Jilid 1 - Bab 1 - Fasal 1 - Hadith 4

Hadith 4 :

Dari Ibn Umar ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberianNya, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah." (HR Abu Syeikh dan at-Tabrani)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke4 yang kita baca pada kali ini, masih lagi berlegar dalam masalah menggunakan akal fikiran secara benar. Dalam sesi yang lalu kita telah pun membaca hadith yang ke2 dan yang ke3, yang membicarakan bagaimana Nabi saw mengarahkan kita supaya berfikir tentang makhluk ciptaan Allah swt. Tapi pada hadith ke4 kali ini, Nabi saw mengarahkan kita supaya memikirkan pula nikmat pemberian daripada Allah swt.

Kalau kita rujuk dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana Allah swt menyebut kepada kita betapa banyaknya nikmat pemberianNya itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya. Ada dua surah yang mempunyai lafaz ayat yang sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya ialah dalam Surah Ibrahim:34, dan yang keduanya dalam Surah an-Nahl:18. Dalam ayat tersebut Allah kata, "Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."...Ayat ini nampak saja ringkas tapi cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat Allah terlalu banyak sampai tak terkira.

Kalau boleh dikira, maknanya benda tu tak la banyak. Contohnya macam dapat pingat Emas sukan Commonwealth. Boleh dikira, betoi tak?...5 bijik je dapat pun, tapi belagak takdak dah. M`sia tara tu aje la. Takpa, hang menang tu kira baguih la, tapi dengan seluaq pendek sebijik macam cina makau ni apa cerita?...Nak ceritanya, banyak mana dapat pingat pun, dia tetap boleh dikira. Tak boleh challenge nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya seperti bintang di langit. Kalau nak kira jugak, infinitilah jawapnya.

Perenggan di atas tadi adalah contoh pertama dalam Quran yang menyebut tentang nikmat. Sekarang kita tengok pula contoh yang kedua. Cuba tuan-tuan buka Surah ar-Rahman. Dalam surah ini, kita akan dapati Allah mengulangi 31x lafaz kalimah yang sama. Iaitu kata Allah, "Wahai jin dan manusia, nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu nak dustakan?"...Tidak ada surah lain kecuali Surah ar-Rahman inilah, Allah ulang 31x kalimah yang sama. Walaupun dalam Surah al-Mursalaat ada Allah berulang-ulang kali sebut, "Celakalah bagi mereka yang mendustakan agama.", tapi hanya 10x sahaja. Sedangkan dalam Surah ar-Rahman, Allah ulang 31x cerita tentang nikmat...Dan satu lagi contoh yang boleh kita petik tentang nikmat Allah ialah dalam Surah an-Najm:55, kata Allah yang bermaksud, "Manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu nak ragui?"

Okay, bila Nabi saw suruh kita fikir tentang nikmat yang tak terhitung banyaknya seperti yang diceritakan dalam Quran, maka untuk mengenangkannya, kita boleh rujuk kepada pandangan Saidina Ali karramallahu wajhah yang telah membahagikan nikmat yang banyak itu kepada 6 bahagian. Kata Saidina Ali kw :

1) nikmat yang pertama yang perlu kita kenang ialah nikmat ugama Islam itu sendiri. Katalah sekarang ni kita bukan orang Islam, yang nama pun Ah Chong atau Muthusamy apa ka. Kalaulah mati time tu sebelum mengucap dua kalimah syahadah, confirm neraka tuan-tuan oiii!...Kekal selama-lamanya pulak tu...Nauzubillah. Maknanya, apabila kita jadi Islam, itu sudah satu nikmat yang Allah dah tentukan sejak azali. Maka sebab itu, kita sepatutnya bersyukur banyak-banyak sebab Allah pilih kita menjadi orang Islam. Tapi yang sedihnya kita hari ini ialah apabila kita lihat, kebanyakan orang yang Allah pilih jadi Islam, tapi mereka gagal menilai nikmat Islam. Mereka tidak memahami bahwa nikmat agama Islam itu adalah satu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya. Ini mengakibatkan mereka sendiri berpaling tak ndak kepada Islam, tak minat dengan Islam, dan akhirnya jadilah mereka Islam hanya pada baka atau Islam hanya pada ICnya sahaja. Ini paling celaka sekali pasai langsung tak tau apa pasai Islam.

