Jilid 1 - Bab 3 - Hadith 18(2)

Mastika Hadith - Jilid 1

Bab 3 : Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. InsyaAllahu ta`ala pada kali ini, kita sambung perbahasan pada hadith yang ke18, yang telah dibicarakan muqaddimahnya pada sesi yang telah lalu. Iaitulah berhubung dengan hadith Rasulullah saw, dimana Nabi memberitahu kepada Saidina Ali karramallahu wajhah tentang akan berlakunya fitnah di akhir zaman. Lalu Saidina Ali tanya cara mana nak keluar daripada fitnah itu, maka Nabi saw jawab, "Al-Quran!"...Dan kemudiannya Nabi saw huraikan 20 sifat-sifat al-Quran. Dan kita telah membahaskan pada sesi yang telah lalu, sifat yang pertama. Iaitulah di dalam al-Quran itu terdapat kisah umat-umat sebelum daripada kita. Dan telah pun dihuraikan konsep dan ajaran Allah berhubung dengan pengajaran-pengajaran yang boleh kita kutip daripada kisah umat-umat yang terdahulu mendiami bumi Allah swt, terutamanya umat-umat yang ingkar, yang kuffur dan yang telah dibinasakan oleh Allah swt, samada merekanya sebuah kerajaan seperti kerajaan Firaun, Namrud dan sebagainya, mahu pun seorang individu seperti Qarun laknatullahi alaik. Semuanya telah dibahaskan pada sesi yang telah lalu.

Dan pada kali ini kita sambung tentang sifat al-Quran yang kedua, yang disebut oleh Rasulullah saw di dalam menerangkan kepada kita, apa dia itu al-Quran. Rasulullah saw telah bersabda: "..., dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu,..." (HR at-Tirmizi dan Darimi)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Perkara kedua yang disebut oleh Rasulullah saw berhubung dengan al-Quran ialah antara ciri-ciri al-Quran itu ialah ianya tolong mengkhabarkan kepada kita tentang perkara-perkara yang akan berlaku sesudah kita. Inilah dia perkara yang tidak dapat disampaikan oleh mana-mana cendiakawan, atau professor sehebat mana sekali pun, walaupun bergulung-gulung ijazah PhDnya, dia tidak akan dapat memberitahu kepada kita, apa yang akan berlaku kepada makhluk ini; samada makhluk itu namanya manusia, atau samada makhluk itu namanya gunung langit bukit bukau lautan, atau samada makhluk itu namanya bintang-bintang cakerawala, atau samada makhluk itu namanya tumbuh-tumbuhan, pendekata apa saja makhluk; tak ada manusia malahan tidak ada satelite secanggih mana pun yang boleh ramal untuk kita apa yang akan berlaku pada penama-penama yang disebut tadi apabila sampai saat kehancurannya.

Bila sebut satelite, canggih tak canggihnya satelite hari ini, sampai adanya satelite yang kerjanya mengintip pergerakan manusia di bumi. Depa boleh tahu kekuatan tentera setiap negara di bumi. Peluru-peluru berpandu yang cari Saddam Hussein hari tu pun atas arahan satelite la jugak. Sampai ke tahap tu kerja satelite. Yang kita tengok live bola, boxing apa semua tu; semuanya pakai satelite. Selain itu, satelite juga digunakan untuk communication, iaitu perhubungan dua hala antara kapal laut atau kapalterbang dengan satelite. Kapal laut yang berpandukan satelite, ia dinamakan navigation satelite. Tengah-tengah laut tu mana ada signboard nak tunjuk kiri kanan depan apa takdak. Dia laut sesaja. Mana nak tahu position kita di tengah laut tu kalau tidak diberitahu oleh navigation satelite. Inilah sedikit ilmu yang diberi oleh Allah swt. Sama la juga dengan aircraft, pilot yang bawa kapalterbang tu. Kat atas nuuuun lagi sakan, bukan ada apa pun. Mana pilot nak tahu kedudukan dia?...Satelite lah yang bantu dia dengan izin Allah. Nak katanya, hebat tara mana pun satelite, tapi dia tak boleh beritahu kita, apa yang akan berlaku pada bumi, apa akan berlaku pada langit; apabila sampai nanti saat kehancurannya. Begitulah juga sehebat mana pun professor seperti Albert Einstein yang mengemukakan teori E = mc˛ yang kita belajar di sekolah, Isaac Newton yang mengajar kita graviti bumi, sehebat mana manusia-manusia ini, mereka tak boleh beritahu kita apa akan berlaku selepas kita meninggalkan alam ini. Hanya yang boleh memberitahu kita ialah al-Quran yang diturunkan oleh Allah dan dihuraikan oleh lisan Rasulullah saw. Inilah dia kehebatan al-Quran.

