Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 42

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 42

Dari Abu Umamah radiallahuanhu, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikatNya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orangramai." (Tirmizi)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith ke 42 yang kita bahas pada kali ini adalah merupakan suatu pengiktirafan dari Allah swt, dari para malaikat, dari seluruh penduduk-penduduk langit dan juga dari penduduk-penduduk bumi, kepada satu golongan manusia, dalam bentuk yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia walaupun dengan kata-kata yang paling indah sekalipun. Golongan manusia yang mendapat pengiktirafan ini adalah golongan yang suka mengajar benda-benda baik kepada sesama manusia. Dan pengiktirafan yang dimaksudkan ini pula adalah berlaku dalam dua bentuk. Pertamanya dalam bentuk rahmat, iaitu dari Allah swt dan para malaikat kepada manusia. Manakala dalam bentuk doa, datangnya dari makhluk-makhluk lain termasuklah doa dari semut-semut dalam lubang dan ikan-ikan di laut, kepada manusia yang suka mengajar benda-benda baik.

Inilah satu bentuk pengiktirafan yang tidak difikir oleh musuh-musuh agama Allah swt. Yang hanya mereka fikir ialah bagaimana nak ambil tindakan ke atas golongan yang menegur kemungkaran dan menyampaikan perkara-perkara baik kepada masyarakat, sehingga alasan-alasan yang mereka beri itu tidak masuk akal walaupun pada hakikatnya memang mereka ada akal. Ini yang menjadikan mereka lebih hina dari binatang yang tidak dikurniakan akal oleh Allah seperti semut dan ikan yang kita sebut tadi. Ikan yang mereka telan tiap-tiap hari tu lebih mulia sebab ikan tu pun tahu berdoa supaya Allah swt memberi "hayatan thoiiyibah" kepada golongan manusia yang suka buat baik. Maknanya sekali sahaja kita cakap benda baik atas prinsip seperti yang diajar oleh Nabi saw "sampaikan daripada ku walaupun sepotong ayat", bermakna, kita berpeluang untuk didoakan oleh sekelian makhluk di langit mahupun di bumi. Tu dia tuan-tuan, mau apa lagi?

Menurut ust Halim Nasir, kalau kita tak reti kholallah maupun khola rasulullah, kita boleh tunjuk dalam bentuk amali seperti menjaga akhlak dengan menjauhkan riak, sum`ah dan sebagainya. Ataupun kita boleh ajar melalui mantiq, iaitu cara guna akal atau secara hikmah. Kalau amali pun tak reti, mantiq pun tak reti, jawabnya kita main rimbok terus. Paku terus tang situ, janji nasihat mau sampai. Sebab kekadang ada orang macam tu, hat jenih tak makan saman punya. Jenih ni kekadang, kena tibai, baru depa nampak. Jadi nak sebutnya, cara penyampaian terletak pada kadar iman dan ilmu kita masing-masing.

Okay tuan-tuan; apa dia benda-benda baik yang kita nak ajar pada manusia?…Kalau nak sebut one by one, sampai bila pun tak habih sebab benda baik ni terlalu banyak. Jadi di sini, ana hanya rumuskan kesemua benda baik tu dalam bentuk empat tajuk yang cukup besar. Rujukan ana ialah dalam buku "Apa ertinya saya menganut Islam?" karangan al-ustaz Fathi Yakan (dalam sub-title Muslim di sudut aqidah - per 3 - m.s 20). Bila sebut benda baik, mau tak mau, kita tak boleh lari dari apa yang dilakukan oleh para rasul alaihissalam tuwassalam, sebab kesemua mereka adalah generasi manusia yang memang sepanjang hidup tidak pernah berpisah dari menyampaikan perkara-perkara yang baik kepada manusia. Inilah yang disebut oleh Fathi Yakan dalam bukunya itu untuk ana jadikan perbahasan kepada hadith di atas.

