Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 45

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 45

Dari Ibn Mas`ud radiyallahu`anhu, bahwa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahwa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan." (Tirmizi dan Nasa`i)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam hadith ke 45 yang kita bahas pada kali ini, ia membicarakan tentang masalah hati manusia yang menjadi rebutan antara syaitan dan malaikat. Syaitan akan mengambil kesempatan dari hati kita untuk membisikkan perkara-perkara yang tidak baik seperti menghasut dan menabur benih-benih yang boleh mencambahkan pertentangan kita kepada agama Allah swt. Manakala malaikat pula bertarung untuk merebut hati kita dengan membisikkan supaya sentiasa melakukan kebaikan dengan niat ikhlas kerana Allah swt.

Oleh sebab hati kita menjadi rebutan, maka ianya perlu kepada defending system yang kuat supaya tidak mudah dibalik-balikkan oleh syaitan laknatullahi alaik. Sekiranya sistem pertahanan kerohanian kita lemah, akan jadilah sepertimana yang kita lihat di dada-dada akhbar hari ini bahwa ada golongan yang nama dalam mykadnya dilihat macam nama orang Islam tetapi ditangkap kerana memakan di siang hari di khalayak ramai ketika bulan puasa. Inilah hati yang sudah hancur dipengaruhi oleh syaitan walaupun syaitan telah dirantai oleh malaikat di bulan puasa. Hati yang dibajai oleh amalan-amalan syaitan pada 11 bulan yang lain, menyebabkan mereka sendiri berkelakuan seumpama syaitan. Sebab itu, di dalam satu riwayat Imam Muslim yang dirakamkan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Riyadhus solihin, bagaimana Nabi saw mengajar kita satu doa "Ya mu-khol-libal kulub sab-bith-qolbi `ala dinika wa tho-`atika". Maksudnya, "Wahai Allah! Yang membalik-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ku di atas ugamaMu dan ketaatan kepadaMu."…Doa ini kena amal selalu tuan-tuan sebab yang kata syaitan ni, dia anytime boleh mai kacau. Buktinya telah Allah rakam dalam Surah Shad:82, selepas syaitan dihalau dari syurga, dia bersumpah, "Wahai Tuhan! Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!"…Ini janji dia di depan Allah swt.

Tu dia tuan-tuan. Jadi bila dah tau syaitan janji macam tu, apa yang perlu kita buat ialah kita mesti kaji bagaimana bentuk seruan-seruan syaitan membisikkan kepada kita. Dalam kitab Minhajul `Abidin, Imam Ghazali telah menggariskan bahwa seruan iblis itu ada 6 cara. Ini penting tuan-tuan; sebab bila kita dah tau iblis tu musuh kita yang nyata, mau tak mau, kita kena kaji taktik dan strategi dia. Alaaaa, macam Selangor pukoi Perlis baru-baru ni la tuan-tuan dalam final Malaysia Cup. Sebelum game, masing-masing pakat berbincang dengan coach, strategi apa nak digunakan dalam game malam tu. Sebab bagi Selangor, Perlis tu musuh dia. Dan bagi Perlis, Selangor tu musuh dia. Masing-masing kena belajar, tang mana weakness dan tang mana kekuatan pasukan musuh. Ini memang berlaku pada mana-mana pertarungan pun, bukan saja bola, bukan saja politik, malah sekarang amat penting di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechen, Kashmir, Moro, selatan Thai; semua Mujahiddin kena ada taktik dan strategi dalam menghadapi tentera-tentera kuffar sebab ia melibatkan hidup matinya Islam di bumi-bumi yang ana mention tadi…Okay berbalik pada nak lawan iblis tadi, Imam Ghazali sebut dalam Minhajul `Abidin, dia akan mai dengan 6 cara:

1) syaitan akan melarang manusia supaya jangan taat kepada Allah.