Menurut ust Halim Nasir, dalam banyak-banyak cerita yang diceritakan di dalam al-Quran, bolehlah kita rungkaikan kepada 3 topik yang amat besar berhubung dengan "apa yang berlaku sesudah kita". Yang pertamanya ialah mati. Yang keduanya cerita sesudah mati (alam akhirat). Dan yang ketiganya ialah syurga neraka. Inilah dia 3 topik besar yang tidak ada seorang pun manusia cendiakawan yang boleh sembang beritahu kat kita, kecualilah wahyu Allah swt.

Okay yang pertamanya kita tengok dulu bab mati. Kalau tok arab tanya hangpa, "mata mata"?...Hangpa jangan jawab "polis". Dalam arab, "mata mata" itu dia tanya, "Bila hang nak mati?"...So kita jawab, "Tak tau, Allahu ta`ala `alam.".

Dalam Quran, Allah hurai pada kita cerita mati dengan begitu detail sekali. Cuba perati Surah al-Mulk:2, yang bermaksud, "Dialah Allah yang telah menciptakan mati..."...Cuba tuan-tuan perati betul-betul kalimah "menciptakan" dalam ayat tu, yang disebut "kho la qo" dalam Quran?...Kalaulah kita reti kaji al-Quran, daripada kalimah "kho la qo" itu, kita akan nampak betapa Maha BijakNya Allah swt. Mari kita tengok pasai apa Allah gunakan kalimah "kha la qo" di situ?...Inilah kaedah yang digunakan oleh Allah untuk Dia menarik satu bentuk keyakinan pada hati kita bahwa mati itu adalah satu benda betul, seperti juga kita yakin Allah yang buat kita sebagai insan. Cuba kita tengok kalimah "kho la qo" pada Surah ar-Rahman:14 yang bermaksud, "Dialah Allah yang telah menciptakan manusia (insan) dari tanah liat kering..."...Nampak tak Allah gunakan kalimah "menciptakan" (kho la qo) dalam ayat Dia menceritakan macamana Dia buat manusia. Sekarang yakin tak Allah yang buat kita?...Yes, sebab disebut dengan kalimah "kho la qo" (menciptakan). Okay sekarang kita balik pada ayat Surah al-Mulk:2 tadi, "Dialah Allah yang menciptakan (kho la qo) mati...". Makna "kho la qo" dalam ayat Surah al-Mulk:2 ini adalah sama dengan "kho la qo" dalam ayat Surah ar-Rahman:14 tadi. So mau tak mau, kita terpaksa yakin bahwa mati ini pasti ada, seperti juga yakin adanya kejadian manusia. Inilah dia Maha CerdikNya Allah dalam nak menarik perhatian kita supaya sedar bahwa mati ini benda betul. Bukannya apa tuan-tuan, kita cerita macam ni sebab ramai dikalangan kita, tak teringat pun nak mati, walhal benda ni betul.

