Muqaddimah - Bab 5 - Hadith 16

Hadith 16 :

Dari Abdillah bin Amru ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya." (Matan arbain hadith 40 Imam Nawawi rahimallahu ta`ala )

Muslimin/muslimat rahimmakumullah. Hadith yang ke 16 yang kita baca pada kali ini walaupun ringkas dan pendek, tetapi ia mempunyai pengertian yang begitu besar, yang mesti difahami oleh setiap mereka yang mengaku menjadi orang Islam, apatah lagi yang mengaku beriman kepada Allah swt. Mereka mesti faham bahwa diantara sifat yang mesti ada kepada diri orang-orang yang beriman ialah tunduk dan patuh kepada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah saw. Ini adalah kerana tunduk dan patuh kepada Rasulullah saw itu merupakan satu jalan penyelesaian yang mesti diambil oleh manusia untuk menyelesaikan apa saja masalah yang berlaku sesama manusia.

Sapa dalam dunia ni yang takdak masalah?...Cuba bagitau mai sat. Takdak tuan-tuan; semua manusia pasti akan menghadapinya. Ini adalah kerana sifat manusia yang dicipta Allah, memang dalam keadaan lemah. Oleh sebab itu, sudah tentu akan timbul pelbagai masalah di dalam kehidupan seharian. Sebab itu Nabi saw menyebut, "Apa yang penting bagi kamu ialah mesti ada ketundukkan kepada Allah dan rasul saw, khususnya di dalam amalan seharian secara praktikal sepertimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi saw.".

Okay sekarang mari kita bincang apakah masalah yang berlaku mutakhir ini. Masalah perpaduan Melayu?...Masalah pecah-belah?...Atau masalah apa saja?...Tapi mesti ingat, setiap perbincangan hendaklah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sampai jadi biol bahalol tak reti punca. Kita kata macam tu sebab semuanya (asas perbincangan) telah pun disediakan mengikut acuan Rasulullah saw; jadi, kita hanya ikut sahaja. Jangan dok memandai-mandai tambah pulak. Sebab itu, bila kita lihat pihak umno ajak Pas bincang tentang masalah perpaduan, maka kita lihat Pas dengan tegas mengatakan bahwa perbincangan mestilah bukan hanya sekadar berlegar di atas masalah perpaduan Melayu sahaja, tetapi hendaklah disentuh sehingga kepada masyarakat majmuk. Ini adalah kerana Nabi saw itu sendiri merupakan rasul yang memimpin Madinah, yang di dalamnya terdapat masyarakat majmuk. Dan kita perlu faham bahwa yang dikatakan masyarakat majmuk di Madinah, bukan sekadar adanya Muhajirin dan Ansar sahaja, malah di sana juga ada 3 puak terbesar yahudi dan disana juga ada golongan padang pasir Badwi Madinah yang buta huruf; kesemuanya mereka telah disatukan oleh Nabi saw. Ini menunjukkan kepada kita bahwa perpaduan yang diasaskan oleh Nabi saw bukanlah di atas bangsa Arab sahaja. Tetapi disatukan umatnya diatas keadilan Islam. Yang ni lah yang perlu kita jelas dengan sejelas-jelasnya.

Sebab itu, marilah kita ulang apa yang telah dinyatakan oleh pimpinan tertinggi kita, bahwa kita masih bersedia untuk berbincang. Tetapi tidak boleh di atas skop perpaduan Melayu semata-mata. Jadi, ia hendaklah dibincangkan dengan lebih meluas lagi dengan menyentuh persoalan rasuah, persoalan arak dan judi, persoalan kezoliman, persoalan ketidak-adilan, persoalan berlakunya penindasan terhadap Islam dll; kesemuanya ini hendaklah diutamakan perbincangannya. Kalau tak mau juga, apakata kita bincangkan sepertimana yang pernah TG Nik Aziz Nik Mat syorkan, iaitu katanya, "Terlebih aula dan terlebih penting untuk kita membahaskan: Mengapa sampai sekarang Islam secara benar masih belum dapat ditegakkan di bumi M`sia ini?...Bukankah ini lebih seronok untuk dibahaskan?"...Secara peribadi, saya amat setuju dengan saranan TG tu sebab ia lebih luas perbahasannya daripada hanya pada bangsa semata-mata. Kita tak mau perbincangan itu menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja, ataupun untuk agenda tersembunyi umno untuk meraih kembali sokongan yang semakin menurun. Apa yang kita mahu ialah pertemuan itu mestilah diatas dasar Islam, yakni untuk meletakkan Islam yang memerintah, bukannya Islam diperintah-perintah...Sebab itu, kita nak ulang apa yang disebut oleh al-Fadhil ustaz Nasharudin Mat Isa, beliau menyatakan bahwa, "Kalaulah perkara ini (persoalan rasuah, kezoliman, penindasan terhadap Islam apa semua ni) tidak dibincangkan, maka kami tak kelapaq nak bertemu."....Inilah pendirian kita. Bagi ahli-ahli bawahan, mereka mestilah faham perkara ini sebab pimpinan kita bukannya nak menggadai prinsip perjuangan bila diajak berjumpa dengan umno. Jangan melenting tak tentu pasal sebab pimpinan lebih mahir dan fakih tentang selok belok politik Islam daripada kita.

