Make your own free website on Tripod.com
Muqaddimah - Bab 7 - Hadith 21

Hadith 21 :

Dari Abdullah bin Amr ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah 3, dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama); - Ilmu-ilmu yang 3 itu ialah: ayat Quran yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "sunnah" (hadith Nabi saw) yang sah datangnya daripada Rasulullah saw, yang tetap kekal; atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah rasulNya)." (Abu Daud dan Ibn Majah)

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang kita baca pada kali ini, menerangkan kepada kita tentang apakah dia ilmu-ilmu yang menjadi kewajipan kepada kita untuk mesti mengetahuinya. Tak kiralah siapa pun kita ni, samada tok guru ataupun orang biasa, bilamana kita mengucap dua kalimah syahadah; maka Nabi saw menetapkan kepada kita akan 3 ilmu yang paling basic. Maknanya, kesemua orang yang mengaku Islam, mesti mau tau ketiga-tiga ilmu ini. Kalau kurang salah satu daripadanya, maka dia akan jadi Islam kelam kabut punya jenih. Jadi, kita mesti ada ketiga-tiga ilmu ini sepertimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. Iaitulah:

i) ayat Quran yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya.

Kata Nabi saw bahwa benda pertama yang wajib kita ketahui ialah al-Quran. Sepertimana firman Allah dalam Surah asy-Syura:7 juzuk 25 yang bermaksud, "Dan demikianlah, Kami telah wahyukan kepada mu (wahai Muhammad saw) Quran di dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekelian penduduk dunia di sekelilingnya;..."...Siapakah dia yang dimaksudkan "Ummul Qura" itu?..."Ummul Qura" itu sebenarnya adalah salah satu nama bagi kota Mekah al-Mukarramah. Untuk pengetahuan tuan-tuan, di dalam Quran ada 4 nama bagi kota Mekah. Yang pertama ialah Ummul Qura. Yang kedua ialah Lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan. Yang ketiga pula ialah "Bakkah", sepertimana yang disebut di dalam Surah Ali Imran:96 juzuk 4, "Bi Bakkatin Mubaraka" yang bermaksud tempat yang berkat. Dan akhir sekali yang keempat ialah Mekah al-Mukarramah.

Berbalik kita kepada maksud ayat 7 Surah asy-Syura tadi; dimana kata Allah, "Kami turunkan Quran ini supaya engkau beri warning kepada penduduk-penduduk Mekah dan juga kepada penduduk yang dipersekitaran dengannya (yang lain daripada orang Mekah); dan supaya dengan Quran itu, engkau memberi amaran kepada manusia tentang hari yang tidak ada keraguan kepadaNya (hari Qiamat)."...Sebagai orang Islam; mau tak mau, Quran mesti kita kena belajar jugak, untuk tahu akan ilmunya. Kerana banyak ayat dalam Quran yang memberitahu tentang hikmah penurunan al-Quran itu sendiri. Seperti dalam Surah as-Sajdah:2 yang bermaksud, "Diturun al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya; dari Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."...Atau pun dari Surah az-Zumar:1 yang bermaksud, "Turunnya kitab al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, dan Maha Bijaksana."...Begitu juga dalam Surah Fussilat:2 yang bermaksud, "Turunnya kitab ini dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."...Cukup banyak sebutan "tanzil" (turunnya Quran) dalam al-Quran. Sebab itu, Nabi saw sebut awal-awal lagi bahwa umatnya mesti kenal ilmu al-Quran. Maknanya, bila kita sembang bab mengaji Quran; yang pertama sekali perlu kita tahu ialah di sudut hukum bacaan (tajwid). Kalau tak mengaji bab Qiraat, hat tu takpa lagi. Tapi kalau tajwid tak lepas, tu kira berat tuan-tuan. Sebab kalau kita baca Quran tak ikut tajwid, bermakna kita tak tunaikan haq Dia. Baca bantai ikut sedap aja; dhod jadi dal, sod jadi sin. Maka cerahlah masa depan, pasti masuk neraka; sebab sudah mengubah makna al-Quran. Mana yang perlu ditebalkan, mana yang perlu ditipiskan, mana dia sattah latifah, kat mana yang perlu kita wakof, tang mana yang aula wakof, tang mana pula tak elok wakof; semua ni kita kena belajar. Jadi, tak belajar qiraat, kira tak cacat lagi. Tapi kalau tak lepas tajwid, jadi berdosa kita tuan-tuan, sebab Quran melaknat kita...Nauzubillah.

