Make your own free website on Tripod.com
Muqaddimah - Bab 10 - Hadith 40

Bab 10 : Nilai segala amal berdasarkan niat.

Hadith 40:

Dari Abu Kabshah al-Ammariyi ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu: Tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedeqahnya; dan tiadalah seseorang itu dizolimi dengan sesuatu kezoliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan; dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedeqah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan; dan aku menerangkan kepada kamu satu hadith pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian baginda menerangkan) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada 4 (keadaan) manusia:

1) orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangannya, dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturrahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui haq Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah).

2) orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakanNya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama.

3) orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakanNya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalah-gunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan, dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturrahim, dan tidak pula mengetahui akan haq Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan.

4) orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama." (HR Tirmizi dan lain-lainnya)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke40 yang panjang ini, masih lagi berkisar tentang makna sebenarnya kepada masalah niat dan keikhlasan. Dimana di awal-awal hadith, Nabi saw telah bersumpah di atas 3 perkara yang amat besar. Kalau kita mengaji ilmu hadith, apabila Nabi saw bersumpah di dalam suatu hadithnya, maka ketahuilah ia adalah suatu perkara yang amat besar di sisi Allah swt. Perkara yang pertama yang Nabi saw bersumpah ialah katanya, "Tidak akan berkurang harta orang-orang yang mengeluarkan sedeqah."...Inilah jaminan Nabi saw. Dan inilah yang Nabi saw lakukan bila setiap kali baginda mahu pergi berperang. Baginda akan isytiharkan derma supaya para sahabat mengeluarkan harta mereka untuk infaq fisabilillah. Dan Nabi saw telah memberi suatu jaminan yang tidak mampu diberi oleh mana-mana manusia, iaitulah jaminannya bahwa tidak akan berkurang harta orang-orang yang bersedeqah.

Sebab itu, kalau kita tengok dalam hadith-hadith yang lain, antara lainnya Nabi saw pernah bersabda, "Murahkanlah rezeki kamu dengan memperbanyakkan sedeqah."...Inilah dia antara tips yang Nabi saw bagi untuk murahkan rezeki. Cuba kita tengok satu lagi hadith baginda yang mengajar kita supaya membenteng diri daripada api neraka dengan cara bersedeqah. Mafhumnya, "Selamatkan diri kamu daripada api neraka walaupun dengan bersedeqah hanya dengan sebiji buah tamar."...Nampak tuan-tuan macamana Rasulullah saw ajar kita supaya menjaga diri daripada dibakar oleh Allah di dalam api neraka, dengan hanya bersedeqah sahaja.

Ini pula ada satu kisah berkenaan dengan sedeqah. Pada satu hari, seorang sahabat yang bernama Bashir ingin masuk Islam. Lalu dia pun bertemu dengan Nabi saw dan bertanya, "Ya Muhammad. Saya mahu masuk Islam. Dan apakah yang mesti saya lakukan?"...Rasulullah saw terus menjawab, "Kamu hendaklah melakukan 7 perkara."...Bashir tanya, "Apa dia ya Rasulullah?"...Lalu diterang oleh Nabi saw, "Yang pertamanya ialah mengucap dua kalimah syahadah. Yang kedua adalah sembahyang. Yang ketiga, puasa di bulan Ramadan. Yang keempat, hendaklah kamu mengeluarkan zakat bila cukup haul nisabnya. Yang kelima pula ialah tunaikanlah fardu haji. Yang keenam ialah berjihad fisabilillah. Dan yang ketujuh ialah infaq harta mu bersedeqah di jalan Allah."...Apabila Bashir mendengar 7 syarat yang diletakkan oleh Nabi saw, lalu Bashir berkata, "Wahai Muhammad. Yang 5 mula-mula tu aku boleh buat. Sembahyang, mengucap, puasa, zakat dan haji ni beres no problem. Tapi hat dua yang terakhir tu, bagi aku, aku rasa berat sikit."...Nabi saw tanya, "Pasai apa kamu rasa berat?"...Bashir menjawab, "Wahai Muhammad, bila kamu suruh aku berjihad fisabilillah, aku nak beritahu kamu sebenarnya bahwa aku ni penakut..."...Macam tu la juga ngan setengah kawan-kawan kita pun. Pantang saja nampak topi merah, kira nak cabut aje kerjanye. Sebenarnya bukan depa tembak teruih. Depa nanti hantaq wakil mai bincang dulu. Depa pun reti undang-undang aih!...Hat loceng tu, depa nanti bunyikan sebanyak 3x. Kalau bunyi kali pertama, maknanya kita kena standby, pakai kasut. Bila bunyi kali kedua, mata mau ushar mana jalan. Last sekali bila bunyi kali ketiga, tinggai kertas suratkhabar la jawabnya.

