Muqaddimah - Bab 8 - Hadith 28

Hadith 28 :

Dari Abdullah bin Amr radiallahu `anhuma, dari Nabi saw, sabdanya : "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israil, dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka." (HR Bukhari dan Tirmizi)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke28 ini bolehlah kita pecahkan kepada 3 bahagian yang besar :-

1) Persoalan menyampaikan risalah Allah yang diajar oleh Nabi saw,

2) persoalan Bani Israil,

3) perkara yang berhubung dengan melakukan pendustaan di atas nama Nabi saw.

....Ketiga-tiga perkara ini adalah merupakan perkara amat besar dan penting di dalam kehidupan kita umat Islam.

1) Apabila Nabi saw mengarahkan kita melalui hadith ini supaya menyampaikan risalah ugama Allah yang kita tahu walaupun kita hanya tahu satu ayat sahaja, maka ini menandakan betapa besarnya kerja menyampaikan risalah Allah, yang tidak terpikul atas bahu ustaz-ustaz dan tok-tok guru sahaja, malah sebenarnya terpikul juga ke atas seluruh muslimin dan muslimat...Walaupun yang disampaikan itu hanyalah satu ayat, asalkan ianya daripada Islam dan asalkan boleh membawa manusia takut kepada Allah atau boleh mengubah manusia daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik; maka sampaikanlah. Kalaulah dengan hanya satu ayat sahaja boleh merubahkan minda seseorang, maka golongan yang melakukan perubahan inilah yang Allah sebut di dalam al-Quran sebagai golongan-golongan yang kalau kita sampaikan Islam; lalu mereka boleh terima, mereka boleh dengar dan mereka boleh melakukan penghijrahan.

Bila sebut pasai hijrah ni, sebenarnya dia adalah suatu benda yang mempunyai nilai. Umpamanya, kalaulah kita beli durian siam di Thailand, durian itu akan dijual mengikut harga bijik. 3 bijik 10 ringgit ka atau 5 bijik 15 ringgit. Cuba durian siam itu dihijrahkan ke KL. Sah harganya akan naik. Tak main dah kira bijik, tapi dia kira kilo pulak. Sekilo RM7 atau sekilo RM8. Mengapa jadi begitu?...Ini adalah kerana durian itu dihijrahkan. Jadi, hijrah pasti ada nilai.

Sebab itu, penghijrahan juga merupakan suatu penetapan nilai pada diri manusia. Dan penghijrahan boleh berlaku apabila kita sampaikan Islam pada seseorang. Kalau seseorang itu menepati syarat-syarat insan yang disebut oleh Allah dalam Surah Yaasiin:11, InsyaAllah, orang sebegini dia boleh terima risalah Allah dengan hati yang terbuka. Dalam ayat ini, Allah sebut kalau manusia ada 3 sifat ini dalam diri mereka, walaupun hanya satu ayat sahaja yang disampaikan kepada mereka, maka mereka akan terima. Sifat-sifat itu ialah sepertimana firman Allah,  "Sesungguhnya tazkirah (peringatan) yang benar-benar memberi faedah dan kesan, hanyalah yang engkau sampaikan wahai Muhammad pada mereka yang ada 3 sifat. Yang pertamanya ialah mereka yang ikut peraturan Allah..."...Tuan-tuan boleh buka check dalam tafsir Pimpinan ar-Rahman, ayat 11 Surah Yaasiin. Allah kata bahwa yang menerima kesan walaupun satu ayat disampaikan kepadanya, adalah mereka dari golongan yang cukup takut nak langgar peraturan Allah. Mereka ni strictly ikut sistem yang Allah susun dan amat patuh pada Quran. Jenih ni kalau kita sampaikan satu ayat pun, depa faham.

Yang keduanya kata Allah, "...mereka-mereka yang takut langgar perintah Tuhan walaupun mereka duduk sorang-sorang..."...Umpamanya seperti nelayan yang pi duduk tengah laut sorang-sorang tangkap ikan, tapi bila masuk waktu sembahyang, dia pun sembahyang. Tarak banyak dalih punya. Tapi ada juga nelayan yang jenih loklak. Ada ka depa kata kalau masa dok tangkap ikan tengah laut tu, tiba-tiba kalau hujan turun, itulah malaikat kencing. Nauzubillahiminzalik. Tuan-tuan kalau nak bergurau pun, janganlah sampai aqidah kita tergadai. Malaikat satu makhluk yang Allah cipta, tak makan dan tak minum. Jadi, macamana dia boleh buang air. Yang kencing tu hangpa, 2-3 kilo sekali keluar pasai mentahkedarah macam-macam. Okay walau apa pun, yang kita bagitau ialah jenih yang takut nak langgar arahan Allah walaupun takdak orang yang tengok dia, maka jenis inilah yang kita sampaikan kepadanya satu ayat pun, dia akan faham.

