Make your own free website on Tripod.com
Jilid 1 - Bab 3 - Hadith 18(4)

Bab 3 : Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Mari kita sambung perbahasan yang masih lagi dalam hadith yang ke18, iaitu berhubung dengan sifat-sifat al-Quran. Di mana pada sesi yang lalu, kita telah membahaskan sifat yang ke3, iaitu Quran menjadi hukum diantara kamu, kata Nabi saw. Dan ust Halim Nasir telah menyentuh tentang peranan yang telah dimainkan oleh kesultanan Melayu pada suatu waktu dahulu seperti Sultan Zainal Abidin ke2 dan Parameswara, yang mana mereka telah melaksanakan hudud di T`ganu dan Melaka, melalui Batu Bersurat T`ganu dan melalui Qanun Undang-udang Jinayah negeri Melaka. Dan pada sesi yang lalu juga, ust Halim telah menghuraikan tentang hukum-hukum al-Quran yang bersifat zawajir (mencegah) berdasarkan tulisan as-Sheikh Muhammad Ismail dalam bukunya al-Fiqhru al-Islami.

Okay pada kali ini kita sambung dengan ciri yang ke4. Iaitu seperti yang disebut oleh Rasulullah saw, "...dialah (al-Quran) menjadi pemutus antara yang benar dan yang salah. Dan al-Quran ini bukan keterangan yang olok-olok..."...Bila disebutkan ayat Quran sebagai "pemutus", maka sebab itu adanya satu surah yang dinamakan Surah Hamiim Fusilat (as-Sajdah). Pada ayat ke3 dalam surah tersebut Allah sebut, "Itulah dia al-Quran yang dijelaskan ayat-ayatnya supaya menjadi hukum dan pemutus kepada manusia..."...Nak mudah pahamnya, kalau atas dunia ni, fungsinya samalah dengan seorang hakim di mahkamah. Apa kerja tuan hakim?...Dialah yang memutuskan sesuatu hukum di mahkamah. Ambillah mahkamah mana pun; samada mahkamah sesyen, mahkamah rendah, sehinggalah ke mahkamah agong, mahkamah rayuan, mahkamah persekutuan; semuanya mesti ada hakim. Pendakwaraya boleh berhujjah dan boleh memanggil saksi. Begitu juga dengan peguambela. Masing-masing boleh kemukakan apa saja yang hendak dikemukakan. Tapi yang memutuskan hukuman adalah hakim. Begitulah juga halnya dengan manusia. Semua kita ni boleh berhujjah apa saja yang kita nak cakap, tetapi yang memutuskan kebenaran itu adalah al-Quran. Inilah dia asas yang paling mudah untuk difahami.

Kalau kita kaji yang kata al-Quran ini sebagai "pemutus", maka kita akan dapati bagaimana Allah swt memutuskan perkara-perkara dalam berbagai sudut kehidupan manusia yang mesti dipatuhi. Dan yang paling menariknya, pemutus yang Allah turunkan ini (al-Quran), turunnya ia tidak dengan begitu sahaja, melainkan dimuqaddimahkan dengan peristiwa yang berlaku kepada Nabi saw mahupun kepada para sahabah sahabiyah radiallahuanhum ajmain. Mengapa?...Sebab sebarang penurunan keputusan daripada Allah (turunnya ayat) berdasarkan peristiwa yang berlaku itu, tidak lain dan tidak bukan ialah supaya kita dapat mengambil pengajaran yang amat bernilai daripada peristiwa itu. Tapi barang diingat, sebenarnya bukan semua ayat al-Quran itu ada sebab turunnya. Ada juga ayat Quran yang Jibril as turunkan begitu sahaja tanpa ada sebarang peristiwa yang berlaku kepada Nabi saw mahupun kepada sahabah ra.

