Make your own free website on Tripod.com
Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 52

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 52

Dari sebilangan sahabah radiyallahu`anhum, dari Rasulullahi sallallahu`alaihiwasallam, sabdanya yang bermaksud: "...dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahwa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaanNya serta syurgaNya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahwa ia akan beroleh azab siksa Allah dan kemurkaanNya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerun dan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmatNya apalagi mengadapNya." (Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa`i)

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ke 52 yang kita bahas pada kali, menceritakan kepada kita sedikit sebanyak tentang suasana kematian yang semua orang akan hadapi apabila sampai waktu dan ketikanya. Sebab itulah Rasulullah saw selalu memperingatkan kita di dalam hadith-hadithnya yang lain supaya umatnya sentiasa ingat persoalan mati. Sehingga Imam Ghazali rahimallahu ta`ala menulis di dalam kitabnya Ihya Ulumudin suatu bab yang dinamakan "Mengingati Mati". Bab sebegini pasti ada orang yang tidak suka, especially orang yang takut nak mati. Namun bagi orang yang sentiasa ingatkan mati, ini merupakan suatu bab yang amat digemari.

Dalam bab "Mengingati Mati", Imam Ghazali sebut ada 4 perkara yang manusia kena ambil peduli tentang soal mati.

1) Banyakkan mengenang dan mengingati orang-orang yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

Kenangkan ibubapa kita yang suatu waktu dahulu bersusah payah membesarkan kita, saudara mara yang bergurau senda dengan kita, guru-guru yang memberi pendidikan kepada kita, semua mereka dah takdak dah. Kata Imam Ghazali, "Dan kamu juga apabila sampai saatnya, akan menjejaki langkah mereka."

2) Fikirkan nasib mereka sekarang yang berada di alam kubur.

Selepas kita mengenangkan ibubapa dan adik beradik yang dah mati, seterusnya disarankan oleh Imam Ghazali supaya kita fikir pula keadaan mereka di dalam kubur sekarang. Ketika jenazah hendak dikebumikan, pernah tak tuan-tuan masuk ke liang kubur dan sambut jenazah?...Kalau tak pernah, try sekali tengok. Baru tau yang kata kuboq tu apa. Tanah dan cacing saja yang ada di sekeliling kita. Cacing-cacing yang ada dalam tanah tu lah yang akan mamah isi badan mayat dalam tanah. Kalau dulu semasa hidup, tubuh badan yang cantik itulah yang dijaga, sekarang bila dah mati, semuanya itu tidak ada nilai lagi di mata manusia, lebih-lebih lagilah di sisi Allah swt kecuali iman dan ketaqwaan.

3) Mengingati kedudukan mereka sebelum mati dan bandingkan keadaan mereka sekarang yang telah mati.

Dulu mereka ada yang bergelar hartawan dengan wang berjuta-juta di dalam bank, menguasai apa sahaja lapangan yang mereka ceburi, tapi kini bersemadi di dalam kubur hanya tinggal tulang belulang yang tunggu nak reput saja. Jasad yang tidak hancur di mamah bumi hanya 3 golongan sahaja, iaitulah para anbiya`, para syuhada` dan para huffaz. Bila sebut para syuhada`, ana teringat satu hadith sahih riwayat Imam Muslim yang mafhumnya, Nabi saw berkata, "Apabila pejuang-pejuang Islam kena pukulan maut yang membawa kepada syahid, ketika itu mereka hanya merasai seperti digigit semut sahaja. "...Tu dia tuan-tuan yang kata mati syahid tu. Kita yang penakut ni saja yang seram sejuk tengok tubuh pejuang-pejuang syuhada` berkecai dalam operasi bom mereka seperti yang diattach dalam internet, namun hakikatnya mereka hanya rasa macam digigit semut sahaja.

4) Bayangkanlah jasad-jasad mereka yang telah dimamah oleh tanah.

Baru-baru ini, meninggal seorang jkkk di area tempat ana tinggal. Umur baru 43, mati mengejut kena hurt attack dengan meninggalkan dua anak yang masih kecik-kecik. Sekarang ni, mati mengejut dah jadi macam trend. Dulu yang kita dengaq, orang akan sakit dulu baru meninggal. Tapi sekarang, tiba-tiba saja kita dengaq dah meninggal, padahal baru petang tadi minum teh dengan dia kat kedai. Ana amat bimbang dengan fenomena macam ni sebab dengan dosa yang banyak, takut-takut tak sempat bertaubat.