Bila sebut Islam hanya pada nama, teringat ana pada ayat terakhir Surah Muhammad (saw) yang mana kata Allah, "..., jika sekiranya kamu berpaling (wahai umat Islam!), jika sekiranya kamu tak ndak dah berhukum dengan hukum Islam, jika sekiranya kamu tak ndak dah nak kaji Islam, maka Aku akan tukar ganti kamu dengan kaum bangsa yang lain daripada kamu, yang mana mereka ini minat dengan Islam dan mereka tak kan sama perangai macam kamu."...Maknanya, Allah sedikit pun tak rugi sekiranya suatu kaum itu tak ndak pada Islam. Kalau umat Islam tidak lagi menghargai Islam, tidak mahu bersungguh-sungguh tentang Islam, senang-senang saja Allah boleh tukar dengan bangsa yang lain untuk menegakkan kalimahNya di atas mukabumi ini. Akhirnya Allah akan jadikan bangsa yang pada awalnya bukan Islam itu, tiba-tiba depa minat pada Islam, lepas tu depa peluk Islam, dan depa benar-benar bekerja untuk Islam. Manakala hat Islam original tadi, akhirnya kuffur kepada Allah...Nauzubillahiminzalik. Inilah hakikatnya yang sedang berlaku sekarang. Serata dunia sekarang, orang bukan Islam sedang bersungguh-sungguh mengkaji Islam. Inilah kebenaran firman Allah pada ayat terakhir Surah Muhammad tadi.

Cuba tuan-tuan cari buku bertajuk "The Developing of Human" tulisan Prof Emeritius Keithmoore dari University of Toronto, Canada. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang anatomi sel biologi tubuh manusia. Dan buku ini telah diterjemahkan dalam 6 bahasa sekitar dunia. Maknanya memang hebat orangnya Prof Keithmoore ini. Dalam buku itu, dia hurai bagaimana kejadian janin manusia yang dipanggil embryo zigot berdasarkan fakta sains dan al-Quran...Ini yang hebatnya tu. Dia huraikan satu perkataan, iaitulah `alaqah. Dia explain in detail apa itu `alaqah dan dia relate dengan al-Quran. Kita orang Islam yang tiap-tiap hari dok baca al-Quran tak jumpa pun benda ni dalam Quran, tapi tiba-tiba sarjana mat saleh American ini boleh pi jumpa ilmu yang diceritakan dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Malu kita, tuan-tuan. Semoga Allah beri hidayah kepada Prof Keithmoore supaya dia dapat masuk Islam.

Okay mai kita tengok apa dia `alaqah tu?...`Alaqah adalah sebutan bahasa Arab. Tapi kalau translate pi bahasa Melayu, dia boleh pi 3 makna. Pertamanya ialah seekor lintah. Yang keduanya ialah sesuatu yang bergantung di dinding. Dan yang ketiganya ialah seketul darah. Jadi, apa yang mengkagumkan kita daripada kajian Prof Keithmoore ini ialah dia kata bahwa apabila sperm lelaki bertemu dengan ovam telur wanita, ia akan membentukkan `alaqah. Dan rupa `alaqah yang dilukis dalam buku tu sebijik tak tumpah betoi-betoi rupa seekor lintah. Mula-mula dia lukis seekor lintah betoi. Kemudian sebelah lintah tu dia lukis, inilah dia manusia pada rupa bentuk `alaqah. Sebijik macam lintah. Maknanya kita ni dulu macam lintah je, tapi bila dah besaq panjang, jadi samseng pulak dah. Memang puak-puak toghut ni perangai macam lintah pun. Bukan saja darah depa isap; malah duit epf, duit tabung aji, duit pprt pun depa isap jugak!...Jadi apa yang mengkagumkan kita sebenarnya Allah dah cerita benda ni lama dah, iaitu 1400 tahun dahulu. Yang pada ketika itu, belum ada lagi USM, belum ada lagi lab, belum ada lagi tabung uji/tabung radas apa semua, belum ada lagi penunu bunsen, ketika Nabi saw masih berada di kawasan Arab jahiliyah; pada ketika itulah Allah swt sudah mengajar manusia tentang sains.