Okay sekarang mari kita tengok beberapa contoh samada berlaku pada Nabi saw ataupun pada sahabat ra, untuk kita melihat betapa benarnya apa yang Nabi sebut bahwa Quran ini adalah al-Faslu iaitu kata putus yang mesti diikut dan tidak boleh dibantah. Barangsiapa yang bantah, atas dunia ini umpama dia membantah keputusan hakim. Kalau hina mahkamah, ini dinamakan contempt of court. Kalau dia appeal, itu cerita lain. Macam Datuk Seri Anwar, dia appeal kepada mahkamah yang lebih tinggi sebab ini hak dalam demokrasi. Bila mahkamah jatuhkan hukum, bukan maknanya la la tu jugak polis bubuh kita dalam penjara. Bukan lagu tu. Kita ada hak untuk mengemukakan appeal atau rayuan. Kalau mahkamah tinggi yang jatuhkan keputusan, kita masih berpeluang untuk appeal kepada mahkamah rayuan atau mahkamah Persekutuan. Seperti kes Allahyarhamah Mona Fendey, dia appeal dulu sampai Sultan Pahang reject, baru dia digantung. Ini dia hak. Appeal itu cerita lain. Tapi kalau contempt of court, ianya boleh dijatuhkan hukuman. Itu hina mahkamah. Tapi kalau hina Quran, nerakalah jawabnya, bukan lagi kena penjara dah. Tu kena reti. Sebab itu keputusan yang Allah jatuhkan mesti dipatuhi.

Dan peristiwa yang mengiringi turunnya ayat sekali gus menjadi pemutus itu, adalah peristiwa yang mesti dijadikan ikhtibar. Cuba kita lihat kepada beberapa contoh:

1) al-Quran sebagai pemutus antara kemuliaan dan kehinaan.

Apabila berlakunya Fathul Mekah pada tahun 8 Hijrah. Satu riwayat menyebut, selepas selesai saja pembersihan memusnahkan segala patung berhala di sekeliling Ka`bah, maka Nabi saw mengarahkan Bilal ibn Rabah naik ke atas Ka`bah dan mengumandangkan azan. Ini menandakan Islam telah menang di kota Mekah. Tu dia, Nabi beri penghormatan pada Bilal. Kawan tu negro Afrika, panjat memanjat ni memang kerja dia, so laju je la dia panjat naik sampai atas. Tapi time dia azan tu, dalam ramai-ramai sahabat, ada sorang pi komplen, "Ish! sapa yang suruh budak itam tu naik sampai atas tu?...Takdak orang lain dah ka?"...Lalu jawab sahabat yang lain dengan nada marah, "Ape la ko ni!...Kalau Allah tak suka dekat dia, Allah akan gantikan dia dengan orang lain."...Habih sahaja sahabat yang kedua ni cakap, maka turunlah ayat ke13 Suratul Hujurat. Inilah ayat yang memutuskan bagi Allah; hang itam ka, hang cokelat ka, hang putih melepak ka; tapi ukuran Allah ialah, "Wahai manusia! Kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan; Kami jadikan kamu berpuak-puak, berkabilah dan berbangsa-bangsa; supaya kamu boleh berkenalan antara satu sama lain. Dan sesungguhnya, yang paling mulia diantara kamu di sisi Ku ialah yang paling bertaqwa!"...Ayat ini turun bagi membela Bilal ibn Rabah, walaupun kulitnya hitam belegam. Dan ayat ini jugalah sebagai pemutus antara kemuliaan dan kehinaan. Ikhtibarnya apa tuan-tuan?...Ikhtibarnya ialah Allah tak pandang warna kulit, tapi yang Allah pandang ialah ketaqwaan seseorang. Kulit putih cantik macam Abul Lahab, tapi lawan Rasulullah pun buat apa, ke neraka dia. Pangkat besar macam Abu Jahal pun buat apa, lawan Rasulullah, masuk neraka dia.

Bila sebut Bilal ibn Rabah ni tuan-tuan, teringat ana cerita semasa dia disiksa waktu Islam mula bertapak dulu. Time dia kena siksa tu, waktu tu terik matahari di kota Mekah toksah sembang la. Tara la ni hotel bercambah pun masih terasa bahang kepanasan, apatah lagi zaman dulu takdak hotel apa pun?...Bilal dijemur di tengah-tengah padang pasir yang amat panas dengan dibubuh batu besar di atas dadanya. Tak cukup ngan tu, diupah pulak budak-budak baling lagi batu. Waktu itulah tiba-tiba melintas Warakah bin Naufal. Walaupun Warakah buta, tapi dia tahu daripada cerita mulut orang, yang Bilal ni kulit hitam. Tuan-tuan nak tau tak apa Warakah kata semasa dia melintasi tempat Bilal disiksa?...Dia kata, "Demi Allah! sekiranya si budak hitam ini mati kerana seksaan ini, akan ku sapu jasadnya untuk ku ambil barakah!"...Tu dia tuan-tuan yang kata mulianya Bilal ibn Rabah tu walaupun dia hitam.