Ceramah dahlah tak boleh la ni. Kalau buat juga, alamat makan gas la kita. Sebab sekarang ni puak umno begitu desperate sekali sehingga kita buat dalam markaz pun, dibaginya kita makan gas jugak. Takpa, itu perancangan depa. Perancangan Allah, siapa tahu?...Bila ceramah takdak, yang geng kita ni pun jangan lagu dok serot jadi macam kekura pulak. Bila ceramah takdak, hangpa pi la kuliyyah pula. Imarahkanlah majlis-majlis ilmu. Inilah masanya untuk kita menguatkan lagi ilmu dalaman.

Balik kepada kisah Bashir tadi. Maknanya, dia mengaku dia takut. Kemudian katanya lagi, "...Dan yang keduanya wahai Muhammad, sedeqah-sedeqah ni pun bukannya aku tak mau; tapi kelapan-lapan anak aku semua pi univ belaka. Masing-masing yuran dah dekat dua tiga ribu, maklumlah biasiswa dah takdak. Jadi, nak bersedeqah ni, aku tak berapa nak bolehlah."...Tuan-tuan tau apa Nabi saw jawab?...Nabi kata, "Wahai Bashir, kalaulah berjihad di jalan Allah dan infaq harta fisabilillah kamu tak ndak buat; aku ingin bertanya kepada kamu wahai Bashir: Dengan cara apakah lagi kamu nak masuk syurga Allah swt?"...Terdiam Bashir. Awat taknye?...Nabi saw kata bahwa sekiranya kamu berjihad pun tak ndak, dengan tak mau tolak buang perasaan takut tu, kamu tak berapa nak pergi berjihad kerana dok layan sangat perasaan takut tu, kamu tak boleh nak hadapi sedikit rintangan ujian bila diminta bersedeqah; jadi dengan amalan apakah lagi wahai Bashir untuk kamu nak ketuk pintu syurga Allah swt?...Nampak tak tuan-tuan; begitu besarnya amalan jihad dan bersedeqah ini sehinggakan Nabi saw meletakkan syarat, kalau sembahyang tanpa bersedeqah, tak boleh pi syurga. Begitulah juga kalau buat haji tiap-tiap tahun sampai Hajar Aswad pun kenai muka kita sebab punya seniornya, tapi kalau tak berjihad membela ugama, maka tak boleh juga pi syurga...Bila Bashir dengar Nabi saw kata begitu, Bashir pun berkata, "Ya Muhammad. Kalau begitulah Islam, maka aku berjanji akan buat kesemua ketujuh-tujuh perkara itu."...Lalu dia pun mengucap dua kalimah syahadah. Inilah dia nak ceritanya betapa besarnya amalan sedeqah ni. Sehingga menjadi jalan untuk kita masuk ke syurga Allah swt. Sebab tu satgi, bila hangpa jumpa mana-mana fakir miskin atau orang minta sedeqah buat surau atau masjid ka; selok poket, bagi buang seberapa yang mampu.

