Mastika Hadith - Jlid 1 - Bab 4 - Hadith 38

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

 

Hadith 38

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambaNya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmanNya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaKu itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaKu itu.’” (Abu ash-Shaik dan Tabarani)

   

Dan pada satu atsar, ada disebutkan bahwa kedua malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari qiamat  - jika ia seorang kafir.   

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Dalam perbincangan kali ini, sekali lagi Rasulullah saw menyebut tentang sebahagian lagi tugas para malaikat. Iaitu tentang tugas dua malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk berada di sebelah kanan dan di sebelah kiri manusia. Dan tugas mereka tidak lain melainkan mencatit segala ucapan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Dalam hal ini, tuan-tuan boleh rujuk dua ayat dalam al-Quran untuk direlate dengan hadith yang kita bincang kali ini.

Yang pertamanya adalah dalam Surah Qaaf:18 yang bermaksud, “Tidak ada suatu lafaz (termasuk perbuatan) yang diucapkan oleh seseorang melainkan Kami letakkan di sisi mereka dua malaikat, Raqib dan `Atid.”…Sehingga ulama` sebut sewaktu kita merintih sakit sebut “Aduih!”, pun dicatit oleh Raqib dan `Atid. Jadi, apatah lagi ucapan-ucapan yang menghina Islam?…Pasti akan dicatit oleh malaikat.

Yang keduanya ialah dalam Surah al-Infithaar:10-12 yang bermaksud, “Dan ke atas kamu adanya hafizin (penjaga-penjaga), itulah malaikat kiroman katibin (yang mulia lagi menulis), mereka tahu apa yang kamu buat.”…Yang kata “kiroman katibin” tu ialah sifat malaikat, bukan nama malaikat. Nama malaikat yang mencatit amalan kita sudah disebut Allah secara khusus dalam Surah Qaaf:18 tadi, ie Raqib dan `Atid. Jadi makna “kiroman” ialah yang mulia. Mulia macamana yang kata malaikat tu tuan-tuan?…Mulianya para malaikat ialah kerana tak reti nak bantah Allah. Kalau sujud, dia sujud terus sampai qiamat. Kalau rukuk, dia rukuk terus sampai qiamat. Itu yang Nabi saw lihat sewaktu baginda mikraj, sehingga diambil perbuatan-perbuatan malaikat itu untuk dijadikan sebagai amalan dalam sembahyang kita. Dan makna “katibin” ialah menulis. Menulis segala apa yang kita buat, termasuklah mengundi. Sebab itu, mengundi mana ada rahsia. Hangpa pangkah umno/bn, malaikat tau. Depan Allah, hangpa jawab la nanti pasai pi pilih golongan yang berpura-pura pi jadi pemimpin…nauzubillah.

Okay, cuba perati sekali lagi hadith yang kita bahas kali ini. Nampak tak tuan-tuan, ia  berhubung dengan soal kubur. Jadi, mana mungkin ada segolongan manusia yang menganggap diri mereka sebagai ahli fikir Islam boleh menolak wujudnya alam kubur?…Kalau tuan-tuan rajin surfing dalam internet especially dalam e-group yang berlambak-lambak tu, tuan-tuan akan jumpa dengan golongan yang dikatakan sebagai bijak-pandai macam ni. Depa ni punya la banyak pikiaq sampai ada yang pertikaikan betoi ka ada malaikat duduk kat kiri-kanan kita sambil menulis?…Depa dok pikiaq, macamana yang kata malaikat menulis?…Depa ingat macam manusia menulih kot. Sampai tara tu tuan-tuan depa punya pikiaq. Ana pernah camdek kat puak-puak yang perasan sebagai ahli fikir ni, ana kata, “Hangpa punya la banyak sangat pikiaq sampai jadi bodo!”…Ana kata macam tu sebab depa dah lupa bahwa Allah letak “allazi nayukminu na bil ghoib” sebagai syarat muttakin yang pertama. Maknanya, ayat awal dalam Surah al-Baqarah:3 itu adalah syarat ketaqwaan yang pertama untuk muncul menjadi generasi rabbani, iaitu beriman kepada benda ghoib yang disebut dalam Quran dan hadith Nabi saw. Tu dia duduknya tuan-tuan.

