Bab 2 : Wajib berpegang teguh kepada kitab Allah dan mengikut jalan
pimpinan Rasulullah saw.
Hadith 6 :
Dari Abdullah bin Amr ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara
yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina
dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian;
dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak,
semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja...Sahabat-sahabat baginda bertanya: Siapa dia puak yang satu
itu ya Rasulullah?...Baginda menjawab: Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. (HR
at-Tirmizi )
Menurut hadith Abu Daud, ada tambahan, iaitu: Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang
dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-ngadakan bida`ah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya
- tidak ada suatu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya.
Muslimin muslimat
yang dirahmati Allah. Hadith yang ke 6 yang kita baca pada kali ini diambil daripada anak Amru bin `al-As ra yang bernama
Abdullah. Dimana Amru bin `al-As adalah seorang sahabat Nabi saw yang ditakdirkan hidup panjang sehingga ke zaman Saidina
Umar al-Khatab ra. Dan semasa di zaman Umar inilah dia dilantik menjadi Gabenor di negara Mesir sepertimana yang kita baca
di dalam sirah. Beliau ada anak yang namanya Abdullah, dan anaknya inilah yang telah meriwayatkan kepada kita hadith yang
ke 6 kali ini, iaitulah yang berhubung dengan persoalan yang akan berlaku kepada umat Nabi Muhammad saw pada akhir zaman.
Diantara persoalan itu ialah akan ada dikalangan umat Nabi saw akhir zaman ini, yang menjadi pengikut-pengikut kepada Bani
Israil.
Pada kali ini,
ustaz Halim Nasir akan memulakan perbahasannya dengan membincangkan siapakah dia yang disebut sebagai Bani Israil itu, yang
mana akhirnya mereka dikenali dengan nama bangsa Yahudi laknatullahi alaik sekarang ni. Daripada mana asal punca nama Israil
dan daripada mana asal punca nama bangsa Yahudi itu, akan turut juga dihurai oleh ustaz Halim. Dan Insya`Allah pada sessi
yang akan datang, ustaz Halim akan menghuraikan pula bagaimana kaedah dan hadith-hadith yang menyebut bagaimana umat Nabi
Muhammad saw boleh terpedaya, lalu jadilah mereka pengikut-pengikut yahudi laknatullah. Nampak gayanya perbincangan mengenai
hadith 6 ini juga akan memakan masa yang agak panjang. Huraian demi huraian akan kita lalui, supaya nanti kita benar-benar
faham siapakah itu yahudi. Bila dah faham, bolehlah kita merencanakan macamana nak menjauhkan diri daripada terjebak dalam
taktik dan perancangan jahat yahudi (termasuk Nasara) yang menjadi musuh umat Islam sehinggalah ke hari qiamat. Kemudian di
hujung hadith kita akan melihat bagaimana perpecahan ummah berlaku sepertimana yang telah disebut oleh Nabi saw, dan ini akan
dihuraikan juga oleh ustaz Halim Nasir bila sampai waktu dan ketikanya.
Muslimin muslimat
sekelian, perbahasan dimulakan oleh ustaz Halim Nasir secara ilmiah, dengan menghuraikan siapakah dia "Bani Israil" itu?...Cuba tuan-tuan perhatikan ayat 47 dalam Suratul Baqarah, yang mana Allah berfirman, "Wahai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-nikmat Tuhan yang telah dikurniakan
kepada kamu semua, dan ingatlah bagaimana Allah swt telah memberi kamu suatu kurniaan dengan melebihkan kamu semua di atas
sekelian makhluk di atas mukabumi..."...Menurut para ulama`,
sepertimana yang ditulis di dalam kitab "Encyclopaedia of Seerah" karangan
Azzarul Rahman daripada Muslim School Thrust of London, yang mana kemudiannya diterjemahkan pula tulisan beliau ini oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka; dimana kata Azzarul Rahman di dalam kitabnya itu bahawa yang dikatakan "Israil" itu adalah diambil sempena nama timang-timangan bagi Nabi Ya`kub as. Dan Nabi Ya`kub adalah anak kepada
Nabi Ishak as. Dan Nabi Ishak pula adalah anak kepada Nabi Ibrahim as. Dan kemudiannya bagi Nabi Ya`kub as pula, beliau telah
dikurniakan seramai 12 orang anak. Dan anaknya yang paling popular, yakni yang dilantik oleh Allah swt menjadi rasul ialah
Nabi Yusuf as. Inilah dia yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, katanya, "Itulah dia Yusuf dari keturunan yang mulia. Dimana ayahnya seorang Nabi, datuknya juga seorang Nabi, malah
moyangnya juga adalah seorang Nabi."...MasyaAllah. Tuan-tuan carilah dalam salasilah para
rasul, tuan-tuan tidak akan berjumpa salasilah sebegini kepada rasul-rasul yang lain kecuali Nabi Yusuf as.
Sebagaimana
yang kita semua maklum, Allah swt telah melebihkan Bani Israil ini ialah kerana para rasul dan para nabi as adalah kebanyakannya
dilantik oleh Allah daripada kalangan Bani Israil itu sendiri. Kata ulama` bahwa daripada 25 para rasul, hanya 5 orang sahaja
yang berbangsa Arab, iaitulah seperti Nabi Soleh as, Nabi Syuib as, Nabi Hud as, Nabi Muhammad saw dan beberapa nama lagi;
dan selebihnya adalah dikalangan Bani Israil. Inilah maksudNya "..melebihkan kamu semua di atas sekelian makhluk di atas mukabumi", yakni Bani Israil beruntung kerana kebanyakan para rasul dilantik dikalangan mereka. Tetapi Bani Israil inilah
yang akhirnya menjadi bangsa yahudi (yang akan diceritakan nanti sejarahnya bagaimana mereka boleh digelar dengan gelaran
yahudi) yakni satu kumpulan manusia (tidak termasuk para rasul/nabi mereka) yang tidak tahu langsung berterima kasih dan bersyukur
kepada Allah swt, sedangkan Allah swt telah mengurniakan kepada mereka nikmat yang tidak putus-putus.
Ustaz Halim
pun memulakan ceritanya tentang perangai Bani Israil ini start dari zaman Nabi Yusuf as. Sebagaimana yang disebut dalam Surah
Yusuf, dimana apabila Nabi Yusuf dipenjarakan selama 40 tahun akibat fitnah yang dimainkan oleh Zulaiha ketika dia gagal menggoda
Nabi Yusuf untuk melakukan perzinaan dengannya; kerana kata Nabi Yusuf, "Aku takutkan
Allah!"...Lalu untuk nak tutup malu, Zulaiha telah menfitnah Nabi Yusuf sehingga Nabi Yusuf
as dipenjarakan oleh suami Zulaiha, iaitu pemerintah Mesir pada waktu itu (menurut riwayat, dapat juga Zulaiha menjadi isteri
Nabi Yusuf as akhirnya). Semasa dalam penjara itulah, Nabi Yusuf bertemu dengan 2 orang tawanan yang lain yang memang jahat
sungguh. Lalu pada suatu malam, kedua-dua tawanan itu telah bermimpi; yang mana seorang tu bermimpi dia memetik dan memerah
anggur, manakala yang seorang lagi tu bermimpi dia bawa bakul yang berisi roti, tapi tiba-tiba datang burung bawa lari roti
tersebut. Kemudian pada keesokan paginya, maka kedua-dua mereka pun menceritakan perihal mimpi masing-masing kepada Nabi Yusuf.
Lalu ditakwilkanlah mimpi kedua-dua orang itu oleh Nabi Yusuf as dengan mengatakan bahwa orang yang bermimpi perah anggur
itu, apabila dia dibebaskan kelak, dia akan bekerja sebagai waitress dalam istana. Manakala orang yang bermimpi roti dalam
bakulnya dibawa lari burung, ditakwil oleh Nabi Yusuf bahwa orang itu akan dijatuhkan hukuman mati.
Lalu bila sampai
saat dan ketikanya orang yang dijangkakan oleh Nabi Yusuf itu dibebaskan (yang bermimpi perah anggur), maka berpesanlah Nabi Yusuf kepada orang itu, "Nanti
kamu akan bekerja di istana raja, dan apabila kamu jumpa raja, katakanlah kepada raja bahwa Yusuf tidak bersalah. Ini semua
adalah fitnah dari Zulaiha, maka mintalah dilepasnya aku."...Lalu bila kawan yang dipesan
oleh Nabi Yusuf itu keluar dari penjara, dan dia pun dapat kerja di istana, kemudian boleh pula dapat gaji lumayan; maka akhirnya
dia lupa akan pesanan Nabi Yusuf itu tadi. Dia punyalah lupa selupa-lupanya akan pesanan Nabi Allah Yusuf itu sehinggalah
Allah hantar pula mimpi kepada raja Mesir. Dimana dalam mimpi itu, macamana raja diperlihatkan akan 7 tangkai gandum dengan
7 ekor lembu sapi yang kurus. Kemudian bila ditanya kepada pegawai-pegawai istana, semua pakat tak reti nak takwil mimpi raja
tu. Bila berlaku keadaan sedemikian, maka akhirnya barulah si pelayan itu teringat akan Nabi Yusuf as yang masih lagi merengkok
dalam penjara ketika itu. Kemudian setelah direkomenkan oleh si pelayan itu kepada raja tentang kelebihan yang ada pada Nabi
Yusuf, maka raja pun bersetuju untuk memanggil Nabi Yusuf datang mengadap untuk mentakwil mimpi dia. Lalu Nabi Yusuf
pun menakwilkan, "Bahwa yang kata 7 tangkai gandum itu
menandakan Mesir akan berada dalam 7 tahun kemakmuran, maka jagalah ekonomi baik-baik ketika itu. Dalam ertikata yang lain,
7 tahun yang mendatang ini akan berlaku suatu ledakan ekonomi yang cukup dahsyat. Keluaran kasar negara kita, akan naik mendadak
8.5%. Lalu saya nasihatkan tuanku bahwa dalam jangka-masa 7 tahun ini, mau jaga elok-elok. Simpanan amat-amat diperlukan ketika
negara makmur begini, sebab 7 tahun selepasnya pula, Mesir dijangka akan dilanda kemarau yang begitu panjang. Hingga menyebabkan
Mesir akan mengalami kemelesetan ekonomi yang begitu teruk, lalu akan muncullah penyangak-penyangak mata wang ketika itu."....Yang ni saya yang tambah, pasai nak bagi faham.
Okay bila raja
dengaq lagu tu, dia pun ikut seperti apa yang Nabi Yusuf bagitau. Beliau pun bekerja bersungguh-sungguh dan dapat menyimpan
hasil negara. Kemudian berlaku sungguh seperti apa yang dikatakan oleh Nabi Yusuf as tentang 7 tahun musim kemarau tu. Maka
raja pun cukup tertarik dengan kebijaksanaan yang ada pada Nabi Yusuf, maka di offernya jawatan dalam kementeriannya kepada
Nabi Yusuf as. Lalu bila di offer lagu tu, maka kata Nabi Yusuf, "Dalam bab kira-kira
duit ni, saya pandai. You don't have to worried about segala account, debit, credit, import export apa semua ni, sebab saya
ada ilmu macamana nak handle semua benda-benda lagu ni."...Mengikut
para ulama`, inilah dalil yang menunjukkan kalau kita ada keupayaan untuk menjadi pemimpin, maka kita boleh tawar diri kita.
