Muqaddimah - Bab 7 - Hadith 20

Bab 7 : Wajib menuntut Ilmu Agama dan kelebihannya.

Hadith 20 :

Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibn Majah dan lain-lainnya)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ringkas yang dibaca pada kali ini, saya yakin selalu didengar oleh muslimin dan muslimat sekelian. Iaitulah yang berhubung dengan kelebihan menuntut ilmu. Dimana di dalam al-Quran, Allah swt mengajar kita akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita. Seperti firman Allah swt melalui Surah Thahaa:114 umpamanya, telah mengajar Nabi saw, "...Katakan oleh mu wahai Muhammad saw: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku."...Maknanya, ilmu ini adalah suatu benda yang Allah perintahkan kita supaya ditambah tiap-tiap hari. Tidak boleh dikurangkan kerana doa daripada Nabi saw tadi mengajar supaya ditambah, bukannya dikurang. Ini bermakna, Allah swt ajar kita supaya kita ni sentiasa menambah ilmu...Ayat dari Surah Thaahaa tadi adalah dalil yang pertama berkenaan menuntut Ilmu. Ini pula adalah dalil yang kedua, iaitulah melalui Surah al-Mujaadalah:11. Dari ayat ini, Allah swt telah mengangkat darjat orang-orang yang beriman yang berilmu pengetahuan. Firman Allah swt yang bermaksud, "...dan sesungguhnya Allah telah mengangkat dikalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan..."...Inilah dia besarnya kesan ilmu di dalam kehidupan manusia.

Dan dalil yang ketiga melalui Suratul Baqarah:31-32, kita melihat bagaimana manusia adalah lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat apabila manusia itu memiliki ilmu yang diajar oleh Allah swt. Contohnya, cuba kita kembali pada kisah Nabi Adam as, yang mana beliau telah diajar oleh Allah dengan beberapa nama benda. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan telah diajarlah oleh Allah akan Adam as dengan beberapa nama benda. Lalu apabila Adam as menghafal nama-nama benda tersebut, maka Allah panggil malaikat (Allah hadirkan malaikat di hadapan Nabi Adam as), kemudian Allah suruh malaikat sebut pula nama-nama benda yang telah Allah ajar kepada Adam as. Maka menjawab para malaikat: Maha suci Engkau wahai Allah, kami tidaklah tahu apa-apa pun, kecuali yang telah Engkau ajar kepada kami. Sesungguhnya Engkau ini adalah Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana."...Mufassirin membahaskan bahwa inilah dalil yang menunjukkan tingginya darjat manusia daripada malaikat.

Manusia dengan ilmunya, telah menerokai alam yang luas ini. Manusia dengan hanya sedikit akal kurniaan Allah, telah memakmurkan bumi Allah ini dengan sains dan teknologi, dan dengan segala penemuan demi penemuan. Maka tinggilah darjat manusia apabila dia berilmu. Tetapi akan berlaku sebaliknya, yakni menjadi rendahnya darjat manusia itu, bahkan akan menjadi lebih rendah daripada haiwan, binatang, khinzir dan sebagainya apabila manusia itu tidak berilmu dan tidak beriman kepada Allah swt. Sebab itu Allah swt mengingatkan kepada manusia sepertimana yang disebut di dalam al-Quran; bagaimana manusia yang tidak berilmu ini, diantara perangai mereka ialah mereka suka membantah-bantah Allah ta`ala. Cuba tuan-tuan tengok Surah al-Hajji:3 yang bermaksud, "Dan ada manusia wahai Muhammad saw; kerja mereka ialah membantah Allah, komen Allah, pertikai Quran dan pertikaikan kehendak Allah dengan tanpa ilmu pengetahuan;.."...Orang yang jahil bodoh ni kata Allah ialah mereka-mereka yang tidak tahu untuk menghargai kebesaran Allah, dan mereka terlibat pula dalam kerja dan program menentang Allah swt. Maka orang beginilah yang disebut Allah sebagai orang yang tidak berilmu dan suka membantah kehendak-kehendak Allah swt. Sebab itu, dengan ilmulah kita dapat menyuluh yang mana haq dan yang mana kebathilan. Dan hasil daripada menuntut ilmu jugalah kita akan mampu mengenal haq-haq Allah swt, dan mampu pula kita untuk menjadi insan yang akan mendapat beberapa kelebihan.

