Make your own free website on Tripod.com
Jilid 1 - Bab 2 - Fasal 1 - Hadith 12

Mastika Hadith - Jilid 1

Bab 2 : Beriman Kepada Rasul-rasul Allah.

Fasal 1: Kerasulan Nabi Muhammad saw.

Hadith 12

Dari Jabir bin Abdillah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Aku dikurniakan 5 keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripada ku...; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya."

Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ra (baginda saw bersabda): "...sedang aku diutuskan kepada sekelian makhluk." (HR Bukhari dan Muslim)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke12 yang kita baca pada kali ini menerangkan tentang keistimewaan yang dikurniakan Allah pada Rasulullah saw. Kalau kita baca al-Quran pun, kita akan mendapati bagaimana Allah swt telah melebihkan Rasulullah saw berbanding dengan rasul-rasul yang lain. Nak mudah pahamnya, cuba tuan-tuan tengok macamana Allah sebut dalam Quran nama rasul-rasul selain Nabi Muhammad saw. Dia hanya sebut dengan nama rasul itu sahaja. Contohnya dalam ayat 17 Surah Taahaa yang bermaksud, "Wahai Musa! apa dia ditangan kanan mu itu?"...Allah panggil dengan nama saja. Ataupun cuba kita tengok seperti ayat 69 Suratul Anbiyaak yang bermaksud, "Wahai api! Sejuk dan sejahteralah engkau ke atas Ibrahim."...Nampak tak, Allah sebut dengan nama saja. Tapi kalau Nabi Muhammad saw, Allah swt panggil dengan kalimah "Ya ayyuhannabi" atau "Ya ayyuharrasul". Contohnya cuba tuan-tuan tengok ayat pertama Suratul Ahzaab, firman Allah yang bermaksud, "Wahai Nabi! Bertaqwalah kepada Allah..."...Kalimah "Nabi" disini ialah Muhammad saw. Atau dalam ayat 59 juga dalam Suratul Ahzaab yang bermaksud, "Wahai Nabi! Beritahu isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, beritahu orang-orang perempuan dikalangan yang beriman, supaya tutuplah aurat mereka..."...Kalimah "Nabi" di sini pun dimaksudkan kepada Muhammad saw. Memang ada juga ayat yang Allah sebut dengan kalimah "Muhammad" saja seperti dalam ayat 2 Surah Muhammad (saw). Ini kerana untuk menerangkan Islam yang dibawanya. Ataupun dalam Suratul Fath:29 yang mana Allah sebut, "Muhammaddurrasulullah..."...Walaupun disebut "Muhammad" tapi dihujungnya ada kalimah "rasulullah". Inilah keistimewaan Rasulullah saw.

Cuba kita tengok dalam peristiwa Isra` wal Mikraj. Ada Nabi saw minta di Isra` Mikrajkan?...Nabi saw tak pernah diminta untuk di Isra` dan diMikrajkan. Ini semata-mata Allah yang bagi. Walaupun kita diceritakan tentang kehebatan kenderaan angin yang dikurniakan Allah kepada Nabi Sulaiman as, tapi ia hanya berlegar sekitar ruang angkasa dalam kawasan bumi sahaja. Sedangkan Nabi saw dibawa Allah naik sampai melepasi 7 lapisan langit sehinggalah ke Sidratil Muntaha. Ini lagi satu keistimewaan Nabi saw.

Okay hadith di atas kalau tuan-tuan perati, sebenarnya penulis kitab ni dah potong sebahagian daripada isi hadith tersebut. Di awal hadith tu sebut Nabi diberi 5 keistimewaan, tapi apa yang kita lihat hanya satu saja yang disebut pengarang. Maknanya lagi 4 keistimewaan tidak disebut. Yang disebutnya hanya satu saja sebab point pengarang hanya nak bagitau bahwa Nabi saw diutus pada seluruh makhluk. Itu saja. Sedangkan ada 4 lagi keistimewaan yang perlu kita tahu sebab Nabi sebut 5 (khamsan).