2) al-Quran sebagai pemutus adab kita dengan Rasulullah saw.

Tadi cerita pasai Bilal. Yang keduanya kita tengok cerita tentang Saidina Omar al-Khatab pula. Nampak tak tuan-tuan, sebab tu kalau kita kaji al-Quran, kita akan dapati banyak ayat Quran turun kerana para sahabat ra. Cukup banyak tuan-tuan. Sahabat bercakap je, turun ayat. Sahabat buat apa pun, turun ayat. Ini menunjukkan kepada kita betapa mulianya para sahabat radiallahu ajmain. Dan sebab itulah juga Nabi saw pernah berpesan dalam satu hadtihnya, kata Nabi, "Jangan kamu hina sahabat ku. Sebab sekiranya salah seorang diantara kamu (manusia selepas zaman sahabat) menafkahkan emas sebesar bukit Uhud (banjaran dia saja berukuran 7 km tuan-tuan oiii!), tidak akan sama pahalanya dengan pahala sahabat ku yang menginfak fisabilillah dengan hanya setengah cupak."...Tu dia tuan-tuan kehebatan para sahabat ra. Mana ada ayat yang membolehkan kita hina sahabat Nabi?...Baru-baru ni ada sahabat ana yang mengaji kat Madinah report, dia kata, "Ana tengok ada sekumpulan orang datang ziarah makam Rasulullah, depa beri salam pada Rasulullah, kemudian melangkah di sebelah kanan, depa ludah makam Abi Bakrin, lepas tu langkah lagi ke kanan, ludah pula makam Omar."...Tu dia aih!...Pasai apa jadi lagu tu?...Bagi puak ni, hanya Saidina Ali kw sahaja yang disanjung. Manakala Abi Bakrin, Omar, Osman, bagi mereka tak boleh pakai. Golongan ini wujud. Kata puak ni, sepatutnya yang ganti Rasulullah ialah Ali, bukannya Abi Bakrin. Lalu mereka menuduh Abi Bakrin sebagai perampas kuasa. Mereka semua ni sembahyang macam kita jugak tuan-tuan, tapi ludah makam Abi Bakrin, ludah makam Omar. Sedangkan pernah Nabi bersabda, "Sekiranya ada lagi rasul selepas aku, nescaya Omar lah orangnya."... Tu dia yang kata Saidina Omar alKhatab tu tuan-tuan. Tuan-tuan tau dak pasai apa puak syiah ni ludah makam Abi Bakrin dan Omar ra?...Sebab depa menganggap kedua sahabat Nabi saw ini kononnya sebagai perampas kuasa, berdasarkan satu kisah ketika Nabi nak wafat. Cerita ini depa ambik jadikan dalil.

Cerita dia lagu ni. Ketika Nabi sedang gering, waktu tu ramai lah para sahabat ada di sekeliling Nabi, seperti Abi Bakrin, Omar, Ibn Abbas dan ramai lagi sahabat. Tiba-tiba dalam keadaan tak larat tu, Nabi buat isyarat seolah-olah dia minta kertas dan pena. Menandakan baginda nak tulis sesuatu. Lalu ada sahabat nak bagi, tapi tiba-tiba dibantah keras oleh Saidina Omar. Kata Omar, "Jangan bagi! Nabi sedang sakit!"...Inilah dia cerita yang puak-puak syiah ambil sebagai dalil untuk menolak Abi Bakrin, Omar dan Osman. Depa kata apa yang Nabi nak tulis tu ialah penggantinya adalah Saidina Ali. Bila Omar tak bagi, tu yang depa ludah makam Omar tu...nauzubillahiminzalik...Pening ana pikiaq, macamana puak syiah ni boleh hina sahabat Nabi saw?...Sedangkan standard kita manusia akhir zaman ni kalau nak compare dengan sahabat radiallahuanhum, bagaikan langit dengan bumi. Malasnya para sahabat, tu kira amalan kita paling hebat. Infaq para sahabat pun, kita dah kena jauh-jauh. Depa infaq bukan macam kita. Depa punya infaq sampai tinggai sudu ngan sendok je. Waktu matinya Abi Bakrin, dia cuma tinggaikan tudung saji ja. Sampai tara tu, cuba bayang tuan-tuan?...Kita boleh ka infaq camtu?...Nak bagi RM10 pun tanya macam-macam, inikan pula nak infaq habis-habisan?...Maknanya kita sama sekali tak boleh hina para sahabat radiallahu anhum...Nauzubillahiminzalik.

