Muqaddimah - Bab 8 - Hadith 27

Bab 8 : Wajib menyampaikan Ilmu Agama dan kelebihannya.

Sebelum kita pergi ke hadith yang berikutnya, mari kita tengok dulu intro ust Halim Nasir membicarakan mengapa menjadi wajib kita menyampaikan ilmu?...Pertama sekali yang perlu kita faham bahwa akan menjadi suatu dosa yang amat besar kalau sekiranya kita menyembunyikan ilmu agama. Kerana Allah swt telah menyebut banyak kali tentang perkara ini dalam al-Quran. Antaranya yang dipetik oleh ust Halim ialah daripada Surah al-Baqarah:174 yang bermaksud, "Sesungguhnya mereka-mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah di dalam al-Quran kerana bertujuan supaya mendapat sedikit habuan dunia, maka tiadalah yang mereka makan masuk ke dalam perut mereka itu, melainkan api neraka..."...Inilah satu kiasan daripada Allah kepada segolongan manusia yang dibayar supaya menyembunyikan kebenaran hukum hakam al-Quran. Golongan sebegini akan digunakan bila sesuatu perkara yang diharamkan oleh Allah tiba-tiba menjadi kepentingan kepada golongan yang lain. Dengan sedikit habuan RM yang menunggu, mereka ini sanggup cari berbagai-bagai alasan supaya dihalalkan jugak apa yang dah clear diharamkan Allah. Maka kata Allah apabila mereka memakan hasil daripada upah itu, seumpama mereka makan api neraka...Nauzubillahiminzalik 

Dan yang paling menakutkan kita ialah apabila Allah kata, "Pada hari qiamat, Aku tak akan bercakap dengan puak-puak ni!..."...Cuba tuan-tuan bayangkan pada hari qiamat esok, kita nak minta tolong kat sapa lagi kalau bukan Allah swt?...Tak takut ka tuan-tuan bila Allah beri amaran bahwa Dia takkan cakap dengan golongan yang waktu hidup di dunia dulu mereka menyembunyikan hukum serta larangan-laranganNya kerana bimbang takut terjejasnya pangkat, pengaruh dan duit mereka?

Kemudian kata Allah lagi, "...dan Aku tidak akan bersihkan mereka daripada dosa kesalahan mereka. Dan untuk mereka itu akan ditimpakan azab yang pedih."...Tuan-tuan, inilah dia muqaddimahnya sebelum kita berbicarakan dengan lebih lanjut lagi dalam Bab ke8 ni.

Hadith 27 : 

Dari Abi Bakrah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadithku) menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadith itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya." (HR Bukhari dan Muslim)

Hadith yang kita baca pada kali ini diambil daripada seorang sahabat Rasulullah saw yang namanya Abi Bakrah ra. Kalau kita check dalam kisah sirah para sahabat, kita akan dapati tidak banyak cerita yang boleh kita tahu mengenai Abi Bakrah ra ni. Yang selalunya kita dengar ialah Saiidina Abi Bakrin as-Siddiq ra. Namun begitu, Abi Bakrah ra juga terlibat di dalam mengambil hadith Nabi saw.

Didalam hadith di atas, Abi Bakrah ra mengatakan bahwa Rasulullah saw telah menyebut tentang persoalan menyampaikan risalah Allah swt. Kata Nabi saw, "Siapa yang dengar hadith aku atau dengar apa yang aku sampaikan atau dengar apa yang Allah beritahu, maka hendaklah dia sampaikan pula kepada orang yang tidak hadir di dalam majlis tersebut. Ini adalah kerana supaya orang yang tidak hadir itu apabila diberitahu oleh kita kepadanya, moga-moga dia lebih faham, lebih hafaz dan lebih reti daripada kita yang menyampaikannya."...Okay, pengajaran apa yang boleh kita kutip daripada hadith di atas ni tuan-tuan?...

1) Jangan sembunyi ilmu. Apa saja yang kita tahu walaupun sedikit, kenalah kita sampaikan juga kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan risalah Allah.

2) Bila kita sampaikan ilmu agama, Nabi saw pertekankan ialah semoga orang yang diberitahu itu menjadi lebih mengerti daripada kita. Supaya orang yang disampaikan itu boleh membimbing pulak kita dengan menerangkan dengan lebih detail lagi tentang perkara yang telah kita sampaikan.