Kemudian bila mengaji tinggi sikit; kita akan jumpa pula bab maanni, bayan, balaghah dan sebagainya. Kesemuanya ini adalah kaedah bagaimana nak tahu Allah bercakap dengan manusia melalui firman-firmanNya. Dan yang paling penting kata Nabi saw ialah kita mesti ada ilmu yang berhubung dengan ayat-ayat "muhkam". Apa dia ayat-ayat "muhkam"?...Itulah dia ayat-ayat muhkamat yang tidak dinasakhkan hukumnya. Ia adalah ayat-ayat hukum yang menerangkan dasar, peraturan dan undang-undang bagi manusia. Inilah yang Nabi saw tekankan supaya kita tahu. Kerana kebanyakan ayat-ayat hukum ini tidak dimansuhkan. Kecualilah kalau kita kaji dengan lebih mendalam, kita akan jumpa ada juga beberapa ayat yang hukumnya sudah pun dimansuhkan, tetapi lafaznya tetap dikekalkan untuk diambil pengajaran. Adapun ayat-ayat muhkamat yang Nabi saw sebut ini ialah ayat-ayat hukum yang berhubung dengan syariat Nabi Muhammad saw (bila Nabi saw wafat, hukumnya tak boleh ubah dah). Jadi, tentang syariat Nabi Muhammad saw ini boleh kita cari pada ayat-ayat hukum yang jelas dan tidak boleh lagi dipertikaikan kerana ia tidak dimansuhkan oleh mana-mana ayat.

Sekarang mari kita tengok contoh ayat yang telah dimansuhkan hukumnya, tetapi lafaznya masih berjalan dan terus berjalan sehingga ke hari qiamat. Antaranya ialah firman Allah dalam Surah al-Maidah:27 yang bermaksud, "Dan bacakanlah wahai Muhammad kepada mereka itu tentang kisah dua orang anak Nabi Adam as..."...Ayat ini kekal di sudut lafaz, tapi hukumnya sudah tidak ada. Apa hukum pada anak Nabi Adam as pada waktu itu?...Syariat Nabi Adam as pada waktu itu ialah boleh bernikah adik beradik. Tapi sekarang ni jangan dok buat benda-benda lagu tu, cuma saja satgi kena katok dengan kambe 3x2. Kita jangan dok ikut syariat Nabi Adam, sebab hukum kawin adik beradik ni telah pun dimansuh oleh ayat-ayat yang lain dalam al-Quran. Tuan-tuan boleh rujuk sendiri ayat-ayat tersebut dalam bab-bab nikah kawin dalam Juzuk 2 Suratul Baqarah dan juga dalam Surah an-Nissa`, sebab ini lah dua surah yang banyak menceritakan tentang mahram, tentang bukan mahram, tentang pernikahan, tentang wali, faraid dan sebagainya.

Kemudian cuba kita tengok pula ayat dalam Surah al-Baqarah:240 yang bermaksud, "Dan mereka-mereka yang kematian suami, maka hendaklah mereka itu (perempuan yang kematian suaminya) menunggu waktu idahnya setahun lamanya..."...Ayat ini, hukumnya sudahpun dimansuhkan kerana kita tahu bahwa idah bagi wanita yang kalau dalam keadaan sudah dicampuri (cerai hidup) ialah 3x suci. Kalau wanita itu kahwin tapi tiba-tiba diceraikan tanpa disentuh pun oleh bekas suaminya, maka takdak idah (any time boleh kawin balik). Kalau wanita kematian suami (cerai mati), maka idahnya ialah 4 bulan 10 hari (rujuk Surah al-Baqarah:234). Jadi, ayat 234 Suratul Baqarah telah menasakhkan ayat 240 juga dalam Suratul Baqarah. Maka hukum idah bagi wanita kematian suami adalah 4 bulan 10 hari, bukan lagi setahun. Tetapi ayat yang mengatakan idah setahun tu kena baca dak?...Ya, mesti...Macamana dalam Musabaqah, kena baca dak?...Ya, mesti dibaca...Sentuh sikitlah bab musabaqah ni sebab baru aja habih 2-3 hari sudah. Tak dengar pun saya tentang ayat-ayat "perang pada jalan Allah" diperdengarkan. Asyik-asyik perpaduan-perpaduan-perpaduan. Seolah-olah satu Quran sebut tentang perpaduan aje gamaknya?...Tak tau lah sebab apa hati saya tiba-tiba rasa geram campur sedih walaupun tengok suasana penutupnya semalam dengan penuh warna warni. Awat tak geramnya?...Dalam suasana sahabat-sahabat kita di Afghan sedang bermandikan darah, tiba-tiba kita di M`sia ni boleh seronok dengan Musabaqah diselang seli pulak dengan nasyid-nasyid yang mengasyikkan. Yang rasa sedihnya pula bila merasai Quran diperolok-olokkan saban tahun oleh orang-orang Islam sendiri. Hanya diperdendangkan dengan berbagai-bagai alunan; ada yang lenggok ala padang pasir, ada yang bercitarasa selembut nusantara, ada yang bersahaja dan berbagai-bagai lagi. Tapi hukum al-Quran itu sendiri sampai sekarang tak jalan-jalan jugak. Apa nak jadi dengan Negara Islam Malaysia ku tercinta?

