Muqaddimah - Bab 3 - Hadith 7

Bab 3 : Agama yang diredhai Allah ialah Islam.

Hadith 7 :

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan."...Sahabat-sahabat baginda bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?"...Baginda menjawab, "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (HR Bukhari )

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke 7 yang kita baca pada kali ini diambil daripada seorang sahabat Nabi saw daripada kalangan orang-orang Ansar yang bernama Abi Syams (ketika belum Islam) dan dia diberi gelaran "Abu Hurairah" (bermakna si bapa kucing). Gelaran itu diberikan kepadanya sebab kegemarannya yang suka memelihara serta membelai seekor kucing yang besar, dan membawa kucingnya itu ke mana sahaja dia pergi, hatta ketika dia sedang mengembala kambing sekali pun, kucing itu tetap dibawanya. Maka sebab itulah, Nabi saw menggelarkannya "Abu Hurairah", dan beliau suka akan gelaran yang diberikan kepadanya itu.

Abu Hurairah ra adalah antara salah seorang sahabat yang agak lewat juga memeluk Islam. Beliau masuk Islam pada tahun yang ke7 Hijrah, yakni ketika sedang berkecamuknya Peperangan Khaibar. Iaitulah suatu peperangan yang bertembung secara direct antara tentera-tentera Islam pimpinan Nabi saw, berlawan dengan 3 puak yahudi yang sebelum ini telah dihalau keluar oleh Nabi saw daripada al-Madinatul Munawwarah (mereka ialah Bani Qoinuqa`, Bani an-Nadhir dan Bani Khuraizah). Setelah mereka dihalau, maka mereka pun berkumpul di Khaibar dan membina benteng-benteng yang kukuh untuk menghadapi tentera-tentera Islam, lalu berlakulah Peperangan Khaibar.

Sebab inilah kita menyokong penuh akan kenyataan yang dibuat tahun lalu oleh seorang Sheikhul Azhar iaitulah Sheikh Tantawi, semasa beliau mengulas tentang keganasan rejim Ehuk Barak (PM Israel ketika itu) di kawasan Tebing Barat dan di kawasan Gaza (tempat kelahiran al-Imamul Syafie rahimmallahu ta`ala). Beliau menyatakan bahwa hanya jalan kekerasan sahaja bagi kita untuk menghapuskan yahudi ni. Kita menyokong penuh akan kenyataan sedemikian sebab yahudi laknat ini memang tidak pernah reti akan erti perdamaian. Samada perjanjian itu namanya Camp David atau apa saja namanya; yakni buatlah apa saja perjanjian dengan yahudi, maka janganlah diharapkan mereka akan patuh pada perjanjian itu. Maka sebab itulah, kekerasan adalah jalan yang terakhir untuk kita menghadapi yahudi laknatullah ini. Yang mana mereka telah membunuh hampir beratus-ratus umat Islam di Palestin ketika ini, di depan mata kita sendiri (yang mana kita hanya mampu menonton di kaca-kaca tv sahaja). Kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa, melainkan hanya berdoa sahajalah yang boleh kita panjatkan ke hadrat Allah swt....Ini realiti. Jadi, kita harap sangatlah kepada negara-negara Arab yang duduk di bawah Liga Arab itu, untuk mengambil suatu tindakan yang tegas bagi menghadapi yahudi laknat (yang memang dikutuk dan dilaknat oleh Allah swt sehinggalah ke hari qiamat).

Berbalik kita kepada cerita Abu Hurairah ra tadi; dimana pada tahun ke 7 Hijrah itulah berlakunya Peperangan Khaibar dan ketika itu jugalah Abu Hurairah ra memeluk Islam. Ini bermakna beliau hanya sempat bersama-sama dengan Nabi saw sekitar 3-4 tahun sahaja, kerana penghujung tahun ke 10 Hijrah itu, wafatnya Nabi saw. Namun begitu, walaupun beliau hanya bersama dengan Nabi saw sekitar 3-4 tahun sahaja, tetapi beliau telah muncul menjadi seorang sahabah yang paling banyak sekali meriwayatkan hadith-hadith Nabi saw. Sehinggakan beliau mengalahkan sahabat-sahabat terkanan Nabi saw, yakni sahabat-sahabat yang berdampingan dengan Nabi semenjak zaman Makiyyah lagi. Inilah dia kehebatan Abu Hurairah ra. Yang diberi oleh Allah akan kecerdasan akal, sehinggakan dalam jangkamasa 3 tahun sahaja, beliau boleh menghafal lebih daripada 6000 buah hadith Rasulullah saw.

