Jilid 1 - Bab 3 - Hadith 18(6 - 8)

Bab 3 : Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung perbahasan yang masih lagi dalam hadith yang ke18. Dimana pada sesi yang lalu, ust Halim Nasir telah membicarakan sebahagian lagi fungsi al-Quran dan kesannya terhadap kehidupan manusia; iaitu perihal sabdaan Nabi saw, "...barangsiapa yang sombong angkuh meninggalkan al-Quran, akan dibinasakan oleh Allah;..."...Dan dalam sesi yang lalu juga, kita telah membahaskan beberapa jenis kesombongan yang dicela oleh syara`.

Jadi pada kali ini mari kita sambung tiga lagi fungsi al-Quran, yang dirangkumkan menjadi satu perbahasan. Di mana Nabi saw telah bersabda, "...dan sesiapa yang mencari petunjuk dari yang lainnya (selain al-Quran), akan disesatkan oleh Allah. Al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan."...Nampak tak tuan-tuan; di sini kita boleh lihat bagaimana al-Quran mendidik manusia supaya menjadi benar-benar faham akan tugasnya sebagai makhluk yang dinamakan "manusia" di mukabumi Allah swt.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan akibat-akibat yang akan berlaku apabila manusia mengambil selain daripada al-Quran sebagai panduan hidupnya. Kesan yang paling besar ialah dia akan melupakan Allah. Dan akhirnya akan berlakulah sebaliknya, iaitu Allah juga akan melupakan dia, dan Allah juga akan buat manusia itu lupa akan dirinya sendiri. Ini cukup bahaya.

Okay sekarang mari kita tengok beberapa contoh ayat al-Quran tentang hal yang disebut tadi. Antaranya:

1) Firman Allah dalam Surah al-Hasyr:19 yang bermaksud, "Jangan kamu jadi seperti manusia yang sifatnya suka melupakan Allah..."...Orang macam ni, dia tak peduli dah apa yang Allah suruh. Yang dikiranya hanyalah hati perut nafsunya sahaja. Dan akibatnya kata Allah, "...orang macam ni Allah akan buat dia lupa diri dia sendiri."...Kata mufassirin bahwa maksud "lupa diri sendiri" itu ialah apabila buat jahat, sikit pun tak terasa berdosa. Langsung tak terasa menyesal. Apatah lagi nak bertaubat, langsung takdak. Inilah yang paling bahaya. Dan inilah yang banyak berlaku dikalangan manusia mutakhir ini. Puncanya satu saja, iaitulah apabila tolak risalah Allah. Itu saja, tuan-tuan. Apabila dia lupa Allah, Allah akan buat dia lupa dirinya sendiri sehingga apa saja yang dibuatnya, dia rasa semuanya betul. Ini yang bahaya tuan-tuan. Dan pada hujung ayat tadi Allah kata, "...mereka ini semua jenis fasik!"...Nauzubillah.

Orang jenis fasik macam ni, Allah akan letak mereka dalam satu group. Cuba tuan-tuan rujuk Surah al-Mujadalah:19. Kata Allah yang bermaksud, "Mereka (geng tolak Islam) itu telah diperdaya oleh syaitan dan Allah letakkan mereka dalam hizbussyaitan (parti setan)..."...Ini Allah yang kata tuan-tuan. Siapa dia mereka ini?...Mereka inilah dalam serba serbi apa pun, langsung takdak kalimah Allah dalam ingatan mereka. Dalam berekonomi, cara Islam dikatakan takdak untung. Dalam undang-undang, Islam dikatakan outdated. Dalam berpolitik, Islam disisihkan. Inilah dia ciri-ciri parti setan...nauzubillahiminzalik.