Bila sebut lagu tu, teringat saya dengan kata-kata Saidina Ali kw, katanya, "Antara perkara yang aku paling takut menimpa kamu ialah perasaan masih jauh dengan mati!"...Tak takut ka dengaq lagu tu, tuan-tuan?...Cuba tanya diri masing-masing, ada tak perasaan seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali tu dalam hati kita?...Ada, tuan-tuan. Hat 20an, dok rasa baru masuk alam remaja. Enjoy sakan depa time tu. Pernah satu hari tu ada satu remaja bagitau kat saya, "Relek la bang! Muda-muda ni mau suka ria, bila dah tua mau kaya raya, bila mati nanti mau masuk syurga!"...Tu dia! mana punya slogan dia ambik, kita pun tak tau...Yang hat 30an pulak, dok rasa baru 30. Omputih kata life begin at 40, so enjoy la lagi. Bila sampai 40an, pun dok rasa lambat lagi nak mati, pasai hat 78 tu pun nampak ok lagi. Tapi apa yang depa tak sedaq ialah persoalan mati ni, dia bukan kira muda ka tua?...Berapa ramai remaja belasan tahun kita terguling syahid ataih jalanraya, race punya pasai?...Berapa ramai sekarang ni masuk saja 30an, tup! kena penyakit 3 serangkai, jantung, kencing manih, darah tinggi?...Cukup ramai sekarang ni yang dah kena. Dengan SARS nya pulak sekarang ni. Macam-macam!...Maknanya nak habag, bila-bila masa saja malaikat maut boleh mai jemput. Atau dalam lain perkataan, bila-bila saja kita semua boleh mati. Sebab?...Sebab Allah yang ciptakan mati, dan Quran menjelaskannya secara cantik bahasanya, iaitulah "Kho la qol maut".

Perasaan rasa jauh lagi nak mati yang menimpa umat akhir zaman inilah yang sangat dibimbangi Saidina Ali kw. Sebab itu orang zaman dulu-dulu, ada yang buat well preparation untuk mati. Dulu kita pernah dipertontonkan satu slot dalam Jejak Rasul (hat tv3 buat tu), bagaimana krew depa masuk bawah tanah, tunjuk kat kita tempat seorang ulama` yang suka kurung diri dia sendiri di bawah bilik bawah tanah yang menyerupai sebuah terowong selama beberapa jam. Dia selimutkan dirinya dengan kain putih, seolah-olah dia sudah mati. Kemudian sambil-sambil dia baring tu, dia pun bayangkan, "Kot-kot beginilah gamaknya dalam kubur!"...Ini dia peel orang zaman dulu, sebab depa rasa mati ni terlalu dekat. Orang la tak buat dah lagu tu. Kalau ada yang buat, sah akan dicop sebagai orang gila!

Perasaan rasa lambat lagi nak mati ni, saya sendiri mengaku memang kita semua ada. Sebab, rasa baru 20an, baru 30an, baru 40an, baru 50an, walhal memang kita sedar Allah dah ambik nyawa orang muda cukup ramai dah. Ini dia cerita mati. Dan siapa rasa nak lari daripada mati, Allah warning siap-siap. Firman Allah dalam Surah al-Jumu`ah:8 yang bermaksud, "Sesungguhnya mati, yang kamu cuba lari daripadanya, ianya akan datang bertemu kamu,..."...Tu dia tuan-tuan. Sehingga ada ulama` buat kiasan, katanya, "Sebagaimana rezki datang mencari manusia, begitulah juga mati, datang mencari manusia!"...Oleh sebab itu tuan-tuan, setelah kita tahu Quran tidak pernah lari daripada membicarakan persoalan mati, maka hendaklah kita be well preparation tentang mati ini.