Dan jenis yang ketiga kata Allah, "...mereka yang takut langgar perintah Aku dan langgar hukuman Aku walaupun mereka tak tengok lagi azab Aku!"...Mereka hanya dengar saja ustaz-ustaz sebut neraka jahannam begini-begini, neraka hawiyah begini-begini, neraka sakkar begini-begini, mereka hanya dengar dari mulut ustaz-ustaz aje, mereka tak lihat lagi ular-ular sebesar leher unta di dalam neraka, mereka hanya dengar aja ustaz sebut neraka jahannam ditarik oleh 70000 malaikat di hadapan manusia di perhimpunan Mahsyar kelak; bila dia dengar lagu tu pun, kecut dah jadinya, gementar hatinya dan tegak bulu romanya. Jenis ni, cakaplah sepatah pun, pasti dia faham...Inilah 3 ciri yang Allah sebut dalam ayat 11 Surah Yaasiin. Tuan-tuan boleh rujuk dalam tafsir. Dan pointnya disini ialah sampaikan Islam adalah satu kewajipan. Kalau tak boleh banyak, sikit pun jadilah. Siapa tahu banyak, bagi banyak. Siapa tahu sedikit, bagi sedikit. Yang tak bolehnya ialah jangan sekali-kali sembunyikan ilmu agama.

2) Kata Nabi saw, "Dalam kamu dok cerita tentang Islam begini-begini, apalah salahnya kamu selit sikit cerita perihal Bani Israil?"...Apa hebatnya Bani Israil ni sehingga Nabi saw suruh kita sembang pasai depa?...Kalau kita kaji Quran, kita akan dapati diantara kehebatan Bani Israil yang Allah berikan kepada mereka (yang semua kita tahu) ialah majoriti para rasul adalah dari kalangan Bani Israil. Keistimewaan ini, Allah tidak beri kepada kaum lain. Agak-agak tuan-tuan, bangga dak kalau majoriti para rasul adalah Melayu?...Puhhh! mesti kembang lubang hidung punya. Tapi ada orang melayu yang alergic bila sebut yahudi. Ceritanya begini, satu hari saya tegur sorang kawan, "Bukan ka lebih baik, kita bagi salam bila jumpa dengan kawan, daripada sebut hai hai aje. Kalau tak silap saya, pernah sorang ustaz kata sebutan hai itu adalah budaya yahudi."...Bila dengar saja saya sebut "yahudi", tiba-tiba melenting kawan saya tu. Dia kata, "Kalau boleh jangan sebut yahudi yahudi ni. Siye hang tau ka?!"...Lalu kata saya, "Hang belajar kitab mana yang kata yahudi ni siye?"...Lalu merah padam mukanya, dengan ayaq 14 dia belah lagu tu je.

Nampak tak tuan-tuan, tak mengajinya kawan saya tu (sapa lagi kalau bukan jenih karat) sehingga nak sebut yahudi pun tak boleh; sedangkan Nabi saw suruh kita sembang tentang kaum ni. Pasai apa Nabi suruh kita selit sikit cerita tentang puak yang dilaknat Allah ni?...Sebab disebalik penghormatan yang Allah beri kepada Bani Israil, sebenarnya mereka tak reti nak bersyukur kepada Allah. Cuba tuan-tuan tengok Suratul Baqarah:47, apa Allah kata di hujung ayat tersebut?...Kata Allah, "...Aku lebihkan kamu wahai Bani Israil di atas sekelian alam!"...Bayangkan tuan-tuan, bukan Allah kata "di atas sekelian manusia", tetapi Allah kata "di atas sekelian alam". Ini bermakna Bani Israil inilah yang paling hebat mengatasi segala makhluk termasuklah jin, tumbuh-tumbuhan etc. Pasai apa depa jadi hebat?...Sebab kebanyakan para rasul adalah dari kalangan mereka. Rasul dari kalangan Arab tak banyak, iaitulah Nabi Salleh as, Nabi Hud as, Nabi Syuib as dan Nabi Muhammad saw. Itu aje. Walaupun majoritinya rasul dari kalangan Bani Israil, tetapi mereka tak reti nak berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Sebaliknya mereka melakukan penyelewengan demi penyelewengan, yang akhirnya mereka dikutuk dan dilaknat oleh Allah sampai hari Qiamat. Pasai nilah Nabi saw minta kita sembang, untuk nak ambik ikhtibar. Tu je.