Okay berbalik kita pada contoh tadi. Satu hari Nabi saw merajuk kerana dua orang isterinya, ie Saidatina Aisyah dan Saidatina Habsah radiallahuanha. Saidatina Aisyah cukup kuat cemburunya. Sehingga ketika Nabi saw menikah dengan Safiah (seorang perempuan yahudi), Safiah rasa tak senang duduk di rumah sebab selalu dikacau oleh Aisyah. Aisyah selalu perli Safiah, "Tak malunye yahudi, mai rumah orang!..."...Berkali-kali Aisyah dok sebut macam tu, walhal ketika tu Safiah sudah sah jadi isteri Nabi walaupun dia seorang yahudi. Last sekali bila Safiah dah tak tahan, dia pun mengadu kat Nabi saw. Dan Nabi pun ajar Safiah cara nak menangani masalah tersebut, atas dasar iman. Tu dia yang kata Rasulullah...Nabi kata, "La macam ni. Kalau Aisyah masih lagi dok kutuk Safiah kata, yahudi! yahudi! yahudi!, Safiah jawab balik macam ni. Kata kat dia: Yahudi-yahudi aku pun, tok aku nabi o (musa as). Habaq kat dia lagu tu."...Nampak tak tuan-tuan, betapa cerdiknya Rasulullah saw dalam menangani masalah antara isteri-isterinya. Jadi esok bila Safiah tengok Aisyah dok kata lagi kat dia, "Yahudi! tak malu mai rumah orang!"...Lalu Safiah pun jawab macam Nabi ajar, "Yahudi yahudi aku pun, tok aku nabi iaitu Nabi Musa as. Tok hang sapa?"...Senyap Aisyah. Sejak dari hari tu, tak perli dah.

Itu cerita Aisyah yang kuat cemburunya. Ini pula cerita Saidatina Habsah yang cukup kuat perongoihnya. Dia ikut pak dia la, Saidina Omar al-Khatab. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Pak dia Omar alKhatab, memang terkenal dengan panas baran nya. Tumpah kat anak dia, Saidatina Habsah. Tapi baran-baran Habsah, hafizah dia tuan-tuan.

Berbalik pada cerita tadi. Okay satu hari Nabi saw merajuk. Ye la, walaupun dia rasul, tapi dia juga manusia. Merajuk-merajuk ni tabiat biasa bagi manusia. So satu hari Nabi rasa kecik hati kerana dua orang isterinya tu. Dan bila Omar dapat tahu, dia pun pergi jumpa Nabi. Sampai rumah Nabi, Omar bagi salam. Nabi jawab dan keluar pembantu baginda. Bukan Anas, tapi orang lain (lupa plak nama dia). Saidina Omar tanya, "Mana Rasulullah?"...Pembantu tu kata, "Ada kat dalam."...Omar kata, "Cakap kat Rasulullah. Omar nak jumpa sat."...Pembantu tu pun masuk, tengok Rasulullah tengah sedih. Dia pun kata, "Ya Rasulullah, Omar anak si Khatab nak jumpa tuan. Boleh ka dia masuk?"...Nabi kata, "Takyah lah. Cakap kat dia, takdak apa. Suruh dia balik."...Pembantu ni keluar dan bagitau kat Omar bahwa Nabi tak bersedia nak jumpa. Omar kata lagi, "Ni kali kedua. Habaq kat Nabi, Omar nak jumpa sungguh."...Pembantu tu masuk balik dan kata kat Nabi, "Ya Rasulullah, dia nak jumpa sungguh."...Nabi kata, "Ish! takpayah la. Takdak apa. Benda kecik je. Suruh dia balik."...Kali kedua pembantu tu keluar, Omar rayu, "Tolongla! Habaq kat dia. Pak mentua dia nak jumpa."...Kali ke3 guna pak mertua nye kuasa veto, pakai boleh la jawabnya. Bila masuk saja Omar, benda yang mula-mula dia buat ialah dia menangis dulu. Awat tak menangis tuan-tuan?... Dia masuk tengok dalam rumah Nabi apa pun takdak. Ada tikar jerami je. Itulah tilam Nabi. Dia sedih sebab dalam Nabi keadaan macam tu punya baik pun, masih ada isteri Nabi (anak dia sendiri, Habsah) cuba buat sesuatu untuk sakitkan hati Nabi saw. Ini yang buat Omar menangis. Habis saja menangis, Omar pun tanya, "Ya Rasulullah, betoi ka berita yang aku dengar, Habsah dan Aisyah selalu saja bagi sakitkan hati mu?"...Nabi jawab, "Benar. Dan aku bimbang wahai Omar bahwa perempuan-perempuan muhajirin ini, aku rasa sudah terkena penyakit wanita Ansar."...Tuan-tuan nak tau tak apa penyakit wanita Ansar?...Penyakit wanita Ansar, rupanya, depa suka jerkah laki. Ini yang Nabi saw bimbang. Bila Omar dengar Nabi kata begitu, maka berkatalah Omar, "Aku bersama dengan seluruh orang beriman dan juga Jibril as bersama dengan seluruh malaikat, akan berdiri di belakang mu wahai Rasulullah, untuk bersama mempertahankan mu, daripada dua orang wanita ini!"...Habih saja Saidina Omar alKhatab kata macam tu, maka turunlah ayat 4 Surah at-Tahrim, membenarkan Omar dan pemutus adab dengan Rasulullah saw.