Okay menurut ust Halim Nasir, sebenarnya hadith yang menyebut kelima-lima keistimewaan tersebut cukup panjang sehingga ust tak sebut matannya. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimmallahu ta`ala dan diambil daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhuma (Ibn Umar). Kata Ibn Umar, "Hadith ini diucapkan ketika aku dan para sahabat termasuklah Nabi saw sedang berperang di dalam Peperangan Tabuk..."...Kalau ikut sirah, Perang Tabuk ni adalah perang paling sakit sekali. Awat taknya?...Dengan musim panasnya, dengan buah tamar dan anggur sedang masak, kemudian harta infaq ke medan jihad pulak tak berapa nak cukup; inilah dia ujian Allah. Hangpa nak berjihad menghadapi kerajaan Rom Timur atau nak bersenang-senang makan buah tamar, buah anggur ka?...Ataupun nak relax pasai musim panas ka?...Ataupun rasa takdak duit nak biayai perang Tabuk ka?...Allah uji dengan begitu hebat, sehingga diceritakan kepada kita bahwa seramai 30 orang sahabat telah gagal untuk menghadirkan diri dalam Perang Tabuk. Dan apabila sekembalinya Rasulullah dari Medan Tabuk, 30 orang sahabat ini telah dipulau oleh Allah dan rasul. Diantaranya ialah Kaab bin Malik ra, dan beliau adalah seorang penghafal Quran. Kaab bin Malik gagal untuk datang ke Tabuk kerana syok dengan buah tamar yang sedang masak. Allah uji dengan buah tamar ja. Sebab itu kita kena minta pada Allah, kalau Allah nak uji kita, biarlah yang kita mampu tanggung. Sebab ujian ni memang semua orang kena. Tapi janganlah diuji dengan ujian yang tak mampu untuk kita tanggung.

Okay berbalik kita pada hadith Ibn Umar tadi, Ibn Umar kata, "Satu malam tu, aku bersama beberapa orang sahabat mengawal Rasulullah yang sedang sembahyang tahajud..."...Nampak tak tuan-tuan yang kata Nabi tu. Dalam dok perang pun, sempat lagi sembahyang malam. Yang kita tak perang ni, lena nyenyak tidoq!...Okay bila habih Nabi saw sembahyang, baginda pun kalih pada sahabat lalu berkata, "Sesungguhnya telah diberikan kepada aku malam ini (malam di Tabuk) 5 perkara yang tidak pernah diberi kepada nabi-nabi sebelum daripada aku. Yang pertamanya, ada pun aku diutuskan menjadi rasul kepada manusia seluruhnya dan nabi sebelum ku diutuskan kepada kaumnya sahaja..."...Hebatnya Rasulullah kerana Allah utuskannya kepada seluruh manusia. Samada omputih, cina, hindu, siam, jepun, melayu dll beriman ataupun tidak, itu nombor 2; tapi yang nak bagitaunya ialah Nabi Muhammad saw itu adalah rasul bagi sekelian mereka. Sedangkan nabi-nabi yang terdahulu, kesemuanya diutuskan untuk kaum mereka sahaja. Tuan-tuan, walaupun nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu ini hidup jauh beribu-ribu tahun daripada kita, namun bila kita baca kisah mereka dalam Quran, terasa hidup roh mereka tu. Inilah dia keberkatan dan kehebatan al-Quran. Tu lah yang Allah kata dalam Surah Yusuf:3 yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah menceritakan pada mu dengan Quran ini wahai Muhammad (saw) dengan sebaik-baik cerita..."...Walaupun kita tak pernah jumpa Nabi Nuh as, tak pernah jumpa Nabi Hud as, tak pernah jumpa Nabi Ibrahim as, sapa pun antara para nabi ini memang kita tak pernah jumpa pun; tapi bila kita baca Quran, terasa mereka hidup di depan kita. Ini adalah kerana Quran merupakan satu-satunya kitab yang tetap memberi pengajaran sehinggalah ke hari Qiamat.