Lalu ust Halim Nasir sebut beberapa contoh dalam Quran yang menceritakan tentang perangai Bani Israil yang suka sangat langgar perintah Allah.

a) Cerita macamana Allah khaskan untuk mereka hari Sabtu sebagai cuti umum supaya depa boleh pi sembahyang. Firman Allah dalam Suratul Baqarah:65, "Aku dah larang kamu jangan tangkap ikan pada hari sabtu. Sebab hari sabtu adalah hari sembahyang, hari baca taurah, hari ikut Nabi Musa pergi ibadah; tapi puak-puak ni pi memancing pula pada hari sabtu..."...Inilah dia akai lebih puak yahudi ni. Allah pun depa nak tipu. Bila Allah tak bagi depa tangkap ikan hari sabtu; apa yang depa buat ialah depa pi pasang pukat petang hari Jumaat, hari sabtu tu depa rest, kemudian pagi-pagi Ahad tu depa pi angkat pukat. Tak ke penipu namanya tu. Hari ni, Cina pun sikit-sikit nak ikut dah perangai puak yahudi ni. Ape tidaknya, cuba tuan-tuan perati tengok bila ada kematian?...Depa selalunya akan pi tanam mayat pada tepat jam 12 tengahari. Bila saya tanya, "Apa pasai lu orang tanam mayat pukoi 12 t/hari?"...Tau apa depa kata, "Takkan lu tak tau kawan. Itu kuboq punya latok pun mau angkat dia punya lunch jugak. Jadi, bila itu latok sudah pi lunch, ini mayat sudah escape dari itu latok ooo!"...Laaa! puak-puak ni pun percaya juga siksa kuboq rupanya...Jadi, apa yang nak ceritanya ialah inilah perangai Bani Israil yang suka sangat langgar perintah Allah dan suka sangat bantah apa yang Allah suruh. Mereka tak suka nak ikut, bahkan mereka cari jalan macamana nak tipu Allah.

b) Firman Allah dalam Suratul Baqarah:67-71, "Ingatlah! Ketika Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyembelih seekor sapi betina. Jawab mereka itu: Adakah kamu nak memperolok-olokkan kami?...Jawab Nabi Musa: Aku berlindung daripada Allah bahwa aku termasuk orang-orang yang jahil."...Nampak tak tuan-tuan perangai yahudi ni, perintah Allah depa ingat main-main. Maka kenalah Nabi Musa as perjelaskan bahwa apa yang dia kata itu bukannya atas sesuka hatinya tapi sebenarnya atas suruhan Allah.

Dengan Allah tak beritahu warna apa, Allah tak beritahu jenis apa, Allah tak beritahu umur berapa; asalkan sapi itu betina, maka hendaklah disembelih. Tapi main dengan jenih perangai jahat ni (yahudi), depa suka inquiry tak bertempat. Depa buat Allah macam tok wan depa je. Depa kata, "Pi tanya Allah wahai Musa; lembu tu lagu mana?...Apa warnanya?...Umur dia berapa tahun?"...Nampak tak tuan-tuan, macamana loyar buruknya puak yahudi ni. Yang Allah suruh sembelih sapi betina, sembelih je la, jangan soal banyak sebab ini adalah perintah Allah. Nie dak, ditanyanya macam-macam. Lalu Allah jawab balik, "Beritahu mereka wahai Musa bahwa sapi tu nak kata tua, tak tua. Nak kata muda, pun tidak juge. Jadi, umurnya ialah yang tengah-tengah antara tua dan muda."...Ha! Baru padan muka depa. Tanya lagi banyak-banyak. Mampuih nak cari...Cari punya cari, bila dah jumpa, depa tak puas hati lagi. Tanya lagi, "Allah mau warna apa?"...Nampak tak loyar buruknya puak-puak ni, tuan-tuan. Samalah dengan umno ni pun. "Nie nak kerat tangan orang ni, lagu mana ni?...Nie nak rejam orang ni, lagumana ni?...Nie nak sebat orang berzina ni, lagumana ni?"...Amacam, serupa tak dengan perangai yahudi?...Serupa aje, tuan-tuan. Sebab itu, Allah tidak memansukhkan ayat "Ya Bani Israil" tu, dan ia tetap disebut hingga hari Qiamat. Begitu juga dalam Surah al-Fatihah:7, Allah tidak mengkhususkan sebutan "orang-orang yang dimurkai", sebaliknya Dia sebut dengan naqirah (umum). Jadi, siapa ada sifat "orang-orang yang dimurkai", maka masuklah dia dalam yahudi. Manakala siapa ada sifat "orang-orang yang sesat", sah sama macam kristian...Nauzubillah...Begitu juga dengan Surah al-Lahab, Allah tidak memansukhkan surah ini, tetapi sebaliknya dibuatNya naqirah kerana akan ada orang yang bersifat seperti Abu Lahab sehingga hari Qiamat...Jadi, nampak tak tuan-tuan, pasai apa Nabi saw suruh kita sembang perihal puak-puak yahudi ni?...Iaitu supaya kita jangan ikut perangai macam depa. Tu je.

c) Firman Allah dalam Suratul Baqarah:93, "...ambiklah kitab Taurah tu dan dengar Nabi Musa as nak kata apa. Jawab mereka : Kami dengar dan kami ingkar..."...Inilah perangai yahudi zaman Nabi Musa as. Macamana pula kalau hari ini ada orang melayu kata, "Kami dengar Quran, tapi kami tak mau ikut!"?...Bila itu yang berlaku, tuan-tuan, maka batallah aqidah dan hancurnya iman.