Tuan-tuan boleh tangkap tak apa sebenarnya yang Nabi saw nak bagitau kat kita tentang hadith di atas?...Sebenarnya apa yang baginda nak bagitau ialah betapa pentingnya kefahaman di dalam menuntut ilmu ugama Allah. Sebab berapa ramai hari ini yang belajar ugama tapi dia sendiri tak faham kehendak agama. Kita telah pun menghuraikan tentang betapa pentingnya kefahaman ilmu agama ni dalam Hadith 24 yang lalu. Yang mana dalam hadith tersebut Nabi saw kata, "Barang siapa yang Allah mahu dia jadi orang baik, maka Alah akan beri tanda dengan diberiNya kefahaman tentang ugama."...Jadi dalam Islam, bukan saja dituntut supaya kita belajar ilmu ugama, malah yang lebih pentingnya ialah kefahaman tentang ilmu itu sendiri. Kerana dengan kefahaman itulah, ia akan memandu kita supaya kita boleh bezakan antara yang haq dan yang bathil.

Akibat tidak faham ugamalah, maka ada sesetengah golongan yang sanggup sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada golongan-golongan yang sebenarnya ikhlas nak balik pada Islam. Sehingga mereka sanggup tuduh golongan jubah serban ni, takdak kerja lain hanyalah kafir mengkafirkan orang dan dok sembang bab rasuah syurga aje le (nauzubillahiminzalik). Sebenarnya puak yang melemparkan tuduhan ni bukannya depa tak mengaji, depa pun mengaji jugak. Malah dikeliling kelalangnya ada penasihat-penasihat yang terdiri daripada ulama-ulama lepasan Univ belaka. Tapi oleh kerana tidak adanya kefahaman ugama, maka mudah benar dia melemparkan tuduhan kafir mengkafirlah, itu inilah dan macam-macam lagi yang tak sedap kita dengar.

Oleh sebab itulah, kita nak bagitau kat puak-puak cekodong umno ni, "Sebenarnya bukannya kerja kami dok kafir mengkafirkan orang. Tugas kami sebenarnya hanyalah beri kefahaman tentang ugama kepada masyarakat tak kira siang ataupun malam."...Jadi, kita tidak ada haq untuk mencabul haq Allah swt dengan mengkafirkan orang. Kita sebagai insan yang lemah, hanya mampu untuk mengatakan "sami`na wa ato`na" (kami dengar dan kami taat). Sebab itu, kita tak boleh tiru perangai Bani Israil, iaitu "sami` na wa asoina" (kami dengar tapi kami ingkar). Jadi, inilah kerja kami dari jamaah Islam, yang hanya memberitahu akan dasar haq Allah, bukannya kafir mengkafir orang.