Tetapi kalau nak sembang dari sudut logik akai, ana rasa teknologi masa kini telah pun menjawab persoalan “macamana malaikat menulis dan kemudiannya bentang di Padang Mahsyar”. Malah teknologi telah membenarkan apa yang Quran dan hadith sebut berkenaan persoalan ghoibiyah. Tuan-tuan tahu kan apa itu cd-rom?…Bukan kata dah tahu, malah sekarang ini tiap-tiap hari kita guna dia. Ia adalah sejenis piring yang boleh ditulis program komputer di atasnya dalam bentuk byte. Samada nak tulih ayat-ayat Quran, nak tulih lagu-lagu rock atau nak tulis apa saja, semuanya dalam bentuk byte. Lepas tu kita bubuh cd tu dalam cd-player, kita akan dengar apa saja yang ditulis atas cd itu dalam bentuk audio pula. Tu dia tuan-tuan yang kata teknologi tu. Mula-mula dalam bentuk byte, pastu boleh transform jadi audio…masyaAllah. Cuba kita pegang perati tengok kat permukaan cd tu, nampak tak yang kata byte kat atas cd tu?…Takdak nampak apa pun aih!…Tapi kita percaya tak adanya byte atas cd tu?…Ya, kita percaya dan ianya ditulis dengan menggunakan digital sistem. Ilmu matematik dengan ilmu digital bukan sama tuan-tuan. Dalam matematik, 1 + 1 = 2. Tapi dalam ilmu digital, 1 + 1 = 10. Dia bukan sepuluh, dia disebut one zero ie logic hi dan logic lo. Lepas tu, ada pula or gate, nor gate, and gate, nand gate, segala jenih gate ada dalam digital sistem termasuk gate keretapi sekali. Ini dia teknologi hari ini tuan-tuan, yang semua orang boleh terima kewujudannya samada rom, ram, prom, eprom atau apa saja access dalam digital teknologi walaupun kita tak nampak pun semua benda tu. Jadi, sama lah juga dengan apa yang Nabi saw sebut “malaikat menulis amalan manusia”, memang ia juga wujud, so pasai apa nak ragu?…Nampak tak tuan-tuan, hari ini teknologi telah membenarkan Islam yang diajar oleh Nabi saw.

Antara prinsip yang boleh di”relate”kan dengan kepercayaan “malaikat menulis amalan manusia”, ialah seperti hadith yang Nabi saw ajar dalam sabdanya yang bermaksud, “Siapa yang mengaku beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah dia bercakap benda baik sahaja atau mendiamkan diri itu lebih bagus.”…Nampak tak tuan-tuan; releven tak hadith ini dengan hadith yang menjadi perbahasan kali ini?…Releven kan. Nabi sebut macam tu sebab nak bagitau bahwa malaikat akan start mencatit amalan kita sejak kita mencapai umur yang boleh memikul dosa sendiri (semenjak kita ditakhlifkan dengan ibadah). Setiap catatan mengenai ucapan dan perbuatan akan di save dalam file peribadi masing-masing. Dan semuanya akan dibongkar kembali di depan Allah melalui malaikat yang memegang tugas menyimpan file-file peribadi semua manusia. Jadi, bila kita dengar macam ni punya berita, apa yang perlu kita buat selepas ini ialah kita kena pastikan apa saja ucapan dan perbuatan kita hanya berkait dengan benda baik sahaja. Dan dalam masa yang sama, cuba sedaya upaya menghindarkan diri dari buat benda yang tak elok, sebab ia juga akan dicatit dan gerenti akan menyusahkan kita di Padang Mahsyar kelak. Tapi kalau terbabas juga dah buat benda tak elok, make sure cepat-cepat minta ampun dengan kadar segera.

Dalam Quran Allah sebut, “Tidak ada ucapan yang paling baik sekali melainkan ucapan yang menyeru kembali kepada Allah…”…Ini dia yang kata kerja dakwah. Tapi please tuan-tuan, kerja dakwah menyeru masyarakat kembali kepada Allah, bukan semata-mata terletak atas bahu tok-tok guru dan ustaz-ustaz sahaja. Malah semua yang mengaku sebagai Islam,  menjadi fardu ain untuk memikul tanggungjawab ini. Tak kira di mana saja kita berada, kita kena try sebarkan kebenaran yang ada dalam Islam dengan kemampuan yang ada pada kita. Sebab apa?…Sebab semua benda baik yang kita lakukan itu akan dicatit oleh malaikat. Kalau kita tak mampu menggunakan kepetahan dalam berkata-kata, kita boleh try tarik orang dengan cara penulisan atau dengan show-up perbuatan amalan kita. Kita kena berstrategi. Macam matematik juga tuan-tuan, solution boleh didapati melalui pelbagai cabang jalan. Banyak teknik boleh kita gunakan untuk menarik masyarakat kembali kepada Allah. Tapi kerja ni bukan kerja senang. Walaupun begitu, Allah tetap suruh kita lakukan seperti firmanNya dalam Surah al-Balad:11-16, yang menyuruh kita rebut buat amalan baik walaupun terpaksa menghadapi kesulitan.