Sebenarnya apabila dirujuk dalam Kitab Mastika Hadith bahagian Muqaddimah ini, didapati tidak banyak hadith yang membicarakan berhubung dengan habuan-habuan yang diperolehi samada mereka yang mengajar ilmu ataupun bagi mereka yang datang belajar ilmu. Oleh sebab itu menurut ust Halim Nasir, maka beliau pun merujuk pula di dalam beberapa buah kitab yang lain dan mendapati ada beberapa hadith yang mengatakan tentang kelebihan menuntut ilmu ini. Jadi, bila kita baca rujukan dari kitab-kitab yang lain, ini akan memberi satu suntikan semangat kepada kita untuk terus mengaji dan terus mengaji. Walaupun mungkin berulang-ulang kali kita telah mendengar hadith yang sama yang disebut daripada ustaz-ustaz dan tok-tok guru yang berlainan, tetapi yang utamanya disini ialah kelebihan duduk di dalam majlis ilmu itu sendiri. Kerana setiap orang yang menghadirkan diri ke dalam majlis, dia akan mendapat doa daripada para malaikat; seperti yang disebut oleh Allah bahwa antara kerja malaikat itu ialah di dalam Surah Hamiim asy-Syuraa:3 yang bermaksud, "Dan langit di sebelah atas itu, hampir-hampir pecah kerana takut mengenangkan kebesaran Allah swt. Dan malaikat-malaikat itu antara kerja mereka ialah membuat dua perkara. Yang pertama ialah mereka sentiasa bertasbih memuji Tuhan mereka..."...Ini menunjukkan di kaki langit tu penuh dengan para malaikat. Sebab itu, Nabi saw pernah berseloroh dengan sahabat-sahabatnya, kata Nabi saw, "Kalaulah Allah mengizinkan aku mikraj sekali lagi ke langit, nescaya aku akan bawa bersama sebatang jarum untuk aku bergurau dengan malaikat."...Apa maksud ucapan Nabi saw sedemikian?...Nabi saw sebenarnya nak beritahu kita bahwa di atas langit tu penuh dengan malaikat, hatta kalau ambik sebatang jarum dan lempar ke mana pun, pasti akan kena kat sayap para malaikat. Ini menunjukkan langit itu penuh dengan para malaikat. Dan mereka tidak duduk diam begitu sahaja kerana mereka sentiasa bertasbih memuji Tuhan (Allah swt). Dan kerja kedua malaikat seperti yang disebut dalam sambungan ayat di atas ialah, "Mereka mintak ampun untuk manusia yang hidup di atas mukabumi dengan tolong berdoa kepada Allah."...Siapakah yang dimaksudkan dengan "manusia yang hidup di atas mukabumi" itu?...Para mufassirin telah membahaskan bahwa diantara yang dimaksudkan itu ialah penuntut-penuntut ilmu. Jadi, orang yang mengaji ilmu sentiasa berada di dalam doa para malaikat. Oleh sebab itu, alangkah beruntungnya sesiapa saja yang sentiasa berkejaran mencari ilmu dari satu masjid ke satu masjid yang lain, kerana golongan ini sentiasa dalam doa para malaikat. Mengikut hadith yang lain, para malaikat sentiasa bertindih-tindih di dalam setiap masjid yang sedang mengadakan majlis ilmu sehinggalah sampai ke Arasy Allah. Lalu mereka mintak pada Allah supaya yang hadir di dalam majlis ilmu ini, diampunkan dosa mereka oleh Allah swt. Dan termaklum dibahaskan oleh muhadithin, ada pun dosa yang diampunkan itu adalah dosa-dosa kecil sahaja. Alhamdulillah, jadilah walaupun dosa-dosa kecil sahaja, sebab kita tak tahu berapa banyak yang kita dah terlanjur buat. Barang diingat walaupun dinamakan dosa kecil tapi kalau dikumpul-dikumpul, ia akan jadi dosa besar. Seumpama sebatang ranting kayu yang tak boleh buat api yang besar. Tetapi kalau ranting kayu itu dihimpun menjadi setimbun, maka dia boleh menyalakan api yang besar. Begitulah perbandingan yang Rasulullah saw sebut tentang kemungkinan dosa yang kecil boleh berubah menjadi dosa yang besar.