Ada empat perkara baik yang diajar oleh para rasul seperti yang disebut dalam perenggan perkara ke 3 di bawah sub-title "Muslim di sudut aqidah". Empat perkara itu ialah:

1) rasul mengajar berkenalan dengan Allah - mari kita tanya diri masing-masing; setakat mana kita kenal Allah bila kita kata Lailahaillallah?...Ini persoalan besar tuan-tuan. Sebab itu, dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali menyatakan bahwa untuk berkenalan dengan Allah, selain penyucian hati dan beruzlah mengasingkan diri daripada maksiat dan mungkar itu perlu, kita hendaklah juga mengetahui adab-adab dengan Allah. Kata Imam Ghazali, tujuan kita beradab dengan Allah ialah kerana Allah itulah sebenarnya kawan kita yang paling setia, yang tak pernah berpisah dari kita sampai bila-bila. Lalu Imam Ghazali meletakkan 8 adab kita dengan Allah:

i) bersegera mematuhi perintahNya.

Samada perintah itu berbentuk fardhi, berbentuk sunnah, berbentuk mufrad atau jama`i; maka bersegeralah kepadanya. Susah sangat ka kita hari ini nak bersegera kepada perintah Allah kalau nak dibandingkan dengan para sahabah radiallahuanhu?…Masjid time zaman sahabah, jangan kata aircon, kipas pun takdak. Namun, solat mereka tepat pada waktu. Sehinggakan dalam satu riwayat yang sahih dalam kitab Bahrul Mazi, mengisahkan bagaimana pada suatu ketika di Madinah, pernah Nabi saw dan para sahabah melambatkan sedikit solat zohor kerana keadaan cuaca time tu terlampau panas, sehingga ada sahabat yang pengsan. Lalu Nabi lewatkan sikit sehingga agak-agak dah redup sikit, baru Nabi dan para sahabah solat. Itu cerita zaman sahabah, yang kipas apa pun takdak. Takkan kita dengan kipas liplap-liplap, siap dengan aircon lagi la ni, nak buat macam tu?…Takkan dalam keadaan kita la ni yang fully provided, tak boleh nak bersegera mengikuti perintah Allah?…Bukannya apa tuan-tuan; yang kata Allah ni, dengan sifat ar-Rahman ar-RahimNya, Dia tak pernah terlewat satu saat pun bagi nikmat kat kita; walaupun Dia tau ramai dikalangan manusia sekarang ini boleh dok buat lebih kurang dengan perintah Dia. Ada tak dikalangan kita, bila bangun pagi-pagi tu, komen kat Allah pasai bagi lambat oksigen kat dia?…Mana ada. Semua kita dapat bahagian kita masing-masing. Sebab itu, ana pesan, tolong bersegera mengikuti segala perintah Allah, kecualilah kalau ada sebab-sebab tertentu. Seperti hadith Nabi tentang dihidangkan makanan ketika azan berkumandang. Ketika itu, hendaklah kita makan dahulu, lepas tu baru solat. Keadaan macam ni takpa dilewatkan, namun dalam normal kes, jangan sekali-kali dilambat-lambatkan perintah Allah.

ii) jauhkan larangan Allah.

Ini adalah salah satu adab kita dengan Allah. Samada larangan dalam bentuk ucapan, perbuatan, penglihatan, dan apa sahaja; kita kena belajar jauhkan. Kita diajar oleh Nabi saw beruzlah bencikan maksiat dan kemungkaran apabila baginda beruzlah ke gua hira` setelah maksiat dan kemungkaran berleluasa di kota Mekah di waktu itu. Sebab apa Nabi saw ajar macam tu?…Sebab tidak ada yang redha dengan maksiat dan mungkar, kecualilah golongan munafiqun. Seperti yang disebut Allah di dalam al-Quran tentang sifat orang munafik, "Mereka mengajak manusia melakukan kejahatan, mereka mencegah manusia kepada al-makruf."…Tiadalah makruf yang paling besar melainkan menegakkan hukum Allah swt di atas mukabumi ini, sepertimana yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya "Fiqh al-Daulah" dengan menyatakan bahwa yang dinamakan negara Islam itu ialah negara yang diasaskan hukumnya dalam kerangka hakimiyah Ilallah.

iii) tidak menunjukkan rasa tidak puashati terhadap takdir Allah.

