Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 30

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

 

Hadith 30

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh malaikat dari pintu-pintu syurga, katanya: ‘Wahai hamba Allah! pintu ini lebih baik bagimu memasukinya!’ Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan (jihad): ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa – yang bernama: ar-royan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedeqah: ia tetap diseru dari pintu sedeqah.” Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar ra berkata, “Ayah dan ibuku menjadi galang-gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?” Nabi saw menjawab: “Ia, ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu.” (Bukhari dan Muslim)       

 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke30 pada kali ini membicarakan sebahagian lagi tugas malaikat, yakni mereka menyeru manusia dari pintu-pintu syurga mengikut amalan manusia itu di dunia. Mari kita bahas pintu-pintu syurga itu satu persatu.

1st sekali mari kita tengok pintu sembahyang. Jadi untuk nak memastikan kita antara yang diseru oleh malaikat melalui pintu sembahyang, kita kena make sure, kita faham betul apa yang Nabi saw sebut, “Sollu kama roai tumuni usolli (kamu semua kena solat macam aku solat).”…Ini hadith masyhur lagi sahih tuan-tuan. Kalau tuan-tuan banyak baca hadith-hadith Nabi saw dalam bab solat, tuan-tuan akan dapati Nabi selalu tekan tentang dua perkara, iaitu masalah rukuk dan masalah sujud. Salah satunya Nabi sebut kepada para sahabat dalam hadithnya yang masyhur, “Kamu semua tau tak siapa dia seburuk-buruk pencuri?”…Sahabat semua tak tau. Lalu Nabi kata, “Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri dalam sembahyangnya.”…Sahabat masih tak faham, “Macamana yang kata mencuri dalam sembahyang tu ya Rasulullah?”…Jawab Nabi, “Yang kata mencuri dalam sembahyang itu ialah orang yang sembahyang tetapi dia tidak sempurnakan rukuknya dan juga tidak disempurnakan sujudnya. Inilah dia ciri seburuk-buruk pencuri.”…Nampak tak tuan-tuan, betapa strictnya Nabi dalam masalah rukuk dan sujud; sedangkan kita hari ini boleh buat lebih kurang saja. Jadi, tolong muhasabah sikit geng hat sembahyang macam F1 laju nak mampoih tu.                                                

Okay sebelum kita pergi lebih jauh tentang bab sembahyang, para ulama sebut kita kena tau dulu, apakah syarat-syarat sah sembahyang?…Perkara ini penting tuan-tuan sebab sekiranya semua syarat-syarat ini ada pada kita, maka samada kita suka ataupun tidak, taklif (kewajibkan) sembahyang sudahpun tertanggung atas bahu kita. Okay syarat-syarat itu ialah:

a)      orang itu adalah Islam. Jadi, orang kapiaq tak sah sembahyang. Depa kena masuk Islam dulu, baru sah sembahyang depa.

b)      akil baligh – walaupun ada hadith sahih yang mengisahkan Nabi saw suruh kita ajar kanak-kanak sembahyang seawal 7 tahun, dan pukul mereka pada usia 10 tahun sekiranya tak sembahyang; tapi bukan maknanya kanak-kanak itu wajib sembahyang. Yang wajibnya dalam hadith ini ialah si bapa tu kena ajar sembahyang pada anak-anaknya, dan tindakan susulannya sekiranya anak-anaknya tak sembahyang. Itu yang wajib. Bukan anak-anak itu yang wajib sembahyang. Ini yang perlu kita faham. Tak berdosa pun budak-budak tu kalau tak sembahyang sebab mereka belum akil baligh. Beban taklif sembahyang masih belum tertanggung lagi atas bahu mereka.

c)      sempurna akal – orang gila tak wajib sembahyang. Kecualilah kalau dia kembali waras, maka ketika itu wajib dia sembahyang.

d)      suci daripada haid dan nifas – ini khusus untuk orang pompuan.  

e)      masuk waktu.   

 

Okay sekarang kita tengok apa yang dikatakan sebagai “sembahyang” ni pula. Kata para ulama, yang kata sembahyang ini ialah “Beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang diawali oleh takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, dengan beberapa syarat yang ditentukan.”…Maksud “dengan beberapa syarat yang ditentukan” di sini ialah bukan semua jenis perkataan dan bukan semua jenis perbuatan boleh masuk dalam sembahyang. Hanya perkataan dan perbuatan tertentu sahaja yang dibolehkan dalam sembahyang. Pernah tak tuan-tuan baca hadith sahih dari Imam Muslim yang meriwayatkan bagaimana seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muawiyah bin Hakam al-Sulami ditegur Nabi apabila dia bercakap-cakap dalam sembahyang?…Ketika itu Muawiyah bin Hakam ini baru masuk Islam dan dia sembahyang bersama Nabi saw. Tengah-tengah dok sembahyang tu, tiba-tiba ada sahabat bersin, dan tak semena-mena Muawiyah bin Hakam menyahut, “Alhamdulillah” dengan agak lantang. Bila jadi macam tu, ada sahabat lain pandang kat dia semacam ja. Muawiyah bin Hakam ni pun tanya kat sahabat tu, “Hang ushar apa?!”…Dalam sembahyang tu tuan-tuan. Jadi bila habih saja sembahyang, Nabi pun tanya, “Sapa yang kata Alhamdulillah tu tadi dalam sembahyang?”…Muawiyah bin Hakam jawab, “Ana ya Rasulullah.”…Nabi tak marah, cumanya Nabi kata, “Sesungguhnya yang tadi tu sembahyang. Tidak ada percakapan di dalamnya kecuali Quran, dan tidak ada sebutan kecuali zikir. Maknanya tidak ada benda yang boleh kita sebut kecuali beberapa benda yang hanya diputuskan oleh Allah swt.”…Selepas teguran Nabi itu, Muawiyah bin Hakam kata, “Sejak daripada hari itu aku kenal sapa dia Nabi Muhammad saw. Tak pernah aku jumpa lagi orang yang tak marah kat aku dan tak mengaibkan aku bila aku buat silap. Sebaliknya dia didik aku. Tak pernah aku jumpa orang seperti ini kecuali Nabi Muhammad saw seorang sahaja.”