Okay yang keduanya bila kata `alaqah, dia adalah sesuatu yang bergantung di dinding. Dan memang kita sewaktu jadi `alaqah pun, kita memang melekat di dinding rahim ibu (uterus of womb). Sebab itu dalam proses ini, iaitu bila urine test positif sah kata isteri kita mengandung, mulalah dia start pening, mulalah nak makan kiwi kasut, mulalah nak makan macam-macam, waktu ini lah kena jaga betoi-betoi. Sebab possibility untuk miscarried (keguguran) cukup cerah time tu sebab dia hanya melekat saja di dinding rahim.

Kemudian bila habih Prof Keithmoore mendetailkan kejadian `alaqah, dia pun komen dengan satu kenyataan yang cukup mengkagumkan kita, iaitu katanya, "Mustahil seorang insan yang bernama Muhammad (saw) yang mengaku buta huruf dan duduk pula di tengah-tengah padang pasir bersama Arab jahiliyah, boleh present pada kita suatu ilmu yang baru dijumpai teorinya oleh saintis 30 tahun dulu. Kecualilah ilmu ini datang dari Tuhan Yang Maha Perkasa."...Tuu dia tuan-tuan, macamana orang barat mengkaji kehebatan ayat al-Quran.

Okay mai kita tengok satu lagi contoh yang kata hebatnya Islam tu. Dalam beberapa bulan lalu, bukankah kita didedahkan tentang cerita pengakuan seorang juruselam Inggeris (apanama dia pun ana dah lupa) yang bekerja dengan National Geographic?...Yang mana dia kata, "Saya telah bertemu dengan kebenaran firman Allah dalam Surah ar-Rahman:19-20, yang bermaksud: Dan laut itu Kami pisahkan antara keduanya dengan barzakh (dinding) sehingga tidak bercampur keduanya."...Ayat ini ajar kita bahwa sebenarnya dalam laut tu dia ada dinding (barzakhun). Macam kita dok biasa dengar alam barzakh la tuan-tuan. Alam barzakh maknanya alam dinding. Alam yang kita tak nampak sebab antara alam dunia dengan alam barzakh, dia ada dinding. Bila ada dinding, kita tak nampak sebalik dinding sebelah sana, kecualilah superman. Tu pembohong punya cerita. Hanya rekaan yahudi untuk tipu kita...Okay ayat ni nak bagitau kat kita bahwa di tengah-tengah laut tu pun ada juga air tawar tapi dia tak bercampur dengan air masin sebab ada dinding. Dan saintis National Geographic tu kata, "Kami dah jumpa dinding tersebut!"...MasyaAllah tuan-tuan, orang barat mengkaji Islam sampai tara tu sekarang. Sebab itu Prof Keithmoore dalam kenyataannya berkata, "Saintis di barat sekarang tidak lagi boleh menolak teori zaman dulu. Teori itu ialah Quran dan sains adalah dua benda yang berpisah."...Maknanya saintis mutakhir sekarang ini tidak boleh lagi berpendapat begini tapi sebaliknya mereka sekarang berlumba-lumba mencari kebenaran Islam.