Tapi dengan syarat, kita mesti mau ada sungguh capability dan potential untuk memimpin. Kalau dah tak reti, jangan dok gatai
nak jadi pemimpin juga. Kalau randok juga, jawabnya time sembahyang jenazah, dibantainya rukuk. Baru padan muka makmum, pasai
lantik Imam bengong tak mengaji.
Kemudian daripada
memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sahaja, akhirnya ditakdirkan Allah seluruh negeri Mesir dapat diperintah oleh Nabi
Yusuf as. Maka bermula dengan Nabi Yusuf, sampailah kepada 12 adik beradiknya (seperti Bunyamin, Yahuda dll.), bumi Mesir
diperintah oleh mereka selama 400 tahun. Dari sinilah nak mulanya sejarah bagaimana Allah swt nak ngungkit balik nikmatNya
terhadap Bani Israil.
Barang diingat,
sewaktu dinasti Yusuf dari kalangan Bani Israil ini memerintah Mesir, terdapat juga dikalangan rakyatnya penduduk asli Mesir,
yang dikenali sebagai Qibti. Jadi, sebenarnya Bani Israil ni bukanlah penduduk asal Mesir. Dalam lain perkataan, Bani Israil
ini adalah kaum pendatang. Jadi, kaum asli Mesir ini (Qibti) diperintah oleh kaum pendatang dari Bani Israil selama 400 tahun
sehinggalah sampainya kepada zaman Nabi Musa as. Bila sampai ketika mana Nabi Musa as nak dilahirkan, maka barulah kaum Qibti
Mesir menyedari akan perkara ini. Mereka kata, "Ni tak boleh jadi ni. Kita bumiputra, tapi tampuk pemerintahan tak
nampak pun muka lagu kita. Asyik-asyik muka depa (Bani Israil) saja."...Lalu kemudiannya bila kaum Qibti menjadi
semakin ramai - semakin ramai - semakin ramai, maka mereka pulak yang pegang tampuk pemerintahan yang diketuai oleh Firaun
laknatullah...Ni dia baru start cerita Firaun. Ketika itu, barulah kaum Qibti ni perasan yang mereka telah ditindas selama
400 tahun, padahal mereka adalah penduduk asal Mesir. Lalu apabila mereka bangkit membina empayar mereka sendiri, maka akhirnya
Bani Israil pulak yang ditindas. Ketika itu, samada Ramsis I atau Ramsis II ataupun boh la nama apa pun asalkan raja Firaun;
mereka-mereka ini tidak menghalau Bani Israil keluar sama sekali, tetapi apa yang mereka buat ialah mereka menindas Bani Israil
dengan kejam sekali. Dan cara pertama yang mereka kenakan sekatan kepada Bani Israil ialah apabila Firaun dan menteri-menteri
kabinetnya telah meluluskan suatu akta rang undang-undang, iaitulah mesti dibunuh seluruh bayi lelaki yang dilahirkan dikalangan
Bani Israil. Inilah yang Allah swt beritahu dalam ayat 49 Suratul Baqarah, "..mereka
menyembelih anak-anak mu yang lelaki dan menghidupkan anak-anak perempuan kamu..."...Maknanya
Firaun mengarahkan SB-SBnya pi check seluruh klinik dan hospital dalam negeri Mesir untuk mengesan ada ka tidak wanita dari
dikalangan Bani Israil yang mengandung?...Kalau ada, SB-SB inilah yang hantar lapuran kepadanya dan seterusnya mereka menunggu
akan tindakan susulan. Sepertimana yang kita tahu, tindakan itu ialah mereka diarah membunuh saja bayi lelaki yang baru dilahirkan.
Sebab apa bayi lelaki menjadi target mereka?...Sebab yang dikatakan lelaki ni; bila depa besar, depa akan berkahwin, lalu
akan beranak pinaklah pulak. Maka ini akan meramaikanlah kembali Bani Israil, sebab zuriat datangnya daripada lelaki. Inilah
dia perancangan penghapusan etnik yang paling licik. Lalu bila habis semua anak lelaki Bani Israil dibunuh dan hanya tinggal
anak-anak perempuan mereka saja yang hidup, maka bolehlah puak-puak Firaun mengambil perempuan-perempuan dari Bani Israil
itu sebagai isteri. Jadi bila perempuan-perempuan Bani Israil itu melahirkan anak kelak, maka jadilah anak yang dilahirkan
itu zuriat bagi Qibti Mesir. Inilah dia perancangan Firaun, dia tak payah pakai pil perancang keluarga apa ka tarak. Apa yang
hanya perlu dia lakukan ialah bunuh saja mana-mana anak lelaki Bani Israil, maka putuslah zuriat Bani Israil. Maka jadilah
Firaun sebagai diktator unggul yang control Mesir ketika itu.
Bilamana berlakunya
malapetaka sebegini kepada Bani Israil, maka Allah swt selamatkan mereka dengan mendatangkan Nabi Musa dan Harun as, yang
dilahirkan dari kalangan Bani Israil itu sendiri. Inilah dia sepertimana firman Allah,
"Kamu merancang, Allah juga merancang. Allah lah sebaik-baik perancang."...Ketika itu siapa boleh sangka orang yang mengisytiharkan rang undang-undang bunuh anak lelaki Bani Israil
itu sendiri yang membela seorang anak lelaki dari kalangan Bani Israil di dalam istananya?...Iaitulah dia Nabi Musa as yang
dipelihara dan dibela sendiri oleh Firaun. Dan kita boleh baca kisah Nabi Musa as ketika menjelang dewasanya itu dalam Surah
al-Qashash. Dimana akhirnya Nabi Musa as terpaksa melarikan dirinya dari dibunuh oleh Firaun dan kuncu-kuncunya itu setelah
dinasihatkan oleh salah seorang SB Firaun...Yang ni kira baik punya SB. Jadi, bukan takdak SB yang baik; ada tuan-tuan. Buktinya
di Telok Kemang tempohari, yang sebenarnya BA dah sapu bersih dah undi pos tu, tapi main dengan kaki penipu, kira boleh kat
depa la jugak.
SB jenis baik
ni datang bagitau kat Nabi Musa as, "Aku baru lepas saja keluar daripada mesyuarat tergempar tadi. Dan yang ni bukan cerita
main-main sebab Firaun dah ambik keputusan nak bunuh kamu, wahai Musa. Maka baiklah kamu lari sekarang."...Lalu Nabi
Musa pun tak sempat dah nak packing barang apa pun, kot-kot nak masak bihun dulu pun kira takdak masa dah, dengan passport
pun takdak, duit sekupang pun takdak; dengan selai sepinggang dia belah lagu tu saja meninggalkan Mesir, dalam keadaan ketakutan.
Ketika Nabi Musa as lari meninggalkan Mesir menuju ke Madyan (Jordan), ada riwayat menyebut bahwa umur Nabi Musa pada waktu
itu ialah dalam lingkungan 35 tahun.
Lalu beliau
membelah malam hingga sampai ke negeri Madyan (negeri kaum Nabi Syuib as) pada sebelah paginya. Sesampainya Nabi Musa di sana,
dilihatnya ada sebuah telaga yang sedang dikelilingi dan dikerumuni oleh kaum lelaki sambil memberi minum kambing masing-masing.
Kemudian dalam beberapa meter di belakang kaum lelaki yang sedang berebut-rebut mendapatkan air itu, kelihatan dua orang
perempuan yang juga sedang menunggu untuk ambil air. Di tangan kedua-dua perempuan itu ada baldi dan kambing masing-masing,
tapi mereka taklah rempuh bersama-sama dengan orang lelaki di telaga tu. Bila Nabi Musa tengok keadaan sedemikian, beliau
pun bertanya kepada dua orang perempuan itu, "Maaf tumpang tanya. Ni lelaki ramai-ramai
dok berebut sampai tak bagi chance langsung pada orang perempuan ni pasai apa?"...Kata dua orang perempuan itu, "Sebenarnya
kerja kami ialah ambik air untuk kambing masing-masing. Oleh sebab ayah kami dah tua dan kami pula tidak ada adik beradik
lelaki yang nak pikul tanggungjawab ni, mau tak mau kamilah yang terpaksa lakukan kerja sebegini. Dan untuk mengelakkan daripada
berebut-rebut sekali dengan lelaki, kami terpaksalah tunggu sampai orang lelaki ni habih dulu."...Dengaq-dengaq
lagu tu, Nabi Musa as naik merah telinga marah, "Banyak punya lawa jantan-jantan ni. Depa
boleh buat tak tau biaq perempuan kat belakang ni tunggu tekontiang-kontiang."...Lalu Nabi
Musa mengamok terus merempuh kumpulan manusia-manusia lelaki di depan tu, untuk memberi laluan kepada dua orang perempuan
tadi iaitulah anak perempuan Nabi Syuib as. Makau terpinga-pingalah puak-puak lelaki yang dirempuh Nabi Musa itu, sebab mereka
tak kenal siapa yang merempuh mereka dan mereka tak berani langsung mengapa-apakan Nabi Musa kerana riwayat menyebut bahwa
Nabi Musa amatlah sasa tubuh badannya...Kalau setakat Undertaker tu, kira bungkus lagu tu saja. Toksah dok sembang la; mai
la The Rock ka, Stone Cold ka, Kane ka; bungkuih lagu tu saja jawabnya...Sebab Nabi Musa badannya sangat sasa dan kuat orangnya
sehinggakan jantan lain tak berani walaupun dia orang asing. Lalu dipanggilnya dua orang perempuan itu untuk ambil air
dulu. Inilah istilah "Ladies 1st" di dalam Islam.