Okay, dalam hadith yang kita bahas kali ini, ada dua suasana yang berbeza ketika seseorang nak mati. Jangan kata nak mati, sebenarnya waktu hidup pun dah ada perbezaannya. Cuba lihat kehidupan orang yang beriman dengan orang yang fasiq, jauh bezanya tuan-tuan. Cara bercakap, cara pergaulan, cara berfikir, cara tindakan orang-orang yang beriman amat berbeza dengan golongan fasiqun. Point-point ucapan orang yang beriman sentiasa menuju ke arah mirdhotillah. Dan itulah yang akan dia dapat. Namun yang kata beriman ini, dia mesti diiringi dengan amal-solih. Kalau setakat kat mulut saja kata beriman, tapi masih lagi tak tutup aurat, masih lagi tak solat, masih lagi tikam ekoq, itu bukan lagi dalam katogeri beriman.

Okay dalam beramal-solih untuk mencapai status orang yang beriman dan bertaqwa, ada satu lagi benda yang amat penting yang perlu kita dapat, iaitulah tak lain tak bukan, keredhaan dari Allah swt. Kalau takdak redha Allah, takdak guna amalan yang kita buat. Cuba tuan-tuan tengok Surah an-Naml:19, bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa meminta rahmat dari Allah di atas segala amal-solihnya. Ayat itu dimulakan dengan menceritakan senyuman Nabi Sulaiman sambil tertawa kecil apabila baginda mendengar semut bercakap dari jarak tiga batu jauhnya, menurut tafsir Imam Qurtubi. Lalu baginda berdoa:

"Ya Tuhanku, tetapkanlah hatiku supaya aku mensyukuri di atas nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, serta pandulah aku supaya aku dapat kerjakan amal-solih yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang solih."

Doa Nabi Sulaiman ni kalau dapat hafal, cukup cantik tuan-tuan. Tapi yang ana musykil sekarang, bolehkah amalan kita diredhai sekiranya kita secara tak langsung menghentam amalan-amalan Rasulullah saw, para sahabah ra dan amalan imam 4 mazhab yang muktabar?...Awat tak kata macam tu, cuba antum semua refer akhbar Mingguan Malaysia 27 Nov`05 pada halaman pertama lagi, tengok Ikim kata apa?...Ikim sebagai salah satu saluran yang bercakap tentang Islam dan boleh dikatakan juga sebagai lidah rasmi kerajaan Malaysia, didapati telah menyelar fahaman wahabi kerana dianggap membawa ajaran sesat. Kemudian pada 28 Nov`05, disebut lagi dalam Utusan Malaysia bahwa fahaman wahabi ini kalau dibiarkan menular, ia akan menjejaskan perpaduan ummah kerana mereka adalah pengganas. Okay, ana tak mau bincang apa itu wahabi. Tapi yang ana nak bincang ialah definasi wahabi yang Ikim sebut. Ikim kata kalau sapa nak kenal wahabi, boleh kenal golongan ini dengan beberapa amalan seperti berikut:

i) depa tak bertahlil kenduri arwah, (ii) depa tak baca qunut waktu solat Subuh, (iii) depa tak mau talqin mayyit, dan sebagainya.

Kalau senarai di atas inilah yang dikatakan wahabi, sehingga dicadangkan ke peringkat kabinet supaya diambil tindakan terhadap fahaman wahabi, ana rasa terpanggil untuk ulas sikit. Mari kita buktikan bahwa kesemua definasi Ikim itu bukanlah fahaman wahabi, tapi itu adalah khilaf pendapat imam-imam mazhab.