Berbalik kita kepada hadith di atas; cuba kita rujuk apa yang Allah swt kata dalam Surah ar-Ra`d:1, untuk direlatekan dengan hadith di atas. Kata Allah yang bermaksud, "Itulah dia kitab (al-Quran). Dan apa-apa yang diturunkan kepada mu wahai Muhammad (saw) daripada Tuhan mu adalah semuanya haq dan kebenaran belaka,..."...Nampak tak tuan-tuan; yang mana Allah sendiri declare dalam ayat pertama Suratul Ra`d bahwa apa saja yang turun kepada Nabi Muhammad saw (baik berupa hukum hakam perundangan seperti hukum potong tangan, hukum haram arak judi, hukum tutup aurat dan hukum apa saja) adalah kebenaran daripada Tuhan. Ini adalah salah satu ayat dari ribuan ayat-ayat yang memberitahu tentang declaration Allah terhadap kebenaran Nabi saw. Sebab itu, apabila Nabi saw sebut, "..hawa nafsu (diri kita) kamu mesti tunduk kepada apa yang dibawa oleh Nabi saw..."; maka kita perlu faham bahwa inilah maknanya kita sudah tidak ada alasan apabila berada di hadapan Allah swt di Padang Mahsyar untuk kita beri sebarang excuses supaya boleh kita lari daripada nak menjawab persoalan Allah swt kelak.

Bila ustaz Halim Nasir cerita tentang persoalan di Padang Mahsyar; teringat saya kepada satu hadith yang mafhumnya, Nabi saw menyatakan bahwa, "Pada hari qiamat kelak, Allah swt akan menjadikan 4 orang rasul sebagai dalil untuk Allah berhujjah bagi menolak 4 jenis manusia. HujjahNya yang pertama ialah Dia menjadikan Nabi Sulaiman as untuk menolak golongan yang kaya raya dan golongan yang ada kuasa pemerintahan, tetapi enggan patuh dan tunduk kepada Allah swt..."...Mengapa Allah menjadikan Nabi Sulaiman as sebagai hujjah dan dalil?...Ini disebabkan Nabi Sulaiman as semasa di atas dunia dulu adalah seorang rasul yang punya kuasa pemerintahan yang paling hebat dalam sejarah tamaddun manusia. Sudahlah dia punya kuasa pemerintahan, kemudian dia pulak kaya raya. Tentera-tentera dan pekerja-pekerjanya terdiri daripada jin ifrit, binatang-binatang dan termasuk juga manusia yang hebat-hebat belaka. Manakala kenderaannya pula adalah angin, yang membawanya ke mana sahaja dengan sekelip mata sahaja. Tak terbayangkan oleh kita akan kehebatan k`jaan Nabi Sulaiman as itu tuan-tuan...Firman Allah swt dalam Surah Shaad:35 yang bermaksud, "Dan berdoalah Nabi Sulaiman as: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa kesalahanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah k`jaan, dimana k`jaan yang Engkau nak beri itu adalah sebuah k`jaan yang orang lain tidak akan dapat kecuali aku seorang sahaja..."...Begitulah doa Nabi Sulaiman as kepada Allah swt, dan Allah swt memperkenankan permintaan Nabi Sulaiman itu. Lalu baginda as pun mempunyai satu k`jaan yang cukup hebat dan luas. Sehingga diceritakan di dalam Quran bagaimana hebatnya Nabi Sulaiman as itu sehingga berjaya mentarbiyyah Puteri Balkis dari negara Saba`(Yemen), yang pada asalnya penyembah matahari kepada menyembah Allah swt. Sebelum itu, bagaimana diceritakan bahwa Nabi Sulaiman as amat murka apabila baginda diberitahu ada sebuah k`jaan yang menyembah selain daripada Allah. Lalu baginda menghantar surat kepada Puteri Balkis untuk menjemput dia datang menziarahi k`jaannya di Baitul Maqdis. Dan di dalam perjalanan Balkis itulah, Nabi Sulaiman as telah mengarahkan tenteranya daripada kalangan jin ifrit dan manusia, supaya memindahkan singgahsana Balkis. Tujuannya ialah biar Balkis terperanjat dan jangan lagi sombong angkuh kepada Allah swt. Dan inilah yang diceritakan Allah dalam Suratul Naml:40 yang bermaksud, "Lalu berkatalah seorang lelaki tua dikalangan penduduk Nabi Sulaiman as: Wahai tuanku, saya boleh memindahkan singgahsana Balkis hanya dengan sekelip mata sahaja..."...Lalu Nabi Sulaiman as pun mengelipkan matanya, tiba-tiba di hadapannya sudah tersergam singgahsana Balkis, yang dipindahkan oleh orang tua yang alim....Begitulah cerita hebatnya k`jaan kepunyaan Nabi Sulaiman as. Tetapi walau bagaimana hebat sekali pun k`jaan Nabi Sulaiman as, baginda tetap tunduk patuh kepada Allah swt.