Apa sahaja yang berlaku kepada kita, itulah takdir Allah ke atas kita, so jangan beri negatif respon. Kita kena menerima dengan hati yang lapang walaupun payah sebab yang jadi itu adalah semuanya kehendak dari Allah. Siapa yang boleh tahan kehendak Allah?…Allah sebut sepatah saja, "fak `alul lima urid" (Aku buat apa Aku hendak), siapa pun tak boleh halang. Hatta kuasa dunia yang paling kuat pun tak boleh buat apa-apa dengan serangan tentera-tentera Allah di New Orleans.

iv) melazimi fikir tentang kudrah Allah.

Ada satu riwayat yang sahih boleh kita relate tentang memikir kudrah Allah. Kisah ini menceritakan bahwa suatu hari para sahabah radiallahuanhu datang berjumpa dengan Aisyah radiallahuanha semasa Nabi saw dah wafat. Mereka berdialog di balik tabir untuk menghindar dari fitnah sebab walaupun Aisyah digelar ummahatul mukminin tapi dia masih muda waktu tu. Lalu sahabat tanya Aisyah, "Boleh tak cerita kepada kami satu kenangan yang paling tidak boleh dilupai antara kamu dengan Rasulullah saw?"…Dengaq-dengaq sahabat tanya macam tu, Aisyah rasa hiba, terus dia menangis. Dah puas menangis, baru dia start cerita. Aisyah kata, "Antara Rasulullah dengan aku, terlalu banyak kenangan manis. Cumanya ada satu peristiwa yang paling aku tak boleh lupa, iaitu pada malam giliran Rasulullah ke rumahku. Rasulullah pun datang dan baring di sebelahku, lalu bercakap kepadaku: Ya Aisyah, boleh tak izinkan saya beribadah malam ni?"…Maksudnya, Nabi tak ndak mengadakan "hubungan suami isteri" dengan Aisyah pada malam tu. Selalunya pun memang Nabi beribadah tiap-tiap malam selepas bergaul dengan isterinya, tapi malam tu, datang-datang saja, terus nak beribadah; maka baginda minta izin dari Aisyah. Lama Aisyah ambik masa nak jawab sebab dia dok pikir, giliran Rasulullah nak mai balik kat dia, lambat. Maklumlah, isteri Nabi ramai. Tapi keresahan Aisyah tentang gilirannya itu hilang setelah dia ingatkan Allah ta`ala. Lalu jawab Aisyah kepada Rasulullah, "Dengan Allah aku sayang, dengan kamu pun aku sayang. Takpalah, kerana Allah, aku korbankan malam ku ini untuk kamu beribadah."…So, pengajaran yang boleh kita petik dari hadith ini ialah antara kita dengan isteri kena ada toleransi. Bukan semua benda kita boleh guna kuasa veto sebagai suami. Ada beberapa perkara juga yang kita kena berbincang dan minta izin dari isteri.