Kemudian yang keduanya Nabi saw bersumpah dengan katanya, "Tiadalah seseorang yang kena zolim itu ia bersabar dengan ujian tersebut melainkan Allah akan menaikkan darjat kemuliaannya."...Sebab itu kita nak bagitau bahwa cerita buat zolim buat aniaya kat orang ni adalah satu cerita yang amat besar di sisi Allah. Oleh sebab cerita pasai zolim ni banyak perbahasannya, maka ust Halim Nasir pun bawa dua hadith berkenaannya. Kedua-dua hadith ini adalah daripada Abu Hurairah ra. Yang pertamanya, Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang merasa berbuat zolim terhadap saudaranya, samada merupakan kehormatan atau harta, maka hendaklah dia meminta dihalalkan sekarang juga."...Nampak tak tuan-tuan; siapa yang tuduh kawannya berzina atau liwat dengan tanpa mengemukakan saksi sehingga kawannya dianiaya kehormatannya, maka ini kes berat. Lepas tu dengan tak cukup dia mengaibkan kawannya, dia rampas pula haq orang, curi minyak orang, buat sesuka hatinya dengan harta benda orang yang diamanahkan kepadanya; maka kata Nabi saw untuk dia cover supaya tidak diseksa Allah di akhirat kelak, maka mestilah dia minta dihalalkan segala perbuatannya itu on the spot la tu juga. Contohnya macam Rahim Nor; dia mesti kena jumpa Dsai untuk minta halal sebab dialah yang melebamkan mata Dsai. Inilah yang Rasulullah saw ajar. Bila saja kita buat zolim pada orang, samada kehormatan maupun harta, hendaklah kita minta halal dan minta maaf di atas segala kezoliman yang telah kita lakukan itu sekarang juga. Pasai apa Nabi saw suruh buat lagu tu?...Sebab pernah Nabi saw sebut dalam hadithnya, "Sebelum dituntut pada hari yang tidak ada dinar/dirham (hari qiamat), maka pada waktu itu jika ia mempunyai amal soleh maka diambil pahalanya menurut kadar kezolimannya."... Maksudnya, kalaulah dia buat naya kat orang tapi dia tak pi jumpa orang tu untuk minta maaf balik ataupun tak pi sua muka suruh Dsai tibai balik, maka kata Rasulullah saw, "Tunggulah pada hari qiamat, kalau dia ada pahala amal soleh, maka Allah akan ambik dan bagi pada orang yang pernah dia buat zolim berdasarkan kadar kezoliman yang dia lakukan pada orang itu."...Tak pasal-pasal kawan tu boleh pahala, yang kita ni pula semakin kurang. Tak taulah berapa banyak pahala Dsai nak dapat?...Sebab dia dibelasah dengan matanya diikat dan tangannya digari, kemudian dibiarkannya menahan kesakitan tanpa sebarang rawatan selama 5-6 hari. Bila polis bawa untuk lapor diri di mahkamah baru kita tahu matanya dah lebam, rupa-rupanya kawan nu yang hayun. Jadi, tak taulah berapa banyak ALLAH nak ambil pahala dari kawan nu dan bagi pada Dsai, kita pun tak tau. Itu pun kot-kot lah ada pahala. Macamana kalau apa yellow pun takdak?...Lalu kata Rasulullah saw, "Dan kalau dia tidak ada amal soleh, maka diambil kejahatan orang itu dan dipikulkan kepadanya."...Bila dicheck-check tengok, apa pahala pun takdak; akan dicheck pula pada orang yang kena zolim itu, ada dosa tak dia?...Kalau ada, maka diambil dosanya itu dan dibagi kepada orang yang buat zolim tu. Sikit punya haru ka tu.

Sebab itu, jangan dok suka-suka buat aniaya kat orang, atau terutamanya zolim terhadap Allah. Sepertimana firman Allah dalam Surah as-Saff:7, "Siapa lagi yang paling zolim, daripada mereka yang mengadakan dusta kepada Allah; sedangkan dia diseru kepada Islam,..."...Inilah sebenarnya masalah yang paling besar yang sedang berlaku pada hari ini. Sekarang ni Allah sedang uji kita dengan berbagai-bagai jenis bala` yang ditimpakan ke atas kita apabila kita meninggalkan Islam. Tak habis-habis, satu-satu dia mai. Dengan masalah bohsia, bohjan, black metal tak habih lagi, mai pula yang jenih hip hop ni pulak. Ya, memang kita nak bagitau bahwa makbapak ada peranan dalam menangani masalah sosial ni, tapi kita nak bagitau juga bahwa bukanlah makbapak yang mengimpot masuk segala jenis gejala ni. Makbapak takdak kuasa nak import Micheal Jackson datang buat show di KL. Itu bukan kuasa makbapak. Makbapak juga takdak kuasa memberi permit kepada peniaga-peniaga yang cetak t-shirt gambar yang jenih gila babi ni. Itu bukan haq kami sebagai makbapak. Kami makbapak hanya boleh kawal anak kami dalam sekitar kawasan rumah kami sahaja. Tapi di luar rumah, kamu sebagai pemerintahlah yang bertanggungjawab. Pemerintah mestilah mengadakan satu peraturan yang berdasar undang-undang, enakmen, akta dan sebagainya. Kalau ada peraturan sebegini, InsyaAllah, gejala sosial anak-anak muda akan terkawal. Kalau setakat masing-masing bagi komen, ia tak akan selesai. Tapi apa yang nak kita bagitau ialah inilah bala` Allah bagi kat kita akibat daripada kita membelakangkan haq-haq Allah swt. Cuba kita tengok dalam isu Black Metal dulu; semua yang terlibat adalah anak melayu belaka, mana ada anak cina?...Sehingga polis dan pejabat ugama pun merungut kata mereka sendiri pun takdak undang-undang untuk bertindak. Mereka hanya setakat boleh bagi kaunseling je. Tak boleh buat apa-apa, tuan-tuan. Sebab itu, kita minta pihak berkuasa mesti bertegas melakukan sesuatu. Inilah yang berlaku bila manusia melakukan kezoliman dengan menolak haq-haq Allah, benci pada ulama` dan benci pada Islam. Sebab itu, lepas satu..satu Tuhan bagi bala`, tak selesai-selesai.