Kalau nak dibandingkan k`jaan M`sia hari ini dengan k`jaan Nabi Sulaiman as waktu dulu; kita kena jauh-jauh tuan-tuan. Walaupun kita nampak canggih dengan twin tower Petronas, nampak hebat dengan projek Mscnya; tapi ketahuilah tuan-tuan bahwa kita masih tidak mampu untuk membendung masalah hackers yang telah berjaya menceroboh dan memusnahkan beratus-ratus laman web. Inilah yang menyedihkan kita sebab laman-laman web dalam internet sebenarnya teramat-amatlah penting untuk kegunaan manusia hari ini. Kalau kita nak berniaga, kita dah tak perlu lagi iklankan barangan kita di kedai-kedai. Kita hanya perlu built-up kita punya homepage sendiri, seperti http://www.kerepek.com/ , lepas tu jual kerepeklah kita. Bukan saja kerepek, malah apa saja kita nak jual, kita boleh iklankan melalui internet. Inilah dia kehebatan internet. Kemudian tu, kalau kita nak beli buku satu dunia, kita hanya perlu taip amazon.com; lepas tu kita boleh jelajah satu dunia punya buku. Tuan-tuan mau buku apa?...Buku tentang kesihatan, buku tentang ekonomi, buku tentang sukan, apa saja buku yang tuan-tuan mau semuanya ada. Kalau nak order, tuan-tuan hanya perlu hantar check dan e-mail sahaja; kemudian selang seminggu, buku yang dipesan akan sampai depan rumah. Tak payah dah nak susah-susah pi kedai. Tapi untuk makluman tuan-tuan, semua buku adalah dalam bahasa Inggeris, bukannya dalam bahasa Jawa...Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah kepentingan internet memang kita tidak nafikan. Tapi dalam dok bermegah kata kitalah hebat dengan internet menet apa semua ni, tiba-tiba bila ada orang masuk ceroboh laman-laman web kita, kita boleh dok nganga saja, apa yellow pun tak boleh nak buat. Dan yang paling teruk kena serang ialah laman Parlimen.gov.com...Inilah sebenarnya satu-satu saluran yang ada untuk kita tengok macamana wakil-wakil yang dilantik oleh kita buat kerja. Dari laman tersebut; baru kita boleh tau siapa yang tidoq, siapa yang kaki tuang, siapa yang samseng, siapa yang tak samseng; semuanya ini boleh kita dapati daripada laman web Parlimen. Tapi sekarang, ia telah dicerobohi...Habih dah, banyak dah website yang telah dimusnahkan. Termasuklah yahoo.com, yang mana sudah beberapa kali hackers cuba cerobohi. Yahoo.com ni tiap-tiap hari saya layari, sebab banyak maklumat saya dapat daripadanya. Iaitulah seperti pergerakan yahudi jews apa semua ni. Tapi apa yang nak katanya ialah memang banyak dah laman-laman web yang dicerobohi, dan kita memang tidak mampu untuk menyekatnya. Sebab itu, mana mungkin kita kata kitalah hebat. Sebenarnya kita takdak apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Nabi Sulaiman as, yang bukan sekadar ada internet, malah bapak internet pun baginda ada kalau kita nak sebut. Bukan bapak internet ka kalau dah boleh terbang dengan sekelip mata sahaja ke sana ke mari?...Kemudian pula boleh memindahkan singgahsana istana dengan begitu cepat sekali?...Inilah persoalannya. Sebab itu, bagi orang yang memerintah dan orang yang kaya raya, dia mestilah tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kalau tidak, maka Allah akan berdalilkan Nabi Sulaiman as untuk menolak mereka-mereka yang kaya raya dan mereka yang punya pemerintahan, tetapi kuffur kepada Allah swt.