Pernah satu ketika, kecerdasan akalnya diuji. Iaitulah semasa di zaman pemerintah Khalifah Marwan bin Hakam ra, Abu Hurairah telah dipanggil mengadap ke istana. Lalu beliau telah diminta oleh Khalifah Marwan bin Hakam supaya membacakan hadith-hadith Nabi saw dengan jumlah yang begitu banyak. Dan pada ketika itu jugalah, Khalifah Marwan bin Hakam telah mengarahkan jurutulis-jurutulisnya supaya menyorok di belakang tabir, dan tulis segala apa saja yang disebut oleh Abu Hurairah ra. Dimana kehadiran jurutulis-jurutulis itu tidak disedari langsung oleh Abu Hurairah ra ketika itu. Kemudian apabila selesai beliau membaca beratus-ratus hadith itu, lalu Khalifah Marwan bin Hakam pun mengarahkannya pulang. Tetapi beliau dipanggil semula ke istana pada tahun berikutnya, dan diarah oleh Khalifah Marwan bin Hakam supaya menyebut semula semua hadith yang disebutnya setahun yang lepas. Apabila selesai, kemudian disemak oleh para jurutulis Khalifah, maka didapati segala ucapan yang disebut kembali oleh Abu Hurairah itu tadi adalah benar dan tepat, tanpa sebarang kekurangan di sudut matan hadith Rasulullah saw. Inilah dia kehebatan Abu Hurairah ra, yang akhirnya wafat pada tahun yang ke 57 Hijrah, ketika usianya 78 tahun.

Inilah secebis kisah sejarah tentang sahabat Nabi saw yang bergelar Abu Hurairah ra. Dan beliau ini adalah tergolong dalam golongan yang paling miskin dan beliaulah yang menjadi ketua bagi seluruh orang-orang miskin di Madinah. Sehinggakan kalaulah Rasulullah saw mendapat apa-apa hadiah pun; samada berupa segelas susu, atau tamar, atau tembikai atau apa saja; maka Nabi saw tidak akan memamahnya, melainkan disuruhnya Abu Hurairah terlebih dahulu menjamah dan memamahnya. Inilah dia kelebihan Abu Hurairah ra, yang mana beliau sentiasa diperhatikan dan didampingkan bersama-sama dengan Nabi saw.

Dalam hadith yang ke 7 yang kita baca pada kali ini adalah daripada Abu Hurairah ra yang diambil daripada Nabi saw berhubung dengan soal syurga Allah, yang disebut dengan "al-Jannah". Dimana Nabi saw menyatakan, "Semua umatku mahu nak masuk ke dalam syurga..."...Inilah satu persoalan yang kita tidak boleh nafikan; maksud saya, kita tanya lah pada sapa pun, sure punya semua pakat nak masuk dalam syurga belaka. Siapa saja diantara kita yang mengucap dua kalimah syahadah; walau sejahat mana dia, walau setoghut mana dia, walau sekuffur mana dia; kalau kita tanya dia, sudah tentu dia akan jawab, "Aku mahu ke syurga Allah swt."

Syurga Allah, yang di dalamnya terkandung segala nikmat, sepertimana yang disebut oleh Allah dalam sebuah hadith Qudsi, firmanNya yang bermaksud, "Syurga itu adalah sebuah tempat yang mata kamu tidak pernah melihatnya, dan telinga kamu tidak pernah mendengarnya."...Itulah dia syurga. Sehebat mana keindahan pemandangan yang pernah kita lihat di atas dunia ini; samada saljinya, samada mega merah di tepi lautnya, samada gunung ganangnya atau apa saja pemandangan alam sekali pun; Allah swt kata bahwa syurga ini adalah satu tempat yang bijik mata kita tak pernah tengok. Macamana kita nak bayangkan akan syurga Allah swt ini, yang mana kenikmatan yang tiada tolok bandingnya?...Tak terbayang kita tuan-tuan.

Manakala seterusnya, Rasulullah saw menyebut, "Tidak ada seorang pun yang mahu masuk ke dalam neraka."...Jadi, semua pakat mahu masuk ke syurga, sebab dengan adanya segala nikmat yang diberitahu oleh Allah swt kepada kita, supaya kita berlumba-lumba dan mengambil sikap tergesa-gesa untuk mencapai syurga Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud, "Bersegeralah kamu, janganlah bertangguh-tangguh kepada keampunan Tuhan mu, dan tergesa-gesalah kamu kepada syurga Ku. Luasnya 1 syurgaKu adalah seluas langit dan bumi. Aku sediakan bagi hamba-hamba Ku yang bertaqwa."...Ini bermakna, dalam kerja buat untuk segala program dan segala kerja yang membawa kepada syurga Allah swt, maka hendaklah kita bagi "saham" sama dan jangan tangguh-tangguh lagi. Sebab tuan-tuan tau ka berapa luasnya syurga?...Allah kata bahwa 1 syurga itu luasnya seluas langit dan bumi...SubhanAllah.