Contohnya dalam bulan puasa sekarang, kita lihat saja, memang ramai yang berpuasa, tapi ramai juga tak sembahyang. Ingkar dalam ketaatan. Ibn Abbas radiallahuanhu pernah berkata, "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak mendirikan solat lima waktu, maka tempatnya layaklah di neraka jahannam."…Sebab itu, kita usul kepada kerajaan, jangan tangkap orang yang tak puasa saja, orang yang tak solat lima waktu pun mau tangkap sama. Sebab Imam Syafie sebut bahwa antara kewajipan pemerintah itu ialah menghukum orang yang tidak sembahyang lima waktu. Ni dia. Ya la, minyak naik harga tu satu hal la; kita tau kerajaan dok pening nak kawal harga barang yang semakin melambung akibat kenaikan harga minyak sekarang. Tapi isu tak sembahyang ni lagi besaq dari tu. Ini yang ana masih hairan dengan ulama-ulama dalam umno, depa masih membisu tak mau tegoq PM, walaupun clear Allah dah sebut dalam Quran, "Hangpa tolong ugama Aku, Aku pasti tolong hangpa."…Ini dia asas yang perlu dilihat sebagai jalan penyelesaian untuk keluar dari kemelut ekonomi kita hari ini. Takdak jalan lain dah tuan-tuan.

Okay berbalik kepada seruan syaitan yang pertama, supaya jangan ditaati Allah swt, bagaimana nak counter taktik pertama ini?…Imam Ghazali kata, "Bila saja bisikan seperti itu masuk, maka jawablah kepada bisikan itu bahwa ‘aku mengharapkan pahala daripada Allah, untuk itu, aku haruslah mempunyai bekal di dunia untuk dibawa ke negeri akhirat’."…Walaupun dari sudut ulama tasawuf, amalan mengharapkan pahala itu agak biadap, tapi untuk orang awam macam kita, kira okay la tu.

2) syaitan hasut supaya melambat-lambatkan taubat.

"Relax la, usia masih muda, enjoy dulu, life begin at 40."…Tu dia bunyi pun. Macamana nak jawab kalau ada bisikan macam ni?…Imam Ghazali kata sebut macam ni, "Kematian aku bukan berada di dalam tangan kamu. Jika sekiranya aku menunda-nunda amalan ku ke esok hari, mana mungkin aku tunaikan sebab hari esok pun sama dengan hari ini, begitu banyak amalan yang perlu dilakukan setiap hari."…Maknanya Imam Ghazali suruh kita bagitau kat setan, "Hang bukan yang menentukan tarikh mati aku. Yang tentukan ialah Allah."…At anytime kalau Allah nak ambik nyawa kita, Dia boleh ambik. Dan kita tak tau bila Dia nak ambik, so kena always be prepared. Yang kata "taubat" ni bukan tunggu "rumah kata pi, kuboq kata mai" baru nak tobat, bukan macam tu. Yang kata "taubat" ni, tiap-tiap masa kena buat tuan-tuan.

3) syaitan akan mengajak manusia melakukan amalan dalam keadaan tergopoh-gapah seperti bisikannya, "cepatlah beramal, agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan yang lain."…Inilah strategi ke3 yang digunakan oleh syaitan setelah dia gagal menyekat kita dari beramal. Tengah-tengah khusyuk kita dok semayang, dia apply strategi ini, "Nie sheikh! Semayang tu kasi cepat la sikit pasai satgi nak wirid pulak."…Time wirid pun macam tu juga, dia kacau lagi, "Nie sheikh! Wirid kasi laju-laju sikit, pasai satgi nak baca Quran pula, banyak kerja lagi nak buat ni!"…Ini yang wirid "Subhanallah", kita dengaq bunyi jadi "seblah-seblah-seblah", punya laju dok pulun wirid, sampai apa makna pun tak tau. So, macamana nak counter benda macam ni?…Imam Ghazali ajar supaya kita jawab kepada bisikan syaitan itu dengan jawapan, "Amal yang sedikit dalam keadaan sempurna adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi dalam keadaan kelam kabut."…Ini adalah masalah inconsistent. Sebab itu ada ulama sebut, lebih baik baca Quran setiap hari walaupun hanya dari satu `ain ke satu `ain daripada pulun baca sampai 3 juzuk lepas tu rest tak baca sampai 3 bulan.