Hadith ini panjang tuan-tuan, bukan stop takat tu je. Lepas Aisyah izinkan, lalu Nabi pun turun ambik wuduk. Aisyah perati dari tempat tidurnya. Lain benar Nabi sembahyang pada malam tu. Start saja sembahyang, Nabi menangis. Rukuk, menangis. Sujud menangis sampai basah janggut dia. Kata Aisyah, "Malam tu lah, Nabi sujud paling lama aku pernah tengok."…Selalu Nabi menangis juga, tapi malam tu, nampak lain macam sikit. Sehingga bengkak-bengkak kaki Nabi, tapak kaki habih pecah-pecah kerana lamanya berdiri dalam sembahyang. Inilah yang payah kita nak buat tuan-tuan. Tarawih dok mai ni, lama sikit tok imam baca, confirm dapat surat layang la jawabnya. Okay, Nabi continue sembahyang sampai lah ke Subuh. Bila masuk Subuh, Bilal pun mai azan. Lepas azan, Bilal cerita kat Aisyah bahwa dia nampak Nabi solat sunat fajar. Lepas solat sunat Subuh tu, baginda menangis lagi. Menangis dan terus menangis. Kemudian bila dah habih Subuh pun nampak Nabi masih lagi teresak-esak, Bilal pun tanya, "Ya Rasulullah, kenapa kamu menangis?"…Nabi pun kata bahwa pagi tadi sebelum Subuh, telah turun firman Allah seperti yang tercatat dalam Surah Ali `Imran: 190-191. Kata Allah, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti siang dan malam, adalah merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mampu berfikir (ulil albab). Mereka ialah orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, waktu berbaring; semasa mereka memikirkan kejadian alam ini, mereka berkata: Ya Allah, Maha suci Engkau, tidak ada sesuatu pun ciptaan Mu sia-sia, semuanya ada tujuan, maka selamatkanlah kami dari api neraka."…Bilal kata, "Bagus ayat tu. Yang kamu menangis tu buat apa?"…Jawab Nabi, "Aku menangis sebab aku bimbang akan ada umat aku yang masih tidak mengenali Allah walaupun ayat yang sebegini indah dah turun."…Dia tengok langit, dia tak "nampak" Allah. Tengok bumi, tak "nampak" Allah. Ada tak orang macam ni?…Ada tuan-tuan. Sebab tu Nabi menangis sebab baginda dah baca dah, akan ada dikalangan umatnya perangai macam tu. Hati mereka sudah dihijab. Yang depa nampak, takdak lain, projek je memanjang. Nampak je hutan, nampak je tanah lapang, kira nampak duit, bukannya "nampak" Allah.

v) putus harap dari makhluk.

Maksudnya di sini bukan kita tak boleh minta tolong kat orang. Boleh minta tolong. Kita kan hidup bermasyarakat, so tolong menolong tu biasa la tuan-tuan. Katalah kita buat sesuatu permohonan, dan permohonan kita diluluskan, maka iktikad kita di situ ialah Allah yang bagi, bukan orang yang approve tu yang bagi. Itu maksud dia. Orang hat approve itu hanya sebagai wasilahnya sahaja. Kalau Allah tak izin, pasti permohonan kita itu tidak akan diluluskan.

vi) tunduk kerana kehebatan Nya.

Banyak ayat dalam Quran yang boleh kita petik berhubung dengan kehebatan Allah swt. Misalnya dalam Surah al-Mulk: 16-17, Allah kata dengan jelas, "Apakah kamu rasa tak takut dengan Aku? Sedangkan anytime Aku boleh benamkan kamu di dalam bumi? Bahkan dalam keadaan kamu berasa aman tu pun, Aku boleh hantar ribut untuk membinasakan kamu;…"…Tuan-tuan tau ka apa yang dah jadi di New Orleans sebelum Katrina rimbok depa?…Tuan-tuan masuk internet, surf tengok satu laman nama "southern decadence", tuan-tuan akan tau apa yang berlaku di New Orleans. Sebenarnya istilah "southern decadence" ini lama dah popular especially dikalangan homosex. Kita saja yang tak tau. Kalau tuan-tuan nak tau, yang kata perayaan "southern decadence" yang disambut di New Orleans ini telah pun wujud selama 35 tahun yang lalu. Ini dia tuan-tuan, selama ini kita tak tau bahwa di bumi Allah swt ini adanya suatu tempat khusus bagi golongan gay, golongan bisexual, golongan transgender, yang pergi untuk menyambut satu perayaan yang mereka namakan sebagai "southern decadence". Kita tak pernah tahu semua benda ni tuan-tuan, tapi bila berlakunya hurricane Katrina di Amerika, maka barulah kita menyedari bahwa ada berlaku sesuatu yang dahsyat di sana. Tahun lepas sahaja, lebih dari 100000 golongan gay, lesbian, bisexual dan transgender menyambut perayaan ini. Tahun ini pula, mereka mendapat tempahan seramai 135000 orang. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia ke New Orleans untuk menyambut perayaan ini dengan mengadakan sex sejenis atau sex melalui dubur di tepi-tepi jalan dan dalam pusat-pusat hiburan. Nampak tak tuan-tuan, bagaimana mereka telah mengulangi satu kesilapan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut alaihissalam beribu tahun yang lampau. Inilah yang mengingatkan kita pada ayat Allah yang bermaksud, "Apabila mereka lupa kepada peringatan daripada Tuhan, lalu Kami bukakan kepada mereka segala pintu kesenangan dan kemewahan sehingga mereka bergembira dengan apa yang Kami berikan kepada mereka. Lalu Kami binasakan mereka secara tiba-tiba, jadilah mereka kaum yang berputus-asa."…Ni dia tuan-tuan, Allah cerita direct apabila kita tinggalkan perintah-perintah Allah. Bukan Dia tarik nikmat, malah Dia bagi semua. Kalau tuan-tuan tengok tragedi di New Orleans pun, bukan Allah lanyak depa secara tunai. Installment tu tuan-tuan, setelah 35 tahun depa buat kerja tu, baru Allah lanyak hari ini.