Firman Allah itu bermaksud, "Sekiranya kedua-dua perempuan itu (Aisyah dan Habsah) bertaubat kepada Allah, itulah yang terbaik. Jika sekiranya wahai Muhammad, kedua-dua wanita ini masih mahu menyakitkan hati mu, sesungguhnya Allah menjadi Penolong mu dan juga Jibril dan seluruh orang beriman dan seluruh malaikat akan berdiri di belakang mu, untuk berlawan dengan dua wanita ini!"...Lepas saja turun ayat ni, Nabi panggil Habsah dan Aisyah, dan Nabi baca depan depa. Dengaq-dengaq tu, dan-dan kedua-duanya teriak. Ketaq lutut kedua-dua isteri Nabi tu bila depa tau Allah marah. Daripada ayat ini, Allah nak ajaq walaupun kedua-duanya adalah isteri Rasul, tapi masih tak layak untuk kecikkan hati Rasulullah. Tu isteri Nabi tu, Allah tegur. Bayangkan orang yang berani hina sunnah Nabi, macamana kemurkaan Allah terhadap orang macam ni di akhirat esok?...Jadi pointnya di sini ialah antara kita dengan Nabi saw ada adab yang perlu kita faham.

3) pemutus antara munafik dan beriman.

Satu hari masa Saidina Omar alKhatab mai rumah Nabi, dia dengar Nabi sedang berdoa. Dia dengar Nabi doa, "Ya Allah! ampunkanlah puak-puak munafik ni. Kasihanilah mereka..."...Doa kesejahteraan terhadap umatnya, memang tanggungjawab Rasulullah. Yang tu kita kena faham. Tapi apabila didengar oleh Omar, dia pun masuk pi jumpa Nabi saw, dan dia tanya, "Eh! engkau boleh berdoa ya supaya orang munafik ni diampunkan Allah?"...Kata Nabi, "Ya la. Itu memang kerja aku."...Lepas tu kata Saidina Omar, "Ish! puak-puak cilakoi ni, hang bagi pedang kat aku, suruh aku cantas tengkok depa lagi baguih!...Takyah minta ampun aih. Buang masa ja."...Tu dia yang kata Saidina Omar alKhatab. Memang keras pendiriannya. Lepas dia cakap macam tu ja, maka Allah turunkan ayat 80 Surah at-Taubah. Tu dia hebatnya Saidina Omar ra. Allah kata, "Wahai Muhammad! sekiranya kamu minta ampun kepada Ku untuk Aku ampunkan orang munafik itu walaupun sebanyak 70x, tetap Aku tidak akan ampunkannya!"...Selepas turunnya ayat tu, Omar pun kata, "Kan aku dah kata. Puak-puak munafik cilakoi ni takyah minta ampun aih. Pakai ja jubah serban tapi tikam Islam kot dalam. Depa maki hamun engkau wahai Rasulullah."...Inilah ayat yang Allah nak ajar bahwa takyah la kita dok susah payah buat baik tolong minta ampun untuk puak-puak munafik di sekeliling kita hari ini. Cukup berlambak depa hari ini, samada munafik dari sudut aqidah maupun munafik dari sudut hukum. Allah sendiri declare dalam surah at-Taubah bahwa jenih benci Islam tikam daripada belakang ni, sorry la, kita minta ampun untuk depa 70x pun, Allah tak akan ampun.

