Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 31 & 32

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 31

Dari `Amar bin Yasir ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya ada bagi Allah satu malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang mengucap sesuatu selawat kepada ku melainkan malaikat itu menyampaikannya kepadaku.” (Bukhari dalam kitab torikhnya dan Thabarani)       

 

Hadith 32

Dari Abdillah bin Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa malaikat yang berjalan di merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepada ku dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat tinggalnya.” (Imam Ahmad dan an-Nasa`i)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Kedua-dua hadith ini dibawa oleh dua orang sahabat Nabi yang cukup rapat dengannya. 1st mai kita tengok `biodata Amar bin Yasir dulu. Ayah `Amar yang bernama Yasir adalah seorang yang berasal dari Yaman dan ibunya Sumaiyah adalah seorang Negro berbangsa Afrika. Hebatnya `Amar bin Yasir ialah sebab daripadanyalah satu hukum yang dinamakan “rukhsah” boleh kita gunakan ketika dalam keadaan darurat. Ini salah satu kelebihan kepada kita, umat akhir zaman. Cerita tentang apa yang berlaku kepada keluarga Yasir ketika awal Islam memang cukup masyhur. Ayahnya Yasir, ibunya Sumaiyah dan abangnya Abdullah, kesemuanya gugur sebagai syuhada` kerana angkara Abu Jahal. `Amar juga tidak terlepas dari seksaan Abu Jahal sehingga dia digertak supaya meninggalkan ugama Muhammad saw. Dalam keadaan tidak tertanggung lagi seksaan yang diterima, akhirnya dilafazkannya bahwa dia meninggalkan ugama Muhammad. Lalu bila dia dibebaskan, bergegas dia pergi berjumpa dengan Nabi saw untuk bertanya hukum tentang dirinya. Nabi saw tanya satu saja, “Bagaimana dengan hati kamu ketika kamu sebut tinggalkan ugama Muhammad?”…`Amar menjawab, “Hatiku tetap bersama Allah. Hanya mulutku yang menyebut begitu sebab tak tahan dengan seksaan.”…Bila Nabi dengar begitu, berkatalah baginda, “Wahai `Amar! Sesungguhnya engkau tidak terkeluar daripada Islam kerana engkau masih beriman kepada Allah.”…Maka dari peristiwa inilah diistinbatkan hukum bahwa sekiranya diancam nyawa kita supaya meninggalkan Islam, maka kita boleh melafazkannya dalam keadaan hati tidak redha. Ketika itu, kita tidak murtad. Dikira masih beriman kepada Allah swt. Inilah pengajaran besar yang boleh diambil dari `Amar bin Yasir. Cumanya Nabi kata lagi, “Wahai `Amar, kalau kamu mati syahid, itu terlebih baik.”…Maknanya kalau kita stand bertahan dengan ugutan itu, lalu kita dibunuh kerananya, maka itu adalah terlebih baik kerana mati dalam keadaan syahid.                      

Yang keduanya, kita tengok pula sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn Mas`ud. Beliau ini adalah seorang yang terkenal dengan bacaan Qurannya yang cukup fasih. Beliau ialah huffaz, penghafal al-Quran. Dan bacaannya adalah yang paling sedap dikalangan para sahabah radiallahuanhum ajmain. Dan Ibn Mas`ud ini juga adalah manusia yang telah dipilih oleh Allah swt di dalam Peperangan Badar untuk menceraikan leher Abu Jahal laknatullahi alaik. Lalu beliau membawa kepala yang telah dipancung itu di hadapan Nabi sambil bergembira. Bila Rasulullah melihat kepala Abu Jahal, maka terus Nabi bersabda, “Inilah dia firaun bagi umat ini!”…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya watak firaun akan tetap ada sepanjang zaman. Dalam lain perkataan; dulu, kini dan selamanya akan tetap ada orang perangai macam firaun.    

Okay tuan-tuan kedua-dua hadith yang dibawa oleh `Amar dan juga Ibn Mas`ud ini menceritakan tentang fadhilat apabila mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi saw. Para ulama telah membahaskan untuk apa perlu kita ucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah?…Ulama seperti Azzarul Rahman menyatakan bahwa hanya ada satu sebab sahaja iaitulah ianya sebagai satu bentuk penghargaan kepada Rasulullah saw kerana dengan hasil usaha dia lah, hari ini kita kenal risalah Allah, sehingga kita boleh bezakan antara haq dan bathil.   