Kemudian kata Rasulullah saw, "Yang kedua Allah akan berhujjahkan Nabi Yusuf as untuk menolak golongan-golongan yang menjadi hamba sahya tetapi kuffurkan Allah swt."...Mengapa Allah gunakan Nabi Yusuf as sebagai dalilNya?...Ini adalah kerana Nabi Yusuf as pernah menjadi hamba abdi berpuluh-puluh tahun. Bermula daripada abang-abangnya yang dengki terhadapnya kerana ayahanda mereka Nabi Ya`kub as teramat kasih kepada Nabi Yusuf as. Nabi Yaakub as mempunyai 12 orang anak dan yang paling disayanginya ialah anaknya yang ke 11 iaitu Nabi Yusuf as, manakala Bunyamin adalah adiknya yang bongsu yakni anak yang ke 12. Bila berlaku keadaan macam ni, abang-abangnya menjadi marah dan cemburu. Awat tak marahnya, kalau mai saja hari raya, Nabi Yusuf akan dibawa oleh ayahnya pi beli baju raya ni kira lengkaplah dengan sampinnya, dengan songkoknya, dengan mercun bungapinya apa semua sekali; tapi kalau dengan abang-abang yang lain, hanya dibelikan t-shirt The Rock saja sorang selai...Tu yang marah tu, pasai bagi lebih kurang aje...Ini yang menyebabkan abang-abangnya jadi cemburu, akhirnya depa telanjangkan Nabi Yusuf dan lemparkan dia dalam telaga, kemudian bajunya depa ambik dan lap dengan darah serigala, lepas tu barulah depa pi menangis depan Nabi Ya`kub as kononnya Nabi Yusuf as telah dibaham serigala...Inilah dia kerja syaitan laknatullah, sehinggakan anak rasul pun dia boleh kacau. Kerana iman takdaklah yang membolehkan dia masuk mengacau tu...Sehinggalah Nabi Yusuf as dijual di pasar Mesir, lalu dibeli oleh pemerintah Mesir. Maka duduklah dia dalam istana Mesir sebagai hamba abdi berpuluh-puluh tahun lamanya, sehinggalah dia dipenjarakan akibat daripada fitnah yang berlaku. Iaitulah apabila Zulaikha merasa begitu ghairah melihat Nabi Yusuf, lalu diajaknya Nabi Yusuf melakukan kerja zina, tapi Nabi Yusuf lari ke pintu. Lalu Zulaikha pun menarik Nabi Yusuf daripada belakang dan koyaklah baju Nabi Yusuf di bahagian belakang. Ketika itulah raja pun sampai, lalu untuk menutup malunya si isteri itu, maka Nabi Yusuf as dipenjarakan. Jadi, terpenjaranya Nabi Yusuf as adalah kerana untuk menutup kejahatan pemerintah pada waktu itu...Nampak tak tuan-tuan; ceritanya serupa saja tapi tak sama. Maknanya, itulah kaedah yang diguna-pakai; bila nak cover-up sesuatu kepincangan maka perlulah buat aniaya kat orang lain...Mengikut riwayat, Nabi Yusuf as dipenjarakan selama 7 tahun lamanya. Walaupun menjadi hamba abdi selama berpuluh-puluh tahun, kemudian dipenjarakan pulak selama 7 tahun; tetapi ketaatan Nabi Yusuf as kepada Allah swt sedikit pun tak lentur. Oleh sebab itulah, maka Allah swt berdalilkan Nabi Yusuf as untuk menolak golongan hamba sahya yang ingkarkan Allah.