protonsutra.jpg

Jangan tengok Black Metal saja bahaya; ada satu lagi jenih Metal yang lebih bahaya. Apa lagi kalau bukan jenih "old metal" (keris karat). Awat tak bahayanye?...Black metal pijak Quran dengan kaki, yang old metal ni pula pijak Quran dengan dihinanya Quran dan dimaki hamunnya ulama`. Walaupun berbeza keadaannya tapi fungsinya sama saja. Sama-sama metal dan sama-sama pijak Quran. Cumanya, yang nu black, yang ni old.

Okay, mai kita tengok satu lagi hadith daripada Abu Hurairah ra yang cerita bab zolim. Suatu hari Nabi saw bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?"...Jawab sahabat, "Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi."...Kata Nabi saw, "Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka."...Nauzubillahiminzalik. Inilah dia makna sebenar muflis. Nabi saw kata bahwa orang muflis ni ialah orang yang mari jumpa Allah pada hari qiamat kelak dengan sembahyangnya molek, puasanya cantik, zakatnya dibayar cukup haul; tetapi bila dia mari jumpa Allah, tiba-tiba marilah sipolan sambil berkata, "Wahai Allah! dulu dia nilah yang maki hamun aku dengan tanpa haq. Jadi hari ini aku nak minta balasan."...Maka Allah ambik pahala orang ni, bagi dekat kawan yang mai minta tadi. Lepas tu mari pula sorang lagi, "Wahai Allah! dulu dia ni lah yang menjatuhkan maruah aku dengan dituduhnya aku berzina, dia kata aku meliwat sampai dia arah orang pikoi tilam sampai naik malu polis. Laa aku nak minta pahala daripada dia."...Agak-agak tuan-tuan, "orang tua" tu ada pahala ka nak bagi?...Pahala apa kalau lagu ni punya dok lawan Islam. Kata Nabi saw bahwa semua akan datang mai tuntut sehingga akhirnya bila habis semua hasanatnya, maka Allah akan ambik pula semua dosa pada orang yang tuntut itu dan hempok atas belakang dia. Kemudiannya dia dilempar ke dalam neraka...Nauzubillah.

Mahukah begitu keadaan kita?...Penat-penat dapat pahala mai kuliyyah, penat-penat sembahyang, penat-penat pi jihad fisabilillah, penat-penat tampal poster, penat-penat kerabat pokok nak pacak bendera nun sayup punya tinggi 600 kaki punya pokok, jatuh tu kalu kira syahid teruih, punyala mau pahala; tiba-tiba ada orang mai minta pula pahala kita tu di Padang Mahsyar. Tak takut ka tuan-tuan bila berlaku lagu ni?...Nie Nabi saw yang sebut, tuan-tuan. Ia pasti akan berlaku. Akan datang orang meminta pahala daripada kita. Inilah amaran Nabi saw kepada mereka-mereka yang buat zolim kepada orang lain. Sebab itu, tolong jangan buat zolim. Dan Nabi saw bersumpah bahwa orang yang dizolimi itu sekiranya dia bersabar, Allah akan naikkan darjatnya. Inilah yang berlaku pada MB T`ganu sekarang. Hasil bersabarnya dia ketika dizolimi, dianiayai dan dicuri duit minyaknya; sekarang Allah dah naikkan darjatnya menjadi Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Pingat Seri Setia Sultan Mahmud (SSSM) yang diterimanya itu membawa kepada gelaran "Datuk Seri". Jangan main-main, Datuk Seri dah TG pun. Jadi kira sama taraf dengan Mahadey dah tu. Itu kira dah draw 1-1 tu. Inilah akibat kesabarannya berdikit-dikit sehingga beliau sanggup memberi beberapa bulan duit gajinya pada rakyat T`ganu; kalau tuan-tuan tak percaya, pi tanya sendiri kat dia. Berkorbannya untuk rakyat sehingga berpuluh ribu gajinya dalam beberapa bulan dia tak ambik seduit pun. Sebagai ganjarannya, Allah angkatkan darjatnya. Inilah janji daripada Nabi saw.