Ini pula ada satu lagi contoh yang menunjukkan hebatnya keunikan Islam yang boleh kita dapat dari internet. Kalau kita rajin layari internet, banyak maklumat yang kita dapat. Tapi kalau buka internet kona kot lain, biru la bijik mata jawabnya. Dalam beberapa bulan sudah, ada sahabat cerita dia jumpa satu cerita tentang seorang Prof yang bernama Tagata Tajasen. Dia adalah seorang pensyarah bahagian anatomi di University of Chiang Mai, Thailand. Specialization dia ialah kulit manusia. Mari kita kongsi cerita ni, kemudian sama-sama sebarkan hebatnya Islam...Satu hari dia menghadiri persidangan Perubatan Dunia yang ke8 di Riyadh, Arab Saudi. Orang kafir boleh masuk Riyadh, tapi tanah haram seperti Mekah/Madinah, depa tak boleh masuk. Ini berdasarkan hadith ketika Rasulullah saw menghalau orang yahudi berambos daripada Madinah. Maka Nabi saw bersabda, "Tidak akan tinggal di bumi Madinah ini termasuklah Mekah kecuali orang Islam sahaja."...Hadith ini ulama ambik bagi mengharamkan orang kafir dari memasuki dua tanah haram...Okay berbalik kita pada cerita Prof Tagata Tajasen tadi. Semasa dia hadir sebagai peserta dalam seminar tersebut, satu hari tu dia sempat berbual dengan Prof Sheikh az-Zindi, seorang Arab yang fasih berbahasa Inggeris. Dalam perbualan mereka, Sheikh az-Zindi telah membacakan untuk Prof Tagata ayat 56 Surah an-Nisa`. Iaitulah firman Allah, "Apabila setiap kali kulit manusia hangus terbakar di dalam neraka, maka Allah akan menukar dengan kulit yang baru, supaya manusia merasai azab Allah."...Bila habih saja Sheikh az-Zindi baca ayat tu, tiba-tiba Prof Tagata melompat dalam keadaan tercengang-cengang sebab seolah-olah dia merasai suatu keajaiban berlaku pada diri dia. Lalu Sheikh Zindi tanya, "Apa yang pelik sangat apabila saya baca ayat 56 Surah an-Nisa` yang berhubung dengan kulit tu?"...Prof Tagata kata, "Saya seorang pakar kulit. Dan hari ini saya telah bertemu dengan kebenaran al-Quran."...Tanya Sheikh Zindi lagi, "Apa ceritanya?"...Kata Prof Tagata, "Tahukah kamu di lapisan kulit kita adanya sel yang mengawal deria panas?..Sel inilah yang send isyarat panas tadi ke otak. Bila otak reflect dengan message tersebut, at split of second kita akan angkat tangan kita daripada api."...Sebab itu kadang-kadang kita tengok orang gila bubuh tangan dia kat api sebab otak dia dah tak berfungsi. Otak dia tak boleh nak response terhadap isyarat yang dihantar oleh sel tersebut. Kat sekolah dulu pun kita dah belajar tentang sel ni...Kemudian sambung Prof Tagata lagi, "Apabila kita kena bakar, sel deria yang kawal kepanasan itu akan hantar isyarat kepada otak mengatakan panas. Aku menjadi kagum kerana apabila Allah kata apabila kulit manusia hangus dibakar di dalam neraka, Dia akan ganti dengan kulit yang baru. Itulah dia kebenaran yang aku cari selama ini. Kerana apabila kulit manusia hangus terbakar, maka turut sama hangus terbakar ialah sel yang kawal kepanasan tadi. Sel itu akan musnah. Jadi kalau Allah tak tukar dengan kulit yang baru, ahli neraka senyum sempoi la jawabnya. Sebab mereka tak akan rasa lagi kepanasan sebab sel itu dah mati. Jadi bakarlah api besar mana pun, mereka tak akan rasa panas dah. Tapi bila Allah kata Kami akan tukar dengan kulit yang baru, ini bermakna turut ditukar ialah sel kawalan panas yang baru. Bila sel itu wujud, maka bila kena api, pasti depa akan melompat. Inilah kebenaran yang baru aku jumpa setelah berpuluh tahun aku belajar bab kulit."...Tuan-tuan tau ka apa dia buat selepas dia kata lagu tu kat Sheikh Zindi?...Dia pun pegang microphone lalu dia kata, "Mulai hari ini aku mengisytiharkan tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu Rasulullah."...Dia masuk Islam di Riyadh pasai kes kulit je. Lepas tu bila dia balik ke Jepun, dengan teori yang dia dah belajar ini, dia telah berjaya mengIslamkan 5 orang anak murid dia. Inilah nikmat ugama Allah yang kita anuti sekarang. Sebab itu kita kena jaga betoi-betoi ugama Allah ini. Bayangkan orang bukan Islam boleh peluk Islam hanya dengan ayat al-Quran yang mereka dengar, apatah lagi kita yang dah Islam sejak dilahirkan?