Berhubungan dengan cerita syurga ini yang selalu kita dengar daripada para ulama` dan tok-tok guru, ialah suatu tempat kesenangan dengan begitu banyak sekali bahan-bahan makanannya, bidadari-bidadariNya, sungai-sungaiNya; yang tidak dapat digambarkan dengan mata kasar kita. Sebagaimana yang disebut oleh Nabi saw di dalam sebuah hadithnya yang bermaksud, "Bahwa syurga itu memiliki pintu-pintu. Dan pintu-pintu itu terbahagi kepada 5 bahagian (1 syurga mempunyai 5 pintu). Maka pintu yang pertama itu adalah tempat khas bagi ahli syurga masuk. Dan pintu yang kedua adalah khas bagi isteri kita yang beriman masuk.."...Isteri kita yang sama-sama berganding bahu mencurahkan tenaga untuk menyelamatkan ugama Allah swt, yakni dengan sama-sama bercengkang mata berjaga malam kerana "fisabilillah"; InsyaAllah, isteri-isteri kita yang beriman di dunia ini, akan bersama dengan suaminya di dalam syurga Allah di negeri akhirat kelak. Malah isteri yang beriman ini akan menjadi ketua kepada segala bidadari yang dikahwinkan oleh Allah kepada lelaki yang beriman kepada Allah swt...Lalu sambung Nabi lagi, "Yang ketiga ialah pintu untuk para tetamu masuk."...Jadi, dalam syurga ni ada ziarah menziarahi. "Antara yang akan datang menziarahi kita ialah para malaikat Allah"...Mereka (malaikat) akan tanya kita, "Apa yang tak cukup dalam syurga ni?"...Sebab Allah dah kata, "Di sisi Kami ada tambahan-tambahan nikmat yang Kami beri kepada ahli-ahli syurga."...Itu sebablah para malaikat mai tanya lagi sebab nak bagi lagi nikmat yang diperuntukkan kepada ahli-ahli syurga itu.

Sambung Nabi lagi, "...Antara yang berlaku ziarah lagi ialah anak murid menziarahi tok gurunya. Dan kemudian ada ketikanya pula, tok guru pula berkumpul untuk menziarahi anak muridnya. Lalu berlakulah saling tanya bertanya khabar."...Inilah nikmatnya syurga. Lepas tu kata Nabi, "Pintu yang keempat pula ialah pintu yang menuju ke neraka Allah, untuk ahli syurga melihat sendiri bagaimana orang-orang yang kuffur di bakar oleh Allah di dalam neraka."...Jadi, ahli syurga berpeluang melihat orang-orang yang menganiayakannya di atas dunia dahulu disiksa pula oleh Allah...."Manakala pintu yang kelima ialah suatu pintu yang menuju ke arasy Allah swt, untuk ahlul Jannah melihat akan Wajah Allah swt."...Inilah yang disebut dalam firman Allah yang bermaksud, "Dan wajah pada hari itu riang gembira putih berseri-seri. Kerana mereka itu kepada Tuhan mereka melihat wajahNya."...Inilah ayat 22-23 dalam Suratul Qiyaamah yang menjadi dalil bahwa ahlul Jannah akan melihat akan wajah Allah swt.

Inilah dia 5 pintu yang disebut oleh Nabi saw. Selain daripada itu, kita juga selalu dengar tentang adanya sungai-sungai di dalam syurga; seperti sungai arak, sungai susu, sungai madu dan lain-lain lagi. Semuanya ini menjadi nikmat bagi ahli syurga yang tidak terhitung lagi akan kenikmatannya. Dan kita perlu ingat juga bahwa di dalam syurga nanti akan ada seorang lelaki yang akan terbang di dalamnya, beliau ialah Saidina Ja`afar bin Abi Talib ra, yakni sepupu Nabi saw. Dimana beliau telah putus pinggangnya serta kudung kedua-dua belah tangannya ketika mana mempertahankan Islam di dalam Peperangan Mu`tah, di sempadan Jordan. Dan ketika peperangan itu jugalah, 3 orang sahabat serentak mati syahid. Mereka ialah Zaid bin Harithah, Ja`afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah radiallahunhum. Sehinggakan Nabi saw bersabda, "Aku melihat ketiga-tiga mereka masuk ke dalam syurga serentak."...Allahurabbi. Itulah para sahabat; yang telah menunaikan janji mereka.

Okay, kita kembali kepada cerita Saidina Ja`afar tadi, iaitu bilamana putus kedua lengan dan tangannya di dalam Peperangan Mu`tah itu, maka Allah swt menggantikan pula kepadanya dengan sepasang sayap di dalam syurga. Maka sebab itu Ja`afar bin Abi Talib, digelar juga sebagai "Ja`afar at-Thoyyab", yang bermakna Ja`afar yang memiliki sayap dan dia akan terbang di dalam syurga. Orang lain berjalan, dia terbang. Itulah kehormatan yang diberikan oleh Allah kepada Saidina Ja`afar bin Abi Talib radiallahuanhum.