2) Kalau kita perati dalam ayat-ayat yang lain; kita akan jumpa juga bahwa antara punca manusia-manusia disesatkan oleh Allah adalah kerana puncanya timbul daripada sifat dalaman manusia itu sendiri, seperti keangkuhan dan kesombongan yang dilahirkan sepanjang dia hidup. Contohnya, mari kita tengok satu cerita menarik dalam kisah hidup Nabi Ibrahim as. Allah kisahkan dalam Suratul Baqarah:260. Kata Allah, "Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata pada Tuhannya: Ya Allah ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang sudah mati?"...Pasai apa ayat ini turun?...Sebenarnya ianya ada hubungkait dengan kesombongan. Satu hari ketika Nabi Ibrahim berjalan di tepi pantai, tiba-tiba dia terserempak dengan satu bangkai mayat manusia terdampar. Dia perati mayat tu. Dia lihat ketika air laut pasang, ikan-ikan akan datang, makan mayat tersebut. Depa kerutu sorang sikit. Kemudian bila air surut, datang binatang lain pulak take-over. Binatang tu makan pulak. Kemudian bila binatang tu dah kenyang, belah pi mana hala pun tak tau; datang pulak burung makan mayat tu. Jadi bila Nabi Ibrahim tengok keadaan tu, dia pun bercakap sorang-sorang, "E`eh mayat tu!...Kuboq dia kat mana?...Sat dalam perut ikan. Sat dalam perut rimau. Sat dalam perut burung. Banyak kuboq dia ni. Jadi, macamana Allah nak bangkitkan dia nanti?"...Nabi Ibrahim jadi pening. Lalu dia tanya Allah. Itu yang Allah sebut dalam Suratul Baqarah:260 tadi. Tetiba Allah jawab, "Hai Ibrahim!...Hang tak beriman ka?"...Tu dia tuan-tuan. Itu baru rasul tanya macam tu, pun Allah dah tegur. Apatah lagi kita yang tak rasul...Balas Nabi Ibrahim, "Aku beriman!...cumanya aku nak meyakinkan hati aku je."..Maknanya, bukan Nabi Ibrahim tak beriman. Dia tetap beriman, cumanya dia nak tengok betul-betul macamana Allah menghidupkan kembali makhlukNya yang telah mati.

Lalu Allah suruh Nabi Ibrahim pi cari 4 jenis spesis burung. Tuan-tuan tau ka burung apa yang Nabi Ibrahim as cari?...Dalam Quran memang tak sebut burung apa yang Nabi Ibrahim cari. Tetapi muffassirin menyatakan bahwa yang pertamanya, burung merak. Keduanya burung helang. Ketiga, burung gagak. Dan keempatnya ialah ayam sabung. Lepas tu Allah suruh pula Nabi Ibrahim sembelih, katok, tumbuk bagi hancur kesemua burung-burung tu, kemudian bubuh dalam satu bekas. Maka timbul satu persoalan dikalangan ulama`; iaitu kenapa Nabi Ibrahim as pilih 4 jenis burung tersebut?...Di sinilah pointnya untuk kita kaitkan dengan orang yang disesatkan Allah. Lalu ulama` bahaskan bahwa 4 jenis burung ini sebenarnya mewakili 4 sifat buruk yang ada pada manusia. Maknanya, Nabi Ibrahim nak ajar supaya kita leburkan 4 sifat yang akan kita bincang ini nanti kalau kita tak ndak sesat. Ini hikmahnya. Sebab perbuatan Nabi Ibrahim menghancurkan kesemua burung-burung tersebut sebagai satu simbolik untuk kita membuangkan keempat-empat sifat buruk manusia yang ada pada burung-burung tersebut.