Berbalik kita kepada cerita ayat muhkamat tadi; Nabi saw sebenarnya nak bagitau bahwa kita semua umatnya ini mesti mau tau ayat yang muhkam yang tidak dimasukhkan hukumnya sampai ke hari Qiamat. Contohnya ialah seperti ayat dari Suratul Maidah:38 mengenai siapa yang mencuri, hendaklah dipotong tangannya. Hukum potong tangan pencuri tidak dimansuhkan. Wahai ulama-ulama umno, tolong bagitau kat kami kalau ada ayat yang memansuhkan hukum potong tangan pencuri ini?...Walaupun depa ni malu-malu nak jawab, tapi ada juga kedengaran sayup-sayup dari golongan-golongan yang menggunakan sirah di zaman Umar ra ini untuk menolak hudud. Mereka mengatakan bahwa Saidina Umar al-Khatab sendiri pun tidak melaksanakan hukum hudud ke atas pencuri...Kita nak bagitau, "Ya, memang Saidina Umar ra pernah menangguhkan hukum hudud, tetapi dia tidak memansuhkannya. Memansuh dan menangguh adalah dua benda yang berbeza. Ada satu ketika Saidina Umar ra menangguhkan perlaksanaan hukum hudud kerana pada waktu itu Madinah dilanda kemarau yang panjang. Ini menyebabkan makanan menjadi susah. Bila berlaku keadaan sedemikian, maka ada la beberapa kes kecurian. Tapi Umar ra tidak memotong tangan si pencuri sebab hidup mereka miskin akibat musim kemarau yang dahsyat. Jadi, Saidina Umar menangguh seketika perlaksanaan hukum hudud pada waktu itu sebab Nabi saw yang ajar begitu. Pernah Nabi saw kata bahwa hendaklah ditolak hudud apabila berlaku syubhah keraguan atau timbulnya perkara-perkara yang boleh menangguhkan perlaksanaan hudud. Jadi, bukannya Umar tak mau buat terus."...Sebenarnya puak-puak umno ambik hujjah ini hanya sekadar untuk melegakan hati orang-orang yang tak mengaji. Itu saja kerja depa; menipu aje kerjanya. Tapi golongan yang mengaji, depa tak boleh nak tipu.

Dan kita nak bagitau di sini bahwa barangsiapa yang tolak hukum hudud dalam keadaan dia jahil; dia dimaafkan syara walaupun berdosa besar. Kata ulama, orang begini tidak batal aqidahnya sebab dia jahil tak mengaji. Tak sempat dia ke kuliyyah sebab sibuk ke hulu ke hilir dengan bisnesnya, tapi tiba-tiba dia maki hukum potong tangan dalam keadaan dia betul-betul jahil; maka tak batal aqidahnya. Tetapi dia tetap berdosa dan wajib mengaji selepas ini. Ini kes jahil apa yellow pun tak tau. Tapi macamana pula dengan orang yang lawan terang-terang hukum hudud ini walaupun dibawa depannya nas al-Quran dan as-Sunnah?...Walaupun kita beri penerangan melalui kuliyyah-kuliyyah dan ceramah-ceramah, tapi dilawannya juga; maka selamatlah menuju ke neraka Allah kalau tidak mahu bertaubat kepada Allah swt. Itu saja jawapannya...nauzubillah.