Bila dua orang
perempuan tadi dah habih ambik air dan keadaan pun stabil saja takdak kecoh-kecoh apa, maka Nabi Musa as pun pi berehat di
bawah pokok untuk melepaskan penatnya. Lalu merapatilah kedua-dua perempuan tadi kepada Nabi Musa yang sedang berehat itu
dalam keadaan tersipu-sipu malu. Lalu kata salah seorang daripada mereka, "Kami nak ucapkan
terima kasihlah kerana menolong kami tadi. Kami selalunya lambat ambik air, tapi pagi ni awal jadinya. Kalau saudara sudi
ke rumah kami, silakanlah. Ayah pun ada di rumah."...Inilah pepatah Melayu, "Orang berbudi,
kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa."...Jadilah selit sikit-sikit...Lalu Nabi Musa as pun berfikir, "Aku pun kira takdak nak ke mana dah. Eloklah aku ikut mereka."...Lalu
kata Nabi Musa, "Moleklah kalau macam tu. Biar aku jalan dulu dan kamu ikut belakang sambil
tunjuki jalan."...Dia pun berjalan ke depan, kemudian yang perempuan ikut kot belakang. Ini
yang dikatakan adab. Bila mereka sampai di rumah, mereka disambut oleh Nabi Syuib as dalam kehairanan sebab apa anak-anaknya
boleh balik awal, kemudian ditemani pula oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lalu anaknya pun memperjelaskan duduk perkara
yang sebenar, maka Nabi Syuib as pun seronoklah tak terkira. Maka dipelawanya Nabi Musa naik ke rumah, lalu dihidangkan minuman
makanan apa semua, kemudian barulah ditanyanya Nabi Musa, "Datang daripada mana ni?"...Kata Nabi Musa, "Saya mari daripada Mesir. Dan saya lari sampai ke sini
sebab hendak dibunuh oleh raja saya yang bernama Firaun."...Apabila Nabi Musa as menyebut sedemikian,
lalu Nabi Syuib as pun tersentak. Sebab Nabi Syuib dapat merasai satu kelainan yang ada pada diri Nabi Musa. "Ini bukan sebarang orang ni.", bentak hati Nabi Syuib. Dia boleh rasa akan kelainan
ini sebab dia seorang rasul. Dan dirasainya juga bahwa orang yang sedang berada di depannya itu adalah juga bakal seorang
rasul, sebab Allah lah yang memberitahu kepada Nabi Syuib as hal yang sedemikian. Lalu dioffernya kepada Nabi Musa untuk duduk
menumpang barang 3-4 hari di rumahnya. Bukan kata offer tumpang saja, malah dioffernya juga pekerjaan kepada Nabi Musa; iaitulah
sebagai pembantu gembala kambingnya...Nabi Musa pun faham akan maksud Nabi Syuib tu bila dia di offer untuk jaga kambing.
Nabi Musa pun tau, takkan dalam masa 3-4 hari dia menumpang tu, nak melantak free saja. Maknanya, kenalah dia bekerja untuk
mencari sesuap makanan.
Lalu Nabi Musa
pun menerima akan tawaran Nabi Syuib itu. Maka Nabi Musa pun mulalah bekerja sebagai pembantu kepada Nabi Syuib; sehinggalah
membuatkan Nabi Syuib amat tertarik dengan disiplin dalam bekerja yang ditunjukkan oleh Nabi Musa. Nabi Syuib tengok masa
nak balik ke kandang tu, kambing-kambingnya beratur elok dengan penuh disiplin saja lakunya. Takdak satu pun yang hilang maupun
berlaku sebarang kemalangan ke atas kambing-kambingnya itu. Kira makna kata Nabi Musa tarbiyyah kambing-kambing tu, kira "A"
lah. Inilah yang menyebabkan Nabi Syuib tertarik hati. Lalu satu hari sepertimana yang diberitahu oleh Allah dalam Suratul
Qashash, tanya Nabi Syuib kepada Nabi Musa, "Laa beginilah wahai orang muda, kamu nak
menikah dak?..Kalau kamu setuju, aku nak kahwinkan engkau dengan salah seorang daripada anak perempuan aku."...Quran tak sebut kakak atau adik, tapi yang pentingnya memang disebut dalam Quran bahwa Nabi Musa berkahwin
dengan salah seorang daripada dua orang anak perempuan Nabi Syuib as. Kemudian kata Nabi Musa, "Aku setujulah, tapi dengan apa aku nak bagi maharnya?..Sebab aku lari ke sini dulu selai sepinggang."..Lalu kata Nabi Syuib, "Okay hal tu jangan bimbang. Apa kata maharnya ialah
kamu bekerja jaga ladang kambing aku selama 8 tahun. Ataupun kamu nak bagi complete 10 tahun, yang tu kira lagi cantiklah.
Jadi aku offer 2 macam kat hang. Kamu buat 8 pun kira okay ataupun buat 10 pun kira ngam Alhamdulillah. Kamu pilihlah."...Riwayat menyebut Nabi Musa as melengkapkan 10 tahun. Maka bekerjalah Nabi
Musa selama 10 tahun sebagai gembala kambing, yang mana menjadi mahar perkahwinannya.
Lalu bila dah
berkahwin 10 tahun, maka Nabi Musa teringat balik akan tanah tumpah darahnya sendiri iaitulah Mesir, yang mana telah ditinggalkannya
selama 10 tahun. Lalu diberitahu akan hasratnya untuk kembali ke Mesir kepada Nabi Syuib,
"Ayah, izinkan saya balik ke Mesir untuk menyelamatkan Bani Israil yang sedang ditindas
dan dianiaya oleh Firaun laknatullah."...Ni dia baru nak mula ceritanya
tu. Kita kena huraikan dengan panjang lebar dulu, barulah kita boleh nampak. Dia bukan boleh main celapak seketoi macam tu
saja bila nak terang tentang Bani Israil ni, dia kena bawa round pusing jauh tentang sejarahnya tu dulu...Lalu apabila Nabi
Syuib izinkan, maka keluarlah Nabi Musa bersama dengan isterinya itu berjalan menuju ke Mesir. Sehinggalah Allah swt cerita
dalam ayat 29 Suratul Qashash bagaimana kata Nabi Musa, "Aku nampak api di bawah kaki
Bukit Thursina."...Lalu berkata Nabi Musa kepada isterinya, "Tinggallah
kamu disini. Aku nak pi ambik api. Moga-moga dengan api itu, maka bolehlah panaskan badan kita. Maklumlah berjalan di tengah
malam dalam padang pasir amatlah sejuk. Ataupun bolehlah mengambil api itu untuk menerangi jalan gelap yang kita lalui ini."...Tatkala Nabi Musa sampai ke tempat api itulah, dia mendengar seruan, "Wahai
Musa, sesungguhnya Aku ialah ALLAH, Tuhan semesta alam."...Kemudian lepas daripada itulah,
maka Nabi Musa as pun balik ke Mesir untuk membebaskan Bani Israil. Nak dipendekkan cerita, time tulah yang Nabi Musa as mula
berlawan campak tongkat jadi ular apa semua, maka dari situ mulalah berlakunya apa yang dikatakan sebagai nikmat-nikmat Allah
ke atas Bani Israil.
Yang pertama
nikmat Allah kepada Bani Israil ialah bilamana Firaun dah putus asa sebab habih dah ayat nak lawan Nabi Musa as, maka akhirnya
Firaun memerintah tentera-tenteranya memburu Nabi Musa as dan Bani Israil menuju ke tengah lautan. Kemudian bilamana Allah
swt menyelamatkan Bani Israil ini daripada kekejaman Firaun, maka itulah yang dikatakan suatu nikmat...Begitulah juga bilamana
ulama` ambil T`ganu, bukankah itu juga suatu nikmat?...Kita mula merasai kehebatan serta kenikmatan duduk bawah ulama` walaupun
saya bukan orang T`ganu, tapi turut juga merasai tempias kenikmatan itu...Begitulah Bani Israil bilamana diselamatkan oleh
Allah ketika lari sampai berdepan dengan Laut Qalzum (Laut Merah), sehingga terpinga-pinga mereka di situ tak tau nak buat
apa dah sebab di depan laut, manakala di belakang mereka pula jutaan tentera Firaun sedang mengejar mereka. Riwayat ada menyebut
bahwa ramainya Bani Israil yang melarikan diri bersama-sama dengan Nabi Musa as ialah seramai 60000. Kemudian dibahagi pula
kepada 12 qabilah. Disinilah datangnya peringatan Allah kepada Bani Israil bilamana Allah belahkan laut untuk laluan mereka
setelah diizinkan Allah kepada Nabi Musa as dengan memukulkan tongkatnya ke laut. Bila dipukul oleh Nabi Musa, lalu terbelahlah
lautan di depan mereka itu menjadi 12 lorong sebab mereka ada 12 jkkk yang memimpin 12 qabilah masing-masing.
Lalu mereka
pun berjalanlah melalui lorong masing-masing. MasyaAllah, tuan-tuan boleh bayang tak deretan manusia kecil-kecil elaka yang
lemah sedang berjalan di celah-celah belahan lautan yang dalam lagi menggerunkan tu, yang any time saja Allah boleh cantumkan
kembali lautan tu. Bayangkanlah tuan-tuan kalau tengah-tengah kita dok lalu tu, tiba-tiba Allah cantumkan balik, tak ke mati
lemas dibuatnya. Inilah dia nikmat Allah, sehinggakan Bani Israil boleh lalu di tengah-tengah lautan tanpa diapa-apakanNya.
Sehinggalah mereka selamat sampai ke tebing sebelah sana, lalu Allah memperlihatkan pula macamana Firaun tenggelam di
dalam laut. Allah pertemukan balik laut dan Bani Israil itu tengok sendiri macamana Firaun mati di depan mata kepala mereka
sendiri. Jadi apakah nikmat lagi bila berlaku yang sedemikian?...Apakah nikmat lagi tuan-tuan kalau kita tengok orang yang
jahat tiba-tiba dihukum?...Nak kata apa tuan-tuan?...Orang yang terlalu jahat dalam pandangan Allah iaitulah Firaun, ketika
dihukum oleh Allah; dimana ketika dia nak tenggelam terkapai-kapai, waktu itulah 60000 orang yakni bermakna 120000 bijik mata
yang menyaksikan bagaimana Firaun tenggelam timbul dan akhirnya mati lemas. Sebab itulah Allah ulang-ulangkan peringatan demi
peringatan kepada Bani Israil akan nikmat yang mereka perolehi sepertimana yang disebut dalam ayat 40 dan ayat 47 Suratul
Baqarah.
Bila habih
dah selamat daripada ancaman Firaun, lalu Allah pun panggil Nabi Musa as, "Wahai Musa,
mari datang ke Bukit Thursina ambik kitab."...Nabi Musa as pun duduk di Bukit Thursina di semenanjung
Sinai selama 40 hari 40 malam untuk mengambil kitab Taurah. Dengan sepeninggalan Nabi Musa as itu lah, puak-puak Bani Israil
ini pi lantik pulak seorang lagi Musa, namanya Musa Samiri. Yang depa pilih Musa Samiri ni, sebab dia ada jampi "nang buti nang, koe buti koe" punya line, yakni dia ada ilmu sihir. Sebelum ni Musa Samiri sebenarnya memang
teringin nak jadi pemimpin tapi kelayakan tak cukup. Lalu bila Nabi Musa tak ada, ketika itulah kesempatan diambilnya untuk
mempengaruhi kaum wanita supaya dihimpunkan kesemua gelang-gelang emas mereka, lalu dileburkan menjadi cair dan akhirnya dibentuk
kembali menjadi patung anak lembu. Kemudian Musa Samiri pun menggunakan sihirnya "Ya
in sing mata kaji..." apa ka, tiba-tiba patung itu pun
bergerak dan boleh bercakap pula. Kemudian bila Musa Samiri melihat yang sihirnya itu telah berjaya memperdayakan sebahagian
daripada Bani Israil itu, maka berkatalah dia, "Inilah dia tuhan kamu semua dan juga
tuhan Musa. Cumanya, Musa terlupa nak bagitau kepada kita semua bahwa inilah tuhan."...Bila
dengaq lagu tu, ramai yang pakat hangguk, kemudian sembah pula patung tu. Inilah dia perangai yahudi laknat. Baru saja tadi
mereka diselamatkan oleh Allah daripada cengkaman Firaun, tapi masih tetap kuffur dengan nikmat Allah.