4) pemutus tentang berpakaian.

Satu hari tu, Saidina Omar alKhatab, Rasulullah saw dan salah sorang ummul mukminin tengah makan bersama. Tengah-tengah syok dok makan tu, tiba-tiba masa nak ambik makanan, Saidina Omar tersentuh tangan isteri Nabi tu. Bila tersentuh, Saidina Omar pun kata, "Tu dia la! aku dah cakap lama dah dekat Rasulullah, suruh isteri dia pakai jilbab, tudung labuh dan tutup elok-elok."...Masa tu hukum tutup aurat ni belum turun lagi. Memang Saidina Omar dah sebut lama dah kat Nabi tentang aurat wanita ni. Cumanya Nabi saw hanya tunggu wahyu ja. Itu cara Nabi. Kata Omar, "Alangkah elok kalau isteri-isteri Nabi dan perempuan-perempuan beriman melabuhkan tudungnya supaya dia tidak menjadi wanita yang boleh buka pakaian sesuka hatinya."...Selepas Omar cakap begitu, Suratul Ahzab:59 pun turun. Allah kata, "Wahai Nabi! Beritahu pada isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu, dan beritahu pada seluruh wanita yang beriman, hendaklah mereka melabuhkan tudung menutup aurat mereka dengan sepenuh-penuhnya."...Inilah ayat sebagai pemutus berpakaian, hasil daripada lisan Omar alKhatab. Sebab tu kalau pakai tudung sekerat terdedah jambul kat depan, yang tu tak aci. Yang tu Woodywoodpecker. Dalam Islam takdak nampak jambul-jambul ni. Dia kena proper tutup aurat. Bila dah ada hukum, maknanya masalah tutup aurat ni bukan masalah kecik. Ianya adalah masalah besar. Bukan apa tuan-tuan; sebab ada orang sebut dalam paper hari tu bahwa tutup aurat ni adalah hak individu...Individu Kepala hotak hang!...Tu ana geram la tu. Kita yang ada anak-anak ni, permasalahan aurat depa kita kena monitor selalu. Anak lelaki agak ringan sikit. Tapi anak perempuan, dia kena tutup seluruh tubuh, ie kena pakai stokin apa semua. Dia ada kaedahnya dalam Islam. Tak boleh buat lebih kurang dalam masalah aurat ni tuan-tuan.

5) pemutus kepada pengharaman khamar.

Start daripada Saidina Omar juga lagi. Satu hari tu, lepas-lepas minum arak, tiba-tiba dia hempas gelas...Gedegang!...Dia pun kata, "Ish! bila la nak haramkan menatang cilakoi ni! Dah naik cemuih minum benda ni."...Maka turunlah Suratul Ma`idah:90; yang mengharamkan arak, judi, tenung nasib dan sembah berhala sebab kesemuanya ini adalah najis.

6) pemutus pengharaman maksiat.

Satu hari tu ada pulak sebahagian sahabat beritahu Nabi saw, "Ya Rasulullah! Adakah berdosa dengan maksiat yang kami buat setelah kami masuk Islam? Sebab yang kami tahu, yang berdosa hanyalah syirik."...Maka turunlah pemutusnya, iaitulah Surah Muhammad:33 yang bermaksud, "Wahai orang beriman! Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada rasulullah, dan janganlah kamu hapuskan pahala amalan kamu (jangan anggap setelah masuk Islam, boleh buat maksiat sesuka hati)."...Tu dia tuan-tuan. Cumanya Allah Ta`ala ini Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Cuba tuan-tuan buka Surah an-Najmi (bintang):32. Allah kata bahwa antara sifat orang yang bertaqwa ialah mereka-mereka ini menjauhkan diri daripada dosa-dosa besar dan yang keji-keji, kecuali dosa-dosa kecil. Maknanya Allah tau kita manusia ni memang jenih dosa kecik tak boleh nak elak. Kadang-kadang mata meliar ja tengok minah kilang pakai kain terbelah sana terbelah sini, tengok amoi rambut color tak color, sembang merapu kat kedai kopi; ini semua contoh dosa kecik. Allah tau kita tak boleh elak semua ni. Lebih-lebih lagi zaman kita sekarang ni....Fuhhh! jangan buat main. Tapi kalau kita boleh jauhkan dosa kecik ni, itulah yang terbaik. Sebab Nabi saw pernah pesan pada Aisyah radiallahuanha, "Wahai Aisyah! Jauhilah dosa walaupun kecil kerana di sana ada kira bicara."...Tapi kalau terbuat juga secara tak sengaja dosa kecik ni, bolehlah di cover dengan pahala wuduk, pahala pi kuliah, pahala sedekah etc. InsyaAllah, semua ni boleh tolong cover dosa kecik. Asalkan jangan buat dengan sengaja. Kerana sengaja mengada-adakan dosa walaupun kecil, ianya dianggap suatu dosa yang cukup besar juga.

