Jilid 1 - Bab 3 - Hadith 18(9 - 18)

Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 3

 

Mari kita habiskan sebahagian lagi perbahasan dalam Hadith 18. Tapi tidaklah secara detail sebab perbahasan yang lepas-lepas telah pun merangkumi ciri-ciri al-Quran yang selebihnya. Kita hanya go thru secara ringkas sahaja.

Okay antara sebahagian lagi ciri-ciri al-Quran ialah:

Ciri 9 : dialah kitab yang menunjuki jalan yang lurus. Siapa yang berpegang dengannya, maka tidak akan terpesong hawa nafsunya. Tidak akan timbul isu pramugara terlampau. Tidak akan timbul kes-kes ragut/bunuh yang semakin menggila sekarang ni. Tidak akan timbul unsur-unsur penipuan dalam apa bentuk sekali pun sekiranya masyarakat berpegang kuat dengan ajaran Islam itu sendiri.  

Ciri 10 : dialah kitab yang kalimahnya tidak akan bercampur-aduk dengan ucapan makhluk. Ianya terpelihara sebab Allah memberi jaminan bahwa Dia sendiri yang akan menjaganya. Ini disebut dalam al-Quran. Walaupun di dalam internet, kita lihat berbagai-bagai cubaan daripada musuh-musuh Allah dengan memperkenalkan surah-surah palsu, namun ianya tidak dapat mengelirukan umat Islam. Inilah tanda bahwa Allah memelihara kandungan dan kehebatan al-Quran.

Ciri 11 : Nabi saw sebut bahwa para ulama tidak merasa puas dalam mengkaji isi kandungan al-Quran. Sampai ke hari ini pun, kita boleh lihat ianya masih dikaji. Termasuklah yang mengkaji itu adalah sarjana-sarjana barat, sehinggakan ada sebahagian daripada mereka memeluk Islam. 

Ciri 12 : keindahan ayat-ayatnya.

Ciri 13 : tentang kemanisan dan kelazatan membaca al-Quran yang tidak pernah berkurangan. Ini satu benda yang tidak boleh dinafikan. Lihat saja pembaca-pembaca akhbar. Kalau takdak isu-isu hangat, gerenti semua pakat mengeluh boring. Lebih-lebih lagi Utusan Malaysia, lagila boring. Tapi ini tidak kepada pembaca al-Quran walaupun diulang berkali-kali. Inilah dia kehebatan mukjizat al-Quran kerana ianya adalah kalam Allah. Bukannya ucapan manusia.

Ciri 14 : kandungan yang menakjubkan sehingga membuatkan sebahagian daripada makhluk jin menangis dan merasa takjub ketika mendengar bacaan al-Quran. Dalam hal ini, tuan-tuan boleh rujuk dalam Surah al-Jin:1 yang bermaksud, “Ingatlah wahai Muhammad saw, ketika Kami mewahyukan kepada kamu, masa itu ada serombongan jin yang mendengar bacaan al-Quran yang kamu baca (ketika Nabi berehat semasa pulang daripada suatu musafir), lalu rombongan jin itu melintas dan mereka mendengar, kemudian jin berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang amat menakjubkan.”…Kemudian Allah detailkan lagi peristiwa ini dalam Suratul Ahqaaf:29-32. Iaitu selepas rombongan jin tu mendengar al-Quran, lalu mereka pun balik pi jumpa kaum kerabat. Depa pula pi ceramah kat jin-jin yang lain sehingga sebahagian daripada mereka memeluk Islam.

Ciri 15 : barangsiapa yang berhujjah berdasarkan Quran, maka benarlah perkataannya.

Ciri 16 : barangsiapa yang beramal ajarannya, diberikan pahala.

Ciri 17 : sesiapa yang membuatkan keputusan berdasarkan hukumnya, maka adillah keputusannya.

Ciri 18 : dan sesiapa yang berdakwah supaya orangramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (bersama dengan orang yang didakwahnya juga) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.

      

49507_wallpaper280.jpg