Sebut saja akan dasar haq Allah, mari kita tengok satu contoh yang membicarakan tentang hal ini. Moga-moga bila dah baca cerita yang dibawa ini, diharapkan bolehlah faham dan tak timbullah lagi tuduhan kafir mengkafir. InsyaAllah, Allah akan beri kefahaman sekiranya kita mahu...Okay, ceritanya begini. Satu hari, Nabi saw lewat sampai di rumah isterinya Habsah binti Umar al-Khatab, yang kebetulannya menjadi giliran pada hari itu. Routin Nabi saw, selepas Zohor aja, baginda akan ziarah rumah isteri-isterinya. Kemudian, selepas Asar barulah Nabi saw akan berhenti di rumah isterinya yang menjadi giliran. Tiba-tiba pada hari itu, Nabi saw agak terlewat sampai ke rumah Habsah (isteri muda yang menjadi giliran pada hari tu) sebab baginda singgah terlalu lama di rumah Ummi Salamah (isteri tuanya). Maklumlah, isteri tualah katakan, mungkin perbincangannya agak lainlah sikit kalau nak dibandingkan dengan isteri-isteri muda. Jadi, bila dah lama lepaknya tu, Ummi Salamah pun hidangkanlah kepada Nabi suatu manisan yang semacam madu lebah. Lalu Nabi saw pun asyiklah minumnya segelas segelas kerana Nabi memang suka minum madu lebah. Tiba-tiba dalam keasyikan itu, Nabi saw menyedari bahwa sebenarnya hari itu bukannya giliran Ummi Salamah, tetapi giliran Habsah. Dan kita pun tahu bahwa Saidatina Habsah ini memiliki suatu sifat yang diwarisi daripada ayahnya, iaitulah cepat panas baran. Jadi, bila Nabi saw terlewat sampai, Habsah pun marah naik anginnya, "Mengapa lambat ni?...Gilir betul-betul la. Nie dah rugi 4 jam ni!"...Kebetulan kata mufassirin, waktu itu bibir Nabi saw masih basah dengan manisan semacam madu lebah tu. Lalu Nabi saw kata, "Saya duduk di rumah kakak kamu, Ummi Salamah. Kemudian dihidangnya manisan semacam madu lebah tu. Lalu saya pun minum la. Bila terasa sedapnya, saya pun lupa yang menjadi giliran hari ini ialah rumah kamu."...Habsah bila dengar Nabi saw kata lagu tu, dia jadi lagi marah. Ditambah pulak dilihatnya bibir Nabi basah, lagi dia naik angin. Pendekata Habsah memang marah sungguh ketika itu. Lalu katanya, "Iya la, rumah kak Mah tu macam-macam ada. Rumah saya ni apa ada. Teh tarik cucok kodok ada le. Makan pun naik berangin perut!"...Habsah sudah mula bukak channel "radio" dia. Lalu apa respon Rasulullah saw dalam menghadapi sikap baran Habsah ketika tu?...Ha! disinilah datangnya hukum. Jadi, tolong baca betul-betul dan fahamkan betul-betul sebab ini bersangkutan dengan hukum. Bila dah faham tu, jangan dok tuduh lagi kami kafir mengkafirkan orang...Okay kembali kita pada cerita Nabi saw tadi. Jadi, bila Nabi saw tengok Habsah berubah wajah, tiba-tiba Nabi saw bersumpah. Dengan lafaz sumpah yang diajar oleh Islam, kata Nabi saw, "Wallahi, wabillahi, wattallahi; mulai hari ini, aku mengharamkan manisan itu (madu lebah) ke atas diri aku!"...Pasai apa Nabi bersumpah sampai tara tu?...Ini adalah disebabkan nak jaga hati Habsah, sebab minum madu lebah itulah yang membuatkan Habsah kecik hati. Untuk menjaga hati isterinya, baginda sanggup bersumpah mengharamkan dirinya minum madu lebah, sedangkan manisan lebah itu adalah benda halal.

Habis saja Nabi saw bersumpah, turun Jibril as bersama-sama dengan ayat pertama Surah at-Tahrim, "Wahai Nabi! Mengapa engkau mengharamkan benda yang Aku halalkan kepada engkau?...Adakah engkau buat begitu wahai Muhammad kerana engkau nak menjaga hati isteri engkau?...Allah Pengampun lagi Penyayang."...Ayat ini Nabi saw tahu Allah suruh dia kifarahkan sumpahnya. Tapi kata mufassirin pula, bahwa ayat ini turun sebenarnya hanya untuk mengajar kita. Ini yang menjadi sedikit tanda tanya; bukankah kita tahu bahwa Nabi saw ini maksum terpelihara daripada sebarang dosa, tapi kenapa dalam kisah ini Nabi buat salah?...Ulama` mengatakan bahwa Allah sengaja programkan kisah ini untuk kita umat akhir zaman mengambilnya sebagai iktibar. Apakah ikhtibar yang boleh kita ambil?...Iaitulah cuba kita bayangkan, kalaulah madu lebah yang halal diminum tiba-tiba Rasulullah saw bersumpah mengharamkannya kerana nak jaga hati isterinya yang bernama Habsah pun ditegur dan dimarahi Allah; bagaimana pulak kita yang hari ini jelas sangat menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah?...Inilah yang dikatakan hukum. Arak jelas haram, tapi mengapa k`jaan pimpinan umno bn menghalalkannya?...Judi juga jelas haram, tapi kenapa ia dihalalkan?...Apakah kerana nak jaga hati masyarakat majmuk, sehingga kamu umno bn sanggup menghalalkan benda yang Allah haramkan?...Tu dia kiasnya begitu. La ni tuan-tuan faham dak apa yang saya cuba sampaikan?...Sebab inilah kita dok bagitau bahwa kita bukannya dok mengkafirkan orang, tapi kerja kita adalah menyebut dasar-dasar Allah. Jadi, tuan-tuan tolong ambik kisah ini untuk dijadikan pengajaran; kita ni sapa yang berani sangat menghalal-haramkan benda yang Allah dah maktubkan dalam al-Quran?...Kalaulah Rasulullah saw hanya dengan madu lebah saja pun Allah dah marah dan tegur supaya kita boleh ambik iktibar; jadi mengapa kamu umno bn tak boleh ambik iktibar dan pengajaran bila jemaah Islam berceramah mengajak kamu balik kepada Islam?...Pasai apa kamu tak mahu ambik pengajaran?...Tapi kita pun dah tau sebab apa benda begini berlaku. Iaitulah sebab mereka tidak ada kefahaman ugama. Kebanyakan depa mengaji aje ugama tapi apa yellow pun tak faham. Ini realiti yang berlaku sekarang ni tuan-tuan. Sebab itulah tiap-tiap hari kita kena bancuh puak-puak karat ni.