Bila baliknya
Nabi Musa as, dilihatnya sebahagian daripada kaumnya dah sesat, maka mengamuklah dia. Lalu orang yang mula-mula ditujuinya
ialah abangnya sendiri iaitulah Nabi Harun as. Terus dicekaknya janggut Nabi Harun hingga tergoncang kepala abangnya itu sambil
berkata, "Aku suruh hang jaga kaum Bani Israil ni, tapi awat depa boleh pi jadi sesat
lagu ni pula?"...Kata Nabi Harun as, "Wahai anak ibuku,
janganlah kamu cekak dan tarik janggut aku sebegini. Sakit hang tau dak?"...Sebab itu menurut
riwayat semasa Nabi saw di mikrajkan ke langit, dia telah berjumpa dengan Nabi Allah Harun dalam keadaan janggutnya colorful
yakni hitam merah hitam. Bila Nabi saw tanya (semasa mikraj), "Ni pasai apa janggut colorful
ni?"...Kata Nabi Harun, "Inilah penangan cekakkan dari
adikku Nabi Musa ketika dia marah padaku setelah dilihatnya kaum Bani Israil telah disesat oleh Musa Samiri. Last-last aku
yang ditajinya dengan ditariknya janggut aku sampai jadi merah."...Tuan-tuan boleh bayang sendiri
lagumana kuatnya cekakkan Nabi Musa as tu.
Akhirnya bila
puak-puak yahudi ni dah sesat, lalu kata Allah swt, "Okay kamu semua boleh bertaubat,
tapi syaratnya ialah kamu kena bunuh diri kamu sendiri."...Inilah syarat taubat Bani Israil.
Kata Nabi Musa as, "Allah akan ampunkan dosa kamu,
sekiranya kamu semua bertaubat. Dan cara bertaubat ialah semua yang terlibat dalam proses pembikinan patung anak lembu itu,
yakni bermula daripada Musa Samiri hinggalah kepada
si pelebur emas termasuk juga siapa saja yang memberi saham dalam membina patung lembu itu, hendaklah membunuh diri mereka
sebagai tanda taubat diterima oleh Allah."...Makanya riwayat menyebut bahwa mereka yang terlibat
itu pun membunuh diri masing-masing.
Okay bila dah
habih isu berkenaan dengan patung anak lembu itu, Allah swt perintahkan pula kepada Nabi Musa as untuk masuk ke dalam negeri
yang dijanjikan, iaitulah negeri Palestin. Dimana ketika itu, negeri Palestin sedang dikuasai oleh seorang raja yang zolim,
lalu Allah suruh mereka berjihad membebaskan negeri Palestin. Tapi tiba-tiba puak-puak Bani Israil ni haram sekoq pun tak
mau pi berjihad. Apabila Nabi Musa kata, "Ayuh! mari kita berjihad membebaskan negeri
Palestin daripada raja yang zolim itu."...Tuan-tuan tau ka apa feedback Bani Israil kepada
Nabi Musa a.s. tentang seruan jihad tu?...Jawab mereka, "Wahai Musa, pergilah engkau
dengan Harun berperang bersama-sama dengan Tuhan engkau. Bagi kami, cukuplah sekadar duduk relax-relax kat sini."...Bilamana mereka tak mau berjihad, sebagai hukuman yang kedua kalinya ini, Allah sesatkan pula mereka di tengah-tengah
sebuah padang pasir yang dikenali dengan nama "Padang Pasir Teh", selama 40
tahun. Mereka hanya berlegar-legar tak tau nak pi mana di tengah-tengah kering kontang padang pasir Teh itu selama 40 tahun
lamanya. Pun begitu, Allah masih lagi menunjukkan kasih sayangnya Dia kepada Bani Israil ini, sepertimana yang disebut dalam
ayat 57 Suratul Baqarah yang bermaksud, "Kami naung kamu dengan awan-awan hitam.."..Inilah dia kasih sayang Allah kepada Bani Israil walaupun mereka tak pernah bersyukur setelah diselamatkan daripada
Firaun. Walaupun mereka disesatkan di tengah-tengah keterikan panas padang pasir, namun begitu Allah hantar pula awan untuk
lindungi mereka. Ini nikmat Allah lagi ni. Tak cukup dengan itu, di tengah-tengah ketandusan padang pasir yang kering kontang
itu, tiba-tiba Allah hantar pula dua jenis rezeki, iaitu yang pertamanya ialah "al-manna"
yakni sejenis manisan yang berwarna putih seperti madu lebah, yang melekat di batu-batu dan pokok-pokok kayu yang kering.
Depa bangun pagi ambik makan manisan yang melekat kat pokok dan batu tu. Kemudian rezeki yang kedua ialah "as-Salwa". Merujuk kepada kitab tafsir Prof Dr Hamka, yang
dikatakan as-Salwa ni ialah sejenis burung seperti puyuh. Hari-hari burung tu datang seakan-akan jinak bermain-main di tepi-tepi
mereka, yang hanya mereka perlu ialah ambik sembelih makan macam tu saja...MasyaAllah, nikmat Allah beri lagi. Walaupun begitu,
mereka tetap kuffur juga kepada Allah. Walaupun dah dapat "manna" dan "salwa", tapi masih lagi tak puas hati. Dalam ayat 61 Suratul Baqarah menceritakan
betapa kuffurnya mereka kepada Allah swt. Tak cukup dengan apa yang Allah kurniakan tadi, mereka kata lagi, "Ya Musa, apa ni?..Boring la semacam saja. Asyik-asyik manna, asyik-asyik salwa, asyik-asyik manna,
asyik-asyik salwa; roti canai tarak ka?"...Laaa depa minta yang lain pulak. Tengok tuan-tuan
perangai Bani Israil. Walaupun dalam keadaan mereka disesatkan oleh Allah di tengah padang pasir, mereka boleh lawan lagi
Allah. Kata Nabi Musa a.s., "Apa lagi hangpa mau?"...Jawab
mereka, "Dak la, minta la kat Tuhan kamu supaya bagi kat kami timun, kacang, bawang
putih, bawang merah dan sayur-sayuran pulak. Boleh la kami goreng-goreng atau buat dalca apa ka. Boring la tiap-tiap hari
manna salwa saja."...Kurang ajaq sungguh puak-puak ni. Allah dah bagi, depa mau yang lain pulak.
Kemudian depa tak puas hati lagi, kali ni depa mau air pulak, "Hai, tak ada air ka?..Makannn
aje, air tak ada ke?"...Lalu Allah perintah Nabi Musa as, "Wahai
Musa, pukullah batu itu dengan tongkatmu!"...Bila dipukulnya batu itu, maka terbitlah daripada
batu itu 12 mata air. Tuuu dia punyala baiknya Allah, mau apa lagi?...Satu qabilah ambik satu mata air. Kalau kita pi ziarah
ke Mesir iaitu tempat nama "Uyun Musa" (dalam kawasan padang pasir yang cukup
panas), di situ kita akan dapati masih ada lagi sehingga ke hari ini telaga yang menakungkan air yang dipancarkan semenjak
dari zaman Nabi Musa as lagi.
Jadi apa yang
depa mau lagi?...Allah suruh berjihad, depa tak mau. Dalam keadaan mereka disesatkan di padang pasir itu pun, masih lagi Allah
bagi makanan dan sayang kepada mereka Bani Israil ni. Inilah dia sifat Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung. Tapi mereka tetap
lupa akan nikmat yang diberiNya itu dan mereka kuffurkan Allah. Sehinggalah sampai kepada tahap kebiadapan yang paling teruk
ialah apabila mereka terlibat dalam komplot membunuh para rasul alaihi mussola tuwassalam. Dimana riwayat menyebut bahwa seramai
70 orang rasul dan nabi telah dibunuh oleh Bani Israil. Tuan-tuan boleh bayang ka?...Apa ayat lagi kita nak sebut kat depa
ni bila sampai ke tahap bunuh rasul dan nabi?...Macamana depa buru dan bunuh Nabi Zakaria dan anaknya Nabi Yahya as dengan
kejam. Bukannya Nabi Zakaria as buat apa pun. Dia tak bawa keluar apa amanat pun. Beliau hanya menentang raja Herodus (raja
yahudi) bila raja tersebut membuat undang-undang menghalalkan anak beranak boleh berkahwin. Lalu Nabi Zakaria bersama dengan
anaknya Nabi Yahya bangun menentang undang-undang tersebut dengan berkata, "Hangpa dah
gila apa ka?..Anak beranak bernikah ni bukan manusia lagi dah, ni kira binatang dah ni."...Maka
marahlah Herodus, lalu dikerahkan SB nya memburu Nabi Zakaria as, sehinggakan Nabi Zakaria terpaksa melarikan diri. Lari punya
lari, akhirnya bila Nabi Zakaria pi menyorok balik pokok, menurut riwayat ada syaitan pula yang memberitahu kepada SB bahwa
Nabi Zakaria sedang berlindung di dalam pokok. Lalu puak-puak yahudi ni pi ambik gergaji, lalu digergajinya pokok itu termasuklah
dengan pinggang-pinggang Nabi Zakaria sekali. Mereka bunuh rasul yang menegakkan kebenaran. Tak cukup dengan Nabi Zakaria,
mereka berdendam pula dengan anaknya, Nabi Yahya as. Riwayat menyebut, bila mereka tangkap Nabi Yahya, depa ambik satu meja
lalu ditebuk lubang di tengah-tengah meja tu, dan depa masukkan Nabi Yahya ke bawah meja dan keluarkan kepalanya melalui lubang
di tengah meja itu (lagumana yang pernah saya tengok di restoran cina macamana depa menghadapi hidangan otak kera). Kemudian
digergajinya kepala Nabi Yahya sehingga disebut dalam hadith Rasulullah saw bahwa ketika digergajinya kepala Nabi Yahya, maka
darah yang ada di otak Nabi Yahya menggelegak tanpa henti. Dan ianya berhenti setelah matinya zuriat-zuriat raja Herodus dan
zuriat-zuriat orang menzaliminya itu seramai 70000 orang. Itulah dia nilai darah otak Nabi Yahya as yakni sama dengan 70000
orang yahudi.
Nabi Isa as
pun begitu juga. Dia diburu sehinggalah Allah swt selamatkannya dengan mengangkat dia ke langit. Kalau tidak pakai kena punya.