Okay, sekarang kita lihat pula siapakah dia calon ahli-ahli syurga?...Mari kita lihat ribuan ayat di dalam al-Quran. Yang mana diajar oleh Allah swt supaya kita perati tengok; adakah kita termasuk dalam mereka-mereka yang layak dipanggil ahlul Jannah?...Ataupun kita ini termasuk dalam golongan yang Nabi saw sebut tadi iaitu golongan yang enggan untuk masuk syurga?...nauzubillah.

Di dalam al-Quran, kita akan dapati hampir kesemua surah, pasti akan ada cerita tentang syurga dan tidak ketinggalan juga (Allah imbang balik) dengan cerita-cerita tentang neraka. Yang mana kita panggil kaedah ini sebagai "Sunnah al-Quran". Maknanya bila Allah cerita bab syurga, maka pasti akan disusuli pula dengan ayat-ayat neraka.

Mari kita lihat beberapa ayat yang disampaikan oleh ustaz Halim Nasir, untuk kita jadikan perbahasan; apakah kita layak masuk ke dalam syurga?

1) Dipetik daripada Surah Haamiim Sajdah atau Haamiim Fussilat ayat 30-32 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah;..."...Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah "Tuhan kami ialah Allah" di dalam ayat ini?...Maksudnya ialah dia benar-benar percaya kepada Allah, dia benar-benar memahami "Laillahaillallah", dan dia benar-benar tahu akan maksud Ketuhanan sepertimana yang diajar oleh Nabi saw. Maknanya, dia benar-benar berTuhankan Allah dalam semua sudut bidang kehidupannya. Bukan hanya tahu bercakap "Allah" sahaja, seperti hanya sebut Allah dalam sembahyang sahaja, tapi di luar sembahyang, Allah sudah tidak wujud lagi. Kalaulah dengan hanya menyebut "Allah" sahaja boleh kemuliaan di sisi Allah, maka sudah tentulah Abu Jahal juga akan mendapatnya. Sebab dialah orang yang berdoa di hadapan Ka`abah sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra, dengan doanya yang masyhur, "Ya Allah ya tuhan ku, hapuskanlah Muhammad pada pagi ini. Hapuskanlah dia, orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Arab."...Inilah dia ucapan Abu Jahal. Dan ucapan sebeginilah yang diulang-ulang oleh orang-orang yang perangainya serupa dengan Abu Jahal, iaitu mereka-mereka yang menganggap bahwa orang yang membawa Islam itu, kerja mereka takdak lain, hanya dok pecah-belah masyarakat dan dok memaki hamun sahaja. Inilah perangai yang diwarisi mereka daripada Abu Jahal. Kalau sekadar menyebut "Allah" pun dikira oleh Allah, sudah tentu Abu Jahal masuk syurga lebih dahulu daripada kita. Tetapi pada hakikatnya, tempat yang kekal buat selama-lamanya bagi Abu Jahal ialah di dalam neraka Allah swt...nauzubillahiminzalik...Kuburnya hanyalah sebuah telaga buruk sahaja apabila dia tewas di dalam Peperangan Badar. Mayat Abu Jahal dilempar sahaja oleh Nabi saw ke dalam telaga buruk itu bersama-sama dengan mayat-mayat ahli exconya yang lain; iaitulah mayat Umaiyah bin Khallaf, mayat `Utbah bin Rabi`ah, mayat al-Walid bin `Utbah, mayat Syaibah bin Rabi`ah, di situlah juga mayat an-Nadhar al-Haris, dan di situ jugalah mayat `Ukhbah bin Abi Muayyat. Merekalah anggota exco kerajaan Mekah pada waktu itu. Tapi mereka mati dalam golongan yang kafir kepada Allah. Nabi saw himpun mayat-mayat depa, lalu Nabi lempar sahaja ke dalam telaga buruk. Tak layak bagi orang-orang sebegini di tanam dan tak layak bagi mereka berbatu nisan. Mereka hanya layak dalam telaga buruk sahaja...Abu Jahal inilah yang menyebut, "Allah, Allah, Allah!" di depan Ka`abah, tapi akhirnya mana dia duduk?

Sambung ayat tadi, kata Allah, "...kemudian mereka itu beristiqomah,..."...Setelah mereka beriman, mereka tidak berganjak daripada pendirian mereka. Mereka tidak boleh digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Mereka tidak akan jatuh ke dalam kebathilan, walaupun wang berjuta dilonggokkan di depan mereka. Marilah habuan apa pun; kain pelikat, wang ringgit, projek; kalau dia kata haram, maka haram lah. Kalau dia kata "Inilah Islam", maka inilah yang dia pegang. Dia tidak akan gadai imannya hanya dengan sehelai kain pelikat cap gajah sakit perut. Hanya orang yang nipis imannya dan hanya orang yang tidak ikhlas di dalam imannya sahaja akan hanyut terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan. Dan akhirnya, dia akan menjadi juara lompat sedunia. Inilah yang banyak berlaku pada hari ini. Lompat sana, lompat sini; akhirnya duduk dalam keadaan kuffur kepada Allah swt. Dulu duduk bersama dengan perjuangan Islam, tapi sekarang berusaha nak menghapuskan Islam. Dulu bersama dengan para ulama`, tapi sekarang berusaha nak menghancurkan ulama` sehinggakan sanggup buat latihan secara sembunyi-sembunyi.