Okay tadi keistimewaan Nabi saw yang pertama, sekarang kita tengok pula keistimewaannya yang kedua. Kata Nabi saw, "Keistimewaan ku yang kedua ialah aku diberi pertolongan oleh Allah bagi menghadapi musuh dengan musuh merasa takut walaupun jarak diantara aku dan mereka adalah sebulan perjalanan, nescaya mereka dipenuhi perasaan takut."...Dalam posting yang lalu, saya dah ceritakan bagaimana takutnya `Uqbah bin Abi Muayat ketika nak menghadapi Perang Badar. Sebenarnya bukan kata `Uqbah sorang saja yang takut, malah ramai lagi pemimpin Mekah yang takut time tu, termasuklah si pengecut Abu Lahab. Abu Lahab tak pi sebab dia tau tentang mukjizat yang Rasulullah miliki. Waktu Perang Badar tu, sikit punya banyak ka malaikat dok tunggu arahan daripada Allah untuk turun berperang bersama Rasulullah saw. Abu Lahab tahu benda ni sebab tu dia tak berani. Begitulah juga waktu sebelum berlakunya Perjanjian Hudaibiyah. Abu Suffian (waktu tu belum lagi peluk Islam) bila dengaq saja Nabi saw nak datang, seram tengkok, kelam kabut dia sehingga terus diarahnya tentera berkuda di bawah pimpinan Khalid Ibni Walid (pun belum lagi Islam time tu) bersiap sedia. Dia dok ingat Nabi nak perang dah. Depa jadi takut sebab masih terbayang penangan yang depa terima waktu Perang Badar hari tu. Inilah yang berlaku kepada musuh-musuh Allah setiap kali mereka berdepan dengan tentera Islam. Begitulah juga berlaku di bumi Andalusia, pada tahun 712 Masihi, habih pemimpin-pemimpin salibiyah melarikan diri ketakutan apabila satu persatu bandar-bandar utama mereka jatuh ke tangan tentera Islam. Musuh bila dengaq kata Tariq bin Ziyat dok mai, lembek lutut jadinya. Gerun depa tuan-tuan.

Macam tuuu lah jugak jadi kat raja Rom dan raja Parsi bila dengaq kata Khalid Ibni Walid dok mai. Dan-dan cancel buat-buat demam, tak jadi nak perang. Begitulah juga yang berlaku pada Richard The Lion Heart ketika menyeberangi Selat Inggeris untuk bertempur dengan Sallahudin al-Ayyubi rahimallahu ta`ala. Apabila Richard The Lion Heart berkhemah di suatu tempat setelah menyeberangi Selat Inggeris, tiba-tiba dia jatuh sakit. Lalu bahagian publicity keluarkan handbil ke sekeliling kawasan tersebut memanggil, "Barang siapa yang tahu tentang ilmu perubatan, silalah datang untuk mengubati raja kami Richard Berhati Singa!"...Tiba-tiba handbil itu sampai ke tangan Sallahudin al-Ayyubi, seorang pahlawan Islam merangkap seorang tabib. Tuan-tuan tau apa dia buat?...Dia buka baju perangnya, lalu dia pakai baju tabib. Tu dia hebatnya umat Islam waktu dulu. Tapi dia bukan macam doktor kurap kat putrajaya tu. Yang tu samseng nak mampos...Okay bila Sallahudin dapat surat tu, dia pun pakai baju doktor, lalu dipacu kudanya pergi ke khemah Richard The Lion Heart. Sampai-sampai tu, pak guard tanya, "Kamu sapa?"...Sallahudin kata, "Aku doktor. Aku dapat handbil ni kata raja kamu sakit kuat."...Guard tu tanya lagi, "Kamu doktor sungguh ke?"...Jawab Sallahudin, "Ya! Aku doktor. Aku dengar, raja kamu nak lawan dengan Sallahudin al-Ayyubi, sebab tu aku datang. Oooo! jangan main-main oii!..Kamu kena sembuhkan raja kamu dulu sebab Sallahudin bukan calang-calang orang..."...Pengawal kata, "Kalau macam tu, ok-ok kamu boleh masuk."...Sallahudin masuk tengok-tengok, Richard terlentang sambil menggigil kerana terkena demam panas yang kuat. Richard tak lalu nak makan walaupun ujung kepala dia penuh dengan buah epal, buah limau, sebijik macam orang melayu dok buat tu. Waktu sakit tu lah, baru mai buah limau, buah epal. Waktu sihat, goreng pisang sejuk depa bawa kat kita.

