Make your own free website on Tripod.com
Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 43

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 43

Dari Abu ad-Darda` radiallahuanhu, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." (Tirmizi dan Abu Daud)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Kalau dalam hadith ke 42 yang kita bahas dalam sesi yang lalu memberi penghormatan kepada orang yang mengajar ilmu, maka pada hadith ke 43 yang kita bahas pada kali ini pula memberikan penghormatan kepada orang-orang yang suka menuntut ilmu. Kalau orang yang mengajar ilmu, akan didoakan oleh makhluk-makhluk di langit mahupun di bumi (termasuk semut-semut di dalam lubang-lubangnya dan ikan-ikan yang bertebaran di lautan luas), maka orang-orang yang menuntut ilmu, lain pula cara penghormatan yang diterima mereka. Iaitulah mereka dihormati oleh para malaikat dengan malaikat merendahkan sayapnya sebagai tanda memuliakan dan menghormati orang-orang yang menuntut ilmu. Cumanya, Allah tidak membuka hijab kepada kita untuk melihat semua ini. Tetapi kita amat yakin sebab khabar ini datang dari mulut Nabi kita yang mulia yang tidak pernah berbohong sepanjang hidupnya.

Cuba tanya kepada para penuntut ilmu agama; untuk apa depa pi mengaji?…Takdak lain melainkan tujuan mereka semata-mata hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Bukannya apa tuan-tuan; hari ini kalau kita tengok kat tv, ada saja program-program yang diatur oleh pihak kuffar (especially rancangan-rancangan berunsur dokumentari), bagaimana kita lihat mereka juga cuba memberi gambaran tuhan dalam pelbagai imej. Ana masih ingat dalam beberapa bulan yang lalu menerusi Discovery Channel (topik apa, ana dah lupa), mereka menayang suatu slot kisah yang berlaku di India. Di mana dalam rancangan tu, dilihat bagaimana seorang perempuan pada setiap pagi akan menarik seekor lembu dan diparkingnya lembu tu di tengah-tengah bandar. Kemudian dilihat bagaimana kereta queue berderet-deret, masing-masing tunggu giliran, keluar dari kereta untuk pergi di bahagian belakang lembu itu sambil menadah untuk meminum air kencing lembu tersebut. Bila journalis orang putih tanya kepada salah seorang dari mereka, "Kenapa dan sejak bila kamu minum air kencing lembu itu?"…Ada yang menjawab, "Kami minum sebab lembu adalah binatang suci, maka air kencingnya juga suci. Dan kami dah amal benda ni sejak 20 tahun yang lalu."…Nampak tak tuan-tuan, betapa hinanya manusia, malah lebih hina dari binatang bila depa tak kenal Allah. Jadi oleh sebab itulah, kita rasa beruntung dijadikan sebagai orang Islam, yang diajar mengenal Allah dengan kaedah yang betul.

Bila bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam; kita jangan pula diam begitu saja. Jangan jadi Islam pada bakanya sahaja. Kita kena pi tuntut ilmu, pi cari yang kata Islam tu apa. Bila kita dah tau Islam tu apa, maka mudah-mudahan kita ditransform menjadi orang Islam yang beriman dan bertakwa. Contoh nak mudah fahamnya, cuba kita tengok proses daun teh. Sebelum dipetik, daun yang ada kat pokok tu dinamakan daun teh. Selepas diproses menjadi serbuk, bubuh dalam gelas; walaupun dah jadi serbuk, namun ia tetap teh. Tapi nak jadikan ia teh ‘O’, kenalah tuang air panas, bubuh gula dan seterusnya kena kacau. Nampak tak tuan-tuan, teh tu dah berubah, dari daun teh kepada teh ‘O’. Dia bukan automatik dari daun teh terus pi jadi teh ‘O’, dia tak jadi macam tu. Dia ada proses perubahannya. Kemudian nak bagi keruh, kita bubuh pula susu. Nak bagi lagi ‘kaw’, tarik la sikit bagi berbuih, jadilah dia teh tarik. Begitulah Islam pun, dia bukan habih setakat mengucap syahadah sahaja, malah dia kena jadi macam proses daun teh tadi. Dia kena mengaji, kena pi kuliah, kena sedeqah, kena jihad; maka barulah Islam itu ditransform menjadi mukminin, menjadi solihin, menjadi muttaqin, menjadi muslihun dan sebagainya.