Point yang boleh kita kutip daripada hadith Muawiyah bin Hakam al-Sulami ini ialah dalam sembahyang bukan kita boleh cakap dan bukan boleh bergerak ikut suka, sebab kita berada di dalam zone Allah. Kalau kita tengok makna “takbiratul ihram” itu sendiri memberi maksud “takbir yang mengharamkan”. Maknanya sebelum takbir, semua benda halal boleh kita lakukan. Seperti kita boleh makan minum, berjalan ke sini ke sana, baca paper dan sebagainya. Tapi bila takbir saja “Allahuakbar”, yang halal tadi automatik jadi haram. Yang boleh lakukan selepas takbir hanyalah seperti yang disebut tadi iaitu beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang disyaratkan sahaja. Ini sahaja yang halal. Yang lain semua haram. Samalah juga bila kita dalam ihram di Mekah. Pakai saja kain ihram, niat haji/umrah, automatik benda halal jadi haram. Potong kuku yang pada asalnya halal, dah jadi haram. Isteri yang halal, dah tak boleh bercampur. Minyak wangi tak boleh pakai, tutup kepala dah tak boleh, kain berjahit pun dah tak boleh. Pasai apa Allah mengharamkan semua ini?…Sebab Allah nak bagi satu tarbiyah kepada manusia bahwa inilah yang kata kuasa Allah. Ini dia yang kata “ihram” tu tuan-tuan.

Okay berbalik kita pada bab solat. Yang kita tau, rukun solat ada 13. Dan kita mengaji dulu, kalau salah satu daripada rukun ini ditinggalkan, maknanya solat jadi tidak sah. Maknanya bukan 13 – 1 = 12, tapi 13 – 1 = 0, lingkup habih. Jadi yang kata “rukun” ni dia mesti ada, bukannya macam matematik.

Okay sekarang mari kita tengok rukun yang paling awal iaitu “niat” sebagai perbahasan supaya kita nampak, adakah sembahyang yang kita buat selama ini menepati makna apa yang Nabi saw sebut “Sollu kama roai tumuni usolli”?…Okay, niat ini adalah satu benda besar tuan-tuan sebab ianya roh bagi sesuatu ibadah. Tanpa niat, ibadah ditolak. Dan niat adalah amalan hati secara mutlak. Bukannya kerja mulut dan ianya bukan kerja perbuatan.

Okay sekarang ana bawa dua pendapat ulama yang membicarakan tentang “niat”. Yang pertamanya kita tengok dulu apa kata ulama khalaf (terkemudian). Ulama khalaf kata bahwa niat itu ialah “khasdun shaik mu`tarinan bi fi`li” (sengaja ingat buat suatu kerja, dan disertakan dengan kerja itu). Maknanya bila nak buat kerja, masa tu baru kita niat. Ini berdalilkan hadith Saidina Umar al-Khatab yang bercakap ketika hijrah, “Innamal a`mallu bin niat…”, yang bermaksud “Amal itu bahawasanya dengan niat. Maka siapa yang hijrah kerana Allah, syurga menantinya. Dan barangsiapa hijrah kerana perempuan, dia boleh kahwin dengan perempuan tu tapi pahala apa semua takdak.” Dan satu lagi dalil tentang niat, ulama ambik daripada Surah al-Bayyinah:5 yang bermaksud, “Dan kamu tidak diperintah untuk sembah Allah kecuali dengan keikhlasan dalam niat…”. So dalam kes nak sembahyang; ketika seluruh anggota badan kita sudah mengadap kiblat, kita pun angkat tangan tanda takbir, masa tu baru hati niat. Masa mulut kata Allahuakbar, time tu juga hati mau niat. Inilah yang kata niat masuk serentak dengan sembahyang…Tuan-tuan boleh nampak tak apa yang ana bagitau ni?…Pening juga dalam bab niat ni pun.

Dan pendapat ni juga menyatakan bahwa kalau kita buat sembahyang wajib, mesti ada dalam niat itu khasad, ta`arad, ta`yil. Maksud “khasad” ialah niat dalam hati sengaja buat suatu ibadat, eg ketika mulut kata “Allah..”, hati kata “sahaja aku sembahyang”. “Sahaja aku sembahyang” itulah khasad. Manakala “ta`arad” pula ialah kita sebut fardhu. Dan “ta`yil” ialah kita sebut nama fardhu, eg maghrib, isya` dan sebagainya. So bila ada tiga benda ni, barulah dikatakan telah niat suatu sembahyang.

Dan dalam pendapat ulama khalaf ni juga, sembahyang fardhu ada dua jenih. Pertama ialah sembahyang lima waktu, ie start daripada Subuh sampai ke Isya`. Dan yang kedua ialah sembahyang Jumaat. Okay oleh kerana dalam pendapat khalaf ini mengatakan bahwa niat itu ialah masa nak buat kerja baru niat; maka dalam sembahyang isya` sebagai contoh, ketika kita angkat tangan takbir kata “Allaaaaaaah…”, time tu mesti masukkan “aku sembahyang fardhu isya`” sebelum sebut “…huakbar”. Kalau tak sempat masuk, ianya dikira batal. Kena niat sekali lagi. Nampak tak tuan-tuan?…Dan dalam pendapat ini juga, ulama mengatakan bahwa kalau kita sembahyang Jumaat, kita kena tentukan samada kita ini imam atau makmum ketika angkat takbir. Ini dipanggil “ta`yin nafsah”. Maknanya kita kena niat “aku sembahyang fardhu Jumaat imam atau makmum” sebelum sebut “…akbar”. Kalau tak sempat masukkan imam atau makmum, niat itu dikira batal.

Dan dalam pendapat yang pertama ini juga menyatakan bahwa untuk mengelokkan lagi niat, kita dituntut buat dua benda lagi. Yang pertamanya ketika takbir, kita kena buat “istihdar”. Iaitu menghadirkan hati dan fikiran secara ijmal pada khaifiat sembahyang. Maksudnya sewaktu berdiri nak takbir, kita kena membayangkan keseluruhan rukun-rukun sembahyang. Lepas tu baru kita takbir “Allahuakbar”. Dan untuk solidkan lagi niat, ketika mulut ucap “Allahuakbar”, disamping kena niat “sahaja aku sembahyang…”, time tu juga kita kena terus masukkan khaifiat sembahyang dalam ingatan sebelum habisnya takbir. Ini dipanggil “mukarranah”…Tuan-tuan boleh faham tak apa yang ana bagitau?…Memang payah tuan-tuan kalau ikut takrif ulama khalaf ni. Walaubagaimana pun ana rasa clear dah kot takrif “niat” dari pandangan ulama khalaf.