Kemudian kata Nabi saw lagi, "Yang ketiganya, Allah akan bawa Nabi Ayyub as untuk menolak golongan yang sakit pada tubuh mereka tetapi enggan patuh kepada Allah swt."...Ini adalah kerana Nabi Ayyub as juga pernah diuji oleh Allah dengan ujian yang terlalu berat. Yang pertama, Allah mengujinya dengan mematikan anak pinaknya yang ramai. Lalu datanglah syaitan dengan menyatakan bahwa, "Allah sudah tidak sayang kepadamu sebab habis dimatikan kesemuanya anak-anak kamu."...Tapi kenyataan syaitan itu disanggah oleh Nabi Ayyub as, "Anak-anakku semua itu adalah hak Allah. Dia yang pinjamkan kepadaku sekejap. Barang pinjam ni, sampai satu masa Dia kena ambik balik. Dah Dia nak ambil balik, Dia punya pasal lah. Apa aku boleh buat?"...Nabi Ayyub as tetap sujud kepada Allah. Kemudian turun ujian yang kedua, iaitu dengan dimatikanNya kesemua sekali binatang ternakan Nabi Ayyub yang ribuan itu. Lalu datang lagi syaitan mengganggunya, "Memang Allah tak sayang dah kat kamu. Tengok, habih kambing kamu dimatikanNya."...Tapi Nabi Ayyub as sedikit pun tidak terpengaruh dengan kata-kata syaitan itu dan diberikannya jawapan yang sama sahaja. Kemudian Allah turunkan ujian yang ketiga, iaitu dengan Allah memusnahkan keseluruhan ladang ternakannya. Habih kebun dia tak menjadi, daun jadi kering, buah tak keluar; menyebabkan syaitan sekali lagi melakukan godaannya. Tapi respon yang ditunjukkan oleh Nabi Ayyub as amat-amat mengecewakan syaitan kerana jawapan yang diberi tetap sama. Sehinggalah yang keempat, Allah uji dia dengan mendatangkan sakit kepada tubuhnya. Nak tau berat ke tak berat penyakit yang dialami oleh Nabi Ayyub; sampai ke tahap isterinya yang bernama Siti Rahmah melarikan diri. Tuan-tuan boleh bayang tak macamana teruknya penyakit yang dialami oleh Nabi Ayyub itu sehingga bini dia tak tahan, lalu mengambil keputusan lari tinggalkannya?...Menurut riwayat selama 6 bulan lamanya. Walaupun bini dia lari kerana penyakitnya itu, tapi dia tetap patuh beribadah kepada Allah swt...Dan dalam kisah sakitnya Nabi Ayyub as inilah, maka ada beberapa perkara yang saya nak buat teguran; iaitulah yang berkenaan dengan apa yang disebut sebagai kisah-kisah Israiliyat...Apa dia makna kisah-kisah Israiliyat tu tuan-tuan?...Maknanya ialah kisah-kisah yang dikarang oleh orang-orang yahudi laknatullah bagi menipu orang Islam. Tuan-tuan boleh check tengok dalam buku-buku agama anak-anak kita; memang banyak cerita-cerita begini tuan-tuan. Tolong perati tengok sama anak-anak kita tu tuan-tuan, sebab ia boleh merosakkan aqidah. Diantara contoh kisah Israiliyat ialah bumi ini terletak diantara dua tanduk lembu. Kemudian bila lembu tu gatal pungkok, dia pun menggoyang-goyangkan pungkok dia, lalu bergoyanglah juga bumi yang ada diantara 2 tanduk. Itulah dia gempa bumi. Kalau sapa percaya cerita ni, habih lingkup aqidah dibuatnya. Inilah dia Israiliyat. Cerita ni cukup banyak dalam buku-buku hikayat. Dan kita dah confirmed perkara ini dengan YAB Datuk Seri TG Haji Abdul Hadi Awang, dan beliau juga bersetuju bahwa kisah bumi duduk atas tanduk lembu itu adalah Israiliyat. Dan kita nak bagitau bahwa kisah sakitnya Nabi Ayyub juga adalah Israiliyat. Memang betul Nabi Ayyub as sakit, tetapi yahudi menambah-nambah cerita tersebut. Antara cerita yang tuan-tuan kena be aware ialah kononnya bila Nabi Ayyub ni sakit, habih penuh atas kepala dia berulat. Lalu bila Nabi Ayyub sujud, ada la beberapa ekor ulat yang jatuh. Kemudian bila dia bangun daripada sujud, dia ambik balik ulat tu dan bubuh balik atas kepala dia...Inilah dia pembohongan Israiliyat tuan-tuan...Macamana kita boleh tau cerita itu satu pembohongan?...Kita boleh tau sebab ulama` yang beritahu. Dengan berdalilkan firman Allah yang bermaksud, "Wahai Muhammad, katakan oleh mu pada manusia: Aku juga orang seperti kamu."...Bila kata semua nabi-nabi dan rasul-rasul ni orang; maka mereka juga sakit, demam, pening, gembira, duka, kahwin dan sebagainya. Tetapi kata ulama`, "Walaupun mereka sakit, tetapi sakit para rasul itu tidak akan sampai ke tahap menjatuhkan martabat kerasulan mereka."...Point ni yang kena ambik tuan-tuan. Cuba tuan-tuan pikiaq, sapa nak ikut dia kalau kepala dia penuh dengan ulat?...Hodoh lah rasul kalau lagu tu, sedangkan nabi ni adalah rasul pilihan Allah swt. Kalau itu yang ditulis, maka tuan-tuan kena nafikannya sebab itu adalah Israilliyat.