Kalau kami Pas salah tak betul, ayuh kita bermuzakarah, tang mana yang kami tak betul?...La ni bukan saja depa tak mau bermuzakarah, tapi habih pakat dok tangkap pula dah. Macam-macam sekarang ni yang berlaku, sampai habih pakat pening semua orang. Apa salahnya kita face to face berbincang mana yang tak betul?...Kalau saya salah, tunjuk kat mana saya salah. Kalau betul-betul saya salah, no problem, saya boleh minta maaf dan boleh tarik balik punya. Tapi kalau saya betul dengan merujuk kepada nas-nas Quran dan hadith Rasulullah saw, maka kamulah yang salah. Jadi, kalau kamu salah mengikut nas Quran dan hadith, maka kenalah kamu bertaubat kepada Allah. Itu saja.

Sebenarnya kita nak cari jalan penyelesaian, bukannya nak bergaduh atau nak mengkafirkan orang. Kita nak selesaikan masalah sebab kita sayangkan orang melayu Islam kita ni sebab kita mengaji Nabi saw ajar lagu tu. Kata Nabi saw, "Tidak beriman kamu sehingga kamu sayang kasihkan saudara seIslam kamu."...Jadi, atas sayang kasih itulah kita ceramah beritahu, "Ayuh! Mari kita balik pada Islam. Jangan halalkan arak dan judi sebab semua ini membawa kepada neraka!...Ayuh! Kita ikut Islam kerana inilah jalan ke syurga."...Kita sebut begitu, tapi tiba-tiba kita dituduh rasuah syurga pulak. Kalaulah kita cerita pasai syurga pun dituduh rasuah jugak, maka kita cabar melayu karat umno ni supaya buat lapuran kepada BPR supaya senang BPR boleh pi siasat Allah ta`ala. Bukalah satu fail yang tajuknya "Allah". Pergilah kamu siasat Allah wahai BPR sebab Allah kaki rasuah kerana Allahlah yang sebut syurga...nauzubillahiminzalik. Inilah akibat tidak faham Islam, sehinggakan syurga yang disebut sebagai janji Allah, tapi sekarang jadi rasuah pulak. Yang jadi celarunya sapa?...Sapa lagi kalau bukan rakyat bawahan. Siapa yang mengaji, takpalah, kita faham Islam dan kita boleh reject kenyataan songsang pihak atasan. Tapi yang jenih tak mengaji ni lagu mana?...Sebab itulah berlakunya perpecahan demi perpecahan, pergaduhan demi pergaduhan. Takkan selesai kalau kenyataan dari sebelah pihak saja yang disiarkan. Sepatutnya kita kenalah bermuzakarah sepertimana yang Islam ajar. Kamu bawalah dalil kamu dan kami bawalah dalil kami. Muzakarahlah elok-elok. Tapi bila kita nak bermuzakarah, dikatakan pula kita nak ambik kesempatan...Lailahaillallah. Jadi, sampai la ni habih terbantut segala usaha ke arah perpaduan.