Okay dalam Islam, yang kata ilmu ni, memang cukup banyak. Jadi, ana cuba pointkan topik yang penting-penting seperti yang ana petik dalam satu dialog dari satu laman internet. Walaupun kesahihan cerita itu, betoi ke tak ana tak tahu; tapi ada beberapa pengajaran yang menarik boleh kita manafaatkan. Dialog itu adalah di antara dua orang sahabat yang karier profesyen masing-masing berbeza, seorang pengembala kambing dan seorang lagi cendiakawan. Kisah itu bermula apabila satu hari, si cendiakawan melintasi kawasan gembala kambing. Setelah bagi salam, tanya khabar apa semua, si cendiakawan tu start tanya kawan lamanya si pengembala kambing, "Ya akhi, ana tau enta seorang anak murid yang cerdik time sekolah dulu, so, enta tak mau pi further study lagi ka?"…Si gembala kambing tu ngan selamber je dia jawab, "Ana rasa takyahlah buang masa gi mengaji lagi, coz I think I already gain all intipati ilmu."…Tercengang seketika dibuatnya si cendiakawan tu. Cakap omputih lak dia. So si cendiakawan tu try korek apa ilmu yang ada kat si gembala kambing tu, dia tanya, "Okay explain mai kat aku apa yang hang kata intipati ilmu yang hang dapat tu?"…Kata si pengembala kambing, "Yang kata intipati ilmu ni, dia ada lima. Kalau lima ni ada, selamat dunia/akhirat. Yang pertamanya, selagi aku masih berpeluang untuk bersikap jujur dan amanah, aku tidak akan berbohong."…Tu dia tuan-tuan; ada tak cerdik-pandai hari ini pikiaq sampai tara tu?…Sekarang lagi tinggi mengaji, lagi kuat putaq-belit orang. Lagi besaq pangkat, lagi kuat makan rasuah. Orang yang dilantik sebagai pemimpin dah takdak amanah hari ini. Ini dalam bulan puasa ni, apa yang madrasah Ramadhan ajar kita tuan-tuan?…Salah satu rahsia hikmah yang diajar kepada kita dalam bulan puasa ialah sikap amanah. Amanah kepada diri sendiri dengan tak makan, tak minum, tak isap rokok walaupun orang tak nampak. Ini dia tuan-tuan, yang diajar oleh si gembala kambing tadi.

Intipati ilmu yang kedua kata si pengembala kambing tu ialah, "Selagi masih ada makanan yang halal, aku tak akan telan makanan haram."…Dari ungkapan ini, sekali lagi puasa mengajar kita. Cuba tuan-tuan perati, ketika kita berpuasa dari terbit fajar hinggalah ke maghrib, benda halal tiba-tiba jadi haram. Nampak tak tuan-tuan; benda halal pun kita tak boleh ambik, inikan pula benda haram?…Ini dia tuan-tuan, Allah swt ajar kita secara hikmah supaya berjinak buang benda haram. Mana la tau kot-kot hat sebelas bulan lagi tu dok mentahkedarah hasil dari duit nomor ekoq; so Ramadhan ajar ambik sikit saja hat halal, hat haram confirm buang terus.

Manakala intipati ilmu yang ketiga kata si pengembala kambing, "Selagi masih terdapat cela dan aib pada diri ku, aku tidak akan mencari cela dan aib orang lain."…Tuan-tuan, honestly la kita semua memang ada aib dan cela masing-masing yang kita sendiri tau. So bila kita tau kita sendiri ada banyak aib dan cela, why not kita remedy diri kita dulu dari asyik mencari aib dan cela orang lain. Namun dari segi membongkar kemungkaran orang lain, walaupun ianya wajib tetapi kenalah kita berhati-hati supaya tidak sampai melampau sehingga mengungkit aib dan cela orang itu. Ya, memang kita kena membongkar kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang supaya orang lain jangan ikut dia atas kemungkaran yang dilakukannya, tetapi pembongkaran itu hendaklah hanya dalam lingkungan yang dibenarkan oleh batasan syara` sahaja. Jangan lebih-lebih tuan-tuan. Sebab itu turun ayat 12 dalam Surah al-Hujurat yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan buruk kerana sebahagian sangkaan buruk itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip-ngintip aib orang lain dan jangan kamu mengumpat-ngumpat yang bukan hak…"…Asbabul nuzul ayat ini berhubung dengan Salman al-Farisi radiallahuanhu. Salah satu kelemahan dia ialah sewaktu dia nyenyak tidur, dia asyik berdengkur. Samalah dengan kita pun, especially tidur ketika letih. Jadi bila Salman dengaq sahabat lain dok kutuk dia kuat berdengkur, dia rasa malu dan pi mengadu kat Nabi, lalu turun ayat tadi. Tu dia yang kata istimewanya sahabat Nabi tu tuan-tuan. Kutuk pasai berdengkur pun Allah tegoq, apatah lagi kita hina keturunan orang, hina batang tubuh orang. Itu lagi teruk. Dalam beragama, kita jangan jadi melampau tuan-tuan. Sebab itu dalam satu kuliah Dr Asri Zainul Abidin (pensyarah USM), beliau pernah sebut bahwa ada 3 perkara yang para pendakwah kena buat. Pertama, mereka kena menangani penyelewengan orang-orang yang melampau dalam ilmu Islam. Yang kata "melampau" dalam Islam ialah depa terlajak lebih dari hat Islam suruh. Contoh selain Nabi nasihat para sahabat supaya jangan hina Salman pasai dengkurnya tadi, Nabi saw turut melarang sahabat dari mencerca Abu Jahal walaupun jelas semasa hayatnya, dialah orang yang paling memusuhi Islam. Sebab apa?..Sebab anaknya Ikrimah telah pun memeluk Islam. Tuan-tuan, walaupun betoi bapa kita jahat, tapi tiap-tiap hari punya dok dengaq orang cerca bapa kita, lama-lama boleh tahan ka?…Sedikit sebanyak akan tersinggung juga kita. Okay itu yang pertama, jangan melampau. Yang kedua, para pejuang agama Allah turut kena buat ialah kena menangani masalah suka tokok tambah dalam ibadah. Dan yang ketiga, menangani masalah tafsiran agama oleh golongan jahil sebab dari sinilah munculnya puak-puak liberal. Ketiga-tiga benda ni jangan ada dalam gerakan Islam sebab ketiga-tiga inilah punca musnahnya agama.