Okay sekarang kita tengok pula pendapat yang kedua berkenaan masalah “niat”, ie pendapat ulama salafussoleh. Mari kita buat comparison antara dua pendapat ini; yang mana satu paling hampir kepada ucapan Nabi saw “Sollu kama roai tumuni usolli”….Okay kata ulama salaf, hat kita terang dengan panjang lebar tadi, itu semua bukannya “niat” solat, sebab dua dalil yang dikemukakan oleh ulama khalaf itu tidak releven khususnya bagi “niat solat”. Dua dalil tadi ialah hadith Umar al-Khatab riwayat Bukhari/Muslim semasa hijrah dan Surah al-Bayyinah:5. Yang kata tak releven tu sebab sejarah solat difardhukan menurut al-Qurtubi dalam tafsirnya dan disepakati ijmak para ulama ialah setahun sebelum hijrah ke Madinah (ie ketika Isra` mikraj), maknanya Nabi saw dah dirikan solat setahun sebelum hijrah lagi; sedangkan hadith Umar al-Khatab itu berlaku semasa hijrah dan ayat 5 Surah a-Bayyinah turun di Madinah. Ini bermakna ketika setahun Nabi saw sembahyang di Mekah, niat solat Nabi tidak berpandukan hadith dan ayat Quran tersebut. Betoi tak tuan-tuan?…Jadi, macamana Nabi niat ketika solat di Mekah?…Tuan-tuan faham tak apa yang ana bagitau ni?...Ana saja bawa mai dua-dua pendapat ini bukannya apa tuan-tuan; supaya minda kita open sikit buat perbandingan.

Kalau ikut pendapat ulama salaf tadi, bermakna cara ulama khalaf cipta niat solat tidak bertepatan langsung dengan niat yang Nabi saw buat. Maka timbul persoalan; bila dah kata niat cara ulama khalaf tak macam Nabi, so macamana pula Nabi niat solat di Mekah?…Lalu kata ulama salaf bahwa memang tidak ada dalil tentang niat solat di Mekah. Ini bermakna, Nabi langsung tak pernah ajar pasai niat di Mekah. Baginda hanya ajar rukun-rukun sembahyang yang lain. Point yang ulama salaf nak bagitau di sini ialah Nabi tak pernah ajar niat macam yang ulama khalaf ajar kat umat Islam hari ini. Sebab apa?…Sebabnya ialah walaupun niat adalah satu benda besar tapi ianya juga adalah satu benda senang. Takpayah nak ajar. “Niat” dalam takrifan ulama salaf ialah al-iradatu (satu kehendak untuk menyempurnakan satu benda). Ini yang Imam Nawawi sebut dalam kitabnya “Majmu`”. Lagi pun, mana mungkin ketika angkat takbir “Allahuakbar” masa tu juga kita nak ingat “sahaja aku sembahyang…”, sedangkan takbir Allahuakbar itu sendiri ada maknanya, iaitu “Allah Maha Besar”. Mana boleh tempat “Allah Maha Besar” itu kita pi adjust dengan niat nak sembahyang?…Tuan-tuan nampak tak maksud ana?

Yang kita ambik air sembahyang itu untuk apa tujuannya tuan-tuan?…Kemudian dah ambik air sembahyang, berjalan pula menuju ke sejadah itu pun untuk apa tuan-tuan?…Untuk nak sembahyang la tu. Takkan nak pi karaoke kot. Jadi, start dari ambik wuduk, lepas tu berjalan pula ke saf hadapan bersama dengan tok imam; kesemuanya itu dikira “al-iradatu”. Cuba tuan-tuan buka Surah Yaasin: 82, tengok Allah kata apa tentang niat. Allah swt kata, “…bila Allah ada kehendak (iradah) nak cipta satu benda, maka terus saja tercipta benda tu.”…Inilah dia maksud “niat”. Jadi dalam konteks sembahyang ni pun, sekiranya kita ada satu kehendak nak sempurnakan sembahyang, maka terciptalah sembahyang itu. Very simple tuan-tuan…Okay kedua-dua pendapat dah ana bahaskan, so sekarang mai ana nak tanya. Di antara dua perbahasan “niat” tadi, yang mana satu tuan-tuan nampak terus kepada cara Nabi saw?…Final decision ada pada tuan-tuan, so buatlah pilihan.

Tak habih di situ saja tuan-tuan, perdebatan antara ulama salaf dan khalaf berlanjutan bila ulama salaf kata, “Disebabkan niat ciptaan ulama khalaf lah yang membuatkan orang jadi was-was ketika takbir. Mana mungkin ketika takbir, masa tu juga nak niat. Punya nak pemasuk juga-juga niat tu sampai angkat takbir berkali-kali. Cuba kamu bawa mai hadith yang pernah cerita Nabi angkat takbir dua kali masa nak sembahyang?”…Mana ada tuan-tuan. Yang ada hadith cerita Nabi angkat takbir ialah hadith sahih Nabi angkat takbir sekali saja “Allahuakbar” dengan lafaz yang pantas. Bukannya macam tok guru kita ajak dulu, “Allaaaaaaaahuakbar” boleh pi sampai 14 harakat. Petua ini tidak ada asas tuan-tuan. Pasai apa boleh pi sampai 14 harakat?…Pasai nak kampoi segala khasad, ta`arad, ta`yil, istihdar, mukarranah, kesemuanya ini dalam satu niat. Inilah dia tuan-tuan yang kata kesilapan dalam memahami “niat”.

Di sini ada satu soalan tuan-tuan. Ada sahabat kita tanya, “Ana lebih cenderung kepada niat yang dibahas oleh ulama salaf, tapi adakah niat cara ulama khalaf ini salah?”…Jawab ulama salaf, “Semua ibadat kita mesti ikut Allah dan rasul. Ini muktamad. Selama mana kita tak tau lagi cara mana yang sahih, maka ketika itu dibenarkan beramal dengan yang mana satu kita yakin. Tetapi setelah kita ada ilmu boleh differentiate yang mana satu yang sahih, maka ketika itu, ilmu menuntut kita mengamalkan yang sahih.”…So ana rasa jelas dah kot persoalan niat tadi. Okay sekarang bila kita dah tau cara mana yang Nabi buat, ana rasa kita just follow saja cara yang paling cenderung kepada kekasih Allah itu. Mudah-mudahan bila niat sebagai rukun pertama itu elok, maka 12 rukun seterusnya akan elok.

 
...sambungan...
 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung lagi matan hadith yang ke30 ini dengan membicarakan pintu syurga yang kedua, ie pintu jihad. Melalui pintu inilah malaikat akan seru hamba-hamba Allah yang melibatkan diri di dalam perjuangan.

