.

Sebab itu tuan-tuan, segala ujian, cabaran, tribulasi, mehnah apa semua ni terpaksalah kita tempuh sebab Allah nak bagi pahala free ni bukannya senang. Nabi saw kata bahwa kalaulah kita ajak orang kepada kebaikan, kemudian orang itu terima apa yang kita ajak, lepas tu diamalkannya pulak, maka pahala yang orang tu dapat, pun boleh kat kita jugak. Dan selagi mana orang tu buat, selagi tu lah pahala kat kita pun. Begitulah juga kalau seseorang itu menyeru ke arah kesesatan, seperti ajak lawan Islam, ajak pertikai Quran, maki ulama, macam-macam lagi yang dia maki Islam; bila ada orang ikut cakap dia, maka orang tu dapat dosa buat, dan dia pun dapat free dosa daripada perbuatan orang yang ikut cakap dia tu. Inilah dia keadilan Islam. Dan inilah yang Allah ajar dalam Surah al-Maidah:2, "...Bertolong-tolonglah kamu ke atas kebaikan dan ketaqwaan. Dan jangan kamu tolong menolong di atas kejahatan dan kemaksiatan..."...Ini dia ayatnya tuan-tuan; hangpa ajak pada kebaikan, hangpa dapat pahala selagi mana orang tu buat. Tapi kalau hangpa ajak pada kejahatan, kemudian ada orang pi ikut pulak, hangpa akan tetap dapat dosa walaupun hangpa dah mati masuk kubur. Mampuih punya cerita ni, tuan-tuan. Hangpa ajak orang pangkah dacing sokong hangpa lawan Islam; yang pangkah tu berdosa, dengan hang-hang sekali pun dapat dosa dia jugak. Larat tanggung ka kat akhirat esok?...Kalau kita ajak orang buat baik, tiba-tiba sejuta orang buat baik; time kita mati, mengalir pahala walaupun kita dah mati. Tapi kalau kita ajak orang buat jahat, mati aje kita, dosa tetap juga mengalir. Mampuih kita tuan-tuan. Malaikat akan pukoi kita 24 jam, takdak masa nak rehat dah. Malaikat pun takdan nak tukaq shift dah, dia rembat teruih. "Oooo! Ni dia lah yang samseng sangat kat Indera Kayangan dulu. La ni apa macam?..."...Kena tibai lagi.

Jadi, sekarang ni bila kita dah tahu Nabi saw sebut begini; apa kita nak buat?...Apa yang perlu kita buat ialah hendaklah duduk dalam perjuangan Islam dan menyeru manusia kepada petunjuk hidayah. Sebab itu, kita tak pernah berhenti ceramah dan kuliyyah ajak orang balik pada Islam. Tak pernah berenti, tuan-tuan. Sebab kita tahu ganjaran menanti kita cukup besar. Dividen bonusnya, sampai kita mati pun akan tetap dapat. Bila kita berdiri di Padang Mahsyar kelak, akan ada orang yang kata, "Inilah dia orang yang dulu ajak aku jadi baik. Alhamdulillah, aku pun ikut dan aku jadi baik."...Time tu Allah akan bayar bonus kat kita. Tapi kalau kita buat jahat, kemudian kita ajak pulak orang buat jahat melalui lidah, melalui tulisan, melalui kuasa yang ada kat kita, kita seru pada kemaksiatan; maka tunggulah, apabila matinya kita, maka akan dibayar oleh Allah kejahatan itu dengan dipukulNya dalam api neraka...nauzubillahiminzalik.

Allahu ta`ala `alam.

 

12018_wallpaper280.jpg