Yang keduanya, setelah kita mati, Quran tak pernah lupa untuk memberitahu tentang kehancuran alam (al-Qiamah). Cuba tuan-tuan buka Quran especially ayat-ayat yang turun di Makkah (surah-surah Makiyah). Dalam surah-surah Madaniyah pun ada juga tapi tak banyak bicaraNya sebab ia berlegar sekitar hukum di Madinah. Dalam surah-surah Makiyah, ya, kita akan dapati banyak kisah-kisah tentang hari Qiamat dihimpunkan, terutamanya surah-surah di belakang tu, yang kita panggil "Juzuk `Amma" tu, yang bermula dengan Surah an-Naba`. TujuanNya tak lain ialah supaya kita sedar akan berlaku nanti saatnya bahwa bumi yang kita pijak ini, yang bergerak dengan begitu laju ( tak laju lagi ka kalau boleh bergerak sejauh 30.6 km dalam masa 1 saat?!!...MasyaAllah), yang gunung-ganang di dalamnya, langit di atasnya, tapi bila sampai saat yang ditetapkan maka hancurlah segala-galanya.

Cuba tuan-tuan baca Surah at-Takwir. Dalam surah ini kita boleh melihat bagaimana Allah swt mengkhabarkan perkara Qiamat ini kepada kita dalam suatu gaya bahasa yang cukup menarik, yang kebenaranNya telah dipersetujui oleh ahli-ahli sains mutakhir ini. Kalau rajin kita check internet atau kalau rajin kita lihat rancangan-rancangan sains di tv (seperti Science Frontier, National Geographic dll), lebih-lebih lagi bila kita tengok ahli-ahli sains geologi yang mengkaji tentang bumi, tentang gunung-ganang, tentang langit, itu diinterview; maka kita akan lihat mereka-mereka ini sebenarnya sedang membenarkan firman-firman Allah yang berhubung dengan kehancuran alam. Dari sini kita boleh gain banyak knowledge. So, daripada dok tengok hindustan, lebih baik kita tengok rancangan-rancangan sains tadi. Hindustan toksah dok tengok la. Merapu je ceritanya. Jalan ceritanya, itu-itu ja. Bukan ada faedah apa pun. Dok syok sorang-sorang tengok pusat heroine, buat apa?...Baik kita tengok rancangan-rancangan yang boleh menambahkan ilmu kita. Itu lebih berfaedah.

Cuba tuan-tuan bayang bila Allah kata dalam Surah at-Takwir:1-2 yang bermaksud, "Apabila matahari padam cahayanya!...dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran."...Bila sebut bintang, teringat saya kata-kata Sheikh Mustapha Masyhur, kata dia, "Melihat keindahan bintang-bintang yang bergemerlapan dilangit itulah hiburan bagi orang yang sering berjuang di jalan Allah, kerana dia boleh melihat akan Kebesaran Allah."...Walaupun bintang itu kelihatan cantik sedangkan sebenarnya jarak antara satu sama lain ialah ribuan kilometer jauhnya, tapi bila Allah kata ianya akan jatuh berguguran nak timpa kepala kita esok, gerun dalam hati mula mari. Inilah yang Quran cerita 1400 tahun dahulu dan ahli sains baru saja jumpa teorinya hari ini, lantas membenarkannya. Ahli-ahli sains inilah yang mengkaji tentang bintang, pergerakan planet dan akhirnya mereka berjumpa dengan teori Bigbang baru-baru ini. Mereka telah bertemu dengan teori, bagaimana bintang-bintang semua ini boleh berlaga dan jatuh. Teori mereka ialah daya tarikan graviti pada asalnya adalah pada kadar 9.81 Newton, tetapi akibat manusia semakin ghairah dan semakin tamak meneroka khazanah alam ini dengan mengorek habis hasil bumi seperti minyak, gas, emas dan sebagainya, maka ini akan menyebabkan graviti itu menjadi semakin lemah. Akibatnya nilai graviti ini akan berkurangan dari 9.81 newton menjadi 7.0, menjadi 5.0, menjadi 3.0, menjadi semakin kurang kekuatan tarikannya. Kita perlu ingat bahwa dengan izin Allah, matahari dan planet-planet sekitarnya diikat dengan graviti. So, bila bumi semakin lemah gravitinya, maka besar kemungkinan perlanggaran akan berlaku kerana bumi sudah tidak lagi duduk di atas paksi orbitnya. Di sinilah kehancurannya bila bumi, matahari dan planet-planet sudah tidak mampu lagi untuk mengikat antara satu sama lain akibat graviti yang semakin lemah, semakin lemah, semakin lemah...Akhirnya mereka akan bertembung dan berlakulah perlanggaran, maka berlakulah apa yang Allah sebut pada ayat 2 Surah at-Takwir tadi...Inilah dia sains dalam ayat Quran tuan-tuan ooiii!...Sebab itu, jangan kita ketepikan sains. Apakah cerita sains seperti dalam ayat Quran ini hanya sekadar seronok dibaca sahaja?...Tidak tuan-tuan. Sebenarnya Dia ada meaning. MesejNya ialah "Aku Allah The Most Superpower. Aku boleh buat apa saja yang Aku mahu!"...Ini pointNya. Hangpa di bumi, takdak kuasa apa. Takdak satu habuk kekuatan pun yang ada pada kita, hatta nak tolak perasaan mengantuk pun tak mampu. Inilah yang menunjukkan betapa lemahnya manusia.