4) bila syaitan fail nak convince kita dengan caranya yang ke 3, dia akan try cara ke 4, iaitulah dia akan menyuruh manusia menjalankan amal secara baik agar tidak dicela oleh orang lain. Nampak tak tuan-tuan, cukup halus strateginya. Dia bukan halang kita buat ibadah, malah dia motivate kita buat ibadah sesempurna yang mungkin, supaya nak tunjuk kat orang lain bahwa kita terer beribadah. Tu dia yang kata setan tu tuan-tuan. Dia nak bawa kita kepada perasaan riak dalam beribadah. Tu yang kalau semayang sunat sorang-sorang kat rumah, hanya dengan tshirt pagoda lusuh aja. Baca pulak inna `ak tai na dengan gulhu saja. Balik-balik dari Mekah, buboh serban jubah pi masjid, terus orang tolak jadi imam. Alang-alang dah tolak jadi imam, time tu lah nak tunjuk sengat. Apalagi terus pederaih Surah Yasin tuan-tuan. Padahal kalau kat rumah, baca inna `ak tai na dengan gulhu ja. Ini dia tuan-tuan, keikhlasan kepada Allah sudah tidak ada. Jadi, apa kita nak jawab dengan bisikan seperti ini?…Imam Ghazali kata, "Jawablah dengan menyatakan bahwa bagi diri ku, penilaian hanya daripada Allah. Tidak ada manafaat sekiranya aku beramal kerana manusia."

5) cara yang ke 5, syaitan akan membisikkan pujian kepada orang yang beramal dengan mengatakan, "Betapa tinggi darjat mu dengan amalan salih mu, membuatkan kamu cerdik dan sempurnanya diri mu."…Strategi ni lagi hebat. Dia mai bisik puji-pujian pulak dah. Dia bagi kita terapung di awang-awangan, tak berpijak di bumi nyata. "Amboi! enta hebat, hapai habih ayat Quran, hadith-hadith pula dalam kepala. Apa saja masalah dalam agama, enta sajalah orangnya yang boleh settlekan."…Kita pun jadi kembang semacam ja. Jadi, bila setan bisik macam tu, apa kita nak jawab?…Kata imam Ghazali, "Jawablah oleh mu bahwa semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. Dan Allah lah yang melimpahkan taufik hidayah kepada ku. Sekiranya tanpa kurniaan Allah, apalah erti segala amalan ku ini."…Ini dia tuan-tuan, nak ajar kepada kita supaya tidak ada perasaan tinggi diri yang boleh menjerumuskan kita kepada kufur nikmat. Contoh, lihat peristiwa pemecatan ke atas Khalid al-Walid oleh Amirulmukminin Umar al-Khatab ketika berlakunya satu peperangan. Jawatan itu diserahkan kepada Abu Ubaidah Amir al-Jarrah. Semua sahabat pakat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Saidina Umar. Habih saja perang, semua pakat terpa pi jumpa Umar, tanya kat dia, "Kenapa kamu sewenang-wenangnya pecat Khalid, sedangkan dia adalah saifullah (pedang Allah)?…Semua perang yang diketuainya., menang belaka."…Jawab Umar, "Aku pecatnya kerana Allah! Kerana untuk menjaga aqidah kamu wahai para sahabah. Setiap kali ada saja peperangan, aku pasti akan dengar dikalangan kamu berkata: Menanglah kita sebab Khalid ada. Apakah kamu lupa bahwa yang memberi kemenangan itu adalah Allah? Sebab itu, aku pecat dia, kerana aku bimbang melihat aqidah kamu semakin tergelincir. Yang memberi kemenangan adalah Allah, bukannya Khalid!"…Begitulah juga kita yang ada bergulung-gulung PhD, Masters, BA apa semua ni. Ilmu yang ada kat kita ni hanyalah sekelumit saja kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha luas. So sebab itu, jangan sombong dengan apa yang ada.