Okay, bila sebut tentang "aqidah" ni, mari kita muzakarah dengan Prof Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka). Dah hangpa umno tak mau bermuzakarah dengan kami, so baik kami muzakarah ngan Prof Hamka lagi bagus. Saya nak relate topik muzakarah kita ini dengan sabdaan Nabi saw yang suruh kita bercerita tentang Bani Israil. Kata Nabi saw, "Berceritalah tentang kejahatan mereka, tentang mereka tolak hukum Allah, tentang mereka tak suka akan Taurah, tentang mereka menjadi golongan yang suka banyak soal tentang hukum Allah, yang akhirnya mereka dilaknat oleh Allah swt."

Prof Hamka ni kalau tuan-tuan masih ingat sekitar tahun 1971-1972, ketika itu beliau sering muncul di kaca tv menyampaikan tazkirah. Hat yang lahir tahun 70an dan 80an, tak tengok la sebab depa semua ni junior-junior belaka. Tapi hat lahir tahun 60an ni, mungkin tahulah apa yang saya sebut. Walaupun tv time tu hanya black n white je, tapi penyampaikan Hamka cukup meresap jauh ke dalam hati penonton. Bukan macam la ni, tv je color tapi forum perdananya, takdak gahnya dah. Tanyalah sapa pun, kebanyakan lebih suka tengok rimau kejar rusa dalam National Geography lagi best daripada tengok muka Gadut, Gadut, Gadut (tarak muka lain dah ke?). Kalau dulu dengan Dr Haron Din, dengan Ust Ismail Kamus, dengan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, dengan Dr Hassan Ali sebagai pengerusinya; seawal pukoi 8.00 malam kita dah makan nasi dah. Sebab sat lagi pukoi 9.00, kita nak hadap tv. Ada yang rakam dengan video, ada yang duduk depan-depan tv untuk catit ambik point dan ada juga yang tonton sekeluarga ramai-ramai seolah-olah famili gathering jadinya. Tapi la ni, sedih tuan-tuan, tarak apa dah. Tajuk-tajuk yang dibincang pun, tak dapat nak menarik orang untuk menonton. So apa yang kita nak bagitau kat Rtm, "Ini bukan orang kampung saja yang nak tengok, malah satu Malaysia nak tonton. Jadi, bubuh la tajuk yang sedap sikit. Apa kata kita bubuh tajuk: Perlaksanaan hudud dalam masyarakat majmuk; kesan dan akibatnya."...Amacam, tak sedap ka tajuk tu, tuan-tuan?

Okay sekarang cuba tuan-tuan buka Tafsir al-Azhar mukasurat 182 yang menunjukkan bagaimana Prof Hamka menafsirkan Suratul An`aam:158-159. Moga-moga sesudah kita baca tafsiran ini, bolehlah kot terlerai segala persoalan yang bermain-main selama ini; yakni siapa dia yang baik aqidahnya dan siapa dia yang rosak aqidahnya?...Tajuk perbincangannya ialah "Memecah-belah ugama di zaman moden"...Untuk pengetahuan tuan-tuan, sebenarnya Hamka menyiapkan tafsir al-Azhar lengkap 30 juzuk ini di dalam penjara. Ketika dia diuji, dia sempat menyiapkan kitab tafsir; mahu tak berkat tuan-tuan...Okay, sekarang saya nak baca apa Hamka kata tentang orang yang memecah-belah ugama di zaman moden. Di stage yang pertama kata Hamka, "Ada pula yang mengaku bahwa beberapa ajaran daripada ideologi lain itu, sesuai dengan Islam. Dan oleh sebab ajaran itu sesuai dengan Islam, maka mereka tinggalkan Islam dan mereka memilih ajaran itu."...Hat ni memang kita sedang hadapi. Kemudian kata Hamka lagi, "Dan itulah sebabnya, maka kerap kali terdapat seorang Islam yang taat mengerjakan sembahyang 5 waktu, padahal mereka mempertahankan nasionalisma yang sempit."...Rupanya, Hamka dah bagitau lama dah benda ni. Dia kata bahwa ada manusia yang taat sembahyang 5 waktu, tapi dalam kehidupannya, dia mempertahankan dasar nasionalis yang sempit. Dasar nasionalis adalah dasar kebangsaan. Yakni mengamalkan dasar tolak Islam, untung bangsa. Islam lingkup takpa, halal haram tolak tepi, janji bangsa mau maju, janji mau ada bangunan mencakar langit, janji pelabur mau datang melabur. Inilah dasar yang Nabi saw panggil sebagai "asobiyah".