2) Nikmat yang kedua ialah Nabi Muhammad saw menjadi rasul. Jangankan kata ajaran dia menjadi nikmat kepada kita sebab boleh menyelesaikan segala masalah, bukan sekadar itu; tapi dengan hanya menyebut nama dia pun dah cukup untuk menenangkan jiwa kita. Cuba tuan-tuan amalkan selawat ke atas Nabi saw 100x sehari?...InsyaAllah jiwa yang berserabut akan jadi tenang setenang-tenangnya. Seratus tu kira banyak dah tu. Kalau ikut ulama` dulu, beribu tuan-tuan oiii!...Kita kata 100 pun dah kira banyak sebab orang la ni sembang lebih. Seratus pun kira besaq tuah dah tu kalau nak banding dengan hat langsung tak selawat...Okay pasai apa kita kata sebut nama Nabi saw pun sudah terasa nikmatnya?...Ini sebab Nabi saw sendiri janji bahwa siapa selawat sekali atas dia, maka Allah akan selawat ke atas orang itu 10x. "Allah selawat atas makhluk" maksudnya rahmat. Maknanya Dia bagi petunjuk, Dia bagi hidayah, Dia bagi sakinah, Dia bagi ketenangan jiwa, lapang dada dan sebagainya. Inilah hasil selawat kita menyebut nama Nabi saw. Itu belum lagi sembang ziarah maqam baginda lagi. Saya tak la pernah sampai ke sana lagi. Tapi kalau tuan-tuan tanya orang yang pernah pi haji, tuan-tuan akan diceritakan bagaimana perasaan tak sabarnya mereka untuk menziarahi maqam Nabi saw. Depa cerita bila turun je kapalterbang kat Jeddah, naik bas 8 jam sementara nak sampai tu terasa cukup punya lambat. Tapi tengok driver la jugak. Kalau driver tu jenih superman, 6 jam aje. Kata ust Halim, terernya driver pak Arab ni, masa tengah dok top speed tengah-tengah highway 4 lorong tu depa boleh tukaq driver lagu tu je. Kata nak berenti memang takdak punya. Bila driver yang lenguh tu bangkit berdiri, terus driver hat ganti tu celapak masuk. Tuu dia yang kata perangai tok Arab tu tuan-tuan. Inilah adegan yang siapa pun tak berapa ingin nak lihat, tapi itulah realitinya. Tapi apa nak ceritanya ialah perasaan tak sabarnya depa nak sampai ke Madinah tu. Depa kata masa nak masuk bandar Madinah tu, bila nampak saja Kubah hijau Masjid Nabawi daripada jauh pun kira dah meleleh airmata dah. Sebab di bawah kubah hijau itulah berehatnya 3 orang sahabat karib, iaitulah Rasulullah saw, Saidina Abi Bakrin ra dan Saidina Umar al-Khatab ra. Merekalah yang berhempas pulas untuk agama Allah sehingga sampai kepada kita hari ini. Kata Imam Ghazali rahimmallahu ta`ala, "Sepatutnya kita mesti ada perasaan malu sekiranya kita masih lagi ada perasaan tidak menghargai ugama Allah yang diperjuangkan oleh 3 sahabat karib ini."