Kita sebagai orang Islam beruntung kerana boleh pahala bila selawat ke atas Nabi saw. Sedangkan orang-orang yang bukan Islam, walaupun mereka boleh memberi puji-pujian kepada Nabi dalam bentuk tulisan atau ucapan, tetapi mereka tidak dapat apa-apa daripada pujian mereka itu sebab mereka belum mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya boleh menulis di atas tinta-tinta sejarah yang masih kekal sehingga ke hari ini. Sebagai pengetahuan, mari kita tengok beberapa kenyataan dari orientalis-orientalis barat yang memuji Nabi saw.

i)                    Kata Stanley Lanepool ketika dia menghuraikan Fathul Mekah, katanya, “Tidak ada sejarah dalam dunia apabila seorang lelaki yang pernah dihalau dari kampung halamannya dengan dicaci maki, yang pernah dilempar najis unta di atas kepalanya, yang pernah dipulau ekonomi selama tiga tahun sehingga terpaksa menggigit daun-daun kayu kerana menahan kelaparan; tetapi lihatlah apabila insan yang berjiwa agama ini mendapat peluang dengan kuasa yang ada memasuki kota Mekah. Sepatutnya beliau boleh buat sesuka hati terhadap mereka yang pernah meludahnya, yang pernah menuduh beliau sebagai orang gila, yang menuduh beliau pemecah-belah dan macam-macam lagi. Tetapi beliau tidak mengambil kesempatan. Sebaliknya beliau masuk dengan penuh syukur kepada Allah dan hanya memecahkan berhala-berhala yang ada di sekeliling Ka`bah. Itu sahaja. Manakala seluruh manusia yang ada di kota Mekah, dimaafkannya. Inilah dia tidak ada insan lain seperti ini dalam sejarah kecualilah seorang insan sahaja yang bernama Muhammad bin Abdullah.

ii)                  Kata seorang lagi sarjana Inggeris bernama Arthur Gillman ketika mengulas tentang Fathul Mekah, “Kemenangan Muhammad adalah kemenangan agama yang benar kerana beliau menolak semua penghormatan peribadi. Bahkan beliau adalah seorang insan yang cukup merendah diri.”

iii)                Kata pula Thomas Kylie, “Beliau adalah seorang yang sentiasa menepati janji, seorang yang ikhlas dan amat bijaksana. Apabila beliau berkata-kata, sentiasalah ucapan beliau memberi suatu sinar terhadap apa yang diperkatakannya. Dalam kehidupan sehariannya, beliau menampal jubahnya sendiri dan menjahit kasutnya.”…Bila cerita seperti ini dihilite, teringat ana kepada Allahyarham Fadzil Noor. Pernah diceritakan oleh keluarga beliau, sewaktu hidupnya tak pernah dia suruh isterinya kak Jah basuh baju maupun iron baju dia. Dia sendiri akan buat, termasuklah pakaian anak-anak menantu dia bila depa balik kampung. Pernah sekali tu, sahabat dari celcom cerita, “Sheikh, ada dua tiga geng kami dah isi borang sebab depa tengok ust Fadzil sendiri beratur bayaq bil kat kaunter celcom.”…Tu dia tuan-tuan. Mana nak cari pemimpin macam ni?…Seorang Presiden sebuah parti gerakan yang disegani di dunia boleh queue pegang bil pi bayaq sendiri. Diberitahu, jadi kelam-kabut staff-staff celcom tengok ust Fadzil beratur. Tapi bagi diri dia, it`s nothing takdak apa-apa sebab dia kira dia manusia biasa. Jadi, macamana orang tak sayang kat dia?…Sehingga ada orang masih ingat lagi kat dia walaupun dah tiga tahun beliau meninggalkan kita.

iv)                 Kata George Bernand Shaw, “Beliau adalah penyelamat bagi umat manusia.”

v)                   Kata John Austin, “Muhammad adalah sumber inspirasi yang sebenarnya sebagai pemerintah negara Madinah yang menggoncang dunia.”

Ini dia tuan-tuan puji-pujian yang dihamburkan oleh beberapa orang sarjana barat walaupun mereka tidak mampu untuk berselawat. Kalau depa selawat pun tak dapat apa sebab depa belum mengucap dua kalimah syahadah. Amalan mereka seperti debu-debu yang berterbangan, tidak dinilai di sisi Allah selagi mereka tidak masuk Islam. Mereka hanya boleh express dalam bentuk tulisan/ucapan. Jadi, alangkah untungnya kita umat Islam, bukan sekadar boleh mencernakan kepujian kepada Nabi saw dalam bentuk tulisan, malah boleh pahala bila berselawat ke atas Nabi saw.