Mereka menyambut perayaan "southern decadence" tahun ini bermula pada 30 Ogos sehinggalah 4 Sept. Bila Katrina hentam depa?…Kemuncak ribut Katrina berlaku pukul 6.10am pada 29 Ogos dan berulang sehinggalah pada 31 Ogos dengan kelajuan 255km/j, sehingga menyebabkan Amerika Syakirat mengalami kerugian lebih dari USD200 billion (dianggar bersamaan dengan kos dua peperangan). Akibat daripada hurricane Katrina ini juga menyebabkan lebih dari 1 juta rakyat Amerika hilang tempat tinggal. Dan kawasan disaster ini pula merangkumi seluas 233km persegi, ini bersamaan dengan keseluruhan kepulauan United Kingdom. Dari kajian yang dibuat oleh pakar ribut, yang menenggelamkan New Orleans bukannya ribut selaju 255 km/j tu, yang tu dia terbangkan apa saja bila dia lalu. Tapi yang menenggelamkan New Orleans ialah kepala angin berkekuatan 344 km/j, yang bergulong dan berputar menyedut air laut naik ke atas dan kemudiannya menghimbau ke seluruh New Orleans. Aksi inilah yang tidak dapat dirakam oleh seorang cameraman pun. Macam tsunami dulu la tuan-tuan, time dia mengamuk tu, kita tidak diperlihatkan oleh Allah. Yang kita lihat dari rakaman-rakaman apa semua tu, hanyalah tempias-tempiasnya saja.

Jadi soalannya sekarang, adakah kita nak tunggu negara kita juga ditimpakan bala macam ni?…Ada orang kata, negara kita duduk di luar lingkaran api, so gempabumi sure tak boleh kena punya. Dan puting beliung yang dahsyat-dahsyat dilihat hanya berlaku di hemisfera utara sahaja, so negara kita selamat. Tetapi depa ini tidak menyedari bahwa dari kajian terbaru pakar-pakar geologis menunjukkan kepada kita bahwa gempabumi yang kerap berlaku sekarang ini menyebabkan negara kita juga semakin hampir kepada lingkaran api. Dan kalau tuan-tuan baca laporan tentang hurricane Katrina, ia makin menakutkan kita sebab kajian ahli-ahli sains tentang fenomena puting beliung yang kerap berlaku di bahagian hemisfera utara, sekarang ini semakin turun ke selatan. Maknanya, sebelum dia turun ke selatan, dia akan melalui garisan khatulistiwa dulu, betoi tak tuan-tuan?…So negara mana yang ada kat khatulistiwa tu?…Jadi, sehubungan dari laporan ini, seorang ahli sains dari negara kita turut menyatakan bahwa dengan fenomena seperti ini, kemungkinan pada satu hari, negara kita juga tidak terkecuali daripada dilanda puting beliung. Ini yang disebut dalam akhbar negara kita, tapi ana lupa samada dalam Utusan or Berita Harian. Ini amat menakutkan, lebih-lebih lagi gejala murtad semakin berleluasa dalam negara kita hari ini.

vii) malu kepada Allah.