Okay bila Sallahudin tengok Raja Inggeris, berkata dia dalam hati, "Oohoo! Ini rupanya Richard berhati singa."...Lalu dia minta kat pengawal air semangkuk. Sallahudin ni memang pandai jampi-jampi pakai ayat Quran. Dia baca-baca, dia hemboih, lepas tu dia sapu air tu kat muka Richard. Habih-habih dia sapu semua, dia serah mangkuk, dia pun kata kat pengawal, "Besok saya datang lagi sebab berubat ni mesti 3 hari."...Keesokan harinya, bila dia datang, dia tengok, Richard boleh dah bangun sikit. Moi pun boleh makan dah sikit-sikit. Bolehlah kupas-kupas buah limau, tapi belum boleh bangun sepenuhnya lagi. Rokok isap jugak. Tu yang nak mampoih awai tu...Okay bila Sallahudin tengok lagu tu, dia pun minta semangkuk air lagi. Selepas dia jampi, dia pun lap ke muka dan keseluruh sendi-sendi raja Inggeris tu. Sambil-sambil lap tu, dia kata, "Ohoo! Nampaknya tuanku sihat dah. Takpa esok saya datang untuk putus ubat."...Masa Sallahudin mai hari pertama dan kedua tu, dia tak pakai cincin cop mohor yang kata dia tu Sultan. Nampak tak macamana cerdiknya Sallahudin. Hari ketiga, baru dia pakai cincin yang tertulis "Sallahudin al-Ayyubi". Sambil-sambil dia sapu air jampi, dia goyang-goyangkan jari bercincin tu depan muka Richard. Bila Richard nampak, terkejut dia, bingkas dia bangun, kata dia, "Kamukah Sallahudian?!"...Kata Sallahudin, "Ya! Akulah Sallahudin. Kalau aku nak bunuh kamu, hari pertama aku dah boleh bubuh racun bagi kamu mampos. Tapi bukan sifat tentera Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw berperangai begitu!...Nabi saw ajar, kalau nak bertempur dengan musuh, biar musuh tu sihat elok-elok. Kami tak main pukul-pukul curi apa semua ni. Okay sekarang aku tengok kamu dah sihat dengan izin Allah, maka kamu tunggulah aku esok jam 10 pagi di kawasan itu!"...Lepas kata lagu tu, Sallahudin pun balik. Tuan-tuan tau apa Richard buat?...Dia panggil pengawal dia, lalu dia arah semua tenteranya buka khemah, dan balik terus ke England. Sambil dok balik tu, ada la 2-3 orang mulut capoi pi cakap, "Pirah! Kata terer sangat. Tapi baru demam sikit, dah nak cabut."...Richard dengar orang dok umpat dia, lalu dia kata, "Hangpa nak mampoih!..Bayangkan, dalam keadaan aku sakit pun dia boleh mai jumpa aku one by one. Inikan aku dah sihat. No way. Baik aku balik dulu!"...Itulah ceritanya antara Sallahudin al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart. Maknanya, Allah campakkan perasaan gerun ke hati musuh.

Begitulah juga yang berlaku di Sepanyol ketika Islam berkuasa. Tapi sayang tuan-tuan sekelian, akibat daripada khalifah Islam mulai lemah, salibiyah menyerang dan menukar Masjid al-Hambra menjadi gereja. Setiap kalimah "Allah" yang ada dalam masjid itu, dicungkil dan diganti dengan salib. Bila sebut pasal Sepanyol, teringat saya dengan cerita dari Datok Haron Din, ketika pertama kali beliau melawat Sepanyol pada tahun 1985. Beliau cerita bila sampai di hotel, dibayarnya duit untuk check-in. Bila counter tu bagi kunci, beliau pun tekan lif untuk naik ke bilik yang ditempahnya itu. Buka saja lif, alangkah terperanjatnya dia bila dilihatnya di atas carpet dalam lif itu tertera firman Allah dalam Surah Yusuf yang bermaksud, "Dan Allah sentiasa menang atas urusan Dia."...Tulis atas carpet macam tu. Maknanya, kalau masuk, mesti pijak. Seolah-olah depa nak kata, "Ambik rasa hangpa! Allah menang?...Nah! pijak. Sepanyol kami punya!"...Datok Haron Din terperanjat, lalu dia berundur ke belakang. Dia kata, "Takpalah naik tangga."...Bila dia pi-pi kat tangga, dia tengok-tengok, setiap anak-anak tangga tu ada kalimah "Dan Allah sentiasa menang atas urusan Dia"...Kata Dr Haron Din, "Saya pun patah balik ke kaunter. Saya kata kat pompuan tu: Aku halaikan duit aku. Nah! ambik."...Dia pun angkat beg pi cari hotel lain. Pi-pi ke hotel yang kedua, berlaku kisah yang sama. Inilah akibat kelalaian umat Islam. Dia pun keluar daripada hotel tersebut, dan pergi cari hotel jauh terpencil di pendalaman. Kat sana, baru takdak, baru dia boleh rehat. Cerita ini berlaku di Spain, satu bumi yang pernah ditawan pada tahun 712 Masihi oleh Tariq bin Ziyat rahimmallahu ta`ala.