Sekarang mari kita baca beberapa hadith yang lain (bukan daripada kitab Muqaddimah Mastika Hadith) yang boleh kita relate dengan persoalan menuntut ilmu ini.

1) Hadith daripada Abi Darda` ra, katanya Nabi saw telah bersabda (mafhumnya), "Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga..."...Maknanya, siapa yang tak mengaji, dia tidak akan mudah untuk mencari jalan ke syurga; tetapi yang mudah baginya ialah mencari jalan ke neraka...nauzubillahiminzalik...Bila tak mengaji, akhirnya dia jadi jahil. Dan jadilah dia golongan yang bercakap tentang Islam, tapi dalam masa yang sama, bini cabut habih bulu kening. Jadilah dia golongan yang bercakap tentang Islam lagu tu lagu ni, tapi anak perempuan dia penganjur kelab-kelab lesbian dan gay. Hat tu lah yang bangga sangat masuk tv tiap-tiap hari tu, sampai bini make-up tak serupa orang dah. Tapi sembang pasai Islam deraih, mengalahkan Imam Mawardi lagi...nauzubillah...Jenis ni semua bukan tak tahu Islam, tapi main dengan sombong takabbur, habih punah ranah lingkup jadinya.

Lalu Nabi saw bersabda lagi, "Dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan."...Bayangkan tuan-tuan; bila kita bagi reverse gear untuk keluar ke majlis ilmu, malaikat dah hampar siap-siap dah sayapnya. Kenderaan jenis apa pun yang kita gunakan untuk membawa kita ke majlis ilmu; baik kereta, baik motor, baik basikal, hatta berjalan kaki sekali pun; sebenarnya kita sedang berjalan di atas sayap-sayap para malaikat. Ini Nabi saw yang sebut. Cumanya, Allah swt tak bagi la kita nampak. Kalau nampak, alamat pengsan la jawabnya kita ni; takdan pi kuliyyah.

Sebab itu, Nabi saw cukup cinta majlis-majlis ilmu ini. Kerana pernah suatu hari, Nabi saw masuk ke dalam masjid Nabawi dan didapatinya ada dua kelompok manusia. Satu kelompok sedang zikrullah (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar) dan satu kelompok lagi sedang mengaji ilmu. Maka Nabi saw mengambil keputusan untuk duduk dalam kumpulan yang mengaji ilmu. Inilah yang Rasulullah saw ajar kepada kita. Sebenarnya bukannya salah kalau kita nak join group yang dok berzikir tu, tapi inilah yang Nabi saw nak ajar dengan tindakan dia itu, menunjukkan besarnya kesan bila kita berada dalam majlis ilmu.

Sambung sabdaan Nabi lagi, "Dan seorang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi, dan ikan-ikan di dalam air..."...Tuan-tuan boleh bayang ka segala ikan kerapu, gelama, sembilang apa semua yang kita dok makan tiap-tiap hari tu, depa boleh tolong minta ampun untuk kita yang pi mengaji ni, tuan-tuan...MasyaAllah...Bukan kata ikan saja yang minta ampun, malah seluruh penduduk langit dan bumi pun berbuat demikian. Tuan-tuan boleh bayang ka?...Jadi, yang tak mau mengaji sangat ni pasai apa?...Yang jadi bebal jahil sangat ni pasai apa?...Itu belum sembang lagi yang mai majlis ilmu tu faham ka tak faham apa yang ustaz bawa dalam kuliyyah. Faham tu kira bonus la tuan-tuan. Tapi yang kita dok cerita ni ialah mai saja pun dapat walaupun tertidur dalam majlis ilmu. Sebab itu, orang yang bodoh saja yang tak mau pi mengaji ni. Ini yang Allah cukup marah sangat kat puak-puak yang bodo sombong tak mau mengaji ni, sedangkan segala ikan di dalam air tolong doa untuk kita.