Intipati yang keempat kata si pengembala kambing ialah, "Selagi ada rezeki yang halal di bumi, aku tidak akan meminta dengan orang lain."…Makna apa tu tuan-tuan?…Maknanya, kita kena guna tulang empat kerat usaha cari rezeki yang halal. Dan akhir sekali intipati yang kelima kata si pengembala kambing ialah, "Sebelum aku menjejakkan kaki ke syurga, terlebih dahulu aku mesti mengenal tipu daya syaitan."…Tuan-tuan di dalam al-Quran dinyatakan bahawa golongan syaitan ini terdiri dari dua jenis iaitu "minal jinnati wan nas" (dari kalangan jin dan manusia). Setan jenih jin kalau kita baca ayat Quran, hemboih kat dia, insyaAllah dia lari. Tapi kalau kita baca ayat Quran kat setan manusia, hemboih kat dia, silap-silap haribulan, dia hemboih balik kat kita. Ini yang lecehnya tuan-tuan. Yang kata setan manusia ni pula dia ada dua jenih jugak. Pertama, setan manusia hat jenis jelas kuffarnya, yang menentang Islam secara terang-terang, ana rasa jenih ni takdak masalah untuk kita direct konfront dengan dia. Tetapi yang jadi masalahnya, jenih setan manusia yang kedua ni, iaitu dari segi zahirnya, kita nampak dia Islam, tetapi hakikat di dalam hatinya, dia membenci Islam. Setan manusia jenih ni yang kita bimbang tuan-tuan. Tipu daya syaitan jenih kedua ni yang perlu kita berhati-hati sebab kita masuk masjid, dia pun masuk masjid juga. Kita baca Quran, dia pun boleh baca Quran juga. Silap-silap haribulan, dengung wajibal unnahnya lebih berdengung dari kita. Namun begitu, sifat-sifat setan manusia jenih kedua ini telah Allah bongkar dalam Surah al-Baqarah: 8-20, untuk orang-orang beriman senang trace dan berjaga-jaga dengan puak yang dipanggil sebagai "al-munafiqun". Bahayanya puak munafik ini sehingga Allah rakamkan perangai depa seawal mukasurat ke3 lagi dalam al-Quran. First lima ayat dari Surah al-Baqarah, Allah cerita sifat-sifat orang yang beriman. Kemudian disusuli hanya dua ayat sahaja pasai orang kapiaq. Dan kemudiannya terus Allah cerita pasai munafik sebanyak 12 ayat. Nak tau munafik tu apa, cuba cari kitab tafsir, tengok apa Allah kata tentang puak ini start dari ayat 8 sampai 20 dalam Surah al-Baqarah.

Ini dia lima intipati ilmu yang si pengembala kambing bagitau kat si cendiakawan. Kita boleh ambil sebagai pengajaran, namun, bagi kita orang awam, jangan kita dah tau kelima-lima intipati tu, kita dah tak mau mengaji pula. Kita kena terus mengaji. Dan lagi satu pengajaran yang boleh kita kutip dari cerita ini ialah walaupun cendiakawan tu bergelar cendiakawan (orang yang diiktiraf sebagai cerdik-pandai), namun dia masih mahu lagi mendengar ilmu dari seorang pengembala kambing. Jadi pointnya, kita kena cari ilmu tak kira dari siapa pun, asalkan ilmu tu manafaat untuk diri kita sendiri khususnya dan untuk Islam amnya.

Allahu`alam.

r2712807709.jpg