Sekarang cuba kita perati tengok pula ayat 6 Surah at-Takwir, yang bermaksud, "Dan apabila lautan bergelora meluap-luap,..."...Cuba tuan-tuan bayang, laut yang kita dok pi terjun mandi sekitar P.Pinang ni seperti Tanjung Bunga, Batu Feringgi, Telok Bahang apa semua ni; tiba-tiba bila dia nak diqiamatkan, dia mengamok meruap naik habih bantai kita. Cuba bayang suasana tu?...Bukan ka kita pernah tengok dalam rancangan National Geographic yang tajuknya seperti Anatomy Disaster atau Without Warning?...Yang kadang-kadang dia cerita tentang ribut, atau kadang-kadang dia cerita tentang laut yang bergelora. Ditunjuknya kepada kita bagaimana di sweep-out habih rumah-rumah di tepi pantai. Kita tengok ombak punya tinggi tu pun dah seram tengkok. Itu baru angin yang tolak, bukannya qiamat lagi. Tu pun kita dah takut. Jadi macamana kita nak bayang apabila qiamat berlaku, sehingga lautan meluap-luap hempap kepala kita?...Nauzubillahiminzalik.

Okay sekarang kita patah balik tengok ayat 3 Surah at-Takwir pula, yang bermaksud, "Dan apabila gunung-gunung diperjalankan (berterbangan),..."...Allah guna istilah berjalan sebab zaman dulu manusia reti berjalan, tak reti terbang. Nampak tak CedikNya Allah dalam penguasaan bahasaNya. Kalaulah Allah kata, "Bila gunung itu diterbangkan", orang zaman dulu gerenti pening pasai depa tak boleh imagine macamana gunung boleh terbang?...Sebab tu Allah guna istilah "gunung dijalankan", sebab ia sesuai dengan kefahaman otak orang zaman dulu, yang hanya tau berjalan...Kat Penang ni, takdak la gunung. Tapi kalau kita pi Kedah, daripada Highway tu kita boleh nampak tersergam gagahnya Gunung Jerai. Gunung yang kita rasa gagah dah tu, tiba-tiba bila datang qiamat, dengan dia-dia sekali Allah terbangkan. Tuan-tuan boleh bayang lagu mana gunung terbang?...Itulah yang disebut Allah dalam Surah al-Qari`ah:5, "Dan gunung itu dijalankan seperti bulu-bulu yang berterbangan."...Tuan-tuan pun tau kan macamana bulu terbang?...Sat dia naik ataih, sat dia turun bawah, sat gi angin mai dia terbang balik. Begitulah keadaan gunung yang dijalankan oleh Allah ketika nak qiamat. Saintis mengkaji dan menepati kebenaranNya, iaitulah bila mereka mendapati sekiranya graviti bumi menjadi kurang, maka bumi sudah tidak akan mampu lagi untuk menahan tekanan-tekanan daripada gunung (sebab gunung adalah pasak bumi), maka akhirnya gunung itu akan terlepas daripada bumi. Bila saintis kaji, baru kita tahu akan kebenaran al-Quran. Maknanya, al-Quran tak pernah lupa untuk cerita keadaan hari Qiamat untuk kita. Bila kita baca dan faham isi al-Quran tentang hari Qiamat, maka hendaklah kita lahirkan rasa gerun kepada Allah swt.