Yang kata jihad ini, secara umum dari sudut lughah, ianya diambil dari fe`el ma-zhi “jahadah” yang bermakna “bersungguh-sungguh”. Sebab itu tak salah kalau kita guna “jihad” di sudut lughah kepada geng perompak. Awat taknya?…Cuba tengok dalam movie-movie, macamana geng perompak buat perancangan. Depa bukan pi rompak bengong camtu saja. Depa ada perancangan, ada strategi. Depa check habih kat mana hidden camera yang dipasang dalam bank, depa tau kat mana kedudukan pak guard, depa tau time bila pak guard keluar pi makan, time bila senapang patah pak guard ditinggalkan; kesemua data ini amat penting bagi mereka yang plan nak merompak. Jadi maknanya kalau kita nak guna istilah jihad dari sudut bahasa bagi perompak, ianya tak salah, sebab depa melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Okay tadi dari sudut lughah (bahasa). Tapi kalau kait dengan Islam, pengertian “jihad” bertukar menjadi perjuangan bagi meninggikan kalimah Allah swt. Cuba tuan-tuan lihat ayat Quran Surah ash-Shaf:10–11. Inilah ayat yang Allah minta kita buat bisnes denganNya. Dimana keuntungan yang bakal diperolehi bukan dalam bentuk harta dunia, tapi dalam bentuk diselamatkan kamu dari azab yang pedih. Lalu Allah menyenaraikan 3 jenis bisnes yang perlu kita buat. Yang pertamanya ialah “tu`minu nabillah” (kamu kena beriman kepada Aku). Keduanya ialah “wa rasulihi (beriman kepada rasul Aku). Dan yang ketiganya ialah “wa tujahidu na fisabillillah bi amwalikum wa anfusakum” (dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan nyawa kamu)…Tu dia yang kata bisnes dengan Allah tu tuan-tuan.

Berjihad dalam makna meninggikan kalimah Allah sebenarnya adalah sunnah para nabi dan rasul alaihimassalam tuwassalam. Jadi macamana orang-orang yang mengaku sebagai orang Islam berangan-angan nak masuk syurga kalau mereka tidak memahami jihad yang diajar khususnya oleh 25 para rasul alaihimassalam tuwassalam?…Persoalan ini perlu kita ajukan pada setiap umat Islam tuan-tuan. Bagaimana kita yang mengaku Islam ini boleh berangan-angan nak masuk syurga tanpa berjihad, sedangkan seluruh para rasul yang dijamin syurga itu menghadapi kerajaan yang zalim pada zaman mereka?…Kesemua para rasul melancar jihad terhadap pemerintah masing-masing dengan menegur supaya kembali kepada risalah Islam. Seperti sabdaan baginda tatkala ditanya tentang jihad yang paling utama:

"Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim." (Diriwayatkan an-Nasa`i dan disahihkan oleh an-Nawawi di dalam Riyadhush-Shailihin)

Sampai ke tahap ada yang hilang nyawa seperti yang berlaku ke atas dua rasul anak beranak, iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya as. Agak-agak tuan-tuan mengapa Allah tak bagi kemenangan mudah kepada dua rasul anak beranak itu?…Allah boleh turunkan saja bantuan daripada langit kalau Dia hendak. Tapi kenapa dua orang rasul itu terpaksa bersusah payah sehingga diburu dan dibunuh?…Inilah dia jihad, yang perlu difahami oleh manusia.  

Lihat saja apa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim as. Tak cukup dengan dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya yang menjadi towkey berhala pada waktu itu, kemudian dibakar pula oleh pemerintahnya Namrud. Ibrahim as tidak peduli semua itu. Yang dipedulinya ialah redha Allah swt. Begitu jugalah yang berlaku ke atas Musa dan Harun as. Pada kemuncak kezaliman Firaun, rasul adik beradik itu diburu sehingga ke lautan Merah. Terpaksa bersusah payah mereka. Akhirnya Allah memberi kemenangan ke atas mereka dengan menenggelamkan Firaun. Nak ceritanya apa tuan-tuan?…Nak ceritanya, inilah jihad yang merupakan sunnah para rasul as. 

Maknanya kalau orang-orang melayu yang mengucap dua kalimah syahadah, berangan-angan nak masuk syurga dalam keadaan mereka tak ingin berjihad, apatah lagi dalam keadaan mereka membenci agama Allah; maka kirim salam sajalah yang boleh diucapkan. Sebab memang mereka tak layak nak masuk syurga Allah kerana syurga Allah mengkehendakkan orang-orang yang berjihad, yang berani tampil mempertahankan risalah Allah swt walaupun terpaksa menyusahkan diri sendiri. Inilah yang Islam minta daripada kita demi untuk meninggikan kalimah Allah; dengan melihat kecilnya kesusahan dunia, dan kekal abadinya kebahagiaan di negeri akhirat.

Jihad yang diajar oleh Rasulullah saw adalah dalam berbagai bentuk. Tapi akhir-akhir ini, khususnya kita orang Melayu, difahamkan jihad dalam bentuk yang terlalu kecil. Ada yang memahami jihad di sudut jihad ekonomi membangunkan ummah sahaja. Ya, memang kita tidak menafikan bahwa ummah mesti dimajukan. Ini hanya sebahagian daripada jihad. Begitu juga, ada yang melihat jihad dari sudut pendidikan sahaja. Ya, memang kita tidak menafikan jihad dalam bentuk pendidikan amat penting sebab ayat Quran yang 1st sekali turun ialah perihal pendidikan (5 ayat awal Surah al-`Alaq). Tapi jangan kita sempitkan pengertian jihad hanya setakat dua benda ni sahaja. Ada lagi satu jihad yang lebih besar, iaitu sabit dari hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, sabda Nabi, “Di akhir zaman, kamu akan jumpa satu golongan yang punya dua sifat. Kamu mesti berjihad terhadap golongan ini. Sifat pertama mereka ialah mereka bercakap benda yang mereka tak akan buat…”…Ada tak golongan ni sekarang tuan-tuan?…Ada, belambak. Cakap pasai Islam kita tengok kemain hebat lagi, walhal bini sendiri tak kenal kain tudung. Manakala sifat yang kedua kata Nabi, “…dan mereka buat benda yang Allah tak suruh.”…Ada tak golongan ini dalam negara kita tuan-tuan?…Ada, malah mereka sekarang dah jadi majority. Arak dan judi clear Allah swt tak suruh kita buat. Tapi sekarang ini kedua-duanya sudah menjadi antara industri yang terbesar di negara kita, dan sekaligus menolong memangkin perkembangan ekonomi negara. Inilah alasan kerajaan yang ditunjangi bn/umno bila kita bangkitkan isu arak/judi di Parlimen. Walhal Kelantan dah lama tutup premis-premis perjudian dan meminimisekan penjualan arak, pun boleh maju juga. Kalau hangpa tak percaya Kelantan akan menjadi satu negeri maju, hangpa boleh pi tanya sendiri kat Datuk Nik Yahya (pengasas umno Kelantan tahun 1953). Beliau masih hidup lagi. Hangpa boleh pi sendiri tanya kat dia, “Betoi ka orang dok kata Kelantan mundur?”…Ana sendiri pernah baca risalah yang ditulis beliau tentang masalah pembangunan di Kelantan. Dalam risalah tu dia tulis 50 projek telah diluluskan oleh kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia ke7, yang melibatkan nilai wang yang berbillion-billion juta ringgit sedang menanti di Kelantan. So, sapa kata Kelantan mundur?…Timpa lagi mai rezeki ada la. Tu tak termasuk lagi minyak yang dijumpai di persisiran pantai negeri Kelantan. Berita ini diberitahu sendiri oleh pegawai Petronas kepada ust Ahmad Jailani ketika beliau dijemput buat ceramah atas Pelantar Minyak di Terengganu. Paling banyak kedudukan yang mereka jumpa potensi sebagai telaga minyak baru adalah di Kelantan. Inilah sebabnya kita tidak hairan bila sekarang ini puak-puak bn/umno begitu desperate nakkan Kelantan.

