Make your own free website on Tripod.com
Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 50

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 50

Dari Uwaimi bin Sa`adah radiyallahu`anhu, bahwa Rasulullahi sallallahu`alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih ku dan memilih untuk ku beberapa sahabah serta Ia jadikan diantara mereka menteri-menteri ku, mertua-mertua ku dan menantu-menantu ku, juga penolong-penolong ku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah di atasnya laknat Allah dan malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadah dan juga sebarang tebusan." (Tabrani)

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ke 50 yang kita bahas pada kali ini, menerangkan berkenaan dengan tiga golongan manusia. Golongan itu ialah:

1) tidak lain tidak bukan ialah diri Nabi saw sendiri.

Pada awal hadith di atas, Nabi saw telah memulakan dengan suatu ucapan rendah diri dengan menyatakan bahwa "Sesungguhnya Allah telah memilih ku". Inilah satu pengisytiharan yang tawaduk dan rendah diri. Apa yang Nabi nak bagitau ialah baginda dilantik jadi rasul bukan sebab akhlaknya yang baik, tetapi dia jadi rasul sebab Allah lah yang pilih. Ini yang perlu diambil sebagai pengajaran, iaitu walau sebesar mana pun pangkat kedudukan kita, tawaduk dan merendah diri adalah suatu kemestian.

Cuba lihat apa kata Nabi Sulaiman alaihissalam apabila melihat singgahsana Balqis dibawa di depan matanya pada Surah an-Naml:40, katanya, "…Inilah dia kurniaan Allah kepada ku, Dia menguji ku, samada aku bersyukur atau mengkuffuri nikmatNya…"…Nampak tak tuan-tuan, Nabi Sulaiman sikit pun tak mendabik dada. Dia tak kata ulama yang bawa mai singgahsana Balqis tu hebat. Sebaliknya dia meletakkan itu semua pemberian dari Allah. Inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul tidak sekali-kali sombong sebab mereka tahu status yang mereka capai itu hanyalah pemberian daripada Allah semata-mata.

2) golongan yang kedua ialah para sahabah radiallahuanhu.

Golongan inilah yang ditulis oleh para ulama` dengan pelbagai kalimah supaya dapat diperkenalkan kepada umat akhir zaman. Cukuplah dengan tulisan as-syahid Sayyid Qutb rahimallahu ta`ala dalam kitabnya Ma`alim fi thoriq, bagaimana beliau describe zaman para sahabah seumpama generasi al-Quran yang cukup hebat, yang tidak akan lahir lagi orang-orang seperti para sahabah sehinggalah ke hari qiamat. Maknanya, takdak dah iman seperti para sahabah pada orang zaman kini. Cuba lihat apa kata imam Mujahid bin Abdul Jabbar mengenai solat para sahabah radiallahuanhu. Untuk pengetahuan tuan-tuan. imam Mujahid adalah dari kalangan tabiin, yang menjadi anak murid kepada Ibn Abbas selama 65 tahun. Maknanya imam Mujahid sempat melihat kehidupan para sahabah. Antara yang imam Mujahid sebut ialah dia melihat apabila para sahabah solat, mereka berdiri tegak kelihatan seolah-olah seperti tiang-tiang bangunan yang tidak bergerak sama sekali. Tu dia yang kata sahabah ra tu tuan-tuan. Bukan macam kita sembahyang; tergaru sana, tergaru sini. Sat korek idung, sat korek telinga. Macam-macam.

Kalau nak tengok akhlak para sahabah, tuan-tuan boleh perati ayat 9 Surah al-Hasyr. Ayat ini panjang, so ana ambik kat hujungnya yang bermaksud, "...mereka mengutamakan sahabat lebih dari diri mereka sendiri, meskipun mereka juga berhajat ..."...Ayat ini turun apabila suatu hari seorang sahabat Muhajirin datang jumpa Nabi saw dalam keadaan amat lapar. Ketika itu, Nabi saw sendiri pun takdak apa nak bagi dia makan. So Nabi saw pun berpaling kepada para sahabat yang ada di sekelilingnya, lalu tanya Nabi, "Siapa sanggup entertain sahabat kita ni, bagi dia makan?"...Lalu bangun seorang sahabat dikalangan Ansar, katanya, "Okay takpa ana boleh layan dia. Jom pi rumah."...Sampai di rumah, sahabat Ansar itu sendiri rupanya hanya ada sedikit makanan yang cukup untuk anak-anaknya sahaja. Dia dengan bini dia pun terpaksa ikat perut. Lalu dia bagitau kat isterinya, "Awak tidurkan anak-anak, biar depa lupa nak makan. Habuan untuk anak-anak, kita bagi kat sahabat Mujahirin tu makan. Sebelum tu, awak pasang dulu pelita depan dia, kemudian awak buat-buat terpadam dan ambik masa nak repair pelita tu. Supaya dalam gelap itu nanti, biarlah tetamu kita habiskan makanan tersebut tanpa dia sedari tuanrumah tak makan."...Tu dia tuan-tuan yang kata mulianya peribadi para sahabat radiallahuanhu. Mereka sanggup layan tetamu yang lapar sedangkan mereka sendiri dalam keadaan kelaparan. Boleh cari ka orang macam ni la ni tuan-tuan?...Takdak dah la. Membazir buat open house hariraya sampai tak larat nak makan lagi ada.