Iya! Buatlah segala perancangan kamu, tapi jangan lupa akan peringatan Allah yang bermaksud, "Hangpa buatlah apa yang hangpa nak buat. Hangpa nak lawan Islam, hangpa nak hentam Islam, hangpa nak bunuh Islam; dipersilakan. Sesungguhnya Allah itu amat-amat melihat apa yang kamu kerjakan."...Sebab itulah, hangpa buatlah hangpa punya training kat mana pun, walaupun setebal mana tembok bilik rahsia dan sehebat mana hangpa punya security; kalau Allah nak bongkarkan, ia tetap akan terbongkar - boleh refer vcd debat olok-olok Pas-umno di Putrajaya.

Bila kita ada dua sifat seperti dalam ayat tadi, maka Allah kata, "..nescaya akan turunlah ribuan para malaikat kepada mereka, dan berkata (malaikat): Janganlah takut dan janganlah berduka cita. Bergembiralah kamu dengan syurga Allah yang dijanjikan kepada kamu."...Orang yang beriman, beristiqomah, menentang kemungkaran dan tidak menjual iman serta aqidahnya; maka orang seperti ini akan didatangi malaikat. Sehingga ada riwayat yang menyebut, sampai malaikat datang bersalam dengan kita; samada kita dalam rumah, atau dalam kereta, sambil berkata malaikat, "Hang jangan bimbang dan takut. Bergembiralah sekarang dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah."...Tapi kita taklah dengar ataupun nampak. Kalau kita dengar atau nampak, boleh pengsan tuan-tuan. Sebab itu Allah tak bagi kita dengar atau nampak. Tetapi walaubagaimanapun, Allah sebut tentang perkara ni di dalam al-Quran. Maknanya, benda ini mesti berlaku, sebab Quran adalah qalam yang benar yang tidak ada penipuan ke atasnya...Pointnya nak bagitau ialah orang yang benar-benar istiqomah di atas landasan Islam adalah calon syurga Allah swt.

Lalu Allah berkata lagi, "Untuk orang-orang begini, Kamilah yang menjadi wali kepada mereka hidup di dunia dan di akhirat.."...Tuan-tuan tak seronok ka bila diberitahu lagu ni?..Ini jaminan daripada Allah sendiri. Allah kata walaupun musuh attack orang-orang yang beriman dan beristiqomah ini bertubi-tubi kali sehingga tak kira siang dan malam, tapi mereka akan tetap tidak berganjak sebab Allah lah yang menjadi pelindung (wali) kepada mereka-mereka yang beristiqomah. Kalau depa buluq sangat dengan duit minyak tu, biarkanlah. Nanti di akhirat kelak, dengan minyak itulah mereka akan dibakar.

Dan sambung Allah lagi, "...dan untuk kamu di dalam syurga itu, apa yang kamu minta, semuanya dapat."...Di dalam syurga kelak, apa saja yang kita hendak, semuanya kita boleh minta. Sehingga dalam hadith menyebut bahwa sekiranya kita teringin akan sesuatu, dengan tiba-tiba sahaja benda yang kita teringin itu sudah pun sampai di depan kita. Misalnya kalau kita teringin daging burung masak cabai, dia nanti mai dah masak siap seketoi depan kita...Ni bukan cerita kartun buat lawak punya ni, sebab ini hadith yang sebut. Apa saja yang kita mau, semuanya dapat. Tak gaduh dah nak siap periok belanga apa ka, tak gaduh dah nak kelam kabut pi market, sebab semuanya siap complete.

Sehingga ada riwayat yang mengatakan bahwa ahli-ahli syurga sudah tidak terasa lagi untuk buang air kecil atau besar. Dengan erti kata lain, takdak dah orang jaga tandas dalam syurga. Kira nak kutip duit 20 kupang, kira takdak dah. M`sia ni hebat, sampai nak kencing pun kena bayar. Tapi dalam syurga, kira suasana macam ni kira takdak dah. Jadi, bila berlaku lagu tu, lalu ada sahabat yang tanya kepada Rasulullah saw, "Habih yang kita makan punyalah banyak dalam syurga tu, akhirnya jadi apa?"...Kata Nabi saw, "Ia akan keluar menjadi peluh. Dan peluh itu berbau harum, seharum kasturi."...Apa, tak sempoi lagi ka suasana lagu tu tuan-tuan?...Kalau dah sempoi, pasai apa tak mau masuk syurga?...Pasai apa dok teragak-agak lagi nak memperjuangkan dasar Islam?...Hanya inilah jalan untuk membawa kita kepada syurga Allah swt. Tapi kalau dok asyik bangkang lawan Islam saja kerjanya, macamana tuan-tuan nak masuk syurga?...Inilah yang Nabi saw sebut dalam hadithnya di atas; iaitulah "siapa yang taat kepada ku, maka masuk syurga lah dia. Manakala siapa yang lawan aku, maka dialah orang yang enggan masuk ke syurga."...Dah kalau enggan nak masuk ke syurga, ke mana lagi nak pergi?..Mana lagi kalau tak ke neraka...nauzubillahiminzalik.

