Jilid 1 - Bab 1 - Fasal 1 - Hadith 1

Bab 1 : Beriman Kepada Allah Ta`ala.

Fasal 1 : Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya.

Hadith 1:

Dari Abu Ma`bad, dari Ibn Abbas ra katanya: Rasulullah saw bersabda kepada Muaz Bin Jabal ketika baginda saw mengutusnya ke negeri Yaman: "Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum (ahli kitab), kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka supaya mereka meyakini: Bahwa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah...".

Menurut satu riwayat yang lain, (baginda saw bersabda): "...Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah dakwah supaya mereka mengakui keEsaan Allah Ta`ala...".

Dan pada satu riwayat yang lain pula, (baginda saw bersabda): "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadaNya ialah (tunjang atau asas) ibadah kepada Allah..." (HR Bukhari dan Muslim)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang kita baca pada kali ini, diambil secara lafaz yang sahih daripada Ibn Abbas ra. (sepupu Nabi saw). Menurut jumhur ulama`, Ibn Abbas ra adalah sahabat yang paling hebat dikalangan para sahabah ra dari segi ilmu penafsiran al-Quran, sebab dia dididik oleh Rasulullah saw sejak dia masih kecil lagi.

Dalam hadith di atas, Ibn Abbas ra menceritakan kepada kita bahwa Nabi saw telah meninggalkan pesan kepada seorang sahabatnya yang bernama Muaz bin Jabal ra, ketika baginda nak mengutuskannya pergi ke negara Yaman untuk berdakwah. Sebelum kita meneruskan perbahasan, mari kita cerita sikit biodata Muaz bin Jabal ra...Muaz bin Jabal ra adalah salah seorang sahabat Nabi saw dari kalangan Ansar. Beliau adalah diantara 72 orang yang terlibat secara langsung di dalam Perjanjian `Aqobah yang ke2. Perjanjian itu dinamakan sedemikian kerana ia berlaku di kawasan Jamratul `Aqobah. Yang mana sekarang telah didirikan sebuah masjid di situ dan dinamakannya "Masjid Mubayyi`ah". Kecil saja masjidnya tapi sudah cukup sebagai tanda di bukit `Aqobah itulah Nabi saw menjelaskan Islam kepada jamaah-jamaah haji dari kalangan Ansar. Walaupun ketika itu Mekah telah menutup rapat ruang untuk Nabi saw bergerak, tapi dengan suntikan semangat baru yang dikecapinya daripada Peristiwa Isra` Mikraj; maka inilah hasilnya. Iaitu Perjanjian `Aqobah ke2 termenterai.

Muaz bin Jabal ra juga adalah sahabat Nabi saw dari kalangan bangsa Yaman. Nampak tak tuan-tuan, macamana bijaknya Rasulullah saw mencatur rancangan. Dia bukan macam melayu mudah lupa. Dia fatonah. Baginda saw tahu bahwa orang yang layak untuk pergi berdakwah ke Yaman, tak lain tak bukan, mestilah orang berketurunan Yaman sendiri. Sebab itulah, Muaz bin Jabal dipilihnya dalam misi ini. Dan Muaz bin Jabal ra inilah juga yang pernah disebut dalam suatu hadith baginda saw yang masyhur. Nabi saw pernah bersabda yang mafhumnya, "Sesungguhnya dikalangan umatku, yang paling reti membezakan halal dan haram ialah Muaz bin Jabal radiallahuanhu."...Inilah penghormatan yang diberi oleh Allah dan rasul kepada Muaz bin Jabal. Dialah yang paling expert dalam hal mensegregatekan benda halal dan benda haram.