Okay berbalik kepada perbahasan hadith di atas, Nabi saw kata, "...Allah memilih untuk ku beberapa orang sahabat. Dan dijadikanNya sahabat-sahabat ini beberapa golongan. Ada yang dijadikan sebagai menteri-menteri ku..."...Mereka inilah yang menjadi ahli majlis mesyuarat sebelum Nabi saw putuskan untuk buat sesuatu. Mereka terdiri dari 10 orang sahabat. iaitu Abi Bakr, Umar, Utsman, Ali, Saad bin Abi Waqash, Zubair bin al-Awwam, Abu Ubaidah Amir al-Jarrah, Abdurrahman bin Auf, Sa`id bin Za`id dan Thalhah bin `Ubaidullah radhiallahu `anhum. Semua ini adalah exco kanan Nabi. Apa-apa hal, Nabi mesyuarat dengan depa dulu, kemudian baru Nabi jumpa rakyat biasa minta pandangan.

Lepas tu Nabi kata, "..ada yang Allah lantik jadi mertua-mertua ku..."...Sapa lagi kalau bukan Saidina Abi Bakr as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khatab. Nabi mengahwini puteri Abi Bakrin, Saidatina Aisyah radiallahuanha, dan puteri Umar al-Khatab, Saidatina Habsah radiallahuanha. Kemudian Nabi sambung, "...dan ada yang Allah lantik jadi menantu-menantu ku..."...Tak lain dan tak bukan mereka adalah Saidina Utsman radiallahuanhu dan Saidina Ali karramallahu wajhah. Saidina Utsman digelar "dua cahaya mata" sebab beliau berkahwin dengan dua orang anak Nabi, iaitulah Rukayah dan Umi Kulsum. Rukayah meninggal dunia ketika berlakunya Perang Badar. Sebab tu Saidina Utsman tidak ke medan Badar sebab ketika itu Rukayah sakit tenat. Selepas meninggalnya Rukayah, Nabi kahwinkan Utsman dengan adik kepada Rukayah iaitulah Umi Kulsum radiallahuanhuma. Untungnya Saidina Utsman tuan-tuan. Manakala Saidina Ali pula dikahwinkan dengan puteri baginda bernama Saidatina Fatimah.

Dan last sekali Nabi kata, "...penolong-penolong ku..."...Dikalangan sahabah, ramai yang Allah jadikan sebagai penolong-penolong Nabi. Seperti Anas bin Malik, yang berkhidmat kepada Nabi sejak kecil lagi. Seperti Abu Hurairah, penghafal paling banyak hadith-hadith Nabi saw. Seperti Khalid al-Walid, panglima perang yang tidak Nabi lucutkan jawatannya walaupun dia masuk Islam agak lewat. Dan ramailah lagi kalau nak sebut satu persatunya.

3) golongan ketiga ialah golongan yang menghina para sahabah radiallahuanhu.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan umat Islam, tapi realitinya tak boleh dielakkan, ia tetap berlaku. Dan golongan yang very clear menghina para sahabah ra sejak dari dulu lagi ialah satu golongan dari puak syiah. Ana sebut satu golongan sebab syiah pun berpecah kepada beberapa golongan juga depa. Golongan syiah yang paling lantang menghina para sahabah ialah dari golongan al-Rafidhah. Ada pun golongan lain dalam syiah, mereka begitu berhati-hati dalam masalah ini. Ana amat bimbang dengan perkembangan mutakhir ini sebab golongan ini sedang berkembang biak di M`sia. Mereka menyusup masuk ke laman-laman internet bertujuan meracuni pemikiran saudara seIslam. Namun, Alhamdulillah, sekarang ni sudah ada sahabat-sahabat kita yang mengambil inisiatif mendedahkan bahayanya fahaman syiah al-Rafidhah dengan dibukukan dan menulis di laman-laman internet. Antum semua boleh refer buku tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin - "Pertelingkahan Para Sahabat Nabi (s.a.w): Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah" (Edisi Kedua) (Pustaka Yamien, Gombak 2003), atau surf ke laman www.al-firdaus.com, insyaAllah antum akan didedahkan dengan strategi puak syiah al-Rafidhah.

Bukannya apa tuan-tuan; sebagaimana kita menghadapi umno, begitu juga kita menghadapi puak syiah ni. Kita bukan menentang mereka tapi yang kita tentang ialah fahaman mereka tu. Kita sayangkan mereka sebab mereka juga dikalangan sanak saudara kita sendiri. Raya baru-baru ni, ketika bersua dengan adik beradik yang majoritinya "kaf ro` ya`sin", ana mengambil pendekatan seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz, dengan meletakkan Pas sekadar "hidden" tool saja sebab ramai sangat yang masih fobia dengan Pas especially kat area Penang. So yang ditampilkan, hanya berkenaan dengan Islam. Alhamdulillah, nampak macam depa boleh terima.

Allahu`alam

17/11/2005

1002big.jpg