Mari kita tengok ayat 11-16 dalam Surah al-Balad. Kalau kita kaji ayat-ayat ini, kita akan dapati betapa indahnya ayat Quran ciptaan Allah. Tengok ayat 11, Allah kata apa?…Allah kata, “Fa laq` tahamal `aqobah,”…Kalau nak translate secara zahir, makna ayat tu jadi “kenapa kamu tak mahu mendaki bukit?”…Sedangkan ulama menyatakan bahwa maksud ayat itu dari pemahaman para salafussoleh ialah “kenapa kamu tidak mahu beramal dengan amalan yang susah seperti susahnya mendaki bukit?”…Ini dia tuan-tuan yang kata indahnya bahasa al-Quran tu. Dan nampak tak tuan-tuan, apa yang Allah suruh kita buat?…Allah suruh kita buat benda baik walaupun ada halangan dan kesulitannya. Itu maksud ayat tersebut.

Kemudian dalam ayat 12, Allah tanya kita, “Tahukah kamu, apakah amalan yang susah seperti daki bukit itu?”…Amalan pertama yang kata susah tu, Allah bagitau kat kita pada ayat 13, “Iaitulah memerdekakan hamba abdi.”…Susah tak nak membebaskan hamba abdi?…Susah tuan-tuan, lihat sejarah bagaimana Saidina Abi Bakrin bebaskan Bilal ibn Rabah. Terpaksa Abi Bakrin mengeluarkan duitnya sendiri untuk membayar kepada Umaiyah bin Khalaf. Apa yang Abi Bakrin dapat?…Tidak ada apapun yang dia dapat dari sudut zahir, tetapi Allah kata bahwa itulah `aqobah, ie amalan yang susah untuk mendapat pahala yang besar.      

Okay, pada kita hari ini mungkin nak cari hamba abdi agak sukar, tetapi cuba tengok ayat seterusnya (ayat 14), Allah kata, “Atau kamu memberi makan kepada orang miskin pada hari kelaparan.”….Ini dia amalan kedua yang susah orang nak buat. Contohnya macam kita kena tsunami hari tu. Rumah-rumah persisiran pantai area Kuala Muda, habih kena sapu ngan ombak besar. Masing-masing pakat tinggai sehelai sepinggang belaka. Katalah, dalam banyak-banyak rumah yang musnah tu, tiba-tiba ada satu rumah yang Allah pelihara. Orang lain semua susah, tapi penghuni rumah yang terselamat itu ada sedikit makanan. Lalu tuan rumah yang terselamat tu panggil semua orang kampung, dia jamu. Fuhhhh! tuan-tuan ingat senang ka nak buat macam tu?….Susah tuan-tuan sebab tuan-rumah yang terselamat tu pun nak kena kira budget untuk keluarga dia juga. Dia pun ada anak bini, anak pula nak sekolah apa semua. Tapi walaupun begitu, dia masih mampu untuk menolong orang yang lebih susah daripada dia. Inilah dia yang Allah kata “fi yau min zi masqhobah”, iaitu pada hari yang cukup susah kerana kelaparan.

Atau kalau amalan yang kedua tu pun nampak susah, cuba tengok amalan yang ketiga pada ayat seterusnya (ayat 15). Allah kata, “ya ti man za maq` robah” yang bermaksud, “Memberi pertolongan kepada anak yatim dari kalangan kaum kerabat kamu sendiri.”…Contohnya katalah adik kita syahid di medan jihad. Dia tinggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Kat M`sia ni, orang pi jihad qital pasti akan dicop sebagai teroris, betoi tak tuan-tuan?…So, bila si ayah dicop sebagai teroris, maka anak-anak akan menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran. Kerajaan sekular yang ada dalam negara kita akan memberi berbagai kesulitan kepada mereka. Jadi di sini, kita sebagai pak penakan kepada anak-anak yatim itu, perlu cekal dalam memberi segala bentuk bantuan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kita pula bekerja dengan kerajaan, yang sebelum ini, kita mendapat pelbagai privilege hasil khidmat kita kepada kerajaan. Ini sedikit sebanyak akan memberi cabaran kepada kerjaya kita. Ingat senang ka nak mengimbangi antara periok nasi kita dengan bantuan kepada anak-anak yang si ayah mereka dicop sebagai terroris?…Silap haribulan, kita pulak dituduh bersyubahat dengan pengganas. Tak ke haru tu?

Okay kalau yang ketiga kita tak mampu, Allah bagi pilihan keempat iaitu “aw miskinan za math robah”, yang bermaksud, “atau menolong orang miskin yang terlantar di tanah.”…Maknanya, orang miskin yang cukup melarat. Ini dia tuan-tuan empat amalan yang nampak memang susah, tapi Allah suruh kita buat juga sebab malaikat akan catit sebagai rekod baik kita.