1st kita tengok yang kata golongan tak mau baca Quran pada orang mati atau dalam lain perkataan, tak mau tahlil arwah. Okay cuba tuan-tuan buka kitab tafsir Ibn Kathir dan perati tafsiran pada ayat 33-41 Surah an-Najm. Pada ayat 39, Allah sebut, "Bahwa yang kata manusia ini, mereka tidak akan dapat pahala mahupun dosa kecualilah apa yang diusahakan."... Lalu kata Ibn Kathir, "Dari ayat ini (Surah an-Najm:39), maka Imam Syafie rahimallahu ta`ala telah mengeluarkan suatu hukum bahwa pahala bacaan Quran oleh orang yang masih hidup tidak akan sampai kepada si mati, kerana itu adalah usaha orang hidup, bukannya usaha si mati. Oleh sebab itu, perkara ini tidak pernah disunatkan oleh Rasulullah saw kepada umatnya. Dan perkara ini juga tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan sahabah radiyallahuanhu. Sekiranya perkara ini (menghadiahkan ayat Quran kepada si mati) baik, maka sudah tentulah para sahabat terlebih dahulu melakukannya."...Tu dia tuan-tuan, sapa kata ni?...Bukan ana kata, tapi itu adalah petikan ucapan Imam Syafie yang disebut kembali oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya. Namun yang kita nak bincangnya, bukanlah masalah pahala baca Quran itu sampai ka tak sampai (masalah ini kita serah kepada perbincangan imam-imam mazhab), tapi yang kita nak bincangnya ialah sekiranya Ikim kata wahabi itu orang yang tak mau buat tahlil, maka sapa yang kena istilah wahabi di sini kalau merujuk kepada tafsir Ibn Kathir tadi?...Yang kena ialah Imam Syafie!...So kalau Ikim kata wahabi itu sesat, maka Imam Syafie juga turut sesat. Betoi ka tu?...Sedangkan pada perenggan terakhir dalam kenyataan yang dibuat oleh Ikim disebut, "Marilah kita menjaga keharmonian mazhab Syafie."...Nampak tak tuan-tuan, depa dah sidai tengah belakang Imam Syafie cukup-cukup, kemudian ajak pula kita menjaga keharmonian mazhab Syafie. Kita nak tanya, "Syafie mana yang enta nak jaga wahai Ikim oiii?!"...Sebab itulah, ana nak bagitau bahwa definasi yang Ikim sebut tentang wahabi tu salah.

Okay 2ndly kita tengok pula definasi kedua iaitu Ikim kata sapa yang tak berqunut ketika solat Subuh itu adalah wahabi. Untuk membuktikan kenyataan Ikim tu sekali lagi salah, cuba tuan-tuan buka kitab al-Majmu` tulisan Imam an-Nawawi rahimallahu ta`ala, yang merupakan rujukan fekah dalam mazhab Syafie. Dalam jilid 3 ada satu masalah yang dibincangkan oleh ulama berkenaan bacaan qunut dalam solat Subuh. Lalu kata imam Nawawi, "Pada mazhab kita (Syafie), bacaan qunut pada solat Subuh itu adalah sunat yang dituntut."...Maknanya, golongan yang bermazhab Syafie, kalau tertinggal qunut hendaklah ditampung dengan sujud sahwi. Namun berkata lagi Imam Nawawi, "Namun begitu telah berkata Abdullah bin Mas`ud radiyallahuanhu dan pengikut-pengikutnya, dan telah berkata juga Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, dan Imam Sufian ats-Tsauri dan Imam Ahmad ibnu Hambal: Tidak ada qunut pada solat Subuh."...Dan tambah Nawawi lagi, "Berkata pula Ibn Abbas radiyallahuanhuma: Baca qunut pada solat Subuh itu satu bida`ah."...Tu dia tuan-tuan, takkan Abdullah bin Mas`ud dan Abdullah bin Abbas (dua sahabat anak didik Nabi saw) itu juga wahabi?...MasyaAllah, kepada siapa kita dah tuduh sesat ni tuan-tuan?