Kemudian kita tengok pula ayat zina iaitu dalam Surah an-Nur:2; juga tidak dimansuhkan hukum sebatan dalam ayat ini. Bagi penzina-penzina yang dalam keadaan mereka belum berkahwin, istilah fekah menyebut mereka sebagai golongan "khoiru muhsan". Mereka hendaklah disebat 100x pukulan, bukannya 3 bulan penjara. Bila kita habag lagu ni; puak-puak karat pandai pula beri alasan, "Relax la, kita bukan tak mau buat; tapi pelan-pelan la."...Amboih!...pandai hangpa cakap pelan-pelan pulak. Itu yang Le Tour de Langkawi, awat boleh buat sampai tiap-tiap tahun?...Sampai jatuh pecah kepala berdarah habih pun ada. Nasib baik tak mati syahid aje. Eh! itu pun kalau mati jangan main-main tu, kira boleh dikenang sebagai wira jugak tu sebab hebatnya mati jatuh atas jalanraya. Tapi apa yang kita nak kata ialah mengapa hukum Islam tak boleh-boleh jugak buat, sedangkan Le Tour de Langkawi saban tahun boleh buat?...Nak kata tak reti pun tak kena jugak sebab berapa banyak dah ulama-ulama dilahirkan. Punyalah banyak ulama sehingga ada yang terpaksa resign pun ada sebab kononnya nak tumpu fardu kifayah; tapi rupa-rupanya ada cerita lain yang dibuatnya. Hampir 10 juta duit tabung haji yang orang-orang kampung dok simpan nak pi haji tu, lesap begitu saja tanpa kesan. Tapi itu cerita lain, sedangkan sekarang ni kita nak cerita punyala banyaknya ulama di negara kita; tapi pasai apa tak boleh buat jugak hukum Islam?...Inilah persoalannya. Takkan depa (ulama-ulama ni) tak tahu kot bahwa ayat-ayat yang berkenaan dengan zina, sebatan, riba, potong tangan apa semua ni; tidak dimansuhkan. Cuba tuan-tuan perati tengok; mana ada sampai ke hari ini, dibuat satu program penerangan oleh kerajaan pada rakyat; bagaimana nak merejam orang berzina. Ada ka?...Kalau ada; tolong bagitau, bila dan kat mana. Saya rasa tak ada lagi, kecuali "jemaah Islam" lah yang tolong beritahu. Kalau ada seminar pun; dia akan berlegar tak habis-habis dengan tajuk "Keluarga bahagia, rumah ku syurga ku". Itu aje lah. Kalau buat forum pulak; tajuk yang selalu kita lihat "Anak soleh, kecemerlangan ummah"; hat tu aje lah saban tahun. Anak soleh, pak salleh; anak soleh pak salleh. Yang tu saja lah yang dok ulang tak habis-habis. Ada tak pernah kita tengok satu forum bertajuk, "Bagaimana nak merejam orang berzina?"...Takdak, tuan-tuan. Dok haraplah TG Hj Hadi, dok haraplah TG Nik Aziz dan dok haraplah jemaah Islam yang tolong beritahu. Sepatutnya, benda-benda lagu ni lah yang kena highlight kan, sebab Nabi saw yang ajar kita begitu. Nabi saw kata bahwa ilmu pertama yang perlu kita tahu ialah ilmu Quran yang berhubung dengan ayat-ayat muhkam dan ayat-ayat hukum yang tidak dimansuhkan hukumnya. Inilah yang Nabi saw ajar kepada kita. Rakyat mesti tahu bagaimana nak potong tangan pencuri. Cuba tuan-tuan try tanya kat kawan-kawan kita, "Nie Sheikh, hang tau ka cara nak potong tangan pencuri?"...Ada yang tak tahu, tuan-tuan. Mungkin ada yang ingat macam bikin pasembor punya stail. Cup! cap! cup! cap!...habih seluruh tangan dicincangnya. Mana boleh lagu tu?...Ingat senang ka nak potong tangan orang. Sebab itu, dia ada kaedah perlaksanaannya dengan syarat-syarat yang ketat. Si pencuri itu diperiksa dulu dengan soal jawab yang terperinci. Dia miskin kelaparan sampai takdak duit nak makan ka?...Sebelum jatuhnya hukum kerat tangan tu, hendaklah dikira semua aspek. Barang yang diambilnya tu, dah jadi hak milik dia ka?...Contohnya, katakanlah dia curi dua bijik tv di KL, tiba-tiba dalam perjalanan baliknya ke Penang, polis hambat dia; lalu dia tinggai tv curi tu di Ipoh, kemudian dia lari. Tapi polis dapat juga tangkap dia. Dalam kes begini, boleh tak si pencuri tu dikerat tangannya?...Jawapannya tak boleh. Sebab belum lagi jadi miliknya tv tu. Dia tak pasang lagi piring Astro, dia tak on lagi tv tu, dia tak tune lagi di rumah; pendekata tv tu tidak lagi jadi miliknya lagi. Jadi hukuman potong tangan tak boleh dilaksanakan ke atasnya.

Berapa ramai yang tau hukum sebegini?...Yang hanya depa tau ialah hudud aje, pelabur lari. Hudud aje, kudung tangan. Yang tu saja yang ada dalam minda depa. Tuan-tuan, cuba tengok apa Allah kata pada ayat terakhir Surah al-Mursalaat?...Kata Allah, "Kalaulah dengan berita al-Quran pun kamu tak mau percaya; maka dengan berita mana lagi yang kamu nak percaya?!"...Nie dia Allah tanya kita tuan-tuan. La ni boleh la dok buat loyar buruk lagi; percaya kat Lord Reid ka ataupun percaya kat Bush ka. Tapi masalahnya nanti apa kita nak jawab bila Allah tanya macam ayat dalam Surah al-Mursalat tu di Padang Mahsyar kelak?...Sebab itu, kalau kita sebagai pemerintah; rakyat mesti mau faham tentang hukum hakam Islam ni selengkap-lengkapnya. Bukan main separuh-separuh. Jadi, kalau buat forum tu, mau buat elok-elok. Seminggu sekali pun kira okay. Minggu ni, kita terang berkenaan dengan hirabah (merompak). Minggu depan, tentang qisas pula. Minggu satu lagi, berkenaan dengan hukum murtad pulak. Lagu ni, barulah rakyat akan faham Islam yang sebenar. Jadi, bila rakyat faham, maka sekular pun tenggelam. Nie yang depa takut sangat tu. Pasai kalau orang dah faham dengan Islam, orang tak akan mau lagi dah dengan kebathilan. Rasa jijik, mual, benci semua ni akan keluar; pasai orang tak mahu dah sekular ni.

Inilah kaedah yang Allah swt ajar, iaitu orang Islam mesti mau ada ilmu. Siapa yang tak ada ilmu ni kira tak sempurna lagi Islam nya sebab asasnya takdak. Ayat-ayat asas yang Nabi kata ialah ayat-ayat hukum yang terang dan jelas. Seperti ayat haram riba, jelas ada dalam Quran dan hukumnya tidak dimansuhkan. Ayat kerat tangan juga jelas. Begitu juga ayat zina, memang jelas. Tidak ada keraguan pada ayat-ayat tersebut; cumanya Nabi saw menghuraikan kaedah-kaedah perlaksanaan hukum-hukum tersebut di dalam hadith-hadith baginda yang begitu panjang.

ii) Ilmu yang kedua yang mesti ada pada kita ialah hadith-hadith yang sah datangnya dari Nabi saw.