Dan Nabi saw bersabda lagi, "Dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadah sebagaimana kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang yang lain."...Tengok macamana Nabi saw sebut tentang status seorang yang berilmu (alim) bila dicompare dengan ahli ibadah yang takdak ilmu?...Seperti bulan purnama mengatasi cahaya bintang yang lain. Cuba tuan-tuan perati tengok bila bulan mengambang yang kemudiannya dikelilingi oleh bintang-bintang yang bertaburan. Tapi kalau perati bintang tu, kenalah perati elok-elok. Kena tau beza yang mana satu bintang dan yang mana satu satelite. Kalau tuan-tuan nak tau satelite, yang bercahaya kuat putih di kaki langit itulah satelite. Bintang ni, cahayanya agak malap-malap sikit tak berapa nak nampak sebab dia jauh daripada bumi. Jadi kalau kita tengok ada 2-3 dot di langit, yang cerah itulah satelite sebab dia dekat. Satelite ni dia duduk dalam ruang angkasa yang boleh menerima transmision untuk kita nak tengok bola secara live ka, nak tengok CNN pembohong pasai Taliban ka, dan macam-macam siaran live lagi yang boleh kita tengok. Yang tu cerita satelite. Tapi sekarang kita nak cerita lagu mana cahaya bulan purnama bila dia memancar, maka padam habih cahaya bintang. Sedangkan cahaya bintang pun boleh padam bila timbulnya bulan purnama, inikan pula keris berkarat tak bersarung. Jadi lembik habih jadinya. Jadi, inilah perbandingan yang Nabi saw buat antara orang alim yang berilmu dengan ahli ibadah yang takdak ilmu. Jadi, cukup bahaya kalau jenis kuat ibadah tapi takdak ilmu ni. Golongan ni cukup banyak tuan-tuan. Masbuq tak tau, muafiq tak tau, apa pun dia tak tau; tapi dahi tu dia punya hitam blue black dah pun.

2) Kita merujuk kepada ucapan Muaz bin Jabal ra yang begitu panjang sekali. Muaz bin Jabal ra, kita tahu adalah sahabat Nabi saw yang berbangsa Yaman. Orang Yaman ini kulit dia gelap sikit, tapi taklah segelap kulit orang Afrika. Orang Afrika ni, hitam sungguh. Tapi sehitam-hitam Afrika, depa sudah pun menghantar wakil mereka, iaitulah Bilal ibn Rabah untuk mencium syurga Allah swt. Cantik-cantik Melayu, tapi belum tentu ada wakil lagi.

Okay berbalik kita kepada cerita Muaz tadi; beliau sebenarnya telah dihantar oleh Nabi saw sebagai duta ke negeri Yaman. Disamping jadi duta, beliau juga diarah oleh Nabi saw supaya mengajar orang-orang Yaman tentang ugama Allah swt. Lalu inilah dia antara ucapan Muaz yang dia mentioned tentang ilmu. Katanya :

i) "Belajarlah ilmu kerana belajar ilmu itu adalah kebaikan."...Awat tak baiknya, sebab dengan ilmu itulah kita boleh membezakan mana dia haq dan mana dia bathil. Dengan ilmu itu juga kita boleh suluh yang mana dia kebajikan dan yang mana dia kejahatan.

ii) "Carilah ilmu kerana mencari ilmu itu adalah ibadah."...Sebab itu bila kita belajar ilmu ni, jangan kita peduli datang daripada siapa. Ini Nabi saw yang ajar. Jadi, kita boleh belajar daripada sesiapa pun; dari orang putih ka, dari Jepun ka, hatta daripada musuh Allah sekali pun sekiranya boleh membawa manafaat kepada Islam, takpa proceed aja. Tapi janganlah sampai Mat Salleh tu tak sembahyang, kita pun tak sembahyang sama. Yang tu kira tak lama la tu jawabnya. Sebab itu Nabi saw pernah berpesan, "Siapa yang nak kan dunia, dia mesti ada ilmu. Apatah lagi kalau nak kan akhirat, ilmu lagi-lagilah penting. Begitu jugalah kalau ndakkan dua-duanya sekali, pun mesti ada ilmu."...Sebab itu bagi pejuang-pejuang agama Allah, janganlah extreme sangat bila dengaq para ulama kita buat penerangan dalam bahasa orang putih. Jangan kita jadi jenis "stupid very clever" punya geng. Besok-besok kalaulah diizinkan Allah kita memerintah, bila nak jumpa duta nu duta ni; siapa nak tolong cakap orang putih kat kita?...Duta-duta tu bukan reti cakap jawa, cakap minang apa semua ni. Kita kena communicate in English, kena meeting in English, kena mention in English; sebab duta-duta ni semua jenis tu. Tapi ada la orang lain yang pakar dalam bidang tu, bukannya saya. Saya nak habag saja. Jadi, pemimpin-pemimpin kita mesti kena ada ilmu di bidang tu. Sebab itu kita lihat pemimpin-pemimpin kita; Arab pun depa boleh, English pun depa boleh. Takkan itupun salah. Tapi bila kita extreme, kita seolah-olah menghukum ilmu technology daripada barat ni, semuanya tak betul. Mana boleh lagu tu tuan-tuan?...Tak kena gaya tu. Ilmu boleh kita ambil; yang tak boleh ambil ialah aqidah depa. Itu saja.