Lalu sambung Nabi, “Maka barangsiapa yang berjihad menggunakan tangannya terhadap golongan ini, dia beriman.”…Jadi bila datang pilihanraya umum maupun pilihanraya kecil, gunalah kuasa ditangan kita masing-masing bagi menolak golongan yang “cakap tak serupa bikin dan suka sangat buat benda yang Allah tak suruh.”…Kemudian kata Nabi saw lagi, “Barangsiapa yang berjihad dengan lidahnya menegur mereka, dia beriman.”…Mana pi suara-suara utaz dan ustazah umno yang dah jadi YB dalam menangani isu-isu semasa?…Sunyi sepi tuan-tuan. Mulut-mulut mereka dah terkunci, tak berani nak tegur kesilapan bos depa. Dah jadi setan bisu. Walhal Nabi saw sebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374, kata Nabi, Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu.”…Ini dia kemuliaan tuan-tuan.

Dan akhirnya Nabi saw tutup hadith ini dengan berkata, “Barangsiapa berjihad mencegah mungkar dengan hati, dia juga mukmin. Selepas daripada itu, tidak ada lagi iman walaupun sebesar zarah yang kecil.”…Maknanya kalau hati pun tidak ada perasaan benci kepada benda mungkar, ini bermakna kita takdak iman walaupun sebesar zarah…nauzubillah.

Yang kata jihad ni tuan-tuan, Allah akan tunjuk kemuliaan yang dianugerahNya kepada para syuhadah bila mereka mati. Cuba tuan-tuan buka Quran Surah al-A`raaf:113-126. Allah ceritakan kematian ahli sihir Firaun. Pada permulaannya sebelum diadakan perlawanan dengan Nabi Musa as, para ahli sihir mendatangi Firaun (nak bodek la tu), depa tanya, “Wahai Firaun! Adakah kami dapat habuan kalau kami kalahkan Musa?”…Firaun jawab, “Ya itu sudah semestinya. Bila aku dapat mengekalkan kekuasaan aku bila Musa kalah, bukan saja kamu dapat upah, malah kamu semua akan jadi kroni aku!”…Nampak tak tuan-tuan, kronisme apa semua ni, zaman Firaun pun dah ada dah. Apatah lagi hari ini!…Jadi, ahli sihir Firaun pada mulanya memang kaki bodek cari habuan. Tetapi akhirnya bila melihat kebenaran berlaku depan mata mereka sendiri, mereka pun jatuh tersungkur, seraya berkata, “Kami telah beriman kepada Tuhan semesta alam. Tuhan Musa dan Harun.”…Dengaq-dengaq macam tu, Firaun cukup marah, lalu disiksanya ahli-ahli sihir itu sebelum kesemua mereka dibunuh. Sebab apa Allah cerita kematian ahli-ahli sihir itu tuan-tuan?…Sebab inilah kematian yang cukup mulia kerana berjuang di atas dasar kebenaran.   

Bila sebut jihad ni tuan-tuan, ana rasa tak lengkap kalau kita tak cakap tentang jihad para mujahidin di Fallujah ketika ini. Ana selalu mengikuti perkembangan mutakhir di sana menerusi laman web www.ladang.net, atau pun sekali-sekala ana contact ustaz Abdullah Osman al-Iraqi. Beliau banyak menceritakan kejadian-kejadian yang berlaku di Iraq yang tidak disiarkan oleh CNN maupun dalam berita arus perdana kita. Bahkan cerita sebenar yang berlaku ke atas beliau sendiri pun banyak yang tak betul. Berita yang dulunya gembar gembur kata beliau tak mau balik ke Malaysia adalah tidak betul tuan-tuan. Sebenarnya ust Abdullah dah dapat surat hitam putih dari kedutaan Malaysia untuk tinggal di Baghdad. Semua menteri-menteri yang pernah pergi ke Iraq termasuk Paklah, tahu kerja ust Abdullah di sana. Disamping ust Abdullah belajar ilmu hadith di Baghdad, beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab menunjuk jalan kepada badan-badan kebajikan dari Malaysia yang nak masuk ke Baghdad bagi menyampaikan bantuan seperti ubat-ubatan dan makanan. Ya memang ada orang-orang dari badan kebajikan itu pernah masuk ke Bosnia, Somalia apa semua ni, tapi ianya berbeza kali ini di Iraq. Banyak juga negara-negara lain hantar bantuan ke Iraq, tapi yang berlaku ialah Ameika curi ambik kat depa, sikit pun tak bagi kat rakyat Iraq. Ust Abdullah sebut dia sendiri ambil gambar tentera Amerika tengah dok makan minum dari bantuan negara asing kepada rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya depan khalayak ramai. Dengan angkuh tentera Amerika kata, “Sapa boleh buat apa kat kami?!”…Dari sini timbul persoalan, iaitu adakah juga barang-barang kita dari Malaysia sampai kepada rakyat Iraq?…Daripada sitiuasi begini, tuan-tuan boleh jawab sendiri persoalan tersebut.

Menurut ust Abdullah, sebelum beliau ditahan pihak Amerika, memang banyak ubat-ubatan dan makanan daripada Malaysia masuk ke Iraq. Ust Abdullah dibantu oleh sahabat-sahabatnya 66 orang yang terdiri daripada para doktor bergabung tenaga bersama-sama pelajar-pelajar Univ menumpukan perhatian di kawasan-kawasan hospital dan sekolah-sekolah anak yatim. Bila kerajaan Saddam jatuh, bekalan ubat-ubatan ke hospital-hospital terputus. Jadi inilah masanya bantuan ubat-ubatan dari luar amat diperlukan. Ust Abdullah bersama-sama sahabat-sahabatnya bertungkus lumus membahagi-bahagikan bantuan ubat-ubatan kepada hospital-hospital yang teruk terputus bekalan. Jadi maknanya ust Abdullah langsung tidak terbabit dalam suasana perang. Bila berlaku keadaan macam ni, menyebabkan ust Abdullah susah untuk balik ke Malaysia. Tapi yang sedihnya kata ust Abdullah, media-media di tanahair punya “goreng” kata pihak Malaysia dah hantar kapalterbang untuk bawa ust balik, tapi dia tak mau balik. Nampak tak tuan-tuan, macamana pihak media melakukan fitnah?