Begitulah juga dalam suatu hadith sahih yang lain, sekali lagi nama Muaz bin Jabal ra disebut. Pernah Nabi saw bersabda, "Muaz bin Jabal itu akan menjadi pemimpin bagi golongan ulama` di Padang Mahsyar kelak."...Inilah dia berita yang menghiburkan kita, muslimin muslimat sekelian. Golongan yang cinta dan sayangkan ulama`, janganlah berasa bimbang, kerana Nabi saw telah memberi suatu jaminan bahwa mereka yang cinta dan kasih pada ulama`, hatta golongan ulama` itu sendiri akan dipayungi di Padang Mahsyar oleh Muaz bin Jabal ra. Tidakkah pernah tuan-tuan mendengar firman Allah dalam Suratul Isra`:71, "Bahwa pada hari qiamat, Allah akan membangkitkan manusia bersama pemimpin-pemimpin mereka..."...Maknanya, siapa yang mereka ikut di dunia dahulu, maka orang itulah yang akan bangun memimpin mereka di Padang Mahsyar. Bila berlaku sedemikian, itulah yang Nabi saw beri jaminan bahwa golongan ulama` dan golongan yang mencintai ulama`, akan berada di bawah pimpinan Muaz bin Jabal ra. Dan Muaz bin Jabal akan membawa kita mengadap Allah swt. Tak lega ka tuan-tuan bila dengar berita macam ni?...Sudah tentulah lega sebab Muaz adalah sahabah ra. Bila sebut sahabah radiallahuanhu, mereka ini adalah golongan yang Allah sudah redha kepada mereka. Yang tak leganya nanti ialah Firaun. Dialah yang akan pimpin golongan yang seangkatan dengan dia. Nak lega macamana tuan-tuan kalau pimpinan Firaun ini dilaknat Allah swt...nauzubillah.

Muaz bin Jabal ra hidup sehingga zaman pemerintah Khalifah Umar al-Khatab ra. Dan akhirnya Muaz bin Jabal meninggal dunia ketika usianya hanya 33 tahun. Terlalu muda, tuan-tuan. Samalah keadaannya seperti sahabat Nabi saw yang bernama Saad bin Muaz ra. Beliau adalah pemimpin kaum Ansar. Saad bin Muaz ini masuk Islam ketika usianya 30 tahun, dan meninggal dunia pada usia 36 tahun. Maknanya 6 tahun saja Saad masuk Islam. Tapi apabila Nabi saw melihat jenazah Saad bin Muaz yang syahid dalam Peperangan Ahzab yang hanya Islam 6 tahun sahaja dan yang hanya sembahyang 6 tahun sahaja, maka Nabi saw terus bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya arasy Allah telah bergegar di atas kematian Saad bin Muaz."...Walaupun Perang Ahzab itu tidak bertempur seperti Perang Badar dan Uhud, tetapi panah memanah dari jarak jauh berlaku juga. Salah satu anak panah sesat yang kena pada Saad inilah yang menyebabkan Saad cedera dan akhirnya meninggal dunia...Nampak tak tuan-tuan macamana respon diterima ketika orang yang dimuliakan Allah mati walaupun dalam usia yang begitu muda. Hanya 36 tahun. Kita tak tahulah pulak apa yang akan bergegar bila hat 76 tahun tu mati esok. Tapi apa pun yang kita nak bagitau ialah beginilah keadaannya, iaitu orang yang baik, cepat saja diambil Allah. Manakala orang jahat seperti Firaun, dipanjangNya usia puak-puak ni sehingga ada yang berusia 500 tahun. Satu usia yang begitu panjang. Dan memang fitrahnya begitu. Mereka mimpi kalau boleh seperti yang sebut oleh Allah dalam Suratul Baqarah:96, "...Kalau boleh mereka mahu berusia 1000 tahun lamanya..."...Inilah perangai mereka yang tidak pernah puas dengan habuan dunia dan tidak pernah puas menjadi penjilat-penjilat dunia. Disebabkan inilah mereka kelak akan dihancurkan di hadapan Allah swt pada hari kebangkitan...Inilah dia sejarah ringkas tentang Muaz bin Jabal ra.