Inilah dia perangai yahudi laknat tuan-tuan. Yang kemudiannya Allah takdirkan mereka menjadi satu kaum yang merempat. Sehinggalah
di zaman Rasulullah saw (di al-Madinatul Munawwarah) pun mereka masih tetap mengekalkan sikap suka berkomplot. Dengan kerana
sikap mereka sebeginilah, maka tiba giliran Rasulullah saw pula kali ini yang menghalau Bani Qainuqa`, Bani Nadir dan Bani
Quraizah keluar dari kota Madinah. Jahatnya puak yahudi ni sehinggakan mereka boleh berkomplot dengan siapa saja yang nak
bunuh Nabi saw. Allah lah yang memberitahu Nabi saw melalui Jibril as tentang pakatan ini. Lalu mereka dihalau oleh Nabi saw
sehingga akhirnya mereka menjadi insan merempat. Sampailah pada tahun 1916, apabila termeterai satu perjanjian (nama perjanjian
tu pun dah lupa) yang mana dengan perjanjian inilah maka dengan sekali gus mengizinkan yahudi laknat menubuhkan negara mereka
sendiri pada tahun 1948. Itulah dia "Israel" sepertimana yang kita tengok hari ini. Jadi apabila mereka mendapat tanah
(negara) melalui satu perjanjian, maka segala dendam kesumat yang dipendamkan selama ini terhadap umat Nabi Muhammad saw,
mereka lancarkan habis-habisan sehinggalah ke hari qiamat. Sebab itu, kita sebagai orang Islam, jangan mimpilah yang puak-puak
yahudi dan sekutunya iaitu Nassara, akan melakukan sebarang kebaikan terhadap umat Islam. Sebab ternyata dalam Quran sendiri
terdapat cukup banyak ayat-ayat yang Allah swt mengajar kita bahwa yahudi dan nasara ni toksah dok harap. Kerana mereka adalah
musuh umat Islam #1, yang diisytihar sendiri oleh Allah swt. Sebab itu, sampai bila-bila pun, mereka tetap akan menjadi musuh
umat Islam. Seperti yang kita sedia maklum, cuba kita lihat siri-siri perjanjian yang ditandatangani antara Palestin dan Israel
umpamanya, masih lagi buntu. Sehinggakan mereka warning Yasser Arafat supaya jangan mengisytiharkan negara Palestin yang merdeka,
lagu tu saja. Ini memang sifat mereka. Kalau rasul dan nabi pun mereka boleh bunuh, siapakah dia Yasser Arafat?...Rasul pun
depa boleh gergaji, apatah lagi orang yang bukan rasul. Inilah yang kita kena faham betapa busuk dan jahatnya orang-orang
yahudi laknatullah, termasuklah nasara, yang menjadi penolong-penolong mereka.
Inilah dia
muqaddimah bagi hadith ini, iaitu siapakah dia "Bani Israil"?...Dan ustaz Halim telah menceritakan akan sejarahnya, yakni
bermula daripada Nabi Yusuf as sehinggalah ke Nabi Musa as dan sampailah mereka mendiami Madinah. Semuanya ini adalah sebagai
satu pedoman kepada kita supaya kita tahu akan salasilah keturunan mereka, yakni daripada nabi dan rasul yang baik, akhirnya
mereka menjadi bangsa yang dilaknat oleh Allah swt. InsyaAllah pada sessi yang akan datang, ustaz Halim Nasir akan kupas pula
asal-usul mereka boleh jadi yahudi. Dan juga ustaz akan kupas fasal yang kedua hadith ini, iaitu bagaimana umat Islam akhir
zaman boleh cenderung mengikut yahudi dengan berlandaskan hadith-hadith sokongan yang lain. Dan akhirnya, kita akan lihat
bagaimana perpecahan yang disebut oleh Nabi saw iaitu umatnya berpecah kepada 73 puak, tapi hanya satu sahaja yang masuk syurga.
Maka kita akan tengok nanti sifat-sifat yang ada pada golongan yang satu itu, supaya kita termasuk dalam sifat golongan yang
satu itu, yakni golongan yang sedikit. Sebab itu, ketika Saiidina Umar al-Khatab mengerjakan ibadah haji, yakni sewaktu dia
sedang tawaf, tiba-tiba dia mendengar ada orang berdoa di hadapan Ka`abah, "Wahai Tuhanku,
jadikanlah aku dikalangan orang yang sedikit."...Lalu Umar ra tersentak bila dengar doa yang
sedemikian, lalu ditanyanya, "Orang semua minta banyak, tapi kamu kenapa minta sedikit?"...Jawab orang itu tadi, "Wahai Amirul
Mukmnin, tidakkah kamu membaca al-Quran?..Dimana kata ALLAH: Terlalu sedikit hamba Ku yang bersyukur...Sebab itu, saya mahu
masuk ke dalam golongan yang sedikit tapi berqualiti ini."....InsyaAllah
kita akan lihat sifat-sifat golongan yang sedikit ini dalam sessi perbahasan yang akan datang.
...bersambung....
Sekarang kita
menyambung kembali perbahasan dalam hadith ke6 ini dengan dimulakan kupasan macamana asal-usul makna perkataan "yahudi" itu, yakni daripada "Bani Israil"bertukar menjadi
"yahudi". Dimana ditafsirkan oleh para ulama` bahwa perkataan "yahudi" itu adalah diambil daripada nama salah seorang anak Nabi Ya`kub as yang bernama Yahuda. Daripada perkataan
"Yahuda" itu, ia menjadi "yahudi".
Dan perkataan inilah yang digunakan oleh Allah di dalam al-Quran untuk menerangkan akan penyelewengan mereka terhadap ugama
Allah swt.
Kita biasa
dengar nama-nama seperti Karl Marx (seorang yahudi), dialah yang telah menerbitkan sebuah buku yang bernama "Das Capital". Di dalam buku inilah Karl Marx telah menyatakan bahwa ugama merupakan candu bagi masyarakat. Maknanya,
ugama ni mengkhayalkan masyarakat. Jadi macam tu pula ugama. Kemudian kita didedahkan pula dengan nama-nama seperti Charles
Darwin (juga seorang yahudi), dimana beliau pernah menyatakan dalam bentuk suatu teori evolusi bahwa manusia ini sebenarnya
adalah berasal daripada beruk. Dengan teorinya ini, dia secara langsung menafikan ribuan ayat-ayat Quran. Sehinggakan ramai
yang telah rosak aqidah akibat mempercayai teori evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin, yahudi laknat itu. Lepas tu,
bagi siapa-siapa yang belajar management pula, mereka diperkenalkan kepada nama-nama yahudi yang begitu banyak. Lalu sudah
semestinyalah teori-teori yang mereka bawa itu adalah teori-teori yang sama sekali bercanggah dengan agama Allah swt. Dan
salah seorangnya ialah Abraham Masloff, yang terkenal dengan teori piramidnya.
Maka benarlah
apa yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud, "Wahai Muhammad saw, engkau
akan mendapati bahwa manusia yang paling kuat menentang umat Islam, yakni yang akan memporak-perandakan umat Islam samada
dengan teori-teori mereka, filem-filem mereka, hiburan-hiburan mereka ataupun dengan segala jenis kerja yang mereka buat untuk
menjahanamkan Islam; mereka itu adalah golongan yahudi."...Allah swt sendiri yang mengisytiharkan
dalam Quran bahwa musuh Islam yang utama adalah golongan yahudi. Kemudian di zaman mutakhir ini, dibuktikan dengan wujudnya
seorang yahudi yang menyamar sebagai orang Islam, iaitulah dia yang bergelar Mustapha Kamal Ataturk. Dialah yang menghancurkan
khilafah Uthmaniyah Turki, yang merupakan khilafah yang terakhir umat Islam. Maka bilamana jatuhnya kerajaan Uthmaniyah Turki,
maka fahaman-fahaman, ism-ism, ideologi-ideologi yang diciptakan oleh yahudi dan nasara telah diimport masuk ke dalam negara-negara
umat Islam melalui sistem penjajahan. Termasuklah M`sia yang pada ketika dulu dikenali sebagai "Malaya", yang turut juga menerima kesan daripada penjajahan tersebut. Ini semua adalah hasil daripada
Mustapha Kamal Ataturk yang menggunakan nama Islam, tetapi dialah yang menghancurkan ugama Allah dengan memasukkan fahaman
yahudi ke negara Turki sampailah ke hari ini sehinggakan payah Islam nak bangun kembali.
Sebab itu Nabi
saw menyebut di dalam hadith ini bagaimana umatnya juga akan menjadi pengikut-pengikut kepada yahudi dan nasara. Sedangkan
Allah swt sudah pun memberi ingatan di dalam al-Quran, tetapi manusia tidak peduli akan peringatan itu. Sepertimana firman
Allah di dalam Surah Ali Imran:100 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jika
sekiranya kamu taat dan patuh kepada sebahagian ahlul kitab yang menyelewengkan taurah dan injil, dengan mengikut cara hidup
mereka, dengan mengikut ism dan kefahaman mereka; nescaya mereka akan mengembalikan kamu walaupun sesudah kamu beriman kepada
kamu menjadi kafir kerana mengikut akan ism dan fahaman-fahaman mereka."...Inilah dia peringatan
yang disebut oleh Allah tapi tidak dipedulikan oleh umat. Sehinggakan Nabi saw menyebut dalam hadith ke 6 yang kita baca pada
kali ini, menjelaskan sampailah ke tahap kalaulah di kalangan orang-orang yahudi adanya anak dan ibu berzina secara terang-terangan,
maka akan ada juga di kalangan umatnya melakukan yang sedemikian. Dan perkara sebegini adalah satu perkara yang telah pun
berlaku di dalam masyarakat Melayu pada hari ini, sebagaimana yang telah disiarkan di dalam ruangan internet tidak lama dulu,
dimana dikisahkan ada seorang anak yang telah merogol dan berzina dengan ibunya sendiri....Nauzubillahiminzalik. Nampak tak
tuan-tuan, apa saja yang Nabi saw sebut, pasti akan berlaku. Kerana apa yang dinyatakan oleh Nabi saw adalah al-haq yakni
kebenaran yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun.
Dan benarlah
apa yang dinyatakan oleh Nabi saw di dalam sepotong hadith yang lain, dimana Nabi saw pernah bersabda mafhumnya, "Bahwa kamu yakni umat aku akan mengikut cara hidup orang-orang yang sebelum daripada mereka. Mula-mula
mereka akan mengikut sejengkal demi sejengkal. Kemudian sehasta demi sehasta. Sehinggakanlah mereka-mereka itu masuk ke dalam
lubang biawak padang pasir (al-dhab) yang kecil itu pun, maka umat Islam juga akan turut sekali masuk ke dalam lubang biawak
itu."...Lalu sahabat bertanya, "Adakah golongan yahudi dan nasara itu yang engkau maksudkan ya Rasulullah?"...Kata Nabi
saw, "Siapakah lagi kalau tidak yahudi dan nasara."...Inilah
yang telah terbukti di zaman mutakhir ini, bagaimana umat Islam telah pun mengikut cara hidup yahudi.
Ambillah apa
saja contoh untuk kita bincangkan:
1) Cuba kita
lihat dari segi berpakaian, umat Islam telah pun meniru cara yahudi dan nasara. Mereka sudah tidak peduli lagi persoalan aurat.