Kemudian ust Abdullah cerita pula macamana boleh dia ditangkap oleh pihak Amerika. Bila Amerika tahu rumah ust merupakan tempat menyimpan ubat-ubatan dan bantuan makanan daripada negara luar, tentera Amerika pun buat spotcheck hampir 6-7 kali. Setiap kali mereka masuk, pasti ada yang kena sepak terajang. Habih semua komputer-komputer pecah kena terajang. Bila depa keriau, “Ooouuuut!”…Semua orang dalam rumah tu kena keluar, meniarap atas tanah, kena pijak kena terajang apa semua. Ust Abdullah dan sahabat-sahabatnya tetap sabar. Tapi last sekali akhirnya bila ust dapat berita Amerika akan serang rumah tersebut, cepat-cepat bantuan especially makanan dikeluarkan. Rakyat Iraq amat perlu kepada makanan. Alhamdulillah, hampir keseluruhan barang-barang bantuan dapat dikeluarkan. Tetapi akhirnya dalam kesibukan memunggah barang (last trip), tiba-tiba muncul helicopter Apache depan rumah ust. Yang kata helicopter Apache ni tuan-tuan, subhanAllah, satu ciptaan manusia yang cukup canggih. Dia boleh kesan musuh dengan begitu cepat. Dia boleh masuk kot celah-celah bangunan camtu saja. Helicopter lain tak boleh masuk, dia boleh masuk. Peluru berpandu dia cukup kuat, di luar jangkaan kita. Dari segi teknologi memang kita akui depa cukup tinggi, tapi dari segi nak berperang dengan mujahidin, depa cukup penakut.

Jadi bila Apache ada depan rumah, dengan muncung dia dok tala ready nak tembak, ust Abdullah pun keriau kat sahabat-sahabat dalam rumah, “Keluarrrr! Apache ada depan rumah!”…Ada sahabat yang lintang pukang keluar dan ada yang tak sempat. Tiba-tiba helicopter tu tembak roket, “Gedebum!”…Berkecai apa yang ada dalam rumah, termasuklah sahabat-sahabat yang tak sempat keluar. Batang tubuh depa langsung tak dapat dikesan. Ini menyebabkan ust Abdullah hilang sabar, dia mengamok lalu Amerika nak tangkap dia. Habih keliling rumah tersebut dikepung oleh kereta-kereta kebal dan helicopter. Lalu sahabat cepat-cepat bawa lari ust Abdullah kot bawah parit dan dimandikannya dengan sejenis minyak supaya sukar untuk dikesan. Inilah antara teknik yang digunakan oleh para mujahidin untuk elak dari dikesan.

Lepas tu bila ust Abdullah selamat dari kepungan Amerika, beliau pergi ke salah satu hospital di Baghdad untuk meneruskan tugasnya menolong para doktor menyelamat mangsa-mangsa perang yang tercedera. Keadaan dalam hospital sesak. Menurut ust Abdullah, prioriti diberikan kepada mangsa yang kena serpihan bom yang besar-besar dulu. Setiap pendedahan, doctor akan diberi USD10 sebagai inisatif. Lepas tu tiba-tiba dalam kelam kabut menyelenggara mangsa-mangsa kecederaan, datang berita Amerika sedang cari ust Abdullah dalam hospital tersebut. Sahabat-sahabat pun arah ust lari. Lalu ust Abdullah pun menyusup keluar dan terus lari ke arah sempadan Syria. Di sini timbul tanda-tanya dikalangan wartawan, kenapa ust Abdullah lari ikut jalan Baghdad-Syria yang merupakan kawasan mujahidin?…Adakah dia ada link dengan rangkaian al-Qaeda?…Lalu ust Abdullah jawab bahwa beliau lari ikut Syria sebab kawasan tu ada banyak kebun-kebun, rumah-rumah dan tempat-tempat perhentian. Kalau ust lari ikut jalan Baghdad-Amman yang merupakan kawasan padang pasir, senanglah Amerika nak cekup dia.    

Bila ust sampai ke sempadan Syria, datang seorang yang bernama Daud memperkenalkan dirinya. Rupa-rupanya Daud ini adalah ejen Amerika berbangsa yahudi yang menyamar dengan berpakaian macam mujahidin. Kerjanya di sempadan hanya menangkap orang-orang dikehendaki oleh pihak Amerika. Bila ust Abdullah kena tahan, maka bermulalah episod beliau dibuli habis oleh Amerika selama setahun dua bulan dalam 11 buah penjara. Antaranya termasuklah penjara Abu Ghraib. Jadi bila berita kehilangan ust Abdullah sampai kepada sahabat-sahabat di Baghdad, mereka pun mengadakan tunjuk perasaan melaungkan, “Keluarkan Abdullah dari Malaysia secepat mungkin!”…Bila palang merah tanya Amerika, di mana mereka penjarakan ust Abdullah?…Amerika buat-buat tak tahu. Padahal Amerika sorok ust dalam kontena lah, dalam peti lah, dalam jamban lah, tanam dalam tanah lah; macam-macam yang ust Abdullah al-Iraqi kena. Ini dia yang kata Amerika tu tuan-tuan, penipu besaq!

Menurut ust Abdullah, ada satu kejadian yang cukup sedih berlaku depan mata dia ketika dalam penjara. Dalam ramai-ramai dok duduk sembang dalam penjara tu, tiba-tiba Amerika bawa seorang perempuan Iraq yang pakai jilbab tutup habis di depan khalayak ramai. Penjara terbuka memang macam tu la tuan-tuan. Mereka dibiar dok sembang ramai-ramai dan dipisah dengan dunia luar hanya dengan tembok tinggi sahaja. Dari maklumat yang diperolehi, rupa-rupanya perempuan itu dalam masa 3 jam sahaja dia berjaya membunuh 9 orang tentera Amerika. Depa heret perempuan tu dalam keadaan menjerit-jerit minta tolong. Dua anak perempuan itu diletak kiri kanan panggil, “Mama! Mama!”…Lepas tu kelihatan 8 orang Amerika londeh habis perempuan tu sampai sebenang pun takdak. Penghuni penjara yang berjumlah 15000 orang time tu tak boleh buat apa-apa. Sehingga akhirnya depa tak sampai hati nak tengok, lalu mereka berpakat ambik batu, lontar ke arah tentera Amerika. Niat memang nak baling Amerika, tapi bila dah ramai-ramai baling, perempuan tu pun kena sekali sampai berdarah dia. Dah habis 8 orang pertama itu kerjakannya, datang pula 8 orang yang kedua. Begitulah seterusnya sampai 17x. Hingga akhinya perempuan itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga.