iii) "Mengingati ilmu samalah dengan bertasbih."...Tak kiralah ilmu apa pun; ilmu al-Quran ka, ilmu kejuruteraan ka, ilmu perubatan ka, ilmu apa saja asalkan dengan ilmu itu kita boleh memajukan masyarakat di dunia, dengan berlandaskan Islam dan aqidah. Itu lebih aula kerana amat dicintai oleh Allah swt. Maksudnya ilmu yang boleh memanafaatkan manusia, bukannya yang melingkupkan. Kalau ilmu melingkup merapu, mau ingat, yang tu tak jadi tasbih.

iv) "Menyelidiki ilmu, samalah dengan berjihad."...Jangan buat main-main tuan-tuan. Maksudnya, research and development tu kira jihad fisabilillah juga tu. Macam sapa yang belajar engineering, banyak penyelidikan yang depa buat. Circuit tu lah circuit ni lah, nak measure current rating lah, voltage rating lah, kalau radio transmision pula depa kena jaga dia punya noise dan bermacam-macam lagi. Bagi orang yang mengaji perubatan pula, kalau berlaku operation; procedure macamana nak ikut, dos bius berapa banyak nak pakai dan macam-macam lagi. Yang bahagian sivil pula, dengan kajian mereka tersendiri. Bermacam-macam penyelidikan yang kita buat. Tak habih-habih kita mengaji.

v) "Mengajar kepada orang yang tidak tahu itu adalah sedeqah."...Maknanya, saya sedang bersedeqah sekarang ni kepada orang yang tidak tahu. Tuan-tuan pun bersedeqah juga, kalau tuan-tuan habih baca posting ni, lepas tu tuan-tuan print bagi kat sapa-sapa suruh depa baca pulak. Jadi, bukan maknanya sedeqah ni bagi duit saja ataupun bukannya sedeqah ni beri senyuman saja. Sebenarnya pengertian sedeqah adalah amat luas. Mengajar kepada orang yang tidak tahu juga termasuk dalam sedeqah. Sebab itu, jasa orang yang bergelar guru adalah cukup besar. Orang yang bergelar guru ini, sentiasa dikenang sampai bila-bila pun. Walaupun si guru tu dah pencen sekali pun, tapi title "cikgu"nya tetap lekat bermain dibibir masyarakat. Inilah penghargaan jasa guru.

vi) "Memberikan kepada yang berhak itu adalah takarrub ilallah."...Bila kita memberikan ilmu kepada orang yang berhak menerimanya, ini tandanya kita menghampirkan diri kepada Allah swy.

vii) "Ilmu itu adalah kawan ketika kamu keseorangan."...Cuba tuan-tuan perati tengok perangai penghafal-penghafal Quran masa depa tengah dok relax. Kalau depa drive kereta; sambil drive tu, mulut terkumat kamit mengulangi hafalan-hafalan mereka. Seperti juga baru-baru ni, masa kami satu bas pi K`tan tengok Jubilee Emas 50 tahun Pas; kami bawa anak sorang daripada mangsa ISA. Umur dia baru 11 tahun, tapi ayat Quran dalam kepala tuan-tuan. Ana try dia. Ana buka Quran kat mana-mana pun, lepas tu ana baca. Kemudian ana suruh dia sambung...MasyaAllah tuan-tuan, Allah Maha Penyuluh...Macam air aje anak si mangsa ISA tu sambung. Sebijik pun tak lari satu huruf maupun satu baris. Cukup terang hati budak tu. Ada setengah member tu, masa nak tidur dalam bas, panggil dia duduk tepi, "Abu! hang mai sat. Hang baca mai Suratul Baqarah kat aku."...Dia nanti bagi mendayu-dayu. Jadi, apa yang ingin disebut ialah ilmu itu adalah teman ketika kita keseorangan.