6) selepas gagal strategi ke5, syaitan akan guna cara yang terakhir. Syaitan akan berkata, "Wahai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri dengan melakukan ibadah, sebab sekiranya Allah telah menetapkan engkau seorang yang berbahagia sejak azali lagi, maka engkau tetap akan menjadi orang yang bahagia walaupun kamu meninggalkan ibadah. Dan sebaliknya sekira Allah menetapkan kamu sebagai orang yang celaka, maka tidak guna kamu beribadah sebab kamu dah ditetapkan sebagai orang yang celaka."…Tu dia tuan-tuan, punyalah terernya setan, dia boleh main isu azali, ie qada` dan qadar. Dia akan bisik kat kita, "Yang hang susah payah pi buat segala ibadah ni buat apa? Bangkit tahajud tengah malam sampai tidoq pun tak cukup, pasai apa? Letih teruk lembik badan posa Ramadhan ni pasai apa? Yang pi sedeqah sampai habih duit pasai apa? Kalau Allah dah confirm hang sejak azali lagi jadi orang bahagia, tak payah la teruk-teruk ibadah macam ni sebab memang confirm hang orang akan mendapat kebahagiaan."…Dia bisik macam ni, silap-silap haribulan boleh terpengaruh kita sebab dia ada hujjahnya. Jangan buat main. Cuba kita flashback kepada hadith 19 yang menjadi hadith pertama dalam bab 4 yang telah kita bahas dulu. Dalam hadith 19 tu, Nabi saw bagitau bahwa sewaktu benih ayah dan ibu bertemu, ketika malaikat nak jadikan kita hidup di alam rahim ibu, Allah suruh malaikat tulis siap-siap ajal kita bila, rezeki banyak mana dan tulis samada kita bahagia atau celaka di akhirat kelak. Nampak tak tuan-tuan; syaitan guna hadith ini untuk pesongkan aqidah manusia. "Buat apa hang nak ibadah teruk-teruk, sedangkan hang dah confirm masuk syurga. Relax je la.", dia bisik macam tu kat geng-geng hat suka mengaji. Yang kat geng hat baru nak jinak-jinak pi masjid, dia bisik macam ni pula, "Buat apa nak ibadah kalau Allah dah tentukan memang hang ahli neraka."…Depa pikiaq-pikiaq, angguk, "Betoi jugak."…Punah tuan-tuan. Sebab tu ada taik pit bila ditanya pasai apa jadi penagih?…Dengan tawaduknya dia jawab, "Sebab sudah tertulis sejak azali lagi saya menjadi begini."…Lingkup macam ni kalau semua pakat berserah kepada azali. Memanglah kita diwajibkan beriman kepada qada` dan qadar, tetapi kita mesti ingat bahwa dalam pegangan ahli sunnah wal jamaah, untuk menentukan samada kita bahagia atau celaka, ikhtiariyah manusia juga diambil kira. Maknanya kalau kita berikhtiar mencari jalan yang baik, maka sejak azali, confirm ditulis mendapat kebahagiaan. Tu saja sifirnya. Begitu juga sebaliknya, kalau kita ikhtiar cari kot jalan jahat, sure sejak azali telah ditulis kejahatan untuk kita.

Okay bila setan mai dengan cara ke6 ni kita nak jawab macamana tuan-tuan?…Imam Ghazali kata, "Kamu jawab dengan mengatakan bahwa aku hanyalah hamba Allah. Maka wajib bagi ku untuk menurut perintahNya. Menetapkan dengan kehendakNya dan berbuat sesuka hatiNya, itu adalah kerja Allah."…Bila disebut sebagai "hamba", apa saja tuan suruh, mesti kena taat. Kalau tuan kata, "Pi market."…Kita kena pi, takdak excuse lagi. So bila kita ini disebut sebagai hamba Allah, maka apa saja yang Allah suruh, kena la kita buat. Allah suruh sembahyang, kita kena sembahyang. Allah suruh puasa, kita kena puasa. Yang menentukan bahagia atau tidak, itu adalah hak Allah.

Kemudian tambah Imam Ghazali, "Seterusnya kamu jawab lagi dengan mengatakan bahwa sekiranya aku ditetapkan sebagai seorang yang berbahagia, maka aku akan tetap beribadah sebagai tanda bersyukurnya aku kepada Allah. Namun sebaliknya kalau aku ditetapkan sebagai seorang yang celaka (nauzubillah), aku tetap akan beribadah meminta keampunan daripada Allah supaya aku tidak menyesal di Padang Mahsyar kelak."

Ini dia tuan-tuan 6 cara bisikan syaitan yang perlu kita lawan. Nabi saw sebut kalau ada lintasan dalam hati bisikan-bisikan dari syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah dengan menyebut "`A-uzubillahiminasy-syaitonirrojim". Sebaliknya kalau bisikan-bisikan itu baik, maka ketahuilah bahwa itu adalah bisikan malaikat yang didatangkan oleh Allah swt. Maka bersyukurlah kepada Allah. Contoh, katalah ada kuliah malam satgi, tiba-tiba petang tu kita diperingatkan buat preparation untuk pi kuliah malam nanti, maka ketahuilah bahwa yang memperingatkan kita itu adalah malaikat. Bersyukurlah dengan ucapan "Alhamdulillah".

Allahu ta`ala `alam.

23/10/2005

il.jpg