Ada sedikit penambahan ana nak selit di sini sebagai peringatan untuk kita semua. Iaitu amalan yang kita lakukan itu bukan hanya sekadar menjadi bahan catatan sahaja, bahkan amalan itu akan dibawa naik ke langit oleh malaikat hafazoh untuk menghadap Allah swt. Bab ini kita pernah bincang dalam perbahasan “Mastika Hadith - Muqaddimah - Bab 3 - Hadith 9“. So please be alert tentang hal ini, iaitu tentang Allah nak terima atau nak tolak amalan yang kita lakukan itu. Ini penting tuan-tuan sebab bukannya apa, penat saja kita buat ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya, tetapi tiba-tiba dengan hanya sedikit sahaja sifat mazmumah yang ada pada kita, ibadah kita tidak diterima Allah. Tak problem punya cerita ka tu tuan-tuan?…Jadi pointnya di sini ialah tolong ikhlaskan niat ibadah kita semata-mata kerana Allah. Marilah kita buang sifat-sifat mazmumah seperti yang digariskan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin. Jadi, kalau nak tulis bab agama, tulis elok-elok. Jangan dok bawa mai riwayat-riwayat yang tak betoi. Begitu juga kalau nak tulis bab politik, tulis elok-elok dengan fakta-fakta yang benar. Kalau nak tulis kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang, jangan main copy/paste saja; biar kita confirm dulu akan kebenarannya, baru kita tulis. Bukan makna kita tak boleh nak bongkar mungkar, boleh, tapi ada adab dan batasannya. Jangan jadi terlampau over, menyebabkan kita naik syok tulis mengata orang itu, mengata orang ini tanpa hak; yang akan menyebabkan amalan kita sangkut di langit, tak sampai kepada Allah. Bila mari akhirat, apa pun takdak. Letih saja yang dapat, sedangkan amalan kita dihapuskan oleh Allah…nauzubillahiminzalik.

Okay, last sekali mari kita lihat di penghujung hadith ini Nabi saw kata apa?…Nabi kata bahwa apabila manusia yang beriman itu mati, Allah akan perintahkan malaikat yang berada di kedua kiri-kanan kita itu duduk sekali dengan kita di alam barzakh. Apa malaikat-malaikat tu buat?…Mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir sampai hari qiamat. Dan setiap tasbih, tahmid dan takbir oleh para malaikat itu, bukannya malaikat yang dapat pahala, malah Allah bagi pahala itu untuk kita. MasyaAllah, baiknya Allah. Inilah yang disebut dalam Quran, “Sesungguhnya Tuhan kamu cukup baik dan cukup penyayang kepada kamu.”…Dah mati dah kita, tapi masih dapat bonus lagi. Tetapi sebaliknya dalam satu atsar sahabat, ada riwayat menyebut sekiranya yang mati itu kafir dan yang se’millah’ dengannya seperti munafik dan fasik; maka raqibun `atid yang ada di sisi mayyit itu bukannya depa tasbih, tahmid, takbir seperti yang depa buat kat orang yang beriman, malah depa melaknat si mayyit itu sampai qiamat. Dah la kena balun dengan munkar wa nankir, itu sepasal dah, ditambah pula dengan dimaki oleh raqib dan `atid lagi…nauzubillah.

Kesimpulan hadith 38 yang boleh ana rangkum ialah masing-masing kita ada malaikat di kiri-kanan yang mencatit setiap amalan kita. Di sebelah kanan namanya Raqib, dan di sebelah kiri namanya `Atid. Dan dalam Surah al-Infithaar, Allah sebut sifat-sifat malaikat Raqib dan `Atid ini sebagai kiroman katibin (yang mulia dan yang menulis). Kemudian, ana kaitkan sedikit dengan teknologi hari ini yang telah membenarkan hadith yang dibahas kali ini, iaitu tidak mustahil malaikat boleh mencatit (merakam), sedangkan hari ini manusia cukup percaya dengan teknologi digital yang boleh menulis atas disk, kemudian boleh display pula menerusi monitor komputer untuk kita baca dan sebagainya. Benda macam ni pun manusia boleh buat, apatah lagi Allah Yang Maha Pencipta. So, bila kita dah yakin bahwa malaikat sentiasa ada di kiri-kanan kita, sentiasa memonitoring segala perbuatan kita, apa lagi yang boleh kita buat, melainkan kena cakap dan buat benda baik lah sahaja. Cuba hindarkan dengan sedaya upaya dari segala benda kejahatan, tetapi kalau “ter”buat juga, istiqhfarlah cepat-cepat kepada Allah swt.

Allahu`alam.

16/08/05

wp185711.jpg