Yang saya tahu, hanya sorang saja yang pernah buat cerita "jatuh ulat bubuh balik" ni; itulah dia Tok Kenali (nama sebenarnya ialah ustaz Mohamad Yusof). Kalau tuan-tuan pi K`tan area Kubang Kerian tu, cuba tuan-tuan pi riki tanya tengok kat orang tua-tua yang masih kuat daya ingatan; cuba tanya kat depa tentang Tok Kenali, InsyaAllah depa boleh cerita. Depa cerita masa dulu masa Tok Kenali pi mandi kat Sungai K`tan dengan kakinya yang luka dan ada la sekoq dua ulat dalam luka dia tu; lalu sebelum dia mandi, dia angkat ulat tu dan bubuh atas batu. Habih-habih mandi, dia ambik ulat tu balik dan bubuh balik dalam luka tu. Bila anak murid tanya, "Pasai apa buat begitu?"...Dia kata, "Ulat ni pun makhluk Allah jugak. Dia pun perlukan makanan. Jadi, biarkanlah dia duduk dalam luka kaki aku tu. Mungkin dia dapat makanan di situ."...Tu dia Tok Kenali tuan-tuan. Sampai ke tahap tu hebatnya iman dia. Ini baru wali betoi punya. Bukan macam kita. Kita kira wali nikah aje le, ataupun wali mentahkedarah. Yang tu saja yang kita tau.

Pointnya; Allah akan bawa mai Nabi Ayyub as untuk tolak puak-puak sakit yang tak tunduk pada Allah. Sebab itu, kita yang duduk dalam jemaah Pas ni, bila rasa pening-pening sikit atau demam-demam sikit, jangan dok jadikan excuse sangat. Mulalah usrah pun tak mai, mesyuarat pun tergelinciaq; bila sahabat tanya, "Awatnya?"...Bolehka kita bagi alasan pening kepala?...Lebih daripada orang pompuan mengandung pulak. Jadi, lagumana nak menang kalau macam ni sikap kita. Sikit-sikit punya cerita ni, kalau boleh kita tolak ke tepi lah. Tapi kalau dah heavy sangat, itu cerita lain.

Dan yang keempat, kata Nabi saw, "Allah akan berdalilkan nabi yang ke 4 iaitulah Nabi Isa as."...Untuk menolak siapa?...Untuk menolak golongan yang fakir miskin tetapi tidak patuh kepada Allah...Tapi pasai apa Allah pilih Nabi Isa as?...Sebab Nabi Isa as adalah rasul yang paling termiskin sekali. Kalau kita kata susah sehingga kais pagi makan pagi; tapi Nabi Isa as takdak apa nak dikaisnya. Namun walaupun begitu, dia tetap berjuang mempertahankan Islam sampai ke tahap dia diburu, sehinggalah Allah angkatnya ke langit. Walaupun dia miskin, tetapi dia tidak menjadikan miskin itu sebagai alasan untuk dia tidak mengembangkan agama Allah dan mempertahankan risalah Allah...Dalil yang mengatakan Allah angkat Nabi Isa as ke langit, tuan-tuan boleh rujuk dalam Surah Ali Imran:52-59. Tuan-tuan boleh baca bahwa Nabi Isa as telah diangkat dengan jasad dan rohnya sekali. Sebab itu, kita nak bagitau bahwa Nabi Isa as masih belum lagi mati. Dan diantara tanda qiamatil kubra ialah bilamana turunnya semula Nabi Isa as ke bumi...Apa yang mula-mula sekali Nabi Isa as akan buat bila dia turun?...Dalam hadith Rasulullah saw menyebut bahwa first sekali dia akan bunuh ialah babi. InsyaAllah kita akan jumpa hadith ini dalam Jilid 1 akan datang, iaitu dalam Bab Qiamat.