Bila sebut "asobiyah" ni tuan-tuan, dalam hadith lain Nabi saw kata, "Yang pertamanya, orang yang berdakwah menyeru ke arah asobiyah; bukan ummat aku, bukan geng aku dan bukan kawan aku. Yang keduanya,  mereka yang berhempas pulas berjuang di atas dasar asobiyah; bukan ummat aku. Dan yang ketiga, bukan dikalangan ummat aku juga, mereka yang mati di atas dasar asobiyah."...Lalu sahabat tanya, "Apa itu asobiyah?"...Nabi saw menjawab, "Asobiyah itu ialah engkau tolong bangsa engkau di atas dasar zolim."...Inilah dia asobiyah tuan-tuan. Tolong bangsa yang menolak hukum Allah itu adalah zolim. Tapi ada orang kata, "Dak aih kami tak tolong pun."...Tu yang hangpa pi pangkah dacing 4 tahun sekali tu apa?...Lambang dacing itulah lambang parti yang tolak hukum Allah, takkan itu pun tak tau?...Bila hangpa pangkah depa, maknanya hangpa tolong bagi depa naik untuk menegakkan lagi kezoliman, tolak lagi hukum Allah, cambahkan lagi permit judi arak, naikkan lagi harga minyak sekupang seliter, naikkan lagi tol etc, etc, etc...Kata Rasulullah saw, "Inilah asobiyah, maka aku tak akan mengaku kamu ummat aku!"...Nauzubillahiminzalik.

Kata Hamka lagi, "Itu pula sebabnya, maka ada pula ulama` yang berpidato di muka umum dengan mengemukakan beberapa ayat dan hadith Nabi untuk membela sosialis, komunis dan nasionalis."...Nampak tak tuan-tuan, Dr Hamka dah bagitau lama dah kat kita tentang akan adanya ulama upahan yang lebih dikenali mutakhir ini dengan gelaran "ular dalam semak" ni. Mereka juga berceramah dan berpidato, tapi membela sekular, sosialis dan nasionalis. Kalau dalam negara kita, sapa dia tuan-tuan?...Sapa lagi kalau bukan muka-muka yang berlakon dalam debat umno Pas di Putrajaya hari tu. Jangan kita terperangkap dengan mereka-mereka tu, yang mengemukakan hujjah-hujjah bagi membenarkan tindakan rakus dan jahat yang dilakukan oleh golongan-golongan yang sentiasa mencari jalan untuk mengenepikan haq Allah swt.

Okay, sekarang kita masuk ke stage yang kedua, dengan Hamka mengatakan, "Islam adalah satu ajaran yang datang dari langit."...Sekarang kita lihat macamana Hamka nak counter-back stage yang pertama tadi yang menyatakan bahwa segala nasionalis, sosialis, sekularisma apa semua ni bagus. Pertama sekali dalam stage kedua ni dia kata bahwa kita kena fikir yang Islam ini sebenarnya datang daripada langit (daripada Allah yang Maha tinggi). Allah lah yang mencipta Islam. Sehebat-hebat manusia tara mana canggih sekali pun ilmu dia, dia tetap tak boleh lawan Allah. Ada sekali tu dalam Discovery Channel, macamana diceritakan bagaimana doktor-doktor di Amerika yang jaguh dalam operate mata, telinga dan hidung; tiba-tiba dalam satu kesimpulan mereka, mereka kata bahwa, "Kami pun sebenarnya tak tahu macamana hidung boleh hidu bau-bauan?"...Tu dia tuan-tuan yang pakar tu pun. Sebenarnya depa pun tak tau macamana hidung beroperasi. Kemudian tu, ada sorang sahabat cerita bagaimana dia tengok satu lagi rencana dalam Discovery juga yang bertajuk "Science Frontier". Dalam rencana tu, diceritakan bagaimana doktor-doktor di Univ Ohio telah menemui satu penemuan bagaimana mereka operate jantung manusia dengan tidak lagi menggunakan manusia, tetapi mereka menggunakan tenaga robot. Nampak tak tuan-tuan, punya la canggih manusia akhir zaman ni. Sahabat saya cerita, dia sendiri tengok bagaimana robot tu operate. Yang si doktor tu relax je dok tengok dalam screen computer dia. Kalau dia nak adjust sikit, dia pun moving tangan dia bagi input, lalu robot tu pun moving jugak. Ini kita panggil "servo mechanism" dalam ilmu kejuruteraan sebab dia ada amplify di situ. Doktor tu duduk aje, tapi bila dia gerakkan alat yang connect kat robot tu, seolah-olah dia yang operate walhal robot tu yang buat. Dan pointnya di sini ialah tangan doktor tak payah masuk lagi pi pegang jantung manusia. Sahabat saya cerita lagi, masa robot tu belah dada pesakit berkenaan, dia tengok jantung tu dok berdenyut lagi. Dia tengok macamana robot tu nak potong buang arteri pembuluh darah yang color pun dah blue black, yang menunjukkan pesakit tu memang dah teruk. Doktor tu akan operate melalui robot untuk potong arteri tu dan gantikannya dengan yang baru. Sahabat saya kata, "Ish! masa tengah operate tu, dibuatnya robot tu sakit perut, dicucuknya jantung tu, mampuih orang tu satgi!"...Tapi itulah robot, yang dicontrol oleh doktor yang canggih. Tapi canggih tara mana pun ilmu manusia ni, dia takkan boleh lawan ilmu Allah swt. Yang ulama` kata, "Celup jari dalam laut, bila angkat, titisan air yang melekat di jari itulah ilmu manusia. Manakala laut yang luas itulah ilmu Allah."...Hat di jari itulah yang Ohio State Univ tu dapat.