viii) "Dan ilmu itulah merupakan kawan dalam kesepian, penunjuk jalan kesenangan dan penolong menghadapi kesukaran, kerana ia adalah senjata untuk menghadapi musuh."...Tuan-tuan kalau nak berdebat dengan hujjah-hujjah yang boleh mematahkan hujjah musuh, ilmu mesti ada. Sebab itu, orang tua-tua kata kalau takdak ilmu di dada, jangan dok pi merantau. Betoi tu tuan-tuan. Tapi kita nak tambah sikit, iaitu kalau tanpa ilmu dan iman, jangan berani dok pi merantau tak tentu hala. Maknanya, ilmu mesti ada untuk menghadapi musuh. Dan ilmu yang paling besar ialah al-Quran. Dengan hujjah Quran itu, kita boleh mematahkan hujjah-hujjah musuh. Tapi kalau kita patahkan hujjahnya dengan al-Quran, dia masih juga nak membantah, maka dia sebenarnya sedang menempa dirinya untuk masuk ke dalam api neraka...nau zubillah...Sebab itu, kita nak bagi ingatan pada sahabat-sahabat yang suka sangat kata, "Sikit-sikit al-Quran, sikit-sikit al-Quran. Belum tentu betul walaupun Quran cair di mulut."...Haaa!...baik-baik sikit wording tu, takut tergelincir aqidah satgi, menangis tak berlagulah jawabnya. Sebab itu, ustaz Shamsuri selalu sebut bahwa walaupun mai sorang bagi hujjah atau teorinya dengan cukup menakjubkan, tapi kalau tanpa dasar al-Quran dan as-Sunnah, suruh dia pi cerita jauh-jauh.

ix) "Malaikat suka berkawan dengan orang yang berilmu dan mengusap-usap mereka dengan sayapnya."...Kalau orang tak mau kawan dengan kita kerana kita dikatakan "pemecah belah" masyarakat, itu tak jadi hal. Biarlah kawan kita dari kalangan malaikat, yang sentiasa berdoa akan kesejahteraan kita kepada Allah swt.

x) "Orang yang berilmu ini sentiasa didoakan oleh semua benda yang basah mahupun yang kering."...Bukan sekadar didoa oleh ikan di laut tetapi setiap benda yang basah maupun yang kering mendoakan untuk orang yang menuntut ilmu. Yang dimaksudkan ialah semua binatang di darat dan di laut (termasuk binatang buas), tolong berdoa untuk kita. Termasuklah serangga-serangga seperti nyamuk, belalang, semut apa semua ni turut berdoa supaya Allah ampunkan orang yang mengaji. Tuan-tuan, kalau sekali fikir memanglah tak masuk akal, tapi inilah yang Muaz ra sebut. Dan tuan-tuan kena ingat bahwa Muaz bin Jabal ra ialah sahabat yang mendapat tarbiyah secara langsung daripada Nabi saw. Jadi, sudah tentulah benar ucapannya.

xi) "Ilmu itu menghidupkan hati daripada kebodohan."...Sungguh tuan-tuan, memang bodo betoi orang yang takdak ilmu ni. Tindakan orang sebegini selalunya di luar batas kemanusiaan. Tindakan yang tidak berlandaskan ilmu yang sebenar, akan terserlahlah kebodohan seseorang...nauzubillah...Sebab itu, berilmu adalah satu benda yang amat penting kerana ia adalah pelita dari kegelapan, kekuatan dari segala kelemahan dan banyaklah lagi yang Muaz ra sebut sampai tak larat saya nak sebut. Memang cukup banyak kalau nak diteruskan. Tapi nak sebutnya ialah penting dan besarnya menuntut ilmu.