Okay sekarang kembali kita pada hadith di atas. Lalu Nabi saw panggil Muaz untuk dihantarnya Muaz ke negara Yaman untuk berdakwah (menurut ust Halim, orang Yaman ni kalau kita lihat di Mekah/Madinah, mereka berkulit hitam. Tapi cerah sikit daripada negro Afrika). Dan Nabi saw tahu di Yaman itu ada ramai ahlul kitab. Ahlul kitab ni bukan jenih mudah lupa punya line. Depa bukan jenih jahil. Depa adalah yahudi/nasara, yang kenal Rasulullah saw dan tahu adanya Allah. Cumanya depa selewengkan Taurah, depa pinda Injil dan depa pinda semua kitab-kitab depa...Hari tu masa company hantaq ana pi US atas urusan kerja; dalam hotel yang saya duduk tu, depa bubuh bible dalam laci. Tak tau apa nak buat, saya pun baca nak tengok apa depa kata. Saya buka selai-selai, dan saya dapati memang cukup banyak penyelewengan dan memang banyak penipuan-penipuan yang disebut di dalamnya. Macam cerita Isa itu anak tuhan. Depa selewengkan fakta-fakta cerita tentang Mariam, Jacob, Joseph dan sebagainya. Mereka memang tahu Allah itu Tuhan dan mereka juga tahu bahwa Nabi Muhammad saw itu adalah rasul akhir zaman. Tapi depa sembunyikan. Cuba tuan-tuan buka Suratul Baqarah:146, Allah menjelas bahwa, "Orang-orang yang Kami beri kitab kepada mereka; mereka itu mengenali kamu wahai Muhammad (saw) lebih daripada kenal anak-anak mereka sendiri..."...Nampak tak tuan-tuan, macamana Allah jelaskan dalam al-Quran bahwa yahudi/nasara yang memiliki taurah/injil, mereka kenal Rasulullah saw lebih daripada mereka kenal anak mereka sendiri. Punyala hebat puak-puak ni. Dalam Quran, Allah tidak mendetailkan sifat-sifat Rasulullah saw. Dalam Quran, Allah hanya suruh ikut Rasulullah. Tapi dalam Taurah dan Injil, Allah detailkan sifat Rasulullah; seperti hidungnya, dahinya, giginya, gaya jalannya, perbualannya; semua didetailkan dalam Taurah/Injil.

Lalu Nabi saw tahu bahwa ahlul kitab ni memang jenih cerdik. Bahasa mudah kita faham, kelayakan minimum depa ni macam spm 3rd grader lah lebih kurang. Maknanya, orang tak boleh nak kelentong depa la. Setakat nak access internet, operate komputer, install program tu semua kira memang depa boleh. Walaupun SPM minimum depa grade 3; tapi BM credit, math credit dan hat lain-lain tu cuma setakat lulus saja. Makna kata depa ni jenih faham. Ahlul kitab jenih bukan bodoh. Depa memang tahu yang ahli-ahli biara dan pendita-pendita mereka telah menjual ugama dengan menukarkannya dengan kebathilan untuk habuan perut masing-masing. Maknanya, mereka ahlul kitab jenih reti. Mereka tahu fakta yang sebenar. Dan mereka tahu Islam itulah yang betul. Sebab itu, Nabi saw pesan kepada Muaz bin Jabal, "Kamu jaga elok-elok sebab kamu akan berhadapan dengan ahlul kitab. Kalau nak berhujjah, hujjahlah elok-elok."...Nampak tak tuan-tuan macamana Nabi saw ajar kaedah berdakwah. Serupalah la ni pun; kalaulah mad`u yang kita seru tu jenih baru masuk Islam, toksahlah dok petekan sangat hat bab yang berat-berat. Contohnya macam dalam bab masuk jawi. Hat ni dikemudiankan dulu pun takpa. Kawan tu masuk Islam umoq dah 87, tak ke seram tengkok bila dia dengaq rukun pertama masuk Islam ialah masuk jawi?...Dengan ayaq tu dia nanti lari. Tang ni biaq kita jadi cerdik, tuan-tuan. Bab masuk jawi kita kemudiankan. Prioritinya kita dakwah dulu, bagitau kat dia Islam ni bagus, Islam ni cantik, Islam ni molek.

Bukan pasai apa tuan-tuan; kita bagitau macam ni sebab hari ini orang bukan Islam dah tak nampak Islam ni bagus. Pasai apa jadi lagu ni?...Hari ini kita boleh tengok macamana kenyataan Karpal Singh yang masih lagi tidak bersetuju dengan negara Islam. Kita tak salahkan Karpal Singh sebab dia non-muslim, yang mungkin tak faham kerana risalah Islam tak sampai pada dia. Yang kita marah ialah orang Melayu yang mengaku Islam tapi tak ndak sampai Islam kepada orang bukan Islam. Dan yang paling kita marah ialah orang Melayu yang mengaku Islam tapi berkempen dari rumah ke rumah, beritahu pada orang bukan Islam, "Kalau ikut hukum Islam, nanti habih lu orang semua kena potong..."...Inilah yang celakanya. Melayu jenih nilah lebih cina daripada cinanya. Melayu jenih inilah yang tak gunanya, yakni yang berkempen kat orang bukan Islam, "Kalau lu orang pilih parti Islam, gerenti huru hara punya."...Melayu jenih ni bukan tahu akibat bila depa sebut lagu tu, aqidah depa terbatal.