Yang pertamanya ialah burung merak. Burung merak adalah lambang kebesaran dan kemegahan. Kalau kita lalu tepi dia, tak pasai-pasai, dia akan kembangkan bulu cantik dia. Very colorful. Maknanya dia bangga dan megah dengan diri dia. Jadi burung merak ini mewakili perangai orang yang suka bermegah-megah dan yang merasa hebat dengan pangkatnya. Maka burung merak dihancurkan oleh Nabi Ibrahim untuk mengajar kepada kita bahwa sifat sombong bermegah-megah ini kita kena buang...Bila sebut sifat sombong ni, teringat ana dengan cerita Dato` Hj Ishak Baharom, bekas mufti negeri Selangor. Sebagai mufti ketika itu, beliau telah membentang satu enakmen dalam DUN Selangor, dan enakmen tersebut diluluskan. Waktu itu masih belum ada lagi DUN Sg Burung Dato` Hasan Ali, belum ada lagi DUN Gombak Setia Dato` Ismail Kamus dll. Enakmen tersebut ialah kesalahan mendedahkan aurat di khalayak ramai. Lalu bila berlakunya pertandingan ratu cantik di negeri Selangor, maka beliau bertindak di atas enakmen yang diluluskan. Tapi apa yang berlaku?...Beliau ditendang, ratu cantik dibela. Tu dia tuan-tuan!...Inilah dia kerja puak hizbussyaitan. Merak buih punya geng. Sebab itu Dato` Ishak Baharom pernah sebut, "Aku tak percaya sampai mati, puak-puak ni nak buat Islam!"...Berlaku peristiwa ini pada tahun 1996. Ana masih ingat lagi. Riuh dalam paper time tu, masing-masing bagi pendapat. Salah seorang gadis yang ditangkap kata kat wartawan time tu, "Apa ni!...tangkap depan orangramai. Memalukan saja. Sepatutnya buatlah kaunseling elok-elok..."...Oooo!...yang hang telanjang, dedah aurat depan orang, tak pulak malu?!...Tapi bila Dato` Ishak tangkap, dan-dan dia rasa malu...Kemudian dalam paper pun keluarlah berbagai kenyataan. Antaranya keluarlah kenyataan daripada geng hat suka cara lembut-lembut ni, kata depa, "Kita kena ambik pendekatan berhemah, berikan penerangan, bukannya menghukum. Pas memang takdak kerja lain, kerja nak hukum saja. Sebab itu DAP keluar, takut kena sunat."...Ptuiiih!...hangpa punya pendekatan berhemah itulah sampai ada cina/hindu hina al-Quran dalam parlimen. Hangpa ingat tak lagi apa kata Ling Liong Sik?...Dia kata, "Kalau ikut hukum Islam, maknanya kita memutar jarum jam balik ke belakang."...Ingat tak lagi kata-kata tu?...Dan daripada penerangan umno itulah, sampai berani Samy Velu kata, "Dalam Quran mana ada cerita bikin jalanraya?"...Sapa yang ajar cina/hindu ini jadi kurang ajar?...Sapa lagi kalau bukan umno!