Setelah belajar ilmu Quran, apa pulak yang kita perlu mengaji?...Itulah dia ilmu hadith. Hadith dari segi maknanya ialah "baharu" (ucapan-ucapan Nabi saw). Allah swt bersalahan dengan benda baharu. Baharu disini bermaksud ucapan yang diolah sendiri oleh Rasulullah saw apabila menerima wahyu daripada Allah swt (bukannya seperti Quran, yang sebijik sebutannya adalah daripada Allah swt). Kemudian ucapan-ucapan Rasulullah ini diambil oleh para sahabat ra, dan selepas itu diriwayatkan pula oleh Imam-imam hadith. Sebab itu kita perlu belajar hadith. Kalau kita proceed mengaji diperingkat tinggi, kita kenalah tahu jenis-jenis hadith pula. Apa dia yang dikatakan hadith mutawatir tu?...Macamana pula yang dikatakan hadith masyhur, hadith mursal, hadith ahad, hadith ghorib dan bermacam-macam lagi?...Kemudian tu, kena selidik latarbelakang para perawi hadith pula. Katakanlah kita kaji satu hadith, tiba-tiba kita jumpa salah seorang perawinya kurang daya ingatan, maka status hadith itu jatuh tingkatannya, mungkin dari sahih kepada hasan sahih. Tapi kenalah kita mengaji ilmu macamana nak mengklasifikasikan hadith-hadith ini dulu.

Bila kita tahu akan ilmu hadith ini, maka senanglah untuk kita mengambil sesuatu hadith untuk dijadikan sebagai dasar dalam beribadah. Tapi kita perlu ingat bahwa memang banyak hadith-hadith yang boleh kita ambil sebagai fadail dalam beribadah tapi tak boleh ambil untuk menentukan hukum. Hadith-hadith sebegini walaupun tidak duduk dalam makam hadith sahih atau hadith mutawatir kerana mungkin dia hadith mursal sahaja, tetapi boleh diambil hadith ini untuk dijadikan asas dalam ibadah. Tapi nak menentukan hukum, tak boleh. Sebab nak menentukan hukum, mestilah daripada hadith-hadith sahih. Contohnya seperti hadith yang mafhumnya, "Siapa yang tukar agama, hendaklah dibunuh."...Hadith ini makamnya sahih, yakni daripada Ibn Abbas ra.

Bagi kita makam orang biasa, kalau rasa susah sangat nak hafal; memadai bagi kita tahu itu hadith dan beriman padanya, itu sudah cukup. Jangan bila rasa susah nak hafal hadith, kita pi join dengan golongan yang tolak hadith pulak...Nauzubillahiminzalik. Golongan anti hadith yang kononnya memegang Quran sahaja ni pun dah ramai sekarang tuan-tuan. Tapi taklah seramai golongan yang tolak kedua-duanya sekali. Yang tolak dua-dua ni lagi teruk. Tapi nak katanya; mengapa pula kita nak tolak hadith, sedangkan ia datang dari insan yang tidak ada cacat celanya (Nabi saw)?...Walau bagaimanapun, ada juga hadith-hadith yang perlu kita berhati-hati dan kalau perlu kita tolak. Apa lagi kalau bukan hadith-hadith palsu. Sebenarnya semenjak zaman Saidina Ali kw lagi telah pun mula dicipta hadith-hadith palsu yang tidak betul ini. Iaitu bilamana pengikut-pengikut Muawiyah nak puja Muawiyah ra, mereka pun cipta hadith baru. Mereka sanjung Muawiyah...begini...begini...begini; walhalnya palsu. Kemudian berlaku benda yang sama di pihak Saidina Ali kw. Akhirnya berlaku perpecahan. Apa boleh buat; AllahH dah takdir begitu. Terserahlah kepada Allah swt. Tapi apa yang kita nak bagitau ialah akibat daripada perpecahan itulah, maka bermulalah hadith-hadith palsu. Sehinggakan di atas mimbar pun disebutnya hadith-hadith sebegini oleh penyokong-penyokong Muawiyah, hanya kerana untuk menaikkan makam dan darjat Muawiyah ra pada waktu itu; walhal Nabi saw tak sebut pun. Ini memang benar-benar berlaku. Sebab itu, hadith palsu ini sepatutnya kita jangan terima. Begitu juga dengan hadith dhoif, walaupun Imam Nawawi bahaskan bahwa ia hanya boleh digunakan untuk fadail sahaja. Tapi untuk menentukan hukum; sorry, tak boleh. Yang tentukan hukum, mesti hadith sahih. Hadith bab hukum sembahyang, mesti mau yang sahih punya. Begitu juga hadith bab hudud, pun mesti mau yang sahih juga. Sebab semua ini adalah bab hukum, yang tidak boleh di"basuh" dengan hadith-hadith yang lemah.