Inilah yang Allah tegur Nabi saw dalam Surah at-Taubah:42 bilamana Nabi saw rasa pedih hati bila orang maki dia. Biasa la tuan-tuan, Rasulullah saw pun manusia biasa macam kita juga, jadi baginda pun ada juga perasaan sebegitu. Dan sebab itulah juga Allah turunkan Suratul Kahfi pada tahun ke5 kerasulan Nabi saw. Kerana pada tahun itulah ketika Nabi berusia 45 tahun, berlakunya kemuncak Nabi saw kena maki hamun. Apa yang Nabi tak kena pada tahun tu?...Bukan saja kena maki hamun, malah dituduh pula ahli sihir dan orang gila. Tak cukup dengan Nabi kena macam-macam, sahabat-sahabatnya juga turut ditangkap, diseksa dan ada juga yang dibunuh. Lalu untuk menghiburkan hati Nabi saw yang sedang sedih itu, maka diturunNya Suratul Kahfi. DiceritakanNya kepada Nabi saw akan kisah 7 orang pemuda dalam gua. Bagaimana Allah selamatkan mereka bilamana mereka mengasingkan diri untuk selamatkan aqidah mereka. Allah cerita dalam Suratul Kahfi:25, "Kami tidurkan mereka 300 tahun lamanya dan kami tambahkan lagi 9 tahun!"...Selama 309 tahun Allah tidurkan 7 orang lelaki yang jaga aqidah mereka. Yang paling hebatnya ialah Allah letakkan seekor anjing di hadapan gua dan akhirnya anjing tu mati sampai tinggai tulang punyalah setianya menjaga 7 orang pemuda tersebut. Mengapa Allah tak buat rimau ka, gajah ka atau binatang lain selain daripada anjing?...Sebenarnya Allah nak tarbiyah kita dengan menunjukkan walaupun anjing itu najis mughallazah, tapi dia reti yang mana satu raja zolim dan yang mana satu orang beriman. Manusia kalau tak nampak juga kezoliman depan mata depa sepertimana anjing tu nampak, nang buti nang koe buti koe, baik pi mampuih lagi baguih. Betoi tuan-tuan, Allah ta`ala kalau buat satu-satu benda, bukannya Dia buat benda kecik, semuanya Dia buat ada makna. Nampak tak tuan-tuan; anjing yang dia tu najis berat pun, dia boleh beza yang mana haq dan yang mana bathil. Dia tak mau duduk di istana kerana dia lebih rela ikut 7 orang pemuda tu. Kemudian dia duduk jaga di depan pintu gua tu sampai kurus sampai mati tinggai tulang. Kalau tuan-tuan pi Jordan, tuan-tuan boleh pi melawat gua Ashabul Kahfi dan tuan-tuan boleh tengok sendiri masih ada lagi tulang anjing tu yang dikekalkan sampai sekarang. Inilah yang Allah ceritakan untuk menghiburkan hati Nabi saw yang dalam kepedihan setelah dia dimaki, dia dikacau, dia diburu oleh masyarakat Quraisy. Sebab sebelum ini, dia dikenali sebagai al-Amin dalam masyarakatnya iaitu orang yang baik lagi amanah, tapi bila dia bawa Islam, maka mulalah dia dimaki hamun sebab dituduh pecah-belah masyarakat. Jadi, bila diturunkan Suratul Kahfi, terhibur Nabi saw.

Berbalik kita kepada Surah at-Taubah:42 tadi, kata Allah, "Wahai Muhammad! kalaulah yang disebutkan perjuangan Islam itu seumpama ada habuan harta benda yang menunggu dan seumpama satu perjalanan yang dekat (2-3 tahun saja berjuang dah menang), nescaya ramai akan ikut perjuangan Islam. Tapi sebenarnya perjuangan Islam ini adalah seumpama satu perjalanan yang amat jauh dengan dipenuhi pula berbagai-bagai cabaran dan rintangan seperti halangan, sekatan, cacian."...Sebab itu, apa yang kita lihat hari ini, memang tak ramai berada dalam saf yang perjuangkan Islam. Sapa-sapa masuk Pas untuk berangan-angan nak kaya, dia silap banyak. Tak ada istilah cari makan dalam gerak kerja Pas; semuanya Lillahita`ala belaka. Ceramah yang kita buat pulak dari dulu semenjak ditubuhkan sampailah sekarang dan bila-bila pun, itulah saja benda yang kita sebut, "Baliklah kepada Islam. Halalkanlah yang halal. Haramkanlah yang haram. Tak boleh ikut dasar selain daripada Islam!"...Itu aja yang kita sebut. Dah pulak kita dituduh mengkafirkan orang. Sekarang ni diharamkan kesemua sekali ceramah-ceramah Pas; sedih kita tuan-tuan sebab nak kata benda haq secara "Live" dah disekat.

Kita ajak muzakarah, depa tak mau. Sepatutnya depa tak boleh ambil tindakan melulu sebegini kalau depa ikhlas nak bersatu-padu. Apa salahnya kita bawa berbincang dahulu. Ini tidak, sengaja buat benda yang menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat. Tanyalah mana-mana orang pun, jawapan yang akan kita dapat adalah sama saja, iaitu depa dah cukup meluat tengok telatah umno bn ni.