Jadi ahlul kitab, bukan jenih macam melayu haprak ni. Depa jenih reti. Sebab itulah Nabi saw pesan kat Muaz, "Bila kamu pergi ke sana, hendaklah kamu memberitahu mereka supaya mereka meyakini..."...Nampak tak tuan-tuan, macamana Nabi saw sebut. Bukan Nabi suruh Muaz ajar, sebab puak-puak ahlul kitab ni memang depa dah tahu dah. Tapi Nabi saw suruh Muaz seru sekadar untuk meyakinkan lagi mereka tentang Allah itu Tuhan dan Nabi saw itu rasul. Samalah macam bangsa Melayu kita ni pun. Bukan depa tak tahu Tuhan itu Satu, tapi masih jugak tak yakin. Depa bukan tak tahu Islam itu bagus, tapi masih jugak tidak yakin.

25699_wallpaper280.jpg

Nabi saw bagitau kat Muaz, "Kamu takyah ajar mereka sebab mereka dah tahu tentang aku. Dalam taurah dan Injil dah mendetailkannya. Cumanya, mereka masih belum yakin bahwa aku ini rasul."...Inilah prinsip berdakwah. Prinsipnya, bila kita seru manusia, kita mesti ajak manusia yakin pada Islam. Kita mesti explain pada manusia, yang kata "Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad saw itu Pesuruh Allah" itu apa. Sebab nak jadi orang Islam, pengakuan syahadah tu kena reti. Apa dia yang dikatakan "Penyaksian Allah sebagai Rabb, Nabi Muhammad sebagai rasul" itu mesti didedahkan. Kita sebut begini sebab keyakinan terhadap pengucapan syahadah itu sendiri sudah hilang dalam dada orang Islam hari ini. Ramai orang hari ini yang tak faham syahadah. Bila berlaku sebegini, ramai yang meletakkan kesalahan itu pada agama. Mereka tak nampak yang agama itulah sebenarnya yang boleh menyelamatkan mereka. Bila mereka letak kesalahan itu pada agama, dan bila berlakunya pertembungan antara haq Allah dan kepentingan peribadi, maka keluarlah kenyataan-kenyataan yang tak sepatutnya keluar, "Kalau ikut ugama sangat, itu ini tak boleh, huru hara jadinya..."...Nampak tak tuan-tuan macamana kesalahan itu diletakkan pada ugama.