Tapi bagi orang yang buat zolim pula, Allah rendahkan darjatnya. Sampai orang benci nak tengok muka pun orang meluat. Macam hari tu, bila Mahadey mai sembahyang Jumaat kat Masjid Seberang Jaya, habih orang pakat lari pi sembahyang kat tempat lain. Masjid Putrajaya tu, ada member cerita sampai kosong sunyi sepi takdak orang. Tiap-tiap hari keadaannya begitu. Hang cat pi lah masjid bagi cantik tara mana pun, tukaqlah carpet bagi elok tara mana pun; tapi kalau orang dah meluat, nak tengok muka pun orang tak ndak, itu tandanya Allah jatuhkan martabat dia. Nanti kita akan belajar satu hadith dalam kitab Mastika Hadith ni juga, iaitu bagaimana Allah swt campak perasaan benci ke dalam hati manusia sehingga meluat melihat muka orang yang melakukan kezoliman. Benda ni bukan boleh reka-reka atau boleh ajar-ajar orang atau hasut orang suruh benci; bukan lagu tu. Tapi sebenarnya, perasaan itu Allah lah yang campak ke dalam hati manusia. Kalau saya tak lupa, inilah perkara yang dipersoalkan oleh seorang sahabat bila saya tulis tentang timbulnya perasaan meluat dalam hati ahli-ahli qariah masjid saya bila saja nama Mahadey disebut. Dia mempersoalkan kenyataan saya itu sebab dia tak faham. Takpa, kita akan bincang dengan lebih detail tentang perkara ni bila sampai pada hadith berkenaan. Tapi agak lambat la sikit, InsyaAllah tahun 2007 baru sampai. Sebab sekarang baru muqaddimah, manakala hadith tersebut dalam jilid 1. Bawa bersabaq la sat.

Okay, yang ketiganya Nabi saw bersumpah, katanya, "Bahwa siapa-siapa yang suka merempat meminta sedeqah, Allah akan membuka baginya pintu kepapaan."...Sebab itu, Islam tak suka umatnya menjadi peminta sedeqah. Allah dah bagi kat kita tulang 4 kerat untuk kita bekerja. Pernah Nabi saw marah pada seorang sahabat yang suka sangat minta sedeqah, sehingga Nabi saw keluarkan duitnya sendiri bagi kat sahabat tu suruh dia pi beli kapak dan tali, kemudian disuruhnya pi cari kayu dalam hutan untuk dijual. Nabi saw tak suka tengok sahabat tu tampung tempurung meminta sedeqah ke sana ke mari. Tapi kalau kita nak bagi kat peminta sedeqah, Islam galakkan kerana boleh pahala kat situ. Cumanya Allah tak suka hambaNya dok buat kerja minta sedeqah tak tentu arah. Jadi, Nabi saw bersumpah bahwa mereka-mereka jenih ni, Allah akan membuka pintu kepapaan untuk mereka. Maknanya mereka tak akan kaya.

Inilah 3 perkara awal yang Nabi s.a.w. bersumpah. Dan dalam bahagian kedua hadith ini pula, Nabi saw menceritakan tentang 4 jenih manusia berhubung dengan ilmu dan berhubung dengan harta dunia. Mereka ialah :

i) mereka yang Allah beri ilmu dan harta. Lalu mereka memanafatkan ilmu dan harta tersebut ke jalan Allah. Dengan ilmu, dia menyebarkan Islam. Dengan hartanya, dia infaq fisabilillah sekadar yang dia mampu. Kata Rasulullah saw bahwa inilah keadaan manusia yang cukup baik sebab dia semulia-mulia makhluk di sisi Allah.

ii) jenih yang kedua ialah Allah beri dia ilmu agama sahaja tanpa harta. Walaupun dia takdak harta tapi kalau dia niat dalam hatinya, "Ish! ish! ish! kalaulah aku ada harta, aku akan laksanakan sepertimana orang yang pertama tadi. Akan aku bersedeqah fisabilillah, akan aku tolong fakir miskin, akan aku bantu maahad-maahad tahfiz yang terbengkalai."; bila dia berniat begitu je, maka dia dengan orang yang disebut pertama tadi mendapat pahala sama saja. Apa boleh buat, memang betul dia takdak harta, tapi kalau dia berniat ikhlas akan melakukan sungguh seperti apa yang dia niat, maka Allah akan bayar pahala kat dia sama macam orang yang ada ilmu dan harta tadi.