Inilah dia perkara kedua daripada apa yang kita bincang tadi, iaitu Allah campak perasan takut, gerun, bimbang dalam hati musuh; sehingga sebulan perjalanan sebelum perang tu, musuh dah jadi takut. Kata Nabi saw, "Keistimewaan ni aku sorang dapat, nabi-nabi lain tak dapat."

Keistimewaan yang ke 3 yang diberi oleh Allah swt kepada Nabi saw ialah kata Nabi, "Dihalalkan kepada ku memakan harta ghanimah (rampasan perang). Dan adalah umat sebelum ku menjadi dosa besar kalau mereka memakannya, lalu mereka membakarnya."...Ghanimah ialah harta yang diperolehi oleh pihak Islam ketika bertempur dengan musuh. Bila berlaku bunuh membunuh, ada yang tumpah darah mati, ada yang syahid, tiba-tiba musuh lari tinggal harta, jadi bila harta itu kita ambik, maka harta itu dipanggil "Ghanimah". Tapi ia berbeza bila kita ambik harta yang ditinggal tanpa bertempur walaupun dalam dalam suasana nak bertempur. Contohnya, dalam keadaan tentera Islam kepung kubu musuh, tiba-tiba musuh surrender walaupun tak berlaku pun sebarang panah memanah atau tembak menembak. Kemudian bila musuh dihalau keluar dari kubu tersebut dengan ditinggalkan harta, lalu bila kita ambik harta tu, harta itu bukan ghanimah tapi ia dipanggil "al-Fai`". Sebenarnya benda tu sama tapi istilahnya saja yang berbeza...Okay Nabi saw sebut peperangan zaman sebelum dia seperti peperangan zaman Nabi Musa as, atau zaman Thalut lawan Jalut; bila depa dapat harta rampasan (ghanimah), depa tak boleh makan. Melainkan depa kena longgok kesemuanya, kemudian nabi di zaman itu akan berdoa supaya Allah turunkan petir untuk membakar hangus ghanimah tersebut. Ini berlaku dalam satu peperangan di zaman Nabi Musa as. Bila depa habih longgok kesemua harta rampasan, lalu Nabi Musa pun berdoa. Doa punya doa, tapi petir tak turun-turun pun. Nabi Musa pun perati tengok tentera dia lalu kata dia, "Ah! sudah. Ni mesti ada yang ambik ni."...Bila masing-masing tak mengaku, Nabi Musa pun bersangka baik, mungkin doa dia tak kena la kot. Lalu dia berdoa sekali lagi. Tapi petir tak mai juga. Selalunya sekali doa je, petir pasti turun. Lalu Nabi Musa paling kat tentera dia sekali lagi, kata dia, "Hangpa biaq betoi. Hangpa ada yang ambik ni..."...Bila semua tak mengaku, Nabi Musa berdoa kali ke3. Kali ke3 pun tak turun juga, Nabi Musa kata, "Hangpa beratoq tengok, aku nak check!"...Check punya check, tengok-tengok ada sorang pi selit emas sebesar kepala kambing dalam baju perang dia. "Ni lah puncanya petir tak turun.", kata Nabi Musa. Dia ambik emas tu, letak saja atas longgokan tu, doa-doa, petir pun turun memamah hangus keseluruhan harta tersebut. Kata Rasulullah saw, "Itu cerita nabi sebelum aku. Tapi aku, Allah izinkan aku makan harta ghanimah."...Untuk tentera berkuda dan memanah, ada habuannya. Tentera jalan kaki, depa dapat lebih sikit pasai penat jalan kaki. Untuk Nabi sekeluarga, dapat 1/5. Sehingga Saidina Usman ra pun dapat walaupun dia tak pergi ke medan Badar. Nama dia dah daftar tapi oleh kerana isterinya (Rughaiyah) sakit tenat, dia tak jadi bertempur di Badar. Walaupun dia tak pi, Nabi bagi jugak ghanimah kat dia sebab itu hukum.