Sedangkan Nabi saw telah memperingatkan umatnya di dalam suatu hadith yang lain, katanya yang bermaksud, "Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak pernah lihat mereka di zaman aku hidup. Iaitulah yang pertamanya
ialah pemimpin-pemimpin yang menzolimi rakyatnya seperti ekor lembu yang memukul belakang badannya.."...Cuba kita perati tengok lembu yang dicipta oleh Allah, ekornya itu sekejap dilibasnya ke kiri dan sekejap
dilibasnya ke kanan sesuka hatinya. Begitulah juga kata Nabi saw tentang perwatakan pemimpin-pemimpin yang zolim yang menindas
rakyatnya ikut nafsu mereka sahaja seperti ekor lembu yang memukul belakang badannya. Kemudian kata Nabi saw lagi, "Demi Allah, pemimpin yang zolim ini adalah ahli neraka. Kecuali kalau mereka bertaubat kepada Allah,
maka barulah mereka lepas daripada ancaman ini."...Manakala yang keduanya kata Nabi saw, "Yang kedua adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi pada hakikat mereka sebenarnya bertelanjang.
Sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka untuk menarik perhatian lelaki. Mereka juga memakai sanggul-sanggul yang tinggi
dikepala mereka seumpama bonggol-bonggol unta. Maka mereka tidak akan masuk ke dalam syurga, bahkan mereka tidak dapat mencium
akan baunya syurga Allah, sedangkan mencium bau syurga itu boleh dihidu dengan jarak 500 tahun perjalanan negeri akhirat."...Inilah dia amaran daripada Nabi saw kepada kaum perempuan. Kerana bila berlaku sesuatu yang tidak diingini
seperti zina dan rogol umpamanya ke atas kaum perempuan, maka selalunya kita akan dapati mereka tidak menuding kesalahan ke
arah diri sendiri tetapi menuding ke arah orang lain. Walhal, mereka sendirilah yang menjadi punca berlakunya benda-benda
sumbang ini. Jadi, untuk counter benda-benda sebegini daripada berlaku, Allah swt telah pun berfirman di dalam Suratul Ahzab:59
yang bermaksud, "Wahai Nabi, katakanlah oleh mu kepada isteri-isteri kamu, kepada anak-anak
perempuan kamu dan kepada perempuan-perempuan yang beriman; supaya mereka itu menutup tubuh mereka dengan pakaian-pakaian
yang menutup aurat, seperti melabuhkan tudung supaya tidak menampakkan susuk badan apabila mereka keluar daripada rumah. Sesungguhnya yang demikian itu adalah supaya mereka mudah dikenali
dan supaya mereka tidak diganggu/disakiti."...Sebab itu kebanyakkannya kes-kes rogol yang kita
lihat dan dengar, ia membabitkan perempuan-perempuan yang tidak peduli langsung akan masalah pakaian Islam. Sebab itu Nabi
saw diberitahu oleh Allah swt supaya menyuruh kaum perempuan menutup aurat, yakni supaya mereka itu dikenali sebagai wanita-wanita
muslimah, lalu tidaklah mereka diganggu dan disakiti.
2) Yang kita
bincang tadi ialah dalam masalah berpakaian ala yahudi, dan sekarang kita bincang pula dalam masalah bersukan. Apa yang diperhatikan
sekarang ini masyarakat kita sangat suka bersukan, tapi mereka bersukan dalam keadaan melupakan waktu-waktu sembahyang. Apa
tidak bolehkah pihak kementerian belia dan sukan meminda satu rang undang-undang untuk dibentangkan dalam parlimen meminta
supaya persatuan bolasepak ataupun persatuan badminton atau persatuan sukan apa saja, bila nak mengadakan satu pertandingan
atau perlawanan, apa salahnya ia dimulakan selepas sembahyang Isya`?...Ada apa-apa kesalahan ka kalau kita start kick-off
dalam pertandingan Dunhill Liga Perdana itu selepas Isya`?...Stadium boleh runtuh ka bila start selepas Isya`?...Okay katakanlah
ada game bagus punya, lautan manusia akan berpusu-pusu masuk ke stadium awal-awal lagi (seawal 6.30pm lagi) walaupun game
selalunya start pukul 8.30pm-8.45pm; betoi tak?...Apa salahnya orang Islam yang pi tengok bola tu bawa sejadah sorang selai.
Bila masuk saja waktu Maghrib, dengan limpahan lampu stadium yang terang benderang tu, pakat-pakat semua turun padang untuk
mendirikan sembahyang Maghrib dengan diImamkan oleh pengadil, diazankan oleh
linesman dan makmumnya satu stadium; ada salah ka kalau buat lagu tu?...Awat yang cina india tu tak boleh tunggu sat ka?...Awat
boleh runtuh stadium atau boleh rosak padang ka bila orang turun sembahyang atas padang?...Orang nak pi sembahyang, bukannya
nak pi korek padang tu. Kemudian lepas Maghrib, masing-masing pakat naik ke tempat duduk masing-masing; pi lah pekena kacang
ka, karipap hangat-hangat ka atau pekena rokok ka (jangan sampai terbakar stadium sudah); kemudian bila mai Isya`, pakat semua
turun sekali lagi pi sembahyang. Lagi sekali linesman azan dan lagi sekali pengadil jadi tok imam untuk sembahyang Isya` 4
rakaat. Hat sapa yang bermusafir tu, jamak qasar siap-siap Maghrib tadi. Habih dah sembahyang, lepas semua orang naik, kemudian
pukoi 9.15pm kita pun kick-off; apa tak boleh buat lagu tu ka?...Pasai apa tak mau kita bentang benda lagu ni dalam parlimen,
untuk diberitahu kepada masyarakat bahwa Islam tidak melarang kita bersukan sebab Nabi saw tak sekat kita bersukan. Tapi Nabi
saw suruh kita bersukan dalam keadaan tutup aurat, ikut cara Islam.
Cuba tuan-tuan
tengok dalam sukan renang hari ini. Jaguh-jaguh renang dunia hari ni dah pun mula pakai track suit. Depa tak pakai dah seluaq
yang macam katak puru tu. Awat elok saja depa berenang tarak masalah apa pun; backstroke ka, upstroke ka, freestyle ka, 200m
medley ka, habih semua depa pulun, takdak apa yang mengganggu pun. Malah depa boleh pecah rekod dunia lagi. Jadi apa salahnya
kalau kita buat satu undang-undang bahwa semua apartment dan hotel yang ada kolam renang, hendaklah mengarahkan siapa yang
nak masuk ke kolam tu kena pakai track suit. Jadi, bila ada undang-undang lagu ni, barulah kita pun boleh join sama dalam
kolam tu. Sebab sebenarnya, kita pun teringin juga nak berenang dan berendam; betoi tak tuan-tuan?...Sebab berenang ni adalah
salah satu daripada 3 jenis sukan yang Nabi saw suruh kita ceburi. Cuba tuan-tuan bayangkan, sewaktu hadith ini dikeluarkan,
Nabi saw sedang berada di Madinah. Jadi, seolah-olah di Madinah ketika itu penuh dengan kolam renang. Lalu timbullah persoalan,
ada banyak sungguh ka kolam renang di Madinah pada waktu itu?...Nak kata kedudukan Madinah dekat dengan tepi laut pun tidak
juga. Jadi, macamana Nabi saw boleh tahu sukan berenang ini bagus untuk kesihatan seperti boleh mengempiskan perut umpamanya?...Inilah
yang menunjukkan bahwa hadith yang keluarkan oleh Nabi saw itu adalah datangnya daripada Allah swt juga. Untuk membuktikan
betul tak apa yang Nabi saw kata tentang bagusnya sukan renang ni, cubalah kita tengok bentuk tubuh para perenang. Ada tak
yang perut buncit?...Mana ada tuan-tuan. Daripada dada sampai ke perut, flat macam sekeping papan aja bentuknya. Kalau perut
boroi macam kita ni, terjun-terjun, dia tak pi ke depan dah, dia tenggelam terus. Sebab itu, kita pun teringin juga nak kempiskan
perut serta menyihatkan tubuh badan. Tapi la ni kalau kita nak pi ke kolam, mesti depa suruh pakai seluar katak puru tu. Terbantutlah
hasrat kita tu kalau disuruhnya pakai seluaq katak puru. Sebab itu, apa salahnya kita buat satu undang-undang suruh tutup
aurat kalau nak ke kolam awam. Saya ingat takdak masalah dalam hal gubal menggubal ni sebab dalam M`sia ni saja dah bermacam-macam
undang-undang dah digubalkan. Sekarang ni pulak dengan undang-undang ITnya, undang-undang cyber cafenya, undang-undang mesin
cetaknya dan berbagai-bagai lagi undang-undang era baru yang tak pernah sampai pun ke telinga kita hari ini; boleh pulak dikemukakan
di dalam parlimen. Tapi mengapa bila mai tang bab tutup aurat, pihak kementerian boleh buat pekak badak aja, sehingga tak
reti nak bentang satu akta dalam parlimen berkenaan dengan penutupan aurat semasa bersukan?...Kita yakin mana-mana pihak pun
pasti akan menyokong akta tersebut jika dibentangkan sebab kita yakin dengan janji Allah, yakni sekiranya kita tolong ugama
Allah, pasti Allah akan menolong kita balik. Dah la kita ni memang kaki melantak punya jenis, lepas tu kurang pula exercisenya,
jadi ini boleh merendahkan tahap kecergasan kita. Sebab itu kita perlu kepada satu bentuk latihan jasmani. Tapi bila kita
turut nak aktif dalam beberapa bidang sukan dalam negara ini, kita merasai ada satu bentuk halangan pula. Ini adalah disebabkan
tidak adanya satu undang-undang Islam yang mengawalnya. Jadi, bila kita bersukan dengan tidak mempeduli akan batas-batas aurat,
malah lebih teruk lagi kalau tidak menghiraukan langsung akan waktu-waktu sembahyang; maka kita telah mengikut yahudi dan
nasara di sudut riadah ataupun sukan. Sedangkan sukan itu sendiri adalah satu jisim daripada Islam, yakni yang tidak dipisahkan
oleh Allah swt. Sehinggalah Nabi saw pernah bersabda dalam hadithnya yang lain, katanya, "Seorang
mukmin yang sihat lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang tidak sihat."...Nabi saw menceritakan
berkenaan dua orang mukmin yang kedua-duanya beriman, tapi Allah lebih sayang kepada mukmin yang cergas dan sihat. Makna cergas
sihat itu ialah memiliki tubuh badan yang aktif sebab jantung kita boleh pam dengan elok, melalui bersukan yang diizinkan
oleh Allah swt. Tapi apabila "orang kita" menyempitkan pemikiran mereka dengan
menyempitkan skop sukan itu sendiri, maka jadilah sukan itu sekadar untuk mengeluarkan peluh sahaja ataupun sekadar untuk
meraih pingat emas perak gangsa sahaja; dengan mereka telah mensia-siakan pahala yang boleh diperolehi daripada sukan itu.