Kita tak boleh ikut lain daripada Islam. Inilah kefahaman yang kita nak terapkan dalam masyarakat kita. Inilah yang kita sebut dan inilah yang kita ceramah. Okay, mari saya cerita satu lagi kisah supaya tuan-tuan boleh faham apa itu Islam. Lepas cerita ni nanti kalau hangpa tak faham jugak, elok pi telan karbaid lagi baguih. Hangpa jangan jadi orang la. Allah sendiri cukup marah kat puak-puak yang tak mau paham-paham ni. Cuba tuan-tuan buka Surah al-A`raaf juzuk 9 ayat 179, Allah kata, "...manusia yang mempunyai hati tetapi tak mau faham Islam, ada mata tapi tak mau tengok Islam, ada telinga tapi tak mau dengar Islam; maka mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi..."...Kalau dah Allah kata hangpa tu binatang (binatang ternakan pulak tu), hangpa kira tolonji habih teruk punya line...nauzubillah...

Tuan-tuan jangan bimbang la, apa yang akan saya ceritakan adalah kisah-kisah para Nabi belaka. Bukannya cerita hikayat Hang Tuah takkan melayu hilang di dunia punya line. Saya gerenti semua yang saya cerita adalah cerita para rasul yang ada dalil Quran. Sebab nak bagi faham bahwa kita yang mengaku orang Islam ni tak boleh ikut selain daripada Islam. Itu saja. Dan nak bagitau bahwa inilah isi kandung ceramah kami siang maupun malam; inilah dia.

Okay, ini satu lagi kisah yang perlu kita ambil iktibar. Ceritanya ialah pada satu hari, 7 orang Islam bangsa yahudi datang bertemu dengan Nabi saw. Mereka diketuai oleh Abdullah bin Salam ra. Kata mereka, "Kami mewakili seluruh orang Islam yahudi di Madinah ini untuk meminta 2 perkara kalau Rasulullah izinkan."...Nabi saw kata, "Kedua-dua benda tu apa dia?"...Kata Abdullah bin Salam, "Yang pertamanya, tolong izinkan kami (orang Islam yahudi) membaca kitab Taurah. Bukannya kami nak ikut kitab Taurah tu, kami cuma nak baca aje. Dan yang keduanya ialah izinkan kami (orang Islam yahudi) merayakan hari Sabtu. Sebab walaupun kami dah Islam, tapi kami masih lagi ketagih dengan hari Sabtu ni. Janganlah kamu bimbang wahai Rasulullah, hari Jumaat tetap kami sembahyang dan kami besarkan. Cumanya hari Sabtu tu, kami nak join dengan geng-geng yahudi lain, boleh tak?"...Inilah 2 benda yang mereka minta. Cerita ni sebenarnya nak bagi tuan-tuan faham, lepas tu tuan-tuan tolong fikir, "Betul ka Pas dok mengkafirkan orang?"

Okay, bila habis depa minta kat Nabi saw dua permintaan tu, Nabi senyap aje tak kata apa pun. Sebab perangai Nabi saw dia jawab dengan wahyu, bukannya dengan nafsu. Bila tengok Nabi saw senyap aje, sahabat memang tau dah bahwa Nabi sedang menunggu jawapan daripada Allah. Dalam perkara sebegini, Nabi saw tak boleh bagi kata putus sebab ini persoalan berhubung dengan aqidah. Tapi kalaulah depa tanya Nabi, boleh tak tebang pokok tamar, on the spot Nabi boleh bagi jawapan sebab itu adalah masalah dunia. Pernah Nabi saw kata bahwa apabila urusan itu urusan dunia, hangpa faham-faham sudah le. Buat aje le asalkan jangan melanggar batasan Allah. Nak buat bangunan tinggi mana, buatlah sebab itu bab dunia. Kalaulah 7 orang sahabat ni tanya bab pokok tamar, lagu mana nak spray ulat apa semua, saya rasa on the spot Nabi boleh jawab sebab Nabi adalah pakar segala pakar. Dialah pakar dalam bidang ekonomi. Dialah pakar dalam bidang pertanian. Tuan-tuan boleh rujuk hadith-hadith berkenaan dengan pertanian dalam kitab karangan Dr Yusof al-Qardhawi dalam bab Sunnah. Hebat Rasulullah saw tuan-tuan; tak payah masuk UPM. Dialah pakar sains, dialah pakar biologi, pakar chemical, pakar fizik, pendekata semuanya di bawah penguasaan Rasulullah saw, kerana dia diajar oleh Allah swt. Tapi dalam cerita ni, baginda ditanya dalam masalah aqidah, maka Nabi saw tak boleh jawab melainkan kena tunggu wahyu. Tunggu punya tunggu, akhirnya para sahabat nampak dahi Nabi saw mula berpeluh. Maka tahulah mereka bahwa wahyu sedang dibacakan.