Sewaktu jahiliyahnya kita dulu, time tu kalau Allah tarik nyawa kita apa macam?…Tak kacau punya cerita ka tu tuan-tuan?…Tetapi kasihnya Allah kat kita, time kita buat maksiat dulu, Dia boleh tangguh lagi. Dia masih bagi peluang kat kita untuk bertaubat. Sekarang ini bila kita dah kenai masjid, dah attend kuliah-kuliah agama, kita jadi malu pula kat Allah bila ingat time jahiliyah dulu.

viii) bertawakkal kepadaNya.

Setelah kita berusaha ke arah yang dicita-citakan, maka bertawakkallah kepada Allah. Contohnya katalah kita ada anak. Kita tengok matapelajaran apa yang dia lemah. Yang lemah tu kita hantar dia pi tuition. Tak cukup dengan tuition, balik rumah, kita pula tunjuk ajar kat dia lagi. Tiba-tiba mai exam, dia fail juga dalam subject hat dia lemah tu. Nak kata apa tuan-tuan?…Kita dah berusaha, tapi gagal juga. So yang boleh kita kata kat dia ialah inilah habuan kamu yang Allah tentukan sejak azali lagi. Tapi takpa, dalam Islam tidak ada istilah putus-asa, teruskan usaha kamu selagi Allah bagi nyawa. Itu yang boleh kita sebut untuk memberi semangat juang dalam diri anak-anak kita.

2) ajar benda baik dengan beritahu manusia akan asal-usulnya - sebab apa tuan-tuan?…Sebab untuk mengingatkan manusia supaya jangan sekali-kali sombong. Cuba perati dalam Surah Yaasin: 77, Allah kata, "Tidakkah manusia mengetahui bahwa Kami jadikan mereka daripada airmani yang hina; tiba-tiba mereka jadi penentang no.1."…Ini dia tuan-tuan, walaupun dah bergelen-gelen minum air yaasin, tapi yang baca yaasin tiap-tiap malam Jumaat itulah yang jadi penentang kuat gerakan Islam. Ini realiti tuan-tuan sebab depa hanya baca Yasin tapi tak tau apa yang Allah sebut dalam Surah Yaasin.

3) memahami matlamat dijadikan sebagai manusia - kita semua tahu bahwa matlamat Allah jadikan kita di atas mukabumi ini ialah untuk dijadikan sebagai khalifah. Hanya makhluk nama manusia saja yang boleh mentadbir sebab Allah bagi kekuatan akal untuk berfikir. Cumanya cara fikir manusia kuffar berbeza dengan orang Muslim. Kuffar barat anggap manusia ini seolah-olah macam robot, yang hanya tahu bekerja untuk produktiviti negaranya tanpa memikirkan masalah dosa dan pahala. Tapi Islam berbeza, kerana ianya ada pertimbangan dalam matlamat menjadi manusia. Cuba tuan-tuan tengok dalam Surah -al-Qasyash: 77, Allah kata, "Bersungguh-sungguhlah (wab ta qhi) untuk negeri akhirat…"…Maknanya, program apa saja yang membabitkan akhirat, Allah suruh kita go all out. Selagi ada ruang untuk mendapat kebahagiaan akhirat, pastikan kita menyertainya samada dalam keadaan susah ataupun senang. Ini prinsip pertama bagi orang Islam menjadi manusia. Jadi nak pulun itu saja ka?…Tidak. Allah kata dalam ayat seterusnya, "…tapi janganlah kamu lupa akan habuan kamu di dunia."…Maknanya, Islam suruh kita kerja, cari rezeki. Islam tak suruh kita wirid sampai anak-bini tak makan. Pernah sahabat cerita kat ana, jiran dia, bini nak beranak, tiba-tiba suami takdak. Tanya punya tanya, dapat tau, suami dia pi…nuuuu…India. Tak kacau ka macam tu tuan-tuan?…Katalah nak jadi cerita, si isteri nak kena operate; mana nak pi cari signature suami dia time tu?…Ini masalahnya tuan-tuan. Dalam berdakwah pun, kenalah ada konsepnya. Islam tak ajar keluar berdakwah dalam keadaan sampai melarat anak-bini. Jangan terperangkap dengan nafsu kita sendiri, tuan-tuan. Setan ni pandai, dia boleh rosakkan kita dalam pelbagai cara. Dia bisik kat kita, "Cuba tengok janggut enta dalam cermin, panjang dah tu."…Kita pun syok, urut-urut. "Tengok dahi enta pulak, itam dah tu. Confirm syurga.", bisik setan. Dahi hindu sampai 3 line, syurga ka tuan-tuan?…Setan bisik lagi, "Baju tu takyah tukaq, takyah basuh, seminggu pakai pun takpa, itulah konsep zuhud."…Elok kita angkat takbir "AllahuAkbar!", 3 saf lari. Tak tahan baunya tuan-tuan. Sedangkan kebersihan itu sebahagian daripada iman, kata Nabi saw. Tuan-tuan jumpa tak orang macam ni?…Berlambak punya dok ada la ni tuan-tuan. Konsep golongan ini nampak jelas ada kecacatannya.