Helicopter mula berlegar-legar di atas kepala bila lihat ramai tentera Amerika cedera kena baling batu. Peluru getah pun dihamburkan pada peringkat awal. Ratusan yang kena. Sapa kena, pasti kena jahit 3 jarum. Kemudian bila lihat keadaan semakin tak terkawal, satu lagi helicopter datang. Kali ini dia guna peluru hidup menyebabkan puluhan yang mati syahid kerana mempertahankan perempuan muslimah itu.  Peristiwa ini diceritakan dalam surat-akhbar milik Muqtaza as-Sadr.

Hangpa kenal ke sapa dia Muqtaza as-Sadr?…Ramai orang confuse dengan dia. Bila Saddam memerintah, dia lari ke Iran. Bila Saddam jatuh, dia kembali ke Baghdad bersama-sama Amerika. Mujahidin yang mati paling banyak di Baghdad adalah berpunca dari Muqtaza as-Sadr. Amerika minta bantuan Muqtaza as-Sadr untuk bunuh para mujahidin di kawasan Baghdad supaya senang mereka masuk ke Baghdad. Sebab selagi mana mujahidin ada di kawasan Baghdad, sukar untuk Amerika masuk. Ketika seluruh penduduk Baghdad bergelap takdak elektrik takdak air, menanti serangan daripada Amerika, tiba-tiba kedengaran tembakan bertalu-talu, “Tum! Tam! Tum! Tam!…”…peluru bersimpang-siur walaupun tak nampak sorang pun tentera Amerika masuk ke Baghdad lagi. Keesokan paginya tengok-tengok, ramai mujahidin syahid terbunuh. Ribuan mujahidin dibunuh oleh tentera Muqtaza as-Sadr dalam masa seminggu. Ini merupakan satu jinayah yang dilakukan oleh Muqtaza as-Sadr.

Atas jasanya itu, Amerika bagi sebuah bangunan untuk Muqtaza as-Sadr di Baghdad. Di mana bangunan itu dia buat sebagai pejabat suratkhabar yang banyak menceritakan bagaimana Saddam kena tangkap. Mula-mula banyak dia cerita pasai Saddam, kemudiannya hari demi hari, dia selit 1% cerita tentang kekejaman Amerika terhadap para tahanan dalam penjara. Dia buat cerita sebegitu hanya untuk mendapat kembali pengaruh rakyat. Tapi rakyat tau dengan sapa dia kembali. Bila dia buat cerita lebih-lebih tentang penangkapan Saddam, membuatkan Amerika marah dan kepung pejabat dia. Habis orang dia kena tangkap. Ketika itu dia isytiharkan jihad, tapi takdak sapa nak dengaq. Lalu dia pun lari ke Najaf dan Karbala sambil melaungkan “Kita kena pertahankan makam Saidina Ali”, pun takdak sapa nak dengaq. Sebab itu no wonder lah Amerika boleh hentam dia di Najaf dan Karbala hanya ambik masa 15 hari sahaja. Sedangkan di Fallujah, sehingga saat ini, Amerika masih gagal untuk masuk. Berita yang CNN siarkan kata Amerika berjaya di Fallujah adalah pembohongan tuan-tuan. Kalau betul berjaya, buat apa hantar 5000 lagi tentera tambahan?…Kalau betul berjaya, untuk apa serangan udara besar-besaran dilancarkan?…Sebenarnya Amerika dalam keadaan cukup malu sekarang ini tuan-tuan.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah swt, mudah-mudahan Allah swt menolong mana-mana umat Islam di serata dunia ini yang sedang berusaha untuk meletakkan ugama Allah swt di atas, supaya ugama Allah tidak dihina dan dipijak-pijak oleh musuh-musuh Allah swt. 

 

...bersambung... 
  

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung sebahagian lagi matan hadith ini. Daripada perbahasan yang lepas kita telah membicarakan dua daripada pintu-pintu syurga, iaitulah pintu yang diberi nama ‘Babussolah’ dan ‘Babuljihad’. Pada kali ini kita tengok dua lagi pintu iaitulah pintu puasa (arroyan) dan pintu sedeqah.

First sekali kita tengok pintu puasa dulu. Bila berbicara tentang puasa, tak dapat tidak, pasti ayat 183 Suratul Baqarah akan diperkatakan. Ayat ini bukan diturunkan sekadar menyuruh umat Islam berpuasa, malah Allah nak bagitau bahwa ibadah puasa ini ‘dah lama dah’ difardukan (sejak sebelum zaman Nabi saw lagi). Sebab itu kita tak heran bila ada golongan yang diselewengkan aqidah juga turut melakukan amalan berpuasa. Saki baki jahiliyah daripada zaman Nabi sampai ke hari ini, masih ada lagi. Mereka melakukan dengan berbagai-bagai gaya dan tafsiran. Tapi for sure cara mereka tidak akan sama sepertimana yang diajar oleh Allah swt. Sebagai contoh, ada golongan yang berpuasa dengan tidak memakan benda-benda yang berdarah seperti makan sayur-sayuran sahaja. Mereka namakan amalan itu sebagai puasa. Walhal bagi kita orang Islam, Allah dah tentukan dari terbit fajar hingga terbenam matahari, tidak boleh ambik walaupun sebutir nasi maupun setitik air dan perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah disyaratkan. Bila sebut “Allah yang tentukan” puasa untuk orang Islam, maka sudah tentulah orang Islam mendapat hikmah yang terlalu besar. Dan yang pastinya, hikmah ini tidak ada pada penganut-penganut agama lain walau betapa hebat sekalipun amalan yang mereka namakan sebagai puasa.

Bila Nabi saw sebut “sesiapa yang membanyakkan jenis puasa, ia tetap diseru dari pintu puasa”, ini bermakna Nabi minta kita memfokuskan kepada puasa-puasa sunat. Hat wajib seperti puasa bulan Ramadan, itu memang kena buat. Tapi pengukur untuk kita dapat keistimewaan masuk melalui arroyan itu ialah memperbanyakkan puasa sunat. Jadi siapa yang rajin puasa Isnin/Khamis, siapa yang rajin puasa 3 hari berturut iaitu hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan qamariyah), siapa yang puasa pada hari wukuf di Arafah (9 Zulhijjah), siapa yang berpuasa pada 10 Muharram (Asyuro), siapa yang puasa 6 hari dalam bulan Syawal; maka malaikat yang berdiri di arroyan akan memanggil mereka-mereka ini untuk memasuki pintu tersebut.          

Bagi kita orang Islam, puasa mendidik kita dalam banyak hal. Mari kita tengok beberapa peringatan yang boleh kita petik. Antaranya 1st sekali ialah puasa mendidik kita supaya mengekang hawa nafsu daripada menjadi rakus kepada dunia. Cuba tuan-tuan bayang, ketika kita puasa, start daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari, secara automatik benda halal jadi haram. Jadi bila benda halal pun kita terpaksa menjauhkan diri, inikan pula benda yang betoi-betoi haram?…Lagila kita tak pandang. Jadi inilah dia latihan supaya kita dapat mengekang nafsu, jangan tunduk pada dunia yang sentiasa mendugakan kita dengan segala perhiasannya seperti kuasa dan harta yang pada bila-bila saja boleh meragut iman dan aqidah kita.