3) Dari ucapan Muaz bin Jabal ra, kita lihat pula kisah Saidina Ali karramallahu wajhah. Saiyyidina Ali kw ni tuan-tuan, Nabi saw pernah bersabda, "Bandingan aku dengan Ali di sudut ilmu ialah aku ini gudangnya dan Ali itu adalah seumpama pintu gudang itu."...Inilah standard Saidina Ali kw. Dan kepintaran Ali kw pernah diuji, bilamana sahabat tanya dia, "Manakah lebih utama, antara ilmu dengan harta?"...Sekali fikir memanglah kedua-duanya penting. Tapi ilmu adalah warisan para Nabi as, manakala harta adalah warisan Qarun. Tu yang Melayu dok sebut harta karun-harta karun tu. Sebenarnya bukan karun, tapi Qarun; seorang yang ditenggelamkan dengan hartanya sekali ke dalam perut bumi. Tempatnya, tu dia di tasik Fayyum nu kat negara Mesir. Di situlah kilangnya dulu. Nak bawa kunci untuk buka kilang dia saja memerlukan 40 ekor unta memikulnya. Boleh bayang ka banyak mana harta dia?...Allah ranapkan dengan kilang dia, dengan istana dia dan dia-dia sekali di kawasan tasik Fayyum, iaitu lebih kurang 60 km daripada Mesir. Inilah bahananya takabbur enggan bersedeqah membantu fakir miskin. Allah tenggelamkannya, maka nama harta yang tenggelam itu ialah harta si Qarun. Tapi hari ini, kita di M`sia buat bermacam-macam ekspedisi menjelajah mencari harta karun. Takke bodoh tu?...Ini pun kira takdak ilmu sebab tak mengaji. Harta Qarun kat Mesir nuuu, yang hangpa pi cari kat celah-celah batu dengan pokok ni apasal?

Baik, kembali kita kepada persoalan yang diajukan kepada Saidina Ali kw tadi. Kata Ali kw, "Ilmu adalah warisan para rasul, tapi harta pula adalah warisan Qarun. Maka elok lagi ilmu daripada harta."...Dan yang keduanya kata Ali kw, "Elok lagi ilmu daripada harta kerana ilmu menjaga kamu. Adapun harta, kamu kena jaga dia."...Jadi, mana lebih elok tuan-tuan; harta ataupun ilmu?...Nak sembahyang satgi, ilmulah yang guide kita. Ilmulah yang ajar kita mana batasan wuduk, mana sempadan muka, mana yang rukun, mana yang makruh, mana yang sunat dan sebagainya. Tapi harta, jenuh kita kena kepung dia. Tak payah sembang benda-benda besaq-besaq la tuan-tuan, sembang pasai kereta cukup la. Dengan minyak dia lah (dok geram naik sekupang tak habih lagi ni!), dengan oil filter dia lah, lepas oil filter, air filter pulak, lepas tu absorber dia pulak, kemudian nak tukaq minyak automatic dengan gearnya sekali, jenuh kena tunggu kat workshop 3-4 jam melengum. Tak jaga satgi, yang tu lah saja harta kita yang ada pun. Yang tulah jugak yang bawa kita pi mengaji ni dengan izin Allah...Pening, pening....Belum lagi cerita pasai rumah. Belum lagi cerita hat bini 4; yang ni lagi pening...Pening nak jaga semua ni. Sebab itu, kata Ali kw, "Ilmu lah yang lebih baik sebab ilmu itu menjaga kamu. Manakala harta, kamu kena jaga dia."...

Secara kesimpulannya; apa yang kita nak sebut ialah besarnya peranan ilmu dalam mendidik manusia. Sebab itu, orang yang berilmu dihormati oleh masyarakat. Orang yang takdak ilmu, orang lain tak hormat kat dia. Itulah yang Allah kata, "Darjat seseorang itu diangkat adalah kerana ilmu, bukannya kerana harta."...Jadi, inilah satu kebenaran yang tidak boleh kita nafikan...Okay tuan-tuan sampai setakat ini dulu. Dalam posting yang akan datang, InsyaAllah, kita akan bahaskan pula apa dia ilmu-ilmu yang asas yang kita kena belajar. Dia ada kaedahnya sebab ada juga ilmu yang kalau tak belajar pun kira takpa. Samalah seperti kita belajar dalam bab haram bab wajib ni, iaitu ada wajib yang hal dan wajib yang tidak hal. Contohnya ialah seperti ibadah haji, ia adalah wajib yang tidak hal. Maksud wajib yang tidak hal ni ialah budget kalau cukup baru kena pi. Tapi sembahyang pula adalah wajib yang hal. Samalah juga dengan ilmu. Ada ilmu yang kita wajib belajar dan ada ilmu yang kalau tak belajar pun takpa. Sebab cukup dengan ilmu yang asas tadi untuk cover semua. Yang ni kita akan lihat nanti dalam hadith-hadith seterusnya.

Allahu ta`ala `alam.

 

paradise_water.jpg