4) last sekali perkara baik yang kita nak sebut pada manusia ialah lepas ni, masing-masing nak pi mana? - kita bukan binatang tuan-tuan. Binatang bukan reti mati. Kalau binatang reti mati, kata ulama`, kamu tak akan dapat makan daging binatang yang gemuk. Sebab apa?…Sebab masing-masing kurus kerana risau dok pikiaq pasai malaikat maut. Bila mai Raya korban, jenoh nak cari lembu-lembu hat gemuk. Silap-silap haribulan, tuan lembu tu yang kena korban sebab dia lagi gemok dari lembu. Inilah yang kita kena beritahu manusia, last sekali, ke mana kita tuan-tuan?…Kita hidup di dunia ni tak lama. Boleh pi ka lebih dari 100 tahun?…Umoq 80 pun, orang kata, dah laih dah tu. Anak-cucu pun tak larat nak jaga dah.

…Jadi, inilah 4 perkara yang perlu diajar kepada manusia untuk dikaitkan dengan hadith yang kita bahas kali ini.

Kesimpulannya;

a) semuanya termasuk Allah, para malaikat, semua binatang-binatang samada semut-semut dalam lubang ataupun ikan-ikan di laut; semuanya pakat memberi rahmat dan berdoa kepada orang yang suka mengajar benda baik atas dasar "sampaikanlah daripada ku (Nabi saw) walaupun satu ayat", yang tidak terpikul atas bahu ustaz-ustaz atau tok-tok guru sahaja.

b) Bila sebut benda baik, dianya banyak. So ana rangkum dalam 4 topik besar yang dipetik dari buku "Apa ertinya saya menganut Islam?" tulisan ustaz Fathi Yakan. Pertamanya ialah mengajar manusia supaya mengenali Allah. Dari sini, ana kaitkan 8 adab-adab dengan Allah. Yang kedua, ajar manusia tentang asal-usulnya datang daripada mana. Yang ketiga, memahami matlamat mereka dijadikan sebagai manusia. Dan yang keempat, selepas semuanya tu, kita nak pi mana?

c) Dan last sekali ana sebut satu ayat dalam Surah al-Qasyash, yang mengajar kita bagaimana prinsip untuk hidup, iaitu pulun akhirat namun dunia jangan lupa. Takdak dalam Quran maupun hadith, suruh kita pulun dunia, lupakan akhirat. Sebab apa?…Sebab terlalu cinta dunialah menjadi punca segala masalah manusia.

Allahu ta`ala `alam

moqawama_70_jpg.jpg