iii) golongan ke3 ialah Allah beri harta tapi takdak ilmu. Yang ni cukup banyak, tuan-tuan. Kereta ni hang sebut saja nak hat jenih lagumana; Merc, Ferrari, Porche?...Semuanya ada, sampai tak muat nak parking dalam rumah. Walaupun mereka dikelilingi kemewahan harta dunia tapi Allah tak kurniakan mereka dengan ilmu. Inilah dia istidraj. Drive saja Merc, tapi masjid tak pernah singgah. Kuliyyah tak pernah dengaq. Dia guna hartanya untuk buat jahat. Kereta mewahnya hanya kenal tempat-tempat maksiat sahaja. Bila dia guna hartanya untuk jalan yang bukan untuk taat kepada Allah swt, maka dialah seburuk-buruk keadaan di sisi Allah...Nauzubillahiminzalik.

iv) yang ke4 ialah orang yang takdak ilmu mahupun harta. Yang ni paling banyak, tuan-tuan. Naik gerek buruk saja, tapi dia punya samseng lawan Islam takdak ayat. Kat kedai kopi, tiap-tiap hari bejabu dia punya maki Quran. Lempaq suratkhabar, "Puuuihhh! Negara Islam konoooon!"...Punyala samseng tuan-tuan, sampai kopi yang dia minum tu pun, tuan kedai bagi halai je. Jenih sembang deraih kat kedai kopi lagu ni, selalunya orang yang takdak ilmu tuan-tuan. Ada satu hari tu, bila dia terpaksa kena sembahyang pasai malu kat orang, dia mula gelabah pasai tak reti. Muaffiq pun tak tau, masbuq pun tak tau, apa hukum pun dia tak tau. Jenih ni kalau dia berniat dalam hati dia, "Ish! kalaulah aku dapat trade-in gerek buruk aku ni dengan proton 2nd hand pun jadilah. Habuan nak pi karaoke."...Kalau dia berniat begitu kata Rasulullah saw, maka dosanya akan sama dia dapat macam orang yang ke3 tadi. Sebab tu, jangan main-main dengan niat tuan-tuan. Niat tak betoi je, Tuhan akan bayar time tu jugak. Walaupun kereta yang dia mimpikan tu belum ada lagi kat dia, tapi kerana niatnya yang jahat, Allah bayar kat dia dosa yang sama dengan dosa orang ke3...Nauzubillahiminzalik.

Inilah 4 golongan manusia yang berhubung dengan ilmu dan harta. Tuan-tuan boleh buat penilaian sendiri; dalam golongan mana tuan-tuan nak duduk?...Kalau tuan-tuan pilih nak duduk dalam golongan ke3 dan ke4, confirm neraka. Jadi, mau tak mau, kita terpaksa berusaha untuk masuk dalam golongan pertama dan kedua, sebab confirm syurga. Jadi, dalam bahagian kedua hadith ini, Nabi saw mengajar kita bahwa betapa pentingnya niat ke arah kebenaran dan betapa lingkupnya niat ke arah kejahatan.

Kesimpulannya:

1) Pada awal hadith ini, Nabi saw bersumpah dengan 3 perkara. Yang pertamanya, tidak akan susut harta orang yang bersedeqah. Yang keduanya, tidak ada seseorang yang dizolimi apabila dia bersabar, maka Allah akan naikkan darjatnya. Dan yang ketiga, seseorang yang duduk dalam keadaan meminta sedeqah dengan tidak mahu bekerja, maka Nabi saw bersumpah bahwa Allah akan membuka pintu kepapaan kepadanya. Orang seperti ini akan jatuh miskin papa kedana.

2) Ust Halim Nasir tambah dengan dua lagi hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, yang berhubung dengan orang zolim. Balasan kepada orang yang zolim ialah Allah akan ambik dosa orang yang dizoliminya itu dan ditimpakan ke atasnya. Kemudian ditolaknya masuk ke dalam neraka...nauzubillah.

3) Dan Nabi saw tutup dengan cerita 4 golongan manusia berhubung dengan ilmu dan harta.

Allahuta`ala`alam.