Mengapa Allah gunakan Nabi Isa as sebagai hujjahNya yang ke 4. Jawapannya tuan-tuan boleh tengok pada ayat terakhir dalam Surah ash-Shaf yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah dirimu pembantu-pembantu bagi menegakkan ugama Allah, sepertimana telah berkata Isa anak Maryam kepada pengikutnya Hawariyin: Siapakah diantara kamu yang nak tolong menegakkan ugama Allah?..."...Ayat ini menceritakan macamana Nabi Isa as menyeru pengikutnya supaya membantunya menegakkan ugama Allah walaupun dia miskin takdak apa nak makan. Kita punya miskin pulak macamana tuan-tuan?...Semiskin-miskin kita, makan minum masih boleh lagi dicari. Ke sana ke mari masih boleh lagi bergerak pasai adanya gerek buruk. Tapi bila orang ajak bersama Islam, depa lawan sampai nak tanggai kopiah; ni apa cerita?...Sebab itu, kata Imam Ibn Hajar Asqalani dalam kitabnya "Nasihat Sepanjang Hayat", menyatakan bahawa diantara golongan yang Allah paling benci ialah "al-Kibru minal fuqara" yakni golongan yang mempunyai sifat sombong walaupun mereka fakir miskin. Sebab itu, kita nak sebut, "Tak kiralah, hang kaya ka atau hang miskin ka; yang pentingnya ialah mesti bersama Islam."...Jangan baru dah nak tersepit; baru nak cari Islam, baru nak hulur tangan, "Mai la kita bincang."...Ish! Ish! Ish!...kalaulah ikutkan baran kita, habih sat lagi puak-puak karat ni kena hayun dengan kambe 3x2. Tapi inilah dia politik, dia ada seni dia yang cukup halus. Inilah yang kita kena pelajari, bukannya boleh ikut baran kita. Ia memerlukan kesabaran, pemikiran yang matang dan pandangan yang jauh; bukannya main rempuh ambik keputusan sendiri.

Jadi, apa yang kita nak sebut kepada puak-puak umno ialah tak payahlah kamu menyandiwarakan isu KMM lagi sebab ia memang tak wujud pun. Lagipun masih ada banyak lagi masa untuk kita berbincang. Memang kita mengharapkan sejak dari dulu lagi bagi mewujudkan satu perbincangan yang baik. Yang mana asasnya, sudah pun kita sebut, yakni mestilah bertunjangkan kepada Islam. Kerana apa ertinya kita berbincang sekiranya Islam diketepikan. Kalau dasar Allah diketepikan, halal dan haram masih tidak diambil peduli, rompakan terhadap hak rakyat masih juga berlaku; kalau ini tidak diselesaikan, maka tidak ada ertinya sebarang perjumpaan. Sebab itu, kita mengulang bahwa apa saja perlakuan kita, hendaklah kita balik kepada ugama Allah swt. Sepertimana yang pernah disebut oleh seorang Inggeris yang bernama Sweden Bob dalam bukunya "Doctrine of Life", katanya, "Bahwa agama itu terutamanya Islam, menyentuh semua aspek kehidupan. Dan roh bagi agama itu adalah amalan yang soleh."...Maknanya, Islam itu tidak akan hidup kalau amal solehnya tidak ada, kerana amal soleh itu adalah roh bagi ugama. Sebab itu kita mahu penyelesaian dibuat atas dasar Islam. Dan kita yakin akan kematangan kepimpinan dalam menyelesaikan beberapa masalah yang muncul mutakhir ini. Cumanya bagi kita sebagai pelapis, hendaklah mengambil sikap bersabar sepertimana yang diajar oleh Allah swt. Kerana itulah susah dan payahnya untuk kita mencapai keredhaan Allah swt. Kerana kalau nak diikutkan sekali pikir sahaja, memanglah geram dibuatnya kita; sebab dengan segala penyelewengan dan kejahatan yang mereka buat, yang tak dapat kita nak sebut balas dengan kata-kata yang indah melainkan dengan kesakitan daripada hati kita. Tetapi itulah yang disebut oleh Dr Yusof al-Qardawi di dalam sebuah bukunya, bahwa diantara sifat untuk memenangkan Islam adalah mesti ada sifat sabar di dalam hati setiap para mujahid dan mujahadah yang mendukung ugama Allah. Barangkali inilah sifat yang diambil oleh pimpinan kita dalam mengangani pelbagai masalah yang dikenakan kepada kita sejak akhir-akhir ini. Dan kita memang yakin bahwa masalah-masalah yang timbul ini boleh diselesaikan, sebab setiap kebathilan itu pasti tidak kekal lama. Kalau sekiranya berlaku sebarang perbincangan, maka syaratnya hendaklah Islam menjadi tunjang dan asasnya. Sebab Nabi saw sudah pun menyediakan platform yang begitu baik untuk kita hanya mengambilnya sahaja dan meletakkan di dalam kehidupan masyarakat majmuk di dalam negara kita M`sia, yang kita hidup aman damai di dalamnya. Ini semuanya adalah datang daripada Allah swt juga.