Lalu ust Halim bawa mai satu contoh yang merupakan satu keratan akhbar, iaitu dari kolum "Rencana" dalam akhbar Utusan Malaysia. Daripada contoh ini nanti, akan tahulah kita akibat dari kejahilan dan tidak memahami prinsip syahadah yang benar, maka manusia akan sering menyalahkan ugama. Okay tuan-tuan, kolum Rencana ini terletak di mukasurat 4 dan bertarikh 14 Ogos 2001. Dibawah tajuk "Awasi unsur-unsur militan agama". Dan penulisnya bernama Mazri Muhamad dari Kota Bahru, K`tan. Apa yang dia nak hurai di sini ialah sebab-sebab konon wujudnya golongan militan agama ini. Antara ulasannya dia kata, "Antara penyebab wujudnya militan-militan agama ini ialah kerana kewujudan sekolah agama rakyat dan kerana kewujudan institusi pondok-pondok. Sekolah agama rakyat dibawah kelolaan persendirian ataupun kerajaan negeri merupakan tapak paling subur untuk percambahan militan agama."...Nampak tak tuan-tuan macamana dia salahkan sekolah agama rakyat dan dia salahkan pondok-pondok yang ada dalam M`sia ni. Dia tak tahu sebenarnya sekolah agama dan sekolah pondok inilah yang banyak mendidik dan mengeluarkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segenap sudut. Kita lihat saja di K`tan/T`ganu; yang score semua adalah dari sekolah agama belaka. Ini realiti tuan-tuan. Dengan didikan ugama sebagai tunjangnya, matapelajaran duniawi tidak dikesampingkan. Bila mereka belajar geografi, mereka akan relate dengan Kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Ini yang sekolah agama ajar. Disamping sekolah agama sebagai benteng kepada anak-anak kita, kita juga tak nafikan bahwa sekolah-sekolah aliran lain juga ada peranannya dalam membina generasi di M`sia ini. Kita tak nafikan tentang hal ini. Tetapi apa yang kita nak bagitau ialah jangan longgokkan kesalahan kepada sekolah agama dan sekolah pondok dalam isu militan. Jadi, ucapan seperti yang diucap oleh Mazri Muhammad ini adalah satu contoh ucapan yang biadap bin kurang ajar. Sapa yang pi Kota Baru masa Muktamar Jun depan, kalau jumpa dengan Mazri ni, tolong kirim salam maut dekat dia. Sebab dia ni kurang ajar. Dia sepatutnya tak boleh salahkan sekolah agama dan pondok-pondok, kerana sistem pendidikan di sekolah-sekolah ini diatur dengan cukup baik. Ada qiamullail, ada hafazan. Doa-doa ni semua jangan habaq la tuan-tuan, sampai makbapak pun kalau time nak makan, suruh anak yang baca doa. Makbapak macam ni, sepatutnya mau hantaq pi Pasti balik.

Tuan-tuan, bila masyarakat tidak meyakini lagi kalimah "Lailahaillallah Muhammadarrasulullah", hasilnya kita boleh lihat sekarang ni banyak perkara mungkar yang berlaku. Dengan sumbang mahramnya, dengan hina ulamanya, dengan kata Islam membenarkan wanita menyanyi dikhalayak ramainya dan bermacam-macam lagi yang tak sanggup kita dengar. Tahukah tuan-tuan antara faktor utama berlakunya kehancuran ummah pada hari ini seperti yang disebut oleh setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), yang pertamanya ialah vcd lucah. Sebab itu, kalau polis nak perangi vcd lucah, cari vcd lucah sudahla. Toksahlah pi kacau vcd ceramah. Takkan tak reti nak beza kot antara vcd lucah dengan vcd ceramah?...Vcd ceramah hanyalah menyampaikan maklumat. Sebab ceramah dah tak boleh, jadi kita buat dalam bentuk vcd, sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat. Bukannya niat kita nak pecah-belahkan masyarakat. Kita sekadar memberi maklumat, seperti apa yang berlaku di Tabung Haji umpamanya.

Ooohoo! patutlah tahun lalu sibuk sangat nak naikkan kos pembelanjaan pi haji; rupa-rupanya ada "lembaga" yang dok lesap duit rupanya. Sekarang ni kos pi haji dah naik sehingga menjangkau ke RM9000++. Dulu RM8000++ je. Sebenarnya sebelum didedahkan kepada kita tentang kerugian Tabung Haji baru-baru ni, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah pun pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun lalu dengan mengakui bahwa memang terdapat ketidak-telusan dalam pengurusan wang pencarum tabung haji. Kita bukannya nak fitnah, tapi inilah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia. Menteri tu sendiri mengaku bahwa dia terpaksa bertindak untuk menyelamatkan tabung haji daripada diselamatkan oleh kerajaan; sepertimana yang berlaku kepada syarikat-syarikat lain seperti Renong, Mas dan sebagainya. Dia sendiri yang mengaku bahwa selama ini memang wang pencarum mengalami 3 masalah besar. Yang pertamanya, ia dicarumkan secara tidak professional. Keduanya ialah tidak ada ketelusan. Dan yang ketiga ialah melabur secara ad-hoc, yakni tak payah mesyuarat, main angkut begitu je duit pencarum untuk dilaburkan. Akhirnya, sekarang ni apa dah jadi?...Beratus juta RM rugi, tuan-tuan. Kenyataan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang mengaku. Inilah yang kita nak dedahnye. Kita nak beritahu rakyat, bukannya nak hasut. Jadi, takyahlah dok pi kacau vcd ceramah tu. Tapi kalau vcd lucah hangpa perangi, memang patut pun, sebab benda tulah yang menjadi punca kepada binasanya iman dan aqidah.