2) Ayat yang kedua, ustaz Halim Nasir petik daripada Surah Qaaf. Untuk pengetahuan tuan-tuan, Surah Qaaf ini adalah salah satu surah yang dimulakan dengan huruf-huruf yang dipanggil "hijja`iyah" ataupun "mukhatto`". Di dalam al-Quran terdapat 28 surah kesemuanya, yang mana Allah mulakan dengan huruf "mukhatto`", yakni huruf-huruf potong seperti Shod, Nun, Thaa Haa, Alif Lam Ra`, Alif Lam Miim. Alif Lam Miim Ra`, Haa Miim, Haa Miim Dukhaan, Haa Miim Sajdah, Haa Miim Zukhruf dan banyak lagi...Lalu timbul satu persoalan; iaitu pasai apa ada begitu banyak surah yang Allah mulakan dengan huruf mukhatto`?...Lalu para ulama` mengatakan bahwa inilah kaedah yang Allah swt guna untuk mengajar kita bahwa boleh menggunakan kaedah short-form di atas dunia ini. Inilah advancednya pembelajaran Islam. Ia telah memperkenalkan penggunaan short-form semenjak 14xx tahun yang lalu. Sekarang baru kita sedar siapa yang lebih advanced; Islam atau barat?...Sebab itu, kita digalakkan menggunakan short-form dalam hal-hal yang tertentu. Contohnya; kalau orang tanya, "Encik kerja apa?"...Kita kata, "Ocpd."...Dengan perkataan Ocpd tu, maka orang dah faham dah bahwa dia ni "Ketua Polis Daerah", tak payah nak translate cakap orang putih dah. Dan orang yang ada gelaran ni, kita kena kamcing sebab dialah yang dok luluskan permit ceramah. Yang tu saja yang kita tau. Kemudian kalau kita dengar orang kata "PMR", kita tau dah bahwa itu tingkatan 3 punya exam. Sebut saja "SPR", kita tau dah bahwa itu pengundi hantu punya geng. Sebab orang yang mati pun masih dok ada lagi dalam senarai pengundi. Apalah punya tak IT langsung puak-puak ni.

Baiklah, sekarang kita berbalik kepada ayat yang kedua yang dipetik daripada Surah Qaaf, iaitulah ayat 32 yang bermaksud, "Inilah dia syurga yang Aku janjikan untuk orang-orang yang suka bertaubat dan orang-orang yang memelihara hukum-hukum Allah swt."...Maknanya, orang yang jaga perintah-perintah Allah, mereka ini adalah golongan yang termasuk senarai ahlul Jannah.

3) Kalau kita baca al-Quran, kita akan jumpa satu ayat yang menceritakan tentang doa para malaikat. Malaikat-malaikat yang berada di langit dan menjaga langit, sepertimana yang Nabi saw nampak semasa peristiwa Isra` wal Mikraj itu, bukanlah tugas mereka sekadar menjaga langit, malah mereka juga tolong berdoa minta kepada Allah supaya diampunNya orang-orang yang beriman. Jangankan kata para malaikat yang bersusun-susun hingga ke arasy Allah sahaja yang tolong kita dengan berdoa kepada Allah, malah ikan-ikan di laut dan berbillion-billion semut yang duduk dalam lubang turut juga sedang berdoa untuk kita, "Ampunkanlah wahai Allah ke atas orang-orang yang sedang duduk dalam majlis-majllis ilmu."....Inilah tak ruginya orang-orang yang berada dalam majlis ilmu.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, ayat yang dimaksudkan itu ialah ayat 7 dalam Surah al-Mukmin, yang bermaksud, "Malaikat-malaikat yang memikul arasy dan siapa-siapa dikelilingnya, mereka bertasbih, memuji Tuhan mereka dan beriman kepadaNYa, serta memintakan ampun untuk orang-orang yang beriman (katanya): Ya Tuhan kami, Maha luas rahmat dan ilmu Mu, terhadap tiap-tiap sesuatu, maka ampunilah orang-orang yang taubat dan mengikut jalan agamaMu dan peliharakanlah mereka dari siksa neraka."...Berapakah jumlah malaikat yang menanggung arasy Allah?...Allah sebut dalam Quran bahwa jumlahnya ialah 8 malaikat. Jadi, arasy Allah ditanggung oleh 8 malaikat. Kemudian, boleh tak kita bayang berapa besar arasy Allah?...Tak boleh tuan-tuan, sebab malaikat tu sendiri pun dah terlalu besar. Para malaikat ini Allah jadikan mereka daripada cahaya dengan kebesaran sayap-sayapnya, yang mana dengan sebelah sayap sahaja, boleh menutupi timur dan barat...SubhanAllah. Itu baru sebelah sayap malaikat tuan-tuan. Jadi mana mungkin kita boleh imagine besar mananya malaikat itu, dan apatah lagi arasy Allah?...Tak terbayang tuan-tuan.