3) Nikmat yang ke3 kata Saidina Ali kw ialah al-Quran. Sapa diantara kita yang baca Quran rasa tak sedap, tolong bagitau kat saya?...Mai saya nak katok kepala dia ngan kambe32. Kalau tuan-tuan baca Quran tak rasa sedap, maknanya tuan-tuan tak rasa nikmat Quran. Sejak bangun daripada tidur pagi tadi, sampailah lepas Asar pun kita tak terasa nak baca Quran, tu kira kes berat dah tu. Makna kata hati kita ada something wrong tuan-tuan oooiii!....Kalau sampai kepada peringkat macam tu, maknanya hati kita perlu kepada major overhauled. Mungkin dah berkarat dah kot. Sampai ke malam tak terasa berdosa pun kalau tak baca Quran. Happy je tengok penutup Sukma malam tadi. Bangga dengan puluh-puluh pingat yang dapat. Cuba bagitau sat, semua pingat-pingat tu untuk mengadap sapa?...Memang bersukan itu Islam tak larang, dah banyak kali dah kita sebut, tapi jagalah batasan aurat. Nie sampai tak ketahuan, kita sendiri pun naik malu nak tengok. Hangpa, gimrama tu yang hangpa suka sangat tu. Ish! tak malu ka puak-puak tu?...Bukan apa tuan-tuan, kita tengok hodohnya sampai takdak rupa orang Melayu dah. Nauzubillahiminzalik...Okay berbalik kita pada cerita nikmatnya Quran tadi. Inilah antara sifat Pemurah Allah yang Dia sebut di awal Surah ar-Rahman lagi. Selepas ayat pertama yang memuji zatNya sendiri dengan menyebut Dia Maha Pemurah, kemudian dibalasNya selepas itu pada ayat kedua dengan sifat PemurahNya sebagai nikmat ialah dengan mengajar kita reti baca Quran. Cuba tuan-tuan bayang bila kita baca Quran, secara automatik kita boleh cakap Arab. Walhal dua patah je yang betoi-betoi kita tau, "Ana enta ana enta", tu je yang reti. Tapi lihatlah bila Allah beri nikmat, tiba-tiba kita boleh cakap Arab masa kita baca al-Quran. Tak pasai-pasai boleh jadi Arab sekejap. Begitulah juga bila sembahyang, terus saja boleh cakap Arab. Mana boleh cakap melayu dalam sembahyang, haram berdosa. Inilah nikmat al-Quran tu tuan-tuan. Paling tidak, sebenarnya kita sedang belajar bahasa Arab hari-hari walaupun tidak dalam kelas secara formal. Tuu tak sembang lagi bab qiraat (cara bacaan). Kalau kita ada kat Madinah kata sahabat, macam-macam gaya bacaan kita boleh dengar. Turki cara dia. Kita cara kita. Tapi nampak sedap kita lagi sebab M`sia boleh. Tengok musabaqah sudah la tuan-tuan. Depa pulun habih sampai tok Arab pun bungkuih lari. Tapi walaupun nampak kita hebat tajwidnya, hukum daripada al-Quran tetap tak diambik, ajaran tetap tak dilaksanakan secara sepenuhnya juga; akhirnya jadi macam hampeh je la.