Tapi sekarang ni; sambil-sambil vcd lucah depa perangi, sekali dengan vcd ceramah depa angkut bawa pi. Ni apa cerita?...Dah la ceramah secara live hangpa tak bagi permit, vcd ceramah pun hangpa nak sekat jugak ka?...Di atas prinsip demokrasi, haq rakyat marhain untuk bercakap dikhalayak ramai sepatutnya dibenarkan. Menteri-menteri yang kerja hanya dok sekat suara rakyat, hari ini sepatutnya depa mau ingat. Depa tu sapa yang pilih sampai menjawat jawatan menteri sekarang?...Bukankah rakyat yang pilih?...Gaji yang depa dapat tiap-tiap bulan tu, dari duit sapa kalau bukan duit hasil cukai yang dikutip daripada rakyat. Tuan-tuan tahu tak, sebenarnya sumber paling utama M`sia ialah cukai (45%)...Tu tak masuk lagi kompaun kesalahan traffic lagi tu. Kemudian barulah mai hasil daripada kelapa sawit, getah dan sebagainya. Tahu tak tuan-tuan, bila seringgit kita isi minyak; 45 sen tu cukai (dapat kat kerajaan), 55 sen dapat kat tukang minyak dan last sekali kita dapat asap je. Inilah yang kita nak beritahu kat rakyat. Jadi, salahkah kami kalau maklumat ini dikongsi bersama-sama rakyat yang sentiasa bersikap setia kepada umno/bn?...Jadi, takyahla dok pi rampas segala vcd ceramah tu sebab ia adalah sumber maklumat yang maklumatnya tak akan boleh jumpa dalam semua akhbar arus perdana. Maklumat sebeginilah yang rakyat perlu tahu...Dah menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang mengaku bahwa memang berlaku ketidakadilan dalam menggunakan wang pencarum tabung haji, maknanya segala maklumat dalam vcd ceramah tu bukanlah fitnah. Bila satu berita itu bukan fitnah, maka kita kena beritahu rakyat macamana nak pebetoikan keadaan yang tak betoi tu. Kalau nak pebetoi, rakyat kenalah pilih orang lain. Dan bila nak pilih tu, pilihla "bulan". Tuu je. Bukan teruk tara mana pun. Paham-paham sudahla.

Selain kita nak dedahkan kepincangan dalam pengurusan tabung haji, kita juga nak dedahkan apa yang dah jadi pada Renong. Mengapa kerajaan terpaksa bayar RM3.9billion untuk selamatkan Renong?...Dulu kata professional, tapi sekarang pasai apa sampai bankrupt?...Inilah yang rakyat nak tahu sebab RM3.9billion itu adalah duit rakyat. Kalau dah ambil duit rakyat, maka rakyat kena tahu. Dalam Utusan Malaysia, dia tak hurai benda ni. Benda ni dihurai dalam vcd ceramah. Begitulah juga, kita kena tahu pasai apa tambang kapalterbang bagi destinasi dalam Semenanjung Malaysia sahaja dinaikkan sehingga 51%?...Pandai puak-puak ni tuan-tuan. Lepaih depa increase tambang, depa promosi secara besar-besaran cuti-cuti M`sia pulak dah. Bijak sungguh puak-puak ni cari duit. Macamana depa bijak cari duit, lagu tulah jugak depa bijak perabih duit. Bila depa selamatkan Tajudian Ramli, maka terpaksalah depa increase harga tiket. Inilah ceritanya tuan-tuan. Cerita-cerita macam nilah yang rakyat nak tahu. Dan rakyat hanya dapat tahu berita-berita sebegini hanya dalam vcd ceramah, bukannya vcd lucah.