Okay sekarang cuba kita lihat balik doa para malaikat yang menanggung arasy Allah itu. Sambil memikul arasy Allah, mereka berdoa kepada Allah, "Wahai Tuhan, meliputilah rahmat Mu dan ilmu Mu terhadap seluruh alam, maka kami memohon kepada Mu ampunkanlah 2 golongan ini. Iaitulah yang suka bertaubat,"...Orang yang suka bertaubat ini, jangankan kata Allah sayangkan mereka, malah para malaikat pun turut tolong kempen untuk mereka. Kempen inilah berupa doa daripada malaikat tuan-tuan, yang mana malaikat adalah golongan yang tak pernah buat dosa, mereka adalah satu makhluk yang tak pernah komen dan mereka buat saja apa yang Allah suruh. Sebab itu, bolehlah kita katakan bahwa iman para malaikat adalah parallel at par (seperti satu garis lurus). Manakala iman para Nabi pula, graphnya menunjukkan naik naik naik. Tetapi iman kita pula, dia menjadi seperti sine wave. Dalam ertikata lain ialah seperti frequecy saja nampaknya, naik turun +5 -5 +5 -5, tapi bila sampai dekat nak pilihanraya, tiba-tiba dia jadi 0 terus. Takke kacau punya cerita?...Tapi apa yang nak bagitau disini ialah iman para malaikat tidaklah seperti kita (naik turun), maka sebab itulah, chances untuk Allah terima doa para malaikat teramat-amatlah cerah.

Dan berdoa malaikat lagi, "..dan satu golongan lagi ialah orang yang ikut jalan Engkau. Dan tolong selamatkan mereka dari azab neraka jahim."...Ayat inilah yang menggembirakan kita kembali; walaupun kita dihina, ditekan, dihentam tak kira siang malam, tak cukup dalam negara, di luar negara pun dilanyaknya ulama`, dan mereka tak habih-habih tak puashati lagi dengan Islam. Jadi, bila tiap-tiap hari kita dok kena lagu ni, sekali-sekali dia mari tak perasaan sedih?...Mesti kita rasa punya...Sekali-sekali tuan-tuan tak terasakah sakit hati?...Rasa juga sakitnya, kan. Bukan kata sekali-sekali, malah boleh dikatakan tiap-tiap hari...Sekali-sekali tuan-tuan tak rasakah sempit dada?...Rasa macam nak lemas pun ada, betoi dak?...Itulah juga yang Nabi saw alami. Sehinggakan satu ketika, sampai baginda saw sendiri terasa kecik hati, "Apalah depa ni tak mau ikut aku. Apalah salahnya aku?Depa bagi gelaran pada ku sebagai "al-Amin" yakni orang baik; tapi bila aku seru jangan bunuh anak perempuan, jangan sembah berhala dan mari kembali kepada Islam, maka mulalah mereka caci dan maki aku."...Beginilah keadaan Nabi saw, sekali-sekali tu dia mai la juga sempit dada sebab dia pun orang juga.

Macam itu jugalah dengan kita, "Apalah salah kami?...Kami hanya mahu arak diharamkan. Kami hanya mahukan judi diharamkan. Kami hanya mahu keadilan ditegakkan. Kami hanya mahu kezoliman dihapuskan. Kami tidak mahu huru hara disebabkan pergaduhan kaum. Kami tak mahu benda yang tak elok. Yang kami mahu hanyalah hukum Allah dilaksanakan di bumi Malaysia yang bertuah ini. Tapi tiba-tiba kami diganyang, dihentam, diganggu, disekat dan ada yang dibunuh."...Tuan-tuan tak terasa pedih dan risaukah bila jadi lagu ni?...Rasa tuan-tuan, "Pedihnya!!!"...Sebab itulah, Allah swt hiburkan kita dengan ayat 7 Surah al-Mukmin, "Hangpa jangan bimbang. Malaikat Aku yang dok tanggung arasy itulah yang dok berdoa untuk hangpa tiap-tiap hari."...Tak terhiburkah kita bila Allah sendiri yang mengatakan sedemikian?...Terhibur tuan-tuan, sebab kita tak kesaorangan rupanya. Sebab inilah juga kita boleh lihat kenapa para pejuang Mujahidin bila bertempur, kita akan dapati semangat perjuangan mereka teramat-amatlah luarbiasa sekali; walaupun musuh mereka dikenali sebagai bala tentera elit, siap dengan kelengkapan yang sophisticated. Para Mujahidin sudah tidak takut akan mati lagi sebab mereka tahu bahwa mereka tidak kesaorangan dalam perjuangan, yakni mereka tahu bahwa ada makhluk lain yang sedang tolong mereka berdosa supaya mereka diampun Allah swt dan selamat daripada neraka jahim. Ini adalah satu keuntungan dan kegembiraan yang diberitahu oleh Allah kepada kita.