Kata Hamka lagi, "Islam adalah satu ajaran yang datang daripada langit. Yang mengandungi syariat dan ibadah, muamalat dan politik."...Islam sebenarnya lengkap sebab mengandungi syariat, ibadah, muamalat (sosial, ekonomi, hubungan berjiran etc) dan kenegaraan (politik)...Kemudian kata Hamka lagi, "Semuanya ini datang dari satu sumber, iaitulah tauhid kepercayaan kepada Allah swt. Sebab itu, Islam tidak boleh diasing-asingkan. Misalnya; dijalankan sembahyangnya sahaja, tetapi kenegaraan diambil dari ajaran lain. Diikut aturan nikah kahwinnya sahaja, padahal ajaran ekonominya dikesampingkan. Apabila ada keyakinan bahwa ada ajaran lain untuk mengatur masyarakat, yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah orangnya walaupun dia masih sembahyang."...Tu dia tuan-tuan. Hamka ni sapa?...Dia orang Pas ka atau orang umno?...Dua-dua pun dia bukan. Jadi, jangan hangpa ingat ini amanat Hamka pulak. Sebenarnya ini adalah tafsir al-Azhar. Dalam tafsir ini kata Hamka, "Barang siapa yang berkeyakinan, adanya ajaran yang lebih elok daripada Islam; seperti hukum potong tangan tak elok, hukum penjara elok; hukum rejam tak elok, hukum denda elok; bila ada keyakinan begitu, Hamka kata: kafirlah orangnya walaupun dia masih sembahyang!"...Tuuu dia, boleh mampuih puak-puak karat ni tuan-tuan. Depa nak kata apa kat Hamka?...Agak-agak, boleh ka depa muzakarah dengan Hamka?...Kata Hamka, "Kafirrrrrlah orangnya walaupun dia masih sembahyang!"...Inilah yang kita selalu dok sebut-sebut, baik dalam ceramah maupun dalam kuliyah. Dah berpuluh-puluh tahun dah kita dok sebut benda ni. Bukannya kita nak mengkafirkan orang, tapi kita nak menyebut dasar Allah yang tak boleh diubah. Itu saja.

Kalau nak selamat masuk syurga, maka kenalah ikut Islam keseluruhannya. Tak bolehlah ikut perangai macam yahudi, yang pesyen ambik setengah tolak setengah, sebab haram perbuatan sebegitu. Kalau kita ikut jugak perangai ambik setengah tolak setengah, Hamka kata, "Kafirrr dia walaupun dia masih sembahyang."...Tuan-tuan pi cari kitab tafsir al-Azhar ni, buka tang m.182 Suratul An`aam; kemudian tuan-tuan fotostat, tunjuk kat puak-puak karat ni, "Ha! ini dia Hamka, takdak kerja lain, dok kafirkan orang aje kerjanya."...Pasai benda ni kita dok bagitau selalu dah kat depa, tapi depa tak percaya jugak. Nah! la ni kita bawa mai tafsir al-Azhar Suratul An`aam, kita nak tengok apa lagi depa nak kata?...Ini bukannya amanat Hamka, tapi inilah tafsir al-Azhar yang ditulisnya di dalam penjara, katanya, "Sesiapa yang ada iktiqad keyakinan bahwa Islam itu tak molek, anggap hukum Allah tak betul, hukum baratlah betul, maka kafirlah dia walaupun dia sembahyang."