3) Dalam sistem ekonomi pula, kita sedang mengikut cara yahudi dan nasara
iaitu bersistemkan ekonomi riba` yang sedang berleluasa ketika ini. Kita tidak nafikan bahwa adanya pinjaman-pinjaman secara
Islam sekarang ni, tetapi ibu riba` itu masih lagi kuat mencengkam dalam masyarakat kita. Bukankah kita sudah pun sedia maklum
dengan doctrine orang-orang yahudi melalui kitab "Talmud" mereka (tengok tuan-tuan jahatnya puak yahudi ni. Depa boleh ubah
Taurat menjadi Talmut.), yang mana mereka menyatakan bahwa diantara amalan mereka orang-orang yahudi ialah apabila orang-orang
yang bukan yahudi mahu meminjam wang daripada mereka, maka hendaklah mereka orang-orang yahudi mengenakan bunga/interest/riba`
kepada orang-orang bukan yahudi itu. Inilah dia doctrine orang-orang yahudi. Sebab itu, Allah menjelaskan dalam Suratul Baqarah:275
yang bermaksud, "..Allah menghalalkan jual-beli, dan Allah mengharamkan riba`.."...Inilah dia dalil bahwa Allah tidak mengizinkan riba` berlaku dalam sistem
ekonomi masyarakat. Allah tidak mahu orang yang meminjam itu dikenakan bunga sebab selalunya orang yang meminjam itu adalah
orang susah. Jadi bila dikenakan bunga, maka bertambah-tambah susahlah dia. Dia dah la susah, kita pi pekena pulak kat dia
bagi dia lagi susah. Sekian-sekian haribulan kalau tak bayar, dinaikkan interest. Yang akhirnya bila dia skip berbulan-bulan
tak bayar, maka jadilah harga bunga melebihi harga pinjamannya. Ini menekan si peminjam, sebab dia nak bayar tapi tak mampu
lagi, tiba-tiba kita kenakan pulak interest. Inilah hakikat yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, terutama
yang membuat pinjaman perumahan ataupun pinjaman kereta. Tetapi dalam keadaan negeri-negeri lain sedang kelam kabut dengan
sistem sebegini, tiba-tiba Kelantan dan Terengganu telah mengorak langkah untuk memulakan pinjaman secara Islam. Iaitu kalau
ada rakyat negeri Kelantan dan Terengganu nak pinjam duit untuk beli rumah dengan kadar RM20000 misalnya, maka si peminjam
tetap kena bayar balik dengan kadar RM20000 juga; tidak ada interest/bunga/riba` dikenakan. Inilah dia cara Islam.
Tetapi bila
Allah sebut, "Allah menghalalkan jual-beli, dan Allah mengharamkan riba"; maka dibahas pula oleh para ulama` sebab timbulnya satu persoalan. Persoalannya ialah bagaimana pula halnya
mereka-mereka yang pernah buat pinjaman secara sistem riba` dalam keadaan mereka jahil?...Yakni semasa mereka buat pinjaman
tu, mereka tak tau hukum riba` ni haram. Lalu bagaimana hal dengan rumah dan keretanya yang dibeli secara riba`, walhal sekarang
baru dia start mengaji, maka baru sekaranglah dia tahu yang riba` itu haram?...Jadi, apakah yang perlu dilakukan dengan rumah
dan kereta yang dibeli secara riba` itu?...Inilah yang pernah disebut oleh Almarhum Prof Hamka bahwa memadailah dengan kita
bertaubat kepada Allah swt dan berjanji kepadaNya bahwa jangan sekali-kali mengulangi lagi akan perbuatan makan duit riba`
itu. Jadi tak payah lah pi bakar rumah dan kereta tu, teruskan saja diami rumah itu dan teruskanlah memandu kereta itu, tetapi
hendaklah bertaubat kepada Allah swt dan berazam tidak akan mengulangi amalan riba`. Inilah dia perbahasan oleh Almarhum Prof
Hamka kerana berdasarkan daripada hadith Nabi saw yang menyatakan tentang beberapa orang yang Allah tak hukum mereka, seperti
orang jahil buat dosa. Contohnya, orang yang jahil memakan harta riba` kerana dia betul-betul tak tau yang riba` tu haram.
Kemudian bila dia pi mengaji, dia pun sedar bahwa riba` tu haram, maka dia pun bertaubat, InsyaAllah diampun dosanya. Hadith
yang dimaksudkan tadi ialah bilamana Nabi saw mengatakan bahwa apabila seseorang itu tertidur sehinggakan terlepasnya waktu
sembahyang, bila dia terjaga, maka hendaklah dia qadho cepat-cepat. Itu pun kalau dia tertidur dengan tidak sengaja. Maka
tidak jatuh hukum ke atas orang yang berkeadaan sebegini. Tapi kalau saja-saja dia pi tidur pasai nak melewat-lewatkan sembahyang,
yang ni dikira cari nahas. Jadi bila dah tau tak boleh terlibat dengan riba`, maka hendaklah kita bertaubat dan jangan mengulangi
lagi memakan riba`. Sebab Allah telah memberi amaran di akhir ayat 275 dalam Suratul Baqarah itu tadi, yang bermaksud, "Barang siapa yang berulang-ulang memakan riba`, yakni dia dah tahu
riba` itu haram tapi dimakannya juga. Dia dah pi mengaji dan ustaz pun dah beritahu, tapi dia makan juga. Maka mereka adalah
penghuni api neraka dan mereka kekal di dalam neraka."...Nauzubillahiminzalik....Dan untuk
maklumat tuan-tuan, bahwa diantara dosa yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran, yang mana boleh mengekalkan pelakunya di
dalam neraka ialah dosa makan riba`, dan lagi satu ialah orang yang mati dalam kemurtadan....nauzubillahiminzalik.
4) Perangai
yang paling famous yang ada pada yahudi sejak zaman Nabi saw hinggalah ke zaman mutakhir ini ialah mereka teramat suka untuk
mencabul perjanjian. Bila Nabi saw berhijrah ke Madinah, antara benda yang Nabi saw buat ialah mementeraikan perjanjian yang
dinamakan dengan "al-Misaqul Madinah" (perlembagaan Madinah). Yang mana terkandung
di dalamnya 40 fasal. Dimana di antara fasal itu ialah Nabi saw telah mengikat perjanjian dengan orang-orang yahudi. Dan antara
agendanya ialah Nabi saw minta mereka supaya bersama-sama menjaga keselamatan negeri Madinah. Di dalam perlembagaan itu juga,
Nabi saw menjamin bahwa mereka tidak akan diganggu dalam upacara kebudayaan kepercayaan mereka. Tetapi akhirnya merekalah
yang mencabul perjanjian tersebut dengan memulakan sengketa terhadap perpaduan berbilang kaum yang telah dipupuk oleh Nabi
saw di al-Madinatul Munawwarah. Sehinggalah mereka dihalau keluar daripada bumi Madinah. Lalu mereka-mereka itu yang terdiri
daripada 3 puak yahudi yang terbesar iaitulah Bani Qainuqa`, Bani Khuraizah dan Bani an-Nadhir, berkumpul di Khaibar, sehinggalah
akhirnya berlaku sebuah peperangan yang namanya "Peperangan Khaibar".
Inilah akibatnya bila mencabuli perjanjian. Sifat ini adalah sifat munafik dan sifat orang-orang yahudi. Sepertimana Nabi
saw menyebut di dalam hadithnya, katanya, "Diantara sifat munafik ialah apabila berjanji,
mereka khianati."...Inilah dia sifat yang ditunjukkan oleh umno dan BN apabila membatalkan
perjanjian antara syarikat gergasi negara Petronas dengan kerajaan negeri T`ganu. Apa rasionalnya royalti bertukar menjadi
wang ihsan?...Setelah 25 tahun tak pernah berjumpa akan kalimah "ehsan",
tiba-tiba saja dengan tak semena-mena ada terjumpa kalimah "ehsan" di dalam
kamus kehidupan mereka (umno/BN). Inilah dia sifat yang jijik kerana meniru sebijik akan perangai orang-orang munafik
dan perangai orang-orang yahudi, yang amat suka mencabul perjanjian. Kalau kita layari web badan perhubungan T`ganu, kita
akan bertemu dengan kenyataan Tun Salleh Abbas (bekas ketua hakim negara), yang menyatakan bahwa beliaulah orang yang terlibat
men"draft"kan undang-undang ketika berlakunya perjanjian antara Petronas dengan
k`jaan T`ganu di zaman Tun Abdul Razak. Kata Tun Salleh Abbas, "Tangan inilah yang telah menulis
di bawah kerajaan Tun Abdul Razak akan perjanjian itu dalam bentuk
cash payment (bukannya royalti) kepada kerajaan Terengganu dengan nilai 5% daripada hasil minyak pada tahun 1975."...Jadi apa perlu dicabul akan perjanjian itu.?...Apakah puak-puak karat ni tak takut dengan doa orang yang
dizolimi?...Apakah depa tidak bimbang langsung dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi saw, "Bahwa
doa orang yang kena zolim tidak ada hijab antara dia dengan Allah, walaupun dia seorang yang bukan Islam?"...Walaupun dia berfahaman buddha maupun hindu, tapi kalau dia mengadu kepada Allah kerana dia dizolimi, maka
Allah mendengar pengaduannya. Apakah kamu umno tidak berasa takut dengan perkara
macam ni?...Adakah kamu umno sudah berasa sedap kerana sudah terbalas dendam
kesumat politik dengan melakukan tindakan sebegini ke atas T`ganu?...Jadi, kita minta pihak yang terbabit, berfikirlah semasak-masaknya.
Kerana ada masa lagi untuk berfikir, dan ada masa lagi untuk kamu umno dan
kami duduk semeja berbincang.