Bila sebut pasai ghanimah ni, ada satu kisah nak menceritakan bagaimana hebatnya akhlak Nabi saw. Satu hari, Nabi saw pernah dapat sehingga 90,000 dirham (wang perak) daripada harta ghanimah. Lalu bila dilihatnya terlalu banyak, disuruhnya Abu Ubaidah segera membahagi-bahagikan untuk fakir miskin, anak-anak yatim, janda-janda ni apa semua. Last sekali bila dah habih diagihkan, tengok-tengok, Nabi sendiri tak dapat apa. Nabi pun tak kisah, dia pun balik. Tapi selang beberapa ketika, rumah Nabi diketuk oleh seorang sahabat yang terlewat pulang daripada perang yang dapat ghanimah banyak tadi tu. Nabi kata, "Apa hal ni?"...Kata sahabat tu, "Ya Rasulullah. Saya pun terlibat dalam perang tadi. Cumanya saya lewat sikit sebab beli souvenir untuk anak-anak. Jadi saya datang ni nak ambik bahagian ghanimah saya la."...Jawab Nabi, "Licin habih dah aku bahagi-bahagikan, sampai aku sendiri pun tak dapat."...Kata sahabat tu, "Mana boleh Rasulullah buat macam tu. Saya pun mau jugak bahagian saya. Itu hak saya."...Lalu Rasulullah cuba pujuk dia, "Okay, takpalah. Perang lain kali, kita ambik la. Saya pun tak dapat."...Tapi sahabat tu tetap berkeras mau jugak. Bila Nabi tengok dia serious, Nabi kata, "Okay, enta pi kat kedai sheikh tu. Habag kat sheikh tu, enta mau apa. Baju sekolah? Kasut sekolah? Beg anak enta nak sekolah? Enta ambik, lepas tu enta tulih hutang. Habag kat sheikh kedai tu, aku yang bayaq."...Takdak orang dalam dunia buat lagumana Nabi buat. Dah la ghanimah pun tak dapat, lepaih tu dia pi hutang pulak untuk orang. Ada ka orang lagu ni hari ni, tuan-tuan?...Mana ada. Minyak naik 1 sen lagi ada...Inilah dia kehebatan akhlak Nabi, sehingga Umar ra marah bila dia tahu Nabi saw buat lagu tu. Umar kata, "Ya Rasulullah. Apa yang kamu buat ni?..Dah la ghanimah pun kamu tak dapat, lepas tu kamu suruh dia berhutang, kamu nak bayaq."...Nabi saw merah muka marah balik kat Umar. Seolah-olah Nabi nak bagitau, "Hang sibuk buat apa? Aku punya pasai la!"...Seolah-olah macam tu, tapi takla Nabi sebut lagu tu. Dia hanya tunjuk dengan wajah dia yang marah. Bila Umar al-Khatab tengok wajah Nabi dah marah, dia pun minta maaf. Umar kata, "Takpala. Nak buat pi lah. Aku tak larang aih.".