Begitulah juga dengan penulis-penulis biadap seperti Akbar Ali, Farish M. Nor, Astora Jabat, Kasim Ahmad dll. Siapa di belakang depa sehingga masih aktif ke hari ini?...Sapa lagi kalau bukan umno!...Dulu pernah dalam parlimen YB kita tanya, "Apakah tindakan yang telah diambil ke atas penulis-penulis biadap ini?"...Wakil umno kata, "Kami dah panggil mereka dan kami dah nasihatkan mereka. Kami mengambil pendekatan berhemah."...Apa punya bengong la puak-puak umno ni!...Adakah cukup hanya diberi nasihat sahaja kepada orang yang mengatakan Nabi saw buat hubungan seks dengan 15 orang gundik?...Orang macam ni tak cukup hanya dengan nasihat saja tuan-tuan. Action must be taken untuk menyedarkan mereka. Sepatutnya di ISA kan terus Farish M. Nor dan orang-orang yang sepemikiran dengan dia. Sebab yang kata nasihat tu, dia ada batasannya. Kalau dia tak tahu apa yang ditulisnya itu; ya, time tu boleh kita menasihatinya. Tapi ana yakin takkan semasa Farish M Nor tulis, dia tak tahu apa yang ditulisnya itu. Ini semua cerita nonsense tuan-tuan. Ana yakin kesemua penulis ini tahu apa yang mereka tulis...Yes, memang betul kalau mereka tak tahu, menjadi kewajipan kita nasihatkan mereka. Seperti apa yang Nabi saw buat kepada seorang badwi yang pi lepaih kencing kat tiang masjid semasa Nabi bagi kuliah. Hangpa boleh bayang tak, semasa kita dok concentrate dengaq kuliah, tiba-tiba mai sorang pi meruah kat belakang nu?...Tak geram ka kita time tu?...Tentu geram punya. Jadi, orang yang pertama bangun nak hayun badwi tu, tak lain ialah Saidina Omar al-Khatab. Dia cukup geram time tu. Tapi sebelum diapa-apakannya badwi tu, Nabi saw sempat pegang tangan Omar. Nabi kata kat Omar, "Jangan Omar!...biaq pi kat dia. Satgi kalau hang pi sepak dia, sedang dia belum habis kencing, mungkin akan memudaratkannya."...Nampak tuan-tuan, Nabi ajar ilmu kesihatan kat kita. Sebab dalam ilmu perubatan, semasa kencing, kita kena release semua. Kalau kita tahan urine, dibimbangi penyakit lain akan datang...Jadi bila habih badwi tu lepaskan hajatnya, Nabi kata kat Omar, "Hang pi ambik ayaq, jiroih."...Nampak tak tuan-tuan, macamana cool nya Nabi dalam situasi macam tu. Dia tak marah kat badwi tu sebab jenih tak tahu. Orang yang tak tahu, dimaafkan. Sebab itu dalam Islam kalau orang itu dalam keadaan tak tahu pi cakap arak itu halal, atau hudud ini zalim; maka tak jatuh aqidahnya. Tapi dia tetap berdosa pasai tak mengaji...Inilah dia sifat burung merak yang suka bangga, sombong dan megah. Sebab itu Nabi Ibrahim as ambik burung merak dan dihancurkannya untuk mengajar kita supaya kita kena buang sifat suka sombong dan megah ini.

Yang keduanya ialah burung helang. Burung helang ni paruhnya tajam dan mata dia cukup tajam mengintai mangsa. Sebab itu dalam smart shop hari tu depa tunjuk satu spek nama dia "eagles eye". Dia ambik fungsi mata eagles. Kira hebat la sapa pakai tu. Tapi ulama tafsir bahwa yang kata burung helang ni, sifat dia kerja tibai ikut sedap dia saja. Ada mangsa, dia sapu. Dia tak peduli dah apa benda pun. Serupala juga dengan puak umno ni pun. Kain batik pun kain batik lah. Sapu!...Depa bagi ayam mata ceme pun, ayam mata ceme lah. Sapu!...Janji free. Janji boleh habuan. Ini dia perangai burung helang. Helang juga dibunuh oleh Nabi Ibrahim untuk menunjukkan kepada kita bahwa sifat burung helang juga mesti kita buang.

Yang ketiganya ialah burung gagak. Kita kan tahu makanan kegemaran gagak ialah bangkai. Dalam bahasa simboliknya, orang yang perangai macam gagak ni, dia cukup suka makan benda haram. Kawan ana kerja bawa lori, cerita macam-macam pasai perangai puak-puak yang suka makan benda haram ni. Pantang tengok lori muatan lebih, kira nak flashing selalu. Lori berenti, dia pun buat-buat check. Elok driver lempaq RM100, dia pun belah. Ni dia tuan-tuan yang Nabi saw kata, "Siapa yang memberi rasuah dan menerima rasuah akan dilaknat Allah!"...Lori kuari yang keluaq berduyun pagi-pagi tu, kira jadi habuan depa la. Tiap-tiap pagi 200 biji sekali keluar. Satu lori, RM2 pun jadi ler. So 200 biji dah boleh RM400 dah tu. Kemudian bawa balik duit haram tu bagi anakbini makan. Mana nak berkat?...Sebab tu kita dengaq, anak jadi liar, bini cabut bulu kening tak ketahuan. Ini dia penangan makan benda haram. Macam perangai burung gagak, dia tibai habih semua. Dia tak peduli; rasuah ka, riba ka, duit ekoq ka; semua dia hayun. Ini jenih bangkai punya orang. Nabi saw sebut bahwa setiap daging yang tumbuh daripada benda haram, api neraka akan menjilatnya. Nauzubillahiminzalik.