Alasan yang
mainkan oleh kerajaan umno/BN ialah mereka tak tahu ke mana wang royalti itu akan digunakan nanti oleh k`jaan T`ganu. Depa
tak tahu ka atau buat-buat tak tahu?...Bukan depa tak tau yang k`jaan T`ganu akan mengalami deficit setiap tahun sebanyak
RM5juta setelah dihapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud. Dan mereka juga bukan tak tau yang k`jaan T`ganu akan turut juga
menanggung deficit setahun sebanyak RM50juta lagi apabila dihapuskan cukai-cukai pintu bagi kediaman-kediaman dan permis-permis
perniagaan. Sebenarnya mereka turut terasa tercabar apabila k`jaan T`ganu menaikkan elaun imam-imam kepada beberapa ratus
ringgit (la ni pun depa pakat dok tiru T`ganu dengan menaikkan elaun imam-imam). Hati mereka bagaikan dihiris-hiris apabila
ketahui yang k`jaan T`ganu menaikkan pula elaun bagi fakir miskin, daripada RM60 kepada RM100. Dan bukan mereka tak tau yang
wang royalti inilah yang akan cover semua benda-benda seperti yang diberitahu ini. Tapi tiba-tiba depa boleh bagi alasan dengan
mengatakan bahwa depa tak tau yang k`jaan T`ganu nak bubuh duit tu kat mana?...MasyaAllah, awat la yang perangai hangpa jadi
sebusuk tu?...Jadi, kita ingin mengatakan kat depa bahwa, "Cukuplah. Janganlah undang lagi kemarahan dan kebencian rakyat
kepada kamu. Apakah kamu suka orang benci dekat kamu?"...Tuan-tuan, bukankah kita dah bincang tentang perasaan benci ni. Dalam
perbahasan "Manhaj Hidup Muslim" hari tu, kita dah sebut bahwa "benci" ni
ialah satu perasaan yang Allah campak. Bukannya boleh kita pi reka-reka. InsyaAllah kita akan bertemu lagi dengan hadith berkenaan
dengan benci ini dalam "Jilid 1" nanti. Sekarang baru "Muqaddimah",
kalau dipanjangkan umur, mungkin tahun 2020 baru sampai la kot. Bila kita sampai nanti "Jilid 1", kita akan jumpa ada satu hadith bagaimana Nabi saw menerangkan hal benci. Siapa yang campak perasaan
itu, kalau tidak Allah swt. Hat ni lah yang perlu puak-puak karat ambik faham. Sebab itu, hangpa berenti la sat. Fikirlah
habih-habih. Sebab yang hangpa kacau-ganggu tu negeri orang Melayu di bawah pimpinan ulama`. Bukankah hangpa yang seru supaya
Melayu bersatu-padu, tapi pasai apa negeri Melayu pulak yang hangpa ganggu?...Kita minta puak-puak umno fikirlah dengan waras
sebab kita orang Islam yang sembahyang tiap-tiap hari. Bukankah kamu yang mau prinsip demokrasi berparlimen dihormati?...Jadi
pasai apa yang tak puas hati sangat bila rakyat pilih Pas untuk memerintah T`ganu?...Jadi apa perlu nak marah sampai boleh
pula turnover daripada royalti pi jadi wang ihsan. "Ehsan" ni maknanya kira atas budi bicara atau dalam lain perkataan ialah
ikut suka dialah; kalau dia rasa nak bagi, dia bagi. Kalau dia tak mau bagi, sapa pun tak boleh kata apa. Itu maknanya "ehsan" tuan-tuan. Mana boleh lagu tu, sedangkan perjanjian menyebut "cash payment". Ini hak rakyat T`ganu, tapi mengapa kamu nak nafikan?...Sebab itu k`jaan T`ganu masuk mahkamah
sekarang untuk menfailkan saman ke atas Petronas kerana memungkiri janjinya. Cabul saja perjanjian adalah perangai munafik
dan perangai orang yahudi. Yang ni saja kita bagitau sebab kita bersedia untuk berbincang. Janganlah kamu mengundang kemarahan
orang tak habis-habis. Bukankah sekarang dalam tv ada rancangan "Hari Ini Dalam Sejarah",
jadi esok bila kamu dah mati nanti, tiba-tiba 5 tahun kemudian, "Jeng je jeng! Hari ini dalam sejarah", keluar muka
kamu dalam tv (mesti keluar punya sebab kamu bekas PM). Jadi yang kita bimbang ialah takut nanti akan ada orang yang bubuh
tapak kaki pula kat muka kamu di tv tu. Adakah kamu nak macam tu?...Adakah kamu nak bila kamu dah mati nanti, sampai tak teringin
orang nak bagi Fatihah, malah maki pula kot ataih?...Bukan kata tunggu kamu mati, la ni pun berapa ramai yang maki sumpah
seranah bila keluar muka kamu di tv. Ni bukan kita saja nak sembang apa tarak tapi ini hakikatnya. Kalau tak percaya, tuan-tuan
boleh pi try saja-saja duduk sat dalam kedai kopi yang ada tv. Bila keluar saja muka si matdet, tuan-tuan boleh saksikan
sendiri bagaimana reaksi orang. Bukan saja Melayu dah meluat, bahkan kat Penang ni, cina hindu pun dah naik meluat tengok
muka dia ni. Jadi kita minta kamu tolong fikirlah dengan waras sebab benda ni bukan benda kecil, kerana ia melibatkan hak
orang. Jadi bila kamu ambil hak orang tanpa sebab, itu adalah satu dosa yang amat besar di sisi Allah swt. Oleh sebab itu,
kita mintalah supaya perbincangan-perbincangan yang lebih lanjut boleh berlaku supaya benda ini selesai. Dan janganlah kamu
meniru perangai orang yang kuffurkan Allah swt.
Dan akhirnya
di hujung hadith ini, Nabi saw telah menyebut soal perpecahan ummah. Nabi saw mengatakan bahwa yahudi itu sendiri juga berpecah
kepada 72 puak. Ada yahudi yang pekat ortodoknya, ada yahudi yang lebih kurang, ada yahudi yang apa yellow pun tak tau dan
bermacam-macam lagi. Sebab itu masa kita tengok dalam CNN atau dunia jam 11, kita akan dapati bagaimana ada juga orang-orang
yahudi yang join sekali dengan Palestinians buat demonstrasi jalanan bantah Sharon. Jadi tidak semualah yang sokong Sharon.
Ini bermakna mereka pun ada yang berpuak-puak. Ada yang jenis memang ortodoks sungguh, yakni yang jenis pakai topi ngan baju
hitam dan janggut dia panjang. Yang tu dia la tu. Dia nanti pi kat dinding yang dipanggil "Great Wall" kat Baitul Maqdis tu, kemudian dia nanti dok angguk-angguk sambil baca kitab kecik dia. Jenis ni
kita jangan dok kata apa dah sebab depa ni pure Jews yahudi. Tapi ada juga puak yang tak berapa sangat dengan dinding depa
tu dan ada juga yang boleh berbincang. Namun yahudi tetap yahudi walaupun depa pecah kepada 72 puak, nak buat kawan, jangan
sekali.
Itu cerita
yahudi. Kemudian Nabi s.a.w. menyatakan pula tentang umatnya, kata Nabi, "Umatku pula akan berpecah kepada 73 puak."...Macam-macam jenis punya dok
ada. Ada yang tak percaya hadith, ada yang sembahyang pakai niat saja, ada yang buat haji di Penang saja, ada yang tak payah
sembahyang langsung. Puak yang tak payah sembahyang ni kata, "Tak payah sembahyang Sheikh!..Sembahyang tu kulit saja. Kita
ni roh nur Muhammad. Bila kata kita ni nur Muhammad, maka tak payah la kita sembahyang."...Sampai ke tahap teruk sebegini
pun ada tuan-tuan. Entah depa tau ka tak tau Nur Muhammad tu apa. Ataupun sembang saja lebih. "Hang kulit, kami isi!"...Sudah, pi kot situ pulak. "Dak la, kalau nak makan durian, kena kopek
kulit dulu baru boleh makan isi."...Kita jawab macam tu pula. Sebab inilah kaedah yang Allah ajar bila orang loyar buruk, kita pun kena loyar buruk juga. Sepertimana yang
diceritakan dalam Suratul Baqarah:142, bagaimana puak yahudi tanya Nabi, "Pasai apa Allah pi tukar kiblat dari Aqsa ke Mekah al-Mukarramah."...Lalu jawab Nabi saw, "Allah punya suka
lah Dia tukaq pi mana pun. Dia boleh tukaq ke mana saja; utara, selatan, barat maupun timur."...Itu sebab orang kata, "Stupid question, will get stupid answer."...Tapi pendekata,
macam-macam style punya dok ada. Maka Nabi saw kata, "Dalam 73 tu, 72 terjun masuk neraka,
1 saja masuk syurga."...Allahuakbar. Inilah yang pernah disebut dalam perbincangan yang lalu,
dimana 1000 orang di Padang Mahsyar, 999 ke neraka, hanya 1 saja ke syurga. Tuan-tuan tak takut ka dengan nisbah yang begitu
kecil chances kita ke syurga?....Yang 1 tu sapa?...Kata Nabi saw, "Itulah puak yang tetap
di atas jalan ku dan jalan sahabat-sahabatku."...Lalu disebut oleh pengarang kitab ini bahwa
apa yang disebut oleh Nabi saw itu bermaksud:
a) puak tersebut
tidak langsung mengurangi walaupun satu sunnah pun. Contohnya, kalau Nabi saw buat 100 rotan, maka 100 jugalah yang kena buat.
Pasai al-Quran kata 100 rotan. Jangan dok pandai-pandai pi buat 6 saja. Ayat mana dan kitab mana yang kata 6 rotan, kita pun
tak tau.
b) puak tersebut
tidak langsung menokok tambah. Contohnya, kalau hang rajin tara mana pun, Subuh tetap kena buat 2 rakaat saja. Takdak kata
hari ni rasa rajin, saya nak buat 2 1/2; mana ada macam tu. Allah kata 2, mesti buat 2, tak boleh tambah. Allah kata 100,
maka 100 kita kena buat. Allah kata kerat, maka kerat lah. Tak boleh la kita tukar dengan denda.
c) tak boleh
menyeleweng daripada dasar Nabi Muhammad saw. Bila saja sebut kena ikut dasar Rasulullah saw dan para sahabatnya, maka kita
kena kembali kepada dua peringkat; iaitulah peringkat Mekah 13 tahun dan peringkat Madinah negara Islam 10 tahun. Mesti ada
ciri-ciri begini. Ini bermakna selama 10 tahun Nabi saw di Madinah; arak dan judi telah diharamkan, perintah tutup aurat turun,
dan keadilan tertegak. Maka mestilah kita juga melakukan sepertimana yang Nabi saw laksanakan, iaitulah arak dan judi mesti
diharamkan, program tutup aurat mesti laksanakan dan beberapa perkara lagi yang perlu kita faham berhubung dengan as-Sunnah
yang diajar oleh Nabi saw.
Kesimpulannya:
Orang -orang
yahudi dan nasara menjadi musuh bagi umat Islam kerana mereka sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan ugama Allah swt.
Dan bagaimana disebut tentang hadith yang menyebut bahwa umat akhir zaman akan mengikut perangai orang-orang yahudi, maka
ini menjadi satu amaran kepada orang-orang yang beriman supaya menjauhkan diri daripada golongan yang telah disebut oleh Nabi
saw itu, supaya selamat ibadah kita dan selamat kita ketika bertemu Allah di negeri Akhirat kelak.
Tetapi ada
juga ahlul kitab yang masuk syurga, yang mana yang disebut oleh Nabi saw, diantara mereka ialah Warakah bin Naufal, Najasyi
raja Habsyah dan Buhairah. Mereka ahlul kitab yang masuk syurga kerana mereka tidak menyelewengkan kitab Taurah dan Injil.
Adapun yang selepasnya, mereka telah memakan harta manusia dengan menipu dan meminda Taurah sehingga menjadi "Talmud". Manakala kitab Injil pula diubah menjadi berbagai-bagai nama sehinggalah Nabi Isa as dikatakan oleh
mereka sebagai anak tuhan....Nauzubillahiminzalik.
Inilah percanggahan
aqidah yang diajar oleh Nabi saw supaya kita menjauhkan diri daripadanya dan supaya kita tahu bahwa sesungguhnya semuanya
ini boleh membawa perkara yang tidak baik di hadapan Allah swt.
Allahu ta`ala
`alam.
|