Yang keduanya puasa mengajar kita supaya sabar menghadapi ujian. Teringat kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi, katanya, “Di antara syarat untuk Allah mencampakkan kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam ialah para pejuang itu sendiri mesti memiliki sifat sabar.”…Bila tengok pihak musuh memiliki segala kekuatan dari segi materialnya, mass medianya, pengaruhnya; maka pejuang Islam kena sabar. Apa yang berlaku dalam PR ke 11 tahun sudah, kalau kita tak ada sifat sabar, pasti benda yang tak elok boleh berlaku. Sebenarnya kita tak kalah tuan-tuan. Sebaliknya kita menang. Menang dari sudut pahala kebajikan yang banyak kerana berjaya menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Kita bersabar dari segala serangan sebab yakin dengan janji Allah bahwa Islam akhirnya akan menang. Tapi makan masa la sikit sebab Allah sebut dalam Quran, “Kalaulah perjuangan Islam ini perjuangan yang singkat, kejap jer menang, pasti ramai akan ikut berjuang Islam. Sedangkan perjuangan Islam adalah suatu perjuangan yang jauh. Memerlukan kesabaran demi kesabaran.”…Itu dia Islam tuan-tuan, bukan senang punya kerja.

Dan pintu syurga yang terakhir yang disebut dalam hadith yang dibahas ini ialah pintu sedeqah. Cuba perati ayat dalam Surah Ali Imran: 92 yang bermaksud, “Kamu sekelian manusia tidak dinamakan orang baik sehinggalah kamu nafkahkan apa yang kamu sayang…”…Tu dia tuan-tuan, Allah letak syarat pada kita kalau nak jadi orang baik. Maknanya selagi kita tak mampu nak nafkah benda yang kita sayang, kita masih belum cukup baik lagi. Ini nilainya tuan-tuan. Sebab apa Allah kata macam tu?…Sebab yang kata sedeqah ni dia benda susah. Cuba compare antara sedeqah dengan semayang, yang mana senang?…Sudah tentu semayang sebab semayang tak payah keluar duit. Ambik wuduk, masjid dah sediakan kolah. Cuaca hangat, masjid ada kipas; kalau kat area elit siap ngan acon lagi. Semua dah provided. Tapi bila mai soal sedeqah, kita kena keluarkan hak kita, ini yang kata susah tu. Duit dan harta apa semua ni manusia cukup sayang. Tapi kalau sanggup bagi kepada jalan Allah, maka dia layak untuk jadi “orang yang baik” di sisi Allah swt. Sebab itu Allah mewajibkan kita infaq ke jalanNya pada kadar masing-masing. Orang senang, cara senang. Orang miskin, cara miskin.

Dalam bab sedeqah, Allah telah meletakkan garis panduan tentang prioriti kepada siapa hendak disedeqahkan. Dalam Quran, banyak ayat yang membicarakan tentang benda ni. Antaranya ayat 177 Suratul Baqarah yang bermaksud, “…Maka mereka mengeluarkan harta yang mereka sayang kepada kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang yang terputus dalam perjalanan, orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba, …”…Tu dia tuan-tuan, 1st sekali kita kena check kroni kita dulu. Ada tak lagi adik beradik kita yang susah?…Kalau ada, depa menjadi 1st prioriti untuk dibantu. Tapi jangan jadi macam umno. Kroni dah kenyang, dikenyangkan lagi. Ini yang tak kenanya. Kemudian yang keduanya, baru kita cari anak yatim. Yang ketiganya ialah orang miskin. Dalam M`sia, istilah miskin ialah pendapatan bulanannya RM500 ke bawah. Keempat ialah orang yang terputus dalam perjalanan. Contoh, katalah ada sorang datang ke tempat kita dari KL, tiba-tiba time dia nak balik KL, duit dia dicuri. Dalam masalah begini, kita perlu bantu dia. Kemudian yang kelimanya ialah orang yang meminta-minta. Dia mai rumah kita minta sedeqah atau minta derma untuk buat masjid/sekolah, maka ini perlu kita bantu dengan kadar yang mampu. Dan keenam ialah untuk membebaskan hamba abdi. Inilah susunan-susunannya selain yang biasa kita buat iaitu infaq kepada perjuangan Islam dan sebagainya. Nak ceritanya, apabila kita rajin bersedeqah, kita akan dipanggil dari pintu sedeqah di syurga kelak.

Dan pada bahagian akhir hadith ini, kita tengok bagaimana respon Abi Bakrin bila mendengar kata-kata Nabi saw. Abi Bakrin begitu terpegun dengan hadith tersebut sehingga bertanya kepada Nabi saw, “Adakah sesiapa yang dipanggil dari semua pintu itu?”…Malah jawab Nabi, “Ia, Ada!”…Maknanya akan ada orang yang akan dipanggil dari semua pintu-pintu tu. MasyaAllah! Hebat tuan-tuan orang yang Nabi sebut tu. Jenoh dia, tak tau mana satu pintu yang dia nak masuk. Semua pintu pakat panggil dia. Yang kita bimbang, takdak satu pintu pun yang nak panggil kita…wal`iyazubilllah. Takdak dalam senarai. Ini yang paling takut.

Okay ringkasan daripada hadith ini ialah Nabi nak suruh kita banyakkan amalan sunat. Tu saja. Jangan kita rasa dah cukup dengan semayang wajib hat 5 waktu saja. Kita kena try buat solat-solat sunat juga, especially solat sunat rawatib. Sebab dalam satu hadith lain yang statusnya sahih, Nabi kata bahwa di akhirat kelak ketika Allah menghitung solat kita, Dia akan tanya kat malaikat, adakah solat sipolan ini lengkap?…Kalau tak lengkap, Allah akan tanya lagi, bagaimana dengan solat sunatnya?…Kalau sipolan itu banyak solat sunatnya, Allah akan suruh malaikat tampung solat wajib yang tak complete tu dengan solat sunatnya. Tu dia tuan-tuan yang kata pentingnya solat-solat sunat tu.

Begitu juga dengan puasa. Jangan rasa dah cukup dengan puasa Ramadhan sahaja. Puasa sunat kena buat juga tuan-tuan. Begitu juga dengan sedeqah. Tak cukup dengan zakat saja, sedeqah pun kena rajin-rajin hulur. Pendekata, kita kena menjadi golongan yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Ini yang Nabi saw suruh.

Wallahu ta`ala `alam.

40012_wallpaper280.jpg