Keadaan Nabi saw dapat wahyu memang teruk tuan-tuan. Sehingga pernah disebut oleh seorang sahabat yang bernama Urwah bin Mas`ud, "Aku pernah lihat satu hari ketika Nabi naik unta, tiba-tiba unta itu jatuh tergolek bersama dengan Nabi, tak bangun-bangun dah. Aku lihat Nabi saw diam tak bangun-bangun sehingga dahinya berpeluh. Kemudian barulah Nabi dongakkan kepalanya dan membaca wahyu yang baru diterimanya itu. Maka tahulah aku bahwa wahyu sedang turun."...Kemudian kata Saidatina Aishah rha, "Kalau wahyu turun musim sejuk, dikala itu Nabi saw akan berpeluh seolah-olah berada di tempat panas."...Nampak tak tuan-tuan, macamana susahnya Nabi saw terima wahyu. Tapi hari ini bila sampai kat kita, baca Quran pun tak ndak. Tengok bola sampai sejam boleh, tapi baca Quran 5 minit pun tak boleh...Hangpa puak-puak Pas mau JAGA!...Sehari mau baca paling tidak 1 mukasurat. Kalau boleh lebih, Alhamdulillah. Janji mau baca. Kalau tak reti, mau start hari ni juga belajar. Tapi kalau baca pun tak mau, belajaq pun tak mau; lagi baik hangpa jangan jadi orang. Jadi beruang lagi baguih.

Bila wahyu turun, Nabi saw pun mendongakkan kepalanya dan terus Rasulullah saw membacakan firman Allah yang menjadi jawapan kepada permintaan 7 orang Islam berbangsa yahudi itu. Jawapannya ialah Suratul Baqarah:208, "Wahai orang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam ini secara keseluruhannya. Dan kamu jangan ikut syaitan."...Seolah-olah Allah nak bagitau kat 7 orang yahudi tu bahwa hangpa jangan dok mengada-ngada. Dah jadi orang Islam, jangan dok terhegeh-hegeh nak baca taurah dan jangan terhegeh-hegeh nak rayakan hari sabtu. Apabila kamu mengucap dua kalimah syahadah, maka hendaklah kamu masuk Islam secara keseluruhannya. Jangan ambik separuh-separuh. Tak kiralah samada rayanya ka, bacaannya ka, ekonominya ka, politiknya ka; kesemuanya mestilah berlandaskan Islam. Nampak tak tuan-tuan; inilah yang kami ceramah. Bukannya kami mengkafirkan orang. Kami hanya menyeru, "Balik pada Islam! Balik pada Islam!".

Kalaulah 7 orang yahudi ni Allah marah dan tegur mereka hanya semata-mata kerana nak baca taurah dan nak raya hari sabtu sahaja, bagaimana pula dengan kamu yang terang-terang tolak hukum Allah dengan mengambil hukum lain?...Apa kamu ingat Allah tak murka ka dengan tindakan kamu ini?...Apa kamu ingat kamu kebal untuk menghadapi api neraka Allah ka?...Itu saya tak tahulah, mungkin kot-kot kamu ada ilmu kebal "nang buti nang, koe buti koe" boleh elak daripada kena api neraka kot; sebab tu sampai berani langgar perintah Allah semacam je...Mai munkar nangkir, ops!...boleh lari munkar nangkir sebab depa tengok kamu melayu. Depa tak boleh pukoi sebab kamu ada ilmu kebai. Macam tu ka kamu rasa wahai puak-puak keris karat oiit!!!?

Ini dia tuan-tuan; sebab itu Nabi saw suruh kita sampaikan Islam yang dibawa olehnya ini kepada semua orang, moga-moga orang yang kita beritahu Islam itu, dia akan faham Islam...Apa tujuan kita faham Islam?...Supaya kita masing-masing boleh mempraktikkan Islam secara sebenar-benarnya. Sebab itu, saya ulang sekali lagi, "Wahai umno oii! marilah kita muzakarah. Apakata kita jumpa secara elok. Bincang elok-elok. Buang segala kekaburan yang selama ni dok menutup mata hati kita. Duduk semeja berbincang, tunjuk kat kami mana yang kami tak betul?...Janganlah ambik tindakan melulu sepertimana sekarang yang mana saya percaya bertambah keruh lagi suasana."...Kalau beginilah keadaannya, saya rasa payahlah melayu nak bersatu. Sebab itu, kita harapkanlah sangat bantuan daripada Allah agar dilembutkan hati-hati mereka. Ini saja yang boleh saya kata. Dalam Parlimen pun ustaz Fadhil dah sebut, "Kita sebut benda betul, kita bukannya mengkafirkan orang. Kita tak boleh ambik selain daripada Islam; samada ekonominya, politiknya, perlembagaannya etc.."...Dah tak boleh, nak buat macamana nak bagi boleh?...Hangpa lebih takut cina hindu marah ka, daripada Allah marah?!...Ish! Ish! ish! Puak-puak ni kang!...Kan mula dah aku naik angin. Aku nampak depa ni, pelan lama pelan kecik aje dah pun.