Dan yang keempatnya ialah ayam sabung. Perangai ayam sabung ni tuan-tuan, dia kerja nak tibai ayam betina Saja. Jenih nafsu tinggi tak boleh control punya line. Dia tak kira; anak dara orang ka, bini orang ka, pelacur ka; dia tak peduli.

Inilah empat sifat keji yang mesti dibunuh daripada hati manusia. Sebab itu bila Allah suruh Nabi Ibrahim as cari empat jenih burung, dia pi pilih empat jenih tadi, untuk Nabi Ibrahim tarbiyah kita supaya jangan ada empat sifat ini pada kita. Daripada kebijaksanaannya ini, kita boleh lihat betapa Allah telah menaikkan darjat Nabi Ibrahim as sebagai Khalilullah (teman rapat Allah).

Okay bila Nabi Ibrahim habis melumat-lumat empat ekor burung tadi sampai tak tau mana satu merak, mana satu helang, mana satu gagak, mana satu ayam sabung; lalu dia pun pergi ke empat pucak bukit. Dia naik satu bukit, dia letak setompok. Kemudian disusuli dengan 3 lagi bukit, juga dia letak setompok-setompok. Lepas tu, bila dia pi berdiri di tengah-tengah antara empat bukit tadi, Allah pun suruh dia seru keempat-empat burung tadi. Nabi Ibrahim pun seru, maka datanglah depan Nabi Ibrahim keempat-empat burung itu seperti asal kejadian mereka tadi. Lalu berkatalah Nabi Ibrahim, "Tahulah aku bahwa Allah Maha Gagah dan Bijaksana!"...Inilah dia ayat Quran yang mengajar kita kalau tak ndak sesat, maka kenalah kita buang empat sifat keji tadi. Tetapi sekiranya manusia masih enggan buang empat sifat ini, maka Allah akan meletakkan manusia jenih ini serendah-rendah darjat. Malah lebih hina daripada haiwan ternakan lagi.

Bila sebut haiwan ni tuan-tuan, teringat ana satu ketika dulu pernah sekali ana tengok filem dokumentari cerita pasai peranan anjing. Iaitu di Amerika sekarang, para saintis telah bertemu dengan satu kaedah bahwa anjing berkemampuan untuk scan tubuh manusia yang mengandungi sel barah. Ana tengok, anjing tu hidu pesakit tu dari hujung rambut sampai hujung kaki, kemudian bila dia rasa ada sel barah, dia akan stop kat situ dan dia cakar-cakar. Dalam demonstrasi tu tunjuk seorang anggota polis yang ada barah di leher dikesan melalui kaedah kekuatan deria hidu seekor anjing. Point ana apa tuan-tuan?...Pointnya ialah Allah nak bagitau bahwa anjing yang najis mughallazah itupun lebih bernilai daripada manusia. Lepas tu, dekat nak habis rancangan tu, ditunjuk bagaimana para doktor di Amerika sedang buat satu persiapan ke arah mengguna kaedah ini untuk masa hadapan, iaitu menggunakan anjing untuk scan barah di tubuh manusia. So, ini boleh membantu ilmu perubatan...MasyaAllah. Maha Suci Allah. Allah boleh buat sampai tara tu tuan-tuan. Allah nak tunjuk bahwa bernilainya binatang walaupun takdak akal. Sedangkan manusia yang diberiNya akal, tapi kalau tolak Islam, dia akan jadi lebih hina daripada bangkai binatang.