Tadi yang ke2, sekarang yang ke3 nya ialah Quran cerita tentang syurga dan neraka. Cerita syurga neraka ni cerita betul tapi dia barang tak nampak. Yang kita panggil dengan "ghoibiyah". Begitu juga dengan cerita-cerita para malaikat, depa memang wujud tapi kita yang tak boleh nampak. Inilah yang diajar oleh Allah bahwa asas kekuatan iman ialah "al-yakin". Sebab itu seawal ayat ke3 Suratul Baqarah, Allah meletakkan syarat no. 1 bagi orang yang dikatakan bertaqwa ialah kena percaya benda ghaib. Jadi cerita syurga neraka ni walaupun kita tak nampak, tapi wajib diyakini sebab ianya datang dari al-Quran. Sedangkan dalam kehidupan kita sehari-hari ni pun, dalam kita sedar ataupun tidak, kita sebenarnya sedang bergelumang dengan benda-benda ghaib, yang kita tak nampak tapi kita percaya ianya wujud. Bukan ka hari-hari kita dok on tv?...Bila kita on saja tv, sebenarnya kita sedang membenarkan benda ghoibiyah. Kita jangan tengok gambar di skrin tv tu saja, tapi cuba kita balik kepada teori macamana frequency in video frame itu dihantar. Di M`sia ni, kita tahu ianya dihantar melalui satelite bumi di Kuantan, atau satelite bumi di Kubang Pasu, atau dia pakai sky satelite. Kita boleh nampak ka frequency-frequency yang dihantar tu?...Tak nampak, betoi tak?...Maknanya, frequency in video frame ini dia datang dan singgah di ariel rumah kita dalam bentuk ghaib yang kita sama sekali tak nampak. Dia singgah tu pun hanya dalam quantiti yang terlalu kecil, iaitu micro Volt saja. Micro volt ni ialah 1/1000000. Dia bukannya makro. Makro tempat hangpa dok perabih duit. Dia micro. Paling tinggi pun 10 microV saja yang mai pun. Nampak tak betapa tiny nya signal yang singgah kat ariel rumah kita?...Dia masuk kot ariel, kena reflector, kena director, lepaih tu masuk dalam circuit yang ada pula video amplifier, ada pulak IF stagenya, sampai ke video detector, pi ke video circuit, last sekali keluarlah gambar samada kita suka ka tak suka, dia tetap keluar.

Nampak tak tuan-tuan?...Sebenarnya tiap-tiap hari kita sedang melihat cerita ghaibiyah. Apakah tuan-tuan nampak di ariel rumah kita tu ada signal microV?...Mana nampak. Dalam pada tu pulak, hari-hari juga kita on radio samada dalam kereta maupun di rumah. Dengan ikim.fm nya, dengan 97.5 MHz RMKnya, dengan 95.7 MHz hat Penang punya, 94.9 MHz Radio KL, 103.6 MHz THRnya lah, 104.4 ni lagi hebat lagu dia sampai tergedik-gedik kaki kita; samada apa channel pun kita set, sedar atau tidak, yang datang kat ariel tu signal dia kecik ja, tapi bila masuk dalam circuit, akhirnya keluar sound. Tuan-tuan nampak tak signal yang datang tu?...Tak nampak.