Itu saja yang boleh kita cakap. Sebab itu, tuan-tuan tolong sembahyang hajat banyak-banyak, bangun tengah-tengah malam tahajjud minta bagi lembutkan hati mereka-mereka yang keras sangat ni. "Pada Mu Ya Allah, kami mohon pertolongan", inilah yang selalu saya doakan lepas sembahyang. Ini saja yang boleh kita lakukan, cara lain saya tak nampak jalan dah. Kita hanya minta pertolongan Allah semoga apa yang berlaku, baik bagi semua pihak. Dan telah saya sebut berpuluh kali, "Demi Allah! kita mahu Melayu bersatu. Kita tak mahu bergaduh. Kita tak mahu caci maki. Kita tak mahu pulau memulau. Kita ndak bangsa kita maju bersatu. Tapi biarlah di atas lailahaillAllah Muhammaddar rasulullah. Kerana inilah perpaduan Islam."...Kalau masih lagi berdolak dalik, maka payahlah. Kamu buatlah dan kami pun buat apa yang kami yakin. Itulah jawapannya. Maka kita haraplah akan berlaku juga muzakarah bagi menyelesaikan keserabutan yang ada hari ini. Tuan-tuan berdoalah banyak-banyak pada Allah kerana Nabi saw pernah berkata, "Hati manusia terletak antara dua jari ar-Rahman."...Bukan makna Allah ada jari, bukan lagu tu. Tapi maksudnya, Allah boleh kalih hati manusia any time daripada keras kepada lembut. Insya Allah. Tuan-tuan doalah elok-elok. 40 orang kalau berdoa, InsyaAllah, mustajab. Tuan-tuan pun kira wali-wali dah sekarang sebab dok mengaji sakan dah (tapi wali nikah je le), InsyaAllah berkat kalau berdoa minta kat Allah. Dan saya yakin Allah dengar permohonan kita ni. Dan akhir sekali, kita minta pihak berkuasa tolonglah berfikir dengan waras dan rasional kerana kita sama-sama Melayu dan masih ada waktu untuk berbincang elok-elok. Janganlah ambik tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana. Inilah harapan kita.

Okay daripada dua cerita yang saya sebut tadi, maka itulah tujuan kita hidup di atas mukabumi Allah ini. Yang pertama ialah cerita Nabi saw dengan isterinya Habsah. Dan yang kedua, cerita Nabi saw dengan 7 orang Islam yahudi. Kedua-dua cerita ini mengajar kita bahwa kita tak boleh tolak Islam, kita tak boleh halal haram sesuka hati kita dan kita tak boleh ambik lain daripada Islam sebagai dasar. Inilah yang Pas ceramah berpuluh tahun sejak dulu sampailah bila-bila pun. Terus terang kita kata bahwa kita tak ada niat mengkafirkan orang. Apa yang kita sebut ialah mari balik pada Islam. Apa ertinya pembangunan di dunia kalau kita dapat azab di negeri akhirat. Apakah kita nak jadi macam Firaun, yang meninggalkan Piramid, yang orang datang tengok Piramid tiap-tiap hari, tapi dia kena bakar dalam neraka?...Apakah itu yang kita ndak?...nauzubillah...Inilah yang kita selalu sebut, tak kira siang malam, baik dalam Jubilee Emas ka, Jubilee Perak ka, Jubilee Intan ka, Jubilee apa ka, hat nilah yang kami sebut. Jadi, kita minta semua pihak, ayuh! berfikirlah dengan fikiran yang terbuka dan janganlah keruhkan lagi suasana. Akhbar jangan lebih-lebih, sikit-sikit sudah le. Pemberita-pemberita samada hat tv punya ka ataupun akhbar punya ka jangan lebih-lebih sangat, kalau tak tau, baik pi mengaji. Jangan kamu melanggari batasan ugama Allah swt.

Allahu ta`ala `alam.  

46628_wallpaper280.jpg