Dan kita ingin menyatakan bahwa segala bentuk kezaliman mestilah dihapuskan, ketidak-adilan mestilah dikuburkan, segala bentuk penyelewengan mestilah diletakkan ke tepi; dengan digantikan dengan asas Islam di"atas"nya. Seperti yang dikatakan oleh As-syahid Sayyid Qutb rahimallahu ta`ala bahwa Islam tidak boleh tegak di atas jahiliyah. Jahiliyah mesti diruntuhkan terlebih dahulu dan Islam itu ditegakkan di atas keruntuhan jahiliyah. Maknanya ialah Islam tak boleh duduk sekali dengan jahiliyah dan Islam tak boleh menumpang sekularisma. Maka dengan kerana itu, sekularisma mesti dihapuskan, jahiliyah mesti dikuburkan dan Islam mengambil tempatnya. Macam ni baru boleh selesai masalah. Kalau setakat nak bincang macam tarik tali, payahlah nanti jadinya. Sebab, kita tidak akan boleh mencapai apa saja keputusan yang baik. Takut nanti jadi serupa macam sidang damai Palestin, yang tak selesai-selesai sampai bila-bila pun. Yang ni yang perlu kita faham. Jadi, kita mengulangi kata-kata al-Marhum ustaz Fadhil Noor bahwa asas sebarang muzakarah mestilah Islam. Kalau umno tak ndak dengan cara Islam, maka tak kelapaq kami nak bincang. Itu saja yang ingin kita nyatakan.

Sebenarnya kita tidaklah anti perpaduan sebab seringkali kita menyebut, baik di atas mimbar maupun dalam kuliyyah/ceramah, bahwa kita mahu bersatu. Kita memang mahu Melayu bersatu, tetapi bersatunya Melayu hendaklah diatas aqidah yang satu. Bukannya bersatu Melayu, tetapi dalam masa yang sama, membiarkan beberapa kerat Melayu membaham Melayu yang lain. Oleh sebab kita tak mahunya perkara seperti ini berlaku, maka kita mengalu-ngalukan apa saja proses ke arah penyatuan umat Melayu khususnya dan juga Islam itu yang lebih penting. Dan kita mahu supaya penyatuan ini berjalan di atas roh Islam, di atas dasar Islam, dan di atas kehendak Allah dan rasulNya. Tapi barang diingat, kita sanggup menghadapi apa saja sekiranya Allah dan rasulNya diketepikan. Ini prinsip pegangan kita. Sebab kita sanggup kesaorangan sejak dulu sampai bila-bila pun, sebab kita tetap menyatakan bahwa dasar kita tidak berubah, iaitulah Negara Islam yang menjalankan undang-undang Allah di dalamnya. Itulah dasar yang kita perjuangkan sejak bila-bila sampai diqiamatkan dunia ini oleh Allah swt. Sebab itu, kami mahukan kamu (umno) juga bersetuju atas dasar Islam ini. Maka barulah boleh kita bersama sealiran dan bersama-sama kita melupakan apa yang sudah berlaku dan kita tumpukan penyatuan ummah di atas dasar ugama Allah swt. Bukannya disatukan ummah diatas beras cap rambutan masam, kain batik selai dan sampul berisi RM10 sepertimana yang selalu kamu lakukan tu. Tak boleh bersatu kalau lagu ni, sebab rasuah kebendaan boleh menyebabkan lingkup habih aqidah manusia. Kita mahu kebendaan bukannya menjadi matlamat, tetapi kita mahu kebendaan hanyalah sebagai alat untuk kita hidup di atas mukabumi. Matlamat kita ialah hanya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt.

Secara kesimpulannya; kita memang bersetuju apa saja formula untuk menyatukan masyarakat di M`sia ini, tetapi hendaklah di atas dasar Islam. Sekira lari daripada Islam, kita tidak akan bersama. Itu prinsip kita yang perlu diperjelaskan kepada masyarakat dan saya yakin masyarakat faham akan hasrat kita untuk bersama-sama melihat umat Melayu disatukan diatas Lailahaillallah Muhammadarrasulullah. Kata Allah, "Inilah dia umat yang satu. Dan Akulah Tuhanmu yang Esa, maka sembahlah Aku."...Jadi, Melayu itu kecil saja tuan-tuan; yang sebenarnya besar adalah Islam. Begitu juga dengan bangsa Arab. Arab itu kecil, yang besar adalah Islam. Kalaulah Allah ukur bangsa Arab itu besar, maka sudah tentu Abu Jahal dan Abu Lahab tak masuk neraka sebab mereka diantara pejuang nasionalis Arab yang unggul.

Wallahu ta`ala `alam.

windmill.jpg