Begitu jugalah dengan current flow dalam wire. Nampak tak current tu?...Tak nampak. Percaya tak ada current?...Percaya. Buktinya?...On switch, kipas pusing. On switch, lampu menyala. Kalau nak lebih yakin, cuba la pi kerobek pegang tengok wire. Standby kain kapan la jawabnya. So memang kita yakin adanya current walaupun tak nampak. Itu bab dunia tuan-tuan oiii!...Kalau tuan-tuan boleh percaya bab ghaibiyah hal dunia ni, pasai apa tak ndak percaya hat Quran cerita?...Syurga neraka tu Quran yang cerita walaupun dia benda tak nampak. Jadi kalau Allah yang bagitau, maka wajib diyakini bahwa benda tu ada.

Dalam Quran ni banyak ayat yang Allah cerita pasai syurga neraka. Cuba kita lihat Allah cerita pasai syurga dalam Surah al-Qiamaah:22-23, "Wajah-wajah ahli syurga pada hari itu (hari qiamat) riang gembira. Kerana dapat melihat wajah Tuhan mereka."...Ya Allah Ya Rabbi, nak cerita apa lagi tuan-tuan kalau boleh tengok Zat Allah?...Inilah climaxnya!...Nampak tak tuan-tuan, sehingga dalam syurga pun, Allah bagi kita hiburan. Maknanya, Islam sebenarnya tak larang hibur menghibur ni. Tapi cumanya, kita kenalah jaga batasan-batasannya. Seperti jangan sampai melalaikan kita daripada sembahyang. Jangan bercampur tanpa batasan lelaki perempuan. Ada nas tentang hiburan dalam Islam ni. Ada riwayat yang menyebut satu hari tu ketika Nabi saw tanya Aisyah radiallahuanha, "Ni nampak kelamkabut orangramai ni apa hal?"...Aisyah kata, "Ooo! hari ini hari kenduri kahwin seorang wanita Ansar, ya Rasulullah."...Nabi kata, "Ooo gitu! Awat tak pukul gendang?...Pukul-pukul la gendang sikit."...Lalu Aisyah pun panggil ahli pukul gendang bagi memeriahkan lagi majlis kenduri tersebut. Ni dia cerita hiburan. Jangankan kata di dunia; nuuun, sampai dalam syurga pun ada hiburan untuk ahli syurga. Dan antara hiburan untuk ahli syurga yang Nabi saw sebut ialah bacaan kitab oleh para rasul as. Sehingga Nabi saw kata, "Nabi yang mula-mula sekali dipanggil untuk menghiburkan ahli syurga ialah nabi yang mempunyai suara paling merdu, itulah dia Nabi Daud as dengan kitab Zaburnya."...Nabi Daud tuan-tuan oiii!...bukannya M.Daud. Time tu ahli syurga dengaq tak tau nak cakap la tuan-tuan. Maknanya, kena la masuk syurga, baru kita tau. Kemudian kata Nabi saw lagi, "Yang kedua akan datang membaca untuk menghiburkan ahli syurga ialah Nabi Musa as dengan kitab Taurahnya."...Allahu Rabbi, tak tau nak bayang macamana nikmatnya. Dan akhirnya kata Nabi saw, "Allah juga akan menjemput aku untuk menghiburkan ahli syurga. Lalu aku akan membaca al-Quran, dan surah yang aku akan baca ialah Surah Thaaha."...Tu dia yang kata hiburan dalam syurga.