4) Dalam jutaan nikmat Allah, yang ke4nya kata Saidina Ali kw ialah nikmat kesihatan. Sebab itu Nabi saw kata ada dua nikmat yang umat aku lalai tak reti nak guna, iaitulah pertamanya sihat tubuh badan dan keduanya masa lapang waktu. Kebanyakan kita kalah kat dua benda ni. Pertamanya kita suka lalai bila time sihat tubuh badan. Kita tak berapa nak hargai waktu kita sihat. Waktu sihat kita tak mau pulun sungguh-sungguh tapi bila dah sakit baru nak kelam kabut. Kita pun tak tau pasai apa kebanyakan kita perangai lagu tu?...Kata Nabi saw, "Bila seorang tua tu jatuh sakit, dan dia tak larat dah nak pi kuliah, tapi kalau sewaktu mudanya dia pulun sungguh Islam, sebut aje ceramah kuliah mana saja dia sampai; maka ketika dia terlantar sakit, Allah tetap bayar pada dia pahala sepertimana dia ligat waktu muda."...Tu dia tuan-tuan. Ini dia bonus daripada Allah bagi kat kita tapi dengan syarat waktu muda dengan sihat tubuh badan, tolong guna elok-elok untuk Islam. Manakala yang keduanya kata Nabi saw ialah waktu lapang. Daripada 2-3 jam kita melangut tengok tv, ada baiknya lagi kita baca Quran.

5) Nikmat ke5 ialah tertutupnya aib kamu. Nak ceritanya, kita semua ada aib masing-masing tuan-tuan; iaitulah kita ada kelemahan. Tuan-tuan ada kelemahan tuan-tuan dan saya ada kelemahan saya. Apabila aib kita tertutup orang tak tahu, maka itu satu nikmat. Kalau orang tahu aib kita, kemudian dia guna pulak mulut capoi dia untuk sebar, naya kita. Sebab itu tertutupnya aib adalah satu kenikmatan kata Saidina Ali kw.

6) Dan yang ke6 ialah tidak mengharapkan bantuan orang lain. Iaitu buat kerja sendiri, tak harapkan orang lain. Tapi kalau perlukan bantuan juga, itu pun hanya sekadar teknikalnya saja.

Sebenarnya ada jutaan nikmat lagi yang Nabi saw suruh kita fikir. Tapi Saidina Ali kw sekadar mengkelaskan kepada 6 perkara tadi hanya untuk kita mengenangkanNya.

Untuk apa tujuan Nabi saw suruh kita fikir tentang nikmat Allah?...Tak lain ialah supaya kita jangan sombong. Inilah tujuan besar sebab apa kita kena fikir nikmat Allah tu. Bayangkan daripada kejadian kita yang berbentuk `alaqah, kemudian jadi mudrah, jadi jasadah, `izzomah, lepas tu keluar daripada rahim ibu dalam keadaan tak reti satu habuk pun; takkan tiba-tiba dah besar panjang sekarang ni nak jadi samseng pulak?...Sebab itu sempena peringatan peristiwa 11 Sept yang berlaku tahun lalu di Amerika, tolong ambik pengajaran daripada peristiwa ini. Pertama kita memang mengutuk apa yang berlaku di WTC dan The Pentagon itu. Kita memang tak setuju dengan segala bentuk keganasan dan kekerasan kerana kita cintakan keamanan. Dan kita nak bagitau yang kita ni bukan jenih bawah tanah punya line, pasai bawah tanah ini kuboq orang mati. Kita tak main bawah tanah pasai kita jenih atas tanah (demokrasi). Kita cintakan keamanan sebab itu kita masuk pilihanraya kerana kita yakin (InsyaAllah) dengan cara aman ini kita boleh bercakap Islam.