Inilah dia beberapa contoh-contoh ayat al-Quran yang menyentuhkan bab calon ahli-ahli syurga. Tapi sebenarnya dalam Quran ni dok ada beratus malah beribu ayat, kalau nak sembang bab syurga ni. Hampir setiap surah ada menceritakan tentang syurga, malah Juz Amma pun ada, yang mengajar kita bahwa syurga ini adalah satu tempat yang tidak ada tolok bandingnya.

Dan di akhir hadith ini, Nabi saw menyebut bahwa ada satu golongan yang disebut sebagai golongan yang enggan. Cuba kita relate ayat yang di akhir hadith ini dengan ayat yang di akhir ayat 34 dalam Surah al-Baqarah. Bilamana Allah suruh iblis sujud hormat kepada Nabi Adam as, iblis enggan lalu kata Allah, "(Ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam!..Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis, ia enggan dan takbur, dan ia termasuk golongan yang kafir."...Jadi, daripada kombinasi hadith ini dengan ayat daripada Suratul Baqarah itu, maka siapa saja yang sombong dan enggan kepada Islam dan enggan patuh pada Nabi saw; bukan saja dia tak boleh masuk syurga, malah dia adalah golongan yang telah kuffur kepada Allah swt. Maka orang yang enggan inilah kata Nabi saw bahwa merekalah orang yang tak mau masuk syurga. Dah kalau tak mau masuk ke syurga, hang nak pi mana?...Nerakalah jawabnya...nauzubillah. Sebab di akhirat, hanya ada 2 sahaja pilihan; iaitu syurga ataupun neraka. Dia takdak kata 50-50, sebelah kaki sejuk masuk syurga dan sebelah lagi panas masuk neraka; takdak lagu tu. Yang ada hanyalah Allah bagi samada kena bakar dalam neraka ataupun pi masuk syurga terus. Dua tu saja.

Tapi ada juga dalam Quran yakni dalam Surah al-A`raaf (Surah Tembok, yakni tembok antara syurga dan neraka) yang menyebut tentang puak-puak yang 50-50 ni. Yang mana mereka ni kena duduk atas tembok tu dulu sebab timbangan mereka tak berat ke mana pun, samada ke kiri maupun ke kanan. Bila depa duduk atas tembok tu, kemudian bila depa pandang belah kanan tu syurga, maka seronoklah mereka. Tapi bila depa tengok belah kiri, neraka pula yang mereka nampak. Jadi, duduklah mereka di atas tembok tu beratus-ratus tahun di situ, tapi akhirnya mereka dimasukkan ke syurga juga. Jadi, hat 50-50 ni pun akhirnya masuk syurga juga, tapi teruklah kena buli dulu. Kita mahu, kalau boleh, nak masuk syurga terus. Kita tak mau lah sekali-kali menjengah apatah lagi masuk dalam neraka Allah swt yang confirm mesti penuh dengan berbagai-bagai azab itu. Barang diingat sekali lagi (sebab dulu seingat saya pernah kata tentang hadith ini), bahwa di akhirat nanti ada satu golongan yang dimasukkan ke neraka dengan tak payah ditimbang lagi (secara free of charge) sebab "terlampau warak". Orang lain nak masuk syurga dengan tak payah timbang, tapi golongan ni terbalik pula sebab masuk ke neraka dengan tak payah timbang...nauzubillahiminzalik. Antaranya ialah pemimpin yang zolim, ketua kampung yang sombong, orang kampung yang bodoh, peniaga yang khianat, ulama` yang hasad dengki dan banyak lagi.

Kesimpulannya :

1) Syurga Allah ini satu nikmat yang mesti kita dapat (InsyaAllah) kalau benar-benar kita mengikut ugama Allah swt.

2) Telah disebutkan beberapa ayat daripada beberapa surah yang menjelaskan akan sifat-sifat ahlul Jannah (orang yang masuk ke dalam syurga).

3) Nabi saw menyebut bahwa orang yang enggan masuk syurga ialah orang yang tidak taat kepada perintah Allah dan rasul saw.

Allahu ta`ala `alam.

schooloffish2.jpg