Okay berbalik kita kepada cerita kehancuran ummah tadi. Faktor pertama kata setiausaha agung NUTP ialah vcd lucah. Faktor keduanya ialah lepak. Yang ketiga ialah gangsterism. Dan yang keempat ialah alkohol. Tuan-tuan tau ka sapa dia setiausaha agung NUTP tu?...Nama dia Datuk Siva Subramaniam. Maknanya, orang bukan Islam yang sebut ni tuan-tuan. Faktor ke4 menyebabkan kehancuran ummah ialah alkohol. Sebab itu, k`jaan K`tan bertindak meluluskan hanya 12 lesen arak sahaja di negeri K`tan untuk rakyatnya yang non-muslim. Ini adalah salah satu tindakan dalam mengawal penjualan arak. Kalau arak tak dikawal sehingga orang melayu yang mengaku Islam pun boleh minum, maka akan rosaklah masyarakat Melayu Islam. Islamnya hanya akan tinggai pada nama saja. Biarpun dia masih mengaku sebagai orang Islam, tapi sebenarnya keyakinannya pada Islam sudah hilang. Sebab itu k`jaan K`tan, dia kawal arak ni. Undang-undang kawalan arak itu juga mengkehendaki pekedai cina yang nak jual arak, dia kena ensure yang mai nak beli tu ialah non-muslim. Inilah dia Islam, tuan-tuan. Islam tak larang orang bukan Islam minum arak. Islam tak larang ugama lain nak amalkan budaya dia. Islam tak larang ugama lain bina rumah ibadat dia, tapi mestilah ada undang-undangnya dan ada had batasannya. Nak minum arak banyak mana pun, minumlah; Islam tak larang. Cumanya, mestilah orang bukan Islam sahaja yang minum. K`tan/T`ganu kawal benda-benda ni, tuan-tuan.

Sebab itu, kita rasa pelik bila ada satu pandangan daripada seorang penulis dalam paper utusan yang memohon supaya ditukarkan K`tan daripada gelaran Serambi Mekah kepada serambi Siam. Alasannya sebab dia kata terlampau banyak sangat patung buddha di K`tan. Nampak tak tuan-tuan, macamana orang pakai akai bercakap. Kita nak kata apa kat orang macam ni tuan-tuan?...Nak kata bengong satgi, marah pulak dia karang. Nak kata tak reti, dia senyum pulak nanti kat kita. Nak kata jahil, sat ni dia melenting pulak. 3 benda ni sama saja tuan-tuan. Dia tak tau ka Islam mengajar "La iqra ha fiddin"?...Inilah kebebasan beragama yang mesti dihormati oleh Islam sebab berimannya seseorang tidak boleh dipaksa. Bukan maknanya kita redha...Apa punya yakpurrrr betoi penulis ni!

Okay berbalik kita kepada pesanan Nabi saw kepada Muaz bin Jabal ra sebelum dihantar ke Yaman. Nabi saw pesan dengan satu kaedah, iaitulah berhati-hati. Muaz kena berhati-hati sebab dia nak menghadapi ahlul kitab, yang reti tentang ugama Allah. Orang Yaman bukan seperti Arab jahiliyah yang sembah berhala. Jadi, pesan Nabi saw, "Wahai Muaz, ajaklah mereka supaya mereka yakin bahwa Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad saw itu sebagai rasul."...Dan inilah juga yang kita nak pesan kepada masyarakat Melayu kita. Iaitu meyakini bahwa Allah sebagai Illah, dan Nabi Muhammad saw sebagai rasul yang membimbing umat sehingga ke hari Qiamat.

Secara ringkasnya, hadith ini nak memberitahu kepada kita bahwa sesungguhnya Allah swt dan Nabi saw mengajar kepada kita tentang asas-asas aqidah. Apa dia asas aqidah?...Iaitu Allah sebagai Illah, dan Nabi Muhammad saw sebagai rasul. Ertinya Allah sebagai Tuhan yang patut disembah, tidak ada tuhan lain selain Allah yang patut disembah. Dan Rasulullah saw sebagai kekasih Allah, yang mesti kita ikut cara hidupnya. Kita kena contohi cara Rasulullah saw mendidik dan berdakwah dalam fasa Mekah 13 tahun dan pemerintahannya dalam fasa Madinah 10 tahun. Kedua-dua fasa ini mestilah digabungkan, maka barulah akan lahirnya masyarakat yang benar-benar beriman serta patuh kepada Allah swt.

Allahu ta`ala `alam.