Nampak tak syurga sekarang?...Tak nampak. Begitulah juga dengan neraka. Sapa pun tak pernah nampak lagi. Tapi dianya wujud sebab Quran beritahu bahwa ini adalah ghoibiyat, dan ghoibiyat ini adalah benda yang benar, yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun...Kena ingat ni tuan-tuan. Sebab itu, kita kena cari jalan juga macamana nak memasuki syurga Allah swt, yang segala jenis kenikmatan ada di dalamnya. Seperti bidadariNya, seperti sungai maduNya, seperti sungai-sungai arakNya yang lazat diminum, sungai susuNya dan berbagai-bagai lagi benda yang tidak boleh terbayang oleh akal kita...Ish! Tak tau nak kata. Kena cari jalan masuk juga tuan-tuan...Tapi syarat nak masuk syurga, takdak lain, melainkan kena ikut jalan-jalan para nabi dan pasa rasul alaihissalam. Apa jalannya tuan-tuan?...Apa lagi kalau bukan jalan perjuangan. So sapa tak berjuang bantu Islam, lepas tu berangan nak pi syurga, minta maaf la banyak-banyak pasai takdak tempat untuk orang lagu ni di syurga.

Cuba tuan-tuan buka kitab sirah nabi-nabi. Cuba tuan-tuan cari, ada dak kisah nabi-nabi dan rasul-rasul ni semua duduk relax?...Mana ada. Cerita para nabi para rasul ni semuanya cerita tentang perjuangan. Bermacam-macam ujian yang depa kena. Sehingga ada yang kena lempar dalam api, kena katok, kena maki, kena caci, kena buru, kena ludah muka, kena sepak pungkok dan ada sampai ke tahap dibunuh. Inilah dia cerita nabi-nabi. Ada ka pernah kita dengar, "Maka pergilah Nabi Ibrahim memakan angin di Argentina."?...Mana ada tuan-tuan oiii!...Start-start Nabi Ibrahim as sedar kata dia dilantik menjadi nabi Allah, terus saja dia mendakwah dan seru seluruh kaumnya, sampailah dia dicampak oleh Namrud ke dalam api. Mana ada Nabi Ibrahim relax tuan-tuan oiii!...Begitulah juga yang berlaku pada Nabi Muhammad, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan nabi-nabi yang lain. Depa takdak relax punya...Sebab tu kalau ada orang melayu fikir dengan duduk relax di rumah sambil on tv ja, dia boleh pi syurga; minta maaf la banyak-banyak. Yang kaki sembang kedai kopi, pung! pang! pung! pang!..dok maki Islam, maki ulama; ni lagi la minta maaf banyak-banyak pasai takdak tempat untuk dia nak pi syurga.

Tak takut ka tuan-tuan bila dengar Allah bagitau kat Nabi Adam as, "Setiap 1000 manusia di Padang Mahsyar, hanya seorang sahaja akan ke syurga. Yang 999 lagi ke neraka!"?...Takkan tuan-tuan tak ada perasaan gentar dengan berita sebegini?...Apakah tuan-tuan tak berasa bimbang kalau hat 999 tu antaranya ialah kita?...nauzubillah. Sebab yang kata seorang tu pun, entahkan dah dapat kat ulama`, atau dah diisi oleh para wali. Yang kita ni, duduk mana hala pun tak tau...Ish! takut saya tuan-tuan. Jadi harapan kita hanyalah kepada Allah, di atas Rahmat dan Kasih sayangNya.

Dan last sekali apa yang saya nak bagitau ialah dalam Quran, bukan sekadar Allah cerita tentang nikmat-nikmat yang ada dalam syurga sahaja, malah Allah tunjukkan juga pedoman ke syurga dan juga pedoman ke neraka. Mudah fahamnya, kalau kita mahu ke syurga, maka ikutilah jalan para nabi dan jalan para rasul as. Tapi kalau kita mahu ke neraka pun, Allah tunjuk jalannya juga. Itulah dia jalan Firaun, jalan Qarun, jalan Namrud dan jalan orang-orang yang sama waktu dengan depa...nauzubillahiminzalik...Sebab itu, kita yang masih hidup ini, yang masih diberi peluang memilih mana satu jalan nak pi ni, fikirlah habis-habis mana satu jalan pilihan kita.

Wallahu ta`ala `alam.

 

45677_wallpaper280.jpg