Tuan-tuan tau ka berapa banyak hadith yang Imam Ghazali rahimahullah hafal?...100,000 tuan-tuan. Sehingga dia diberi gelaran "Hujjatul Islam". Jadi, bila kita dengar orang sebut "Hujjatul Islam", ini bermakna orang itu telah menghafal 100,000 hadith. Bukan saja hafal hadith, malah dengan perawi-perawi hadith itu sekali dia kenal. Contohnya, macam dia kenal hadith ni datangnya dari Abi Hurairah ra; kemudian hadith satu lagi dari Ibn Umar ra dan satu lagi dari Ibn Abbas ra. Siap dengan hadith tu jenis apa, dihafalnya kesemua sekali 100, 000 jumlahnya.

Personaliti penghafal hadith yang kedua, kita tengok pula yang ada gelaran "al-Hafiz". Contohnya ialah al-Hafiz Imam Ibn Hajar as-Qolani. Dia hafal hadith kira ratus ribu jugak. Kita di M`sia ni, gelaran al-Hafiz ni diberi kepada penghafal Quran. Jadi, tak berapa nak kena sebenarnya tu. Sebenarnya al-Hafiz ni adalah untuk orang yang hafal hadith. Sementara penghafal Quran pula sebenarnya dipanggil "Hamalatul Quran" (golongan yang tanggung Quran). Tapi al-Hafiz Imam Ibn Hajar as-Qolani; kedua-dua nya sekali dia hafal, baik Quran maupun hadith.

Jadi kita kena ada ilmu hadith. Sebab itu kita perlu memahami bahwa hadith-hadith yang sah datangnya daripada Rasulullah saw, tidak boleh ditolak. Barangsiapa yang menolak hadith Nabi saw, bermakna menolak Allah swt. Kerana Nabi saw tidak sekali-kali bercakap dengan nafsunya, sebab apa saja yang dia cakap adalah wahyu Ilahi. Walaupun hadith Nabi saw itu bukan Quran, tetapi panduannya adalah datang daripada Allah swt jua. Lalu, Nabi saw pun mengeluarkan hukum-hukumnya yang berupa hadith-hadith. Memanglah terlalu banyak kalau kita nak belajar. Lainlah kalau Imam Syafie rahimallahu ta`ala, memang beliau tahu sungguh akan ilmu hadith ini. Jangankan kata hadith, satu Quran itu pun habis dihafalnya. Yang dia hafal Quran tu sepasal; kemudian tiap-tiap ayat tu pulak dia tahu sebab apa diturunkan, hari apa diturunkan dan jam berapa diturunkan. Itu dia hebatnya ilmu Imam Syafie, tuan-tuan. Tapi tara tu punya hebat Imam Syafie pun, ada juga mat arop sintok yang mempertikaikannya. Yang mat arop ni baru nak renew tang iqra` aje, sejarah Nabi pun tahu takat hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah tu aje; tanya bab lain mampuih dia tak tau. Dalam keadaan dia lagu tu pun, boleh dipertikaikannya lagi Imam Syafie. "Imam Syafie ni tak kenalah. Imam Syafie ni entah apa-apa lah."...Bila sampai ke tahap sanggup dilemparnya kitab Imam Syafie, maka kita nak bagitau kat orang lagu ni, "Nie Sheikh!...hang ingat hang bagus sangat ka sampai nak berlawan dengan ulama?...Banyak sangat ka ilmu hang?...Hang ada segulong ijazah ka, dua gulong ijazah ka, 10 gulong ijazah sekalipun; takkan boleh kamu melawan dengan ulama yang berstatus mujtahid yang boleh mengeluarkan fatwa.".

Kita taraf orang awam ni macam saya dan tuan-tuan, setakat kita tahu ini hadith dan ini perawi-perawinya, sudah cukup untuk kita beriman dengannya. Tak payah hafal lah jenis-jenis hadith ni. Namun kalau boleh hafal, Alhamdulillah; sebab khabarnya masuk SPM tahun ini.

iii) Ilmu berkenaan dengan ketetapan dan keputusan yang betul (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah rasul; iaitulah ijma` dan qias.

Para ulama` bila duduk bermesyuarat untuk membuat sesuatu ketentuan, maka keputusan yang dihasilkan melalui mesyuarah itu disebut sebagai ijma` para ulama`. Contohnya seperti tersentuhnya dunia bollywood tempohari, sehingga gegak gempita seketika melayu haprak yang cintakan bollywood. Tapi apa yang kita lihat hari ini, keputusan para ulama` tentang bollywood tempohari tidak diendahkan lagi. Sehingga pihak yang ada kuasa pun turut akur dengan geng-geng kemaruk hindustan ni. Sekarang ni bukan saja bollywood nampak merosakkan, malah melayuwood pun sama naik jugak. Sejak dua menjak ni, dalam slot drama melayuwood tak pernah nampak dah pelakon-pelakon wanita pakai tudung kepala. Mungkin inilah dia kot apa yang dilaung-laungkan oleh Memanda Bendahara Menteri tentang negara Islamnya.