Okay sekarang kita tengok perbahasan ust Halim Nasir seterusnya dalam merangkumkan kedua-dua hadith yang dibahas ini berdasarkan ayat 56 Suratul Ahzab. Ayat ini cukup popular. Selalu kita dengar especially khatib baca time khutbah Jumaat, maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Mengucap selawat dan salamlah kamu kepada Nabi dengan salam yang paling baik.”…Para ulama membahaskan, apa maksud Allah berselawat ke atas Nabi?…Ini adalah persoalan antara Allah dan Nabi, ulama kata ada 4 maksud. Maksud yang pertama ialah Allah amat kasihkan Nabi saw. Buktinya ialah Nabi Muhammad digelar habibullah (kekasih Allah). Sehingga Allah letak syarat, kalau kita nak kasihkan Allah, kita kena kasihkan Nabi saw dulu. Mana dalil?…Dalilnya cuba tengok Surah `Ali Imran:31. “Katalah wahai Muhammad! Barangsiapa yang ingin dikasihi oleh Allah, maka ikutlah aku (Nabi saw), nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah swt…”

Maksud yang kedua, ialah Allah merahmati segala usaha Rasulullah, start dari turunnya ayat Quran hat 1st sekali ie ayat 1 – 5 Surah al-`Alaq sehinggalah ayat 281 Suratul Baqarah (ayat terakhir turun). Segala penat lelah Nabi selama mana dia membawa ayat-ayat Allah ini kepada umum, semuanya dirahmati Allah. Dan itulah yang akan Allah buat kepada mereka yang menuruti jejak Rasulullah saw. Manakala makna ketiga ‘Allah berselawat ke atas Nabi’ ialah Allah menaikkan darjat Rasulullah saw. Dah dapat pangkat ‘rasul’ tu kira mulia dah sebab Allah yang lantik, tiba-tiba dinaikkan statusnya lagi menjadi ‘saiyyidin mursalin’ (Penghulu segala rasul)…masyaAllah. Dan makna yang keempat ‘Allah berselawat ke atas Nabi’ ialah Allah melindungi Rasulullah saw dari perbuatan jahat manusia dan syaitan. Bila sebut Allah sentiasa melindungi Nabi, ada sahabat tanya, “Tu yang Nabi cedera teruk dalam Perang Uhud tu apa, awat Allah tak lindung?”…Inilah Allah nak ajar, itulah contoh bila berjuang. Kena maki, kena fitnah, dimainkan berbagai isu. Dalam tv, tiap-tiap hari Pas kena. Dah kalau dulu bagitau bila Pas kalah dalam PR, bermakna rakyat tolak Pas, tapi pasai apa tiap-tiap hari dok hentam Pas lagi?…Ini bermakna, Pas masih menjadi ancaman kepada pihak tertentu. Sekarang ana sebut ‘pihak tertentu’ sebab dilihat sekarang Pas dah ada ramai musuh. Bukan saja umno, malah geng-geng hat bawa kitab ke hulu ke hilir pun sedang mendendami Pas. Kita pun tak tau motif depa. Mungkin dah dekat nak muktamar kot. Tapi inilah reality hari ini. Takpa nanti kita cerita bab ni di lain masa.

Okay sekarang mari kita tengok pula apa makna ‘malaikat berselawat ke atas Nabi’?…Para ulama kata ada dua saja makna. Makna pertama ialah malaikat pandang Rasulullah dengan penuh rasa hormat. Dan yang kedua ialah malaikat mencintainya.

Dan akhir sekali kita tengok pula, apa makna kita selawat ke atas Nabi?…Kata ulama, maknanya hanya satu sahaja iaitu untuk berdoa dan memberi pujian. Doanya ialah yang seperti selalu kita ucap selepas azan ie “minta kedudukan Rasulullah diletakkan di makam yang terpuji.” Dan pujian kepada Nabi pula ialah kerana jasa baginda lah yang telah menunjukkan kita kepada Islam. Cuba tuan-tuan bayangkan macamana Nabi boleh settle pertelingkahan antara kaum Aus dan Khazraj yang memakan masa selama 120 tahun sebelum bangkitnya dalam masa begitu singkat sahaja?…Famous tak famous isu antara dua puak ini sehingga Allah rakam dalam al-Quran, kata Allah, “Kamu dahulu adalah di tepi jurang api neraka, lalu dengan kedatangan Muhammad, Allah menyelamatkan kamu.”…Ini dia yang kata penyelamat tu tuan-tuan.

Kesimpulan yang boleh kita petik ialah Allah melantik malaikat untuk menyampaikan salam dari kita kepada Rasul saw. Dan kita dah tengok tadi dari ayat 56 Suratul Ahzab, bagaimana dibahaskan pengertian “selawat ke atas Nabi”, iaitu 4 makna untuk Allah, 2 makna untuk malaikat dan satu untuk kita. Sekarang yang perlu kita buat ialah beramal. Jangan setakat sebut dalam semayang saja, jangan setakat sebut dalam rukun khutbah sahaja; tetapi hendaklah berterusan berselawat ke atas Nabi saw. Dengar saja orang sebut nama Nabi, on the spot lidah kita berselawat.

Wallahu `alam.        

myvi_03.jpg