Okay kembali kita pada perbahasan hadith. Maknanya, apa yang Nabi saw sebut, ianya pasti akan berlaku. Cuba tuan-tuan perati ayat 85 Surah Ali Imran, Allah kata, "Barangsiapa yang pulon sungguh-sungguh mencari selain daripada Islam sebagai cara hidup, maka tiadalah diterima daripadanya, sedang dia dilaknat dan termasuk orang-orang yang rugi."...Ana nak fokus perkataan "pulon sungguh-sungguh" tu. Okay cerita nak mudah faham dia macam ni. Katalah Ahmad dan Ali kerja satu department. Ahmad masuk pukoi 8 am dan begitu juga Ali masuk pukoi 8 am. Ahmad pulang 4.30 pm, tapi Ali pulang 10.30 pm. Di sini kita boleh lihat bahwa Ahmad semata-mata bekerja. Tapi Ali pulon sungguh-sungguh ot. Tu dia nak cerita "pulon sungguh-sungguh" tu. Maksud ayat Surah Ali Imran:85 tadi ialah sekira hangpa pulon sungguh-sungguh cari selain daripada Islam sebagai cara hidup, Allah kata, "Aku tak terima!"...Walaupun dibentang segala kertas kerja, buat seminar itu seminar ini, nak tunjuknya kata dia betul tapi kalau bercanggah dengan Islam; sia-sia saja tuan-tuan. Jadi ayat Surah Ali Imran:85 ini cukup relevant dengan keterangan hadith yang kita bahas kali ini, iaitu Nabi saw kata, "...siapa yang sungguh-sungguh cari petunjuk selain daripada Quran, maka akan disesatkan Allah."...Nampak tak tuan-tuan; Nabi saw pun guna perkataan "sungguh-sungguh" dalam matan hadith ini. Jadi golongan yang bersungguh-sungguh menolak al-Quran, sebenarnya mereka berada situasi yang cukup bahaya. Kerana automatically Allah akan tolak segala amalan mereka walaupun nampak bagus.

Okay sekarang kita sambung sikit lagi matan hadith ini. Kata Nabi saw, "Quran ini adalah tali Allah yang teguh..."...Yang kata tali ni, hangpa biasa tengok tak tali hat gantung orang salah dalam jail tu?...Bukan sembarangan tali boleh digunakan, tuan-tuan. Sahabat ana kerja penjara cerita, tali gantung tu diimport khas dari Itali. Bonding dia cukup kuat dan kat tengah-tengah tali tu dia ada besi. Dan besi tu lah yang hentak halkum sampai patah tengkok, mengakibatkan pesalah tu mati sampai lidah terjulur keluar. Jadi nak habagnya ialah tali itu perlu kuat kerana nak melaksanakan satu tugas yang besar. Ana bawa cerita ni untuk nak bagi faham bahwa tali yang kukuh memberi manafaat. Begitulah juga dengan al-Quran yang disebut Nabi saw seperti tali Allah yang kukuh. Maknanya dengan kita berpandukan al-Quran, maka kita telah mengikat diri kita dengan Allah. Sepertimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah:256 yang bermaksud, "Siapa yang ingkarkan toghut dan beriman kepada Allah, maka dia sudah memegang tali ikatan yang kukuh dengan Allah."...Maknanya selain dari Quran, tali yang kuat itu juga ialah ingkarkan toghut dan beriman kepada Allah. Kedua-dua ini mesti selari. Ada tak orang yang beriman pada Allah, tapi dalam masa yang sama, dia juga masih bersama toghut?...Ada, berlambak. Lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya yang dok mai ni. Hangpa boleh tengok berlambak muka-muka macam ni akan muncul. Orang macam ni sebenarnya perasan diri sendiri. Sebab disangkanya tali nya kukuh bersama Allah, sedang hakikatnya, tali dia dengan Allah sudah putus.

Dan last sekali dalam perbahasan kali ini Nabi saw kata, "...Quran ini adalah pengajaran yang menjadi ikutan."...Ini memang tidak boleh dinafikan. Sebab itu, amat penting kita bersama al-Quran. Tapi jangan hanya setakat membaca al-Quran sahaja, sedangkan dalam masa yang sama, kita menolak orang yang menyeru kepada penerapan kandungan al-Quran. Ini satu lagi fenomena yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat orang Islam.

Wallahu ta`ala `alam.

 

46786_wallpaper280.jpg