Tadi keistimewaan yang ke3, sekarang yang ke4 pulak. Kata Nabi saw, "Dijadikan kepada ku, tanah sebagai tempat sembahyang dan alat bersuci. Di mana saja apabila tiba waktu sembahyang walaupun dalam keadaan terdesak, aku boleh sembahyang di atas tanah dan bersuci dengan tanah. Dan adalah umat sebelum ku menjadi kesalahan besar kalau melakukan itu. Mereka mestilah bersembahyang di gereja-gereja dan di rumah-rumah ibadat mereka."...Maknanya, yang ke 4 ni Nabi kata, "Allah bagi kat aku yang ke4 ialah Allah jadikan bumi ini tempat umat aku dan aku boleh sembahyang."...Tu dia punya mudah. Katalah kalau masjid penuh, kita boleh hampaq tikaq kat luaq, lepaih tu boleh sembahyang. Kalau melimpah atas jalan tu, pungkok mau jaga jangan disinggung lori, sudah. Maknanya, kita nak sembahyang atas tanah pun boleh. Ataupun mana pun boleh, asalkan kita yakin tempat tu bersih daripada najis, hampaq la sejadah tang mana pun, kira jadi ja. Dan Nabi kata lagi, "Seterusnya Allah jadikan pula tanah itu salah satu alat untuk aku dan umat ku bersuci. Terutamanya apabila kita membersihkan najis mughallazah, yang kita perlu kepada tanah."...Dan sambung Nabi lagi, "Nabi-nabi sebelum aku tak boleh buat begitu. Kalau mereka nak beribadah, mesti pergi ke biara, ke gereja atau rumah-rumah ibadat mereka. Mereka tak boleh di tanah. Tapi kita di tanah pun jadi sebab itu tanda kerendahan dan kehinaan."...Kita dah la Allah buat daripada tanah, kemudian kita sujud pula ke tanah yang manusia semua pijak, dan segala jenis makhluk buang najis. Sebab itu, sujud atas tanah adalah lambang kehinaan.

Dan yang terakhir kata Rasulullah saw, "Keistimewaan yang ke5, dikatakan kepada ku oleh Allah: Mintalah! kerana sesungguhnya semua nabi telah meminta. Maka aku telah menangguhkan permintaan ku yang istimewa itu hingga hari Qiamat untuk kamu dan untuk sesiapa yang menyaksikan bahwa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah."...Hat last tu ialah doa. Kesemua nabi-nabi ada doa yang special untuk depa guna. Tapi kesemuanya dah guna kecuali Nabi Muhammad saw sorang saja yang belum. Dalam Quran telah menceritakan bagaimana Nabi Nuh as guna doanya itu, "Ya Allah! bantulah aku. Aku dikalahkan oleh musuh ku yang juga kaum ku. Aku dimaki hamun. Bantulah aku!"...Itulah dia doa Nabi Nuh as sehingga Allah buka pintu langit menurunkan hujan lebat. Dan Allah buka bumi, lalu bumi keluar matair sehingga menjadikannya banjir besar. Itulah doa special Nabi Nuh as yang dia dah pakai. Begitu juga dengan Nabi Luth as yang berdoa sehingga Allah turunkan hujan batu ke atas kaumnya. Kata Nabi saw, "Tapi aku tangguhkan doa istimewa itu sehingga hari Qiamat untuk aku tolong kamu dan untuk aku tolong siapa yang menyaksikan dan mengakui dengan iman bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah."...Inilah syafaat Nabi saw di Padang Mahsyar. Dalam satu hadithnya yang sahih (dalam kitab Mastika Hadith ni juga) menyebut, antara doa Nabi saw di Padang Mahsyar ialah doa supaya dipercepatkan hisab. Bila dia tengok umatnya dah tak tahan di Padang Mahsyar, ketika itu Nabi saw akan sujud dan Allah akan kata kat Nabi, "Angkat kepala kamu!..Kamu nak apa?"...Nabi jawab, "Segerakanlah hisab."...Manusia dah tak tahan dah time tu walaupun baru nak dihisab. Syurga neraka belum tahu lagi tu. Sebab tu tuan-tuan, buatlah baik walaupun benda baik tu kita nampak kecil. Sebab dalam satu hadith ada menyebut macamana sorang tu bila ditimbang di Padang Mahsyar, amalan kejahatannya lebih berat berbanding amalan kebaikannya. Tapi tiba-tiba Allah beratkan timbangan amalan kebaikannya hanya kerana jasanya pernah memberi makan kepada seekor kucing. Tu dia yang kata rahmat Allah tu tuan-tuan. Sebab tu, banyak kali saya dok bagitau, apa pun amalan kita, biarlah ianya diredhai Allah. Bila Allah redha, pasti kita dirahmatiNya.

Kesimpulannya, inilah dia hadith riwayat dari Imam Ahmad yang menyebut tentang 5 keistimewaan yang hanya diberi Allah kepada Rasulullah saw.

Allahu ta`ala `alam.

18033_wallpaper280.jpg