Inilah yang kita sebut di dalam dan di luar Parlimen. Begitulah juga yang kita sebut dalam Surah an-Nissa`:59 yang bermaksud, "...Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah dan sunnah rasulNya..."...Sebenarnya puak karat pun ambik ayat ni jugak (seperti apa yang kita pernah lihat di atas banner-banner cap keris), tapi sekerat je, yang bahagian atas saja, "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah rasul dan kepada ulil amri dikalangan kamu."...Takat tuuu je. Awat ayat selepas tu depa tak mau ambik?...Sama la juga dengan ayat dari Surah Ali `Imran:103, "Janganlah kamu berpecah-belah."...Pun depa ambik takat tu je. Awat sebelum tu ayat tu kata, "Berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah...", depa tak mau sembang?...Janganla ambik sekerat-sekerat. Inilah masalahnya yang Hamka sebut tu. Hamka kata, "Rosak aqidahnya walaupun masih sembahyang!".

Kemudian kata Hamka lagi, "Bahaya yang menimpa Islam sekarang ialah bahwa penganutnya sendiri meninggalkan ajaran Islam. Bahkan ada yang mencela dan mengatakan Islam tidak sesuai dengan zaman moden, namun mereka masih juga mengaku dirinya orang Islam."...Hamka kata walaupun puak-puak ni depa maki Islam, depa caci Islam, depa kata Islam ni macam-macam; tapi masih nak mengaku jugak jadi orang Islam...Marah Hamka, tuan-tuan. Sebab dalam hangpa dok kata Islam ni tak betul, Islam tak sesuai, Islam tak boleh perintah sebab satgi kalau jalan hukum rejam, akan habihlah batu nak buat highway, kalau kerat tangan, pelabur lari pasai tengok kudung habih melayu; dah kamu kata Islam tak betul lagu tu lagu ni, maka kata Hamka, "Buat apa mengaku jadi orang Islam lagi. Lebih baik buang baju, pakai kain kuning, cukur kepala, lepas tu pi Batu Caves!"...Baru puashati. Tapi dia tak la habaq pi Batu Cave, yang tu saya yang tambah. Hangpa jangan cari pulak, memang Hamka tak mention pun Batu Cave dalam tafsirnya tu.

Dan dalam stage terakhir kata Hamka, "Dan mereka berpecah-belah dari agamanya dan membentuk kumpulan sendiri dalam mengikut faham yang lain. Mereka inilah yang sebenarnya pemecah-belah masyarakat."...Jadi, kesimpulannya saya nak tanya tuan-tuan; siapa dia towkey pecah-belah sebenarnya?...Kata Hamka, "Siapa yang tolak Islam dan yang kata Islam lebih kurang itulah sebenarnya pemecah-belah masyarakat."...Ini dia yang saya bawa kali ni. Oleh sebab muzakarah dah tak jadi, maka saya nak pe"clear" kepada tuan-tuan, siapa dia yang sebenarnya selama ni dok buat kerja merosakkan umat Islam?...Adakah golongan hijau putih yang mengajak balik kepada Islam kerana untuk menyelamatkan aqidah, ataupun golongan karat biru yang tolak hukum hakam Allah, yang Hamka kata kafir walaupun masih sembahyang?...Nauzubillahiminzalik...Clear tak tuan-tuan?...Sebenarnya bukan kita nak mengkafirkan orang, tetapi kita nak sebut benda ni supaya jelas bahwa manusia tidak ada haq untuk tolak hukum Allah ta`ala dan tak ada haq untuk buang hadith-hadith dan ayat -ayat firman yang Allah sebut di dalam al-Quran sepertimana yang dilakukan oleh kaum Bani Israil. Maka sebab inilah, Nabi saw pesan supaya kita sembang-sembang tentang Bani Israil. Cerita-ceritalah tentang kejahatan mereka dan penyelewengan aqidah mereka, moga-moganya boleh ambik ikhtibar.

3) Dan yang terakhir Nabi saw sebut dalam hadith ini ialah, "Barang siapa yang berdusta atas nama aku, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di neraka!"...Jaga tuan-tuan; Nabi tak kata pun, tapi kita kata Nabi kata. Tengok elok-elok, kalau tak tau, pi mengaji. Jangan main sedap hentam je. Kita kena ingat bahwa ada hadith, ada kata-kata sahabat dan ada ucapan ulama. Jangan main hentam semuanya hadith belaka. Nabi tak sebut pun, kita kata hadith jugak. Bila berlaku begini, maka ini sudah berdusta di atas nama Rasulullah. Dan Nabi saw kata, "Siapa yang ada sifat itu, maka sedialah tempat duduknya di dalam neraka!"...Marah Rasulullah tuan-tuan. Kalau kita sebut hadith, maka kata betul-betul ini hadith. Kalau kita kata ini kata-kata sahabat, cakap betul-betul, ini kata-kata sahabat. Jangan tipu...Dan termasuk jugak dalam "berdusta" itu ialah apabila kita menafikan apa yang Nabi saw sebut (nauzubillah).