Dan yang kedua yang boleh kita ambik ikhtibar daripada apa yang berlaku di Manhattan Street dan The Pentagon itu ialah sebenarnya mengajar kita dengan satu pengajaran bahwa kamu tak kuat tapi Allah lah yang kuat. Cuba perati apa Allah kata dalam Surah Fussilat:15, "Ingat! Ketika pemimpin-pemimpin kaum Aad mendabik dada sambil berkata: Siapa yang lebih hebat daripada kami?..Lihat saja bangunan kami, ekonomi kami, pentadbiran kami, tentera kami; siapa lagi yang lebih kuat?..Allah jawab: Apakah mereka tidak melihat bahwa Allah lah yang menciptakan mereka (daripada tiada kepada ada)?..Allah itu lebih kuat daripada mereka..."...Apa yang tuan-tuan tau tentang kecanggihan The Pentagon?...Satu dunia punya maklumat ketenteraan ada dalam Pentagon. Berapa banyak kapalselam Rusia?...Maklumat dia ada di Pentagon. Berapa ribu tentera M`sia?...Ada di Pentagon. Berapa banyak keretakebal Jerman?...Juga ada di Pentagon. Whole world punya maklumat ada dalam perisian depa. Cuba tuan-tuan buka internet cari maklumat tentang kecanggihan kapalterbang pengebom B2 yang direka-cipta oleh engineer Amerika (yang bentuk macam ikan pari tu)?...Canggihnya B2 sehingga ekszosnya yang diselit tepi sayap tu boleh mengeluarkan asap yang minima, sehingga tidak mampu dikesan oleh radar dan juga tidak mampu dikesan oleh laser mahupun infrared. Punyala canggih B2 ni tuan-tuan ooii!...Mai-mai sampai je, baguih punya tuju. Canggihnya B2 ni sampai radar tak boleh trace sebab radio detection enranging tak boleh reflect balik pada asap dia. Manakala dia punya body pulak adalah kalis frequency. Tapi dalam depa dok syok kata B2 radar tak boleh detect, tiba-tiba haprak mana ka pi rampas kapalterbang pakai razor blade je, lepaih tu pi rempuh WTC, lingkup habih. Hangpa ingat boleh reka B2 tu kira hangpa dah kuat ka Amerika oiii?...Sampai dabik dada jadi polis dunia. Pi campurtangan di Cuba, campurtangan di Panama, kalau boleh nak campurtangan di semua negara. Dia (Amerika) juga adalah salah satu daripada 5 negara yang punyai kuasa veto. Shell pun ada, tapi v-power. Itu bukan veto power. Jangan ada yang beli tak bayaq pula....5 negara yang ada veto power ni boleh batalkan segala keputusan yang dibuat oleh Unesco, Who dll, dan mereka boleh buat keputusan mereka sendiri. Depa dera rakyat Iraq sampai buat air sanction sehingga beribu-ribu rakyat Iraq mati sebab ubat tak sampai. Bila berlaku macam ni, Allah balas ranap habih. Sebab tu jangan sombong. Lepaih tu tak tau nak boh kepala sapa, teroih saja depa tuju kepala Osama Ben Laden. Takke kelam kabut punya cerita tu?

Okay kita ulang balik, satu sudut kita memang simpati sebab kita anti keganasan dan tak suka akan terrorism. Kita satu jamaah yang cintakan keamanan sebab tu kita masuk pilihanraya setiap 5 tahun. Tapi dari sudut yang lain pula, ia mengajar kita bahwa orang yang sombong, Allah akan hukum sekelip mata. Cuba tuan-tuan buka Surah al-Qamar:50, Allah kata, "Urusan Kami kalau Kami nak buat hanyalah secepat kelipan mata."...Sekelip mata je, 5000 habih. Dengan sheriff bawah tu, dengan ketua polis dok melangaq-melangaq pun habih mati kena timbus. Jadi semua ini mengajar kita supaya jangan sombong, kerana Allah ialah Tuhan yang boleh buat apa saja yang Dia mahu, sehingga takdak siapa boleh halang.

Kesimpulan:

Berfikirlah tentang nikmat Allah. Dan memanglah nikmat Allah banyak sehingga Allah kata, "Kamu tak akan mampu untuk menghitung nikmat Tuhan."...Tapi paling tidak kita boleh mengenang apa yang Saidina Ali kw ringkaskan untuk kita, iaitu mengenangkan nikmat Islam, nikmat Rasulullah saw jadi rasul, nikmat al-Quran dll tu semuanya adalah nikmat yang kita kena grab dengan segala kesyukuran kepada Allah swt.

Allahu ta`ala `alam.

 

rooke.jpg