7) pemutus kepada menjatuhkan hukum.

Last sekali kita tengok dalam satu kes selepas Perang Badar. Semasa Nabi saw tanya pendapat sahabat tentang 70 orang tawanan perang. Lalu Abu Bakrin ra bagi idea, "Kesemua 70 orang tawanan kita ni, kita jadikan tebusan sebab mereka ni semua pandai-pandai menulis. Apakata kita pajak depa 5 tahun di Madinah, suruh depa ajar anak-anak kita membaca dan menulis. Lepas tu kalau dia nak masuk Islam pun boleh, atau nak balik Mekah tak nak masuk Islam pun boleh. Kita tak paksa."...Nabi kata, "Bagus cadangan tu. Engkau Omar?"...Saidina Omar kata, "Huh! Buang masa ja. Hat 70 orang tu kalau ada dari kalangan Bani Hashim, bagi kat Saidina Ali. Dari Bani Mahzum, bagi kat aku. Dan dari Bani Umaiyah, bagi kat Saidina Osman. Pakat ramai-ramai kita kerat tengkok depa. Tu ja jawapan aku. Sebab mereka-mereka inilah yang menghalau kita keluar daripada bumi Mekah, wahai Rasulullah! Cukup celaka puak-puak ni. Ingat tak hari tu, kita nak tawaf, depa tak bagi. Kita nak ibadat, depa kacau. Sedangkan kita sangat merindui Mekah. Awat ingat Mekah tu bapak dia punya ka?"...Saidina Omar mula bara. Tapi walaubagaimana pun, Nabi saw menerima cadangan dari Abi Bakrin. Omar tanpa berkecil hati, menerima keputusan tersebut. Tapi esok pagi selepas sembahyang Subuh, dengan tiba-tiba ja kelihatan Nabi dan Abi Bakrin menangis. Lalu Omar tanya, "Kenapa ni?..Ceritalah wahai Rasulullah, supaya aku juga turut menangis."...Nabi saw kata, "Wahai Omar! sudah turun ayat yang membenarkan pandanganmu semalam wahai Omar. Iaitu Allah tegur aku supaya semua tebusan itu dipancung!"...Itulah Surah an-Anfal:67. Hebat Saidina Omar ni, tuan-tuan. Tetapi akhirnya, Nabi saw terima juga pandangan Abi Bakrin sebab ada ayat lain yang menasakhkan hukum tersebut.

Sebenarnya beribu lagi ayat-ayat yang menceritakan tentang al-Quran ini sebagai Pemutus. Terlalu banyak tuan-tuan, tapi ust Halim Nasir hanya sentuh 7 contoh saja....Okay tuan-tuan, inilah dia al-Quran sebagai kata Pemutus yang tidak ada siapa boleh bantah. Dalam apa jua kehidupan kita sekalipun, hendaklah al-Quran duduk di hadapan membimbing kita. Cuba perati di jalanraya, tuan-tuan. Semua papan tanda duduk kat depan. Mana ada duduk kat belakang?...Kalau kat belakang, sure nyer accident. Jenoh berside-mirror la kita. Samala juga dengan al-Quran. Quran kena duduk depan. Kalau Quran bubuh di belakang, jawabnya lingkuplah kehidupan. Cuba perati firman Allah dalam Suratul Baqarah:101 yang bermaksud, "...mereka meletakkan kitab Allah di belakang punggung mereka. Seolah-olah mereka tak tahu perbuatan itu salah."...Walaupun ayat ini turun bersempena peristiwa orang-orang yahudi yang melemparkan Taurah ke belakang mereka, tetapi pengajarannya masih berjalan sampai Qiamat. Maknanya, samalah kalau kita melemparkan Quran di belakang kita, jawabnya akan lingkuplah aqidah kita dan akan rosaklah iman kita...nauzubillahiminzalik.

Wallahu ta`ala `alam.

48841_wallpaper280.jpg