Kesimpulannya :

i) Hadith ini ringkas saja, tetapi ust Halim pecahkan perbahasannya kepada 3 point yang amat besar.

ii) Tuan-tuan boleh rujuk ms 182 Suratul An`aam dalam kitab Tafsir al-Azhar, tengok bagaimana Hamka tafsir pada ayat 158 dan 159. Selepas tuan-tuan baca dan faham, beritahulah pada mana-mana yang masih degil. Beritahulah pada mana-mana yang masih rasa aqidahnya betul walaupun dah rosak. Bacakan untuk dia apa yang Hamka beritahu. Sebab niat kita ikhlas. Kita nak beritahu kamu dah salah, maka baliklah pada Islam. Itu aje. Bukannya nak bergaduh atau nak api-apikan sesiapa. Apa yang kita nak kata ialah, "Baliklah pada Islam. Kerana kalau dah batal aqidah, nilai amalan akan di reset to zero."...Seperti yang Allah sebut dalam Quran, "Mereka-mereka yang kufur dan halang-halang kerja Islam, Aku nak bagi satu aje. Amalan dia akan Aku hapuskan!"...Jangan main-main tuan-tuan; apa guna penat-penat sebulan berpuasa, tapi semuanya dihapuskan. Penat-penat aje himpun duit pi haji, tiba-tiba balik, dialah yang paling kuat memusuhi jemaah Islam, orang macam ni sia-sia saja hajinya. Apa pun tak dapat. Di Padang Mahsyar kelak, kosong takdak apa. Sebab?...Sebab kamu halang orang daripada jalan Islam. Hang pangkah bagi menang puak yang halang kerja Islam, maka hapuslah segala amalan kamu...Nauzubillah.

Sebab itu, kita ajak depa balik kepada Islam. Saya kalau sekali fikir tengok puak-puak karat ni, memang cukup sedih tuan-tuan. Hidayah dah takdak, kemudian jauh pulak daripada rahmat. Kononnya, mereka rasa mereka duduk dalam rahmat Allah. Bini pun tak bertudung, nak dapat rahmat apa kalau lagu tu punya gaya?...Nak dapat rahmat apa kalau bini pun cabut bulu kening?...Rahmat rahmat ni, bukan dia kira nama. Oooo! sa nama hang Mohd Rahmat, boleh dapat rahmat ka?...Belum tentu tuan-tuan. Rahmat ni bukan ikut nama. Yang kata rahmat ni, hang ikut Islam, Allah (InsyaAllah ) akan bagi.

Sekali fikir, kesian. Tapi 2x fikir, bila baca Quran, aiee!...banyak pula ayat Quran ajar, "...Kami cara kami, hangpa cara hangpa, lantak hanglah..." (Surah al-Qashash:55). Banyak juga ayat lagu ni. Maknanya, apa yang Allah ajar, cukup seimbang. Kamu mahu Islam, ini dia sekian-sekian ayat untuk kamu ikut. Kamu tak ndak Islam, kamu lawan jugak bila orang dah beritahu, maka habih putuslah tanggungjawab kami setakat tu saja setelah kami sampaikan ajak kamu balik kepada Islam. Dah tak mau dengar jugak, maka putuslah jawabnya. Hangpa buatlah apa yang hangpa nak buat. Kami tetap dengan dasar kami. Tidak akan berganjak daripada perjuangan yang suci ini. Inilah yang Islam ajar.

Kesian, kena kesian jugak, kata Imam Ghazali. Cuba tuan-tuan bayangkan; sampai ke tahap Nabi saw sendiri berdoa untuk Abu Jahal. Kata Nabi, "Ya Allah ya Tuhanku, Islamkanlah antara dua Umar. Samada Umar bin Hisham (Abu Jahal) atau Umar al-Khatab."...Waktu tu Umar al-Khatab masih belum Islam. Akhirnya, Allah bagi hidayah kepada Umar al-Khatab, manakala Abu Jahal (Umar bin Hisham) dibenamkanNya ke dalam neraka. Maknanya, Nabi saw sampai tahap berdoa minta bagilah hidayah. Sifat ni, kita kena ada. Sebab kesian kita tengok, tak ketahuan punca dah kita tengok puak-puak karat ni. Sembahyang pun tah ke mana. Tak tau apa nak buat. Ibadah pun lingkup. Kesian tuan-tuan. Tapi dah kalau kamu sendiri tak kesian pada diri kamu sendiri, tak upaya dah kita pun. Kita hanya bercakap menyampaikan risalah Allah, marilah kita balik pada Islam. Apa yang Hamka sebut, cukup memberi kesan kepada jiwa kita, bahwa boleh batal aqidah walaupun masih sembahyang. Benda-benda macam ni, kita kena fikir bersama kerana ia boleh membawa kita masuk ke dalam neraka Allah swt (Nauzubillahiminzalik).

Allahu ta`ala `alam.

48662_wallpaper280.jpg