Tapi apa yang kita nak ceritanya ialah adanya kaedah tertentu sebelum sebarang keputusan ditetapkan. Segala kitab rujukan diketengahkan dan dibahaskan, maka barulah boleh mengeluarkan sebarang fatwa. Dan bagi orang yang berfatwa ni, ada satu hadith Nabi saw memperkatakan tentang mereka, mafhumnya kata Nabi, "Walaupun salah fatwanya, tetap dapat satu pahala. Tapi kalau betul fatwanya, dia dapat dua pahala."...Maknanya, orang yang berfatwa ni, boleh pahala belaka. Tapi ada syaratnya. Takat orang macam kita ni, kira tak layak tuan-tuan. Syarat nak jadi orang yang boleh mengeluarkan fatwa ialah mesti hafal 4 mazhab dalam kepala. Kalau dalam bab sembahyang, mereka boleh hurai Imam Syafie kata lagu ni, Imam Maliki kata lagu ni. Bila mai bab puasa, Imam Maliki kata lagu ni, Imam Hanbali kata lagu ni. Mai la bab apa saja; ini dia kitab rujukan, mukasurat sekian-sekian, Imam Safie kata macam ni, Imam Abu Hanifah kata macam ni. Mereka boleh berhujjah menggunakan keempat-empat mazhab. Orang yang berkriteria begini baru layak berfatwa. Macam kita, tak layak tuan-tuan. Kita hanya mengaji dan mendengar, lalu ikut mana yang benar.

Kemudian kita lihat tentang qias pulak tuan-tuan. Contoh berkenaan dengan qias ni, kita ambil contoh tentang zakat padi. Zakat padi ni kira qias la tuan-tuan, sebab zaman Nabi saw mana ada padi. Zakat masa zaman Nabi saw ialah gandum, buah tamar dan lain-lain lagi. Jadi, oleh kerana kita gandum tak berapa nak ada, yang ada kebanyakannya bendang belaka, maka diqiaskan gandum kepada padi bendang. Sebab itu, kita lihat orang dok bagi zakat padi kat M`sia ni. Inilah yang dipanggil sebagai qias. Benda itu diambil daripada Rasulullah saw, lalu diqiaskan dalam keadaan boleh diterima oleh masyarakat Islam setempat.

Muslimin muslimat yang dihormati sekelian. Empat benda ni mesti ada pada setiap orang Islam, kata Nabi saw. Inilah asas-asas ilmu yang mesti ada pada kita, dan Nabi letak al-awal ialah al-Quran. Jadi, siapa takdak ilmu Quran, hidup dia lingkup. Oleh sebab itu, siapa yang tak tahu tentang Quran, silalah belajar dan jangan malu-malu. Sebab Nabi saw telah meletakkan asas Quran itulah sebagai sistem pendidikan gemilang bagi anak-anak. Dimana telah disebut dalam hadithnya, kata Nabi saw, "Ajarlah anak mu dengan 3 perkara yang utama. Yang pertama ialah ajar supaya anak-anak kamu mencintai aku (Nabi saw)..."...Kaedahnya ialah kita kena ceritakan pada anak-anak kita bagaimana susahnya perjuangan Nabi saw membawa Islam kepada kita. Biar mereka sayangkan Rasulullah saw...Kemudian kata Nabi, "Yang keduanya ialah ajar anak kamu supaya kasihkan ahli keluarga aku."...Kenalkan anak kamu dengan Saidina Hamzah, kenalkan anak kamu dengan Saidina Ali karramallahu wajhah, kenalkan anak kamu dengan Saidina Ja`afar bin Abi Talib. Ini semua adalah keluarga Nabi saw termasuklah para sahabah ra...Dan yang ketiganya kata Nabi saw, "Ajarlah anak kamu baca Quran."...Bayangkan, nak ajar anak macamana kalau tuan-tuan sendiri tak tahu Quran?...Dah la jahil tentang Quran, tapi tak pulak panggil guru Quran tolong ajar anak-anak kita. Kedekut nak mampus sampai bakhil sangat nak keluarkan sedikit sumbangan untuk beri upah pada guru agama yang ajar anak-anak kita baca Quran tu pasai apa?...Sedangkan Nabi saw pernah sebut bahawa ibubapa yang ajar anak dengan Quran, Allah swt akan pakaikan pada mereka di atas kepala mereka, mahkota-mahkota di Padang Mahsyar...MasyaAllah, Maha Suci Allah.

Sebab itu, kita jangan pisahkan dengan empat ilmu ini. Biar apa pun terjadi, hukum hakam Allah yang tidak dinasakhkan mesti diikut. Begitu juga perpaduan cara Islam, tidak jugak dinasakhkan ayatnya. Ayat "berpegang teguhlah dengan tali ALLAH" itu, tidak dinasakhkan ayatNya. Jadi, kalau umno nak bincang sekali lagi untuk bersatu-padu dengan kita, mestilah letakkan Islam sebagai asas. Serupa macam orang nak pinang anak perempuan kita la tuan-tuan. Kita kena periksa dulu bakal menantu kita tu. Syarat-syarat mesti diletakkan seperti kita test dia dulu, "Nie Sheikh, hang tau sembahyang ka?"..."Mestila tau pakcik."...Nampak macam confident aje budak ni. Takpa, kita test satu lagi syarat, "Nie Mat, hang kenai dak ustaz Shamsuri?"...Kita tengok mula mata dia dok kelippok-kelippok, lepas tu dia bagitau, "Ooo, kenai sangat la tuuu. Bukanka dia menteri Perak yang dok jaga belia dan sukan tu ka?"...Dia lagu tanya kita balik pulak. Habih la tuan-tuan, tembelang dia dah pecah. Satu Penang kenai sapa dia ustaz Shamsuri, tapi dia pi kata mana punya Menteri Perak pulak. Yang ni sah bukan kaki mengaji punya line. Kita boleh bagitau kat dia bahwa application dia masih dalam kiv lagi....Bagus tak idea ni bila nak pilih menantu, tuan-tuan?