Dan last sekali kita tengok pula tanda ketiga yang Ikim kata wahabi itu ialah golongan yang tidak bertalqin kepada mayyit. Okay untuk membuktikan sekali lagi tafsiran Ikim itu salah, cuba tuan-tuan buka kitab Fiqhul Sunnah tulisan Sheikhul Azhar Sayid Sabiq rahimallahu ta`ala, di bawah tajuk "Apa hukum dibaca talqin kepada mayat setelah dikebumikan". Sayid Sabiq kata, "Baca talqin di atas kubur telah disunatkan oleh Imam Syafie."...Maknanya dalam mazhab kita Syafie, disunatkan talqin atas kubur. Namun menurut Imam Syafie, dalil yang dipegangnya sebagai menyokong disunatkan talqin adalah dari satu hadith yang dhoif. Kata Imam Syafie, "Masalah talqin itu bukannya suatu hukum, jadi tidak menjadi kesalahan untuk diambil pengajaran dari hadith yang dhoif."...Hadith itu diriwayatkan oleh Said bin Mansur, dari Rashid bin Said, dari Dhamrah bin Habib, dari Hakim bin Umair, sabda Rasulullah saw, "Setelah kubur diratakan dan hadirin mulai beredar, ketika itulah hendak diseru nama folan bin folan. Sebutlah Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah. Wahai folan bin folan, katalah Tuhan kamu Allah, agama kamu Islam, Muhammad itu Nabi kamu."...Kemudian sebagai menyokong hukum yang disunatkan bertalqin di atas kubur, Imam Syafie bawa satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Abu Umamah al-Bahili. Tetapi matan hadith ini, jumhur ulama mendapati tidak berapa elok menyebabkan status hadith ini jatuh lebih teruk dari dhoif. Matannya bunyi macam masyarakat Melayu kita dok buat tu, tapi ayat last tu ada menyebut satu dialog antara Malaikat Munkar dan Nakir. Salah satu Malaikat akan sebut sambil memegang tangan malaikat yang satu lagi, "Kita dah dengaqkan imam sedang ajar mayat, jadi takdak apa lagi kita nak soal si mati, jom kita belah!"…Lebih kurang macam tulah maksud ayat hat last tu. Jadi, akibat dari status hadith yang menjadi hujjah Syafie itu sangat-sangat dhoif, menyebabkan ulama-ulama dalam mazhab Maliki dan ulama-ulama dari mazhab Hambali menyatakan bahwa talqin itu hukumnya makruh. Makruh tu apa tuan-tuan?…Makruh tu kalau buat tak dapat apa, kalau tinggai dapat pahala. So, adakah golongan yang tidak bertalqin di atas kubur itu juga wahabi?

Tiga contoh yang ana bawa sudah cukup untuk membuktikan betapa salahnya kecaman Ikim kepada golongan yang dimaksudkan sebagai wahabi di M`sia. Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang, orang yang mewakili Ikim untuk bercakap isu ini, bergelar "Doktor", sedangkan kita yang menyanggah pandangan si Doktor itu, apa gelaran pun takdak. Ini masalahnya tuan-tuan. Nak kata depa tak mengaji, sedangkan depa tu ada gelaran Master, bahasa Arab cair kat lidah. Takkan depa tak baca kitab "Khilaf Fekah 4 Mazhab" yang ditulis oleh ulama Mesir, yang complete mendetailkan perbahasan keempat-empat imam mazhab yang muktabar?...Tak sebut pun mazhab wahabi dalam kitab "Khilaf Fekah 4 Mazhab" tu tuan-tuan. Kalau tuan-tuan nak tau apa itu wahabi, tuan-tuan mengajilah bab Siyasah Daulah, kata al-Albani. Maknanya istilah wahabi ini kita akan jumpa dalam masalah politik, bukannya dalam masalah fekah. Namun di M`sia, kita senang-senang saja tunjuk itu wahabi, ini wahabi, last-last tanpa disedari kita sendiri hentam imam-imam mazhab yang besar-besar. Macam ni punya gaya, boleh ka Allah nak bagi rahmat kat kita?...Takdak pasai tuan-tuan. So cukuplah, jangan kita dok bergaduh dalam bab wahabi ni tuan-tuan. Banyak lagi isu-isu besar yang sepatutnya kita bincang, seperti masalah global yang menimpa masyarakat Islam di seluruh dunia seperti di selatan Thai, di Moro, di Iraq, di Kashmir, di Afghanistan, di Chechen, termasuklah masalah dalam negara kita sendiri seperti masalah tahanan ISA, masalah kezaliman umno/BN dan banyak lagi yang boleh kita bincang. Inilah yang sepatutnya kita fokus, tapi seolah-olah disepikan begitu saja.

Allahu`alam

7/12/05

moqawama_37_jpg.jpg