Balik kepada issue perpaduan tadi; pernah Nabi saw sebut, "Jangan kamu bercita-cita mencari musuh."...Ini Nabi saw yang ajar. Sebab itu, kita terima kalau depa nak bersatu. Bukannya kita nak bergaduh dengan orang. Tapi tentulah ada syarat-syaratnya. Tentulah ada kira bicaranya. Kalau tak mau bagi kami berceramah, apa kata bagi kat kami satu station tv dan satu station radio. Itu syarat pertama. Kemudian Harakah mau terbit tiap-tiap minggu balik; itu syarat kedua. Lepas tu, royalti minyak kena bagi balik kat T`ganu, sebab itu hang rampas orang punya. Zolim tu. Sepertimana yang pernah al-Marhum ust Fadhil Noor sebut dalam akhbar, "Kalau nak bersatu-padu, syaratnya umno mesti selesaikan benda-benda yang dilakukannya yang bercanggah dengan undang-undang negara."...Antaranya ialah jangan kacau lagi ceramah-ceramah umum parti pembangkang, sebab negara kita ialah negara demokrasi. Demokrasi kata apa?...Dia kata bahwa boleh berhimpun tanpa membawa senjata tajam. Ini hak dalam perlembagaan M`sia dalam perkara 10a(1). Kalau ikutkan akta ini, rakyat bebas menyatakan pandangan mengikut parti mereka masing-masing kerana ini negara demokrasi, bukannya kuku besi.

Cumanya polis dah buat akta, yang namanya akta polis 1967. Yang memohon pihak penganjur sila kemukakan permit. Itu saja. Tapi akhir-akhir ni, nampak berat sikit sampai langsung takdak negotiation. Kita tahu polis tidak akan bertindak melainkan ada arahan. Sebenarnya, habih polis + askar belah kita dah; buktinya masa pilihanraya kecil Teluk Kemang yang lalu. Sebenarnya tidak ada satu kotak (undi pos) pun yang BN menang, tapi main dengan penipu, boleh kat depa jugak. Jadi kita tahu, polis pun sekarang ni mahu pada Islam. Dah ramai sekarang ni depa dok attend kuliyyah-kuliyyah yang ustaz power-power punya. Maknanya cukup ramai dah yang sedar sekarang ni. Sebenarnya, mereka pun tak suka sebenarnya nak bergaduh dengan kita. Tapi atas arahan pihak atasan, mereka terpaksa jugak lakukan. Jadi, macamana nak bersatu-padu kalau macam ni punya gaya. Hak nak bersuara seolah-olah sudah diharamkan. Keadaan sebegini akan menimbulkan kembali perselisihan antara Melayu. Sebenarnya kita pun benci dengan keadaan saling masam muka, pulau memulau kenduri tak pi, mati pun tak pi; kita tak mau tengok dah benda-benda lagu ni sebab kita benci. Kita nak tengok Melayu saling berbaik-baik, tapi mestilah atas dasar Islam. Sebab sebagai orang yang mengaku Islam, benda yang dianjurkan oleh Allah hendaklah diambil kira...Ini prinsip kami. Dan kami tak akan gadai prinsip kami. Kami tetap berpegang pada Islam. Kalau kamu mahu, dasarnya ialah Islam. Kalau tak ndak, kamu boleh jalan!...Inilah ceritanya. Sekian untuk makluman!!!

Tumpang tak naik angin lagi, lebih baik cari tempat berenti. Takut satgi dengan pc-pc, dengan keyboard sekali nanti lingkup. Saya bukan boleh cerita lagu-lagu ni semua, ringan tangan rasanya. Jadi, apa yang kami nak bagitau ialah kami pun tak kebuloq kalau kamu tak ndak pada Islam. Kalau ndakkan Islam, ayuh!..kita takdak masalah. Kita boleh buat bersatu habih Melayu semua. Takdak masalah, kita pun seronok. Takada lagi pulau memulau, tak ada lagi gaduh bergaduh; kita pun senang. Bila mai pilihanraya esok, bubuh calon sorang saja, takdak perlawanan. Semua senang. Tak payah pilihanraya pun takpa, lantik teruih. Lagi senang. Tak payah dah pening-pening kepala, dengan bansai panasnya, dengan komputernya, dengan perabih buah duriannya, pasai jenih ni lagi ramai dari yang buat kerja....Okay setakat ni lah dulu...Takut sat gi macam-macam punya buah nanti keluaq pulak.

Allahu ta`ala `alam.

47662_wallpaper280.jpg